Anda di halaman 1dari 11

1.

AHLI PROFESIONAL YANG BERDEDIKASI (DEDICATED PROFESSIONAL) a) Guru tersebut menunjukkan tingkah laku yang mengambil berat mengenai hal ehwal pelajar dan pembelajaran mereka b) Guru tersebut menunjukkan sikap mengambil berat mengenai hal ehwal pelajar. Guru tersebut percaya bahawa semua pelajar boleh berjaya dan ber iltizam untuk membantu semua pelajar belajar. Guru tersebut mengambil berat segala aspek kesejahteraan pelajar (kognitif, emosi, sosial, dan fizikal) dan peka terhadap tanda-tanda kesukaran. Guru tersebut berkomitmen untuk membantu pelajar membentuk keyakinan diri dan kompetensi. Guru tersebut menghormati para pelajar sebagai individu yang berbeza dari segi latarbelakang, kemahiran, bakat, dan minat Guru tersebut membentuk suatu komuniti pembelajaran di mana perbezaan individu dihormati dan dihargai. Guru tersebut beriltizam untuk membantu semua pelajar mencapai kejayaan. Guru tersebut membentuk perhubungan yang mesra dengan pelajar (contohnya, bercakap dan mendengar pelajar dan sensitif dan responsif kepada tanda-tanda masalah). Guru tersebut bertindak sebagai "peguam bela" kepada pelajar.

Guru tersebut menunjukkan komitmen kepada profesion keguruan Guru Tersebut dapat menyenaraikan kebaikan dan keburukan bidang perguruan sebagai suatu kerjaya sepanjang hayat Guru Tersebut menunjukkan minat terhadap belajar dan subjek yang diajar. Guru tersebut menjaga kesejahteraan diri dengan mengamalkan tingkah laku sihat mental dan fizikal. Guru tersebut terlibat dengan penerokaan diri dan menuju profesionalisme. Guru tersebut memahami ciri-ciri diri sendiri dan sedar akan ciri-ciri peribadi yang dikaitkan dengan guru yang berjaya. Guru tersebut mengampaikan etiket dan dekorum (kelakuan baik) dan menunjukkan etika kerja yang positif (contohnya, ketepatan masa, penjagaan diri, dll) Guru tersebut menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan tahap profesionalisme. Guru tersebut menunjukkan standard etika dan profesional yang standard Guru tersebut mempunyai kerangka pemahaman yang jelas mengenai budaya dan kepelbagaian komuniti dan mengetahui bagaimana untuk mempelajari mengenai pengalaman pelajar dan mengabung jalin pengalaman pelajar, budaya dan sumber-sumber komuniti ke dalam pengajaran. Guru tersebut memahami kepentingan berinteraksi secara profesional semasa aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Guru tersebut menghormati privasi pelajar dan kerahsiaan maklumat tersebut. Guru tersebut menghargai semua individu tanpa mengira asal usul keadaan individu. Guru tersebut menghargai kepelbagaian manusia, menghormati bakat dan perspektif pelajar yang berbeza, dan menunjukkan komitmen terhadap pencapaian kecemerlangan berpusatkan individu. Guru tersebut memahami kepentingan perhubungan antara sekolah dan komuniti. Guru tersebut memahami perlunya menilai dan sensitif kpd budaya etika dan moral komuniti tersebut. Guru tersebut sensitif terhadap isu kepelbagaian dan pelbagai budaya dan bertindak sewajarnya apabila berdepan dengan isu-isu ini. Guru tersebut menggalakkan para pelajar melihat, menyoal dan mentafsirkan pendapat dari pelbagai sudut. Guru tersebut mengetahui dan mengamalkan kod etika perguruan Malaysia.

c)

d)

Guru tersebut menjalinkan perhubungan dengan rakan sekerja, ibu bapa dan agensi-agensi dalam komuniti untuk menyokong pembelajaran dan kebajikan para pelajar Guru tersebut mengetahui bagaimana untuk respon dengan sopan kepada ibu bapa, ahli komuniti dan pendidikan lain dalam situasi konflik. Guru tersebut sanggup merujuk kepada orang dewasa lain berkaitan pendidikan dan kesejahteraan para pelajarnya. Guru tersebut sanggup bekerja dengan ahli profesional lain untuk menambah baik persekitaran pembelajaran pelajar. Guru tersebut sanggup mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sekolah yang telah dirancang untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai persekitaran pembelajaran yang produktif. Guru tersebut menjalinkan perhubungan dengan persekitaran lain pelajar bagi pihak pelajarnya, dengan merujuk dan berkolobrasi dengan ibu bapa, kaunselor, guru-guru lain dan ahli profesional di agensiagensi komuniti. Guru tersebut secara berkesan menggunakan teknik-teknik komunikasi (membaca, menulis, mendengar, bercakap) dengan ibu bapa, rakan sekerja, dan ahli profesional lain dan rakan-rakan dalam komuniti. Guru tersebut membentuk perhubungan yang saling menghormati dan produktif dengan ibu bapa dan penjaga dari pelbagai latar belakang dan situasi komuniti, dan berusaha untuk mewujudkan kerjasama untuk menyokong pembelajaran dan kesejahteraan pelajar. Guru tersebut menggunakan maklumat mengenai pelajar dan perhubungan dengan sumber-sumber komuniti untuk memenuhi keperluan pelajar. Guru tersebut secara berkesan melibatkan ahli profesional, separa profesional, sukarelawan dan tutor dari kalangan untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

2. AHLI PROFESIONAL YANG BERPENGETAHUAN (KNOWLEDGEABLE PROFESSIONAL) a) Guru tersebut memahami bagaimana pelajar secara individu dan kumpulan, belajar, bertingkah laku dan bermotivasi untuk belajar Guru tersebut memahami bagaimana pembelajaran berlaku: bagaimana pelajar membentuk pengetahuan, mendapat kemahiran, dan membangun tabiat minda; dan mengetahui bagaimana untuk menggunakan strategi instruksi untuk menggalakkan pembelajaran pelajar. Guru tersebut memahami bagaimana pembelajaran berlaku dan bahawa ciri-ciri fizikal pelajar, sosial, emosi, moral dan pembangunan kognitif mempengaruhi pembelajaran dan keputusan-keputusan instruksional. Guru tersebut sedar tahap-tahap perkembangan yang dijangkakan dan julat variasi antara individu dari segi fizikal, sosial, emosi, moral dan kognitif, dapat mengenal tahap-tahap kesediaan untuk belajar, dan memahami bagaimana perkembangan dalam sesuatu domain mungkin mempengaruhi prestasi domain yang lain. Guru tersebut memahami mengenal proses kognitif berkaitan pelbagai jenis pembelajaran seperti pemikiran kritikal dan kreatif, penstrukturan masalah dan penyelesaian masalah, mereka, menghafal dan mengingat; dan bagaimana proses-proses ini boleh dirangsangkan. Guru tersebut memahami bagaimana pembelajaran pelajar dipengaruhi oleh pengalaman individu, bakat, kesihatan, budaya, keluarga, nilai komuniti, dan keadaan ekonomi. Guru tersebut memahami dan boleh mengenali pendekatan-pendekatan kepada pembelajaran dan prestasi, termasuk gaya belajar yang berbeza, pelbagai kebijaksanaan, dan mod prestasi. Guru tersebut memahami bagaimana faktor-faktor di luar persekitaran sekolah seperti keadaan keluarga, persekitaran komuniti, keadaan kesihatan dan ekonomi mungkin mempengaruhi penghidupan dan pembelajaran pelajar.

b)

Guru tersebut memahami bagaimana kumpulan sosial berfungsi dan mempengaruhi insan dan bagaimana insan mempengaruhi kumpulan. Guru tersebut tahu bagaimana untuk membantu pelajar bekerja secara produktif dan secara koperatif antara satu sama lain dalam situasi sosial yang kompleks. Guru tersebut memahami teori komunikasi, perkembangan bahasa, dan juga peranan bahasa dalam pembelajaran. Guru tersebut memahami bagaimana kepelbagaian memberi kesan kepada komunikasi dalam bilik darjah. Gum tersebut menyedari kepentingan komunikasi bukan lisan dan komunikasi lisan. Gum tersebut mengetahui bagaimana proses pencapaian bahasa kedua dan mengenai strategi untuk menyokong pembelajaran pelajar untuk menguasai bahasa kedua. Guru tersebut memahami bagaimana kerangka konsep pelajar dan kekeliruan konsep mengenai sesuatu bidang ilmu boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar. Guru tersebut memahami kepelbagaian budaya, komuniti, dan sosioekonomi Guru tersebut menyedari kuasa bahasa dalam memperkukuhkan pernyataan diri, perkembangan identiti diri, dan juga pembelajaran. Guru tersebut sedar akan tanggungjawabnya memastikan semua pelajar belajar dan dapat menerima secara terbuka kepakaran yang akan dapat menyokong pembelajaran pelajar (contohnya kaunselor sekolah dan ahli profesional dalam Guru tersebut menyedari bahawa jangkaan guru mempengaruhi pembelajaran

Guru tersebut memahami pelbagai strategi instruksional untuk membentuk peluang pembelajaran Peluang tersebut perlu menyokong pembangunan intelektual, sosial, dan peribadi. Peluang tersebut perlu menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan yang aktif dalam pembelajaran, dan motivasi kendiri. Peluang tersebut perlu menggalakkan pembangunan berfikir secara kritikal, penyelesaian masalah, dan kemahiran. Guru tersebut memahami prinsip-prinsip dan teknik-teknik, beserta kelebihan dan limitasi pelbagai strategi instruksional (contohnya: pembelajaran koperatif, belajar sendiri, pembelajaran berdasarkan penyelesaian masalah, dll). Guru tersebut memahami prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah berkesan untuk menggalakkan perhubungan yang positif, bekerjasama, dan pembelajaran terarah dalam bilik darjah. Guru tersebut memahami amalan terbaik instruksi berkesan. Guru tersebut memahami konsep dan operasi teknologi asas. Guru tersebut tahu bagaimana meningkatkan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai bahan, sumber manusia, dan teknologi. Guru tersebut menghargai peranan pelajar dalam menggalakkan pembelajaran satu sama lain dan memahami kepentingan perhubungan rakan dalam mewujudkan iklim pembelajaran yang sihat. Guru tersebut memahami kepentingan motivasi intrinsik kepada perkembangan sepanjang hayat dan pembelajaran pelajar. Guru tersebut menghargai kepelbagaian cara berkomunikasi pelajar-pelajarnya. Guru tersebut memahami bahawa para pelajar berbeza dari segi pendekatan belajar dan bagaimana peluang-peluang instruksional dapat diubahsuai Guru tersebut mengetahui bidang pembelajaran yang khusus seperti masalah pembelajaran, kekurangan visual dan persepsi, dan cabaran fizikal dan mental. Guru tersebut menghargai perbezaan individu berkaitan setiap domain pembangunan. Guru tersebut menghargai kepelbagaian bakat pelajar. Guru tersebut memahami sekolah sebagai sebuah organisasi dalam masyarakat dan undang-undang

c)

d)

dan norma-norma yang mengawal operasi sekolah. Guru tersebut mengetahui dan memahami asas-asas pendidik (Contohnya: Empat tiang pendidikan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum, sejarah, undang-undang, dan struktur-struktur, dll.) Guru tersebut memahami dan melaksanakan undang-undang berkaitan hak-hak pelajar dan tanggungjawab guru (contohnya: pendemokrasian pendidikan, pendidikan kanak-kanak cacat, kerahsiaan, privasi, melayan pelajar secara saksama, melaporkan penyeksaan kanak-kanak). Guru tersebut mengetahui mengenai organisasi profesional pendidikan berkaitan opsyennya. Guru tersebut menyedari dinamika perubahan dan bahawa bidang pendidikan tidak statik. Guru tersebut mengetahui mengenai struktur, sejarah dan konteks politik sistem pendidikan dan peranan pendidikan dalam masyarakat. Guru tersebut memahami bahawa terdapat faktor lain selain sistem pendidikan formal (contohnya, sosioekonomi, status, budaya, dan keluarga) yang mempengaruhi penghidupan dan pembelajaran pelajar. vii) Guru tersebut menyedari tanda-tanda tekanan emosi, penyeksaan kanak-kanak, penyalahgunaan bahan, dan pengabaian dan apakah prosedur untuk melaporkannya kepada pihak berkuasa. Guru tersebut memahami isu-isu sosial, etika, perundangan, dan kemanusiaan berkaitan penggunaan teknologi di sekolah. 3. PAKAR ISI KANDUNGAN (CONTENT SPECIALIST) a) Guru tersebut memahami konsep-konsep asas, alat-alat inkuiri dan struktur disiplin yang diajarnya Guru tersebut memahami konsep-konsep utama, andaian-andaian, perdebatan-perdebatan, prosesproses "inkuiri, dan cara-cara mengetahui yang menjadi asas kepada disiplin yang diajarnya. Guru tersebut memahami bagaimana pandangan dunia para pelajar mempengaruhi pemahaman pelajar. Guru tersebut memahami peranan disiplin yang diajarnya dalam menyediakan pelajar untuk komuniti global. Guru tersebut memahami perhubungan antara pengetahuan dalam disiplinnya kepada bidang disiplin lain dan juga situasi kehidupan sebenar. Guru tersebut menyedari perspektif yang pelbagai dan menyampaikan kepada para pelajar bagaimana ilmu diperkembangkan dari pandangan seseorang yang mengetahui. Guru tersebut mempunyai minat yang tinggi terhadap disiplin yang diajarnya dan perkaitannya dengan kehidupan harian. Guru tersebut dapat melihat dengan jelas bagaimana aplikasi pembelajaran adalah berguna dalam penghidupan. Guru tersebut menyedari sating perkaitan antara pelbagai disiplin. Guru tersebut mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat inkuiri yang diguna pakai dalam disiplin yang diajarnya. Guru tersebut menyampaikan maklumat yang tepat dan relevan. Guru tersebut menggunakan secara berkesan pelbagai model dan penerangan konsep-konsep berkaitan disiplin nya agar idea utama menjadi jelas, menghubungkannya dengan pengetahuan sedia ada pelajar, kehidupan seharian pelajar serta komuniti global. Guru tersebut mempersembahkan pelbagai pandangan, teori-teori, cara mengetahui. dan pendekatanpendekatan inkuiri semasa mengajar isi subjeknya. Guru tersebut menilai sumber-sumber pengajaran dan bahan-bahan kurikulum agar tepat, komprehensif, dan kegunaannya untuk menerangkan idea-idea serta konsep-konsep tertentu. Guru tersebut menggalakkan pelajarnya menjana ilmu dan juga menguji hipotesis-hipotesis berdasarkan kaedah-kaedah inkuiri dan piawai bukti yang digunakan dalam disiplin tersebut b) Guru tersebut mengekalkan kekemasan pengetahuan dalam isi kandungan dan kemahiran dalam disiplinnya Guru tersebut menyedari bahawa ilmu berkaitan isi kandungan subjek tidak statik, tetapi adalah

kompleks dan sentiasa berevolusi. Guru tersebut sentiasa komited kepada pembelajaran berterusan agar sentiasa terkini dari segi idea-idea baru dan perspektif-perspektif dalam bidangnya dan melibatkan diri dalam

4. PEREKABENTUK PENDIDIKAN (EDUCATIONAL DESIGNER) a) Guru tersebut merancang dan membentuk pengalaman pembelajaran berdasarkan pengetahuan mengenai subjeknya, pelajar, komuniti, dan matlamat kurikulum untuk memastikan konsep-konsep utama, alat-alat inkuiri dan struktur disiplin yang diajarnya bermakna kepada para pelajar. Guru tersebut memahami teori-teori pembelajaran, isi kandungan, pembangunan kurikulum, dan perkembangan pelajar serta tahu bagaimana untuk menggunakan pengetahuan ini untuk merancang instruksi bagi memenuhi matlamat kurikulum. Guru tersebut dapat menggunakan pengetahuan berkaitan motivasi dan tingkah laku manusia berdasarkan ilmu psikologi, antropologi, dan sosiologi untuk membangunkan strategi-strategi bagi mengorganisasi dan menyokong kerja-kerja individu dan kumpulan. Guru tersebut tahu bagaimana untuk mengimbangkan situasi kontekstual {bahan-bahan instruksi, minat, keperluan dan aptitut pelajar individu, dan sumber-sumber komuniti) dalam perancangan instruksi yang dapat mewujudkan perhubungan yang berkesan antara matlamat kurikulum dan pengalaman pelajar. Guru tersebut tahu bagaimana merancang dan merekabentuk persekitaran pembelajaran dan pengalaman yang berkesan yang disokong oleh teknologi. Guru tersebut tahu bagaimana merekabentuk kurikulum yang meliputi kaedah-kaedah dan strategistrategi yang mengaplikasikan teknologi untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar. Guru tersebut memahami bagaimana penjajaran (alignment) kurikulum di antara tahap-tahap dan disiplin/subjek memaksimumkan pembelajaran. Guru tersebut adalah komited terhadap perkembangan berterusan kebolehan setiap pelajar dan memberi pertimbangan bagaimana strategi-strategi motivasi yang berlainan akan menggalakkan perkembangan ini dalam diri setiap pelajar. Guru tersebut menyedari kepentingan perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang. Guru tersebut menghargai perancangan sebagai suatu aktiviti komuniti. Guru tersebut memadami kepentingan perkembangan berfikir secara kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan kebolehan prestasi di kalangan pelajar. Guru tersebut menghargai fleksibiliti dan saling bertindakbalas (reciprocity) dalam proses pengajaran sebagai sesuatu yang perlu untuk mengadaptasi dan mengubahsuai arahan kepada respon, idea dan keperluan pelajar. Sebagai seorang individu dan ahli kumpulan, guru tersebut memilih dan mewujudkan pengalamanpengalaman pembelajaran yang sesuai dengan matlamat kurikulum, relevan kepada para pelajar, dan berasaskan prinsip-prinsip instruksi yang berkesan (contohnya: yang merangsang pengetahuan sedia ada pelajar, menjangkakan konsepsi awal, menggalakkan penerokaan dan penyelesaian masalah, dan membina kemahiran-kemahiran baru). Guru tersebut membentuk perancangan jangka pendek dan perancangan jangka panjang yang dihubungkan dengan keperluan dan prestasi pelajar, dan mengadaptasi perancangan tersebut untuk memastikan dan mengambil kesempatan terhadap pencapaian dan motivasi pelajar. Guru tersebut mengenalpasti dan merekabentuk induksi yang sesuai dengan peringkat perkembangan pelajar, gaya pembelajaran, kekuatan, keperluan dan latarbelakang pelajar. Guru tersebut merancang untuk peluang-peluang pembelajaran yang mengiktiraf dan memberi perhatian kepada perbezaan dalam gaya pembelajaran dan prestasi pelajar. Guru tersebut berusaha untuk memahami keluarga pelajar, budaya, dan komuniti, dan menggunakan maklumat tersebut sebagai asas untuk menghubungkan arahan-arahan dengan pengalaman pelajar.

Guru tersebut mewujudkan komuniti pembelajaran yang menghormati dan menerima perbezaan individu. Guru tersebut mewujudkan dan melaksanakan pengalaman pembelajaran pelbagai disiplin yang membolehkan pelajar mengintegrasi pengetahuan, kemahiran, dan kaedah inkuiri dari pelbagai disiplin. Guru tersebut membangunkan dan menggunakan kurikulum yang menggalakkan para pelajar mengenali, menyoal, dan menginterpretasikan idea-idea dari pelbagai sudut. Guru tersebut mempunyai minat yang tinggi terhadap disiplin yang diajarnya dan perkaitannya dengan kehidupan harian. Guru tersebut dapat melihat dengan jelas bagaimana aplikasi pembelajaran adalah berguna dalam penghidupan. Guru tersebut menyedari saling perkaitan antara pelbagai disiplin. Guru tersebut mempunyai kemahiran dalam penggunaan alat-alat inkuiri yang diguna pakai dalam disiplin yang diajarnya. Guru tersebut menyampaikan maklumat yang tepat dan relevan Guru tersebut menggunakan secara berkesan pelbagai model dan penerangan konsep-konsep berkaitan disiplinnya agar idea utama menjadi jelas, menghubungkannya dengan pengetahuan sedia ada pelajar, kehidup seharian pelajar serta komuniti global. Guru tersebut mempersembahkan pelbagai pandangan, teori-teori, cara mengetahui, dan pendekatanpendekatan inkuiri semasa mengajar-isi subjeknya. Guru tersebut mengenalpasti tahap kesediaan belajar pelajar dan merekabentuk pengajaran yang sesuai Guru tersebut merancang peluang-peluang pembelajaran yang mengiktiraf dan memberi perhatian kepada perbezaan cara belajar. Guru tersebut berusaha untuk memahami keluarga dan budaya pelajar serta komuniti dan menggunakan maklumat ini untuk menghubungkan instruksi P&P dengan pengalaman pelajar. Guru tersebut mewujudkan komuniti pembelajaran yang menghormati serta menerima perbezaan antara individu. Guru tersebut mewujudkan dan melaksanakan pengalaman pembelajaran yang membenarkan pelajar untuk mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran, dan kaedah inkuiri dari pelbagai subjek. Guru tersebut membangunkan dan menggunakan kurikulum yang menggalakkan para pelajar untuk mengenali, menyoal, dan menginterpretasi pendapat dari pelbagai perspektif. Guru tersebut mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dan merekabentuk pengajaran yang sesuai dengan perkembangan pelajar. Guru tersebut menilai kaedah-kaedah untuk mencapai matlamat pembelajaran dan memilih strategi pengajaran, bahan-bahan dan teknologi untuk memenuhi matlamat instruksi dan keperluan pelajar. Guru tersebut merekabentuk aktiviti-aktiviti yang menggalakkan iklim bilik darjah yang positif seperti keterbukaan, saling hormat menghormati, memberi sokongan, inkuiri dan perbezaan individu. Guru tersebut menggunakan maklumat dari pelajar, ibu bapa, rakan sekerja, dan rekod sekolah untuk membantu guru merancang instruksi yang dapat memenuhi keperluan setiap pelajar. Guru tersebut merekabentuk persekitaran pembelajaran yang mempromosi kesihatan, keselamatan, dan kebajikan serta kesejahteraan.

b)

Guru tersebut merekabentuk dan membangunkan peluang-peluang pembelajaran yang menggunakan strategi-strategi instruksi dan sumber pembelajaran yang dipilih dengan sempurna Guru tersebut menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melibatkan pelajar dalam peluang-peluang pembelajaran yang aktif yang mempromosi pembangunan pemikiran kritikal, -penyelesaian masalah, dan keupayaan bertindak serta-membantu pelajar memikul tanggungjawab mengenalpasti dan menggunakan sumber-sumber pembelajaran. Guru tersebut membentuk persembahan dan representasi pelbagai konsep yang jelas dan tepat,

menggunakan pelbagai penerangan untuk membantu pemahaman pelaiar dan memberikan pelbagai perspektif untuk menggalakkan pemikiran kritikal. Guru tersebut mengorganisasi, mengagihkan, dan menguruskan sumber masa, ruang, aktiviti, dan perhatian agar dapat menyediakan peluang yang sama rata kepada pelajar untuk terlibat dalam tugasantugasan atau aktiviti-aktiviti yang produktif. Guru tersebut menilai sumber-sumber pengajaran dan bahan-bahan kurikulum untuk memastikan kecukupan (comprehensiveness), ketepatan, dan kegunaannya untuk mewakili idea-idea dan konsepkonsep tertentu. Guru tersebut memaksimumkan amaun rasa kelas yang digunakan untuk P&P dengan membentuk jangkaan-jangkaan dan proses-proses komunikasi dan tingkah aku sera kem ^dahan dan susun atur fizikal yang kondusif untuk mencapai matlamat bilik darjah/subjek. Guru tersebut menilai perkhidmatan-perkhidmatan atau sumber-sumber yang memenuhi keperluan pelajar. Guru tersebut merekabentuk dan melaksanakan pengajaran yang menggalakkan pembelajaran melalui penggunaan pelbagai sumber-sumber (contohnya: komputer, teknologi audio-visual, teknologi baru, pakar tempatan, dokumen dan artifak primer, teks, buku-buku rujukan, literatur, dan dokumendokumen cetak yang lain). Guni tersebut merancang dan merekabentuk persekitaran pembelajaran yang berkesan dan pengalaman-pengalaman yang disokong oleh teknologi.

c)

Guru tersebut merekabentuk dan membangunkan peluang-peluang pembelajaran yang sesuai dengan pelajar yang pelbagai Guru tersebut membentuk P&P dan aktiviti-aktiviti yang boleh beroperasi di pelbagai tahap agar dapat memenuhi perkembangan dan keperluan individu setiap pelajar yang berbeza dan membantu setiap pelajar untuk maju. Guru tersebut membuat pengubahsuaian yang perlu dan modifikasi dari segi masa dan situasi kerja, tugasan yang diberikan, kaedah komunikasi dan respon untuk setiap pelajar yang mempunyai perbezaan kapasiti pembelajaran dan juga keperluan yang berbeza. Guru tersebut mengintegrasi isi pelajaran yang mewakili kepelbagaian budaya, latarbelakang etnik, gaya hidup keluarga dan kekurangan-kekurangan tertentu.

5. PEMUDAH CARA PENDIDIKAN (EDUCATIONAL FACILITATOR) a) Guru tersebut menggunakan pelbagai strategi instruksional (kaedah, teknik dll) dan sumber-sumber (media, teknologi dll), kemahiran mengorganisasi bilik darjah yang berkesan dan teknik komunikasi yang berkesan untuk mewujudkan dan memudahkan pembentukan persekitaran pembelajaran yang menyokong pembangunan intelek, sosial dan fizikal Gum tersebut menggunakan dengan berkesan pelbagai representasi dan penerangan untuk konsep-konsep ilmu yang meliputi idea-idea utama dan menghubungkannya dengan pengetahuan sedia ada para pelajar. Guru tersebut berupaya untuk merepresentasi dan menggunakan pelbagai sudut pandangan, teori-teori, "cara-cara mengetahui', dan metod inkuiri dalam mengajar konsep-konsep isi subjeknya Guru tersebut merangsang refleksi pelajar terhadap pengetahuan sedia ada dan menghubungkan idea-idea baru dengan idea-idea yang sedia ada, membentuk perhubungan dengan pengalaman para pelajar, membekalkan peluang-peluang untuk penglibatan aktif, manipulasi, dan pengujian idea-idea dan bahanbahan, dan menggalakkan para pelajar untuk memikul tanggungjawab dalam penentuan tugasan-tugasan pembelajaran. Guru tersebut secara berterusan memantau dan mengubahsuai strategi-strategi berdasarkan maklumbalas pelajar. Guru tersebut mempelbagaikan peranannya dalam proses instruksional (instruktor, pemudahcara, jurulatih, audien) berdasarkan isi dan tujuan jnstruksi serta keperluan pelajar. Guru tersebut berupaya "berfikir di atas kaki", yakni berupaya membuat pengubahsuaian terhadap pengalaman pembelajaran yang telah dirancang mengikut keperluan semasa.

Guru tersebut menilai pemikiran dan pengalaman para pelajar sebagai asas untuk aktiviti-aktiviti instruksional; contohnya dengan menggalakkan perbincangan, mendengar dan bertindakbalas terhadap interaksi kumpulan, mendapatkan contoh-contoh pemikiran pelajar secara lisan atau secara bertulis. Guru tersebut menggunakan pelbagai alat-alat media komunikasi termasuk alat bantuan audio-vtsual dan komputer untuk memperkayakan peluang-peluang pembelajaran. Guru tersebut menunjukkan pemahaman yang jelas berkaitan operasi-operasi dan konsep-konsep teknologi. Guru tersebut memodelkan media dan teknologi baru dan mengintegrasikannya dalam instruksi pengajaran dan pembelajaran. Guru tersebut mengintegrasikan pelbagai perspektif dalam perbincangan isi subjek, termasuk perhatian kepada peribadi pelajar, keluarga, dan pengalaman komuniti dan norma-norma budaya. Guru tersebut menggunakan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran untuk melibatkan para pelajar dalam pembelajaran aktif. Guru tersebut mempromosi pembangunan pemikiran kritikal dan kreatif, penyelesaian masalah, dan keupayaan prestasi. Guru tersebut membantu para pelajar memikul tanggungjawab mengenalpasti dan menggunakan sumbersumber pembelajaran. Guru tersebut melaksanakan perancangan kurikulum yang meliputi kaedah-kaedah dan strategi-strategi yang menggunakan teknologi untuk memaksimumkan pembelajaran pelajar Guru tersebut menggunakan kemahiran mengorganisasi bilik darjah yang berkesan dan teknik komunikasi yang berkesan untuk mewujudkan dan memudahkan pembentukan persekitaran pembelajaran yang menyokong Pembangunan intelek, sosial dan fizikal Guru tersebut berupaya mengorganisasi bilik darjah dengan berkesan. Guru tersebut mengorganisasi, menyediakan pelajar untuk, dan memantau tugasan individu dan kumpulan yang membolehkan penglibatan sepenuhnya semua pelajar. Guru tersebut mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif di mana para pelajar dapat membentuk nilai diri. Guru tersebut memaksimumkan produktiviti kelas dengan mengorganisasi, mengagihkan, dan menguruskan sumber-sumber masa, ruang, dan aktiviti-aktiviti dan dengan mengkomunikasikan secara jelas matlamatmatlamat dan objektif-objektif kurikulum. Guru tersebut berkomunikasi dengan cara yang mempamerkan kepekaan kepada perbezaan budaya dan jantina; contohnya penggunaan 'eye contact yang sesuai, interpretasi bahasa badan dan penyataan-penyataan lisan, pujian, dan bertindak balas kepada pelbagai cara komunikasi dan pelbagai tahap penglibatan pelajar. Guru tersebut bercakap dengan pelajar dan mendengar pelajar, sensitif kepada dan responsif kepada tandatanda masalah, menyiasat situasi-situasi yang timbul, dan mendapatkan bantuan luar mengikut keperluan dan kesesuaian untuk menyelesaikan masalah. Guru tersebut menggunakan komunikasi verbal (membaca, menulis, mendengar, bercakap), komunikasi tidak verbal, dan teknik-teknik komunikasi media dengan para pelajar untuk menggalakkan inkuiri secara aktif, kolobrasi, dan interaksi sokongan dalam bilik darjah. Guru tersebut menggunakan strategi-strategi komunikasi yang berkesan untuk menyampaikan idea-idea dan maklumat dan untuk bertanya soalan (contohnya memantau kesan mesej, menyatakan semula idea-idea dan memperjelaskan perhubungan, menggunakan cue' visual, aural dan 'kinesthetic', sensitif kepada cue bukan verbal yang diberikan dan diterima. Guru tersebut menyokong dan memperkembangkan ekspresi pelajar dalam percakapan, menulis dan lainIain media. Guru tersebut menggalakkan banyak kaedah atau mode komunikasi dalam bilik darjah. Guru tersebut tahu bagaimana bertanya soalan dan merangsang perbincangan dalam cara untuk tujuantujuan tertentu, contohnya, meninjau pemahaman para pelajar, membantu pelajar memperjelaskan idea-idea mereka dan proses-proses pemikiran, mempromosi mengambil risiko dan penyelesaian masalah,

b)

c)

mempermudahkan mengingat kembali fakta, menggalakkan pemikiran divergen dan konvergen, merangsang sifat "ingin tahu, dan membantu pelajar bertanya. Guru tersebut merupakan seorang pendengar yangprihatin dan responsif. Guru tersebut menunjukkan keupayaan berkomunikasi secara bertulis yang berkesan. Guru tersebut menunjukkan kepekaan budaya dalam berkomunikasi, contohnya penggunaan 'eye contact yang bersesuaian dan interpretasi bahasa badan. Guru tersebut menggunakan kemahiran kefahaman mengenai motivasi individu dan kumpulan untuk membentuk persekitaran pembelajaran yang menggalakkan interaksi sosial yang positif, penglibatan pembelajaran yang aktif dan motivasi kendiri dan menggalakkan inkuiri aktif kolobrasi dan interaksi yang saling menyokong dalam bilik darjah Guru tersebut membentuk komuniti pembelajaran di mana pelajar memikul tanggungjawab untuk dirinya dan pelajar lain, melibatkan diri dalam pembuatan keputusan, bekerja secara kolaborasi dan secara sendiri, dan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang berguna. Guru tersebut melibatkan para pelajar dalam aktiviti belajar sendiri dan secara koperatif untuk membantu mereka membentuk motivasi untuk mencapai sesuatu, melalui contohnya mengaitkan pelajaran dengan minat peribadi pelajar, membenarkan pelajar membuat pilihan dalam pelajaran mereka, dan memimpin pelajar untuk bertanya soalan dan berusaha menyelesaikan masalah yang bermakna kepada mereka. Guru tersebut melibatkan para pelajar dalam menjana pengetahuan dan menguji hipotesis mengikut kaedah inkuiri dan standard-standard pembuktian yang digunakan dalam disiplin berkenaan. Guru tersebut membantu kumpulan untuk membentuk nilai-nilai yang dikongsi bersama dan jangkaan untuk interaksi pelajar, perbincangan-perbincangan akademik, dan juga tanggungjawab individu dan kumpulan yang membentuk iklim bilik darjah yang positif seperti keterbukaan, saling hormat-menghormati, sokongan dan inkuiri. Guru tersebut menggunakan pelbagai strategi pengurusan bilik darjah yang berkesan demi untuk menggalakkan perhubungan yang positif, kerjasama, dan pembelajaran yang bermakna dalam bilik darjah. Guru tersebut mengekalkan perhubungan yang mengambil berat dan menyokong pelajarnya. Guru tersebut mempersembahkan isu-isu secara objektif, adil, dan secara terhormat. Guru tersebut mewujudkan iklim yang positif dan selamat di bilik darjah dan terlibat sama dalam mengekalkan persekitaran yang sihat di sekolah secara keseluruhannya.

6. PENILAI PENDIDIKAN (EDUCATIONAL EVALUATOR) a) Guru tersebut memahami dan menggunakan strategi-strategi penilaian yang sesuai untuk menilai dan memastikan perkembangan secara berterusan intelek, sosial dan fizikal pelajar. Guru tersebut memahami ciri-ciri, rekabentuk, tujuan, penggunaan, kelebihan serta kekurangan jenisjenis ujian yang berbeza untuk menilai bagaimana para pelajar belajar, apa yang mereka ketahui dan berupaya untuk melakukan, dan apakah jenis pengalaman-pengalaman yang dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan mereka. Guru tersebut mengetahui bagaimana untuk memilih, membina, dan menggunakan strategi-strategi penilaian dan instrumen-instrumen yang sesuai untuk menilai hasil pembelajaran yang ingin dinilai. Guru tersebut memahami teori pengukuran dan isu-isu berkaitan penilaian seperti keesahan, kebolehpercayaan, bias dan penskoran. Guru tersebut memahami tujuan-tujuan penilaian formatif dan sumatif. Guru tersebut menyedari keperluan penggunaan pelbagai strategi untuk menilai perkembangan setiap pelajar. Guru tersebut menyedari peranan penilaian dalam merekabentuk dan mengubahsuai instruksi. Guru tersebut mengetahui bagaimana hendak mengkomunikasikan maklumat penilaian kepada para pelajar, ibu bapa, rakan sekerja, dan pihak lain. Guru tersebut mengetahui bagaimana mengaplikasikan teknologi untuk melicinkan strategi penilaian

agar berkesan. Guru tersebut memilih, membina dan menggunakan pelbagai teknik penilaian formal dan tak formal (contohnya: pemerhatian, portfolio pelajar, ujian yang disediakan oleh guru, tugasan, projek, penilaian kendiri pelajar, penilaian rakan pelajar dan ujian standard) untuk mempertingkatkan pemahaman guru mengenai pelajar, menilai perkembangan dan prestasi pelajar, dan mengubahsuai strategi pengajaran dan pembelajaran. Guru tersebut mendapatkan dan menggunakan maklumat mengenai pengalaman-pengalaman pelajar, tingkah laku belajar, keperluan serta perkembangan pelajar daripada ibu bapa, rakan sekerja, dan daripada pelajar sendiri Guru tersebut menilai kesan aktiviti-aktiviti kelas ke atas pelajar secara individu dan kelas secara keseluruhan, mengumpul maklumat melalui pemerhatian interaksi dalam bilik darjah, menyoal, dan menganalisis hasil kerja pelajar. Guru tersebut menyimpan rekod yang berguna mengenai hasil kerja dan prestasi pelajar, dan dapat mengkomunikasikan perkembangan pelajar kepada pelajar, ibu bapa dan rakan sekerja berdasarkan fakta dan secara bertanggungjawab berdasarkan petunjuk-petunjuk yang sesuat. Guru tersebut menilai prestasi individu dan kumpulan agar dapat merekabentuk instruksi yang memenuhi keperluan semua pelajar. Guru tersebut menetapkan penilaian pelajar yang sejajar dengan matlamat dan objektif Kurikulum dan mengubahsuai perancangan instruksi untuk menambahbaik pembelajaran pelajar. Guru tersebut menggunakan pelbagai strategi penilaian untuk menentukan kemahiran masuk (entry skills) pelajar dan menetapkan matlamat dan objektif kurikulum. Guru tersebut menggunakan strategi penilaian yang bersesuaian bagi membolehkan pelajar menyedari kekuatan dan keperluan mereka dan seterusnya menggalakkan pelajar menetapkan matlamat belajar peribadi. Guru tersebut berpegang kepada standard etika berkaitan penilaian seperti kerahsiaan, pelabelan, dan penggunaan keputusan-keputusan penilaian.

b)

Guru tersebut melaksanakan penilaian yang sesuai dan komprehensif berkaitan rekabentuk instruksional, pemudahcaraan dan pengujian Guru tersebut menilai prestasi individu dan kumpulan agar dapat merekabentuk bahan instruksional yang memenuhi keperluan semasa para pelajar dalam setiap domain (kognitif, sosial, emosi, moral dan fizikal) dan yang akan membawa para pelajar ke tahap perkembangan diri yang seterusnya. Guru tersebut memantau strategi pengajaran dan kelakuannya sendiri dalam hubungannya dengan kejayaan pelajar, mengadaptasi dan mengubah perancangan dan bahan instruksional mengikut kesesuaian. Guru tersebut mengubahsuai dan memurnikan bahan instruksional berdasarkan analisis yang dilaksanakan Guru tersebut menganalisis persekitaran bilik darjah dan membuat keputusan dan pengubahsuaian untuk meningkatkan perhubungan sosial, motivasi dan penglibatan pelajar, dan kerja yang produktif. Guru tersebut bertindakbalas terhadap sumber-sumber input yang, tidak dijangka, menilai perancangan berkaitan matlamat jangka pendek dan Jangka panjang, dan secara sistematik mengubahsuai perancangan untuk memenuhi keperluan pelajar dan meningkatkan pembelajaran. Guru tersebut secara berterusan memantau dan mengubahsuai strategi-strategi sebagai tindakbalas kepada maklumbalas pelajar.

c)

7. PENGAMAL REFLEKSI (REFLECTIVE PRACTITIONER) a) Guru tersebut adalah merupakan pengamal refleksi yang secara berterusan (menilai kesan pilihan dan tindakannya ke atas orang lain (pelajar, ibu bapa dan profesional lain dalam komuniti pendidikan)

Guru tersebut memahami kaedah-kaedah inkuiri yang dapat memberikannya merefleksi amalanamalannya, pengaruhnya terhadap perkembangan dan pembelajaran pelajar dan "interaksi yang kompleks antaranya Guru tersebut mengetahui pelbagai strategi penilaian kendiri untuk merefleks amalan pengajarannya. Guru tersebut sedar akan pengaruh perjudis peribadi terhadap pengajaran. Guru tersebut menghargai pemikiran kritikal dan pembelajaran kendiri {self-directed learning) sebagai suatu kegemaran minda. Guru tersebut adalah komited terhadap refleksi, penilaian dan pembelajaran sebagai suatu proses yang berterusan. Guru tersebut adalah komited untuk mencari, membangunkan, dan secara berterusan memurnikan amalan-amalan pedagogi yang memberi perhatian kepada keperluan individu pelajar. Guru tersebut menyedari kepentingan untuk berkerja dengan para profesional. Guru tersebut menyedari tanggungjawab profesional untuk melibatkan diri dalam peningkatan profesionalisme keguruan dan juga menyokong peningkatan profesionalisme keguruan rakan setugas. Guru tersebut mendapatkan nasihat dan cadangan serta mengambil tindakan; juga bersedia menerima dan memberi bantuan. Guru tersebut menggunakan pemerhatian bilik darjah, maklumat mengenai pelajar, dan hasil penyelidikan sebagai sumber untuk menilai hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga sebagai dasar untuk menjalankan eksperimentasi refleksi serta menyemak amalan-amalan pedagogi Guru tersebut mendapatkan input dari rakan setugas profesional di sekolah dan juga profesional lain di luar sekolah sebagai sokongan untuk proses refleksi, penyelesaian masalah dan idea-idea baru, secara aktif berkongsi pengalaman, dan mendapatkan serta memberikan maklum balas. Guru tersebut mengekalkan kesejahteraan peribadi dalam konteks kehidupan profesionalnya. Guru tersebut menggunakan refleksi kendiri sebagai suatu kaedah untuk menambahbaik instruksi. Guru tersebut melibatkan diri dalam wacana intelek berkaitan pengetahuan isi subjek dan juga pedagogi

b)

Guru tersebut secara aktif mencari peluang-peluang untuk membangun secara profesional Guru tersebut mengetahui dan menyedari bidang-bidang utama penyelidikan dalam pengajaran dan juga sumber-sumber yang ada untuk pembelajaran profesional seperti literatur profesional, rakan setugas, pertubuhan-pertubuhan profesional, dan aktiviti-aktiviti pembangunan profesional. Guru tersebut mengetahui di mana boleh didapati sumber-sumber profesional pengajaran dan isi subjek serta bagaimana menggunakannya a. Guru tersebut menyedari perlunya aktiviti profesional dan juga kolobrasi di luar ruang lingkup sekolah. Guru tersebut melibatkan diri dalam pelaung-pelaung-pembangunan profesional yang bermakna agar dapat mempelajari amalan-amalan pengajaran semasa yang berkesan. Guru tersebut mengikuti literatur profesional, mendapatkan pandangan rakan setugas serta mencari sumber-sumber lain yang menyokong pembangunannya sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang guru.