Anda di halaman 1dari 18

1.

Pengenalan Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari masalah. Apatah lagi apabila

bergelar seorang guru atau pendidik yang terlatih. Walaupun kita dibekalkan dengan latihan dan ilmu pendidikan, tidak kiralah semasa di peringkat maktab atau universiti, kita tetap menghadapi pelbagai cabaran semasa berdepan dengan murid yang pelbagai latar belakang dan kerenah. Masalah yang timbul ini pasti ada puncanya dan memerlukan kita untuk memerah otak dan menjana kreativiti dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian demi melahirkan modal insan yang celik dalam bidang Sains dan Teknologi. Ilmu, kemahiran dan latihan asas guru yang telah kita tuntut semasa menjadi guru pelatih hanyalah sebahagian daripada apa yang akan ditempuhi di alam realiti bidang pendidikan. Dengan persekitaran murid yang semakin mencabar seperti pengaruh media massa dan rakan sebaya, kecanggihan teknologi semasa, serta keperluan negara dan dunia kepada bakal belia yang memiliki pengetahuan sains dan teknologi yang tinggi demi menjamin tahap inovasi dan daya saing yang tinggi memerlukan para pendidik dalam bidang ini untuk berusaha keras dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan sesuai untuk semua golongan murid. Di kawasan pedalaman pula, kekurangan pendedahan dan pengalaman secara langsung dengan kecanggihan teknologi semasa akan menghadkan Pengetahuan Sedia Ada (PSA) murid semasa masuk ke bilik darjah. Disamping itu, masalah juga timbul dari penciptaan murid itu sendiri dimana kadangkala mereka mengalami masalah pembelajaran disebabkan oleh kekurangan mereka dari segi fizikal dan mental sejak lahir, Walau dimana pun seorang guru ditugaskan, dia tidak dapat lari dari masalah pembelajaran murid di dalam memahami konsep sains dan menguasai kemahiran proses dan kemahiran manipulatif sains yang perlu dikuasai mereka mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, maka, menjadi tugas kita untuk mengesan masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh anak didik kita dan mencari jalan penyelesaian bagi mereka agar tidak terus ketinggalan di dalam tajuk atau subtopikyang dipelajari. Dengan menempuhi kitaran ini, kita akan dapat menimba dan membina pengalaman

1 8

yang berharga untuk memperbaiki diri, kualiti pengajaran dan menyelesaikan masalah serupa yang mendatang dengan lebih mudah. Di dalam tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ini, saya dan rakan seperjuangan akan berusaha untuk mengesan masalah pembelajaran yang sering dihadapi murid di dalam pembelajaran sains, mencari penyelesaian, merancang pengajaran menggunakan strategi yang sesuai dan membina satu kit pengajaran yang berfungsi untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang untuk golongan murid-murid istimewa ini.

1 8

2.0

Masalah-Masalah Pembelajaran Sains di Kalangan Murid Sekolah Rendah Di dalam menjalankan tugas sebagai guru, adalah normal apabila kita

berdepan dengan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang di ajar. Tidak semua murid dapat menerima pembelajaran yang diajar dengan sepenuhnya, tidak kiralah berapa hebat teknik mengajar yang dimiliki oleh seseorang guru tersebut. Sebagai seorang manusia biasa, seseorang guru akan cuba merancang dan melaksanakan tugas mengajar dan menyampaikan isi pelajaran menggunakan teknik dan kaedah yang mana dia mahir dan telah kuasai. Tetapi murid-murid yang diajar juga bukannya seperti komputer yang akan menerima apa sahaja perisian atau arahan yang dipasang, tetapi memiliki cara belajar mereka sendiri yang unik di antara satu sama lain. Pengetahuan sedia ada murid amatlah kritikal sebelum mereka mempelajari sesuatu konsep sains yang baru. Tidak semua murid yang ada di dalam sesebuah kelas mempunyai pengalaman yang sama sepanjang hidupnya. Perbezaan persekitaran tempat membesar dan taraf hidup mereka juga amat mempengaruhi mereka dalam memahami sesuatu konsep. Guru perlu menyediakan pengalaman pembelajaran yang sekata dan memberikan peluang setiap pelajar untuk mencuba sesuatu yang baru, menyentuh, merasa di samping melihat sendiri objek-objek seperti alat bantu mengajar, radas, spesimen, bahan simulasi atau apa saja yang boleh membantu mereka dalam pembelajaran mengenai tajuk yang diajar. Tetapi apa yang akan kita bincangkan di dalam tugasan ini adalah mengenai masalah pembelajaran yang sering dialami oleh kanak-kanak. Kanak-kanak istemewa adalah golongan kanak-kanak yang sering berdepan dengan masalah pembelajaran kerana kekurangan yang terdapat pada diri mereka. Terdapat dua jenis kanak-kanak istemewa iaitu kanak-kanak Pintar Cerdas dan kanak-kanak Kurang Upaya. Kanak-kanak pintar cerdas membawa maksud kanak-kanak yang

berketrampilan dalam bidang sukan, akademik, muzik, seni dan kepimpinan. Perbezaan setiap individu adalah anugerah Tuhan, lebih-lebih lagi bagi kanakkanak pintar cerdas. Kanak-kanak pintar cerdas sememangnya rnemperlihatkan kelebihan intelek yang luar biasa berbanding rakan sebaya mereka. Pada masa yang sarna,

1 8

kelebihan ini menimbulkan pula beberapa masalah lain dalam hidup mereka. Sebagai golongan minoriti, masalah mereka mungkin tidak difahami dan tidak dipedulikan oleh orang ramai. Masalah berkenaan sebenarnya berpunca daripada sifat unik yang ada pada diri rnereka. Antaranya, konsep kendiri; fobia; perkernbangan nilai dan moral, keupayaan yang tidak seimbang; masalah kemahiran bersosial, dan masalah mengembangkan potensi.Pada rnasa yang sarna, faktor persekitaran seperti rnasalah komunikasi; diskriminasi terhadap golongan ini; masalah keluarga; rnasalah tidak dapat menyesuaikan diri dengan sistern persekitaran; dan pandangan orang lain terhadap rnereka rnenyebabkan rnasalah mereka yang sedia ada semakin bertambah. Murid kurang upaya pula bermaksud murid yang mempunyai keupayaan yang terbatas dari segi fizikal, intelektual, emosi, atau perkembangan sosial. Aspek perkembangan atau pembelajaran mereka yang merupakan lebih dari satu perkara mungkin terganggu. Terdapat enam kategori kekurangan upaya yang melibatkan kanak-kanak iaitu Kurang Upaya Pendengaran ( termasuk pekak atau bisu), Kurang Upaya Penglihatan (termasuk rabun atau buta), Kurang Upaya Fizikal (kecacatan anggota badan), Celebral Palsy (lumpuh), Masalah pembelajaran, dan lain-lain menurut dignosis perubatan yang melibatkan semua masalah kurang upaya yang lain. Di dalam tugasan ini saya akan lebih memberikan perhatian kepada kekurangan upaya kategori ke lima iaitu Masalah Pembelajaran. Antara penyakit yang berkaitan dengan golongan ini ialah seperti Sindrom Down, Autisme, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder), terencat akal, dan masalah lain seperti disleksia, disgrafia, dan diskakulia. Kanak-kanak istimewa sering dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran oleh kerana sikap dan sifatnya yang unikberbanding pelajar lain. Ianya tidak berlaku akibat daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran kanak- kanak tersebut. Sebenarnya, ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh, lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini, yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu maklumat. Kanakkanak bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak yang telah dikenalpasti

1 8

dan disahkan oleh pakar profesional klinikal sebagai mengalami kecacatan yang menganggu proses pembelajaran. Kecacatan yang dialami boleh diketegorikan mengikut tahap kefungsian kanak-kanak dalam aspek seperti kebolehan kognitif, tingkahlaku atau perkembangan sosial, penguasaan bahasa lisan atau pertuturan, penguasaan bacaan, kemahiran perkembangan, dan kemahiran matematik Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran menunjukkan

pencapaian yang rendah dalam subjek tertentu seperti bahasa atau matematik yang melibatkan pembacaan dan pengiraan. Sehubungan dengan itu, masalah ini juga akan berlarutan dan menjangkau ke matapelajaran sains yang memerlukan juga penguasaan bahasa dan matematik agar dapat memahami konsep sains dengan lebih mudah. Terdapat beberapa bentuk ketidakupayaan pembelajaran iaitu disleksia, ADHD (Attention Deficit and Hyperactivity Disorder), dan masalah lain seperti disgrafia, diskakulia dan autisme. Disleksia, iaitu ketidakupayaan pembelajaran yang menyebabkan seorang

kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa. Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan dan sifir. ADHD(Attention Deficit and Hyperactivity Disorder) pula merupakan satu gangguan yang menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memberi

1 8

fokus kepada sesuatu benda. Seseorang kanak-kanak itu mungkin pada dasrnya normal, cerdas, dan bijak tetapi dia menghadapi masalah tidak dapat menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri. Mereka yang mengalami ADHD mempunyai kesukaran untuk memberikan perhatian pada sesuatu kerja yang sedang dilakukannya. Mereka mungkin akan lebih agresif mahupun impulsif berbanding dengan apa yang biasa dilihat pada usia tersebut. Perlakuan ini menyumbang kepada masalah perhubungan, pembelajaran dan tingkah laku. ADHD pada kebiasannya sering terjadi kepada kanak-kanak lelaki berbanding kanak-kanak perempuan Manakala Dispraksia pula adalah satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan anggota tubuh. Dispraksia berasal dari kata Dys yang maksudnya tidak mudah atau sukar dan praxis yang bermaksud bertindak, melakukan. Nama lain Dispraksia adalah Development Co-ordination Disorder (DCD), Perceptuo-Motor Dysfunction, dan Motor Learning Disability. Pada zaman dulu lebih dikenali dengan nama Clumsy Child Syndrome. Menurut penelitian, gangguan ini kadang diturunkan dalam keluarga dan gejalanya berkait rapat dengan gangguan lain yang hampir sama seperti disleksia. Menurut penelitian secara perubatan, dispraksia adalah gangguan atau ketidakmatangan anak dalam mengorganisasikan gerakan. Ini berlaku kerana otak kurang berupaya memproses informasi sehingga arahan-arahan tidak secara penuh atau benar ditransmisikan. Hal ini menyebabkan timbulnya kesukaran dalam berfikir, merancang dan melakukan tugas-tugas motorik atau sensori. Dengan kata lain, dysprexia umumnya tidak mampu dilihat dengan mata kasar kerana ia melibatkan ketidakjajaran antara arahan dari otak dan pergerakan tangan atau kaki pada masa yang sama Diskalkulia merupakan sejenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan matematik, apabila kanak-kanak itu mengalami masalah dalam pengiraan dan hitungan. Walau berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun di tetap sukar memahaminya. Merujuk kepada istilah sastera, "Dys" dalam bahasa Greek bermaksud kesukaran, "Calculia" dalam bahasa Latin bermaksud pengiraan. Maka Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran kemahiran keupayaan spesifik yang mempengaruhi sebagai sesuatu pemerolehan/pembelajaran keadaan yang mempengaruhi aritmetik menguasai /

Menurut Departmant for Education Skills 2001(DfES), Diskalkulia diterangkan

1 8

memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedurprosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri. Autisme pula merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunia persekitarannya, sebagaimana yang dialami oleh rakan-rakannya yang normal. Mereka sukar bercakap dan berbual-bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi. Mereka juga bertindak balas dalam cara yang berbeza. Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga mereka. Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi sesuatu yang tidak disenangi. Mereka juga tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas baran, dan bertindak balas secara luar biasa. Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab para professional dan guru-guru sekolah untuk membantu kanak-kanak kurang upaya dari segi pembelajaran dengan memberikan perhatian yang lebih dan memastikan mereka mengikut latihan-latihan khas yang telah disediakan.

1 8

3,0

Strategi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Kurang Upaya dan Bermasalah dari Segi Pembelajaran. Sebagai satu bidang ilmu, Sains membekalkan satu rangka konsep yang

membolehkan murid memahami alam sekililing. Ilmu ini menjadi lebih bermakna jika murid dibantu menhubungkaitkan fakta dan konsep dalam kehidupan harian dan mangaitkan pembelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada yang ada pada diri mereka. Untuk memastikan keberkesanan penyampaian konsep Sains kepada pelajar, guru perlu memastikan murid mengenalpasti konsep dan istilah yang terlibat dalam setiap topik yang diajar. Dengan ini murid dapat mengikuti pembelajaran mereka dengan lebih jelas dan mudah. Isi pelajaran yang ingin disampaikan juga perlu dinilai, dirancang dan disediakan mengikut keperluan pengajaran yang hendak disampaikan . Disamping itu guru juga perlu merancang aktiviti yang membolehkan murid membina perkaitan diantara pengetahuan sedia ada mereka dengan pengetahuan baru yang hendak disampaikan supaya kesinambungan pengetahuan dapat berlaku dengan bermakna. Dengan ini, murid dapat mengikuti pembelajaran Sains dengan lebih cepat terutama apabila mereka telah mempunyai pengalaman. Sebagai guru yang berdedikasi, kita juga perlu mengambil kira masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang bekerperluan khas.seperti yang telah dibincangkan di dalam perkara 2.0 sebelum ini. Untuk mengajar murid-murid yang kurang upaya dari segi pembelajarannya kita perlulah sentiasa memberi tindakbalas atau respons yang baik kepada jawapan atau soalan pelajar. Kita juga memahagikan pembelajaran ke dalam langkah-langkah kecil agar murid lebih mudah mengikuti pembelajaran yang perlu dikuasaianya Disamping itu guru juga perlu menggunakan gambar rajah, grafik dan gambar-gambar berkaitan sebagai penerangan tambahan selain penerangan secara lisan serta menggunakan banyak contah disamping menyediakan latihan bebas yang terdiri daripada latihan yang dirancang dan latihan intensif dengan mencukupi. Guru juga perlu berhati-hati semasa memberikan arahan untuk memastikan arahan tersebut diterima dengan jelas oleh pelajar yang bermasalah pembelajaran ini dan kemudian mengemukakan soalan dengan jelas, kemudian

1 8

minta murid kurang

upaya: dari segi pembelajaran menerangkan semula

kefahaman mereka terhadap soalan yang telah disoal. Guru juga boleh meluangkan masa untuk menyediakan salinan nota yang jelas untuk membantu pelajar. Bertanya soalan juga adalah satu cara untuk membantu murid yang bermasalah pembelajaran mendapat keyakinan diri. Nota yang ditulis dipapan tulis hendaklah diulangi secara lisan dengan kerap dan jelas oleh gurubagi memastikan murid memberikan perhatian dan jelas dengan perkara yang ingin disampaikan. Di samping itu guru perlu menulis dengan tulisan yang besar dan tidak menulis perkara-perkara tidak berkaitan bagi mengelakkan daripada perkara-perkara yang menganggu tumpuan murid-murid bermasalah pembelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran seperti bunyi bising, silauan cahaya dan lain-lain dan pada akhir pembelajaran, guru perlu merumuskan perkara-perkara penting dalam isi kandungan kepada pelajar-pelajar istemewa ini. Guru juga perlu menyediakan latihan tambahan bagi murid yang di ajar dan memberi latihan lebih komplek sebagai kerja rumah, dan berikan masa selama dua atau tiga hari kepada murid-murid barmasalah pembejaran untuk menyelesaikannya. Murid-murid bermasalah pembelajaran perlu dibantu mencari kata kunci atau arahan bagi latihan yang diberi. Pembalajaran menggunakan kaedah mnemonik juga boleh digunapakai

untuk mengajar murid sebegini disamping menggunakan alat bantu mengajar supaya pengajaran menjadi lebih jelas dan berkesan. Disamping pengajaran di dalam kelas, guru juga perlu mengubahsuai Makmal Sains agar dapat menyokong pembelajaran murid bekeperluan khas ini dengan cara melabelkan semua peralatan makmal dengan jelas dan sebaiknya menggunakan kad bewarna atau tulisan yang menarik tetapi mudah dibaca bagi memudahkan kumpulan murid tersebut mengenali peralatan makmal. Guru juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti eksperimen yang mudah dan ringkas serta menyediakan kad-kad arahan bagi setiap langkah/prosedur bagi menggunakan peralatan makmal agar murid dapat mencapai objektif pembelajaran yang sama seperti murid biasa. Guru juga perlu memerikan masa tambahan untuk murid-murid menyediakan laporan eksperimen dan memahami kesukaran yang murid ini hadapi.

1 8

Bagi mengajar konsep-konsep yang abstrak, guru perlu menggunakan alat bantu mengajar visual seperti carta atau graf untuk membantu murid memahami konsep tersebut. Guru juga perlu mengurangkan perasaan takut murid-murid dengan memberi murid-murid menggunakan peralatan makmal dengan sendiri dan berikan latihan tambahan melalui seolan berkiatan dengan peralatan makmal. Murid kurang upaya pembelajaran biasanya memberi respon yang baik kepada kaedah pengajaran pelbagai deria. Kaedah pelbagai deria berjaya untuk murid kurang upaya pembelajaran kerana mereka aktif melibatkan pelbagai deria . Teknik pengajaran pelbagai deria adalah pengajaran yang melibatkan murid belajar memahami dan mengingati fakta. Pelajaran yang disampaikan kepada mereka dalam pelbagai cara yang menggunakan pelbagai deria. Teknik pelbagai deria melibatkan penglihatan, pendengaran, menyentuh, merasa, pergerakan, dan juga bau. Murid kurang upaya pembelajaran juga sering memberi respons yang baik kepada pengajaran skop dan urutan. Pengajaran skop dan pengajaran yang sistematik, bermula dengan urutan adalah konsep yang paling asas secara

beransur-ansur maju dan membina kemahiran yang lebih kompleks. Dalam strategi pengajaran skop dan urutan, kemahiran akan diajar dalam turutan tertentu. Bermula dengan idea-idea yang asas dan perlu difahami sebelum bergerak kepada kemahiran yang lebih kompleks seperti pengelasan dan penjelasan. Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran awal sebelum berpindah kemahiran seterusnya. Murid kurang upaya perlu diajar menggunakan bahan bantu mengajar. Pembelajaran jenis ini adalah hampir sama dengan pembelajaran masteri. Mengikut Anderson & Block(1975), pembelajaran masteri ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten. Pembelajaran juga dipecahkan kepada unit yang lebih kecil agar ianya mudah untuk dikuasai.

1 8

4.0

Merancang Pengajaran dan Kit Pengajaran yang Sesuai Dengan Pengajaran untuk Murid Bermasalah Pembelajaran Disleksia Bagi Sains Tahun 3 External Features of Animals Bagi mengaplikasikan pengetahuan yang saya perolehi dari kajian ini, saya

telah merancang satu sesi pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan muridmurid bermasalah pembelajaran disleksia di kalangan murid-murid tahun tiga. Rancangan mengajar yang telah saya rencanakan untuk sesi pembelajaran dan pengajaran tersebut adalah seperti yang dilampirkan dalam Lampiran 1. Bagi membolehkan murid-murid istemewa ini mencapai objektif pembelajaran yang disediakan, saya telah mengubahsuai kaedah pengajaran biasa bagi tajuk yang ingin diajar kepada satu pengajaran yang sesuai untuk kumpulan sasaran. Kumpulan murid ini terdiri daripada dua pelajar Tahun 3 SK Rantau Panjang yang menghadapi masalah disleksia yang telah disahkan oleh doktor pakar dan pakar diagnostik Pusat Agape, Sibu semasa saringan LINUS, iaitu Fira Diana anak Diau dan Douglas Larry anak Ubong. Kedua-dua pelajar ini adalah sepupu dekat dimana ibu mereka adalah adik beradik. Dalam memastikan kedua-dua pelajar ini dapat menguasai objektif pelajaran yang diajar, saya akan menggunakan strategi pembelajaran koperatif yang melibatkan interaksi secara think-pair-share dan interaksi bersemuka , pendekatan kostruktivisme 5 fasa needham serta teknik yang dipanggil skop dan urutan. Pembelajaran koperatif akan memberikan peluang kepada pelajar untuk brinteraksi dan berfikir serta menjalankan aktiviti secara berpasangan Pengajaran skop dan urutan adalah teknik pengajaran yang sistematik, bermula dengan konsep yang paling asas secara beransur-ansur maju dan membina kemahiran yang lebih kompleks. Dalam teknik skop dan urutan, kemahiran akan diajar dalam turutan tertentu.. Guru perlu memastikan murid menguasai kemahiran awal sebelum berpindah kemahiran seterusnya. Saya juga lebih banyak menggunakan gambar berbanding perkataan kerana kedua-dua murid ini memamg mengalami masalah dengan pembacaan. Walaubagaimanapun saya tetap menggunakan kad perkataan yang ringkas dalam dwi-bahasa kerana selain mengalami disleksia, mereka juga lemah dalam Bahasa Inggeris.

1 8

5.0

Cara Menyediakan Kit Pembelajaran Kit pembelajaran yang saya bina adalah lebih kepada berbentuk kad gambar

dan perkataan dalam saiz sederhana. oleh kerana kedua-dua pelajar ini sahaja yang diajar, jadi tidak perlulah pada pendapat saya untuk menyediakan kad yang besar. Di dalam kit ini juga, saya sertakan lembaran kerja untuk aktiviti berpasangan dan latihan individu. Kit ini akan berfyang terdiri daripada berberapa set akan disimpan di dalam sampul mengikut langkah pengajaran. Oleh sebab itu kit ini dipanggil kit kotak kasut atau Kit Sampul.Kit ini akan berfungsi sebagai penggerak pembelajaran dimana murid akan berinteraksi dan berfikir hasil daripada rangsangan. Berikut adalah cara-cara saya menyediakan kit tersebut. 1. Sediakan kad perkataan untuk kosa kata penting (glosary) menggunakan MS Word atau juga boleh ditulis dengan marker. Perkataan mestilah ditulis dalam Dwi-Bahasa dengan saiz tulisan yang sederhana besar tetapi terjemahan dalam bahasa melayu perlulah dicondongkan untuk membezakannya dan boleh dibaca dalam jarak 4 meter. 2. Cari gambar yang berkaitan dengan haiwan dan ciri-ciri luaran haiwan yang akan diajar menggunakan Internet. Pilih gambar yang jelas, menarik dan bewarna. 3. Seragamkan saiz gambar dan buat cetakan bewarna bagi gambar tersebut. Tampalkan hasil cetakan pada kad manila Sekiranya tiada kemudahan internet, kita juga boleh melukiskan gambar tersebut di atas kertas atau kad manila. 4. Sediakan lembaran kerja yang bersesuaian dengan tajuk dan pelajar serta masalah pembelajaran yang dihadapi mereka. Saya menggunakan lembaran kerja Padan Gambar dan Perkataan serta Label Bahagian Badan Haiwan 5. Susunkan kad dan lembaran kerja mengikut langkah pengajaran. Simpan set yang berlainan saiz dalam sampul berlainan dan labelkan 6. Proses pembinaan Kit Pengajaran adalah seperti di dalam Lampiran 2.

1 8

6.0

Kesimpulan Daripada projek yang telah dijalankan ini dapatlah disimpulkan bahawa

strategi yang sesuai amatlah penting bagi menjamin keberkesanan pengajaran oleh seorang guru. Guru yang berdedikasi akan sentiasa mencari jalan dengan berbincang, bersoal-jawab dan membaca untuk mempertingkatkan kualiti pengajarannya tanpa mengira golongan murid yang diajar. Sebagai seorang guru, tiada istilah berputus asa bagi dirinya bagi mencari kaedah yang sesuai untuk mengajar murid-muridnya yang menghadapi masalah pembelajaran disamping membimbing pelajar normal yang lain dengan aktiviti pengayaan. Strategi pembelajaran amat penting untuk membolehkan guru meningkatkan minat para pelajar bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Melalui strategi pembelajaran yang pelbagai, guru dapat menilai tahap perkembangan akademik murid-murid didalam kelas dan menyesuaikan strategi pembelajaran yang dapat membantu mereka didalam pembelajaran. Ini kerana tahap kecerdasan murid-murid adalah berbeza. Guru harus memainkan peranan untuk membimbing murid-murid menerokai kecenderungan kecerdasan mereka Terdapat pelbagai masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid kita dan kadang-kadang tidak kita sedari. Murid-murid ini kadangkala kelihatan normal dan berinteraksi seperti biasa di dalam kelas tetapi sebenarnya menghadapi masalah pembelajaran yang membantutkan perkembangan intelek mereka. Sebagai seorang guru, adalah menjadi tugas kita untuk mengesan dan memberikan perhatian yang lebih kepada kumpulan murid ini serta menyesuaikan pengajaran kita agar kumpulan ini tidak ketinggalan di dalam matapelajaran sains. Di samping itu, penggunaan kit pengajaran yang sesuai dan terancang amatlah penting dalam membantu kita memberikan pengajaran yang terbaik untuk semua murid. Setiap kit yang dibina perlulah bersesuaian dengan pelajar dan mampu menarik perhatian mereka agar berminat terhadap pembelajaran sains. Pembinaan kit seperti ini juga memerlukan perancangan rapi dan kecekalan yang tinggi seorang pendidik. Usaha berterusan seorang guru dalam memastikan kejayaan anak muridnya akan memberikan hasil yang besar kepada murid, masyarakat setempat dan negara.

1 8

7.0

Refleksi

Syukur dan segala puji bagi Allah diatas limpah kurnai dan izinNya, akhirnya saya dan rakan-rakan seperjuangan telah berjaya menyelesaikan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) SCE 3104-Kurikulum dan Pedagogi Sains Sekolah Rendah Program Pensiswazahan Guru di Institut Pendidikan Guru Kampus Rajang ini dengan jayanya. KKBI ini diberikan bertujuan untuk membolehkan pelajar memperkayakan ilmu pengetahuan melalui pembacaan tambahan pelbagai bahan sumber mengenai masalah pembelajaran sains di kalangan murid sekolah rendah dan strategi yang pengajaran yang bersesuaian serta meberikan pengalaman kepada pelajar untuk merancang pengajaran dan membina kit pengajaran yang bersesuaian. Di dalam kerja kursus ini saya telah menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran menggunakan startegi pengajaran yang dirancang dan kit yang telah dibina untuk membantu keberkesanan pengajaran saya ini. Kedua-dua pelajar yang menjadi subjek dalam projek saya ini merupakan murid Tahun 3 yang kelihatan biasa pada luarannya tetapi menurut Penyelaras Program LINUS SK Rantau Panjang, Sibu, kedua-dua pelajar ini dikenalpasti menghidapi ganguan Disleksia, iaitu ketidakupayaan pembelajaran yang menyebabkan seorang kanak-kanak itu sukar membaca, menulis, dan mengeja dalam cara yang biasa. Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "Dys" bermakna susah, dan "Lexia" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal. Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan. Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia. Daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang seperti dalam Lampiran 1 dan dilaksanakan seperti yang trdapat di dalam gambar-gambar yang terdapat di Lampiran 2, saya mendapati kaedah atau strategi pengajaran koperatif

1 8

dan teknik skop dan urutan yang hampir sama dengan pembelajaran masteri ini amat berkesan untuk mengajar kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Walaupun langkahnya lambat dan memakan masa tetapi kesannya ke atas pembelajaran murid nampak nyata berkesan. Murid dapat memahami isi pelajaran yang dipecahkan kepada kemahiran kecil dan membina pengetahuan mereka walaupun saya menggunakan pendekatan konsruktivisme. Murid juga dapat berinteraksi dengan aktif secara berpasangan untukmenyelesaikan masalah yang diberi. Walaubagaimanapun, masih banyak kelemahan pada diri saya yang masih perlu dibaiki untuk mempertingkatkan kemahiran saya sebagai seorang pendidik professional. Saya perlu lebih bersabar semasa mengajar murid-murid yang lemah dan memberikan perhatian yang lebih kepada golongan ini. Ada diantara langkah pengajaran yang masih lagi kekok untuk saya laksanakan seperti penstrukturan idea dan saya sedar akan kelemahan ini dan bertekad untuk mengatasinya. Teknik penyoalan saya juga masih lemah dan apabila berbincang dengan rakan sekumpulan mereka mengesyorkan saya menggunakan skrip soalan semasa mengajar. Setelah 10 tahun bergelar pendidik, baharulah saya sedar bahawa masih banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki untuk memantapkan pengajaran saya. Saya berharap semua pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi dari tugasan yang telah dijalankan ini akan dapat saya manfaatkan untuk diri saya sebagai seorang pendidik dalam merancang dan mengelolakan aktiviti dan tugasan murid-murid serta agar dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menarik, interaktif dan bermakna. Saya juga bertekad untuk menyebarkan pengetahuan yang saya perolehi ini dalam kepada anak-anak serta masyarakat di sekitar saya. Akhir sekali, saya berdoa agar usaha yang telah dicurahkan untuk menimba ilmu ini akan menjadi kunci untuk saya menghadapi Ujian Semester 2 PPG bagi yang bakal menjelang pada hujung semester ini nanti.

1 8

Senarai Rujukan
Fleer, M., & Hardy. T. (2001). Science for Children: Developing a Personal

Approach to Teaching. (2nd Edition). Sydney: Prentice Hall. Pg 146 147) Brown, T.E. 2000. Attention-deficit disorders and co-morbidities in children, adolescents, and adults. Washington, DC: American Psychiatric Press.

Gersten, R., E. Schiller, and S. Vaughn, eds. 2000. Contemporary special education research: Syntheses of the knowledge base on critical instructional issues . Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates. Hulme, C., and S. Mackenzie. 1992. Working memory and severe learning difficulties. Hove, UK: Lawrence Erlbuam Associates. Kavale, K.A., and S.R. Forness. 1995. The nature of learning disabilities. Mahwah, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Mastropieri, M.A., and T.E. Scruggs. 1993. A practical guide to teaching science to students with special needs in inclusive settings . Austin, TX: ProEd.

Minskoff, E., and D. Allsopp. 2003. Academic success strategies for adolescents with learning disabilities and ADHD. Baltimore, MD: Brookes Publishing. Vail, C., M. Crane, and D. Huntington. 1999. Behavioral interventions that work. In Professional issues in learning disabilities: Practical strategies and relevant research findings, ed. W. Bender, 2754. Austin, TX: Pro-ed.
http://www.helpguide.org/mental/learning_disabilities.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Disleksia http://www.nsta.org/publications/news/story.aspx?id=51706

1 8

Lampiran 2 Gambar Membina Kit Pengajaran

Lampiran 3- Gambar Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Mengunakan Kit

1 8

1 8

Anda mungkin juga menyukai