Anda di halaman 1dari 14

FALSAFAH DAN PANDANGAN TOKOH PENGASAS PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1- IMAM Al-GHAZALI Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058

8 Masehi di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali. Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib Censelor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah. Tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mekah. Kitab yang termashur kekarang oleh beliau ialah Ihya Ulumuddin. Pandangan / Idea-Idea Beliau: Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali perempuan yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, sederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebenciaan mereka. Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana dengan bermain pada kanak-kanak dapat: - membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot mereka. - Sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - Dapat menggembirakan mereka serta kerehatan selepas penat belajar. Nasihat beliau kepada guru supaya: - mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak. - Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara menempelak mereka. - Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu menunjukkan model tingkah laku yang baik.

http://notakursusdalamcuti.blogspot.com/2011/12/tokoh-pengasas-pra-sekolah.html http://astanamiri.blogspot.com/2012/01/tokoh-tokoh-pengasas-pendidikan-awal_14.html

1. Imam Al-Ghazali
Dilahirkan pada 450 Hijrah (1058 Masehi) di Parsi. Dilantik sebagai Naib Canselor Universiti dan pensyarah Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah pada tahun 484 Hijrah. Pada tahun 489, beliau meletak jawatan dan pergi ke Syria dan ke Mecca. Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.

Pandangan Imam Al-Ghazali : Seorang anak harus dididik dari lahir. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.

Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga. Sikap tegas dengan kanak-kanak, jangan biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila bergaul dengan mereka.

Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak. Jangan mencemuh dan menimbulkan

kebencian mereka. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada kanak-kanak dapat:

-membantu perkembangan fizikal serta menguatkan otot. - sifat semulajadi kanak-kanak memang suka bermain. - dapat menggembirakan mereka serta memberi kerehatan selepas penat belajar.

PENGENALAN

Menurut Imam Al-Ghazali, kanak-kanak adalah umpama permata yang belum dibentuk. Ibu bapa adalah bertanggungjawab untuk membentuknya menjadi berkilau. Dalam era globalisasi, ibu bapa tidak lagi bersendirian mendidik anak-anak. Sebahagian besar tugas ibu bapa kini dikongsi bersama guru-guru di prasekolah, tadika dan sebagainya. Justeru, pembentukan sahsiah individu seperti penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai perlu disemai secara terancang oleh guru-guru prasekolah dalam melazimkan kanakkanak dengan amalan Kerohanian dan Moral yang baik untuk membentuk modal insan yang holistik dan berdaya tahan. http://ipgmkdriprasekolah.blogspot.com/2010/10/assigment-pra3108.html

Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh merosakkan hidup mereka. Imam Al-Ghazali pernah menyebut, sesungguhnya anak-anak kita adalah permata. Dalam membicarakan soal pendidikan anak-anak ini suatu perkara yang perlu kita fahami bahawa mendidik adalah suatu kesenian yang datangnya dari jiwa yang halus dan pemikiran yang kreatif. Suatu yang kreatif dan seni tidak akan lahir dari jiwa yang keras dan peribadi yang kasar dicetuskan oleh emosi marah dan hilang pertimbangan akal. Kasih sayang adalah elemen paling utama dalam proses mendidik. Teguran dan nasihat yang lahir dari cetusan kasih sayang akan mencairkan hati yang keras sebaliknya kekasaran dan penonjolan ammarah akan membekukan jiwa yang lembut.
http://kandahafis.blogspot.com/2009/10/konsep-pendidikan-anak-anak-dari.html

PENDAPAT IMAM AL - GHAZALI DALAM MENDIDIK ANAK

Menurut Imam Al - Ghazali, beliau memberi istilah Riadhatus Sibyan dalam soal mendidik anak -anak iaitu pentingnya memberi pendidikan kepada anak - anak agar mereka membesar sebagai seorang muslim yang memahami tugas dan tanggungjawab terhadap dirinya, keluarga, masyarakat, negara dan agama.Antara perkara -perkara yang dititikberatkan berdasarkan pendapat beliau ialah: 1.Mendidik mereka supaya beradab dan berbakti terhadap ibu bapanya,guru, dan orang yang lebih dewasa daripadanya.

2.Wajib mendidik mereka melakukan ibadah terutamanya solat dan puasa..Latihlah mereka supaya menampilkan akhlak yang terpuji serta mencegahya dari bergaul dengan rakan -rakan yang buruk budi pekertinya.

3.Hindarkan mereka dari pengaruh kehidupan mewah dan bersenang lenang kerana dikhuatiri mereka tidak biasa dengan ujian hidup pada masa akan datang.Latihlah mereka dengan gaya hidup sederhana dengan bersyukur terhadap nikmat Allah walaupun sedikit. 4.Jika anak -anak sudah boleh membezakan mana yang baik dan buruk,maka bantulah mereka membina akhlak yang mulia. 5.Jika wujudnya sifat rakus dalam diri mereka seperti waktu makan, maka didiklah mereka supaya beradab ketika makan terutamanya membaca bismillah sebelum makan,paksa mereka menggunakan tangan kanan, mengambil lauk yang berhampiran terlebih dahulu, menunggu ahli keluarga yang lain untuk makan bersama -sama, makan dengan tenang agar tidak mengotorkan pakaian.Laranglah mereka dari makan terlalu banyak dan berilah pujian jika mereka makan secara sederhana.

6.Elakan mereka dari kerap berkawan dengan orang yang biasa hidup dengan kemewahan.

7.Biasakan mereka memakai pakaian yang menutup aurat dan agak longgar.Kalau boleh biasakan anak lelaki memakai pakaian warna putih. 8.Segeralah memuji jika melihat anak -anak melakukan perkara terpuji.Tetapi sekiranya mereka melakukan perkara yang tidak baik buat pertama kali, usahlah disingkap dan disoal jawab serta berpura -pura melupakannya.Sekiranya ia mengulangi perbuatannya, tegurlah dengan penuh hikmah sehingga mereka menunjukan penyesalan. 9.Jangan biasakan mereka tidur di siang hari kerana tabiat ini akan menjadikan ia malas.Biasakan mereka tidur di tempat yang tidak empuk agar mereka terbiasa dengan gaya hidup sederhana. 10.Latih mereka supaya memperbanyakan pergerakan badan supaya mereka cergas dan sihat. 11.Jangan biarkan mereka berjalan dengan keadaan sombong sebaliknya latihlah mereka berjalan dengan sifat rendah diri tetapi jagan sampai dipandang rendah oleh orang lain. 12.Latihlah mereka supaya tidak banyak membuat kritikan, mengutuk dan mencaci sesaorang. 13.Latih mereka supaya bersifat sabar jika didenda guru kerana sifat sabar adalah lambang keberanian dan jangan suka mengadu dan berteriak seperti lagak seorang pondan.

14.Izinkan mereka bermain dan beriadah sebaik pulang dari rumah, selepas persekolahan asalkan mereka menjaga adab -adab islam agar mereka dapat merehatkan minda dan tubuh badan.Larangan daripada bermain akan menyebabkan mereka bosan terhadap pelajaran dan membantutkan kecergasan. 15. Berilah peringatan kepada anak -anak supaya mereka takut untuk melakukan perbuatan mencuri, makan makanan yang haram.melakukan khianat,berdusta dan sebagainya sekiranya kita melihat mereka ada kecenderungan melakukan perkara - perkara tersebut.
http://norazmimohammad.blogspot.com/2012/11/pendapat-imam-al-ghazali-dalam-mendidik.html

9.0 PENUTUP Hakikatnya samada di barat atau di timur, semua manusia mengharapkan anak mereka ke arah pembinaan syakhsiah mulia dan berkeperibadian tinggi serta berhemah dalam menghadapi arus globalisasi yang semakin mencabar. Ibu bapa tidak boleh menyalahkan kerajaan, masyarakat dan sekolah semata-mata sebagai helah membela diri apabila anak menjadi jahat tabiatnya. Ibu bapa perlu menyalahkan diri sendiri kerana ini adalah langkah positif untuk menilai semula peranannya bagaimana untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang. Betapa beruntungnya kedua-dua ibu bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka. Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya telah meninggal dunia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: Apabila meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua ibu bapanya. (HR al-Bukhari)

Imam AlGhazali atau nama sebenarnya ialah Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad AlGhazali dilahirkan pada tahun 450 hijrah bersamaan 1058 Masihi di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, yang kini terletak di bahagian timur laut negara Iran, berdekatan dengan kota Mashhad, iaitu ibu kota wilayah Khurasan. Al Ghazali bebangsa Parsi. Beliau di gelar dengan beberapa gelaran seperti Hujjat alislam (the proof of islam) dan Zayn al-Din (The Ornament of Religion). AlGhazali berasal daripada keluarga yang berkedudukan sederhana dalam masyarakat yang menekankan aspek penghayatan ajaran islam. Ayahnya bekerja sebagai penenun kain dari bulu biri-biri. Hasil tenunan kainnya itu dibawa dari desa Ghazalah ke kota Tus untuk dijual disana. Ayah Abu Hamid Al-Ghazali telah meninggal dunia ketika beliau berumur lebih kurang 6 tahun. Al-Ghazali telah berkahwin sebelum umurnya mencecah 20 tahun, dan dikurniakan 4 orang anak iaitu 3 perempuan dan seorang lelaki. Gelaran Abu Hamid yang terdapat di pangkal namanya adalah sempena nama anak lelakinya Hamid yang telah meninggal dunia ketika masih kecil lagi. Imam al-Ghazali mempunyai daya ingat yang kuat dan bijak berhujah. Beliau digelar Hujjatul Islam kerana kemampuannya tersebut. Beliau sangat dihormati di dua dunia Islam iaitu Saljuk dan Abbasiyah yang merupakan pusat kebesaran Islam. Beliau berjaya mengusai pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Imam al-Ghazali sangat mencintai ilmu pengetahuan. Beliau juga sanggup meninggalkan segala kemewahan hidup untuk bermusafir dan mengembara serta meninggalkan kesenangan hidup demi mencari ilmu pengetahuan. Sebelum beliau memulakan pengembaraan, beliau telah mempelajari karya ahli sufi ternama seperti alJunaid Sabili dan Bayazid Busthami. Imam al-Ghazali telah mengembara selama sepuluh tahun. Beliau telah mengunjungi tempat-tempat suci yang bertaburan di daerah Islam yang luas seperti Mekkah, Madinah, Jerusalem, dan Mesir. Beliau terkenal sebagai ahli falsafah Islam yang telah mengharumkan nama ulama di Eropah melalui hasil karyanya yang sangat bermutu tinggi. Sejak kecil lagi berliau telah dididik dengan akhlak yang mulia. Hal ini menyebabkan beliau benci kepada sifat riya, megah, sombong, takabur, dan sifat-sifat tercela yang lain. Beliau sangat kuat beribadat, wara, zuhud, dan tidak gemar kepada kemewahan, kepalsuan. Kemegahan, dan kepuran-puraan dan mencari sesuatu untuk mendapat keredhaan dari Allah SWT. Pada asalnya, beliau mendapat pendidikan secara percuma dari beberapa orang guru kerana kemiskinan keluarganya. Pendidikan yang diperoleh pada peringkat ini membolehkan beliau menguasai Bahasa Arab dan Parsi dengan fasih. Pendidikan awal AlGhazali adalah secara formal bermula di Kota Tus. Beliau telah memulakan pengajian di sebuah madrasah dalam kota Tus. Sebelum umurnya mencecah 15 tahun, beliau berhijrah pula ke Jurjan bagi menyambung pengajiannya dalam bidang al-fiqh dengan bimbingan al-Imam Abi Nasral Ismail, dan Imam Harmaim di Naisabur. Oleh sebab minatnya yang mendalam terhadap ilmu, beliau mula mempelajari ilmu usuluddin, falsafah, dan mempelajari segala pendapat keempat mazhab hingga mahir dalam bidang yang dibahas oleh mazhab-mazhab tersebut. Beliau juga telah mengembara ke beberapa tempat seperti Mekah, Madinah, Mesir dan Jerusalem untuk berjumpa dengan ulama-ulama di sana untuk mendalami ilmu pengetahuannya yang ada. Dalam pengembaraan, beliau menulis kitab Ihya Ulumuddin yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan pemikiran manusia dalam semua masalah. Al-Ghazali merupakan seorang tokoh unggul dalam bidang al-Tasawwuf, al-fiqh,ilm

al- Kalam, pendidikan serta tokoh pemikir Islam yang bersifat sederhana dalam displin logik. Beliau telah wafat pada tahun 505 hijrah bersamaan 1111 masihi pada usianya 55 tahun Sumbangan Al-Ghazali dalam Pendidikan Imam Al-Ghazali telah memperkatakan dan membincangkan tentang banyak perkara mengenai pelbagai aspek kehidupan. Antara yang mendapat perhatian dan yang telah diperkatakan dengan meluas ialah mengenai pendidikan, dalam konteks kaedah pembelajaran dan penyebaran ilmu. Pada tahun 484 H, Imam Ghazali dilantik menjadi guru besar Perguruan Tinggi Nizamiyah di Kota Baghdad dalam negera Iraq. Semua pengajar dan pelajar di perguruan tinggi tersebut sangat menghormatinya kerana ketinggian dan kesucian ilmu serta hatinya. Setelah menunaikan ibadah haji pada tahun 488H, beliau telah mengembara ke negeri Syria dan meneruskan perjalanannya ke Kota Damaskus tempat beliau menetap. Pada masa yang sama, beliau turut mengarang buku yang berjudul IHYA. Dalam buku tersebut salah satu babnya beliau memberikan nasihat tentang adab kesopanan pada pelajar dalam menuntut ilmu dan pendidik sebagai pengajar para pelajar.

Antara pesanan dan nasihat Imam Al-Ghazali pada pelajarnya ialah : Pelajar perlu mempunyai kesucian batin dari kerendahan budi pekerti serta sifat-sifat yang tercela. Mengurangi hubungan persoalan duniawi dan belajarlah jauh dari kampung halaman agar lebih fokus dan lebih berkomitmen. Jangan sombong dengan ilmu pengetahuan dan jangan angkuh pada guru. Belajarlah perkara yang asas, perkara pokok terlebih dahulu. Bila guru tidak mempunyai ilmu pendirian, berhati-hati. Semua ilmu yang berguna perlu dipelajari walaupun pada asasnya sahaja. Pelajar harus mempunyai pegangan yang kuat bahawa belajar hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T Belajar secara peringkat-peringkat, dari bawah ke tahap yang atas. Imam Al-Ghazali membahagikan ilmu kepada 3 iaitu perkara asas, perkara yang penting dan pelengkap kepada ilmu tersebut. Beliau menyuruh kita mengutamakan yang asas terlebih dahulu barulah perkara yang penting dan seterusnya. Imam Ghazali sangat mementingkan pendidikan dan juga telah meninggalkan nasihat kepada pendidik supaya dapat bekerja dengan penuh dedikasi.Nasihat yang diberikan Imam Ghazali ini telah meningkatkan martabat institut pendidikan. Nasihat yang diberikan oleh Imam Ghazali terdiri dari 7 perkara, iaitu : Para pendidik perlu mempunyai kasih sayang pada murid, walaupun dalam keadaan marah tetapi sifat kasih saying masih perlu ada dalam diri pendidik. Pendidik mestilah bekerja secara ikhlas dengan niat beribadat kerana Allah S.W.T. Pendidik mestilah memberikan tunjuk ajar dalam didikan pelajaran dan juga keperluan social dan sivik. Pendidik mestilah menegur murid dengan cara kiasan bukan dengan cara marah atau sebagainya. Mestilah mengekalkan sifat ramah dan kasih sayang. Antara pendidik itu sendiri mestilah sentiasa saling hormat menghormati dan bekongsi ilmu pengetahuan. Pendidik mestilah memberikan ilmu pengetahuan mengikut kemampuan murid dan secara berperingkat-peringkat. Setiap ilmu pengetahuan yang dicurahkan oleh pendidik mestilah diamalkan olehnya supaya dapat menjadi pedoman atau model kepada murid-murid.

Satu perumpamaan yang dihasilkan oleh Al-ghazali dalam konsep guru dan pelajar, iaitu: Umpama guru dengan pelajar adalah seperti tongkat dengan bayangannya Al-Ghazali berpendapat bahawa proses pendidikan hendaklah merangkumi aspek intelek latihan jasmani serta pembinaan akhlak yang mulia, berani, dan hormat-menghormati. Beliau juga telah menegaskan pendidikan ialah sifat murni dan harus kongruen dengan dengan versi Al-Quran yang suci. Mengikut pandangan beliau, pedagogi adalah berkait rapat dengan proses manusia yang implikasinya ialah proses pendidikan hanya dapat diamalkan melalui sikap rendah diri, penumpuan perhatian, mendengar dengan teliti, dan kolaboratif antara individu. Beliau pula, berpendapat pendidikan ialah suatu proses logical, bermula dari aspek hidup yang mudah kepada aspek hidup yang kompleks. Guru harus memainkan peranan sebagai role model dan menyokong murid mereka untuk mengisikan keperluan dan perkembangan potensi mereka secara menyeluruh.

Pemikiran Imam Al-Ghazali Secara amnya, Al-Ghazali memegang pada falsafah : "Sebahagian ilmu tidak akan menyerah dirinya kepada kamu sebelum kamu menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya. Apabila kamu telah menyerah sepenuh jiwa raga kepadanya, sebahagian ilmu diberikan kapada kamu, namun sebahagian lagi masih belum tentu untuk menerima kamu" (Mahayudin Yahaya, 2001) Melalui ungkapan ini, Al-Ghazali menekankan bahawa seseorang yang ingin menuntut ilmu haruslah membersihkan hati mereka daripada pekerti buruk dan unsur negatif. Malahan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak merupakan asas untuk memperoleh kesucian ilmu dan keberkatan daripada Tuhan supaya dapat dimanfaatkan untuk diri dan orang lain. Aktiviti pembelajaran juga dianggap sebagai satu ibadah dan tujuannya adalah supaya seseorang dapat mendekatkan diri dengan penciptanya. Selain itu, proses mencari ilmu tidak dapat berjalan lancar sekiranya hati seseorang dipenuhi dengan sifat-sifat negatif seperti marah, dengki, takbur, bongkak, dan sebagainya. Oleh yang demikian, individu yang menuntut ilmu pengetahuan haruslah mengurangkan hubungan dengan dunia, kaum keluarga, dan kampung halaman. Pada pendapatnya, perkaraperkara seperti ini boleh mengganggu tumpuan dan melalaikan seseorang dari mencari ilmu dengan lebih gigih lagi, terutamanya jika sibuk dengan hal-hal keduniaan. Begitu juga dengan Ibnu Khaldun yang mengatakan bahawa pendidikan seseorang akan menjadi lebih sempurna dengan cara merantau untuk mencari ilmu. (meninggalkan kampung halaman) Setiap pelajar tidak boleh menceburi diri ke dalam sesuatu disiplin ilmu baru sebelum mempelajari secara sempurna disiplin ilmu terdahulu. Ini disebabkan disiplin ilmu adalah tersusun secara sistematik di mana sebahagian ilmu berkait antara satu sama lain. Pendapat seperti ini turut ditegaskan oleh Ibnu Khaldun, yang menyebut bahawa pengajaran ilmu kepada pelajar hanya akan dirasakan berkesan apabila dilakukan secara beransur-ansur dan sedikit demi sedikit. Hal ini dikatakan kerana seseorang belum tentu memahami sesuatu ilmu pada peringkat awal pembelajaran. Selain itu, Imam Al-Ghazali juga menyarankan agar seseorang menuntut ilmu secara tertib mengikut keutamaan. Maknanya, kita perlulah menuntut ilmu yang paling penting dahulu kerana dikhuatiri umur tidak panjang. Ilmu-ilmu inilah yang menjadi bekalan untuk menyempurnakan ilmu mulia iaitu ilmu akhirat. Semua pandangan atau pemikiran yang dibawa oleh Al-Ghazali ini telah ditulis di dalam karyanya Ihya Ulumuddin yang mana dalam bentuk nasihat kepada anak muridnya

serta nasihat kepada pendidik. Nasihat dan pandangan ini memberi sumbangan yang terbesar dalam pendidikan. Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa ilmu pengetahuan memang penting dan amat perlu dalam diri setiap insan. Pandangan-pandangan dan penekanan Al-Ghazali dapat dijadikan ikutan yang baik dalam menjalani proses pendidikan tidak kira apa topik sekalipun selagi ianya membawa kebaikan dan faedah bersama. Dari segi pemikiran, beliau juga telah mengaplikasikan proses mendapat ilmu melalui empat cara iaitu pancaindera, akal fikiran, hati dan wahyu. I. Ilmu bersumberkan Pancaindera Imam Al-Ghazali mengatakan ilmu dapat dipelajari melalui pancaindera, namun didapati bahawa ilmu yang dipelajari ini palsu apabila kita mempelajarinya secara dekat. Sebagai contohnya apabila kita melihat bintang, kita mendapati ia sebesar wang satu dinar sahaja. Tetapi berdasarkan ilmu ukur, kita mendapati ia lebih besar dari bumi. Beliau juga telah menjelaskan kelemahan mata di mana salah satunya ialah mata tidak mampu melihat objek yang terlalu jauh atau terlalu dekat. Oleh itu, ilmu berdasarkan pancaindera bukanlah ilmu yang hakiki. II. Ilmu Bersumberkan Akal Fikiran Seterusnya beliau telah meletakkan kepercayaan kepada kemampuan akal untuk mendapatkan ilmu. Al-Ghazali membandingkan kemampuan akal adalah lebih bermakna jika dibandingkan dengan pancaindera. Al-Ghazali menyatakan walaupun akal mempunyai daya lihat namun masih banyak lagi hal yang tidak terjangkau oleh akal. Oleh itu, akal perlu dirangsang, digerakkan dan diberi perhatian.

Ilmu Bersumberkan Hati Al-Ghazali juga menyatakan bahawa ilmu juga diperolehi melalui hati. Cara ini bersifat rohani sepenuhnya tanpa apa-apa hubungan dengan dunia iaitu tidak melibatkan proses deria zahir dan akal. Memperolehi ilmu dengan hati dengan menutup pancaindera dan mengasingkan diri untuk menjernihkan akhlaknya. IV. Ilmu Bersumberkan Wahyu Menurut al-Ghazali, sumber ilmu berdasarkan wahyu adalah paling utama. Al-Quran juga menegaskan bahawa sumber ilmu lain jika jika diiringi dengan kajian dan orientasi yang betul akan dapat menyempurnakan kebenaran ilmu wahyu kerana ilmu ini berasal daripada sumber ilmu yang sama iaitu Allah S.W.T Selain itu, al-Ghazali juga telah mengklasifikasikan keseluruhan disiplin ilmu kepada dua iaitu ilmu-ilmu praktis (muamalat) dan ilmu-ilmu spiritual. Dari segi metodologi pengajaran, al-Ghazali tidak mengemukakan satu kaedah pengajaran yang khas tetapi beliau mempunyai beberapa prinsip yang harus dipegang oleh pelajar dan pendidik dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Di samping itu, al-Ghazali juga telah menekankan keperluan pendidikan pada peringkat awal dan peranan bagi perkembangan dan pendidikan selanjutnya. Al-Ghazali juga banyak memberikan sumbangan dalam pendidikan Islam. Antara kata-kata hikmah yang pernah dilafazkan oleh al-Ghazali dalam dunia pendidikan beliau ialah :Ilmu tanpa amal adalah sesat Semua orang binasa kecuali orang yang berilmu Semua orang beriman akan binasa kecuali orang yang berilmu, beramal dan ikhlas Beramal tanpa ilmu satu yg sia-sia Kehidupan yg utama dan kebahagiaan ialah marifatullah, beribadat dan cinta kepadaNya itulah matlamat yang sebenar

III.

Anda mungkin juga menyukai