Anda di halaman 1dari 14

1.4.

1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. Stages of artistic development are useful norms that can enlighten the teacher, but they should not be considered as goals for education. - Hurwitz dan Day (2001)

(a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang

alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga kanak-kanak berumur lapan tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Imejan dalam lukisan figura merupakan imej yang paling dominan. Simbol dan imejan yang dilukis oleh kanak-kanak ini biasanya didahului dengan imej mereka sendiri, kemudian diikuti dengan keluarga terdekat seperti ibu bapa diikuti rakan-rakan. Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan. Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Umumnya, seseorang yang penting di dalam kehidupan kanak-kanak tersebut digambarkan lebih besar saiznya berbanding dengan imej figura yang lain. Sebagai contoh, bapa digambarkan lebih besar daripada imej ahli keluarga yang lain melambangkan kekuasaan dan kekuatan yang di miliki oleh bapa selaku ketua keluarga. Dalam sesetengah keadaan, imej diri kanak-kanak itu juga mempunyai saiz yang lebih besar berbanding dengan imej figura yang lain. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh, figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa membuat

penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanakkanak yang merangkumi peringkat umur dari 2-14 tahun. Peringkat perkembangan artistik yang diperkenalkan oleh Lowenfeld dan Britain ini merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, peringkat dawning realism, peringkat pseudonaturalistic dan peringkat adolescent art. (a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peringkat ini memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Sebagai contoh ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza. PERKEMBANGAN ARTISTIK OLEH HURWITZ DAN DAY Peringkat Manipulatif (2-5 tahun) Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun) Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun) (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Sebagai contoh, kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada dua bahagian iaitu satah udara dan tanah.

Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. 1.4 PERKEMBANGAN ARTISTIK KANAK-KANAK 1.4.1 Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. -tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. -terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. (b) Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun) kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Padaperingkat ini, kanakkanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya. (c) Pra-Remaja (10-13 Tahun) Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. 1.4.2 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

(a) Peringkat Scribbling (2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. (b) Peringkat Preschematic (4-7 Tahun) Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. (c) Peringkat Schematic (7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat disekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. (d) Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun) kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanakkanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhatihati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. (e) Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistic di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. (f) Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. 1.4.3 Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh GeorgesHenri Luquet (a) Peringkat Fortuitous Realism Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar. (b) Peringkat Failed Realism Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali. (c) Peringkat Intelectual Realism Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik. (d) Peringkat Visual Realism Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapatdilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.

2.6.1Teori Perkembangan Artistik Al Hurwitz dan Day (2001) Terdapat beberapa peringkat lukisan kanak-kanak berdasarkan teori ini. Peringkat lukisankanak-kanak berkembang daripada peringkat contengan sehingga kepada peringkat yang paling matang dalam lukisan kanak-kanak, iaitu melibatkan unsur-unsur penggunaan ruang, bayangan dan kesempurnaan pembentukan objek atau figura. (i)Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-Kanak (2-4 tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pergerakan tangan. Hasil lukisan merupakan garis-garisan yang tidak menentu dan lukisan dihasilkan tidak terkawal dan lebih merupakan contengan. Pada peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan pelbagai media kering yang menampakkan rupa garisan. Kanakkanakbanyak menggunakan unsur garisan dalam peluahan rasa mereka. Hasilan garisan ini tidak bersifat realistik. Kanak-kanak ini lebih suka bereksperimen dengan teknik dan media. Keupayaan menconteng ini sangat bergantung pada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi antara mata dan tangan. Pada peringkat ini kanak-kanak dapat mengenal dan menyebut rupa yang dihasilkan. Inilah yang menjadi kekaguman kepada orang dewasa kerana rupa bentuk lukisan yang dihasilkan hanya dapat dimengerti oleh penghasil karya tersebut. Karya kanak-kanak ini boleh dibahagikan kepada 4 peringkat secara progresif seperti dalam Rajah 8 iaitu : (a)Garisan tidak terkawal kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Contengan begini biasanya tidak menggambarkan imej. (b)Garisan terkawal contengan kanak-kanak mula memperlihatkan koordinasi mata dan tangan. Garisan dihasilkan berulang-ulang. Mula berbentuk mudah seperti bulat, garisan menegak dan melintang. (c)Rupa tidak terkawal kanak-kanak mula menyedari hubungan contengan dengan sesuatu objek. Mereka boleh menamakan bahagian pada lukisan walaupun imej tidak jelas.

Kajian Literatur 24 Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak (d)Rupa terkawal lukisan sudah mula menggambarkan perasaan. Imej yang dihasilkan menampakkan imaginasi. Objek mula berbentuk dan menggambarkan apa yang mereka tahu. (b) garisan (a) garisan tidak terkawal terkawal (c) rupa tidak terkawal Rajah 8 : Contoh-contoh Lukisan Kanak-kanak Pada Peringkat Garisan Tidak Terkawal, Garisan Terkawal, Rupa Tidak Terkawal dan Rupa Terkawal (sumber : Malchiodi, 1998) (d) rupa terkawal

(ii)Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun) Pada peringkat umur 6-9 tahun ini kanak-kanak mula menghasilkan simbolsimbolsebagai perlambangan. Kebanyakan simbol ini mempunyai tema dan berkisar kepada alam persekitaran mereka. Figura yang dihasilkan dalam karya berbeza dari segi saiz dan kedudukan. Saiz figura ini melambangkan hiraki seperti diri sendiri, ibu bapa, rakan sebaya, keluarga terdekat, kawasan tempat tinggal dan sebagainya. Kekuatan dan kekuasaan misalnya dilambangkan kepada ikon-ikon tertentu seperti action figure (Ultraman, Cicakman, Spiderman, Superman) atau bapa mereka yang kadangkala dilambangkan dengan perbezaan saiz figura tersebut. Pada peringkat awal, warna tidak menjadi fokus utama dalam karya. Persimbolan warna hanya berlaku pada Kajian Literatur 25 Aplikasi Unsur Terapi Seni Melukis Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri Kanak-kanak peringkat kedua dan peringkat persimbolan ketiga pula menitikberatkan kepada imej konkrit dan bukan konseptual. (iii)Pra-Remaja (10-13 tahun) Peringkat pra-remaja merupakan peringkat transisi dari zaman kanak-kanak ke zaman remaja. Pada peringkat ini kanak-kanak membuat percubaan untuk melukis figura dengan saiz dan skala yang betul dengan menitikberatkan saiz dan kadar berbanding antara objek-objek dalam karya. Hasilan karya mereka lebih nampak rasional dan boleh diterima dari kaca mata orang dewasa. Penggunaan warna juga lebih matang, sesuai dengan warna alam serta terdapat unsur cahaya dan bayang dalam karya. Imej dan komposisi nampak lebih realistik dengan memasukkan perspektif di mana imej yang dekat lebih besar berbanding dengan imej yang jauh akan kelihatan lebih kecil. Elemen ruang juga telah wujud di dalam karya mereka.

Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al

Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.

eori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja. (a) Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain. Penghasilan karya pada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak-kanak yang mula melukis rupa dan mengulanginya mengikut kehendak mereka. Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi peluang untuk melukis dan menggunakan alatan melukis seperti pen dan pensil. Dua teori kanak-kanak artistik telah di kenalpasti. Mmg pada peringkat umur Aisyah dan Qayyum dorang suka menconteng. Alaaa...tak payah nak cakap kat anak2 la, aku dulu pun pernah conteng dinding jugak. Bukan jer umah aku, termasuklah rumah jiran dan rumah sedara mara. Semua aku belasah. Hahaha... kena la marah dgn ibu dan ayah. Sama la kaedahnya sekarang. Klu diingat time dulu2 kala, mmg seronok kot melukis kat dinding. Rasa macam pelukis gitu...hahaha!! Rasa seronok tgk hasil sendiri. Agak2nya itulah yg dirasakan oleh anak2 aku tu...kehkeh!

Bila time berherbinasi, boleh la berkompromi sikit dgn anak2! Klu tanya Aisyah apa yg dilukisnya kat dinding, dia jawab huruf 'A' . Laaa...nak belajar rupanya si Aisyah ni, terus aku ajar cemana nak buat huruf 'A' tu. Tapi bukanlah kat dinding, tapi kat atas kertas. Dah pas pun anak mama buat huruf 'A'. Skrg ni tgh belajar buat huruf 'B' pulak. Tak past2 lagi, tapi rupa dah ada laaa.... Bila tanya Qayyum pulak, dia lukis apa. Dia cakap 'momok'. Pengaruh tv! Pengaruh vcd! hancur-hancur. Kenapa momok? sbb kat umah pengasuhnya, atok suka psang vcd momok. Takutkan budak2 tu...suruh duduk diam2. jgn panjat2! jgn lari2!. Tak boleh salahkan atok. Ada sebab atok buat mcm tu. Takut budak2 jatuh..pecah kepala...hah!! Itu pendekatan atok suruh budak2 duduk diam. Kat rumah aku tak boleh tiru cara atok tu, sebab aku mmg tak layan tgk citer2 hantu ni!!! dalam erti kata lain, aku takut ar!!! hahaha... Berbalik pada cerita conteng2 Aisyah dan Qayyum, tak la teruk sgt conteng2 tu, setakat garisan lurus dengan bentuk bulat2 jer. Sama la mcm teori dari Huwitz dan Day. Skrg ni ajar dorang conteng2 kat buku, kat kertas. Ajar dorang mewarna dan menulis (utk Aisyah). Kadang2 Qayyum terbabas jugak conteng kat dinding. Budak tu tak makan saman. Dia tak paham kot! "JANGAN CONTENG DINDING". So, kesimpulannya. Budak2 conteng dinding adalah normal. itu salah satu cara dia belajar dan mengembangkan kretivitinya. Ibu bapa jugaklah yang perlu memainkan peranan. belikan dorang kertas besar utk di conteng ataupun whiteboard. Klu rumah korang besar bolehlah buat satu sudut kretiviti. tapi klu rumah kecik cam aku ni, boleh la beli kertas putih yg besar tu. Buat la apa ko nak!! Emm..kesimpulan yang tak baper nak best! EDNESDAY, NOVEMBER 2, 2011 Perkembangan Artistik Kanak-Kanak Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Terdapat banyak kajian tentang teori perkembangan artistik di kalangan kanak-kanak. Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day. Hurwitz dan Day (2001) membahagikan perkembangan artistik kepada 3 peringkat; Peringkat 1: Peringkat Manipulatif/zaman awal kanak-kanak (2-5 tahun) Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan tidak realistik-banyak guna garisan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Boleh melukis rupa

Pada peringkat ini aktiviti melukis lebih kepada kepuasan dan keseronokan melukis/memegang peralatan melukis adalah mengikut gaya dan cara yang mereka sukai. Peringkat 2: Membuat Simbol (6-9 Tahun) Boleh menghasilkan simbol Kawalan tangan mula seimbang Persekitaran mempengaruhi lukisan mereka. Biasanya ia suka melukis objek-objek yang hampir dengan diri/pengalaman mereka (cth; rumah, kakak, abang, emak, ayah, bilik tidur dll) Imej yang penting biasanya dilukis lebih besar (cth; bapa, orang lebih besar daripada latar belakang) Warna disesuaikan (cth; langit biru, pokok hijau) Peringkat 3: Pra-Remaja (10-13 Tahun) Cuba melukis figura dengan saiz yang betul (mengikut kadar banding) Lukisan lebih rasional-pilih warna yang tepat-ada bayang-bayang-perspektif-lebih realistik. Sumber: OUM (Dr. Sajap Maswan)

Rujukan ujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. umber gambar : Google

Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001), Al Hurwitz dan Michael Day (1995), Viktor Lowenfeld (1947) dan Betty Edwards (1989) memperjelaskan tahap-tahap perkembangan artistik kanak-kanak. Tahap-tahap ini secara umumnya berbeza namun

mempunyai corak perkembangan yang lebih kurang sama. Antara persamaan yang ketara ialah perkembangan artistik kanak-kanak bermula daripada peringkat contengan (scribbling).

Perkembangan artistik Georges-Henri Luquet (2001) dibahagikan kepada empat tahap. Tahap pertama, Realisme Kebetulan (Fortuitous Realism). Tahap kedua, Realisme Gagal (Failed Realism). Tahap ketiga, Realisme Intelek (Intelectual Realism) dan tahap keempat, Realisme Visual (Visual Realism).

Perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day (1995) dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap pertama untuk kanak-kanak dua hingga empat tahun iaitu tahap manipulatif atau zaman awal kanak-kanak. Tahap kedua untuk kanak-kanak enam hingga sembilan tahun iaitu tahap membuat simbol. Tahap ketiga untuk kanak-kanak sepuluh hingga tiga belas tahun iaitu tahap pra remaja. Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Al Hurwitz dan Michael Day dari tahap satu hingga permulaan tahap dua.

Perkembangan artistik Viktor Lowenfeld (1947) dibahagikan kepada enam tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga hingga empat tahun iaitu tahap pra skematik (The preschematic stage). Tahap ketiga untuk kanak-kanak enam tahun iaitu tahap skematik (The schematic stage). Tahap keempat untuk kanak-kanak lapan hingga sepuluh tahun iaitu tahap kumpulan : permulaan realisme (The gang stage : The dawning realism). Tahap kelima untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tahap pseudo-naturalistik (The pseudo-naturalistic stage) dan tahap keenam untuk remaja empat belas hingga enam belas tahun iaitu waktu untuk membuat keputusan (The period of decision). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, sekolah rendah mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Viktor Lowenfeld dari tahap satu hingga tahap empat.

Perkembangan artistik Betty Edwards (1989) dibahagikan kepada tujuh tahap. Tahap pertama untuk kanak-kanak dua tahun iaitu tahap contengan (The Scribbling stage). Tahap kedua untuk kanak-kanak tiga tahun iaitu tahap membuat simbol (The stage of symbols). Tahap ketiga untuk kanak-kanak empat tahun iaitu menyampai cerita menerusi gambar (Pictures that tell stories). Tahap keempat untuk kanak-kanak empat hingga enam tahun iaitu melukis pemandangan alam semulajadi (The Landscape). Tahap kelima untuk kanak-kanak lapan tahun iaitu tahap kompleks (The stage of complexity). Tahap keenam untuk kanak-kanak sepuluh tahun iaitu tahap realism (The stage of realism) dan tahap ketujuh untuk kanak-kanak dua belas tahun iaitu tempoh krisis (The crisis period). Bagi kanak-kanak di taska, tadika, tahun satu dan tahun dua sekolah rendah, mereka akan mengalami tahap perkembangan artistik Betty Edwards dari tahap satu hingga tahap lima.

Berdasarkan tahap-tahap perkembangan artistik Victor Lowenfeld dan Betty Edwards, pada usia dua tahun, lukisan kanak-kanak adalah di tahap contengan. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak yang berusia tiga hingga empat tahun adalah di tahap pra skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak yang berusia tiga tahun di tahap membuat simbol dan kanak-kanak yang berusia empat tahun dapat menyampaikan cerita menerusi gambar. Pada usia enam tahun, mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berada di tahap skematik manakala mengikut Betty Edwards, kanak-kanak pada usia enam tahun dapat melukis pemandangan alam semulajadi. Pada usia tujuh dan lapan tahun mengikut Al Hurwitz dan Day, perkembangan artistik kanak-kanak adalah di tahap membuat simbol. Mengikut Victor Lowenfeld, kanak-kanak berusia lapan tahun adalah di tahap permulaan realisme. Betty Edwards pula mengatakan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak yang berusia lapan tahun adalah di tahap kompleks.

Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd. Jakob Sumardjo. (2000). Filsafat Seni. Bandung: ITB. Jasiman Bin Ahmad & Nora Binti Samat. (2000). Wawasan Pemangkin Negara Maju. Kuala Lumpur: Goodmark Enterprise. Kassim Ahmad. (1998). Esei-esei Politik. Selangor: Fajar Bakti. Malaysia, (1991). Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua 1991 2000. Kuala lumpur: Percetakan Negara.

Malaysia, (1996). Rancangan Malaysia Ketujuh, 1996 2000. Kuala lumpur: Percetakan Negara. Md. Nasir Iberahim, Prof. Madya Iberahim Hassan. (2003). Pendidikan Seni Untuk Maktab & Universiti. Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mohd. Manshur B. Kiyai Masyhadi. (1993). Sumbangan Kami Terhadap Wawasan 2020. Selangor: Perniagaan Al Wathaniyah. Musa Hitam. (1986). Nasionalisme Krisis dan Kematangan. Selangor: Pelanduk Publications. Omar Mohd. Hashim. (1999). Pengisian Misi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Rod Taylor. (1986). Educating For Art: Critical Response and Development. UK Limited England: Longman Group. Shahril @ Charil Marzuki, Habib Mat Som, (1999). Isu Pendidikan Di Malaysia: Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Siti Fatimah Abdul Rahman, penyunting (1993). Ke Arah Negara Maju Berdasarkan Sistem Nilai. Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia. Syed Othman Alhabshi. (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan Kebangsaan. [On-line] Tajul Ariffin Noordin. (1990). Pendidikan Suatu Pemikiran Semula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Wan Abdul Kader & Yap Beng Liang. (1997). Seni Dan Pendidikan Insan Madani. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.