Anda di halaman 1dari 10

HADIS 40 UNTUK REMAJA

Syed Othman A Alkaff

Hadis
Hadis 8 : Perintah Jihad

_________________________________________________________________________ 2

HADIS 8 PERINTAH BERJIHAD 1. Hadis 8

(8) : }" {
2. Erti Hadis 8 Daripada Ibni Umar R.anhuma bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperintahkan supaya memerangi manusia. 1) Sehingga mereka bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu rasul Allah, dan mereka mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat, maka apabila mereka melaksanakan semua yang demikian itu terpeliharalah mereka daripada aku, 2) darah dan harta mereka kecuali dengan hak Islam, dan perhitungan mereka terserahlah atas Allah Taala. Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

1) (Memerangi manusia) maksudnya: Nabi Muhammad diperintah oleh Allah supaya memerangi orang-orang kafir: Penyembah berhala, penyembah matahari, penyembah api dan sebagainya. Ada pun ahlil-kitab maka tidak boleh diperangi. _________________________________________________________________________ 3

2) Apabila seseorang itu telah mengucap dua kalimah syahadat, bersembahyang dan mengeluarkan zakat maka terpeliharalah darahnya dan harta bendanya, dalam hadith di atas tidak disebutkan Puasa dan Haji ialah menunjukkan tidak dibunuh orang-orang yang meninggalkan puasa tetapi dipenjara dan ditahan makan dan minumnya. Dan ibadat haji adalah kewajipan yang boleh dikerjakan secara lambat maka tidaklah dibunuh orang yang tidak mengerjakannya. Ada pun ketiga-tiga yang disebutkan oleh rasulullah dalam hadith di atas adalah dibunuh orang yang meninggalkannya.

3. Kepentingan Hadis 8 Hadis ini amat penting kerana ia merangkumi beberapa asas agama Islam yang penting iaitu: Penyaksian dan pembenaran yang muktamad bahawa tiada Tuhan selain daripada Allah s.W.t dan bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang seperti yang diperintah dan mengeluarkan zakat kepada yang berhak menerimanya.

Kandungan Hadis 1. Beberapa riwayat hadis ini Banyak hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w yang menyerupai makna hadis ini yang menambahkan lagi kejelasan maksud yang ingin disampaikan. Di dalam sahih Bukhari, daripada Anas r.a, daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda:

"Aku diperintah supaya memerangi manusia - musyrikin - sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah. Apabila mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, bersembahyang seperli sembahyang kita, mengadap ke qiblat kita dan memakan sembelihan kita, maka pada ketika itu darah serta harta-benda mereka haram ke atas kita kecuali dengan hak Islam." Imam Ahmad pula telah meriwayatkan daripada hadis Mu'az bin Jabal r.a, daripada Nabi s.a.w sabdanya:

"Sesungguhnya aku telah diperintahkan supaya memerangi manusia sehinggalah mereka menyaksikan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.W.t sahaja, tiada sekutu bagi-Nya dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan _________________________________________________________________________ 4

sembahyang dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka melakukan yang demikian itu, maka sesungguhnya mereka telah terselamat -atau mereka telah menyelamatkan darah dan harta-benda mereka- kecuali dengan hak Islam, dan hisab terhadap mereka terserah kepada Allah 'Azzawajala." Hadis ini juga telah dikeluarkan oleh Ibnu Majah secara ringkas. 2. Hanya dengan mengucap dua kalimah syahadah sudah cukup untuk menjaga jiwa dan haria Telah sabit di dalam satu riwayat bahawa Rasulullah s.a.w menerima semua orang yang datang kepadanya yang ingin memeluk Islam dengan hanya mengucap dua kalimah syahadah sahaja. Dengan demikian, darahnya terselamat dan secara langsung beliau menjadi seorang muslim. Ini dikuatkan lagi oleh hadis-hadis sahih yang tidak menyebut 'mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat'. Di dalam sahih Bukhari dan Muslim daripada Abi Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda:

"Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka berkata: "Bahawa tiada Tuhan selain Allah, sesiapa yang telah berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah, maka terselamatlah harta dan jiwanya daripadaku, kecuali dengan hak Islam dan hisab terhadapnya terserah kepada Allah 'Azzawajalla." Di dalam riwayat Muslim disebut:

"Sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan sellin Allah dan mereka beriman denganku dan dengan apa yang aku bawa." Muslim juga meriwayatkan daripada Abu Malik al-Asyja'i daripada ayahnya, beliau berkata: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sesiapa yang berkata tiada Tuhan selain Allah' dan kufur terhadap segala yang disembah selain Allah, maka Allah s.W.t mengharamkan (memelihara) darah Berta hartanya dan hisab terhadapnya terserah kepada Allah 'Azzawajalla." Rasulullah s.a.w telah mengingkari perbuatan Us amah bin Zaid kerana membunuh orang-yang telah berkata 'tiada Tuhan selain Allah' dan bantahan baginda amat keras. Tidak ada sebarang pertentangan di antara hadis-hadis ini, bahkan semuanya benar. Dengan menyebut dua kalimah syahadah, sudah cukup untuk menyelamatkan seseorang dan ilia menjadi muslim. Sekiranya dia mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat selepas itu, maka baginya hak sepertimana

_________________________________________________________________________ 5

hak muslimin yang lain dan tanggungjawabnya sepertimana tanggungjawab mereka juga. Sekiranya mereka meninggalkan sesuatu daripada rukun-rukun Islam dan mereka merupakan kumpulan yang mempunyai kekuatan, maka mereka hendaklah diperangi.

Allah s.w.t berfirman:

"Kemudian jika mereka bertaubat (dari kekufurannya) serta mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu)." I (At-Taubah: 5) Firman-Nya lagi:

"Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka adalah saudara kamu yang seagama." (AtTaubah: 11)

Telah sabit bahawa apabila keluar Rasulullah s.a.w berperang, baginda tidak pernah melakukan serangan sehinggalah masuk waktu subuh, sekiranya mendengar azan, baginda tidak akan menyerang. Jika tidak, baginda akan memerangi mereka dengan tetap meletakkan anggapan bahawa mereka telah memeluk Islam.

3. Dialog di antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar r.a Apa yang berlaku di dalam dialog di antara Saidina Abu Bakar dan Villar bin al Khattab dalam masalah memerangi orang yang tidak mengeluarkan zakat, menguatkan lagi kenyataan hadis-hadis yang menerima 'ucapan dua kalimah syahadah' untuk seseorang masuk ke dalam Islam dan orang-orang muslimin yang tidak mendirikan sembahyang dan tidak menunaikan zakat dalam bentuk kelompok masyarakat hendaklah diperangi. Di dalam kitab Sahib Bukhari dan Muslim, daripada Abu Hurairah r.a katanya: "Tatkala Rasulullah s.a.w wafat, Saidina Abu Bakar dilantik sebagai khalifah dan berlaku kekufuran di kalangan sebahagian orang Arab, maka Saidina Vmar bertanya kepada Abu Bakar: "Bagaimana kamu memerangi manusia sedangkan Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Aku diperintahkan memerangi _________________________________________________________________________ 6

manusia sehingga mereka berkata tiada Tuhan melainkan Allah. Sesiapa yang telah berkata tiada Tuhan melainkan Allah, maka terselamatlah dariku haria dan jiwanya kecuali dengan hak Islam. Dan hisab terhadapnya terserah kepada Allah 'Azzawajalla." Maka Abu Bakar r.a menjawab: "Demi Allah, aku pasti akan memerangi sesiapa yang membezakan di antara sembahyang dan zakat. Sesungguhnya zakat itu adalah hak harta benda. Demi Allah, kalau mereka menahan aku daripada seutas tali unta sedangkan mereka menunaikannya kepada Rasulullah s.a.w, nescaya aku akan perangi mereka. Maka Saidina Vmar berkata: "Demi Allah, sesungguhnya aku melihat Allah S.W.t telah membuka pintu hati Abu Bakar untuk melakukan serangan, aku tahu itu adalah benar." Abu Bakar as-Siddiq r.a telah mengambil dalil untuk memerangi mereka yang tidak menunaikan zakat daripada sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "kecuali dengan hak Islam". Vmar r.a pada mulanya menyangka bahawa semata-mata menyebut dua kalimah syahadah akan menyelamatkan darah manusia di dunia. Beliau berdalilkan kepada awal hadis yang urn urn di atas, kemudian Vmar r.a kembali menyetujui pendirian Abu Bakar r.a. Adalah diyakini bahawa hadis Ibnu Vmar iaitu nag yang jelas membolehkan memerangi mereka yang tidak menunaikan zakat adalah tidak diketahui oleh Abu Bakar dan Vmar. Hadis tersebut tidak sampai kepada mereka berdua. Ini berlaku, kemungkinan disebabkan Ibnu Vmar tidak mengetahui perselisihan yang berlaku di antara mereka berdua lantaran sakit atau musafir ataupun beliau terlupa hadis yang diriwayatkannya itu. Kisah ini menunjukkan ketinggian ilmu Abu Bakar as-Siddiq r.a dan ketelitian istinbat (mengeluarkan hukum) Berta qias yang beliau lakukan. Tindakan beliau ini telah menepati nag tanpa diketahui kewujudan nag tersebut. Di dalam kisah ini, terdapat isyarat yang menunjukkan bahawa memerangi orang yang tidak mendirikan sembahyang, adalah perkara yang disepakati di kalangan para sahabat. Di dalam masalah ini terdapat nag yang jelas iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Vmmu Salamah daripada Nabi s.a.w baginda bersabda:

"Kamu akan dipimpin oleh pemerintah-pemerintah, kamu mengenali segala sifatsifat mereka dan kamu mengingkari (sifat-sifat tersebut). Barangsiapa yang mengingkari, maka sesungguhnya dia telah selamat dan sesiapa yang membencinya maka dia telah selamat, tetapi sesiapa yang redha dan mengikuti (maka dia tidak selamat)," maka para sahabat bertanya: "Wahai Rasulullah! Adakah kami boleh memerangi mereka?" Jawab baginda: "Tidak, selagimana mereka menunaikan sembahyang."

_________________________________________________________________________ 7

4. Hukum meninggalkan semua rukun Islam Hukuman bagi sesiapa yang meninggalkan semua rukun Islam, apabila mereka berkumpulan dan mempunyai kekuatan, ialah diperangi sepertimana mereka juga diperangi jika meninggalkan sembahyang dan zakat. Ibnu Syihab az-Zuhri telah meriwayatkan daripada Hanzolah bin Ali al-Asqa', bahawa Abu Bakar as-Siddiq r.a telah mengutuskan Khalid bin alWalid r.a dan menyuruhnya agar memerangi manusia disebabkan lima (perkara). Sesiapa yang meninggalkan salah satu daripada kelima-lima perkara tersebut, maka perangilah mereka atas sebab tersebut, sepertimana juga diperangi apabila meninggalkan kelima-limanya, iaitu: Syahadah (penyaksian) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan puasa bulan Ramadhan. " Sa'id bin Jubair telah berkata, bahawa Umar r.a. telah menyebut: "Sekiranya manusia meninggalkan ibadah haji, nescaya kami akan memerangi mereka lantaran peninggalan itu, sebagaimana kami memerangi mereka yang meninggalkan sembahyang dan zakat." Adapun apabila seorang muslim meninggalkan salah satu daripada rukun-rukun Islam dan enggan melaksanakan rukun tersebut, maka Imam Malik dan Syafi'e sependapat menyatakan bahawa dibunuh orang yang enggan mendirikan sembahyang dengan hukuman hudud. Manakala Imam Ahmad, Ishaq dan Thnul Mubarak r.a berpendapat dia dibunuh kerana kufur. Mengenai orang yang enggan mengeluarkan zakat, berpuasa atau mengerjakan haji, maka Syafi'e berpendapat bahawa orang tersebut tidak boleh dihukum bunuh. Dalam masalah yang sarna, diriwayatkan dua pendapat daripada Imam Ahmad dan yang masyhur ialah dibunuh orang yang enggan mengeluarkan zakat. 5. Iman yang dituntut Di dalam hadis ini terdapat satu pertunjuk yang jelas bagi mazhab ahli tahqiq, salaf dan juga khalaf bahawa iman yang dituntut ialah membenarkan (tasdiq) secara putus (jaazim) dan beriktiqad dengan rukun-rukun Islam tanpa ragu. Adapun mengetahui dalil-dalil yang disebut oleh ulama' ilmu kalam dan berusaha untuk sampai kepada iman berdasarkan dalil-dalil tersebut adalah tidak wajib dan bukan menjadi syarat sahnya iman. Inilah yang disebut oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis ini dan di dalam hadishadis yang lain iaitu memadai dengan membenarkan (tasdiq) apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan bagi,nda tidak mensyaratkan mengetahui dalilnya. 6. Makna sabda Rasulullah s.a.w; "...kecuali dengan haknya" _________________________________________________________________________ 8

Makna sabda Rasulullah s.a.w ; "...kecuali dengan haknya" dan di dalam riwayat yang lain disebut; "kecuali dengan hak Islam", ialah sebagaimana yang telah kita sebutkan sebelum ini bahawa Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a telah mengeluarkan hukum daripadanya bahawa termasuk di dalam makna kalimah 'hak Islam' ialah mendirikan sembahyang dan mengeluarkan zakat. Manakala sebahagian ulama' pula menambah puasa dan haji. Termasuk di dalam erti kata 'hak Islam' ialah melakukan sesuatu yang boleh menghalalkan darah seseorang muslim iaitu apabila ilia melakukan perkara yang diharamkan dan hukumannya ialah wajib dibunuh. Penafsiran terhadap masalah ini terdapat di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tobarooni dan Ibnu Jarir at-Tobari daripada Anas r.a daripada Nabi s.a.w sabdanya yang bermaksud, "Aku diperintah agar memerangi manusia sehingga mereka berkata: tiada Tuhan melainkan Allah s.W.t. Apabila mereka berkata demikian, maka terselamatlah darah dan harta-benda mereka dariku kecuali dengan hak Islam dan hisabnya adalah terserah kepada Allah s.w.t." Rasulullah s.a.w ditanya: "Apakah haknya itu?" Baginda menjawab: "Berzina setelah dia berkahwin (muhson), kufur setelah beriman dan membunuh nyawa (dengan tidak sebenar) maka dia dibunuh dengan sebab itu." Ibnu Rejab telah berkata: "Kemungkinan bahagian akhir hadis adalah daripada kata-kata Anas." Pendapat lain pula mengatakan bahawa yang betulnya, keseluruhan hadis ini adalah daripada kata-kata Anas (hadis mauquf). ' Penafsiran ini dikuatkan lagi oleh hadis yang diriwayatkan di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim daripada Abdullah bin Mas'ud daripada Rasulullah s.a.w sabdanya: 'Tidak halal darah seorang muslim yang menyaksikan bahawa tiada Tuhan selain Allah dan aku adalah Rasulullah, kecuali kerana salah BatH daripada tiga perkara: iaitu janda (duda) yang berzina, jiwa dengan jiwa dan meninggalkan agamanya memisahkan diri daripada jama'ah (muslimah)." 7. Hisab di akhirat hanya dilakukan oleh Allah Allah s.W.t Maha Mengetahui segala rahsia dan Dialah yang melakukan perhitungan terhadapnya. Sekiranya seseorang itu adalah mukmin yang benar, Dia akan memasukkannya ke dalam syurga dan sekiranya seseorang itu pendusta dan menunjuk-nunjukkan Islamnya, maka sesungguhnya dia adalah munafiq yang berada di dasar neraka yang paling bawah. Adapun di dunia, tugas Rasulullah s.a.w hanyalah memberikan peringatan. Allah S.W.t berfirman:

_________________________________________________________________________ 9

"Oleh itu berilah sahaja peringatan (wahai Muhammad, kepada manusia dan janganlah kamu berdukacita kiranya ada yang menolaknya) kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan. Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka (menerima ajaran Islam yang engkau sampaikan itu). Akan tetapi sesiapa yang berpaling (dari kebenaran) serta ia kufur ingkar, maka Allah akan menyellsanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya. Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka. Selain dari itu, sesungguhnya tangunggan Kamilah soal menghitung amal mereka." (AI-Ghaasyiyah: 21-25) Terdapat di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w telah bersabda kepada Khalid bin al-Walid:"Sesungguhnya aku tidak diperintah supaya mengorek hati manusia dan membelah perut mereka." 8. Kewajipan memerangi penyembah berhala Hadis ini juga menunjukkan kepada kita tentang kewajipan memerangi penyembah berhala sehingga mereka menerima Islam. 9. Darah dan harta umat muslimin adalah dipelihara.

3.

Kesimpulan Hadis

i. Berjihad menegakkan Islam adalah wajib. ii. Setiap orang Islam hendaklah sanggup berjihad. iii. Setiap orang Islam hendaklah berjuang menghapuskan perkara karut. iv. Islam sahaja agama yang benar. v. Manusia hanya mengetahui perkara-perkara zahir sahaja. vi. Perkara batin terserah kepada Allah.

~WALLAHU ALAM~

_________________________________________________________________________ 10