Anda di halaman 1dari 11

BAB 3

KESELAMATAN DITAPAK BINAAN

3.1

Definisi

Dalam industri binaan, faktor keselamatan adalah sesuatu perkara yang sentiasa diambil berat. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kecederaan samada kepada pekerja ditapak binaan atau orang yang terlibat. Dengan adanya penjagaan ini, perkara yang tidak diingini dapat dielakkan.

Keselamatan ditapak boleh didefinasikan sebagai penjagaan ditapak bina dari segi perkara bahaya. Ini bermaksud dengan mengadakan keadaan persekitaran tapak bina yang selamat dan selesa kepada mereka yang terlibat. Oleh itu langkah yang perlu diambil adalah memakai kasut keselamatan semasa bekerja disamping memastikan tapak bina sentiasa bersih.

3.2

Objektif

i.

Memberikan pengetahuan mengenai keselamatan ditempat kerja.

ii.

Menerangkan punca-punca kebakaran dan mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya kemalangan ditempat kerja.

iii.

Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan diri serta membina tabiat kerja yang baik.

iv.

Mengenal serta menerangkan fungsi-fungsi bagi pelbagai jenis alat keselamatan pada mesin, peralatan kelengkapan dan juga jentera.

v.

Menerangkan langkah-langkah keselamatan pada mesin dan kelengkapan.

vi.

Menerangkan langkah-langkah keselamatan semasa mengendalikan alat-alat dimana tindakan perlu diambil untuk mencegah kebakaran tersebut.

vii.

Menerangkan keperluan dan rawatan pertolongan cemas jika atau semasa berlakunya kemalangan di tempat kerja khususnya.

3.3

Pembahagian Ciri-Ciri Keselamatan Ditapak Bina

i. ii. iii. iv.

Ciri-ciri ini boleh dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama. Pekerja-pekerja yang bekerja ditapak bina. Orang-orang yang berdekatan dengan tapak bina. Undang-undang kerajaan atau peraturan syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan.

3.4

Bahaya Yang Sering Terjadi Ditapak Bina

i. ii. iii. iv.

Objek yang terjatuh diatas kepala pekerja. Terpijak objek yang tajam. Pekerja yang terjatuh atau tergelincir. Keruntuhan struktur sementara.

3.5

Cara Yang Selamat Di Tapak Bina

i. ii.

Mengikut arahan penyelia tapak (site supervisor). Sekiranya timbul sebarang masalah, segera merujuk kepada penyelia.

iii.

Hendaklah memakai pakaian yang sesuai dan penggunaan alat yang sesuai.

3.6

Punca Berlakunya Kemalangan Ditapak Bina

Sebahagian besar kemalangan yang berlakunya melibatkan pekerja yang baru. Ianya berpunca daripada penyalahgunaan mesin dan juga alatan, keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pekerja itu sendiri.

3.6.1

Penyalahgunaan Mesin Dan Alatan

Setiap alatan hendaklah digunakan dengan betul untuk mengelakkan dari terjadinya kemalangan. Kemalangan boleh berlaku jika :-

i. ii. iii. iv.

Menggunakan alatan yang tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan. Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sempurna. Tidak mengikut kaedah penggunaan alatan yang betul. Menggunakan alatan yang tidak tajam.

Perhatian yang lebih teliti haruslah diberikan terhadap penggunaan mesin yang berisiko tinggi. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan sebelum mengendalikan sesuatu mesin adalah :i. ii. iii. Mesin hendaklah diuji terlebih dahulu. Mesin hendaklah mempunyai pengadang keselamatan. Memakai pelindung mata keselamatan (google) yang sesuai semasa mengendalikan mesin. iv. Memastikan dawai elektrik mesin mudah alih berada dalam keadaan sempurna.

3.6.2

Kelalaian Pekerja

Keadaan dan suasana yang selamat dan selesa belum tentu dapat menjamin keselamatan pekerja sepenuhnya. Satu lagi faktor yang perlu di ambil kira untuk menjamin keselamatan pekerja di tapak bina ialah sikap pekerja itu sendiri. Sikap lalai atau tidak bertanggungjawab akan mengakibatkan kemalangan berlaku semasa bekerja. Kemalangan dapat di elakkan sekiranya pekerja mengikut peraturan-peraturan seperti berikut :i. ii. Mematuhi peraturan keselamatan di tapak bina. Mengendalikan mesin atau jentera dengan kaedah penggunaan yang betul. iii. Memakai pakaian yang sesuai seperti pakaian keselamatan atau uniform yang telah dibekalkan oleh syarikat. iv. Mengetahui kemampuan sendiri.

3.7

Langkah-Langkah Keselamatan Di Tapak Bina

i.

Memakai topi keselamatan untuk mengelakkan objek yang terjatuh terkena kepala.

ii.

Para kontraktor hendaklah memberi peringatan mengenai keselamatan di tapak mengenai langkah keselamatan kepada pekerja.

iii.

Penyelia tapak perlu memastikan keadaan sekitar tapak bina dan pekerja adalah selamat tanpa berlaku sebarang kemalangan.

iv.

Memakai tali pinggang keselamatan semasa bekerja di tempat yang lebih tinggi.

v.

Memakai jaring keselamatan bagi tapak bina yang berada di tepi jalan raya untuk mengelakkan sebarang objek jatuh dimana ianya boleh mencederakan para pekerja dan orang ramai.

vi.

Mengelakkan dari berlakunya kemalangan kepada orang awam.

3.8

Keselamatan Diri Sendiri

Objektif utama dalam urusan keselamatan ialah mencegah kecederaan dan kematian para pekerja. Oleh sebab itu, keselamatan diri sendiri amatlah penting dan patut diutamakan. Perkara-perkara yang harus diambil berat untuk menjaga keselamatan diri sendiri adalah seperti berikut :-

3.8.1

Menjaga kesihatan diri sendiri

Kesihatan merupakan faktor yang penting dalam menguruskan kerja dengan selamat. Jika seseorang pekerja kurang sihat atau uzur, dia tidak dapat

menumpukan perhatian yang sepenuhnya dalam apa jua yang dilakukan. Kesihatan dari segi fizikal ialah tubuh badan pekerja.

3.8.2

Disiplin semasa kerja

Disiplin adalah salah satu perkara yang sangat penting semasa bekerja. Arahan dan peraturan yang telah ditetapkan haruslah dipatuhi dan selalu berwaspada. Jangan sesekali melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri sendiri atau orang lain, seperti menyimpan alatan tajam dalam saku, membiarkan paku yang telah digunakan berselerak, membuang sampah merata-rata tempat dan sebagainya.

3.8.3

Pengetahuan

Sebelum melakukan sesuatu kerja, pekerja haruslah memahami bahanbahan yang dikerjakan dan alat mesin yang digunakan. Tindakbalas bahan-bahan terutamanya bahan-bahan kimia boleh mendatangkan kemalangan yang teruk begitu juga alat-alat teknologi tinggi.

3.8.4

Pakaian

Pakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah punca kemalangan. Kasut dan but keselamatan mengandungi kepingan logam dan keluli dibahagian hadapannya adalah sesuai bagi menggelakkan sebarang kecederaan pada kaki. Capal dan sandal tidak seharusnya dipakai semasa bekerja di tapak pembinaan.

3.8.5

Perlindungan Mata

Apabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata seperti mengimpal atau mencanai, cermin mata keselamatan atau pelindung mata dan muka hendaklah dipakai bagi menggelakkan serpihan objek daripada memasuki mata.

3.8.6

Pelindung Kepala

Topi keselamatan atau Safety helmet hendaklah dipakai apabila berada dikawasan pembinaan bangunan yang bertingkat-tingkat kerana objek-objek dari tingkat atas sering terjatuh ke bawah dan dikhuatiri terkena kepala. Dengan memakai topi keledar keselamatan kecederaan dapat dielakkan.

3.8.7

Pelindung Tangan

Sarung tangan dapat melindungi tangan daripada sebarang kecederaan, lebam, terbakar oleh bahan kimia dan sebagainya. Apabila membuat kerja-kerja seperti membentuk batang keluli, memindahkan bata dan sebagainya hendaklah memakai sarung tangan. Akan tetapi jangan guna sarung tangan apabila melakukan kerja dengan mesin bergerak seperti mesin canai dan mesin pelarik kerana sarung tangan mungkin tersangkut pada mesin dan mengakibatkan kecederaan pada tangan.

3.8.8

Tali Pinggang Keledar

Apabila bekerja di tempat yang tinggi, seseorang pekerja itu hendaklah memakai tali pinggang keledar supaya dapat menggelakkan diri daripada terjatuh. Kaedah ini sangat mustahak kerana mengikut statistik kebanyakan kemalangan yang berlaku di tapak pembinaan adalah pekerja jatuh dari tempat yang tinggi.

3.9

Keselamatan Orang Lain

Apabila sesuatu kerja yang dijalankan, keselamatan rakan sekerja juga amat penting. Kawalan seperti ini hendaklah dibuat :i. ii. iii. iv. Isyarat dan tanda amaran. Pagar kawasan pembinaan. Kawalan pada alat dan jentera rosak. Memasang jaring.

3.9.1

Isyarat Dan Tanda Amaran

Isyarat dan tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan terang pada tempat-tempat yang strategik di kawasan pembinaan supaya dapat dilihat oleh orang ramai.

3.9.2

Pagar Kawasan Pembinaan

Kawasan pembinaan yang berbahaya seperti pengorekan peparit, pembinaan acuan yang tinggi, tempat penyimpanan bahan-bahan jentera dan sebagainya mestilah dipagar sekeliling untuk mencegah orang ramai masuk ke kawasan pembinaan.

3.9.3

Kawalan Pada Alat Dan Jentera Yang Rosak

Sebarang alat, jentera atau perkakas lain yang rosak hendaklah disimpan atau dibaiki. Tanda amaran hendaklah dipamerkan dengan jelas jika alat-alat tersebut tidak dapat disimpan. Laporan kerosakan mestilah dibuat kepada pihak yang bertanggungjawab dengan serta-merta.

3.9.4

Memasang Jaring

Bagi pembinaan bangunan yang tinggi, jarring perlu dipasang di bahagian bawah, biasanya atas tingkat pertama, tingkat kedua, di sekeliling bangunan untuk menahan bahan-bahan yang terjatuh dari tingkat atas.

3.10

Keselamatan Alat Dan Mesin

Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja mengganggu kerja, bahkan merbahaya kepada pekerja yang menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut haruslah diambil perhatian :-

i.

Alatan yang hendak digunakan haruslah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah rosak atau berkarat.

ii.

Alatan hendaklah disimpan pada tempatnya selepas digunakan. Jangan biarkan alatan berselerak di atas lantai.

iii.

Apabila menghulurkan alatan tajam kepada orang lain, halakan pemegangnya dan bukannya bahagian hujung yang tajam.

iv.

Tukul besi yang pemegangnya longgar hendaklah dibaiki terlebih dahulu sebekum digunakan.

v.

Untuk memotong bata, gunakan alatan yang sesuai seperti tukul bata dan tukul besi.

vi.

Pastikan semua alatan elektrik dibumikan sewajarnya dan apabila menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin tersebut dipatuhi.

vii. viii.

Tutupkan suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan. Jangan berbual-bual atau bergurau senda semasa membuat kerja dengan menggunakan mesin atau jentera.

ix.

Pastikan kawasan kerja yang mencukupi bagi kerja yang menggunakan mesin.

x.

Gunakan alatan pelindung mata, hidung, mulut dan lain-lain apabila pekerjaan itu mengeluarkan habuk, debu dan sebagainya.

xi.

Pekerja-pekerja mestilah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum menggunakan mesin.

3.11

Pertolongan Cemas

Kemalangan mungkin menimpa sesiapa sahaja pada bila-bila masa walaupun segala langkah pengawasan dan pencegahan telah diambil. Oleh sebab itu, adalah penting bagi kita melengkapkan diri sendiri dengan pengetahuan dalam pertolongan cemas untuk menghadapi dan mengatasi keadaan yang tidak dapat di jangka berlaku. Perkara-perkara yang harus dibekal dan diketahui ialah peti ubat pertolongan cemas, peraturan asas dalam pertolongan cemas dan rawatan kecederaan ringan dalam pertolongan cemas.

3.11.1 Pertolongan Cemas Dalam Perkara Asas

Perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan apabila menghadapi sesuatu kecemasan :i. Jangan mengalihkan orang yang cedera kecuali terpaksa berbuat demikian. Ini adalah untuk mengelakkan kecederaan tambahan pesakit. ii. Bertindak dengan segera apabila seseorang itu luka dan mengeluarkan darah yan banyak, terhenti pernafasan atau terminum racun. iii. Baringkan pesakit dalam keadaan terlentang. Jika dia muntah pastikan lehernya tidak patah. Pusingkan badan ke sebelah kiri ataupun sebelah kanan. iv. v. Dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Periksa mangsa tersebut dengan teliti. Kurangkan sakitnya dengan melonggarkan pakaiannya. vi. vii. Sentiasa bertenang dan membantu menenangkan pesakit tersebut. Selali bersedia memberi rawatan denan segera apabila berlaku renjatan pada pesakit. viii. Jangan memberi sebarang minuman kepada pesakit dan juga jangan cuba mengejutkan orang pengsan dengan cara memukul, menampar muka ataupun menggongcangkan tubuh mangsa.