Anda di halaman 1dari 3

UCAPAN PERSARAAN

Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, yang diraikan Encik Adnan bin Abdul Rahman,yang berusaha Puan Alifah binti Ali,guru-guru penolong kanan,guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian. Saya mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah kerana sudi memberi peluang kepada saya bagi menukilkan kata-kata sempena hari persaraan rakan baik saya merangkap guru kelas Enam Cerdas. Buat pengetahuan murid sekalian, Encik Adnan akan mula bersara berkuatkuasa mulai esok bersamaan 11 November 2012. Hari ini merupakan hari terakhir beliau di sekolah. Saya mewakili guru-guru yang lain berasa amat terharu atas persaraan Encik Adnan. Sesungguhnya, sudah terang lagi bersuluh,beliau merupakan guru kelas Enam Cerdas yang amat disayangi oleh semua murid. Berjumpa dan berpisah menjadi adat dan kebiasaan bagi manusia. Kata-kata in mengingatkan kita bahawa perpisahan tidak dapat dielakkan apabila tiba masanya. Demikianlah peraturan hidup yang telah ditetapkan oleh Tuhan. Beliau telah berkhidmat sebagai seorang guru selama 30 tahun dan telah berkhidmat di sekolah ini selama 14 tahun. Dengan tempoh masa mengajar yang begitu panjang, sudah tentu beliau mempunyai pengalaman yang amat luas dalam bidang pendidikan. Murid sekalian, Encik Adnan merupakan seorang Guru Pakar Matematik di sekolah kita yang turut tersohor namanya di peringkat daerah dan negeri. Pengalaman beliau dalam bidang matematik sering dikongsikan dengan guru-guru lain. Bagi beliau apalah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku, kalau tidak dibakar. Selama 11 tahun beliau telah menjadi ketua pemeriksa bagi subjek matematik untuk Ujian Penilaian Sekolah Rendah. Dengan itu, beliau telah menjadi nadi utama dan sumber inspirasi kepada semua pelajar dalam bidang matematik di sekolah ini. Oleh itu, persaraan beliau akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan pelajar semua. Sebagai rakan baik beliau,saya dengan ikhlas menganggap pemergian beliau merupakan suatu kehilangan kepada sekolah. Pepatah ada mengatakan, patah tumbuh hilang berganti, namun begitu yang menggantikannya pastinya tidak sama. Selama 30 tahun, beliau telah bergelumang dengan pendidikan, beliau telah menjadi

guru yang cemerlang. Sudah beberapa kali beliau telah diberikan pengiktirafan dan dikenali sebagai seorang guru yang senantiasa mementingkan kualiti kerana bagi beliau kualiti mencerminkan peribadi. Hadirin semua. Cikgu Adnan juga merupakan guru contoh yang tidak ada tolok bandingnya. Hal ini demikian kerana pengorbanannya dalam bidang akademik amat membanggakan. Pada peringkat awalnya, Encik Adnan hanya lepasan Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim. Namun begitu, sebagai seorang senantiasa dahagakan ilmu pengetahuan, selepas lima tahun mengajar, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Selepas tamat pengajiannya dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan kelas pertama, beliau terus menyambung pelajarannya ke peringkat Doktor Falsafah di universiti yang sama. Saya mengharapkan pengajiannya tetap diteruskan walaupun bersara. Pendek kata, kejayaan demi kejayaan yang dikecapinya dalam bidang akademik menjadi perangsang kepadanya untuk memajukan pelajaran anak-anak muridnya. Ramai anak didiknya telah menjejaki menara gading dan ada antaranya menjadi tokoh korporat yang berjaya. Kebijaksanaan beliau dalam mewujudkan suasana ceria semasa pembelajaran telah menarik minat pelajar untuk menumpukan sepenuh perhatian pelajaran. Kadang-kadang pelajar juga tidak kering gusi dengan telatah lucunya yang kerap mengajukan teka-teki ketika sesi pembelajaran. Ini adalah satu teknik pembelajaran agar murid-murid dapat membiasakan diri dengan berfikir kerana jika kita ingin menguasai matematik,kita perlu sentiasa berfikir. Kemesraan dan ketokohan beliau sebagai seorang pendidik membuatkan kita sukar melupakan jasanya. Hadirin sekalian, Sepanjang berada di sini. Encik Adnan begitu aktif dalam sukan hoki sekolah kita. Dengan pengorbanan beliau melatih dan memberi tunjuk ajar tentang teknik permainan hoki kepada para pelajar, tidak hairanlah Sekolah Kebangsaan Sri Perdana telah menjadi johan selama tiga tahun berturut-turut di peringkat daerah mahupun negeri. Ramai anak didik beliau telah menjadi pemain kebangsaan yang terkenal umpamanya Ahmad Suhaimi dan Mirnawan yang kini menjadi legenda

pemain hoki negara. Pengorbanan beliau amat kami sanjungi. Saya pernah bersama-sama beliau pulang ke rumah pada pukul 11.00 malam sebaik-baik habis latihan di sekolah, namun beliau tidak pernah mengeluh kerana bagi beliau alangalang berminyak biar licin. Beliau sememangnya seorang yang komited dengan tugas yang diamanahkan. Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan Encik Adnan bertepatan dengan apa yang dinukilkan oleh Sasterawan Negara,Dr Usman Awang dalam sajak Guru Oh Guru! menyatakan bahawa kejayaan seseorang dalam apa jua bidang bermula daripada usaha dan pengorbanan seorang guru. Banyak ungkapan yang jelas memberi pengiktirafan kepada Encik Adnan seperti Guru Nakhoda Kapal,Guru Penyuluh Zaman, Guru Teras Tamadun Bangsa dan sebagainya yang mengungkapkan kehebatan peranan Encik Adnan. Jelaslah, sebagai seorang yang diamanahkan tanggungjawab mendidik, Encik Adnan memulakan tugasnya sejak anak-anak kecil memasuki alam persekolahan bak kata peribahasa melentur buluh biarlah sewaktu rebung. Hakikatnya, di tahap inilah peranan guru bermula. Walaupun jasa Encik Adnan begitu besar,begitu banyak bagaikan lautan tetapi beliau tidak mengharapkan jasa dibalas. Semua yang hadir, Kami amat mengharapkan beliau akan terus menjalani kehidupan yang aman dan bahagia selepas bersara nanti. Hal ini demikian kerana beliau dikatakan akan berehat sebagai seorang pendidik dan menumpukan perhartian terhadap keluarga dan keagamaan. Sempena mengenang jasa-jasa beliau di sekolah ini, kami pihak sekolah akan menghadiahi beliau sebuah cenderamata yang begitu indah sekali. Sebelum saya mengundurkan diri, saya mengucapkan selamat bersara kepada Encik Adnan. Teluk Likas airnya tenang Tempat berehat di Tanjung Lipat Jasamu tuan akan dikenang Di dalam hati sentiasa terpahat

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai