Anda di halaman 1dari 6

MANUAL PENJAMINAN KUALITI PENTAKSIRAN

Manual Penjaminan Kualiti Pentaksiran bertujuan memberi panduan kepada pihak yang berkenaan seperti guru mata pelajaran, Guru Cemerlang, Ketua Panitia, Ketua Bidang, Guru Besar, pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Jabatan Pelajaran Negeri dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penjaminan kualiti pelaksanaan PBS. Setiap individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan adalah aspek dan peringkat pentaksiran. Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam pentaksiran adalah kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi pelaksanaan PBS dapat dicapai melalui: a. Pementoran b. Penyelarasan c. Pemantauan d. Pengesanan PEMENTORAN Pementoran PBS adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut prinsip dan prosedur pelaksanaan yang ditetapkan. Objektif Pementoran: a. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS b. Meningkatkan kemahiran pelaksanaan pentaksiran dalam kalangan guru yang dibimbing/menti. bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua

c. Meningkatkan kompetensi dan keyakinan guru yang dibimbing/menti d. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS e. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing/menti Jenis Pementoran a. Formal b. Informal

Jenis Mentor a. Mentor Dalaman terdiri daripada i. Ketua Panitia dan/atau ii. Jurulatih Utama dan/atau iii. Guru Cemerlang dan/atau iv. Guru Besar dan/atau v. Mana-mana guru yang dilantik b. Mentor Luaran terdiri daripada: i. Pegawai Lembaga Peperiksaan dan/atau ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri dan/atau iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah dan/atau iv. Mana-mana pegawai yang dilantik Kekerapan pementoran adalah mengikut keperluan Pelaksanaan Pementoran: a. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) b. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran c. Mendedahkan penggunaan pelbagai jenis instrumen pentaksiran d. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan pengajaran dan

pembelajaran e. Mendapatkan maklum balas untuk penambahbaikan pengajaran f. Menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru yang dibimbing/menti PENYELARASAN Penyelarasan PBS adalah proses penyeragaman skor merujuk kepada Standard Prestasi yang disediakan atau berdasarkan rubrik sesuatu tugasan. Objektif Penyelarasan: a. Menyeragamkan skor Pentaksiran Sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan standard, deskriptor dan evidens dalam dokumen Standard Prestasi b. Menyeragamkan skor Pentaksiran Pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu tugasan yang ditetapkan c. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah d. Memastikan skor yang diberi menepati keupayaan dan prestasi murid e. Memastikan skor yang diberi adalah adil bagi semua murid Penyelaras a. Penyelaras Dalaman yang terdiri daripada guru-guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Penyelaras Luaran yang terdiri daripada pegawai Lembaga Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah c. Kekerapan aktiviti penyelarasan ditentukan oleh Jawatankuasa PBS dan perlu dijadualkan Pelaksanaan Penyelarasan: a. Sebelum Penyelarasan i. Menentukan tarikh, tempat, masa penyelarasan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah ii. Mengadakan perbincangan mengenai

Kefahaman tentang standard prestasi atau tugasan Kesesuaian instrumen yang digunakan Kefahaman tentang penskoran Pemilihan evidens murid untuk penyelarasan skor

b. Semasa Penyelarasan i. Memilih evidens murid secara rawak mengikut pencapaian ii. Membanding skor yang diberikan oleh guru iii. Menyelaras pemberian skor c. Selepas Penyelarasan i. Menyediakan laporan penyelarasan. ii. Menyelaras skor murid, jika perlu Pemantauan PBS ialah proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan. Objektif Pemantauan PBS: a. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuh. b. Mengenal pasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru di sekolah. c. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS oleh guru. d. Mengelakkan berlakunya penyelewengan dan ketidakakuran. e. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan. Jenis Pemantau a. Pemantau Dalaman ialah guru yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS). b. Pemantau Luaran yang dilantik dalam kalangan: i. pegawai Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia ii. pegawai Lembaga Peperiksaan iii. pegawai Jabatan Pelajaran Negeri

iv. pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Kekerapan aktiviti pemantauan adalah sepanjang tempoh pelaksanaan PBS, mengikut jadual yang ditentukan oleh Jawatankuasa PBS. Pelaksanaan Pemantauan: a. Sebelum Pemantauan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pemantauan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. ii. Menyediakan instrumen pemantauan (contoh: senarai semak) b. Semasa pemantauan i. Memastikan pelaksanaan adalah mengikut garis panduan. Menyemak bahan dan maklumat yang dipantau. Membuat pemerhatian pelaksanaan PBS. Menggunakan instrumen pemantauan yang telah dilengkapkan untuk memberi khidmat nasihat.

c. Selepas pemantauan Melaporkan dapatan pemantauan. Menyenaraikan kekuatan dan keberkesanan pelaksanaan PBS kepada guru. Memberi cadangan tindakan susulan mengenai pelaksanaan PBS.

PENGESANAN Pengesanan PBS adalah proses memastikan kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Objektif Pengesanan PBS: a. Mengenal pasti kekuatan dan keberkesanan instrumen pentaksiran yang digunakan.

b. Meningkatkan kesahan, kebolehpercayaan dan kebolehtadbiran instrumen pentaksiran. c. Mencadangkan penambahbaikan menyeluruh instrumen pentaksiran dalam pelaksanaan PBS. Pengesanan dilaksana mengikut jadual dan prosedur yang ditetapkan. Pegawai Pengesanan a. Pegawai Pengesanan Dalaman ialah guru mata pelajaran yang dilantik oleh Jawatankuasa PBS peringkat sekolah (rujuk senarai JK PBS) b. Pegawai Pengesanan Luaran yang dilantik dalam kalangan: pegawai Lembaga Peperiksaan pegawai Jabatan Pelajaran Negeri pegawai Pejabat Pelajaran Daerah

Aktiviti pengesanan diadakan semasa dan/atau selepas satu kitaran pelaksanaan PBS. Pelaksanaan Pengesanan PBS: a. Sebelum pengesanan i. Menentukan tarikh, tempat, masa pengesanan oleh Jawatankuasa PBS, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah. ii. Menyediakan instrumen pengesanan (contoh: senarai semak) b. Semasa pengesanan i. Menyenaraikan isu kebolehtadbiran dan kesesuaian instrumen pentaksiran. ii. Mencadangkan penyelesaian. c. Selepas pengesanan hendaklah memastikan cadangan penyelesaian dilaksanakan.

Anda mungkin juga menyukai