Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

Ya Allah Ya Karim,
Sesungguhnya kami berhimpun pada Kursus Barisan Kepimpinan Pelajar Sek. Keb. Kampong
Ladang ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai. Jadikanlah kami
hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat
yang melimpah ruah kepada kami.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang
sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.
Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya
ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami
mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.
Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa,
kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan
mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.