Anda di halaman 1dari 9

WACANA

PAVITHRAN VEJAYA LECTHUMI CHANG JI HAN KASMAHANI

WACANA perkataan wacana berasal daripada bahasa Jawa, woco-no. Wocono pula daripada woco yang bermaksud baca. Dalam bahasa Inggeris, dis-course berasal daripada bahasa Latin discursus yang bermakna larian ke dan dari. Menurut Chafe, wacana digunakan dengan pelbagai maksud oleh pelbagai pengkaji.

KONSEP WACANA

Trask - wacana sebagai siri ujaran yang bersambungan oleh seorang penutur atau lebih. Cook - wacana sebagai bahasa dalam penggunaan dan untuk perhubungan. Werth - wacana sebagai suatu peristiwa bahasa yang sempurna yang mempunyai awal dan akhir. Johnstone - wacana sebagai contoh sebenar komunikasi melalui bahasa. Umumnya, wacana adalah satuan bahasa terlengkap, dalam hierarki gramatikal merupakan satuan gramatikal tertinggi.

1) KOHESI (tautan)

CIRI - CIRI WACANA

Bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan dengan unsur

linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacana yang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui - Hubungan antara satu perkataan - Frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama - Frasa atau ayat dengan perkataan Contoh:-

Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakan.Mereka ke sana untuk meminjam buku.


Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataan mereka dalam ayat kedua merujuk kepada Muhammad, Fatimah dan Azian, sementara sana merujuk kepada perpustakaan.
.

2) KOHEREN (runtutan)
Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambunganidea yang terdapat dalam sesebuah wacana seh ingga menjadi teks itu bermakna. Contoh:Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu.Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

3) TUJUAN
Ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya.

Untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang seringdigunakan ialah ayat tanya.

4) PENERIMAAN
Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan.

MAKLUMAT
Terbahagi kepada dua: i) Maklumat lama ii)Maklumat baharu Contoh:-Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan

KEADAAN
Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan,pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

INTERTEKS
Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepadapengetah uannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.

JENIS JENIS WACANA


Deskripsi - penggambaran dengan kata-kata suatu benda,tempat,suasana, atau keadaan. - hasil observasi melalui panca indra yang disampaikan secara kronologis. Contoh : Rumah itu dari kejauhan kelihatan angker sekali, menyeramkan. Apalagi jika melihat dari dalam sungguh mengerikan

Eksposisi - menjelaskan baik peristiwa atau lainnya dan harus berurutan, - tulisan ini berisi uraian atau penjelasan tentang suatu topik - tujuan memberikan informasi atau pengetahuan tambahan. Contoh : mencangkok bukanlah pekerjaan yang sukar. Satu menit saja kita belajar, kita sudah dapat berpraktik dan hasilnya kita tunggu satu, dua bulan caranya sebagai berikut

Argumentasi - mengeluarkan pendapat, pendapat ini harus kita perhatikan dengan bukti dan fakta, - tulisan ini bertujuan membuktikan kebenaran suatu pendapat atau kesimpulan dengan data, dakta sebagai bukti. Contoh : KB membuat keluarga sejahtera, aman dan bahagia dengan dua anak.

Persuasi - wacana yang mampu mengajak, mempengaruhi dan memujuk - tulisan ini bertujuan mempengaruhi emosi pembaca untuk berbuat sesuatu. Contoh : kalimat iklan
Narasi - mengarang atau menceritakan sesuatu baik nyata mahupun tidak nyata, biasanya tulisan ini berisi rangkaian peristiwa yang susul menyusul sehingga membentuk alur cerita. Contoh : cerpen

Anda mungkin juga menyukai