Anda di halaman 1dari 12

1.

0 FAKTOR KELAHIRAN DAN KEJAYAAN TAMADUN

1.1 Kedudukan politik yang kukuh Politik yang kukuh merupakan faktor utama yang menentukan jangka hayat sesebuah tamadun. Contohnya, tamadun Mesopotamia dengan sistem beraja dan Kod ammurabinya (1792-50 S.M). Tamadun Mesir dengan Raja Firaun dan sistem hierarkinya. Begitu juga tamadun Lembah Indus dan tamadun Melayu yang terkenal dengan sistem beraja dan sistem pembesamya seperti empayar Melaka. Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara dari Palembang sekitar 1400M telah mengukuhkan sistem pentadbirannya dengan memperkenalkan Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Tamadun China yang bermula di Lembangan Sungai kuning (Hwang Ho) juga ditentukan kesinambungan hayatnya oleh faktor politik, perundangan dan kestabilan. 1.2 Kedudukan yang Strategik Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan kedudukannya yang trategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk lemperoleh sumber-sumber semulajadi untuk menampung kehidupan

masyarakatnya. aktor lokasi seperti ini yang merujuk kepada kesesuaian faktorfaktor geografi telah .ilihat menggalakkan kemunculan tamadun China di Lembah Huang-He dan Yang Tse, tamadun India di Lembah Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah igris dan Euphrates, tamadun Mesir di Lembah Nil dan juga tamadun Melaka di )inggiran- Selat Melaka. Jika dilihat keistimewaan Tamadun Melaka sehingga menjadi mpayar yang ulung di rantau ini pada abad ke15 adalah disebabkan kedudukannya rang strategik dari segi perdagangan dan pelabuhannya terlindung dan selamat dari iupan angin Monsun. 1.3 Rangsangan Keagamaan Kemunculan sesebuah tamadun juga boleh dikaitkan dengan rangsangan eagamaan dan kerohanian. Ajaran agama dan amalan rohani sebenamya mendorong lanusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan sud yang mendorong ,epada kehidupan bertamadun. Sesebuah masyarakat yang menghayati kehidupan eragama akan berusaha untuk membangunkan kehidupan

mereka menuju kepada :esempurnaan kemanusiaan dan seterusnya melahirkan ketinggian budaya. Daripada lembangunan kehidupan seperti ini bermulalah bibitbibit kehidupan bertamadun. kemunculan Tamadun Islam misalnya begitu dipengaruhi oleh rangsangan nilai aripada penghayatan cara hidup Islam yang sempuma. Sejarah Tamadun Islam bermula di Semenanjung Tanah Arab, dari zaman yang dikenali sebagai Jahiliah kerana masyarakat Arab pada masa itu masih jahil tentang agama dan berpuak-puak. Peperangan sering meletus, golongan kaya sering menindas golongan miskin dan wanita berada pada kedudukan yang hina. Kedatangan Islam telah mengubah cara hidup masyarakat Arab kepada perpaduan ummah dan sifat keinsanan yang tinggi. Tamadun Islam mula berkembang pesat sehingga mencapai kegemilangan. 1..4 Penghayatan Tinggi Terhadap Moral dan Nilai Terpuji Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh penghayatan yang tinggi terhadap moral dan nilai yang terpuji. Nilai-nilai murni yang wujud pada masyarakat sudah pasti menggalakkan kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai murni yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, semangat berdisiplin dan sebagainya. Nilainilai murni yang wujud pada pemimpin sudah pasti menggalakkan kepimpinan yang berhemat, bertanggungjawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Penghayatan nilai-nilai murni seperti

penekanan konsep keadilan dalam pemerintahan telah dihayati hampir semua tokoh tamadun silam seperti Plato dan Aristotle dalam tamadun Yunani, Lao Tze dan Kung Fu Tze dalam tamadun Cina, Kautilya dan Samkara dalam tamadun India serta alFarabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam. 1.5 Pengalaman Kesengsaraan Hidup Kemunculan sesebuah tamadun dikaitkan juga dengan kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang sengsara dan menderita boleh mendorong masyarakat untuk bekerjasama mengembelengkan tenaga untuk membebaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Kesengsaraan dan penderitaan menjadikan sesebuah

masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Dalam konteks zaman moden, kemunculan negara Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua. Kekalahan dalam peperangan tersebut telah meningkatkan

semula semangat rakyat Jepun untuk bangun memajukan negara mereka. Hasil usaha yang bersungguh-sungguh menjadikan Jepun sebagai sebuah negara yang maju dalam bidang sains dan teknologi serta muncul salah satu kuasa ekonomi dunia. 1.6 Toleransi dengan Tamadun Lain Kelahiran sesebuah tamadun turut didorong oleh toleransi yang tinggi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain. Semangat untuk mewujudkan interaksi antara tamadun merupakan satu rangsangan kepada pemupukan kehidupan bertamadun. Toleransi terhadap sumbangan tamadun-tamadun yang lain

menggambarkan sikap terbuka untuk menerima sumber-sumber yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kemunculan tamadun barn. Sikap tokoh-tokoh penting dalam tamadun-tamadun sebelum ini jelas menampakkan toleransi dan saling hubungan antara tamadun. Tamadun Islam contohnya merupakan tamadun yang bersikap terbuka untuk menerima sumber ilmu astronomi daripada tamadun Yunani.

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN 2.1 Ketidakadilan dan Perbezaan Jurang Berlakunya ketidakadilan dengan wujudnya jurang perbezaan yang begitu ketara antara golongan kaya dengan miskin. Sebagai contoh, situasi seperti ini dapat diperhatikan berlaku pad a zaman pemerintahan raja-raja zaman Greek awal, terdapat ramai golongan hamba abdi yang hidup miskin dan melarat sedangkan golongan kaya terus menambah kekayaan. Golongan miskin ini tidak dapat hak untuk mengundi malah ditindas dan diperah tenaga untuk mengusahakan tanah orang kaya. Akibat daripada ketidakadilan yang dilakukan oleh golongan atasan maka tercetus perasaan tidak puas hati dan pemberontakan dan rusuhan orang bawahan. Mereka menuntut pembaharuan dari segi ekonomi terutama mengenai tanah, namun desakan mereka tidak diendahkan, malah ketua mereka Tiberius dan Cains Gracchus telah terkorban akibat ditindas oleh ahli-ahli senat. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33). 2.2 Penindasan dan Kezaliman Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga persoalan hak-hak kemanusiaan diketepikan sarna sekali. Kehidupan bertarnadun sudah tidak bermakna lagi apabila sistem ketatanegaraan dan perundangan tidak dihormati malah dicabuli dengan sewenang-wenangnya. Sebagai contoh, semasa era pemerintahan Dinasti Sui (589618), Maharaja Yang Ti (604-617) telah mengabaikan tanggungjawab serta bertindak kejarn ke atas rakyatnya. Tindakan beliau yang memaksa rakyat membina istana-istana raja dan terusan membawa rasa tidak puas hati rakyat. Akhimya golongan petani bangkit memberontak dan menjatuhkan dinasti tersebut. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd DaH, Suffian Mansor, Zulkarnaian Abdul Rahman, 2001 : 23).

2.3 Keruntuhan Moral dan Nilai Masyarakat Berlakunya keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutarnanya di kalangan pemimpin yang menandakan musnahnya penghayatan terhadap budi pekern yang murni dan mulia. Berdasarkan sejarah kemerosotan tamadun Yunani, tamadun Romawi dan Tamadun Islam boleh dikaitkan dengan keruntuhan moral dan nilai terutama di kalangan pemimpin. Dalam pemerintahan kerajaan Bani Abbasiyyah perpecahan berlaku di kalangan puak Syi' ah dan Sunni kerana semangat perkauman yang sempit. Malah wujud di kalangan pemimpin mereka yang tidak berakhlak mulia seperti suka berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya. Nilai-nilai yang tidak sihat di kalangan pemimpin ini telah menyebabkan keadaan politik menjadi tidak stabil, akhirnya kerajaan menjadi merosot dan lemah. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noar, Salina Hj. Zainol, 2000 : 33). 2.4 Sikap Tertutup Dari Menerima Perubahan Wujud sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi perubahan teknologi atau perubahan dalam struktur politik, ekonomi dan sosial. Sikap tertutup seperti ini sudah tentu merencatkan daya kreativiti dan inovasi sesebuah masyarakat yang seterusnya menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang beku atau jumud berpanjangan. Dalam sejarah dapat dilihat bagaimana Tamadun Islam Uthmaniyyah mengalami keruntuhan dari dalam disebabkan sikap tertutup yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan so sial. Begitu juga yang berlaku kepada tamadun China yang enggan menerima perubahan dari Barat menyebabkan kerajaan China semakin merosot dan lemah walaupun pelbagai usaha dijalankan untuk memulihkannya. 2.5 Malapetaka dan Bencana Alam Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan secara besar-besaran. Faktor seperti ini juga merupakan salah satu penyebab kemerosotan sesebuah tamadun. Bagaimanapun, faktor ini di luar kawalan manusia untuk menghalangnya daripada berlaku. Misalnya wabak penyakit yang dahsyat telah me!ebak ke seluruh bandar Athens dan telah mengakibatkan kematian dan kemusnahan sehingga melemahkan semangat penduduk Athens pada sekitar 429 S.M. Pericles yang dianggap pemerintah yang berkebolehan telah menjadi mangsa

wabak penyakit tersebut termasuk ramai pembesar-pembesar yang telah banyak membuat perubahan kepada Athens sendiri. (Azhar Hj. Mad Aros, Azharudin Mohd Dali, Arba'iyah Mohd Noor, Salina Hj. Zainol, 2000 : 34).

KESIMPULAN Sesebuah tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina, membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan untuk jangka masa yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Begitu juga dengan tamadun Malaysia yang meletakkan asas pembinaannya yang berteraskan kepada polarisasi kaum, ras dan bangs a bagi membina acuan tamadun Malaysia itu sendiri.

2.0 PERSAMAAN DAN PERBEZAAN SESEBUAH TAMADUN Tamadun-tamadun yang lahir di dunia mempunyai latar belakang yang tersendiri. Justeru setiap darinya mempunyai persamaan dan perbezaan antara satu sama lain. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun-tamadun ini dapat dilihat dalam konteks wujudnya budaya dan nilai-nilai sejagat yang dikongsi oleh manusia dalam tamadun manakala perbezaannya dilihat dari unsur agama dan budaya yang berbeza malah perbezaan yang paling asas dan ketara adalah dari segi agama. Namun, terdapat juga persamaan antara tamadun-tamadun tersebut. Persamaan dan perbezaan di antara tamadun Islam, tamadun Cina dan tamadun India dapat dilihat melalui beberapa aspek seperti ciri-ciri agama, kekeluargaan pendidikan. dan kemasyarakatan, alam sekitar, idea intelektual dan

Aspek kekeluargaab dan kemasyarakatan menekankan nilai dan etika yang baik dan bermula dari institusi kekeluargaan. Justeru, ia paling penting dalam sesebuah masyarakat yang bertamadun. Dalam tamadun Cina, ajaran Konfusianisme memberi penekanan kepada hubungan kasih saying hierarki kuasa dalam hubungan sesame manusia. Kasih sayang antara manusia akan mewujudkan ketenteraman dan harmoni dalam masyarakat. Selain itu, kesetiaan dan pertalian yang erta merupakan konsep kekeluargaan yang pernting. Pengabaian terhadap konsep kekeluargaab merupakan penafian hak seseorang dan bertentangan dengan keadilan kerana keluarga merupakan unit asas di dalam tamadun ini. Lima jalinan hubungan sesame manusia diterapkan melalui konse p li adalah hubungan maharaja dengan rakyat, hubungan bapa dengan anak, hubungan abang dengan adik, hubungan suami dengan isteri dan hubungan kawan dengan kawan. Setiap tamadun menyatakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk menghormati setiap anggota masyarakatnya. Setiap ahli masyarakat perlu menjaga kebajikan dan memberi sokongan samaada berbentuk moral atau fizikal. Dalam tamadun Islam, perkara penting ialah perpaduan ummah. Walaubagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju.

Contohnya, ahli falsafah China, Loa Tzu menentang ajaran Kung Fu Tze yang menganjurkan hubungan antara masyarakat.

Seterusnya, tamadun Islam memberi panduan pembentukan keluarga sejak dari peringkat asas bagi membentuk keluarga yang diingini seperti dalam agama Islam. Perihat kekeluargaab juga disebut dalam Al-Quran dan Hadis. Hubungan dengan setiap ahli keluarga adalah berasaskan hak dan tanggungjawab masingmasing. Hak dan tanggungjawab dalam keluarga Islam adalah seperti hak dan tanggungjawab suami, hak dan tanggungjawab isteri, hak dan tanggungjawab bapa, hak dan tanggungjwab ibu dan juga hak dan tanggungjawab anak.

Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan. Pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal dan kerohanian serta penurus kepada zuriat keturunan. System kekeluargaan India menekankan bentuk kekeluargaan bersama. Ikatan kasih sayang merupakan elemen yang penting walaupun hubungan darah yang dikira dari anggota lelaki dari keluarga yang sama merupakan asas ikatan kekeluargaan.

Dalam aspek kemasyarakatan, di dalam tamdun Cina, pembentukan masyarakat Cina dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan yang berasaskan kuasa lelaki dan bapa. Selain itu, sistem kekerabatan yang berasaskan hubungan darh juga memainkan peranan penting dalam pembentukan masyarakat Cin. Dalam sistem ini, pemusatan kuasa terhadap bapa atau lelaki amat kuat dan unit keluarga adalah penting walaupun masyarakat turut terpengaruh dalam pembentukan identity individu. Sistem kelas dalam komuniti ditentukan berdasarkan tahap pendidikan dan kemahiran.

Masyarakat adalah unit penting menurut tamadun Islam. Bukan sahaja bersandarkan hubungan kerabatan bahkan hubungan sesama anggota manusia dan hubungan sesama agama juga dititikberatkan dalam masyarakat. Ikatanikatan ini juga merupakan asas hubungan individu dalam Tamadun Islam. Masyarakat dalam tamadun Islam sangat luas dan tidak terbatas kepada sesuatu bangsa tertentu sahaja dengan melihat kepada konsep ummah.

Tamadun India pula mempunyai peraturan-peraturan yang ketat kerana terutamanya dalam masyarakat tradisional. Tamadun ini menekankan sistem kasta yang rigid dalam sistem sosial msyarakat dan juga penentuan kastanya. Penentuan kasta individu adalah mewarisi nenek moyang. Sebelum itu, apda awal perkembangan tamadun, sistem kasta ini jug turut menentukan jenis pekerjaan serta layanan kepada individu dari kasta-kasta tersebut. Selain itu, konsep dharma diberikan penekanan penting dalam hubungan sesame anggota dalam sesebuah masyarakat. Konsep ini menggariskan fungsi dan peraturan bagi menentukan semua perkara yang harus dilakukan oelh setiap anggota masyarakat.

Justeru, ajaran agama-agama lain menyeru untuk mewujudkan suasana harmoni dalam hubungan kekeluargaan dan msyarakat seperti Confucious manakala tamadun India pula menekankan konsep perbezaan taraf ataupun kasta antara individu dalam kemasyarakatan sedangkan agama Islam

matlamatnua jauh lebihb lagi dan lebih jelas iaitu untuk mendapatkan keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.

Aspek alam sekitar dipersetujui oleh setiap tamadun-tamadun ini. Hal ini kerana pada asasnya alam sekitar perlu dijaga agar tidak memudaratkan kehidupan manusia di dunia. Sedikit perbezaan dari aspek ini adalah mungkin dari segi ketelusan untuk menjaga alam sekitar berdasarkan masyarakat yang bertamadun sanggup merosakkan dan tidak memelihara alam sekitar kerana rancak dengan perkembangan pesat arus kemodenan.

Seterusnya adalah melalui aspek teologi. Teologi adalah aspek tamadun spiritual yang penting bagi sesbuah masyarakat. Kepercayaan kepada Tuhan merupakan asas utama dalam agama Islam, Kristian dan Hinduisme. Namun begitu, ia berbeza dari konsep Buddihisme. Manifesto konsep monoteisme bagi agama-agama ini adalah berbeza. Dalam agama kristian konsepnya

diterjemahkan berdasarkan konsep trinity. Agama Islam adalah berdasarkan Allah S.W.T yang satu dan tidak boleh disekutukan. Asosiasi nabi-nabi tertentu juga berbeza dalam agama Islam, Kristian dan Yahudi. Aspek-aspek tertentu

seperti dari segi hidup selepas mati dan balasan di akhirat, konsep syurga dan neraka, hari perhitungan dan pembalasan juga wujud persamaan. Agama Hindu pula wujud agak kabur dan agama ini tidak mempunyai pengasas ataupun nabi. Buddhisme pula bukanlah satu agama tetapi merupakan ajaran moral dan etika. Ia tidak membincangkan mengenai ketuhanan sebaliknya tentang perilakuperilaku yang perlu dicapai oleh manusia untuk mencapai tahap nirwana ataupun hokum karma iaitu pembalasan setimpal dengan usaha dan perlakuan manusia.

Selain itu, semua agama juga mempunyai doktrin dan amalan-amalan tertentu yang perlu dilaksanakan oleh pengikut-pengikutnya. Malahan, setiap doktrin agama ini terkandung dalam kitab-kitab suci agama-agama tersbut. Seperti al-Quran bagi umat Islam, Old Testament bagi penganut Yahudi, New Testament bagi penganut Kristian dan kitab-kitab Ved bago penganut Hindu.

Terdapat juga perbezaan dari aspek teologi antara tamadun-tamadun ini. Konsep monoteisme dalam agama Hindu menggambarkan tuhan dengan pelbagai bentuk dan juga penjelmaan dewa-dewa yang boleh disembah dalam bentuk patung. Perbezaan antara agama Hindu dan juga Buddhisme adalah seperti konsep reinkarnasi. Hanya dalam agama Hindu mempunyai konsep ini ataupun lebih dikenali sebagai penjelmaan semula selepas kematian tetapi dalam bentuk-bentuk berbeza dan tidak semestinya sebagai seorang manusia. Setiap agama juga mempunyai institusi keagamaan sendiri yang mempunyai peranan tersendiri dalam masyarakat iaitu sebagai tempat ibadah, pertemuan dan juga upacara keagamaan.

Seterusnya adalah melalui aspek idea intelektual. Soal kerajaan, sistem pemerintahan, masyarakat dan sebagainya juga mempunyai persamaan antara tamadun-tamadun. Idea tentang penubuhan kerajaan dan sistem pemerintahan yang baik iaitu demokrasi telah dilahirkan oleh tokoh Socrates dan Plato sejak dari awal Tamadun Greek dan Yunani. Dalam tamaduna Cina, Kung Fu Tze, tokoh falsafah telah memperkenalka kod 17 melalui ajaran Konfusionisme

sebagai satu kod etika atau panduan. Ini adalah bagi melahirkan pemimpin yang baik dan bertanggungjawab. Idea yang terkandung dalam kod ini menyentuh

aspek-aspek tanggungjawab golongan pemerintan dan pegawai kerajaan seperti amanah, jujur, tidak mengamalkan rasuah dan sebagainya.

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Abu Nasir al-Farabi atau alGhazali turut mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik dan

bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir al-Farabi, dalam bukunya Madianah alFadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya pemerintah memainkan peranan bagi mewujudkan sebuah pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui sikap pemimpin yang telus, amanah, jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Dalam tamadunIndia, Kautilya turut membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksama dan adil.

Tokoh Islam dari Tamadun Islam seperti Al-Ghazali turut mempunyai idea melahirkan kerajaan yang baik dan bertanggungjawab. Menurut Abu Nasir AlFarabi dalam bukunya Madianah Al-Fadhilah telah menggariskan cara-cara seharusnya pemerintah memainkan peranan bagi mewujudkan sebuah

pemerintahan yang baik. Ini adalah melalui sekap pemimpin yang telus, amanah, jujur dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Dalam tamadun India, Kautilya turut membincangkan ciri-ciri kepimpinan yang saksam dan adil.

Kemajuan sesbuah masyarakat bertamadun adalah bergantung kepada kemajuan pendidikan. Semua tamadun mementingkan pendidikan. Hal ini adalah kerana ia bertujuan untuk pembentukan peribadi seseorang individu. Oleh itu, tugas menyampaikan ilmu adalah satu tanggungjawab mulia. Manusia tidak digalakkan menguasai persekitaran luaran melalui pengetahuan dirinya. Hanya cara transformasi ini berlaku bereza dari satu tradisi ke tradisi yang lain. Dalam ajaran Islam, persoalan tauhid memainkan peranan penting dalam transformasi manusia, tetapi dalam ajaran Buddha dan beberapa ajaran Hindu, transformasi sifat dapat dicapai melalui proses mencari diri sendiri.

Kesimpulannya,

berdasarkan

pemerhatian

terhadap

kehidupan

bertamadun, jelaslah bahawa teras kepada konsep kehidupan dan pencapaian matlamat hidup dalam tamadun-tamadun tradisional mempunyai beberapa ciri persamaan. Namun begitu, dalam persoalan-persoalan tertentu, terutamanua

berkaitan dengan aspek teologi, wujud perbezaan yang harus difahami. Memahami persamaan dan perbezaan antara satu sama lain seterusnya akan mendorong untuk lebih bersikap toleransi ke arah mewujudkan keharmonian sejagat. Justeru, mengetahui persoalan-persoalan berkaitan dengan ilmu ketamadunan membuka ruang kepada seluruh manusia untuk berinteraksi secara positif ke arah kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

Interaksi

antara

tamadun

meninggalkan

pelbagai

kesan

ke

atas

masyarakat. Terdapat banyak kesan positif dan ada juga kesan-kesan yang negatif. Walaubagaimanapun, apa yang dapat dirumuskan ialah, pertembungan interaksi antara tamadun ini mewujudkan banyak perkara-perkara baru seperti percambahan ilmu pengetahuan, hubungan perdagangan dan banyak lagi. Tamadun-tamadun ini juga mempunyai persamaan dan perbezaan yang tertentu meliputi aspek teologi dan juga etika. Kita harus menghormati setiap persamaan yang ada dan menerima perbezaan yang wujud supaya keadaan kekal har