Anda di halaman 1dari 10

Amali 4 MENGUKUR DAN MEMBANDING BEZA KEPELBAGAIAN (DIVERSITI) SPESIES

Tujuan: Untuk mengkaji diversiti spesies kupu-kupu dan membandingkannya antara tiga buah pulau iaitu Pulau Sipadan, Pulau Talang-Talang dan Pulau Redang. Pengenalan: Biodiversiti merupakan sistem sokongan hidupan antara satu sama lain. Ia merangkumi semua hidupan termasuklah tumbuh-tumbuhan, haiwan (invertebrata dan vertebrata), bakteria, kulat dan serangga. Kepelbagaian biologi atau biodiversiti didefinisikan sebagai keanekaan antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesis dan antara sepsis dan ekosistemnya. Dianggarkan jumlah bilangan spesies yang hidup di muka bumi ini melebihi 100 juta. Biodiversiti sangat penting untuk mengekalkan kitaran hidrologi. Hal ini demikian kerana hidupan semulajadi berfungsi sebagai penyerap. Air dari tanah akan dibebaskan melalui proses transpirasi. Hutan, padang rumput dan tanah lembab akan menyerap air apabila jumlahnya banyak dan membebaskannya sedikit demi apabila air bertakung. Ini sekaligus mengawal banjir dan kejadian bencana alam lain seperti tanah runtuh, banjir lumpur dan sebagainya. Selain itu, biodiversiti juga memberi khidmat ekosistem seperti mengatur perjalanan cuaca dan iklim (modifikasi iklim). Tumbuhan misalnya, juga menyerap radiasi daripada cahaya matahari dan membebaskan wap. Keadaan ini akan mempengaruhi keadaan iklim dan sekaligus menyederhanakan suhu. Oleh itu,

kestabilan iklim akan berlaku dengan adanya fungsi oleh kepelbagaian biologi biodiversiti ini. Biodiversiti juga mempu menghalang hakisan tanah. Hal ini demikian kerana daun dan sampah hutan boleh menyerap dan mengurangkan impak air hujan. Keadaan ini sekaligus menghalang tanah menjadi pecah. Selain itu, akar berfungsi mengikat tanah dan membantu menghalang berlakunya hakisan terutamanya di kawasan tanah tinggi. Tumbuhan, haiwan kecil dan mikroorganisma pula menyumbang kepada pembentukan tanah. Di kawasan yang berombak, paya bakau berfungsi mengurangkan kesan pukulan ketika rebut. Ini bukan sahaja menjaga kontur pantai malah dapat menyelamatkan harta benda dan nyawa. Oleh itu, kepelbagaian biologi boleh mengawal dari berlakunya bencana alam. Tumbuhan juga boleh menghasilkan oksigen untuk pernafasan dan respirasi manakala mikrob pula membantu menambah kesuburan tanah serta penetapan kandungan nitrogen dalam tanah. Kepelbagaian biodiversiti juga boleh menghalang tompokan sebatian nitrogen seperti unsur-unsur Ammonium dan Nitrat yang boleh mengganggu kesuburan tanah. Dengan kata lain, biodiversiti berperanan menyelenggara kitaran Oksigen dan Nitrogen. Keputusan: Bilangan Kupu-kupu Pulau Talang-talang 40 15 23 2 8 12

Spesies Spesies 1 Spesies 2 Spesies 3 Spesies 4 Spesies 5 Spesies 6

Pulau Sipadan 3 3 10 4 64 5

Pulau Redang 0 0 0 0 0 4
2

Spesies 7 Spesies 8 Spesies 9 Spesies10 Spesies 11 Spesies 12 Spesies 13 Spesies 14 Spesies 15 Spesies 16 BILANGAN INDIVIDU KEKAYAAN SPESIS INDEKS SIMPSON (D) KEUTAMAAN UNTUK PEMULIHARAAN

11 0 0 0 0 0 6 7 2 2 117 11 0.32 3

0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 100 6 0.25 2

11 18 7 14 10 3 10 0 0 0 77 8 0.13 1

Pengiraan: Formula pengiraan indeks kepelbagaian Simpson

Indeks Simpson (D) Pulau Sipadan:


D= 3(3-1)+ 3(3-1)+ 10(10-1)+ 4(4-1)+ 64(64-1)+ 5(5-1)+ 11(11-1)+ 6(6-1)+ 7(7-1)+ 2(2-1)+ 2(2-1) 3

117(117-1) = 4352 13572 = 0.32 Pulau Talang-talang:


D= 40(40-1)+ 15(15-1)+ 23(23-1)+ 2(2-1)+ 8(8-1)+ 12(12-1)

100(100-1) = 2466 9900 = 0.25

Pulau Redang: D= 4(4-1)+ 11(11-1)+ 18(18-1)+ 7(7-1)+ 14(14-1)+ 10(10-1)+ 3(3-1)+ 10(10-1) 77(77-1) = 738 5852 = 0.13

Indeks Kepelbagaian Simpson (1-D)

Pulau Sipadan: 1-D = 1 0.32 = 0.68

Pulau Talang-talang: 1-D = 1 0.25 = 0.75


4

Pulau Redang: 1-D = 1 0.13 = 0.86

Indeks Timbal Balik Simpson (1/D)

Pulau Sipadan: 1/D = 1 / 0.32 = 3.13

Pulau Talang-talang: 1/D = 1 / 0.25 =4

Pulau Redang 1/D = 1 / 0.13 = 7.69

Perbincangan Soalan: 1. Apakah yang dimaksudkan dengan building blocks atau unit taksonomi operasi di dalam biodiversiti? Jelaskan. Biodiversiti merupakan bilangan, kepelbagaian dan variasi merangkumi kesemua organisma hidup yang dijumpai di atas tanah dan juga di dalam air. Semua spesies mempunyai peranan dan kepentingannya. Terdapat empat binaan asas
5

dalam biodiversiti iaitu kepelbagaian gen, kepelbagaian spesies, kepelbagaian habitat dan kepelbagaian ekosistem. Gen adalah binaan asas kehidupan dan ia merupakan satu set arahan yang menentukan ciri-ciri organisma dalam sesuatu persekitaran. Kepelbagaian gen bermaksud gabungan gen yang berbeza dalam populasi yang mempunyai spesies tunggal dan corak variasi spesies yang sama dalam populasi berbeza. Kepelbagaian spesies merupakan kepelbagaian dan kewuju dan jenis organisma yang berbeza. Sebagai contoh, sebuah kawasan yang berkeluasan sama di Pulau Redang mempunyai spesies yang berbeza berbanding satu kawasan yang sama luas di pulau lain. Hampir dua juta spesies telah dikenal pasti di seluruh dunia dan dianggarkan ia hanya mewakili dua puluh peratus daripada jumlah spesies yang ada di Bumi. Habitat ialah jenis spesis tumbuhan dan haiwan berkumpul untuk membentuk komuniti ekologi dalam satu kawasan atau alam semula jadi. Habitat termasuklah faktor-faktor fizikal seperti tanah, kelembapan, suhu dan cahaya. Oleh itu, satu ekosistem dalam sesebuah kawasan terbentuk dengan kewujudan habitat seperti sungai, kolam, dan padang rumput. Ekosistem terdiri daripada satu atau banyak habitat yang berlainan. Ekosistem yang sihat membantu mengekalkan spesis dan habitat serta menyediakan kritikal barangan dan perkhidmatan kepada manusia. Taksonomi amat penting bagi pemuliharaan biodiversiti untuk membezakan antara spesis atau mengelakkan kekeliruan mengenai nama-nama spesis. Taksonomi merupakan satu bidang biologi yang melibatkan pengajian pengelasan, pengecaman yang wujud di dunia ini. Pengelasan ialah aktiviti mengkategorikan pelbagai jenis organisma dalam dunia berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan yang boleh diperhatikan di kalangan organisma hidup. Pengecaman ialah aktiviti mengenal pasti organisma dengan menggunakan suatu sistem universal.Unit Operasi Taksonomi (OTU) merupakan mana-mana set data yang dikaji dalam bidang phylogenetik. Semasa proses pengumpulan data, OTU boleh digabungkan kepada komposit, dan kemudiannya boleh diterima atau dianggap sebagai OTU tunggal.
6

2. Secara ringkas, terangkan apakah kekayaan spesis dan kesamarataan spesis? Kekayaan spesies adalah bilangan spesies yang berbeza yang ada dalam sesuatu kawasan, komuniti, atau kumpulan taksonomi. Ia diwakili dalam bentuk persamaan sebagai S. Kekayaan spesies adalah unit asas untuk menilai keseragaman alam sekitar. Kekayaan spesis tidak mengambil kira bilangan individu bagi sesuatu spesis. Oleh itu, semakin banyak bilangan spesies dalam sesuatu sampel, semakin tinggi kekayaan spesis bagi sampel tersebut. Kesamarataan spesies adalah perbezaan bilangan setiap spesies di dalam sesuatu kawasan yang sama. Ia juga ditakrifkan sebagai indeks kepelbagaian iaitu ukuran kuantiti biodiversiti yang sama bilangan komunitinya. Jadi, jika terdapat 40 musang dan 1000 anjing, komuniti adalah kurang sama rata. Tetapi jika terdapat 40 musang dan 42 anjing, komunitinya cukup kesamarataan.

3. Apakah order pulau tersebut, daripada diversiti yang tertinggi kepada yang paling rendah? Susunan diversiti dari tertinggi ke terendah ialah Pulau Redang (7.69), diikuti Pulau Talang-talang (4) dan Pulau Sipadan (3.13). Pulau Sipadan mempunyai kekayaan spesies yang paling tinggi iaitu 11 spesies, manakala Pulau Redang memiliki 8 spesies dan Pulau Talang-talang dengan 6 spesies. Jika dirujuk kepada jumlah individu bagi setiap pulau pula, Pulau Sipadan sebanyak 117 bilangan individu, Pulau Talang-talang sebanyak 100 bilangan individu dan Pulau Redang sebanyak 77 bilangan individu.

4. Bagaimanakah anda menentukan tahap pemuliharaan pulau tersebut? Adakah mengikut nilai diversiti? Apakah faktor lain yang diambil kira untuk menetukan keutamaan pemuliharaan? Keutamaan untuk pemuliharaan pulau adalah berdasarkan kepada nilai diversiti spesis di pulau tersebut. Bagi kajian ini, nilai diversiti spesies yang terdapat pada pulau-pulau tersebut tidak semestinya menjadi faktor pemberian keutamaan.
7

Namun, nilai diversiti boleh menjadi faktor yang boleh memberi impak yang positif juga dibandingkan dengan faktor lain. Mengikut nilai Indeks Simpson (D), semakin tinggi nilai indeks, semakin tiada kepelbagaian spesis. Manakala apabila mengikut Indeks Kepelbagaian Simpson (1-D atau 1/D), semakin tinggi nilai indeks, semakin tinggi kepelbagaian spesis. Oleh itu, tahap keutamaan pemuliharaan bagi pulaupulau tersebut adalah Pulau Redang diikuti Pulau Talang-talang dan paling kurang diberi keutamaan ialah Pulau Sipadan. Faktor lain yang mempengaruhi keutamaan pemuliharaan ialah jenis sesuatu spesies yang hanya hadir pada sesuatu tempat. Mengikut kajian ini, pulau yang patut diberi keutamaan pemuliharaan adalah Pulau Redang kerana pulau tersebut mempunyai 5 jenis spesies kupu-kupu yang tidak terdapat di pulau-pulau yang lain. Jika keutamaan tidak diberi kepada Pulau Redang, 5 spesies tersebut akan pupus buat selamanya. Selain itu, jumlah sesuatu spesies juga boleh diberikan keutamaan. Mengikut kajian ini, pulau yang patut diberi pemuliharaan ialah Pulau Redang kerana jumlah kupu-kupu di Pulau Redang adalah paling sedikit iaitu 77 ekor berbanding Pulau Sipadan 117 ekor dan Pulau Talang-talang 100 ekor.

5. Jika tiada sumber untuk memulihara keseluruhan spesis, apakah kriteria yang boleh digunakan untuk menentukan fokus usaha pemuliharaan? Kriteria yang perlu kita memberi perhatian ialah spesies yang hampir pupus dan spesies yang terancam oleh aktiviti manusia. Cara yang boleh digunakan untuk menumpu usaha pemuliharaan ialah menggunakan kaedah in-situ dan ex-situ. Pemuliharaan ex-situ adalah untuk melindungi spesies yang hampir pupus oleh aktiviti manusia di luar habitat semula jadinya. Contohnya, mengalihkan sebahagian populasi dari habitat yang terancam dan melatakkannya di habitat yang baru sama ada secara semulajadi atau dengan jagaan manusia. Pemuliharaan in-situ sesuai untuk spesies yang terancam. In-situ merupakan pemuliharaan spesies haiwan dan tumbuhan dalam populasi semulajadinya.

Kriteria lain adalah kadar pencemaran sesuatu tempat. Pencemaran air seperti pembuangan sampah dan bahan buangan yang bertoksik ke lautan akan mempengaruhi hidupan air. Penilaian pencemaran perlu dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, aktiviti-aktiviti manusia yang boleh membahayakan hidupan tersebut juga perlu dititik beratkan. Cara mengatasi ialah mengurangkan aktiviti yang bahaya kepada persekitaran.

Kesimpulan:

Semakin tinggi nilai Indeks Simpson D, semakin tinggi nilai diversiti spesies di dalam setiap pulau itu. Keutamaan pemuliharaan bagi pulau-pulau tersebut adalah Pulau Redang diikuti Pulau Talang-talang dan paling kurang diberi keutamaan adalah Pulau Sipadan.

Bibliografi Goay PA STPMS Blog. (2011,November 17). Karangan: Biodiversiti/ Ekologi Alam Sekitar. [Web log post]. Diperolehi dari http://goaypastpm.wordpress.com/2011/11/17/karangan-biodiversiti/ Klik. (2008, November 14). Biodiversiti. Diperolehi dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/179-sainsangkasa/11355-biodiversiti.html Laman Ashaario. (2012, Disember 15). Kepelbagaian Tumbuhan Dan Haiwan. [Web log post]. Diperolehi dari http://ashaarioashaario.blogspot.com/2012/12/kepelbagaian-tumbuhan-dan-haiwan.html

Laman Pengajian Am Saya. (2012, June 17). Kepentingan Biodiversiti. [Web log post]. Diperolehi dari http://insyirah3793.blogspot.com/2012/06/kepentinganbiodiversiti.html

10