Anda di halaman 1dari 14

Laporan Amali 5 MEMAHAMI TRENDA POPULASI

Tujuan: Memahami Trenda Populasi Pendahuluan: Populasi merupakan pengaruh luar atau jumlah semua faktor yang memberi kesan secara langsung atau tidak langsung ke atas kehidupan individu atau komuniti seperti keamatan cahaya, kelembapan, suhu, kecerunan, kandungan air dan nutrient. Populasi adalah semua organism dari kumpulan spesies yang sama atau yang tinggal di kawasan geografi yang sama dan mampu membiak sesame sendiri. Dalam ekologi populasi spesies tertentu di kawasan tertentu dianggarkan menggunakan Indeks Lincoln. Biasanya pembiakan adalah ketara lebih biasa dalam kawasan daripada merentasi sempadan. Pertumbuhan populasi merujuk kepada pertambahan atau pengurangan jumlah organisma dalam sesuatu populasi akibat interaksi di antara potensi biotik dan rintangan persekitaran. Pertumbuhan populasi adalah ditentukan oleh kelahiran, kematian, imigrasi dan emigrasi. Populasi sesuatu spesies mempunyai pola pertumbuhan yang boleh digambarkan oleh lengkung pertumbuhan. Secara umumnya, terdapt tiga jenis pola pertumbuhan yang asas, iaitu pola pertumbuhan berbentukS (sigmoidal), berbentuk J dan berbentuk eksponen. Lengkung pertumbuhan berbentuk S adalah hasil daripada tindakan faktor-faktor rintangan persekitaran yang semakin kuat apabila kepadatan populasinya bertambah sehingga satu takat yang tetap.Pertumbuhan berbentuk eksponen pula merujuk kepada pertumbuhan populasi yang tidak terhad. Kadar pertumbuhan, R sesuatu populasi merujuk kepada pertambahan bilangan individu populasi itu per unit masa, dan diperoleh dengan membahagikan jumlah pertambahan saiz populasi dengan masa yang diambil.
SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti
1

Faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertumbuhan populasi adalah seperti berikut, 1. Kadar kenatalan 2. Kadar kemortalan 3. Emigrasi dan imigrasi 4. Persekitaran

Tugasan 1 Jadual Populasi Badak Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh badak dan mengapa saiz ppopulasi akhir berbeza? Populasi Badak A Selang masa (t)=generasi 0 1 2 3 4 5 Purata Saiz populasi,(N) N0 =30 58 123 236 484 955 2.0 Kadar pertumbuhan,(R) 0 1.9 2.1 1.9 2.1 2.0 Populasi Badak B Saiz populasi,(N) N0 = 20 39 82 161 318 643 2.02 Kadar pertumbuhan,(R) 0 2.0 2.1 2.0 2.0 2.0

Jadual 1: Anggaran populasi bagi dua jenis populasi badak di dalam persekitaran yang sama, bagi 5 selang masa (generasi).

Langkah 1:Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. Langkah 2:Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi badak : eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi badak adalah eksponen.
SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti
2

Langkah 3:Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 1.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t (satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0 Langkah 4:Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi? Populasi B mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi.

Soalan: 1. Semak ketiga-tiga faktor yang mempengaruhi pertumbuhan. Mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi antara kedua-dua populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, faktor pertumbuhan atau faktor persekitaran? Merujuk kepada graf yang dilukis, bentuk graf yang ditunjukkan bagi kedua-dua populasi adalah graf eksponen. Populasi badak A dan populasi badak B mempunyai purata kadar pertumbuhan, R yang sama, iaitu 2.0. Oleh itu, populasi badak A dan badak B tidak dipengaruhi oleh faktor pertumbuhan. Perbezaannya adalah disebabkan oleh saiz awal populasi yang berbeza di mana saiz populasi awal untuk badak A adalah 30 manakala saiz populasi awal untuk badak B adalah lebih kurang, iaitu 20. Selain itu, perbezaan saiz populasi pada selang masa ke 5 juga mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran, iaitu iklim, biotik, topografi dan edafi. Iklim untuk populasi badak B mungkin terlalu panas menyebabkan saiz populasi badak B turun.

Tugasan 2 Jadual Koala Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh koala dan mengapa saiz populasi akhir berbeza?

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

Populasi Koala A Selang masa (t)=generasi 0 1 2 3 4 5 Purata Saiz populasi,(N) N0 =20 36 63 118 212 375 1.82 Kadar pertumbuhan,(R) 0 1.8 1.8 1.9 1.8 1.8

Populasi Koala B Saiz populasi, (N) N0 = 20 31 47 66 103 150 1.52 Kadar pertumbuhan,(R) 0 1.6 1.5 1.4 1.6 1.5

Jadual 2: Anggaran bagi dua jenis populasi koala di dalam persekitaran yang sama bagi 5 selang masa (generasi).

Langkah 1: Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. Langkah 2: Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi koala: eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi koala adalah eksponen. Langkah 3: Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 2.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t (satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0. Langkah 4: Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi? Populasi A mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi.

Soalan:

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

1. Bagi kedua-dua populasi koala, mengapa terdapat perbezaan dari segi saiz populasi pada selang masa ke 5? Adakah ia disebabkan oleh perbezaan dalam saiz populasi awal, faktor pertumbuhan, atau faktor persekitaran. Merujuk kepada graf yang dilukis, bentuk graf yang ditunjukkan bagi kedua-dua populasi adalah graf eksponen. Populasi koala A dan populasi koala B mempunyai saiz populasi awal yang sama, iaitu 20. Oleh itu, populasi koala A dan koala B tidak dipengaruhi oleh saiz populasi awal. Purata kadar pertumbuhan, R bagi koala A adalah lebih tinggi berbanding dengan koala B, iaitu 1.82 bagi koala A dan 1.52 bagi koala B. Oleh itu, populasi koala A meningkat manakala populasi koala B menurun. Selain itu, perbezaan saiz populasi pada selang masa ke 5 juga mungkin disebabkan oleh faktor persekitaran, iaitu iklim, biotik, topografi dan edafi. Iklim untuk populasi koala B mungkin terlalu panas atau habitat koala B yang kekurangan makanan menyebabkan saiz populasi koala B menurun. 2. Di dalam Jadual 2, jika data bagi populasi koala A adalah sama tetapi di bawah keadaan hujan yang sedikit dan data bagi populasi koala B adalah di bawah keadaan kemarau, mengapa adanya perubahan bagi kadar pertumbuhan, R populasi tersebut? (Kadar pertumbuhan, R = Kelahiran Kematian) Semua hidupan memerlukan air untuk hidup. Apabila sesuatu populasi diletakkan di tempat yang kekurangan air seperti hujan sedikit dan kemarau, kadar pertumbuhan, R populasi untuk kedua-dua populasi koala A dan koala B akan menurun. Ini adalah disebabkan koala merupakan herbivor yang bergantung kepada tumbuhan untuk hidup. Apabila kekurangan air, tumbuhan-tumbuhan tidak dapat hidup dengan subur dan akan mati. Oleh itu, koala akan menghadapi masalah kekurangan makanan yang akan menyebabkan populasi mereka menurun. Daripada keadaan yang diberi, koala A adalah di bawah keadaan hujan sedikit manakala koala B adalah di bawah keadaan kemarau. Oleh itu, kadar pertumbuhan, R bagi populasi koala A adalah lebih tinggi berbanding dengan populasi koala B.

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

Tugasan 3 Jadual Kuda Belang Apakah jenis pertumbuhan populasi yang dimiliki oleh kuda belang dan bagaimana keupayaan muatan (carrying capacity) mempengaruhi saiz populasi akhir? Populasi Kuda Belang A Selang masa (t)=generasi
SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

Saiz populasi, (N)

Kadar pertumbuhan,(R)

Populasi Kuda Belang B Saiz Kadar populasi, pertumbuhan,(R) (N)


6

0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata

N0 =20 80 230 400 500 550 580 590 595 600 600 1.61

0 4 2.9 1.7 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0 1.0

N0 = 20 50 100 220 360 460 520 550 570 580 600 1.48

0 2.5 2 2.2 1.6 1.3 1.1 1.1 1.0 1.0 1.0

Jadual 3: Anggaran populasi oleh dua jenis kuda belang di dalam persekitaran yang berbeza bagi 10 selang masa (generasi)

Langkah 1: Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. Langkah 2: Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang adalah sigmoidal. Langkah 3: Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 3.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t ( satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0 Langkah 4: Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi? Populasi A mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi

Soalan

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi A mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi 2. Adakah kadar pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R. Kadar pertumbuhan bagi populasi kuda belang A adalah tidak tetap. Kadar pertumbuhan, R dari selang masa 1 hingga selang masa 6 adalah semakin menurun dan kadar pertumbuhan, R dari selang masa 7 hingga selang masa 10 adalah tetap iaitu 1.0. Kadar pertumbuhan bagi populasi kuda belang B adalah tidak tetap. Kadar pertumbuhan, R dari selang masa 1 hingga selang masa 7 adalah semakin menurun dan kadar pertumbuhan, R dari selang masa 8 hingga selang masa 10 adalah tetap iaitu 1.0. 3. Apakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi setiap populasi? Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A dan populasi kuda belang B adalah 600.

Tugasan 4 Jadual Kuda Belang Bagaimanakah persaingan di antara kedua-dua populasi kuda belang mempengaruhi keupayaan muatan (carrying capacity)? Populasi Kuda Belang A Selang masa (t)=generasi 0 1 2 3 4 5 6 7 Saiz populasi,(N) N0 =20 90 220 340 410 440 450 450 Kadar pertumbuhan, (R) 0 4.5 2.4 1.5 1.2 1.1 1.0 1.0 Populasi Kuda Belang B Saiz populasi,(N) N0 = 20 50 120 210 260 260 230 200 Kadar pertumbuhan,(R) 0 2.5 2.4 1.8 1.2 1.0 0.9 0.9

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

8 9 10 Purata

440 460 450 1.57

1.0 1.0 1.0

170 150 150 1.35

0.9 0.9 1.0

Jadual 4: Anggaran bagi dua jenis populasi di kawasan persekitaran yang sama bagi 10 selang masa (generasi)

Langkah 1: Plot pertumbuhan populasi mengunakan paksi yang sama. Masa, t sebagai pembolehubah dimalarkan pada paksi-X dan saiz populasi, N sebagai pembolehubah bergerak balas pada paksi-Y. Lukis satu garis bagi mewakili garis pertumbuhan berdasarkan data yang diberikan. Langkah 2: Apakah jenis pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang: eksponen atau sigmoidal? Pertumbuhan bagi kedua-dua populasi kuda belang adalah sigmoidal. Langkah 3: Kira kadar pertumbuhan (R) bagi setiap populasi untuk setiap selang masa dan lengkapkan Jadual 4.Ia boleh dikira sebagai ration N pada masa t+1 dibahagikan dengan N pada masa t (satu titik perpuluhan) Contoh, jika N pada generasi 2 ialah 300 dan N pada generasi 3 ialah 600 maka R ialah 600/300 = 2.0 Langkah 4: Kira purata geometrik faktor pertumbuhan bagi kedua-dua populasi. (lihat muka surat 1126 Knox et.al) Populasi mana, A atau B, mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi? Populasi A mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi

Soalan 1. Populasi yang manakah sama ada A atau B yang mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi? Populasi A mempunyai kadar pertumbuhan yang paling tinggi. 2. Adakah kadar pertumbuhan, R tersebut tetap? Terangkan sebarang perubahan yang berlaku pada R.

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

Kadar pertumbuhan bagi populasi kuda belang A adalah tidak tetap. Kadar pertumbuhan, R dari selang masa 1 hingga selang masa 5 adalah semakin menurun dan kadar pertumbuhan, R dari selang masa 6 hingga selang masa 10 adalah tetap iaitu 1.0. Kadar pertumbuhan bagi populasi kuda belang B adalah tidak tetap. Kadar pertumbuhan, R dari selang masa 1 hingga selang masa 5 adalah semakin menurun dan kadar pertumbuhan, R dari selang masa 6 hingga selang masa 9 adalah tetap iaitu 0.9 dan akhirnya kadar pertumbuhan, R bertambah pada selang masa 10. 3. Adakah keupayaan muatan (carrying capacity) bagi populasi A berubah? Nyatakan mengapa. Ya. Keupayaan muatan bagi populasi kuda belang A berubah. Apabila keupayaan muatan telah mencapai 460 pada selang masa 9, maka ia akan menurun kepada 450 pada selang masa 10. 4. Kedua-dua populasi kuda belang mempunyai populasi saiz awal yang sama. Mengapakah satu populasi tidak bersaing dengan yang lain? Kenalpasti tiga faktor yang mengawal pertumbuhan populasi. Satu populasi tidak bersaing dengan yang lain kerana mereka tidak hidup bersama, makanan dan air adalah mencukupi serta suasana habitat yang sesuai. Faktor-faktor yang mengawal pertumbuhan populasi adalah kadar kenatalan, kadar kemortalan dan emigrasi dan imigrasi. 5. Jika data di dalam Jadual 3 menunjukkan dua populasi yang hidup berasingan dan di dalam Jadual 4 menunjukkan dua populasi yang hidup bersama, apakah kesan persaingan bagi R untuk kedua-dua populasi kuda belang? Bagi jadual 3, tiada kesan persaingan untuk kedua-dua populasi kuda belang yang hidup berasingan. Bagi jadual 4, kedua-dua populasi kuda belang yang hidup bersama akan bersaing sesama sendiri untuk mendapat makanan dan air dan ini akan mengakibatkan sumber makanan dan air menjadi terhad dan seterusnya bilangan populasi mereka akan menurun.

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

10

Soalan dan Perbincangan 1. Lampirkan Jadual 1 4 dan graf untuk semua tugasan. Labelkan setiap garis pada graf tersebut dan nyatakan purata factor pertumbuhan (R). Gunakan kertas graf atau komputer (contoh Excel).

2. Apakah

perbezaan

di

antara

pertumbuhan

eksponen

dan

logistik

(sigmoidal)? Pertumbuhan eksponen adalah pertumbuhan populasi yang tidak terhad. Pola pertumbuhan ini berlaku apabila keadaan-keadaan persekitaran tidak terhad menyebabkan pembiakan berlaku dengan kadar maksimum dan seterusnya menghasilkan satu pertambahan populasi yang sangat besar. Pertumbuhan logistik adalah sesuatu populasi akan mencapai satu takat tepu yang ditentukan oleh muatan bawaan persekitaran dan corak pertumbuhan keseluruhan populasi. Pertumbuhan ini biasanya diwakili oleh lengkung S. Dalam pertumbuhan logistik disebabkan oleh rintangan persekitaran seperti kepadatan dan darjah persaingan yang semakin bertambah maka kadar kemandirian akan turun dan kadar kemortalan akan naik menyebabkan saiz populasi menjadi tetap apabila kenatalan menjadi semakin seimbang dengan kemortalan.
SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti
11

3. Bagimanakah populasi bertambah dan kehilangan individu? Peningkatan kadar kenatalan dan imigrasi dapat menambah populasi manakala peningkatan kadar kemortalan dan emigrasi akan menyebabkan kehilangan individu.

4. Apakah kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi? Kriteria sesuatu populasi yang mempunyai peningkatan kadar intrinsik yang tinggi ialah populasi yang dapat bersaing dengan populasi yang lain, boleh membiak dengan mudah dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran. 5. Apakah faktor persekitaran yang bertindak pada (1) peningkatan pertumbuhan populasi dan (2) penurunan pertumbuhan populasi? Faktor persekitaran yang bertindak pada peningkatan pertumbuhan populasi ialah mempunyai ekosistem yang baik dan stabil di kawasan itu. Dengan adanya ekosistem yang baik dan stabil, kadar imigrasi iaitu penghijrahan masuk ke kawasan itu akan meningkat. Kadar kenatalan juga akan meningkat. Oleh itu, ini akan meningkatkan pertumbuhan populasi kawasan itu. Faktor persekitaran yang bertindak pada penurunan pertumbuhan populasi ialah faktor iklim seperti suhu yang terlalu rendah atau tinggi dan keamatan cahaya yang terlalu rendah atau tinggi. Selain itu, berlakunya bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi, banjir di kawasan itu akan mempengaruhi kadar emigrasi iaitu berhijrahan keluar dari kawasan itu. Kadar kemortalan juga meningkat. Oleh itu, ini akan mempengaruhi pertumbuhan populasi menurun.

6. Apakah yang akan berlaku jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan (carrying capacity)? Jika saiz populasi melebihi keupayaan muatan, maka sumber makanan dan air akan berkurang dan seterusnya persaingan akan berlaku di antara populasi dan akhirnya bilangan populasi akan berkurang.

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

12

7. Keupayaan muatan (K) boleh berubah-ubah dari tahun ke tahun (lihat Miller 2001 rajah 7.5). Dalam beberapa tahun K tinggi dan dalam beberapa tahun, ia adalah rendah disebabkan perubahan dalam keadaan alam sekitar yang tidak dapat diramalkan. Pengeksploitasian secara perdagangan penduduk, seperti pemburuan ikan atau rusa, bergantung kepada hasil yang diperolehi. Sebagai contoh, nelayan komersial berlesen boleh menangkap ikan mengikut berat tertentu (kuota mereka) setiap tahun. Oleh itu, mengapa perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar? Perubahan rawak di K dari tahun ke tahun menjadi masalah untuk pengurusan populasi eksploitasi komersial liar kerana lesen yang diberi kepada pemburu untuk eksploitasi komersial liar adalah mengikut saiz populasi. Semakin tinggi bilangan populasi maka semakin tinggi kuota. Jika bilangan populasi menurun maka pertumbuhan populasi juga menurun. Apabila keupayaan muatan bagi sesuatu populasi berubah secara rawak, ia akan menyukarkan pihak berkuasa untuk meramal dan menentukan saiz populasi sebenar spesies-spesies tertentu. Apabila saiz populasi populasi kecil tetapi pemberian kuota penangkapan adalah tinggi, maka spesies-spesies tertentu akan mangalami kepupusan. Justeru, pengurusan populasi eksploitasi komersial liar akan terjejas. 8. Pihak kerajaan menjual 10 lesen untuk memburu rusa pada setiap tahun dan pemburuan adalah berdasarkan 20% daripada kapasiti keupayaan muatan (kuota masing-masing ialah 2% darpada penduduk). Setelah memahami konsep yang membawa kapasiti dan kadar pertumbuhan penduduk, apa yang anda akan lakukan jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%? Jika populasi rusa untuk musim akan datang diramalkan melebihi 20%, maka kapasiti keupayaan muatannya juga akan meningkat. Oleh itu, lesen untuk pemburuan mesti ditambah untuk mengawal bilangan rusa. Jika tidak menambah lesen pemburuan maka bilangan rusa akan melebihi keupayaan muatan. Apabila bilangan rusa melebihi keupayaan muatan, maka akan berlaku persaingan antara rusa mnyebabkan bilangan rusa berkurangan.

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

13

Kesimpulan Terdapat dua bentuk lengkung graf iaitu eksponen dan sigmoidal. Bentuk lengkung graf adalah berdasarkan saiz populasi awal, kadar pertumbuhan dan keupayaan muatan. Faktor-faktor yang mengawal pertumbuhan populasi adalah kadar kenatalan, kadar kemortalan serta emigrasi dan imigrasi.

Bibliografi Blogspot.(2011, Mac 24). Ekologi. [Web log post]. Diperolehi dari http://wkwkwkwkwwk-ekologiwin.blogspot.com/ Tomy Crew.(2009, Disember 2). Faktor Kepadatan Populasi. [Web log post]. Diperolehi dari http://tomy-toms-speed.blogspot.com/2009/12/faktorkepadatan-populasi.html Wikipedia. (n.d.). Population. Diperoleh pada 18 Mac 2013 dari http://en.wikipedia.org/wiki/Population Yayan Hendrayana.(2010, Disember 2). Pertumbuhan Populasi. Diperolehi dari http://hendrayana620.edublogs.org/2010/12/02/pertumbuhan-populasi/

SCE3107 Ekosistem Dan Biodiversiti

14