Anda di halaman 1dari 34

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBILANG DAN MENYUSUN NOMBOR 1 HINGGA 5 DALAM TERTIB MENURUN MENGGUNAKAN BEADSTICK
Oleh: NOORFARRAH HAYATI BT RAMADZAN PISMP PENDIDIKAN KHAS 1 (SEM7)

REFLEKSI P&P YANG LALU


Berdasarkan pengajaran dan pembelajaran yang lalu, saya telah mendapati pelaksanaan pengajaran bagi mata pelajaran Matematik di Sekolah Kebangsaan Kebun Pinang telah berjalan dengan baik. Saya telah mengajar murid-murid tentang pelbagai kemahiran dan aktiviti berhubung dengan mata pelajaran ini. Oleh kerana murid-murid adalah dalam kalangan muridmurid berkeperluan khas, maka cara untuk saya mengajar dan bahan yang digunakan adalah berlainan dengan mengajar kanak-kanak normal. Malah segala aktiviti dan bahan yang saya sediakan kebanyakannya diambil daripada rujukan atau sumber cara pengajaran murid prasekolah. Saya mengambil sumber ini kerana bagi saya cara pengajaran murid prasekolah sesuai dilaksanakan kepada murid-murid khas yang tidak boleh terlalu menerima pengajaran terlalu formal.

Masalah membilang dalam tertib menurun merupakan salah satu masalah

yang berlaku kepada semua murid yang pernah saya ajar semasa
berpraktikum termasuk di Sekolah Kebangsaan Sik dan Sekolah Kebangsaan Taman Awana. Masalah ini telah dilihat sewaktu ujian di mana mereka menulis jawapan dalam tertib menaik. Masalah ini terus berlarutan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran juga, mereka tidak dapat memahami konsep urutan menurun dengan konkrit kerana mereka tidak dapat memahami membilang

nombor secara 5, 4, 3, 2, 1 itu adalah tertib menurun.


Membilang secara menaik dan menurun ini adalah salah satu daripada kemahiran yang harus dikuasai oleh murid kerana tanpa kebolehan menguasai membilang ini, murid tidak mampu mempelajari tajuk dan kemahiran yang lebih tinggi seperti operasi tambah, tolak dan sebagainya.

Tertib menurun perlu diajar kepada murid setelah mereka menguasai pengiraan nombor dalam tertib menaik.

Untuk mempelajari konsep menurun juga, murid haruslah menguasai tentang konsep banyak dan sedikit, memahami makna nombor dan mengenal simbol angka serta nilai angka terlebih dahulu (Briggs & Davis, 2008)

Sewaktu saya mengajar tertib menurun menggunakan penggunaan tangga,


apa yang saya dapati ialah murid tidak mampu mengkaitkan aktiviti penurunan tangga dengan pengiraan nombor yang mereka lakukan. Malah mereka masih tetap tidak boleh menyebut nombor secara menurun walaupun dengan bantuan daripada kad nombor.

Malah apabila saya menyebut nombor dan meminta murid menyambung, murid tergagap-gagap dan sering tersasul membilang dalam tertib menaik.

Pada pemerhatian saya, tertib menurun ini tidak terlalu ditekankan oleh guru tentang penguasaannya terhadap murid-murid khas. Ini adalah kerana

membilang dalam tertib menurun yang memerlukan murid untuk berfikir


secara abstrak. Malah membilang nombor dua arah iaitu menaik dan menurun juga adalah tahap yang paling tinggi dalam model perkembangan tahap-tahap dalam membilang(Fuson et. al, 1982). Namun begitu, penguasaan membilang dalam urutan menurun ini juga penting kerana ia berguna dalam kehidupan seharian murid seperti menuruni tangga atau lif. Malah ia juga diguna pakai dalam proses pengajaran dan

pembelajaran iaitu operasi tolak contohnya, murid keliru dengan beza nilai 3
dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan 3-5 sedangkan kanak-kanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu 5 + 2 = 2 + 5 dianggap 5 2 juga dalam 2 5 .

PENGUMPULAN DATA AWAL


Ujian diagnostik

Pemerhatian

Perbincangan dengan guru

PEMERHATIAN
Pengamatan secara teliti terhadap situasi sebenar dengan tidak

menggunakan

sebarang

instrumen

atau

menyemak

ketepatan

fenomena yang berlaku.

Menentukan kumpulan sasaran

Melaksanakan pemerhatian sewaktu melakukan aktiviti terhadap kumpulan sasaran

Memfokuskan masalah dan responden yang ingin dikaji

Membuat catatan tentang tingkah laku atau perkara yang berlaku semasa aktiviti berlangsung
Anand (2002) : jenis-jenis pemerhatian

BUTIR PEMERHATIAN
Kumpulan sasaran
3 orang responden (2 lelaki dan seorang perempuan) Murid kelas Bestari

Tempat dan waktu


Perkara yang diperhatikan

Sewaktu proses p&p matematik Bilik darjah

Tingkah laku murid sewaktu membuat aktiviti Masalah yang dihadapi oleh murid sewaktu melakukan aktiviti

DAPATAN DARI PEMERHATIAN


AKTIVITI Proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah

CATATAN Murid tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran dan arahan guru Murid terganggu dengan persekitaran luar seperti orang yang lalu lalang Murid boleh menyebut dan mengenal simbol nombor Seorang daripada 2 orang yang mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran tidak dapat menyebut nombor 4 selepas menyebut nombor 5 tetapi boleh menyebut nombor 3, 2 dan 1 Murid boleh menaiki dan menurun tangga yang disebut oleh guru dengan bantuan kad nombor dan bimbingan guru

Aktiviti luar bilik darjah: Menyebut nombor Naik dan turun tangga sambil menyebut nombor melalui kad nombor Menaik dan menurun anak tangga yang disebut oleh guru

Aktiviti dalam bilik darjah: Menyebut nombor 1-5 Menampal stiker pada kad nombor mengikut nilai Menyusun kad mengikut bilangan yang lebih banyak ke sedikit Menampal kad nombor pada carta tangga

Murid boleh menampal stiker mengikut nilai nombor Murid boleh menyusun kad mengikut tertib bilangan yang lebih banyak ke sedikit Murid boleh menampal kad nombor pada carta tangga dengan bimbingan daripada guru

Aktiviti Membuat Lembaran kerja

Murid membuat lembaran dengan betul kerana ingat akan tertib yang telah diajar dan dibilang sebelum membuat latihan tetapi mereka tidak boleh menampal kad pada carta tangga tanpa bimbingan guru

UJIAN DIAGNOSTIK
Prosedur yang dilaksanakan semasa melaksanakan ujian diagnostik ialah:
Menyediakan soalan diagnostik bagi murid-murid yang diajar mengikut mata pelajaran

Mendapat jadual mengajar individu

Melaksanakan ujian diagnostik

Mengisi borang skor yang disediakan

Menyemak jawapan murid dalam kertas ujian

DAPATAN DARI UJIAN DIAGNOSTIK


KEMAHIRAN YANG DIUJI Mengelaskan objek berdasarkan warna Mengelaskan objek berdasarkan saiz Mengelaskan objek berdasarkan bilangan Memilih nombor berdasarkan bilangan Memadankan nombor berdasarkan bilangan objek SKOR 5/5 3/3 3/3 5/5 5/5 CATATAN -

Tertib menaik
Tertib menurun

3/3
0/2

Murid menulis dalam tertib menaik Dengan menggunakan pembilang

Operasi tambah

5/5

*murid lambat dalam mengira dan


menambah serta kurang tumpuan

BORANG SKOR BAGI RESPONDEN 1

KEMAHIRAN YANG DIUJI Mengelaskan objek berdasarkan warna Mengelaskan objek berdasarkan saiz Mengelaskan objek berdasarkan bilangan Memilih nombor berdasarkan bilangan Memadankan nombor berdasarkan bilangan objek Tertib menaik

SKOR 5/5 3/3 3/3 5/5 5/5 3/3

CATATAN -

Tertib menurun

0/2

Murid menulis dalam tertib menaik

Operasi tambah

5/5

Dengan menggunakan pembilang *murid lambat dan sentiasa perlukan arahan


daripada guru untuk membuat tugasan

BORANG SKOR BAGI RESPONDEN 2

KEMAHIRAN YANG DIUJI Mengelaskan objek berdasarkan warna Mengelaskan objek berdasarkan saiz Mengelaskan objek berdasarkan bilangan

SKOR 5/5 3/3 3/3

CATATAN -

Memilih nombor berdasarkan bilangan


Memadankan bilangan objek Tertib menaik Tertib menurun nombor berdasarkan

5/5
5/5 3/3 0/2

Murid menulis dalam tertib menaik

Operasi tambah

5/5

*boleh buat tanpa bimbingan cuma perlukan lebih banyak latihan pengukuhan

Dengan menggunakan pembilang

BORANG SKOR BAGI RESPONDEN 3

TEMUBUAL DENGAN GURU


Prosedur yang dilaksanakan semasa menjalankan sesi temubual dengan guru ialah:

Kenalpasti murid dan masalah

Merangka temubual

Menjalankan temubual

Menganalisis data

Mencatat isi penting daripada temubual

(Noriah, Zuria, & Siti Rahayah, 2004)

DAPATAN DARI PERBINCANGAN


SOALAN Adakah cikgu rasa tajuk tertib menurun sesuai dilaksanakan terhadap responden? Bagaimanakah tahap penguasaan muridmurid dalam konsep nombor ataupun pengiraan nombor bulat? Tertib menurun merupakan tajuk di bawah konsep nombor. Sepatutnya jika murid tidak boleh menguasai tajuk tu mereka tidak boleh ke tajuk yang seterusnyakan? Adakah mereka mampu untuk menerima dan memahami pengajaran tentang tertib menurun? Jadi kesimpulannya sekarang, memang murid-murid ni bermasalah dalam pengiraan nombor dalam tertib menurunlah? JAWAPAN Boleh je kalau nak cuba sebab mana tau kot-kot depa bole. Depa dah kenal nombor dan boleh kira ikut turutan. Tapi dalam naik la. Sebab kalau turun tu dia lebih tinggi arasnya. Ya. Memang pun tapi kalau depa tak boleh nak faham tajuk tu, kita kena jugak teruskan ikut silibus kalau tak sampai bila pun tak habis silibus. Tak tau nak kata. Cuba dulu sebab budakbudak ni kadang-kadang cepat faham tapi ada masa ajar-ajar pun tak faham-faham. Memang depa tak boleh nak kira dalam tertib menurun. Kalau bagi soalan pun depa tulis dalam tertib menaik. Try la ajar satusatu. Naik dulu lepas tu baru turun sebab kalau tak nanti depa keliru pulak.

* masalah membilang nombor dalam tertib menurun sememangnya wujud terhadap responden.

FOKUS KAJIAN
Huraian fokus kajian

Dalam

penyelidikan

tindakan

ini,

saya

menumpukan

perhatian kepada kemahiran membilang nombor dalam tertib menurun. Nani Menon dan Prof. Madya Dr. Rohani

Abdullah (2003) mengatakan bahawa membilang adalah


proses yang melibatkan hubungan satu dengan lain atau padanan set. Kanak-kanak di peringkat awal biasanya

membilang

dalam

bentuk

hafalan

tanpa

kefahaman.

Contohnya dengan nyanyian lagu.

Huraian fokus kajian


Berdasarkan pengumpulan data awal (pemerhatian, ujian

diagnostik, dan temubual) saya mendapati 3 orang murid


saya masih gagal menguasai kemahiran membilang dan menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun. Mengikut pendekatan numerasi secara pembelajaran masteri dalam Model Numerasi, murid yang belum menguasai sesuatu kemahiran perlu diajar semula untuk memperbetulkan ketidakfahaman dengan menggunakan strategi yang berbeza (KPM, 2010).

(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2010)

KEBOLEHTADBIRAN
Masalah membilang dan menyusun nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dalam kalangan murid boleh diperbaiki dengan menggunakan beadstick kerana ia memerlukan penglibatan murid sendiri untuk melakukan aktiviti. Guru menggunakan cara pengumpulan data yang bersesuaian dengan masalah yang dikaji.

Responden dapat menumpukan perhatian yang lebih kerana proses


pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti dilakukan di dalam kelas.

Guru menyediakan bahan serta persekitaran yang kondusif untuk melakukan aktiviti.

Kekangan yang mungkin dihadapi : murid tidak dapat memahami konsep menurun dengan konkrit.

KEPENTINGAN
Keperluan
Murid boleh membezakan nombor yang lebih besar dan nombor yang lebih kecil Murid memahami konsep tolak dan tambah dengan membezakan nombor kecil boleh ditambah dengan nombor besar tetapi tidak dalam operasi tolak. Murid guna dalam kehidupan seharian contohnya naik dan turun lif atau tangga

Gangguan sewaktu mengajar tentang operasi Pengetahuan atau ilmu murid tentang nombor bulat tidak lengkap apabila tidak menguasai dan memahami tajuk membilang secara tertib menurun.

Kesan
Murid tidak tahu membezakan nilai angka lebih besar dan kecil. Murid tidak menguasai konsep nombor dengan konkrit.

Keseriusan

Tindakan/intervensi Masalah yang dihadapi oleh responden ialah membilang dan menyusun

nombor dalam tertib menurun.


Murid menggunakan beadstick untuk memahami konsep banyak ke sedikit. Murid membilang manik berdasarkan nombor yang dilekatkan pada kayu lidi. Murid menyusun stick mengikut tertib menurun. Penggunaan beadstick bertepatan dengan objektif untuk meningkatkan kemahiran membilang serta menyusun nombor 1 hingga 5 dalam tertib menurun kerana beadstick melibatkan perlakuan membilang manik pada

stick serta boleh disusun di atas plastesin dengan mengikut urutan menurun.
Murid lebih mudah memahami konsep menurun apabila melakukan sendiri aktiviti serta penggunaan bahan maujud. (pengalaman langsung)

BEADSTICK 4 3
Pelekat nombor

Kayu lidi

manik

Plastesin

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


OBJEKTIF
Meningkatkan kemahiran membilang nombor 1 hingga

SOALAN
Adakah penggunaan beadstick dapat meningkatkan kemahiran

5 mengikut tertib menurun


dengan menggunakan beadstick. Meningkatkan kemahiran menyusun beadstick bagi nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dengan betul.

membilang nombor mengikut


tertib menurun dengan betul?

Adakah murid dapat menyusun beadstick bagi nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dengan betul?

KUMPULAN SASARAN
Bilangan Jantina : 3 orang : 2 orang lelaki dan seorang perempuan

Kelas
RESPONDEN 1 Prestasi akademik:

: Bestari
RESPONDEN 2 Prestasi akademik: Operasi tambah dalam lingkungan 10 Ciri unik: Slow learner Lambat dalam membuat kerja Kurang memahami arahan yang diberikan oleh guru RESPONDEN 3 Prestasi akademik: Operasi tambah dalam lingkungan 20 Ciri unik: Slow learner Hiperaktif Kurang tumpuan Suka bermain di dalam

Operasi tambah dalam lingkungan 10 Ciri unik: Slow learner Kurang tumpuan Lambat dalam membuat kerja

kelas

PERANCANGAN TINDAKAN
Memperkenalkan konsep menurun melalui penggunaan beadstick

Langkah 2
Membilang manik berdasarkan nombor menggunakan beadstick
Menyusun beadstick mengikut tertib menurun

Langkah 1

Langkah 3

RASIONAL
Murid dapat mengetahui bahawa aktiviti yang akan dilakukan adalah berkaitan dengan banyak ke sedikit Murid melihat nombor dan memasukkan manik ke dalam stick sambil membilang satu persatu manik mengikut nilai nombor. Murid menyusun beadstick mengikut tertib menurun dengan perkaitan banyak ke sedikit

LANGKAH 1
1. Guru menyusun stick dalam bentuk seperti di rajah sebelah. 2. Guru bertanya murid cara penyusunan beadstick. 3. Stick daripada panjang ke pendek Manik daripada banyak ke sedikit

Guru meminta murid menggerakkan tangan dari kiri ke kanan di atas beadstick.

4.

Guru bertanya bagaimana cara


menggerakkan tangan mengikut ketinggian stick : condong ke bawah.

5.

Guru kaitkan aktiviti dengan tajuk TERTIB MENURUN.

Plastesin

LANGKAH 2
1. Guru meminta murid membuat beadstick dengan menggunakan bahan seperti: 2. Batang lidi Manik Plastesin Pelekat nombor

4 3 2 1

Murid memasukkan manik ke dalam kayu lidi mengikut nombor yang dilekat pada stick.

3.

Murid diminta untuk membilang setiap manik yang dimasukkan ke dalam stick.

Pencapaian OBJEKTIF 1: Meningkatkan kemahiran membilang nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dengan menggunakan beadstick.

LANGKAH 3
1. Setelah siap membilang dan memasukkan manik ke dalam stick, guru meminta murid menyusun beadstick di atas plastesin mengikut tertib menurun ataupun banyak ke sedikit. 2. 3. 4. 5. Murid menyusun beadstick dan guru pantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Guru berbincang tentang penyusunan yang telah dilakukan. Guru perbetulkan kesilapan murid jika ada. Guru meminta murid menyebut nombor mengikut tertib menurun yang telah disusun.

4 3 2 1

Plastesin

Pencapaian OBJEKTIF 2: Meningkatkan kemahiran menyusun beadstick bagi nombor 1 hingga 5 mengikut tertib menurun dengan betul

CARA MENGUMPUL DATA


PEMERHATIAN UJIAN

TEMUBUAL BERSAMA GURU

CARA MENGANALISIS DATA


PEMERHATIAN Pemerhatian Tidak Berstruktur Analisis: Peristiwa demi peristiwa ditulis secara terperinci dan catatan dibuat sebagai nota/rumusan TEMUBUAL Tidak Berstruktur Analisis: Dijalankan secara tidak formal dengan menggunakan soalan terbuka. Cara ini dapat meneroka

idea atau perasaan


responden.

PERBANDINGAN SKOR UJIAN SEBELUM DAN SELEPAS PENILAIAN


Bil 1 2 3 Nama Murid Responden 1 Responden 2 Responden 3 Sebelum 0 0 0 Selepas -

PERATUSAN SEBELUM DAN SELEPAS


4 3 2 1 0 SEBELUM RES 1 RES 2 SELEPAS RES 3 * contoh

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


MINGGU Minggu 1 dan 2 Membuat ujian diagnostik Mengenalpasti masalah TINDAKAN

Mengenalpasti murid / subjek


Menjalankan proses p&p Melaksanakan pemerhatian Menemubual guru pembimbing Mengenalpasti responden

Minggu 3 dan 4

Merancang intervensi
Berbincang dengan penyelia tentang intervensi Menulis draf proposal 1

Minggu 5, 6

Baiki intervensi Merangka slide proposal

Minggu 7, 8 dan 9

Membuat slide proposal Menyemak slide proposal bersama penyelia Perbentangan slide proposal

Minggu 10, 11 dan 12

Melaksanakan intervensi Ujian untuk mengesan pencapaian murid Merekod dan menganallisis data

CARTA GANTT
Rujuk lampiran

KOS KAJIAN
PERKARA Manik KUANTITI 1 paket HARGA RM 4.00

Plastesin
Pelekat

1 paket
1 paket

RM 2.00
RM 1.00 RM 7.00

Jumlah

RUJUKAN
Ivan, B. (1996). Matematik Tindakan; Permainan Bantu Anak Anda Bergembira dengan Matematik. Petaling Jaya, Selangor: Flo Enterprise Sdn. Bhd. Briggs, M. & Davis, S. (2008). Creative Teaching; Mathematics in the Early Years and Primary Classroom. Madison Ave, New York: Routledge taylor & Francis Group. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Model Numerasi Tahap 1. Dicapai pada Mac 14, 2013, daripada http://www.slideshare.net/mrssilentreader70/modul-numerasi. Nani Menon & Rohani Abdullah (2003). Panduan Kognitif Kanak-Kanak Prasekolah. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd. Noriah, Zuria, & Siti Rahayah (2004). Universiti Kebangsaan Malaysia. Dicapai pada Mac 13, 2013, daripada http://www.slideshare.net/misyuyu/kaedah-kutipan-data. Anand, S. (2002). Dicapai pada Mac 13, 2013, daripada http://www.slideshare.net/sifatpgsr/data-dan-instrument.

Anda mungkin juga menyukai