Anda di halaman 1dari 6

CONTOH LAPORAN KESAHAN 1.

1 Korelasi Item dengan Jumlah Skor dan Antara Item Konstruk Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani
Jadual 1.1 Nilai korelasi item dengan jumlah skor Konstruk Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani dan antara item Item KJER b01 b02 b03 b04 b05 ** b01 .736 ** ** b02 .742 .524 ** ** ** b03 .846 .498 .488 ** ** ** ** b04 .840 .516 .431 .711 ** ** ** ** ** b05 .800 .451 .386 .679 .696
** Korelasi signifikan pada aras 0.01 (2-hujung)

Jadual 1.1 menunjukkan semua item dalam konstruk Kestabilan Jasmani, Emosi dan Rohani berkorelasi positif yang kukuh dan signifikan dengan jumlah skor konstruk Kestabilan jasmani, Emosi dan Rohani. Korelasi yang paling kuat adalah item b03 (0.846), diikuti dengan item b4 (0.840), item b05 (0.800), item b02 (0.742), dan item b01 (0.736).Julat korelasi antara item dengan jumlah skor konstruk Kestabilan Jasmani, Emosi dan Rohani adalah antara 0.736 hingga 0.846. Didapati juga nilai korelasi antara item menunjukkan semua item berkorelasi secara positif dan adalah signifikan pada aras 0.01.

CONTOH LAPORAN KEBOLEHPERCAYAAN Jadual 2.2 Nilai Kebolehpercayaan Cronbach alpha dan julat nilai korelasi antara item bagi konstruk IKKPK Konstruk Item Nilai Korelasi Item yang diperbetulkan kepada jumlah skor .612 .543 .749 .733 Nilai Cronbach Alpha jika item digugurkan .826 .855 .789 .792 Nilai Cronbach Alpha Bilangan Item Julat nilai korelasi antara item

Kestabilan Jasmani, Emosi Dan Rohani

b01 b02 b03 b04

0.845

0.386-0.711

b05

.681

.807

Secara keseluruhan, apabila konstruk KJER dianalisis untuk menentukan nilai kebolehpercayaan pekali Cronbach Alpha didapati bahawa nilainya adalah 0.845, iaitu suatu nilai kebolehpercayaan ketekalan dalaman yang tinggi dan baik. Jadual 2.2 menunjukkan bahawa nilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah dalam julat 0.543 hingga 0.749. Nilai korelasi item yang diperbetulkan kepada jumlah skor adalah petunjuk tentang darjah korelasi setiap skala kepada jumlah skor. Dalam kajian ini, didapati nisbah ini adalah besar daripada 0.3. Ini menunjukkan bahawa konstruk yang diukur adalah mempunyai korelasi yang baik dengan jumlah skor. Nilai korelasi antara item adalah antara 0.386 hingga 0.846. Ini menunjukkan korelasi yang kuat antara item yang terdapat dalam konstruk KJER yang digunakan dalam instrumen ini. Korelasi antara item bagi setiap item adalah positif.

CONTOH PELAPORAN UJIAN-T Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan? Hipotesis: Ho : 1 = 2 HA : 1 2 Ho: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan. HA : Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua cemerlang antara pengetua lelaki dan perempuan.
Jadual 1. Tahap kualiti peribadi pengetua kanan (keseluruhan) berdasarkan jantina

Jantina

Bil.

Min 4.264 4.290

Lelaki 549 Perempuan 662

Sisihan Piawai 0.581 0.554

Nilai-t 0.801

Tahap Signifikan 0.423

Berdasarkan Jadual 1 didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan (t=0.801; p>0.05). Tahap kualiti peribadi pengetua lelaki (M=4.264, SP=0.581) adalah sama dengan tahap kualiti peribadi pengetua perempuan (M=4.290, SP=0.554).

CONTOH PELAPORAN ANOVA SEHALA Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru. (Catatan: Kumpulan guru: 110 tahun; 11-20 tahun; dan 21 tahun ke atas).

Hipotesis: Ho : 1 = 2 = 3 HA : 1 2 3 Ho : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru. HA : Terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru.

Jadual 1. Taburan Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Pengalaman Mengajar 1-10 tahun 11-20 tahun 21 tahun ke atas Jumlah

Bilangan (N) 481 474 255 1210

Skor Min 4.199 4.321 4.348 4.278

Sisihan Piawai .574 .569 .529 .566

Jadual 2. Ujian ANOVA Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Persepsi Kualiti Peribadi Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Antara Kumpulan Dalam Kumpulan Jumlah

Jumlah Kuasa Dua 5.176 382.461 387.638

Min Darjah Kuasa Kebebasan Dua 2 1207 1209 2.588 .317

Nilai F 8.168

Signifikan .000

Jadual 3. Keputusan Ujian Post Hoc Scheffe Persepsi Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar Guru Terhadap Kualiti Peribadi Pengetua Cemerlang

Pengalaman Mengajar Guru 1-10 tahun 11-20 tahun 21 tahun ke atas 11-20 tahun 21 tahun ke atas 1-10 tahun

Perbezaan Min -.123 -.027 .150

Ralat Piawai .036 .044 .044

Signifikan .004 .826 .003

Berdasarkan Jadual 2, didapati terdapat perbezaan yang signifikan skor min tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan persepsi guru mengikut pengalaman mengajar guru (F(2, 1207)=8.168; p<0.05). Persepsi guru yang berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun (M=4.321, S.P=0.569) dan guru yang berpengalaman mengajar 21 tahun ke atas (M=4.348, S.P=0.529) lebih tinggi berbanding guru yang berpengalaman mengajar 1 hingga 10 tahun (M=4.199, S.P=0.574). Walaubagaimanapun, skor min persepsi guru yang berpengalaman mengajar 11 hingga 20 tahun dan guru yang berpengalaman mengajar 21 tahun ke atas tidak berbeza secara signifikan. Walaupun keputusan ujian Anova Sehala tersebut adalah signifikan secara statistik, perbezaan sebenar dalam skor min antara kumpulan agak kecil. Kesan saiz yang dikira menggunakan Eta kuasa dua adalah 0.013.

CONTOH PELAPORAN ANOVA DUA HALA Persoalan Kajian: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua dan jantina guru?

Hipotesis: Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua. HA1: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua. Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina guru. HA2: Terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina guru.

Ho3: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan. HA3: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

Jadual 1. Perbandingan Skor Min Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan Berdasarkan Jantina Guru dan Jantina Pengetua Jantina Pengetua Lelaki Jantina Guru Lelaki Min 4.321 Sisihan Piawai .619 .548 .580 .525 .558 .554 .578 .554 .566 Bil (N) 230 319 549 209 453 662 439 772 1211

Perempuan 4.223 Total Lelaki 4.264 4.418

Perempuan

Perempuan 4.232 Total Lelaki 4.290 4.367

Total

Perempuan 4.228 Total 4.279

Jadual 2. Ujian ANOVA Dua Hala Perbandingan Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan Berdasarkan Jantina Pengetua dan Jantina Guru Kesan Utama Jantina Pengetua Jantina Guru JantinaPengetua * JantinaGuru Ralat Jumlah
*Nilai adalah signifikan apabila p<0.01

Jumlah Kuasa dk Dua .763 1 5.575 1 .537 1 381.429 1207 387.872 1210

Min Kuasa Nilai F Dua .763 2.415 5.575 .537 .316

Tahap Signifikan* (p) .120

17.641 .000 1.699 .193

Catatan: Keputusan Levenes Test mendapati bahawa p=0.016 (p<0.05), maka, pada jadual ANOVA kita perlu melaporkan nilai signifikan pada p<0.01.

Pelaporan Ujian ANOVA Dua Hala: Berdasarkan Jadual 2, didapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina pengetua (F(1, 1207)=2.415, p=0.120), di mana kesan saiz adalah kecil (eta kuasa dua=0.02). Ini bermakna tahap kualiti peribadi pengetua lelaki dan pengetua perempuan adalah sama. Perbandingan persepsi guru terhadap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina, didapati terdapat perbezaan yang signifikan tahap kualiti peribadi pengetua kanan berdasarkan jantina guru (F(1, 1207)=17.641, p=0.000), walau bagaimanapun kesan saiz adalah kecil (eta kuasa dua=0.014). Guru lelaki memberikan persepsi yang lebih tinggi (min=4.321) berbanding guru perempuan (min=4.223) terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan lelaki. Seterusnya, guru lelaki turut memberikan persepsi yang lebih tinggi (min=4.418) berbanding guru perempuan (min=4.232) terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan perempuan. Ini bermakna guru lelaki menilai tahap kualiti peribadi pengetua kanan lebih tinggi berbanding guru perempuan sama ada bagi pengetua lelaki mahupun pengetua perempuan. Berdasarkan Jadual 2 juga, tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina pengetua dengan jantina guru ke atas persepsi terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan (F(1, 1207)=1.699, p=0.193). Rajah 1 menunjukkan graf kesan interaksi antara jantina pengetua dan jantina guru terhadap tahap kualiti peribadi pengetua kanan.

Rajah1. Graf Kesan Interaksi Jantina Pengetua dan Jantina Guru Terhadap Tahap Kualiti Peribadi Pengetua Kanan

Anda mungkin juga menyukai