Anda di halaman 1dari 3

ESEI CETI HARAM Biarpun kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk menangani masalah ceti haram atau

along, namun masalah ini masih tidak dapat ditangani secara berkesan sehingga kini. Bincangkan. [25] Pengenalan Biarpun kerajaan telah mengambil pelbagai tindakan untuk menangani masalah ceti haram atau along, namun masalah ini masih tidak dapat ditangani secara berkesan sehingga kini. Langkah-langkah Kerajaan Menangani Masalah Ceti Haram Menguatkuasakan undang-undang Mengadakan kempen kesedaran Kerajaan telah menguatkuasakan undang-undang untuk menangani masalah ceti haram. Pihak kerajaan tidak teragak-agak menghukum mereka yang menjalankan kegiatan pinjaman haram kepada orang ramai. Pihak polis telah diberi kuasa untuk mengambil tindakan terhadap ceti haram. Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 harus dipinda dengan menaikkan denda kepada RM 250 000. Ceti haram juga harus dijatuhkan hukuman penjaran dan sebatan supaya mereka tidak berani melanggar peraturan dan undang-undang Malaysia. Orang ramai juga harus melaporkan kegiatan ceti haram supaya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap ceti haram. Kerajaan juga berusaha menangani masalah ceti haram dengan mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai. Kerajaan telah menganjurkan kempen melalui media massa sama ada melalui media cetak atau media elektronik untuk menyedarkan orang ramai tentang padah meminjam daripada ceti haram. Kempen seperti Jangan Pinjam Along, Jangan Cari Pasal harus diadakan dari semasa ke semasa untuk menyedarkan orang ramai yang mudah ditipu dengan helah along. Kerajaan juga harus berusaha menurunkan poster along yang digantung di meratarata tempat. Faktor-faktor Masalah Ceti Haram Tidak Dapat Ditangani Pinjaman dari ceti haram mudah dan cepat Sikap ceti haram Peminjam menghadapi masalah kewangan Kerenah birokrasi institut kewangan / bank / polisi institut kewangan Sikap peminjam / Gaya hidup negatif peminjam Penguatkuasaan undang-undang yang lemah Pengagihan ekonomi yang tidak seimbang Antara faktor masalah ceti haram tidak dapat ditangani ialah pinjaman dari ceti haram mudah dan cepat. Ceti haram beroperasi 24 jam dan 7 hari seminggu. Pinjaman dari ceti haram tidak mengenakan syarat yang ketat, tidak perlu cagaran, penjamin dan slip gaji. Jika dibandingkan dengan kerenah birokrasi daripada institusi bank yang didakwa kurang mesra pelanggan telah mengenakan syarat yang ketat dan hanya beroperasi 5 hari seminggu dan waktu pejabat sahaja telah menyulitkan pinjaman dilakukan. Bagi peminjam dalam kesempitan, ceti haram telah menjadi satu-satunya pilihan mereka.

2012 SMJK Seg Hwa Segamat, Johor

ESEI CETI HARAM Selain itu, sikap ceti haram yang pandai memujuk dan mengambil hati peminjam juga menyebabkan orang ramai meminjam dari ceti haram. Ceti haram mempromosikan kegiatan haram mereka menerusi kain rentang dan poster yang ditampal di tempat awam. Kad nama dan kad operasi mereka dihantar dari kedai ke kedai dan dari rumah ke rumah untuk menarik perhatian mereka yang dalam kesempitan. Pinjaman segera tanpa cagaran telah memikat hati peminjam untuk terjebak ke dalam jerat ceti haram. Tambahan pula, peminjam menghadapi masalah kewangan menyebabkan mereka terpaksa meminjam dari ceti haram. Sesetengah peniaga menghadapi masalah kewangan dalam urusan perniagaan. Mereka kekurangan modal pusingan dan telah mendapat pinjaman dari bank. Selepas gagal mendapat pinjaman dari bank, mereka terpaksa mendapat pinjaman dari ceti haram untuk menyelesaikan masalah kewangan mereka. Hal ini kerana ceti haram tidak mengenakan apa-apa syarat pinjaman kepada para peminjam. Di samping itu, kerenah birokrasi institusi kewangan / bank juga mendorong mereka terpaksa meminjam dari ceti haram. Pinjaman dari bank memerlukan cagaran, slip gaji 3 bulan serta penjamin. Selain syarat pinjaman yang ketat, proses pemohonan yang rumit juga memerlukan kelulusan dari pihak ibu pejabat bank. Hal ini kadang kala terpaksa mengambil masa yang lama. Para peminjam memerlukan kelulusan pinjaman segera untuk menyelesaikan masalah tetapi kerenah birokrasi ini telah melambat-lambatkan urusan. Peminham yang terdesak terpaksa meminjam daripada ceti haram. Sehubungan itu, gaya hidup yang negatif telah mendorong mereka meminjam daripada ceti haram. Sikap peminjam yang suka berbelanja melebihi kemampuan, suka berjudi dan melabuh dalam skim cepat kaya menyebabkan mereka mendapat pinjaman daripada ceti haram. Bagi mereka yang suka berjudi, mereka akan terdesak untuk menerima apa-apa bentuk pertolongan wang apabila mereka kalah dalam judi. Mereka ini selalunya mengharapkan keuntungan segera tanpa memikirkan risiko yang akan dihadapi kemudian hari. Tambahan pula, pengagihan ekonomi yang tidak seimbang juga menyebabkan mereka meminjam daripada ceti haram. Pembangunan negara yang tidak seimbang dengan kekukuhan fundamental diri telah menyebabkan rakyat berlumba-lumba untuk mencapai kemajuan. Tidak ada wang merupakan sesuatu kehinaan dan penurunan nilai kemanusiaan. Mereka ini sanggup berhutang bagi memenuhi serta meningkatkan kemewahan hidup. Justeru, masalah ceti haram tidak dapat ditangani dengan berkesan kerana sistem perundangan yang lemah. Akta Pemberian Pinjaman Wang 1951 adalah terlalu longgar dalam menangani masalah ceti haram. Hal ini kerana denda paling tinggi hanya RM 100 000 langsung tidak dapat menakutkan ceti haram. Keuntungan sehari ceti haram jauh lebih banyak daripada denda yang dikenakan. Pihak polis pula menghadapi masalah untuk mengemukakan bukti yang kukuh dalam dakwaan ke atas ceti haram menggunakan kekerasan ke atas peminjam. Skema: 2 + 3 @ 3 + 2

2012 SMJK Seg Hwa Segamat, Johor

ESEI CETI HARAM Kesan Masalah Ceti Haram Keganasan terhadap peminjam / Ancaman dan ugutan dari ceti haram Ekonomi negara terjejas Faedah yang dikenakan sangat tinggi Antara kesan masalah ceti haram ialah mencetuskan keganasan terhadap peminjam. Peminjam ceti haram akan diperas ugut untuk membayar hutang jika mereka lewat membayar hutang Penutup Kesimpulannya, semua pihak harus saling bekerjasama untuk membanteras masalah ceti haram bagi menjamin kesejahteraan hidup.

2012 SMJK Seg Hwa Segamat, Johor