Anda di halaman 1dari 22

1.

Apakah yang dimaksudkan dengan grafik? bahan yang mampu menghubungkan fakta dan idea dengan jelas melalui kombinasi lukisan, lakaran, contengan, perkataan, simbol dan gambar gambaran bukan fotografi, dua dimensi yang digubah dan dicipta khusus untuk menyampaikan mesej, fakta atau pandangan kepada para pelajar atau kumpulan sasaran tertentu.

1. Definisi KOMUNIKASI VISUAL Perhubungan / interaksi dengan masyarakat melalui seni visual / tampak. 2. Reka bentuk komunikasi visual boleh diklasifikasikan kepada 2.1 Reka bentuk grafik - Rekaan grafik banyak dimanfaatkan sebagai media utama dalam penyaluran sesuatu mesej. - Sering digunakan dalam sesuatu paparan atau persembahan rekabentuk komunikasi visual sama ada dalam bentuk bercetak, persembahan elektronik atau digital -Rekaan grafik yang bertujuan untuk paparan dan menyampaikan maklumat dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar. -Contoh : poster, tipografi, logo, risalah, pembungkusan dan ilustrasi 2.2 Reka bentuk multimedia - Rekaan sesuatu jenis grafik dalam bentuk digital yang dipaparkan melalui skrin monitor, TV, video, projektor atau CD-ROM - Contoh : Persembahan slaid powerpoint, iklan TV, animasi kartun, pembelajaran CDROM, persembahan multimedia. 2.3 Reka bentuk web - Rekaan grafik dalam bentuk digital yang digunakan dalam paparan laman web yang wujud pada internet, yang bertujuan menarik perhatian dan pandangan mata pengguna. - Contoh : Laman web Portal Pendidikan 1. Peranan dan sumbangan grafik dalam kehidupan. Lebih menarik dapat merangsang minat dan perhatian terhadap sesuatu aspek. Mesej dapat disampaikan dengan lebih cepat, jelas dan ringkas seperti Mudah Terbakar , Merbahaya, Jimatkan Air dan lain-lain. Membantu meningkatkan daya ingatan teks dan gambar boleh membantu mengingat dengan lebih baik berbanding dengan teks sahaja. Maklumat dapat disampaikan secara tersusun dan mengikut urutan yang telah ditetapkan oleh penyampai.

Dapat mewakili fakta-fakta dan idea dalam bentuk yang padat dan ringkas. Contoh: penggunaan grafik dalam poster, carta dan graf tidak memerlukan maklumat lisan yang banyak untuk memberi kefahaman kepada pelajar. Melahirkan manusia yang lebih kreatif dan inovatif.

UNIT 2 : GRAFIK DIGITAL Menamakan jenis-jenis grafik digital a. Imej Vektor terdiri daripada garisan, garis lengkung, kotak, bulatan, poligon dan lain-lain. Boleh diisi dengan warna dan corak, digubah, diubahsuai saiznya. Format fail: *.EPS, *.AI, *CDR, *.FH11 or *.DWG.

b. Imej bitmap (imej peta bit) terdiri daripada elemen kotak-kotak kecil pada skrin komputer atau pencetak yang dikenali sebagai piksel. Setiap piksel mewakili pelbagai peringkat warna seperti: 1 bit monokrom hitam dan putih 4 bit 16 warna 8 bit 256 warna 16 bit 32,786 24 bit 8,388,608 32 bit 2,147,483,648 Format fail: *.PSD, *.JPG, *.GIF, *.TIF, or *.BMP.

Mengenal pasti ciri-ciri grafik digital 1. Teks 2. Grafik maklumat atau informasi yang disampaikan sama ada dalam bentuk tulisan, lukisan, lakaran atau gambar dalam bentuk 2D / 3D Penggunaan visual untuk menerangkan konsep yang tidak dapat atau sukar diterangkan oleh teks. Sumber penyampai maklumat yang amat berkesan kerana mesej yang diterima oleh penglihatan dapat diterima secara terperinci dan daya ingatan yang tinggi paling asas dan luas penggunaannya sumber penyampaian maklumat utama

3. Audio - Dapat menarik perhatian dan tumpuan penonton - Maklumat yang kompleks dapat disampaikan secara berkesan - timbul keseronokan dan minat 4. Video - mampu menyerupai keadaan sebenar dan mempunyai emosi 5. Animasi - gambaran pergerakan bagi sesuatu objek pegun atau statik - persembahan yang lebih dinamik serta menarik

Unit 3 ELEMEN REKAAN Rekaan grafik dihasilkan melalui pengolahan elemen dan prinsip rekaan Seni Visual. Elemen-eleman ini terbahagi kepada enam (6) jenis iaitu: 1. Garisan Garisan ialah satu deretan titik yang bersambung-sambung Elemen penting dalam semua kerja penghasilan seni visual, boleh didapati di sekeliling, sama ada dilihat secara menegak, mendatar, melintang, menyerong atau melengkung. Aplikasi jenis garisan yang bersesuaian dapt mencipta rupa, jalinan, ton, dan corak serta menimbulkan bentuk, ruang dan pergerakan.

2. Rupa Ia adalah hasil pertemuan titik penghujung sesuatu garisan dengan titik permulaannya Ia bersifat 2D ( Dua Dimensi ), hanya ada ukuran panjang dan lebar sahaja Ia adalah kawasan rata yang dilingkari oleh sesuatu garisan luar, serta tidak mempunyai jisim. Titik penghujung Titik pertemuan

Titik permulaan

Garisan

Rupa

Terdapat 2 jenis rupa: 1. Rupa Geometri : - Mempunyai sudut - Meliputi rupa bulat, segiempat sama, segitiga dan rupa lain yang direka dengan sengaja dengan mempunyai sudut tertentu. 2. Rupa Organik : - Rupa yang bebas dan tidak dapat diukur sudutnya. - Direka secara spontan tanpa mempunyai sudut tertentu. Geometri

Lakarkan rupa-rupa geometrik lain yang anda ketahui Organik

Lukiskan beberapa rupa organik mengikut kreativiti anda

Rupa boleh diolah dalam rupa positif dan rupa negatif

RUPA POSITIF - Rupa sesuatu objek yang terletak di dalam satu kawasan yang tertentu.

RUPA NEGATIF - ruang di sekeliling rupa sesuatu objek.

Rupa negatif 3. Bentuk -

Rupa positif

Rupa positif dan negatif

Bentuk dihasilkan daripada 2 atau lebih rupa Mempunyai lebih daripada 1 permukaan datar, mempunyai struktur jisim, isipadu, keluasan dan ketinggian Bersifat 3D 3 Dimensi Terdapat 5 bentuk 3D yang asas iaitu sfera, kiub, silinder, piramid dan kon.

Terdapat 2 jenis bentuk iaitu: 1. Bentuk konkrit: Bentuk objek sebenar yang bersifat 3 Dimensi, dapat dilihat, disentuh dan dirasa. 2. Bentuk ilusi - Bentuk visual bersifat 2 Dimensi yang digambarkan dalam lukisan, melalui penggunaan jalinan, warna, ton, garisan dan ruang.

4. Warna - Unsur yang amat penting kerana ia dapat mempengaruhi perasaan seseorang

- Contoh : (a) warna terang dan cerah : timbulkan perasaan riang dan gembira (b) warna gelap dan kelam : timbulkan perasaan muram dan sedih (c) warna putih : tampakkan sesuatu objek / pemandangan pudar dan membosankan Warna dapat menimbulkan ilusi ruang, jarak dan perspektif (a) Objek yang dekat lebih jelas dan gelap warnanya. (b) Objek yang jauh lebih lembut dan pudar warnanya. Warna Asas - kuning, biru, merah Warna Sekunder - jingga, ungu, hijau Warna Tertier - kuning kejinggaan, kuning kehijauan, hijau kebiruan, ungu kebiruan, ungu kemerahan merah kejinggaan,

Warna Paparan Elektronik Warna yang terdapat pada monitor komputer adalah terdiri daripada bintik-bintik warna yang dikenali sebagai piksel. i. Warna RGB Olahan/ gubahan warna ini digunakan pada grafik untuk paparan skrin monitor sahaja, kerana menggunakan piksel yang rendah. Red Green Blue ii. Warna CYMK/ warna percetakan Warna ini digunakan apabila grafik yang dihasilkan perlu dicetak; memerlukan proses cetakan 4 warna dakwat cetakan ia itu cyan, magenta, yellow dan black. K merujuk pada warna ,black (hitam) Proses cetakan 4 warna ini adalah untuk menghasilkan imej yang berwarna. Magenta Cyan Yellow K (Black) Warna HSL

iii.

Hue, saturation, dan lightness adalah ciri-ciri olahan warna yang digunakan semasa memanipulasi warna pada imej di skrin komputer. 5. Ruang Bermaksud kawasan kosong di sekeliling sesuatu objek, jarak di antara 2 objek ataupun rongga yang terdapat dalam sesuatu objek. Perbezaan saiz objek dapat menimbulkan ruang dekat dan jauh atau ruang timbul dan tenggelam mengikut susunan yang tertentu.

Terdapat 2 jenis ruang: (a) Ruang nyata: Ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit seperti arca, senibina dan semua yang berbentuk 3D. (b) Ruang tampak: Ruang ilusi yang timbul dalam seni tampak seperti lukisan, catan dan cetakan. Peranan ruang dalam reka letak sesuatu paparan grafik: i) ii) iii) iv) Menimbulkan keselesaan dan keharmonian. Memberi imbangan pada reka letak/ grafik. Menimbulkan imej atau teks pada sesuatu reka letak. Menimbulkan kesan perspektif.

Bagaimana menimbulkan ruang dalam grafik?

Cara rupa/bentuk diolah Susunan

Kedudukan subjek (perspektif saiz)

Perpektif warna (Suhu warna)

Jalinan/tekstur

perspektif

Berlainan saiz

Susunan yang berturutan

Tahap kekaburan subjek melalui olahan garisan dan tekstur

Perubahan garisan linear

UNIT 4 : PRINSIP REKAAN Mengenal ciri-ciri prinsip Rekaan Seni Visual 1.1. Keseimbangan: bermaksud keadaan yang berpadanan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian - Formal / simetri : Susunan di bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah adalah sama - Tidak Formal / tidak simetri : Susunan yang tidak sama tapi mempunyai ciri-ciri yang menimbulkan kesan keseimbangan melalui cara susunan dan penggunaannya.

Cara untuk menimbulkan keseimbangan adalah seperti berikut: a. Struktur gubahan yang di bahagian kiri tepat sama atau hampir sama dengan yang terdapat di bahagian kanan. b. Gunakan warna yang lebih gelap pada rupabentuk yang kecil untuk mengimbangkan rupabentuk yang besar yang berwarna muda atau pudar. 1.2. Harmoni : - susunan atau ulangan unsur seni mengikut cara yang tertentu akan menimbulkan harmoni. - Harmoni tidak akan muncul jika terdapat ciri ciri yang bercanggah. - Aplikasi warna dari kumpulan yang sama / ada hubungkait antara satu sama lain juga dapat menimbulkan gambaran harmoni dalam sesuatu gubahan. - Aplikasi prinsip rekaan harmoni dapat menimbulkan gambaran yang sempurna, teratur, seragam dan selesa pada pandangan mata. - Harmoni boleh wujud dari segi: - bentuk - susunan - warna - saiz - irama 1.3. Kontra - Wujud apabila terdapat unsur seni yang bercanggah / mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dalam sesuatu gubahan. - Kontra banyak digunakan dalam rekaan kerana prinsip ini dapat: (a) memberi penegasan dan tumpuan (b) mengelakkan kebosanan (c) menjadikan hasil karya berpelbagai dan lebih menarik - Kontra boleh wujud dari segi: - bentuk - susunan - warna - saiz - irama 1.4. Penegasan - Wujud pada sesuatu gubahan apabila terdapat unsur yang menonjol di dalamnya - Satu teknik yang amat berkesan untuk menimbulkan fokus atau tumpuan terhadap sesuatu perkara atau objek - Digunakan kerana (a) Dapat memberi tumpuan atau fokus pandangan (b) Dapat menarik perhatian dan elak kebosanan. 1.5. Kesatuan Wujud pada sesuatu gubahan apabila kesemua objek atau unsur di dalamnya mempunyai satu tema atau idea yang sama dan menyeluruh.

Prinsip ini digunakan untuk menjadikan sesuatu rekaan itu kelihatan lebih lengkap, teratur dan sempurna di samping menimbulkan suasana yang tenteram serta perasaan yang selesa. Satu elemen yang wujud antara elemen seni visual yang berfungsi bersama-sama ; saling lengkap melengkapi antara satu sama lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

1.6.

Pergerakan - Wujud pergerakan apabila gambaran menunjukkan keadaan yang bergetar, bergoyang, bergegar, berayun, memancar, bersinar-sinar dsb. - Bertujuan untuk memberi nyawa kepada rupa dan bentuk visual dalam gambaran / hasil karya, dapat menimbulkan imej yang lebih hidup dan realistik. - Elemen-elemen grafik seperti teks dan imej disusun dalam bentuk yang tertentu untuk mengarah pandangan (pergerakan), mengikut keutamaan (penegasan) mesej yang hendak disampaikan.

CONTOH-CONTOH IMEJ / GRAFIK BAGI SETIAP PRINSIP REKAAN :

i. KESEIMBANGAN Formal

Tidak formal

ii. HARMONI

warna

saiz

bentuk

Susunan

irama

iii. KONTRA

warna

saiz

bentuk

susunan v. PENEGASAN

irama

vi. KESATUAN

PAMERAN IT

REPTILIA

Sekolah Saya

vii. PERGERAKAN

Bagaimanakah bayangan boleh wujud? Apabila sesuatu objek terkena pancaran sesuatu sumber cahaya, bahagian objek yang terlindung akan membentuk bayangan.

Bagaimana cahaya mempengaruhi keadaan sesuatu bayangan ?

Dengan menggunakan anak panah, tunjukkan arah cahaya dan lukiskan bayangan yang terhasil.

Olahan garisan, warna dan tekstur menghasilkan bayangan pada sesuatu grafik

Pattern fill effect Texture fill effect Shadow effect

Ton warna

* Dalam perisian manipulasi imej secara digital, bayangan mudah dihasilkan dengan mengawal hue (cerah dan gelap) sesuatu ton warna; atau menggunakan pilihan shadow effect ,teksture atau pattern fill effects.

UNIT 6: PERANAN WARNA DAN TEKSTUR A. Kesan warna pada hasil grafik yang menunjukkan aspek mood, ton, harmoni dan kontra.

i. Mood

ceria

sedih

tenang

marah

rimas

menakutkan

ii. Tona

menimbulkan bentuk iii. Harmoni - Gabungan warna yang mempunyai ciri-ciri yang hampir sama

menimbulkan keharmonian

menimbulkan ruang

iv. Kontra -Gabungan warna yang mempunyai ciri-ciri yang bertentangan : memberi kesan tumpuan dan penegasan UNIT 7: KOMPOSISI DALAM REKAAN GRAFIK Komposisi Susunan atau satu organisasi elemen rekaan Seni Visual seperti garisan, rupa,dan warna, dengan mengambil kira aspek-aspek prinsip rekaan seperti imbangan untuk menghasilkan karya grafik yang menarik. Melalui organisasi dan perhubungan antara elemen dan prinsip rekaan yang dimanipulasikan, sesuatu kandungan dan konteks rekaan grafik itu dapat dinyatakan dengan jelas ;sebagai satu komunikasi visual. Dalam menghasilkan sesuatu karya, bukan semua elemen dan prinsip rekaan diaplikasikan.

Langkah utama dalam membuat komposisi ialah dengan menentukan rupa bentuk, saiz dan imbangan yang berkaitan dengan dimensi ruang paparan kerja grafik. - Ruang grafik mungkin dalam bulatan, empat segi , dan diorientasikan secara menegak atau melintang Prinsip Komposisi. - 1. Untuk menghasilkan tarikan visual, satu titik tumpuan ( focal point) perlu dinyatakan. Elakkan membuat titik tumpuan di tengah-tengah: alihkan sedikit ke tepi ruang paparan kerja.

2. Elakkan membuat gubahan yang membawa tumpuan ke setiap penjuru ruang paparan kerja

- 3. Elakkan membuat komposisi 2 subjek yang diletak secara bertentangan dan meninggalkan ruang kosong di tengah-tengahnya.

4. Pemberatan ruang positif di bahagian bawah paparan kerja menghasilkan prinsip imbangan, manakala sebaliknya akan menimbulkan kesan levity dan weightlessness.

5. Elakkan membahagikan medan grafik kepada dua bahagian yang sama (imbangan simetri) kerana ia membuat komposisi tidak dramatik atau menarik.

=CONTOH MASALAH PRINSIP KOMPOSISI: (1) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana wujud banyak titik tumpuan kerana objek-objek diletakkan berjauhan antara satu sama lain.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana satu titik tumpuan diwujudkan iaitu kepada objek-objek yang disusun berdekatan antara satu sama lain.

( 2 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana objek berada di tengahtengah.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana objek yang berada diletakkan sedikit ke tepi.

( 3 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana objek diletakkan bertentangan.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana objek tidak diletakkan bertentangan.

( 4 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana bahagian atas objek diwarnakan.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana bahagian bawah objek diwarnakan.

( 5 ) Grafik di bawah ini tidak mematuhi prinsip komposisi kerana objek berada di dalam ruang yang disediakan sahaja.

Grafik di bawah ini mematuhi prinsip komposisi kerana objek berada melebihi ruang yang disediakan.

UNIT 8: KOMUNIKASI VISUAL Aktiviti 1: 1. Mengenal pasti dan membuat tafsiran serta mengadakan sesi perbincangan berdasarkan contoh karya grafik yang disediakan dari aspek:
1.1. Subject matter /konsep idea yang diutarakan dalam karya tersebut bersesuaian

dengan tajuk/tema. (Nota: Subject matter ialah hal benda atau idea keseluruhan yang digunakan dalam penghasilan sesuatu karya.)
1.2. Nilai Estetika dari aspek :

1.2.1 Elemen Rekaan Seni Visual - garisan - rupa - bentuk - warna - ruang - tekstur 1.2.2 Prinsip Rekaan Seni Visual - keseimbangan - keharmonian - kesatuan - penegasan - kontra - pergerakan 1.3 Batasan idea/ rekaan Tidak semestinya semua elemen dan prinsip rekaan digunakan dalam sesuatu karya. Aktiviti 2: 1. Menghasilkan karya grafik yang mudah dengan memberi penumpuan kepada: 1.1 1.2 1.3 Pemilihan subject matter yang berkaitan dengan tajuk/tema karya grafik. Membuat lakaran idea karya grafik Mengenal pasti dan mengumpul elemen-elemen yang diperlukan untuk menghasilkan karya grafik: Menghasilkan sendiri menggunakan peralatan dan perisian tertentu seperti Adobe Photoshop dan Free Hand. Memperoleh bahan grafik daripada sumber sedia ada - dipindahkan dari sumber bercetak kepada bentuk persembahan elektronik menggunakan peralatan seperti pengimbas (scanner).

1.4 1.5 2. 3.

Memperoleh imej/bahan grafik daripada CD (Clipart) dan Internet untuk proses penciptaan karya grafik yang baru. Penyusunan / membuat komposisi elemen dan prinsip Seni Visual Penggunaan perisian yang sesuai untuk memanipulasi imej

Membuat persembahan karya grafik. Membuat sesi apresiasi dan perbincangan tentang karya grafik yang dihasilkan .

LATIHAN PENGUKUHAN 5 ( Soalan Berformat SPM )

Anda telah menggunakan perisian grafik bitmap untuk menghasilkan poster seperti dalam rajah di atas. Berpandukan poster di atas, huraikan dua elemen rekaan dan dua prinsip rekaan yang cuba ditonjolkan pada poster tersebut.

LATIHAN PENGUKUHAN 7 ( Soalan Berformat SPM ) 1. Labelkan imej grafik berikut berdasarkan prinsip rekaan yang diberikan.
Penegasan Keseimbangan Kontra Kesatuan Keharmonian Pergerakan

Anda mungkin juga menyukai