Anda di halaman 1dari 13

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar semula.

Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium dan kaca.

Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik.

Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam Ia juga mestilah tong yang berwarna dimasukkan ke dalam COKLAT tong yang berwarna JINGGA

Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula.

Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna, seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar, kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna BIRU.

Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA.

Plastik-plastik yang boleh dikitarsemula, ini seterusnya diasingkan mengikut kategori. Kitar semula plastik ini adalah satu perkara yang paling mudah dan ringkas. Plastik akan dipisahpisahkan sehingga menjadi serpihan halus yang bersaiz lebih kurang 1 sentimeter. Kemudian ia dicuci untuk membuang segala kotoran. Serpihan yang telah dibersihan itu tadi akan dikeringkan melalui saluran udara panas. Serpihan-serpihan plastik kemudiannya dibungkus untuk dijual (dalam bentuk serpihan) ataupun akan dijadikan bahan-bahan baru

Kaca akan diasingkan mengikut warna. Apabila kaca dicairkan, warna asalnya masih kekal bermakna kaca hijau akan kekal menjadi kaca hijau, kaca coklat akan kekal dengan kaca coklat, dan kaca yang jernih akan kekal menjadi kaca jernih Setelah kaca-kaca diasingkan mengikut warna dan dibersihkan, ia akan dihancurkan dan ditambah dengan sedikit bahan mentah yang lain untuk dijadikan kaca yang baru. Campuran tersebut akan dipanaskan sehingga cair dan akan membentuk sejenis cecair. Kaca yang masih panas akan dibentuk untuk dijadikan botol. Hasil yang terbentuk akan disejukkan dan diperiksa dari sebarang keretakan/kecacatan. Proses terakhir ialah kacakaca yang sudah siap akan dihantar ke syarikat-syarikat atau kilang-kilang di mana kaca ini akan diisi dengan

makanan dan minuman


Surat khabar lama dan majalah-majalah usang yang telah dikumpul dari seluruh negara akan dibawa ke kilang memproses kertas terpakai. Kertas-kertas yang dikumpulkan tadi dihantar ke tempat pemprosesan di mana pada mulanya proses mencampurkan air dengan bahan kimia akan dilaksanakan untuk membantu dalam proses penghancuran sebelum dibersihkan daripada kotoran yang nyata. Kertas yang dihancurkan tadi dinyahkan dakwat yang terkandung di dalamnya, sebelum menjalani proses pembersihan selanjutnya, proses penapisan dan pencerahan. Kemudian, hasil yang diperolehi daripada proses di atas dicampurkan dengan air lalu dipamkan ke bahagian hujung basah mesin membuat kertas. Kertas kemudiannya diratakan oleh mesin pelembut kertas sebelum digulung menjadi satu gulungan kertas yang besar. Gulungan kertas tadi kemudiannya dipotong mengikut pelbagai saiz, bergantung kepada kehendak pelanggan

Aluminium terpakai yang telah dikumpul, diasingkan lalu direnyukkan untuk diangkut ke pusat kitar semula. Aluminium terpakai kemudian dilebur untuk menyingkirkan bendasing. Tin-tin aluminium terpakai kemudiannya digunakan untuk menghasilkan tin-tin yang baru. Kitaran semula aluminium menjimatkan banyak tenaga berbanding memproses kitar semula barangan lain seperti kertas.

SETIAP HARI KITA MENGHASILKAN 15,000 TAN SAMPAH, TETAPI KITA SEMAKIN KESEMPITAN RUANG UNTUK MENAMPUNGNYA. Kita biasanya tidak memirkirkan di manakah sampah sarap kita dibuang atau apakah yang terjadi kepadanya sebaik sahaja ia dipungut. Hakikatnya lori sampah tidak dapat menghapuskannya begitu sahaja. Ia biasanya akan diangkut ke tapak pelupusan sampah. Kapasiti tapak pelupusan sampah kita semakin terhad. Di masa yang sama kita terpaksa menghabiskan jutaan ringgit untuk mengangkut dan melupuskan sampah. Lebih membimbangkan lagi, kini timbul rungutan tentang pencemaran, resapan bahan kimia ke dalam sumber air bawah tanah dan isu isu keselamatan yang berkaitan. Sudah tiba masanya kita menangani masalah ini sebelum terlewat. Fikir dulu sebelum buang. Jadikan amalan mengitar semula sebagai sebahagian hidup kita. APA ITU KITAR SEMULA? Proses mengitar semula melibatkan usaha mengumpul, memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang pernah

dianggap sebagai sampah. KENAPA KITAR SEMULA? Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita. Pada masa ini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan jumlah sampah ynag dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. - Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih Sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan. Jika dibiarkan bersepah, ia akan menjadi tumpuan haiwan pembawa penyakit seperti tikus dan gagak. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak. - Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran dalam iklim tropika. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar seperti pencemaran air bawah tanah dan udara. - Kitar semula untuk menjimatkan kos Dalam jangka panjang, mengitar semula adalah lebih menjimatkan berbanding dengan usaha menyelenggara tapak pelupusan sampah atau sistem yang lain. Apabila program kitar semula bertambah cekap, sampah yang perlu dilupus akan semakin berkurangan. Ini seterusnya akan memanfaatkan anda kerana caj untuk pelupusan sampah akan dikurangkan. - Kitar semula untuk menjimatkan sumber kita Ramai yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber yang amat bernilai. Tahukah anda Malaysia mengimport lebih daripada 25,000 tan kertas buangan setiap bulan untuk menghasilkan produk kertas bagi menampung permintaan tempatan? Kita juga mengimport bahan baungan lain untuk industri pengeluaran yang lain. - Kitar semula untuk menjimatkan tenaga Tenaga yang dapat dijimatkan untuk mengitar semula satu tin aluminium adalah bersamaan dengan tenaga yang digunakan untuk memasang TV selama 3 jam. Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca. - Kitar semula untuk menyelamatkan hutan Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita oksigen dan udara bersih.

Kertas
Kotak pizza atau apa-apa yang disaluti dengan minyak/bekas makanan Pinggan kertas Tisu muka

Kertas carbon Lampin Buku berkulit tebal Kotak susu Kertas disaluti lilin/plastik Bekas makanan beku Tuala kertas

Aluminium
Tin aerosol Tin cat Penggantung baju Bahan perubatan Penapis minyak

Kaca
Gelas minum Kaca tingkap Cermin Mentol Kaca tingkap yang pecah dan cermin kereta. Kaca tahan suhu tinggi - Pyrex, Corning Ware, Vision Ware Botol legap putih Kaca yang digunakan di makmal atau hospital untuk kajian dan perubatan.

Cermin tingkap, Mentol, Cermin muka, pinggan mangkuk yang pecah, kaca untuk ketuhar, gelas minuman, kaca kristal, seramik dan tiub lampu berwarna.

Plastik
Bahan plastik yang bukannya botol seperti bekas yogurt dan bekas marjarin Bekas makanan yang dibuat dari plastik Botol plastik yang ada sisa minyak, racun serangga atau bahan-bahan

beracun Styrofoam

Lain-lain
Bahan letupan Asbestos Lampu kalimantang Bateri Bahan perubatan Bahan-bahan radioaktif

History
Early recycling
Recycling has been a common practice for most of human history, with recorded advocates as far back as Plato in 400 BC. During periods when resources were scarce, archaeological studies of ancient waste dumps show less household waste (such as ash, broken tools and pottery) implying more waste was being recycled in the absence of new material.[29] In pre-industrial times, there is evidence of scrap bronze and other metals being collected in Europe and melted down for perpetual reuse.[6] In Britain dust and ash from wood and coal fires was collected by 'dustmen' and downcycled as a base material used in brick making. The main driver for these types of recycling was the economic advantage of obtaining recycled feedstock instead of acquiring virgin material, as well as a lack of public waste removal in ever more densely populated areas.[29] In 1813, Benjamin Law developed the process of turning rags into 'shoddy' and 'mungo' wool in Batley, Yorkshire. This material combined recycled fibres with virgin wool. The West Yorkshire shoddy industry in towns such as Batley and Dewsbury, lasted from the early 19c to at least the First World War.

Publicity photo for US aluminium salvage campaign, 1942

Wartime recycling
Resource shortages caused by the world wars, and other such world-changing occurrences greatly encouraged recycling[30] . Massive government promotion campaigns were carried out in World War II in every country involved in the war, urging citizens to donate metals and conserve fibre, as a matter of significant patriotic importance. Resource conservation programs established during the war were continued in some countries without an abundance of natural resources, such as Japan, after the war ended.

Post-war recycling
The next big investment in recycling occurred in the 1970s, due to rising energy costs. Recycling aluminum uses only 5% of the energy required by virgin production; glass, paper and metals have less dramatic but very significant energy savings when recycled feedstock is used.[4] Woodbury, New Jersey was the first city in the entire United States to mandate recycling.[31] Led by Rose Rowan[32] in the early 1970s, the idea of towing a "recycling" trailer behind a waste management vehicle to enable the collection of trash and recyclable material at the same time emerged. Other towns and cities soon followed suit, and today many cities in the U.S. make recycling a requirement. In 1987, the Mobro 4000 barge hauled garbage from New York to North Carolina; where it was denied. It was then sent to Belize; where it was denied as well. Finally, the barge returned to New York and the garbage was incinerated. The incident led to heated discussions in the media about waste disposal and recycling. The incident is often referred to as igniting the recycling "hysteria" of the 1990s.[6]

Sejarah penggunaan kertas bermula 2,000 tahun lalu apabila kertas mula dibuat di negeri China dengan menggunakan kain untuk mencatat tulisan dan lukisan. Pencipta kertas pertama ialah Tsai Lun, seorang pegawai kerajaan di daerah Lei-Yang, China, di mana beliau telah mencampurkan kulit mulberi, hemp dan kain buruk dengan air dan dijadikan pulpa sebelum dikeringkan. Dalam kurun ke-8, pedagang Islam dari Syria, Arab Saudi dan Iraq telah mempelajari teknik pembuatan kertas di negeri China dan membawa pengetahuan ini ke Eropah. Kilang kertas pertama di Eropah dibina di Sepanyol. England mula membuat kertas secara besar-besaran dalam kurun ke-15. Pada tahun 1690, kilang kertas pertama di Amerika Syarikat telah dibina di Pennsylvania. Di sini, serat (fibre) daripada pokok telah digunakan untuk menggantikan kain. Pada hari ini, kertas dibuat daripada kulit kayu, kertas kitar semula, serpihan kayu dan serbuk kayu. Lebih daripada 36% daripada serat yang digunakan di kilang pembuat kertas di Amerika Syarikat datangnya dari sumber kitar semula. Kilang kertas menjimatkan 40% daripada kegunaan tenaga sekiranya sumber kitar semula digunakan untuk membuat kertas. Negara-negara maju mempunyai kadar kitar semula kertas yang tinggi iaitu 50% sedangkan negara kita Malaysia hanya mengitar semula 5% daripada penggunaan kertas. Bagi setiap 10 suratkhabar yang dibeli di Malaysia, hanya

6 suratkhabar yang dikitar semula. Setiap bulan, 57,000 tan kertas dibuang ke dalam tapak perlupusan sampah di negara ini. Ianya seperti memotong 680,000 pokok dewasa. Inilah sebab mukabumi berasa semakin panas kerana setiap pokok dewasa boleh memainkan peranan 10 alat penghawa dingin! Setiap tahun, pihak berkuasa tempatan (local council) membelanjakan antara 40% hingga 70% bajet mereka untuk pengutipan dan perlupusan sampah. Kertas merupakan 40% daripada sampah yang dilupuskan, oleh itu dengan mengitar semula kertas, kita membantu menjimatkan wang rakyat. Jika dibandingkan dengan kertas akhbar yang dihasilkan daripada serat pokok yang baru ditebang, setiap tan kertas akhbar yang dibuat daripada kertas kitar semula boleh menjimatkan 26,5000 liter air; 17 hingga 31 batang pokok dewasa dan 4,000 kwh kuasa elektrik. Kitar semula boleh mengurangkan pengunaan tanah sebagai tapak perlupusan sampah, mengurangkan pencemaran alam, dan menjimatkan sumber kewangan dan sumber alam.

Kertas
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Sekeping kertas

Kertas adalah bahan nipis, rata yang dihasilkan oleh penekanan gentian. Biasanya gentian yang digunakan merupakan gentian semulajadi dan berasaskan selulosa. Bahan paling biasa digunakan adalah pulpa kayu daripada pokok kayu pulpa (kebanyakannya kayu lembut) seperti spruce, tetapi bahan gentian sayuran lain termasuk kapas, linen, dan hem boleh digunakan. Timbunan 500 keping kertas dipanggil rim (ream). Tepi helaian kertas mampu bertindak sebagai gergaji halus dan nipis hingga menyebabkan luka.

Isi kandungan
[sorok]

1 Penghasilan o 1.1 Penyediaan gentian

o o

1.2 Dibentuk menjadi kepingan 1.3 Pengeringan

2 Kegunaan 3 Sejarah 4 Lihat juga 5 Pautan luar

[sunting] Penghasilan

Kilang kertas International Paper Company, terletak di Georgetown, Carolina Selatan

Sama ada dihasilkan dengan tangan atau dengan mesin, proses menghasilkan kertas membabitkan tiga langkah mudah:

[sunting] Penyediaan gentian


Bahan yang digunakan bagi menghasilkan kertas dihancurkan menjadi pulpa, campuran gentian pekat terampai dalam cecair. Oleh kerana kebanyakan gentian ini dihasilkan dari sumber semulajadi, proses ini membabitkan langkah pembasuhan dan pengasingan. Apabila gentian telah dihasilkan, ia akan diluntur atau diwarnakan bagi menukar gambaran barangan akhir.

[sunting] Dibentuk menjadi kepingan


Campuran pulpa kemudiannya dicairkan dengan air menjadikan ampaian cair. Ampaian cair ini ditapis melalui tapisan bergerak nipis untuk membentuk jaringan bergentian. Tera air boleh

ditekan kepada kertas pada tahap ini. Jaringan bergerak ini ditekan dan dikeringkan menjadi golongan kertas panjang. Dalam proses menggunakan acuan, sejumlah pulpa diletakkan dalam bentuk, dengan asas berjaring (atau sebarang peranti penapis lain), dengan itu gentian tertinggal selapis atas jaring dan air berlebihan akan dikeringkan. Pada masa ini, tekanan boleh digunakan bagi menghilangkan air melalui tindakan tekanan. Kertas kemudian boleh dikeluarkan daripada acuan semasa basah atau kering untuk diproses lebih lanjut. Kebanyakan kertas dihasilkan dengan menggunakan proses berterusan (Fourdrinier) untuk membentuk gelungan atau jaringan. Apabila dikeringkan, jaringan berterusan ini boleh dipotong menjadi kepingan bersegi dengan memotongnya pada saiz yang diingini. Saiz kertas piawaian ditetapkan oleh badan penyelaras seperti Organisasi Piawaian Sejagat (International Organization for Standardization) (ISO).

[sunting] Pengeringan
Kertas mungkin akan dikeringkan beberapa kali semasa pengilangan (kertas kering lebih kukuh berbanding kertas basah, dengan itu ia lebih baik untuk mengekalkan kertas kering untuk menghalang ia putus dan menghentikan baris pengeluaran). Kadangkala kertas masih putus di mana ia akan ditukar menjadi pulpa dan diproses semula.

[sunting] Kegunaan

Pemotong kertas

untuk digunakan bagi menulis atau mencetak : kepingan kertas ini menjadi dokumen; ini boleh dijadikan bagi menyimpan rekod (atau dalam kes mencetak dari komputer atau menyalin dari kertas lain: rekod tambahan) dan untuk perhubungan; lihat juga membaca. Juga kertas mewakili nilai sebagai: o wang kertas
o o o

nota bank cek keselamatan

o o

bauchar tiket

Dalam kes sedemikian, sukar membuat salinan yang tidak dapat dibezakan dari yang tulin, ini bagi mengelakkan salah guna. Dokumen rasmi dan penyata persendirian yang dihasilkan dengan menggunakan komputer akan diletakkan ke dalam sampul surat berlainan oleh "mesin bursting". Kertas bercetak boleh dijilidkan dll. untuk menghasilkan buku, risalah, majalah, akhbar, dll.; dysphemism untuk edisi sedemikian adalah "edisi pokok mati", berbanding pilihan lain seperti fail dalam cakera keras (dicapai dari dekat atau jauh melalui internet), CD-ROM, cakera, etc. Fail komputer boleh ditukarkan kepada dokumen kertas dengan mencetak, menggunakan pencetak. Yang sebaliknya boleh dilakukan dengan menggunakan pengimbas, dan diikuti oleh pengecaman huruf optik (optical character recognition) atau OCR.

untuk bungkusan: o sampul surat


o o

tisu pembalut kertas dinding

untuk mencuci (lihat juga tisu, Kleenex):


o o o o

kertas tandas tuala tangan tuala kertas pelbagai cucian di dapur, dll.

untuk pembinaan
o o

papier-mch origami

[sunting] Sejarah
Kertas dalam perkataan Inggeris - paper diambil daripada bahan penulisan Mesir silam yang dikenali sebagai papirus, yang dijalin daripada pokok papirus. Papirus dihasilkan seawal 3000 SM di Mesir, dan kemudiannya di Greece dan Rome silam. Lebih ke utara, parchment atau velum, yang diperbuat daripada kulit biri-biri atau kulit anak kambing, menggantikan papirus yang memerlukan keadaan cuaca sub-tropika untuk tumbuh. Di China, dokumen biasa ditulis di

atas kepingan buluh, menjadikan ia sebagai sangat berat untuk dipindahkan. Kadang-kala sutera digunakan, tetapi biasanya terlampau mahal untuk digunakan secara meluas. Kebanyakan bahan di atas jarang didapati dan mahal harganya. Pegawai istana China, Cai Lun menggambarkan kaedah penghasilan kertas moden pada 105 M; dia merupakan orang pertama menyebut kaedah menghasilkan kertas dari cebisan kapas. Sumber lain meletakkan penciptaan kertas di China pada 150 SM. Ia merebak dengan perlahan di luar China; kebudayaan Asia Timur lain, walaupun setelah mengunakan kertas, tidak dapat memikirkan dengan sendiri bagaimana menghasilkannya; arahan mengenai proses penghasilan diperlukan, dan orang-orang China enggan berkongsi rahsia. Teknologi ini pertama sekali dipindahkan ke Korea pada 600 dan kemudian disebarkan ke Jepun oleh paderi Buddha Korea, Dam Jing, pada tahun 625, di mana gentian (dipanggil bast) daripada pokok mulberi digunakan. Selepas perdagangan dan kekalahan China dalam Pertempuran Talas, ciptaan kertas tersebar ke Timur Tengah, di mana ia digunakan di India dan kemudiannya oleh orang-orang Itali sekitar abad ke-13. Mereka menggunakan gentian hem dan cebisan linen. Sesetengah sejarahwan meramalkan bahawa kertas merupakan unsur utama dalam kemajuan kebudayaan sejagat. Menurut teori ini, kebudayaan China kurang maju berbanding Barat pada masa silam kerana buluh (walaupun disebabkan buluh banyak tersedia merupakan sebab utama buluh digunakan dan bukannya kerana kemajuan sains) adalah bahan penulisan yang sukar digunakan berbanding papirus; kebudayaan China maju semasa Dinasti Han dan abad berikutnya disebabkan ciptaan kertas; dan kemajuan Europah semasa Renaissance disebabkan pengenalan kertas dan mesin cetak. Kertas kekal sebagai bahan mewah sepanjang abad, sehingga kedatangan mesin pembuat kertas berkuasa wap pada abad ke-19, yang mampu menghasilkan kertas dengan gentian daripada habuk kayu. Walaupun mesin lebih awal telahpun dicipta, mesin pembuat kertas Fourdrinier menjadi asas kepada kebanyakan pembuat kertas moden. Bersama dengan penciptaan pen berdakwat yang praktikal dan pensil yang dihasilkan secara pukal pada masa yang sama, dan bersama dengan mesin cetak berputar berkuasa wap, kertas berasaskan kayu mendorong perubahan utama ekonomi dan masyarakat abad ke-19 di negara industri. Sebelum era ini buku atau akhbar merupakan objek mewah yang jarang dan buta huruf merupakan kebiasaan bagi kebanyakan orang. Dengan pengenalan beransur kertas murah, buku sekolah, cereka dan bukancereka, dan akhbar perlahan-lahan mudah didapati oleh kesemua ahli masyarakat pengilangan. Kertas murah berasaskan kayu juga bererti menyimpan diari persendirian atau menulis surat bukan lagi hanya untuk segolongan tertentu dalam masyarakat yang sama. Pekerja pejabat atau pekerja kolar putih perlahan-lahan lahir dari perubahan ini, yang dianggap sebagai sebahagian revolusi pengilangan. Malangnya, kertas berasaskan kayu lebih berasid dan cenderung untuk berkecai apabila lama disimpan. Dokumen bertulis di atas kertas cebisan (rag) mahal lebih stabil. Kebanyakan penerbit buku moden sekarang ini menggunakan kertas bebas asid.

[sunting] Lihat juga

alat tulis akhbar kadbod crpe ISO 216 kertas akhbar saiz kertas kilang kertas pengitaran kertas washi

[sunting] Pautan luar


Kertas kerja yang tiada akhirnya Sejarah kertas dan penghasilan kertas Kertas di talian Bagaimana kertas dihasilkan

Anda mungkin juga menyukai