Anda di halaman 1dari 8

RAZAF CONSTRUCTION

TAKLIMAT RINGKAS (TOOL-BOX TALK)


ANALISA KERJA SELAMAT & FAEDAHNYA
1.0 APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ANALISA KERJA SELAMAT

Analisa Kerja Selamat = Job Safety Analysis Proses mengenalpasti hazad dan mengawal risiko pada setiap langkah kerja.
2.0 BAGAIMANA UNTUK MELAKSANAKAN ANALISA KERJA SELAMAT?

2.1

Memilih Tugasan

1 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
a) Kenalpasti tugasan yang hendak dilakukan. b) Contoh : Membaiki pagar, membaiki papak konkrit, kerja mengecat, dll. 2.2 Mengenalpasti/Menghurai Langkah Kerja a) Memecah/menghurai tugasan kepada langkah kerja yang mudah. b) Contoh - Kerja membaiki pagar: i) ii) iii) iv) v) vi) Menyediakan peralatan dan bahan. Membuka kawat berangkai sedia ada. Menggali dan mencabut tiang pagar sedia ada. Menggali dan memasang tiang pagar baru. Memasang kawat berangkai baru. Kemasan tapak.

2.3 Mengenalpasti Hazad Pada Setiap Langkah Kerja a) Mengenalpasti kemungkinan hazad pada setiap langkah kerja. b) Contoh Kerja membaiki pagar: i) ii) Menyediakan peralatan dan bahan: Peralatan tidak mencukupi. Peralatan rosak. Bahan tidak mencukupi. Bahan tidak menepati spesifikasi, dll. Membuka kawat berangkai sedia ada: Tercucuk kawat berkarat pada mata, tangan dan anggota badan yang lain. Sakit belakang dan sendi semasa membuka dan mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll.

2 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
iii) iv) v) Menggali dan mencabut tiang pagar sedia ada : Serpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan kecederaan pada mata. Tiang pagar lama tumbang tiba-tiba. Luka pada tangan semasa mengorek dengan tangan. Sakit belakang semasa kerja-kerja menggali, dll. Menggali dan memasang tiang pagar baru : Serpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan kecederaan pada mata. Luka pada tangan semasa mengorek dengan tangan, Sakit belakang semasa kerja-kerja menggali dan membancuh konkrit, Terhidu debu simen semasa kerja-kerja membancuh konkrit. Tiang pagar baru tumbang semasa di tanam, dll. Memasang kawat berangkai baru: Tercucuk kawat pada mata, tangan dan anggota badan yang lain. Sakit belakang dan sendi semasa memasang dan mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll. vi) Kemasan tapak: Terpijak peralatan. Peralatan tertinggal, dll.

2.4 Tindakan Mengawal Risiko Pada Setiap Langkah Kerja a) Mengenalpasti langkah kawalan bagi setiap hazad pada setiap langkah kerja. 3 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
b) Contoh - Kerja membaiki pagar:

LANGKAH KERJA Menyediakan peralatan dan bahan Membuka kawat berangkai sedia ada

HAZAD DIKENALPASTI P eralatan tidak mencukupi. eralatan rosak. P -

LANGKAH KAWALAN ediakan senarai peralatan yang digunakan. akai dan guna perlindungan mata. S semak hendak S P alat

B T ercucuk kawat berkarat pada mata, tangan dan anggota badan yang lain. - Sakit belakang dan sendi semasa membuka dan mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll. S erpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan kecederaan pada mata. T iang pagar lama tumbang tiba-tiba. L uka pada tangan semasa mengorek dengan tangan. S akit belakang semasa kerjakerja menggali, dll. S erpihan batu dan tanah berterbangan menyebabkan kecederaan pada mata. L uka pada tangan semasa mengorek dengan tangan, S akit belakang semasa kerjakerja menggali dan membancuh konkrit, T erhidu debu simen semasa kerja-kerja membancuh

Menggali dan mencabut tiang pagar sedia ada

Menggali dan memasang tiang pagar baru

P akai dan guna sarung tangan jenis kulit. P astikan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan tegak pada setiap P akai dan guna alat perlindungan mata. P astikan terdapat seorang pekerja memegang tiang pagar lama semasa kerja menggali. P akai dan guna sarung tangan jenis kulit. P astikan kedudukan tulang P akai dan guna alat perlindungan mata. P akai dan guna sarung tangan jenis kulit dan alat perlindungan pernafasan. P astikan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan tegak pada setiap masa. P astikan lengan

4 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
Memasang kawat berangkai baru T ercucuk kawat pada mata, tangan dan anggota badan yang lain. - Sakit belakang dan sendi semasa memasang dan mengangkat kawat berangkai yang telah dibuka, dll. T akai dan guna perlindungan mata. P alat

Kemasan tapak

erpijak peralatan. - Peralatan tertinggal, dll.

P akai dan guna sarung tangan jenis kulit. P astikan kedudukan tulang belakang berada dalam keadaan tegak pada setiap K umpulkan semau peralatan yang digunakan dilokasi yang mudah dilihat. S

2.5 Merumus Hasil Analisa Sebagai Prosedur Piawai a) Tulis semula cadangan langkah kawalan dalam bentuk prosedur kerja bagi memudahkan pemahaman. b) Contoh Kerja Membaiki Pagar: i) Sebelum memulakan kerja: sediakan senarai semak peralatan. pastikan semua peralatan adalah mencukupi dan berada dalam keadaan baik. semak dokumen kontrak, spesifikasi dan lukisan bagi menetukan kualiti dan kuantiti bahan menepati kehendak pelanggan. ii) Kerja-Kerja Membuka Pagar Kawat Berangkai Sedia Ada: Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan mata dan alat perlindungan tangan. Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi tugasan berat. Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan tubuh badan semasa bekerja amalkan kedudukan rulang belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa. 5 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
Kedudukan lengan hendaklan berada pada kedudukan 900 darjah semasa menggunakan perlatan tangan dan kerjakerja membuka dan menanggal kawat berangkai lama. iii) Kerja-Kerja Membuka Tiang Pagar Lama: Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan mata dan alat perlindungan tangan. Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi tugasan berat. Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan tubuh badan semasa bekerja amalkan kedudukan rulang belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa. Pastikan terdapat seorang pekerja memegang tiang pagar lama semasa kerja-kerja mengorek dan menggali dijalankan. iv) Kerja-Kerja Memasang Tiang Pagar Baru: Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan mata dan alat perlindungan tangan. Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi tugasan berat. Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan tubuh badan semasa bekerja amalkan kedudukan rulang belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa. Pastikan terdapat seorang pekerja memegang tiang pagar baru semasa kerja-kerja menanam dijalankan. v) Kerja-Kerja Memasang Pagar Kawat Berangkai Baru:

6 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
Semua pekerja yang terlibat hendaklah memakai alat perlindungan diri yang sesuai terutamanya alat perlindungan mata dan alat perlindungan tangan. Pekerja-pekerja yang terlibat dengan kerja membancuh konkrit hendaklah memakai sarung tangan jenis getah dan alat perlindungan pernafasan yang sesuai. Alat perlindungan tangan hendaklah dari jenis kulit bagi tugasan berat. Pekerja-pekerja hendaklah memastikan kedudukan tubuh badan semasa bekerja amalkan kedudukan rulang belakang berada pada kedudukan tegak pada setiap masa. Kedudukan lengan hendaklan berada pada kedudukan 900 darjah semasa menggunakan perlatan tangan dan kerjakerja membuka dan menanggal kawat berangkai lama. vi) Kemasan Tapak Setelah Kerja Siap: Bersihkan kawasan tapak dari sebarang bahan-bahan lebihan dan bahan-bahan buangan. Segala bahan buangan hendaklah dilupuskan di tempat yang bersesuaian. Segala perlatan hendaklah disimpan pada tempat yang bersesuaian dan mudah dilihat. Semak senarai semak peralatan bagi memastikan semua peralatan telah dikumpulkan. 2.6 Menyelenggara Prosedur a) Penyelia Tapak hendaklah memastikan semua peraturan dan

prosedur yang telah dirumuskan dipatuhi. b) Pastikan keberkesanan prosedur berkenaan.

7 dari 7

RAZAF CONSTRUCTION
c) Bincang dengan pekerja yang terbabit sekiranya terdapat kelemahan dan kekurangan dalam prosedur. d) Segala perubahan pada prosedur hendaklah mengambil kira kesesuaian dan keperluan semasa.

3.0 APAKAH FAEDAHNYA?


a) Meminima risiko kemalangan di tempat kerja. b) Hazad dan risiko berkaitan boleh ditangani secara sistematik. c) Kerja-kerja boleh dijalankan tanpa gangguan daripada insiden yang tidak sepatutnya berlaku. d) Meningkatkan moral pekerja dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti dan kualiti.

8 dari 7