Anda di halaman 1dari 6

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SMK JUBLI PERAK SULTAN HAJI AHMAD SHAH KUALA TAHAN,

27000 JERANTUT PAHANG

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM CERDAS CERGAS

TARIKH : 6.2.2013 (RABU) TEMPAT : SMK JP SHAS ANJURAN : PIBG

KERTAS KERJA PROGRAM CERGAS CERDAS SMK JP SHAS 2013


1.0 Pengenalan Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah berkait rapat dengan iklim dan suasana di dalam bilik darjah. Oleh itu untuk mencapai kecemerlangan , sekolah mestilah memastikan bahawa bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria. Kebersihan dan keceriaan bilik darjah seharusnya dikekalkan malah dipertingkatkan dari masa kesemasa. Untuk mencapai tujuan ini, pertandingan bilik darjah bersih dan ceria amat sesuai diadakan secara berterusan bagi memastikan pelajar sentiasa berada di dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat mengikuti pelajaran dengan baik. Suasana pembelajaran yang sentiasa bersih dan ceria hasil daripada kerjasama dan pertandingan yang sihat di antara pelajar tentunya akan menghasilkan kecemerlangan dalam akademik dan disiplin pelajar . Hal ini adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang mementingkan penghasilan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. 2.0 Matlamat Memastikan bilik darjah sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan ceria serta lengkap dengan maklumat pembelajaran supaya pelajar dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Di samping itu juga pertandingan bilik darjah bersih dan ceria akan melahirkan rasa tanggungjawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam sesebuah kelas.

3.0 Objektif 1. Memastikan bilik darjah sentiasa di dalam keadaan yang bersih dan ceria 2. Menjadikan bilik darjah sebagai bilik ilmu di mana setiap bilik darjah dikehendaki menyediakan sudut bacaan masing-masing. 3. Membina rasa tanggung jawab dan kerjasama di antara pelajar di dalam kelas 4. Membina semangat persaingan yang sihat di antara kelas-kelas 5. Memberi pendedahan kepada Ketua Tingkatan dan AJK Keceriaan bilik darjah mengenai pengurusan dan kepimpinan. 6. Menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang selamat sepanjang pelajar berada di sekolah.

4.0 Tarikh Program Keceriaan ini akan diadakan sepanjang tahun.

5.0 Tempat SMK JP SHAS 6.0 Sasaran Semua warga JP SHAS 7.0 Pengisian Keceriaan kelas 8.0 Anggaran Perbelanjaan 8.1 Perbelanjaan Keceriaan kelas Banner Cenderahati Jamuan JUMLAH RM RM RM RM 2 RM1,790.00 1,300.00 100.00 30.00

8.2 Sumber Kewangan Peruntukan PIBG JUMLAH RM1,790.00 RM1,790.00

JAWATANKUASA PELANCARAN PROGRAM PERTANDINGAN KEBERSIHAN KELAS

Pengerusi

En. Romely Bin Omar (Pengetua) En. Razmi Bin Omar (GPK Pentadbiran) En. Asian Bin Abd. Wahab En. Mohd Romdzi Bin Jamaludin Pn. Rahimah Binti Sabtu Pn. Siti Asadihah Binti Abdullah Cik Idayati Binti Ahmad

Timbalan Pengerusi : Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha Pen. Setiausaha Bendahari : : : : :

AJK Protokol & Sambutan : En. Romely Bin Omar (Pengetua) Semua GPK Semua Ketua Bidang Jemputan Buku Program Siaraya/Alatan Percetakan Persiapan Tempat : : : : : Cik Haryati Binti Mohd Khonopiah Pn. Suzilawati Binti Jusoh En. Mohamad Fadli Bin Mat Husain En. Zulkifli Bin Kesah En. Mohd Zulkalnain Bin Abdullah En. Mohd Faez Bin Hanafi

Banner / Dokumentasi:

& Fotografi Pengerusi Majlis :

Cik Norashikin Binti Ahmad Pn. Norshidah Binti Johari Pengawas Sekolah

TENTATIF PROGRAM 7.30 pagi : : : Kehadiran AJK PIBG Aluan Pengerusi Majlis Nyanyian Lagu Negaraku & Warisan

: YDP Diiringi Pengetua Menerima Tabik Hormat Dari Badan Beruniform : 7.45 pagi : Pemeriksaan Barisan Oleh YDP PIBG Ucapan Pengetua

: Ucapan & Perasmian Program Pertandingan Keceriaan Kelas Oleh YDP PIBG 8.05 pagi : Penyampaian Hadiah Kelas Terbersih Sepanjang Jan-Mac 2012 Penyampaian Cenderahati Perasmi 8.20 pagi : : : Nyanyian Lagu Negeri Pahang Bersurai Jamuan

Disediakan Oleh :

(RAHIMAH BINTI SABTU)

Disahkan Oleh :