Anda di halaman 1dari 5

Buaian Ajaib Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Terima kasih tuan/puan Pengerusi Majlis.

Yang saya hormati barisan hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan teman-teman sekalian. Sinaran hari ini menceriakan suasana, oleh itu izinkan saya menyampaikan sebuah cerita. 1,2,3 kucing berlari, Mana nak sama si kucing ajib, Banyak cerita bolehku cari, Hayatilah cerita buaian ajaib.

Yang terlena, sedar-sedarkan Yang tersedar, dengar-dengarkan, Yang terdengar fikir-fikirkan.

Di sebuah kampung yang indah, lahirnya seorang gadis yang tidak pernah merasai kehangatan pelukan ibu yang melahirkan. Semenjak ibunya meninggal dunia, seawal usia 3 bulan, anak kecil ini dijaga oleh ayah yang tercinta. Namun, kehangatan cinta ayah padanya kian pudar hari demi hari apabila kehidupan mereka diterajui oleh ibu tirinya Fatimah. Anak gadis ini disapa dengan panggilan mesra ibunya iaitu Mawardah. Di usia awal remaja, Mawar menghabiskan masanya dengan membuat kerja yang disuruh oleh ibu tirinya Fatimah. Setiap hari, dia akan membersihkan kawasan rumahnya, membasuh kain dengan mengangkut air diperigi, memasak dan bermacam kerja lagi. Ini angkara ibu tiri yang kejam. Ish, kesian mawar. Sedangkan teman-teman seusianya gembira menghayati buku di meja, dilayan mesra oleh ibu dan bapa. Pelukan kasih sayang menjadi rutin harian mereka tetapi itu jauh sekali untuk Mawar. Mawar sudah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu. Sekiranya dia rindu, lagu ini dikirimkan buat ibunya dengan harapan ibunya akan mendengar.

Waktu menjadi jarak kau dan aku Tiada kenangan masa disisimu Hingga kumerasa sungguh berduka lara Kerana kita tidak sempat bersama Ingin kutatap wajahmu sepuasnya Bicara ini kuluahkan kepadamu Di kala ini sendu menghimpit kerna rindu Tiada yang dapat kupulangkan Bagi membalas jasamu Hanya padamu ibu

Pada suatu hari, Fatimah menyuruh anak tirinya, Mawar mencari keperluan dapur. Nak cari barang dapur, nak cari barang dapur.Selepas membawa balik barang yang dipesan, Mawar pun berehat sebentar. Apabila melihat Mawar berehat. Fatimah memukulnya dengan batang penyapu. Dengan nada yang tinggi, Mawar dimaki Anak tak sedar untung, di sini kamu ya, lain yang aku suruh, lain yang kamu buat, rasakan!!!.. Demikianlah, hampir setiap hari Mawar dimaki dan dipukul oleh ibu tirinya. Lebam sudah biasa baginya, hinggakan pernah kakinya terseliuh akibat ditolak oleh ibu tirinya. Ish, kejam betul Fatimah ini. Pada suatu malam, Mawar mengadu kepada ayahnya. Pagi esoknya, setelah ayahnya pergi bekerja, Fatimah menghalau Mawar. Keluar kau dari sini, mulai hari ini aku tidak ingin lagi melihat kau, marah Fatimah kepada Mawar. Mawar tetap merayu kepada ibu tirinya, Maafkan Mawar mak cik, Mawar tak ada siapa-siapa dah mak cik. Rayuan Mawar tidak diendahkan.

Kau melihat diriku, Seperti sesuatu yang mencabar dirimu akal dan mindamu, Kau membiarkan aku, kau bilang mereka tak tahu siapa diriku, Sedangkan kau juga begitu, Segala kata cacian yang telah engkau berikan, Membuatku rasa kosong, kosong,owh..owh

Mawar lari ke kubur ibunya. Di situ dia menangis sambil meratap hiba. Ibu, Mawar rindukan ibu, Mawar hanya ada ibu sahaja. Oleh sebab terlalu letih, akhirnya Mawar terlena. Setelah petang, baharu dia tersedar. Tiba-tiba dilihatnya ada dua batang pokok puding yang besar. Sepokok tumbuh di bahagian kepala kubur ibunya dan sepokok lagi dibahagian kaki kubur ibunya. Batang dan daun puding itu berwarna keemas-emasan. Sepokok lagi berwarna keperak-perakan. Ada pula sehelai kain sutera ke emas-emasan yang terikat bagaikan buaian pada kedua-dua batang pokok itu. Wahai Mawar, anakku! Usahlah kamu bersedih lagi. Terimalah puding emas dan puding perak serta buaian emas itu. Naik dan buailah sambil menyanyi sesuka hatimu. Tiba-tiba Mawar terdengar suara ibunya. Mawar menaiki buaian itu. Dia pun mula menyanyi.

Puding emas puding perak, Buaianku ini emas juga, Lekaslah lekas tolong bergerak, Buaikan aku tinggi memuncak.

Tiba-tiba buaian itu pun mula bergerak. Mula-mula perlahan, kemudian beransur laju. Kedua-dua pokok puding itu tercabut perlahan-lahan, kemudian beransur laju. Sambil buaian emas itu tetap juga terbuai-buai. Pokok puding itu naik ke awan dan kemudian turun semula. Demikianlah berulang-ulang kali, turun naik, turun naik. Tiba-tiba muncul seorang putera raja yang berada di ka wasan tersebut. Wah, merdunya suara penyanyi itu! Ajaibnya!Buaiannya turun semakin rendah. Gadis itu sungguh cantik,Kata putera raja. Pernah aku mencintai wanita Tapi tak seperti saat ku mencintaimu Pernah aku merindukan wanita Tapi tak seperti saat ku merindukanmu Kamulah ratu di dalam hatiku Ku cinta kamu sampai mati.

Jangan takut, hamba ini putera raja negeri ini. Nama hamba Tengku Aman Shah, kata Putera Raja memperkenalkan diri. Putera raja meminta Mawar menceritakan hal dirinya. Mawar pun menceritakan segala-galanya. Akhirnya putera raja berkahwin dengan Mawar. Setelah selesai semuanya, Mawar meletakkan pokok pudding emas, puding perak serta buaian emasnya di taman raja. Dia mengajak suaminya naik buaian itu bersama-sama sambil menyanyi.

Puding emas puding perak, Buaianku ini emas juga Lekaslah lekas tolong bergerak, Buaikan kami tinggi memuncak.

Diriku tidak malang lagi, Sekarang aku sudah bersuami, Suamiku Tengku bijak bestari Hatiku terasa riang sekali.

Buaian ajaib itu pun mula bergerak. Terbuai-buai semakin tinggi, semakin tinggi. Bahagialah Mawar bersama-sama suaminya selama-lamanya.

Sebelum mengundur diri mari kita fikirkan. Kemenangan itu bersama kesabaran dan sesungguhnya kesenangan itu bersama kesusahan dan bahawa sesungguhnya sesudah kesulitan itu aka nada kemudahan.

Berjalan-jalan di tepi perigi, Sambil berjalan minum selasih, Ada masa berjumpa lagi, Sekian terima kasih.

Assalamualaikum w.b.t