Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
2013
PERNYATAAN PROFESIONAL PERKARA YANG TELAH DILALUI SEPANJANG PRAKTIKUM Tempoh 4 minggu yang dilalui merupakan satu jangka waktu yang sangat singkat bagi saya tetapi memberikan banyak pendedahan berguna kepada saya. Banyak ilmu pengetahuan dan pengalaman yang dapat ditimba hasil kerjasama dan tunjuk ajar oleh warga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Bagi saya, banyak aspek yang dapat dipelajari untuk menjadi seorang guru yang baik. Ini kerana golongan guru merupakan anggota sekolah yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah. Melalui aspek pengajaran dan pembelajaran, saya mempelajari bahawa kepelbagaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti mengunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan teknik variasi rangsangan dapat meningkatkan minat murid khususnya untuk belajar dan turut serta dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, saya perlu melibatkan murid-murid dalam sesi soal jawab secara aktif, kerana murid-murid yang dilibatkan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran akan memahami sesuatu perkara dengan lebih cepat. Selain itu juga, apa yang saya pelajari ialah unsur kecindan dan keseronokan perlu diserapkan ketika proses pengajaran dan aktiviti yang dijalankan. Melalui unsur kecindan ia membantu menarik minat murid dan melibatkan mereka sepenuhnya dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang pendidik yang bertanggunjawab, guru perlu menyedari tugas dan amanah yang diserahkan kepadanya untuk mendidik generasi yang akan menjadi dewasa kelak. Perubahan perancangan hari ini adalah perlu diiringi dengan perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Untuk menghadapi cabaran dan tuntutan daripada perubahan strategi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, saya perlu sentiasa berusaha melengkapkan diri dari masa ke semasa. Saya
PERNYATAAN PROFESIONAL
PRAKTIKUM FASA 1
2013
juga dapati sebagai guru kita perlulah kreatif bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berkesan. Saya amat bertuah kerana mendapat bimbingan dan nasihat daripada Puan Sabariah Dengan pengalaman mengajar hampir daripada 17 tahun, banyak ilmu yang dicurahkan kepada saya dan beliau sedikitpun tidak lokek berkongsi idea dengan saya. Saya sering mendapatkan pandangan beliau terutamanya dalam mengurus dan membuat kawalan kelas bagi memastikan bahawa setiap aktiviti yang dirancang tidak tergendala. Sesungguhnya saya amat bersyukur dan menghargai bimbingan beliau kerana cetusan idea dan nasihat membina yang dikongsi banyak membantu saya
dalam memilih dan melaksanakan P&P yang berkesan bagi mencapai objektif pengajaran. Pertemuan empat mata yang dijalankan bersama-sama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing mendatangkan impak positif ke dalam diri saya untuk melakukan yang terbaik. Nasihat dan pesanan Dr. Rosli dalam proses dan teknik pengajaran telah saya ambil dan ikuti untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Pesanan dan bimbingan yang diberikan oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing meningkatkan lagi iltizam saya untuk melakukan yang lebih baik untuk masa akan datang. Segala bimbingan yang dijalankan oleh beliau merupakan input-input yang berguna bagi saya dalam melaksanakan P&P dengan berkesan. Malahan setiap kekurangan yang berlaku dapat diperbaiki untuk kepentingan bersama disamping setiap pandangan dan teguran saya terima secara positif dan membina agar dapat memperkuatkan lagi keberkesanan aktiviti yang dirancang. Berdepan dengan pelbagai cabaran dan kekangan banyak mengajar saya supaya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi jalan buntu. Dengan bantuan daripada pelbagai pihak, masalah tersebut dapat diatasi dengan baik. Berhadapan dengan masalah tersebut turut menyedarkan saya bahawa kehidupan ini sering kali disertai dengan halangan bagi mendidik diri supaya lebih cekal dan tidak mudah berputus asa. Sikap tersebut serta berusaha sentiasa mencari jalan terbaik untuk memenuhi keperluan merupakan elemen penting dalam usaha menjayakan praktikum
PERNYATAAN PROFESIONAL
PRAKTIKUM FASA 1
2013 sentiasa
tersebut
dengan
jayanya.
Justeru
ini
menyedarkan
saya
supaya
menambahkan pengetahuan yang baharu kerana ia mampu dijadikan asas dan panduan dalam kehidupan dan boleh digunakan andainya berdepan dengan sebarang masalah. Banyak pengalaman manis yang diperolehi ketika menjalani praktikum sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Seri Budiman. Jujur saya katakan bahawa, hari demi hari, perasaan sayang saya terhadap murid- murid semakin mendalam. Telatah-telatah dan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka sangat menghiburkan hati. Walaupun, mereka sering nakal dan banyak bercakap, namun saya tidak mematahkan semangat saya untuk mendidik mereka bukan sahaja dunia tetapi untuk akhirat. Sesungguhnya, kanakkanak ini masih kecil dan jiwa mereka masih bersih dan suci. Oleh itu, saya dapati bimbingan dan nasihat daripada guru penting bagi mencorak anak didik menjadi insan yang sempurna dunia dan akhirat. Jika sebelum ini, saya sedikit tertekan dengan karenah murid- murid ini tetapi setelah difikirkan kembali ada kebaikannya. Sikap dan gelagat mereka menghiburkan hati. Mereka ini masih kecil jadi peranan guru penting untuk memastikan kehidupan dan tatasusila murid cantik pada pandagan manusia dan juga Allah. Melalui praktikum ini juga, saya banyak mempelajari mengenai kekuatan diri dan juga kelemahan diri sebagai guru Bahasa Melayu melalui penyeliaan pensyarah dan guru pembimbing. Saya berharap untuk praktikum akan datang, saya dapat memberi sumbangan yang lebih kepada pelajar-pelajar saya kelak dan menambaik lagi prestasi saya dalam proses P&P. Sesungguhnya ilmu yang dipelajari dapat diterjemahkan dan diaplikasikan kepada murid. Sebagai kesimpulannya, pengalaman menjalani praktikum ini diharapkan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk masa akan datang. Tidak mungkin saya dapat menjayakan praktikum kali pertama ini sebaik mungkin tanpa sokongan dan bimbingan serta kerjasama yang tidak berbelah bahagi semua pihak. Nescaya setiap pengalaman dan ilmu pengetahuan baharu yang diambil akan digunakan untuk penambahbaikan masa akan datang sebagaimana untaian bait-bait kata emas yang perlu dicoretkan iaitu tidak lengkap seorang guru itu tanpa ilmu di dada dan
PERNYATAAN PROFESIONAL
PRAKTIKUM FASA 1
2013
penghayatan serta pengamalan yang baik. Insya Allah saya akan melalukan anjakan paradigma dalam diri supaya menjadi guru yang terbaik untuk murid- muridnya.
PERNYATAAN PROFESIONAL