Anda di halaman 1dari 10

BUBUR SUM SUM

Bahan-bahan 125 gm tepung beras 600 ml air biasa 300 ml santan 2 sudu teh garam 2 helai daun pandan

1. Satukan semua bahan dan dimasak hingga pekat 2. Tuang dalam dessert bowl dan biarkan sejuk dan mengeras 3. Makan dengan air gula merah Bahan untuk Air Gula 300 ml air 200 gm gula merah 100 gm gula pasir 2 helai daun pandan 2 sudu besar tepung jagung (cornflour)

1. Masak semua bahan kecuali tepung jagung sehingga gula hancur 2. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, untuk pekatkan letak sedikit air gula

DAGING MASAK DENDENG

Bahan-bahannya Daging batang pinang 1 kg Cili merah 1/2 kg (kalau nak lebih pedas boleh tambah) Bawang besar 1/2 kg Kicap 1/2 cawan Cuka makan 2 sudu Garam secukup rasa

Cara memasak 1. Kisar cili dan bawang secara kasar kemudian tapiskan. 2. Daging dipotong sebesar segenggam tangan dan kemudian direbus selama 45 minit. 3. Keluarkan daging yang dah direbus, potong sebesar 2 inci dan diketuk supaya lembut 4. Kemudian goreng daging tapi jangan garing sangat 5. Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar pada mula-mula tadi 6. Masukkan sekali air rebusan daging satu gelas 7. Letak kicap, cuka dan garam mengikut rasa 8. Apabila campuran pekat, masukkan daging 9. Biar kuah sedikit kering, jangan terlalu banyak kuah.

NACHO'S & BERRY BLAST SHAKE

Untuk makanan, bahan diperlukan: bolognese sauce (spaghetti sauce) corn chips (nachos pack) kidney beans green pepper potong dadu bawang potong dadu black olives sliced chili jeruk cheddar cheese Gaulkan semua bahan dan ditaburkan diatas nachos, kemudian dibakar dalam oven selama 5 minit.

Untuk minuman, bahannya: strawberry sauce blueberry sauce ( blend buah dengan gula dan air, masak pekat) susu susu pekat ice

RESEPI MURTABAK ISTIMEWA

BAHAN-BAHAN: 800g dada ayam 200g bawang besar,didadu 100g kubis bulat,didadu 4 keping roti sandwich 1 inch halia 100g bawang merah 1 sudu the serbuk buah pala 1 sudu the serbuk kunyit 1 sudu the serbuk kari daging sudu the lada hitam hancur Garam secukup rasa 6 biji telur 30g isi ayam salai 10g cili padi, cincang halus 10g daun bawang, dipotong halus

BAHAN-BAHAN UNTUK DOH 500g tepung blue key 1 biji telur 50ml susu segar 50g minyak sapi 200ml air Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN UNTUK JERUK BAWANG 200g bawang besar, dimayam 5ml cuka buatan 5ml sirap ros

CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak sapi. 2. Masukkan bawang dan halia yang telah dikisar,tumis sehingga naik bau. 3. Masukkan serbuk buah pala, serbuk kunyit, serbuk kari dan lada hitam yang telah dihancurkan. 4. Masukkan dada ayam yang telah dicincang bersama dengan dadu bawang dan dadu kubis bulat. 5. Masak sehingga pecah minyak. 6. Masukkan garam secukup rasa. CARA-CARA MEMBUAT DOH: 1. 2. 3. 4. Campurkan tepung blue key, telur, susu segar, minyak sapi dan garam secukup rasa. Gaulkan sehingga sebati. Bulatkan ia sebesar 15g sebiji. Biarkannya selama 20 minit.

CARA-CARA MEMBUAT JERUK BAWANG: 1. 2. Campurkan bawang besar yang telah dimayam bersama cuka dan sirap ros. Biarkan selama 10 minit.

RESEPI UDANG EMAS BERGORENG MADU

Resepinya : 400gram udang segar 2 ulas bawang putih dicincang 2 ulas bawang merah dicincang 1 sdm cili boh 3 helai daun kari 1 sdm madu 2 sdm mentega 1 sudu kecil udang kering dicincang 3 sudu makan susu cair Garam secukup rasa Goreng udang seperti biasa dengan ramuannya dimasukkan sekali. Apabila udang cukup masak dan hidangkan.

RESEPI PASTA AGLIO OGLIO

Bahan-bahan: 250gm pasta spageti 10 ekor udang besar 6 tangkai cili kering - dipotong halus 8 ulas bawang putih - ditumbuk halus keju parmesan minyak garam

Bahan tumbuk: daun basil daun oregano daun ketumbar

Cara membuatnya: 1. Rebus spageti bersama dua sudu minyak zaitun dan sedikit garam sehingga masak (Andante). Angkat dan toskan 2. Sementara itu, tumis bawang putih dan cili kering hingga bawang putih garing dan kekuningan serta berbau wangi 3. Masukkan udang dan kacau rata 4. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan kacau lagi 5. Masukkan garam secukup rasa dan kemudian masukkan spageti dan gaul sampai sebati 6. Akhir sekali, taburkan keju parmesan

KAMYONG KETAM

Bahan-bahan: 5ekor Ketam bersihkan dan di goreng

Bahan dimayang/dihiris 5 ulas Bawang Putih 2 biji Bawang Besar 2 inci Halia 5 tangkai Cili Kering

Bahan Sos Kamyong 5 sudu Minyak Masak 3 sudu Sos Cili 3 sudu Sos Tomato 2 sudu Sos Tiram 1 sudu Udang Kering dikisar sudu Serbuk Kari Ikan Babas 1 sudu Serbuk Cili Babas 100ml Air Bahan Perasa Secukupnya 5 tangkai Daun Kari

Cara Penyediaannya: 1. Panaskan minyak tumiskan semua bahan yang dihiris kacau hingga naik baunya. 2. Masukkan air, kacau dengan serbuk cili dan serbuk kari ikan Babas 3. Tambahkan udang kering kacau lagi biar bahan masak 4. Masukkan semua sos kacau dan tambahkan bahan perasa 5. Bila kuah mulai memekat masukkan ketam yang telah digoreng 6. Gaul rata, kacau sambil taburkan daun kari kaucau seketika 7. Angkat dan hidangkan

AYAM PENYET

Bahan-bahan: 1 ekor ayam- potong 4

Bahan-bahan dikisar 5 biji Bawang merah 2 biji bawang putih 2 inci halia 5gm Serbuk ketumbar Babas 5gm Serbuk jintan manis Babas 5gm Serbuk Lada Putih Babas 3 batang serai 3inci lengkuas 1lit Air Perasa secukupnya

Bahan celup: 100gm Tepung Maruku Babas 200ml Air 1 biji telur Perasa Serbuk Roti

Cara penyediaan: 1. Ayam yang telah dipotong digaul bersama dengan bahan yang telah dikisar dan direbus dengan air yang sedikit 2. Apabila ayam hampir masak angkat dan toskan(rempah diambil). 3. Gaul ayam dengan bahan celupan golekkan atas serbuk roti 4. Goreng ayam dengan minyak yang banyak (deep fried) 5. Apabila ayam sudah masak dan coklat keemasan hidangkan 6. Goreng baki rempah dan serbuk roti taburkan atas ayam goreng tadi 7. Hidangkan.

BERGEDIL DAGING BEREMPAH

Bahan-bahannya: 300g Daging Kisar 6 sudu Tepung Campuran Maruku Babas

cincang halus 2 tangkai Daun Kari 5 ulas Bawang Putih 2 biji Bawang Besar 1 inci Halia 2 tangkai Daun Ketumbar 2 biji Tomato sudu Serbuk Kari Daging Babas sudu Serbuk Jintan Manis sudu Serbuk Lada Hitam Babas 1 biji Telur Bahan Perasa Secukupnya

Bahan Celupan: 2 biji Telur Serbuk Roti secukupnya Minyak Masak untuk menggoreng

Cara Penyediaannya: 1. Gaulkan daging kisar, tepung bahan cincang dan semua rempah Babas juga telur dalam mangkuk adunan 2. Jangan lupa tambahankan bahan perasa secukupnya 3. Gaulkan sehingga boleh dibentukkan jika terlalu lembik tambahkan tepung Campuran Maruku Babas sehingga sesuai dan bentukkan ikut selera anda 4. Doh yang telah di bentuk tadi dicelupkan dalam telur 5. Kemudian di golekkan atas serbuk roti dan di goring hingga masak 6. Hidangkan dengan sos pilihan anda