Anda di halaman 1dari 13

1.0.

Pengenalan

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab. Reka bentuk dan teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Situasi kehidupan seharian telah menimbulkan keperluan dan reka bentuk akan cuba memenuhi keperluan tersebut. Sesuatu reka bentuk itu dikatakan berjaya sekiranya reka bentuk itu dapat memenuhi keperluan sesuatu situasi yang dapat membantu manusia memenuhi keperluan mereka. Sebagai contoh, reka bentuk tempat penyimpanan (rak buku) digunakan untuk menyimpan pelbagai jenis buku dan majalah yang berselerak. Dengan penghasilan reka bentuk tersebut, sekurang-kurangnya telah memenuhi keperluan manusia yang memerlukan ruang yang selesa sama ada di rumah atau di pejabat. 1.1. Reka Bentuk Mengikut tulisan Noh Lasa dan etl. (2010), reka bentuk boleh didefinisikan sebagai susunan bahan yang dirancang untuk menghasilkan sesuatu produk atau impak. Produk yang dihasilkan mungkin hasil kreativiti sendiri atau hasil pengubahsuaian daripada produk asal atau yang telah sedia ada. Menurut kamus Dewan Bahasa reka bentuk membawa maksud penghasilan suatu produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan dating. Produk itu mungkin mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan. Reka bentuk yang baik akan menjadikan kehidupan lebih baik, selesa dan mudah. Sebagai contoh, telefon bimbit dan komputer riba (laptop) yang mudah dibawa kemana mana dan disimpan serta dilengkapi dengan rangkaian internet untuk membolehkan pengguna berkomunikasi dan mencari maklumat di mana mana saja. Proses reka bentuk berasakan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta sikap atau nilai. Ketiga tiga konsep ini digabung jalin bagi

menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea, diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilakan semula dalam bentuk prototaip atau model Terdapat pelbagai jenis penghasilan reka bentuk, di antaranya : Reka bentuk seni bina dihasilakn oleh arkitek untuk membina bangunan

Reka bentuk kejuruteraan dihasilkan oleh jurutera untuk membuat jentera dan binaan yang melibatkan kejuruteraan. Reka bentuk fesyen dicipta oleh pereka fesyen untuk menghasilkan pakaian yang menarik. Reka bentuk grafik dihasilkan untuk mengiklankan dan mempromosikan barangan yang hendak dipasarkan.

Reka bentuk produk menghasilkan pelbagai jenis barangan sesuai dengan citarasa pelbagai golongan pengguna.

Rajah 1.1 Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu Menjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling

1.2. Teknologi Teknologi pula boleh didefinisikan sebagai penghasilan dan pengetahuan dalam usaha manusia mencipta dan menggunakan pelbagai alat,sumber, teknik dan sistem untuk menguruskan kehidupan mereka. Teknologi membolehkan pelbagai jenis alat, jentera, mesin dan bangunan dicipta supaya manusia dapat hidup dengan selesa dan dapat menjalankan kerja atau aktiviti dengan lebih mudah, cepat, cekap dan produktif. Sebagai contoh, dalam pengangkutan sama ada udara, darat atau air telah memudahkan pergerakan manusia dari satu tempat ke satu tempat lain walau dalam jarak yang begitu jauh tetapi mengambil masa yang amat singkat untuk sampai ke tempat yang ingin dituju. Kemajuan teknologi yang dicapai akan mengubah sesuatu reka bentuk atau ciptaan. Perubahan dalam reka bentuk dikawal oleh dua faktor asas iaitu : Perkembangan teknologi terkini Keperluan dan permintaan

1.3 Sejarah Perkembangan Reka Cipta Sejarah perkembangan reka bentuk berkait rapat dengan sejarah manusia.Proses penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka bentuk telah wujud seiring dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan. Memang tidak boleh dinafikan bahawa manusia telah banyak mengkaji kewujudan artifak artifak yang telah direkacipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu. Dan kewujudan reka cipta ini berkait rapat dengan rekaan masa kini dan ada rekaan yang telah mengalami inovasi untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini.

Rajah 1.2 (a) : Rekaan telefon awal

Rajah 1.2 (b) : Rekaan telefon terkini

Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman Prarevolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata seperti kapak batu dan lembing. Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki. Pada abad ke-18 dikenali sebagai Zaman evolusi Industri Pertama, ketika inilah enjin stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson yang menjadikannya lebih baik. Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Pada waktu ini, manusia banyak bergantung hidup kepada tenaga elektrik. Oleh itu manusia mula mencipta radio transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya. Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi. Antara rekaan awal ialah alat "Skru Archimedes yang telah dicipta oleh Archimedes pada tahun 212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk kegunaan manusia Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah, Richard Trevithick membina keretapi wap pertama pada tahun 1804, Alexander Graham Bell dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876. Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Kita telah biasa melihat barangbarang seharian yang digunakan daripada perabot, pakaian,alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat yang digunakan dalam kehidupan seharian telah direka cipta oleh orang - orang tertentu.Barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan rekaannya apabila dikaji dengan teliti.

1.4. Evolusi Reka Cipta Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks. Bagi memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih profesional, malahan reka cipta telah mula menjadi sebagai kerjaya yang tersendiri. Sebagai contoh kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada rekaan yang lebih awal. Teknologi motor telah menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan yang lebih baik. Reka cipta dan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik dan aloi aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam reka bentuk enjin telah menghasilkan prestasi yang lebih baik. Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam penemuan-penemuan dan perkembangan-perkembangan dalam sains dan teknologi. Perubahan dalam reka cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat tinggal yang semakin baik dan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya berpakaian dan evolusi dalam industri muzik. Sekiranya anda menghayati perubahan dalam reka cipta kita akan lebih memahami keadaan-keadaan yang merangsang para pereka cipta. Ia termasuklah bahan-bahan yang digunakan dalam rekaan mereka, teknik-teknik dalam rekaan, kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi permintaan masyarakat.

Rajah 1.3 (a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan empat roda yang kini mengalami evolusi

Rajah 1.3 (b): Barangan/Peralatan Yang Mengalami Evolusi

Rumusan Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna. Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif. Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan manusia. Bidang reka cipta member peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif, produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan.

Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang ke arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan komunikasi,meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk masyarakat berpengetahuan dan bertamadun.

Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih mesra alam dan mesra pengguna.

2.0. Proses reka bentuk. Terdiri daripada; Menganalisis masalah menyiasat idea awalan analisis idea penghalusan keputusan perlaksanaan

Peta Minda Proses Reka Bentuk

Latar belakang masalah

Ekonomi

Data

MENGANALISIS MASALAH

Keperluan

Sebab

Kesan

Pendekatan Idea Nota

Senarai Idea

Analisis

Lakaran

IDEA AWALAN

Brainstrom

Kekuatan

Kos

Fungsi

Kuantiti fizikal

ANALISIS IDEA
Model dan Prototaip Pasaran dan produk Ergonomik

Pasaran dan produk

Pasaran dan produk

Pasaran dan produk

PENGHALUSAN

Pasaran dan produk

Pasaran dan produk

Pasaran dan produk

Terima

Tolak

Gabungkan

KEPUTUSAN

Kaji Semula

Sambung

Berhenti

Spesifikasi

Penyelesaian yang lengkap

PELAKSANAAN

Perincian

Produk / Model

Lukisan Kerja

FUNGSI
Reka bentuk memenuhi fungsi dan tujuan

RUPA BENTUK
Bentuk, warna, tekstur menarik perhatian pengguna

KEMASAN
Sesuai untuk melindungi permukaan, cantik, tarikan

KAEDAH PEMBINAAN
Kaedah mudah, prosese yang tidak rumit. Tidak membazir masa

KETAHANAN
Bahan binaan kukuh, tahan lama

KOS
Kos (bahan, upah, overhead) berpatutan

KESESUAIAN BAHAN

Bahan sesuai dan mudah didapati

KESELAMATAN
Keselamatan pengguna dan alam sekitar