Anda di halaman 1dari 19

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai November 2010

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

KANDUNGAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Pengenalan Program Bina Insan Guru Semester 4 Matlamat dan Objektif Program BIG Objektif Buku Panduan dan Modul Pelaksanaan BIG Garis Panduan Pelaksanaan Ceramah/Bengkel Maklumat Pelaksanaan Ceramah/Bengkel Panduan Aktiviti Kemasyarakatan Peraturan dan Arahan Tetap Program BIG Semester 4 Panel Penggubal dan Pemurnian Modul BIG Semester 4

MUKA SURAT 2 2 3 3 5 6 6 10 16 18

-1-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan Negara. diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

-2-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

1.

PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 4

Program Bina Insan Guru Semester 4 mencakupi satu aktiviti ceramah, bengkel dan satu aktiviti khidmat masyarakat. Melalui program ini pelajar akan didedahkan dengan kefahaman yang menyeluruh berkaitan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti serta akauntabiliti profesionalisma guru ke arah meningkatkan kualiti pendidikan.

Aktiviti ini juga bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Bakal-bakal guru dilatih supaya berupaya berfikir secara positif dan meningkatkan motivasi kerjaya keguruan. Mereka didedahkan dengan kepentingan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab terhadap profesion, masyarakat dan negara. Kesedaran tentang kepentingan hubungan komuniti dan perkhidmatan sosial perlu diterapkan kepada bakal-bakal pendidik supaya mereka berupaya bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu tugas secara bersama. Mereka perlu dilatih supaya berfikir secara reflektif dan kritis ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan dalam kehidupan seharian.

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)


Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak,

nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah -3-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG bermula dengan Perkhemahan I (4 hari 3 malam) yang dilaksanakan pada awal semester pertama dan diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh pengajian mereka di Institut Pendidikan Guru. Aktiviti-aktiviti yang dirancang ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG. Fokus aktiviti perkhemahan II, ceramah, seminar, bengkel dan khidmat masyarakat ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar :

1. Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza. 2. Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti 3. Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 4. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan. 5. Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai. 6. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 7. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial. 8. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

-4-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

9. Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3.

OBJEKTIF BUKU PANDUAN DAN MODUL PELAKSANAAN BIG


Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: i. ii. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG di semua institut perguruan guru, Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG di semua institut pendidikan guru, dan iii. Memastikan pelaksanaan BIG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

-5-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

4.

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN CERAMAH/ BENGKEL


1. Pengendalian ceramah/bengkel dilaksanakan di bawah kendalian Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) IPG. 2. Tugasan ceramah/bengkel ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh 4 jam . 3. Pelaksanaan ini mengambil kira kesesuaian tempat dan kemampuan kewangan semasa pihak institut berkenaan. 4. Pengisian ceramah/bengkel hendaklah melibatkan gabungan ketiga-tiga tajuk yang diberikan berkaitan dengan tema-tema berkenaan. 5. Setiap pelajar dikehendaki menyediakan satu laporan reflektif berkaitan ceramah/ bengkel yang dilaksanakan. Panjang laporan adalah antara 350-500 patah perkataan untuk dibentangkan dalam sesi pembentangan. 6. Laporan hendaklah berbentuk refleksi kendiri ( Kepentingan kepada diri, kerjaya , organisasi dan komuniti )
7.

Laporan ini hendaklah dihantar kepada Tutor Kumpulan selepas aktiviti dilaksanakan.

5.

MAKLUMAT PELAKSANAAN CERAMAH/BENGKEL


5.1 KANDUNGAN TAJUK

Tajuk 1: Pembinaan Insan Guru yang Seimbang 1.1 Guru sebagai insan mulia. 1.2 Kualiti peribadi dan professionalisma seorang guru. 1.3 Pembelajaran berterusan dan seluas hayat.

-6-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

TAJUK 2: Guru dan Hubungan Komuniti 2.1 Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan. 2.2 Guru sebagai agen perubahan masyarakat. 2.3 Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan. TAJUK 3: Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme 3.1 Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia. 3.2 Guru reflektif menjana keberkesanan tugas. 3.3 Etika dan moral professional. 3.4 Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan tanggungjawab guru. 5.2 5.3 5.4 5.5 MASA TEMPAT BILANGAN PESERTA SUMBER/ PERALATAN 1. 2. 3. 4. 5. LCD Kertas ( A4 dan mahjong ) Komputer riba Papan putih Pemadam papan putih : 4 Jam (2 Jam ceramah , 1 Jam bengkel, 1 Jam sesi pembentangan laporan refleksi) : Dewan/Bilik Syarahan : Semua peserta PGSR

-7-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

5.6

HASIL PEMBELAJARAN DAN INDIKATOR PRESTASI Hasil Pembelajaran Indikator Presatasi 1.1 Menjelaskan konsep pembinaan insan guru yang seimbang. 1.2 Menganalisis kepentingan ilmu dan kemahiran dalam pembinaan insan guru. 1.3 Menjelaskan ciri-ciri kualiti peribadi dan profesional seorang guru.

1. Memahami konsep pembinaan insan yang seimbang meliputi aspek ilmu pengetahuan, kemahiran dan sahsiah keguruan.

2. Memahami peranan guru sebagai agen perubahan, membina hubungan komuniti dan memberikan perkhidmatan pendidikan secara adil dan saksama.

2.1 Menjelaskan peranan guru sebagai agen perubahan dalam masyarakat. 2.2 Merancang strategi membina hubungan sekolah dan komuniti. 2.3 Menjelaskan peranan guru dalam merealisasikan konsep pendemokrasian pendidikan dan cabaran-cabaran yang dihadapi.

3. Memahami akauntabiliti dan komitmen guru dalam konteks pelaksanaan tugas, kualiti perkhidmatan serta etika dan moral professional.

3.1 Menjelaskan akauntabiliti dan komitmen guru dalam memberikan perkhidmatan berkualiti. 3.2 Menganalisis peranan guru dalam melaksanakan dasardasar dan wawasan pendidikan negara. 3.3 Menjelaskan kepentingan mengahayati dan mengamalkan nilai dan etika keguruan. 3.4 Kebolehan menggunakan pemikiran reflektif dalam meningkatkan keberkesanan diri.

-8-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

6.

PROSEDUR PELAKSANAAN Langkah / Masa Isi Kandungan 2.1 Isi kandungan berkaitan tajuk yang ditetapkan. Strategi Pelaksanaan Syarahan/ kuliah menggunakan bahan-bahan sokongan tertentu. Fokus Hasil Pembelajaran Membina kefahaman dan penghayatan peserta terhadap kandungan ceramah/ syarahan.

2. Sesi penyampaian input berkaitan tajuk yang telah ditentukan. (120 minit)

3. Aktiviti peserta secara berkumpulan atau bersendirian menyiapkan laporan refleksi ( 60 minit )

3.1 Berdasarkan tugasan yang dikemukakan kepada peserta berkaitan tajuk-tajuk dalam ceramah/syarahan.

Peserta menyiapkan laporan 3.1 Memberikan taklimat tugasan kepada setiap peserta.

Mengintegrasi pengetahuan sedia peserta dan pembelajaran baru berkaitan tajuk ceramah/syarahan.

3.3 Peserta secara individu atau kumpulan menyiapkan Memantapkan penguasaan kandungan tajuk ceramah/ laporan refleksi hasil syarahan. ceramah/ syarahan 4.1 Penjelasan terperinci isi kandungan ceramah/ syarahan berdasarkan perspektif peserta. 4.2 Rumusan penceramah berkaitan ceramah/ syarahan dan membuat penilaian terhadap peserta. 4.1Peserta membentangkan laporan refleksi masingmasing yang telah disiapkan 4.2 Penceramah membuat rumusan berkaitan ceramah yang telah dijalankan dan memberi penilaian hasil laporan berkenaan. Merangsang pemikiran dan refleksi peserta terhadap tajuk seminar ceramah /syarahan.

4.Pembentangan/ Soal jawab/ Rumusan ( 60 minit )

-9-

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

7.

PANDUAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

8.

TUGASAN PELAJAR Peserta dikehendaki mengikuti program sehingga selesai danmenyediakan satu laporan reflektif berkaitan aktiviti yang telah diikuti berdasarkan panduan yang telah ditetapkan. Laporan ini perlu disediakan secara individu.

9.

AKTIVITI KEMASYARAKATAN 9.1 Pengenalan Aktiviti khidmat masyarakat ini direncanakan dalam program Bina Insan Guru ( BIG ) Semester 4 dengan tujuan semua pelajar dapat menjiwai dan merasai kesempitan kehidupan di kawasan yang dipilih untuk aktiviti ini. Kesempitan dan kekangan kehidupan akan memberi pendidikan secara langsung kepada bakal pendidik, seterusnya mempengaruhi pelatih membuat keputusan dalam dunia pendidikan. 9.2 Jenis Khidmat Kemasyarakatan. 9.2.1 khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas) 9.2.1 bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam) 9.2.3 gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan). 9.3 Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti.

9.3.1 kelas tambahan 9.3.2 klinik subjek/ bimbingan pembelajaran. 9.3.3 kem motivasi dan kerjaya 9.3.4 kempen kesedaran pendidikan.

- 10 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Tema

Khidmat Masyarakat 1. Jenis Khidmat Kemasyarakatan. 2. Khidmat Pendidikan Kepada Komuniti. 1. Khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas) 2. Bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam) 3. Gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, dan khidmat kebajikan). 4. Kelas tambahan 5. Klinik subjek/ bimbingan pembelajaran. 6. Kem motivasi dan kerjaya 7. kempen kesedaran pendidikan.

Tajuk

Masa / Tempat Bilangan Peserta

1. 6 jam 2. Kawasan yang difikirkan sesuai oleh pihak HEP 1. Semua pelajar PGSR 1. 2. 3. 4. 5. 6. LCD Kertas ( A4 dan mahjong ) Komputer riba Papan putih Pemadam papan putih Peralatan gotong royong / peralatan yang akan digunakan mengikut kesesuaian program. 7. Kain rentang program.

Sumber / Peralatan

- 11 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program Hasil Pembelajaran dan Indikator Prestasi

Khidmat Masyarakat Hasil Pembelajaran 1. Berjiwa merdeka dan perkasa. 2. Kerohanian dan akhlak keguruan. Indikator Presatasi 1.1 Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. 1.2 Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 2.1. Memahami konsep nilai dan etika keguruan. 2.2. Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. 2.3. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan.

3. Berilmu, beramal dan berbakti. 4. Berakauntabiliti dan amanah.

3.1 Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama dan tanggungjawab. 3.2 Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 4.1. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 4.2. Menunjukkan kepekaan dan bertindak balas secara positif kepada realiti persekitaran. 4.3. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan. 4.4. Menunjukkan komitmen dalam melaksanakan peranan.

5. Kreatif dan inovatif

5.1. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 5.2. Berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan

- 12 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Program

Khidmat Masyarakat kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti. 5.3. Berupaya berfikir secara reflektif dalam nilai kelemahan dan kekuatan diri untuk melakukan penambahbaikan.

Plan Kontigensi

Jabatan HEP perlu menyediakan plan kontigensi bagi setiap aktiviti atau program yang dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan luar jangka.

- 13 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa
1. Persediaan Perancangan ( 2 Jam )

Isi Kandungan Perancangan


-

Strategi Pelaksanaan Persediaan Perancangan


Bentuk JK Kerja dan spesifikasi tugas. Memberi penjelasan, kefahaman tentang tujuan program. Membina plan kerja. Menyediakan proposal program. Menentukan lokasi program. Mendapatkan mandat / maklumat program daripada pihak HEP dan pihak-pihak berkaitan. - Ketua Jabatan HEP - Ketua Unit BK-HEP - Pensyarah Tutor - Pihak atau agensi yang berkaitan dengan program. Tinjauan lokasi Analisa SWOT atau 4W1H Bergantungan kepada lokasi dan sasaran di mana program ini akan dilaksanakan. Program yang melibatkan Rumah Anak Yatim, agensi yang terlibat seperti Jbtn. Kebajikan Masyarakat Negeri, ADUN, JKKK dan lain-lain. Menyediakan kertas cadangan yang lengkap -

Fokus Hasil Pembelajaran


Dapat menguasai kemahiran membuat pengurusan secara strategik ( strategic planning management ) Dapat mengaplikasikan analisa SWOT / 4WIH untuk menjana strategi. Melatih diri membuat rundingcara secara profesional Dapat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah.

Hala tuju program

Analisa Persekitaran Isu dan matlamat program

Contoh:-

Menyediakan Plan

- 14 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Langkah /Masa

Isi Kandungan Tindakan Program


-

Strategi Pelaksanaan
Mengadakan mesyuarat JK Kerja dan agihan kerja. Menyediakan jadual program yang lengkap untuk edaran semua JK dan pihak-pihak yang terlibat. Melaksanakan taklimat awal program kepada semua ahli yang terlibat. Melaksanakan semua tugasan dalam bidang kuasa yang telah ditetapkan. Berhubung dengan pihak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu masalah . Menyelaras semua kerja mengikut keperluan semasa. Membantu JK-JK lain melicinkan program. Melaksanakan semua aktiviti yang telah dirancangkan mengikut jadual. Mesyuarat akhir / postmortem. Menyediakan laporan reflektif untuk dihantar kepada tutor. Mengembalikan semua barang dan peralatan pinjaman. Menghantar surat penghargaan terima kasih kepada agensi luar yang terlibat. -

Fokus Hasil Pembelajaran

2. Semasa dan Selepas Program dilaksanakan (4 Jam)

Semua JK Kerja bertindak dan melaksanakan tanggungjawab mengikut bidang dan spesifikasi kerja yang telah ditetapkan

Dapat mengetahui prinsinp penggunaan ruang dan tanggungjawab. Mendalami jiwa masyarakat yang pelbagai dalam proses menyesuaikan diri di alam pendidikan.

Membuat penilaian program dan membuat refleksi.

Dapat menguasi kemahiran membuat keputusan dan menghargai keputusan secara musyawarah. Dapat membuat penilaian dan refleksi diri tentang menghadapi perubahan dalam bidang perguruan.

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM BIG SEMESTER 4

- 15 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

Peraturan dan arahan tetap program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut:

1. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG. 2. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. 3. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan . 4. Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat. 5. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan. 6. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran) 7. Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. 8. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan. 9. Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar. 10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang aktiviti adalah ditegah. 12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama )..

- 16 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti . 14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 15. Peserta dilarang menganggu dan merosakkan flora dan fauna atau merosakkan habitatnya. 16. Peserta dilarang keluar dari lokasi aktiviti kecuali dengan kebenaran. 17. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. 18. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 19. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 20. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 21. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia.

PERINGATAN Semua petugas yang dilantik / tutor diminta berada di lokasi dari mula sehingga tamat aktiviti . Mentor / tutor diminta bersama pelajar pada setiap aktiviti yang dijalankan.

- 17 -

PANDUAN PELAKSANAAN DAN MODUL PROGRAM BINA INSAN GURU

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN MODUL PRORAM BINA INSAN GURU ( BIG ) SEMESTER 4 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PGSR ) NOVEMBER 2010 Nama 1. Haji Aleas bin Md Isa (Penyelaras) Jabatan / Institut Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Akademik Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 1, Enterprise Building 3, Blok 2200 Jalan Persiaran Apec Cyber 6, 63000 Cyberjaya Pensyarah/Fasilitator BIG Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Bandar Darulaman 06000 Jitra, Kedah Pensyarah/Fasilitator BIG Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Bandar Darulaman 06000 Jitra, Kedah Pensyarah/ Fasilitator BIG Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru

2.

Encik Ahmad Sukri bin Mustaffa

3.

Encik Mohamad Hafedz bin Salleh

4.

Haji Norhizan bin Zainol

- 18 -

Anda mungkin juga menyukai