Anda di halaman 1dari 2

Pernyataan Profesional

Sebagai salah seorang guru pelatih PISMP Semester 5 di IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru, saya diwajibkan untuk menjalankan praktikum fasa 1 selama empat minggu. Praktikum fasa pertama ini diijalankan di SJK(C) Ping Ming, Lima Kedai yang berlangsung dari 1 April 2013 hingga ke 26 April 2013. Profesion guru ini merupakan suatu profesion yang dianggap mulia. Pengorbanan yang dilakukan seseorang guru yang bertanggungjawab terhadap muridmuridnya adalah tidak dapat dinafikan. Bagi pendapat saya, untuk mendidik generasi yang akan datang ke arah maju jaya, warga pendidik memainkan peranan yang amat penting. Justeru, saya ingin menyumbang kepada negara saya melalui haluan ini. Namun, sebelum ini, sebagai seorang guru pelatih, saya perlulah membina jati diri seorang guru dalam diri saya sendiri. Melalui latihan praktikum ini, hal ini telah menjadi azam dan harapan saya. Pelbagai pendedahan dalam bidang perguruan khususnya dalam pendidikan pemulihan khas. Daripada latihan praktikum ini juga dapat saya memahami dan mengenali budaya murid, guru, dan sekolah secara mendalam sebagai suatu pendedahan awal sebelum menjalankan tugas sebagai seorang guru sebenar pada masa kelak. Pendedahan awal ini sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru termasuklah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, kedatangan saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Demi mencapai harapan ini, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Di samping itu, hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah juga dapat saya jalinkan. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat membantu

meningkatkan

prestasi

murid-murid.

dan

sekolah.

Akhir

sekali,

saya

dapat

meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang pemulihan. Semua ilmu dalam bentuk teori yang dipelajari sepanjang 4 semester sebelum ini akan saya cuba mempraktikkan di samping bantuan nasihat daripada sahabat-sahabat terdekat saya terutamanya mereka yang sudah berpengalaman dalam menjalani latihan praktikum. Saya memahami bahawa bukannya mudah untuk mengendalikan satu sesi pengajaran apatah lagi apabila pengajaran itu melibatkan pelajar-pelajar berkeperluan khas. Kesimpulannya, saya berharap saya dapat banyak menimba perkara berguna di sekolah tersebut sebagai persediaan untuk bergelar guru di samping membina rapport dengan guru-guru sekolah itu.

Disediakan oleh,

(TRACY LEE MENG SYN)