Anda di halaman 1dari 16

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

135

LATIHAN PROFESIONAL DAN HUBUNGANNYA DENGAN PERSONALITI DAN KEMAHIRAN PENGETUA DAN GURU BESAR NOVIS DI MALAYSIA

SHARIFFAH SEBRAN JAMILA SYED IMAM MOHAMMED SANI IBRAHIM

ABSTRAK

KEMAJUAN: Pengetua dan guru besar merupakan penentu kepada kecemerlangan sesebuah sekolah. Sehubungan itu, ciri personaliti dan tahap kemahiran merupakan faktor utama yang mempengaruhi kejayaan seseorang pemimpin sekolah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kaedah tinjauan untuk melihat tahap personaliti dan kemahiran serta hubungan latihan profesional terhadap ciri personaliti dan tahap kemahiran terhadap pengetua dan guru besar novis. Kajian ini melibatkan seramai 116 pengetua dan 213 orang guru besar novis. Data dianalisis menggunakan deskriptif dan inferensi. Oleh itu, ujian MANOVA digunakan bagi melihat perbezaan signifikan ciri personaliti dan tahap kemahiran terhadap latihan profesional, jawatan, jantina dan tempoh memegang jawatan, manakala ujian Model Persamaan Struktural digunakan bagi melihat hubungan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis. Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap personaliti dan kemahiran terhadap latihan profesional yang dihadiri, jawatan dan tempoh memegang jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan signifikan ciri personaliti dan tahap kemahiran terhadap jantina pengetua dan guru besar novis. Namun terdapat hubungan yang positif signifikan secara langsung latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran serta hubungan positif signifikan secara tidak langsung terhadap tahap kemahiran pengetua dan guru besar novis. Kesimpulan, latihan profesional merupakan elemen utama untuk meningkatkan tahap personaliti dan kemahiran bagi melahirkan pemimpin sekolah yang berwibawa dalam menghadapi pengurusan sekolah yang semakin kompleks dan mencabar serta tekanan perubahan pendidikan dalam abad ke 21.

PENGENALAN

Kecemerlangan organisasi sekolah berkait dengan kredibiliti dan kualiti diri yang dimiliki pengetua dan guru besar. Namun, peranan pengetua dan guru besar semakin berubah selari dengan tuntutan dan perubahan dunia, ekoran daripada tekanan globalisasi dan kemajuan yang begitu pesat dalam bidang pendidikan. Oleh demikian, pengetua dan guru besar novis perlu bersedia membina kualiti diri dan kemahiran dalam menghadapi perubahan serta cabaran pendidikan yang semakin kompleks dalam abad ke-21. Drake dan Roe (2003) pula mendapati ramai pengetua atau guru besar novis merasai dilema sebagai pengurus dan bimbang dengan tugas-tugas sebagai pengetua atau guru besar. Pengetua novis sering menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan daripada pelbagai pihak, situasi ini sering memberi tekanan pada awal

136 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

perlantikan mereka (Cheung & Walker 2006). Bagi Daresh (2001) menjelaskan ramai pengetua novis mengambil masa hingga dua tahun untuk berhadapan dengan tekanan yang dihadapi. Sebalikknya bagi Ribbins (1999) meletakan tiga tahun masa untuk seseorang pemimpin novis bersedia menghadapi segala tekanan. Sehubungan itu pengetua novis harus berusaha meningkatkan keyakinan diri, integriti dan iltizam dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai pemimpin sekolah. Kurang latihan induksi dan latihan profesional yang berkualiti bagi pengetua dan guru besar novis menjadi isu utam masa kini di seluruh dunia, di ikuti dengan peranan dan tanggungjawab pemimpin sekolah yang semakin kompleks (Lau 2000; Walker & Dimmock 2005). Bagi Khair (2006) pula menyatakan latihan untuk melahirkan barisan kepimpinan pendidikan perlu dimantapkan selaras dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan. Penguasaan ilmu dan kemahiran pengurusan dalam kalangan pemimpin sekolah juga perlu dipertingkatkan menerusi program latihan yang komprehensif dan bersepadu. Memandangkan peranan pemimpin sekolah amat penting dalam menentukan kualiti dan paksi masa depan pendidikan negara. Justeru itu, sewajarnya penekanan latihan profesional bagi pengetua dan guru besar novis perlu diberi perhatian serius dan membuat perubahan yang signifikan dalam menghadapi tekanan pendidikan yang semakin kompleks dan mencabar dalam abad ke 21 (Brown 2006).

PERNYATAAN MASALAH

Kecemerlangan sekolah sering menjadi kayu pengukur terhadap fungsi dan peranan

seseorang pengetua atau guru besar novis. Bagi pengetua atau guru besar yang baru dilantik sering dinilai oleh guru-guru, stakeholder termasuk masyarakat setempat. Terdapat dua persoalan yang sering dikaitkan iaitu (1) Adakah mereka berjaya memimpin dan mengurus dengan berkesan? dan (2) Apakah permasalahan yang wujud di sebalik tugas dan peranan yang dipertanggungjawabkan kepada mereka?

dalam menghadapi cabaran

Seterusnya, Chan (2003) pula menyatakan ketidakcekapan atau ketidakberkesanan pengetua atau guru besar pada awal perlantikan mereka disebabkan tiga sebab utama iaitu (1) Ketiadaan pengalaman sebagai penolong kanan, (2) Ketiadaan latihan profesional yang mantap serta (3) Ketiadaan proses mengambil alih tugas secara berkesan. Oleh yang demikian, kajian lanjut sangat perlu untuk melihat sejauh mana latihan yang diperolehi oleh pengetua atau guru besar novis membantu meningkatkan kemahiran dalam mengurus dan memimpin sekolah. Selain itu, Ishak Sin (2004) pula menjelaskan ciri pengetua berkesan adalah seseorang yang memiliki ciri peribadi unggul yang menjadi tunjang kepada kejayaan seorang pemimpin. Namun begitu, Hamidon (2001) mendapati beberapa laporan media yang melibatkan kes pengetua dan guru besar menunjukkan tahap integriti dan etika melibatkan profesionalisme pengurus dan pemimpin sekolah semakin menurun, maka dengan itu ciri personaliti perlu dikaji bagi memastikan pemimpin yang dilantik mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.

sebagai pemimpin sekolah yang semakin kompleks.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

137

Sehubungan dengan itu, Hussein (2007) menjelaskan ketidakkecekapan dan ketidakberkesanan pengurusan dan kepimpinan menjadi agenda dalam ciri kepimpinan etika dan moral. Peningkatan kes salah laku atau disiplin akan menular apabila ramai pengetua atau guru besar tidak mempunyai ciri personaliti yang berkualiti dalam diri mereka. Maka sewajarnya kajian perlu dilaksanakan bagi melihat ciri personaliti dan fokus diberikan terhadap pengetua atau guru besar novis.

Amin Senin et al. (2007) menyatakan dapatan menunjukkan pengetahuan calon guru besar terhadap pengurus dan kepimpinan sekolah adalah pada tahap sederhana dalam bidang pengurusan dan kepimpinan sekolah. Oleh itu, kajian perlu dijalankan untuk melihat sejauh mana personaliti dan tahap penguasaan kemahiran pengetua atau guru besar novis dalam mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat ciri personaliti seorang pemimpin dan tahap kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual yang dikuasai oleh pengetua dan guru besar novis. Selain itu, pengkaji ingin melihat latihan profesional dan sistem mentoran dan hubungan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.

OBJEKTIF KAJIAN

Berdasarkan pernyataan yang dibincangkan, objektif kajian ini terdapat adalah seperti berikut:

1. Mengenal pasti tahap personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti bagi pengetua dan guru besar novis.

2. Mengenal pasti tahap kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual bagi pengetua dan guru besar novis.

3. Mengenal pasti keperluan latihan profesional dan keperluan sistem sokongan terhadap kepimpinan pengetua dan guru besar novis

4. Mengenal pasti perbezaan ciri personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan latihan profesional, jantina, tempoh memegang jawatan dan jawatan bagi pengetua dan guru besar novis.

5. Mengenal pasti perbezaan tahap kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan latihan profesional, jantina, tempoh memegang jawatan dan jawatan bagi pengetua dan guru besar novis.

6. Mengenal pasti sekiranya terdapat kesepadanan model pengukuran bagi latihan profesional, personaliti dan kemahiran dengan data kajian.

7. Mengenal pasti sekiranya terdapat hubungan yang signifikan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.

138 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

SOALAN KAJIAN

1. Apakah tahap personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti bagi pengetua dan guru besar novis?

2. Apakah tahap kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual bagi pengetua dan guru besar novis?

3. Apakah keperluan latihan pembangunan profesional terhadap kepimpinan pengetua dan guru besar novis?

4. Apakah keperluan sistem sokongan iaitu sistem mentoran terhadap

kepimpinan pengetua dan guru besar

novis?

5. Adakah terdapat perbezaan signifikan personaliti; kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan latihan profesional dan jawatan bagi pengetua dan guru besar novis?

6. Adakah terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan latihan profesional dan jawatan bagi pengetua dan guru besar novis?

7. Adakah terdapat perbezaan signifikan ciri personaliti, tahap kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan jantina dan tempoh memegang jawatan bagi pengetua dan guru besar novis?

8. Sejauh mana terdapat kesepadanan model pengukuran bagi latihan profesional, personaliti dan kemahiran dengan data kajian?

9. Sejauh mana terdapat hubungan yang signifikan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis?

HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan objektif dan persoalan kajian 16 hipotesis telah dibentuk dan perincian hipotesis dihuraikan seperti berikut:

Ho1: Terdapat perbezaan signifikan ciri-ciri personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti dan tahap kemahiran iaitu teknikal, kemanusiaan dan konseptual berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho2: Terdapat perbezaan signifikan ciri-ciri personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan tahap kemahiran iaitu teknikal, kemanusiaan dan konseptual berdasarkan jawatan terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan interaksi antara latihan profesional dan jawatan berdasarkan ciri-ciri personaliti terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho4: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

139

Ho5: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Ho6: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis berdasarkan kemahiran teknikal. Ho7: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan pengurusan konflik berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho8: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal berdasarkan jawatan pengetua dan guru besar novis. Ho9: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis berdasarkan tahap kemahiran kemanusian. Ho10: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran konseptual iaitu penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho11: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran konseptual dalam penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan jawatan pengetua dan guru besar novis. Ho12: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis berdasarkan tahap kemahiran konseptual. Ho13: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap Personaliti, Kemahiran Teknikal, Kemahiran Kemanusiaan Dan Kemahiran Konseptual Berdasarkan Jantina terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho14: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap Personaliti, Kemahiran Teknikal, Kemahiran Kemanusiaan Dan Kemahiran Konseptual Berdasarkan tempoh memegan jawatan dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Ho15: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan jantina dan tempoh memegang jawatan terhadappengetua dan guru besar novis. Ho16: Tidak terdapat hubungan yang signifikan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.

KAJIAN LITERATUR

Kepimpinan pemimpin sekolah merupakan isu yang sentiasa menjadi perhatian dalam dunia pendidikan. Zaidatol dan Foo (2003) menyatakan peranan pengetua atau guru besar sekolah telah dibahaskan oleh para sarjana sepanjang abad ke-20 dan sering menjadi perhatian pelbagai pihak. Pandangan Gettys (2007) menyatakan pengetua adalah kunci kepada kejayaan sesebuah sekolah. Manakala Musa (2001) pula berpendapat bahawa pengetua memainkan peranan yang amat

140 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

penting dalam menentukan kualiti kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh itu, isu kepimpinan sekolah akan terus bincangkan bagi membangunkan kualiti kepimpin sekolah seiring dengan perkembangan pendidikan dunia. Kajian tret telah membuktikan bahawa terdapat beberapa ciri istimewa yang membezakan pemimpin dengan bukan pemimpin. Namun terdapat secara tekal, beberapa ciri pemimpin berkesan yang dikenal pasti antaranya ialah memiliki ciri- ciri kecerdasan, bijaksana, kematangan emosi, tabah, tekun, gigih, cekal, jujur, cergas, asertif, waspada, berpengetahuan luas, cekap membuat keputusan, mudah menyesuaikan diri, mempengaruh orang lain, bertenaga, mempunyai penampilan yang menarik, fleksibel dan mempunyai darjah keyakinan yang tinggi (Bass 1990:

Ishak Sin 2004). Kajian terhadap kepimpinan kemahiran telah dijalankan sejak beberapa tahun secara langsung atau tidak langsung (Bass, 1990). Model Kepimpinan Kemahiran telah dipelopori oleh beberapa orang tokoh dengan pelbagai penambahbaikan memandangkan kemajuan teknologi dan globalisasi menuntut pemimpin mempunyai kemahiran dan pengetahuan. Menurut Katz (1955, 1974), seseorang pentadbir atau pengurus dalam organisasi perlu mempunyai pengetahuan, kebolehan atau kemahiran dalam meletakkan matlamat atau objektif organisasi. Katz mengenal pasti tiga kemahiran iaitu kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual yang perlu dikuasai oleh seseorang pengurus dalam membangunkan organisasi dengan efektif dan efisien. Justeru akhir-akhir ini, aspek kemahiran semakin mendapat tempat dalam kajian kontemporari masa kini. Menurut Mumford et al. (2000), seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan, kebolehan dan kemahiran untuk menjadi seorang pemimpin yang berkesan. Tambah pula, kebolehan dan kemahiran boleh dipelajari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Latihan Pembangunan Profesional Latihan merupakan satu proses pembelajaran yang disusun untuk mengubah sikap, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran agar prestasi kerja dapat sentiasa dipertingkatkan. Latihan adalah satu set pengalaman pembelajaran terancang yang direkabentuk bertujuan untuk meningkatkan prestasi kerja (Asmah 2003; Blanchard dan Thacker 2004; Ibrahim 2001). Gettys (2007) telah membuat kajian terhadap 54 orang pengetua baru di Columbia. Dapatan kajian beliau menunjukkan pengetua novis memerlukan latihan bagi menyesuaikan perubahan persekitaran dan membantu mereka membangunkan kemahiran kepimpinan. Ramai menyokong bahawa latihan profesional dapat melengkapkan diri seseorang pemimpin selangkah kehadapan (Yukl 2006; Ainon 2005; Barnett 2005; Abdul Shukur (2004). Menurut Mumtaz (2008) pula, latihan merupakan satu seni atau proses ke arah mencapai matlamat kumpulan atau organisasi. Latihan merupakan satu proses peningkatan pengetahuan, perkembangan kemahiran, perubahan tingkah laku, sikap serta memperbaiki kebolehan untuk menjalankan tugas yang lebih efisien dan berkesan. Dengan itu, latihan sangat penting untuk membentuk pekerja yang lebih produktif dan efektif.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

141

Bagi Bywaters (1998) pula, latihan profesional yang disediakan kepada pengetua atau guru besar novis di Australia merujuk kepada pembinaan kemahiran kritikal, perkongsian pengalaman, percambahan minda, kepakaran, refleksi yang berorientasikan kepada pengurusan sekolah. Oleh itu, program yang disediakan perlu memenuhi perkembangan masa kini. Walau bagaimanapun, Goodney (2007) pula menyatakan bahawa masih kurang latihan pemimpin yang mengikut perkembangan dan cabaran masa kini. Oleh demikian semua pihak yang terlibat dalam menyediakan latihan profesional kepada pemimpin sekolah perlu peka kepada keperluan dan perkembangan masa kini.

METODOLOGI

Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini melibatkan pengetua dan guru besar novis yang baru dilantik memegang jawatan mulai tahun 2006 sehingga 2008 di seluruh Malaysia. Instrument kajian, soal selidik dibina sendiri oleh pengkaji, Item-item dibina berdasarkan bacaan dan rujukan yang luas serta perbincangan dengan penyelia dan pakar-pakar yang dilantik. Kesahan muka (face validity) telah dijalankan. Manakala Kesahan kandungan (content validity) dijalankan dengan melantik pakar. Soal selidik kajian ini mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A yang meliputi faktor demografi. Bahagian B pula meliputi aspek dimensi personaliti iaitu ciri kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti. Sementara Bahagian C meliputi aspek tahap kemahiran iaitu kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual. Bahagian D berkaitan dengan latihan profesional dan sistem mentoran. Kajian rintis telah dijalankan melibatkan 207 pengetua dan guru besar di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, N. Sembilan, Pahang, Melaka, Johor dan Sabah. Maklum balas yang diperolehi daripada kajian rintis akan digunakan untuk membaiki instrumen yang dibina. Analisis faktor dijalankan untuk memastikan item yang bina dapat mewakili pembolehubah yang diuji, oleh itu sebanyak 49 item digugurkan kerana tidak mewakili konstruk yang diuji. Seterusnya, data dianalisis secara deskriftif dan inferensi serta analisis Amos dijalankan bagi menguji model pengukuran dan model persamaan struktural.

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan seramai 116 (35.3%) orang pengetua dan 213 (64.7%) orang guru besar dengan menjelaskan tentang latar belakang responden. Kajian ini membabitkan 116 orang (35.3%) pengetua dan 213 orang (64.7%) guru besar novis yang terdiri daripada 85 orang (25.8%) telah 1 tahun dilantik menjadi pengetua/guru besar, 110 orang (33.4%) telah 2 tahun dilantik menjadi pengetua/guru besar dan 134 orang (40.7%) telah 3 tahun dilantik menjadi pengetua/guru besar serta terdapat 174 (52.9%) orang pengetua/guru besar lelaki berbanding 155 (47.1%) orang pengetua/guru besar perempuan. Kajian ini juga melibatkan 886 orang penolong kanan, di mana 289 orang (33.1%) PK 1, 296 orang

142 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

(33.4%) PK HEM dan 297 orang (33.5 %) PK Kokurikulum terdiri daripada sekolah-sekolah responden kajian.

Soalan Kajian 1: Apakah tahap personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti terhadap pengetua dan guru besar novis? Dapatan kajian menunjukkan skor min penilaian pengetua dan guru besar (n= 329) mempunyai tahap personaliti kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti pada tahap yang sangat tinggi. Manakala bagi skor min penilaian penolong-penolong kanan (n = 886) menunjukkan pengetua dan guru besar mempunyai ciri personaliti kecerdasan tahap tinggi dan sebaliknya ciri keyakinan diri, iltizam dan integriti pada tahap yang sangat tinggi. Namun skor min penilaian pengetua dan guru besar lebih tinggi berbanding penilaian penolong-penolong kanan terhadap ciri personaliti kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti.

Soalan Kajian 2: Apakah tahap kemahiran teknikal (kurikulum, kewangan dan sumber manusia), kemahiran kemanusiaan (interpersonal, komunikasi dan konflik) dan kemahiran konseptual (visi, misi dan kreativiti) bagi pengetua dan guru besar novis? Analisis menunjukkan skor min penilaian pengetua dan guru besar bagi kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia pada tahap yang sangat tinggi. Manakala skor min penilaian penolong-penolong kanan bagi kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum dan kewangan pada tahap sangat tinggi sebaliknya pengurusan sumber manusia pada tahap yang tinggi sahaja. Keseluruhan penilaian pengetua dan guru besar lebih tinggi berbanding penolong- penolong kanan. Hasil dapatan menunjukkan skor min penilaian pengetua dan guru besar bagi kemahiran kemanusiaan iaitu pengurusan interpersonal, komunikasi dan konflik pada tahap yang sangat tinggi. Manakala skor min penilaian penolong- penolong kanan bagi kemahiran kemanusiaan iaitu pengurusan interpersonal dan komunikasi pada tahap sangat tinggi sebaliknya pengurusan konflik pada tahap yang tinggi sahaja. Keseluruhan penilaian pengetua dan guru besar lebih tinggi berbanding penolong-penolong kanan. Seterusnya, analisis menunjukkan skor min penilaian pengetua dan guru besar bagi kemahiran konseptual iaitu visi dan misi pada tahap yang sangat tinggi sebaliknya kemahiran kreativiti pada tahap tinggi sahaja. Manakala skor min penilaian penolong-penolong kanan bagi kemahiran konseptual iaitu visi pada tahap sangat tinggi sebaliknya kemahiran penetapan misi dan kreativiti pada tahap yang tinggi sahaja. Keseluruhan penilaian pengetua dan guru besar lebih tinggi berbanding penolong-penolong kanan.

Soalan Kajian 3: Apakah keperluan latihan pembangunan profesional terhadap kepimpinan pengetua dan guru besar novis? Dapatan analisis secara keseluruhan menunjukkan latihan dapat meningkat keyakinan diri, iltizam, interpersonal, mengurus kurikulum dengan cekap, mengurus sumber manusia dengan cekap dan mengurus kewangan dengan cekap, membantu

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

143

membina visi dan misi sekolah berada pada tahap yang sangat tinggi. Ini menunjukkan latihan yang dihadiri telah berjaya meningkatkan kecekapan diri pengetua/guru besar novis. Namun bagi latihan yang dihadiri mencukupi meningkatkan kecekapan hanya di tahap tinggi sahaja. Ini menunjukkan pengetua/guru besar novis masih memerlukan latihan berterusan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kecekapan untuk mengurus sekolah.

Soalan Kajian 4: Apakah keperluan sistem mentoran terhadap kepimpinan pengetua dan guru besar novis? Analisis melihat pandangan pengetua/guru besar novis terhadap cadangan sistem mentoran. Dapatan menunjukkan pengetua/guru besar memberikan skor min sangat tertinggi bahawa sistem mentoran sangat perlukan, dapat membantu meningkatkan kecekapan, penting diwujudkan serta dapat membimbing pengetua/guru besar novis. Justeru, sistem mentoran amat disokong oleh pengetua/guru besar novis.

Soalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan personaliti; kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan latihan profesional dan jawatan bagi pengetua dan guru besar novis?

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ciri personaliti; kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan latihan profesional. Hipotesis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ciri personaliti; kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti terhadap latihan profesional pengetua dan guru besar novis, maka Ho1 ditolak. Analisis lanjutan, ANOVA berganda menunjukkan ciri iltizam dan integriti mempunyai perbezaan yang signifikan berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Sebaliknya analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan ciri personaliti kecerdasan dan keyakinan diri terhadap pengetua dan guru besar novis. Analisis menunjukkan guru besar novis mempunyai tahap iltizam dan integriti yang lebih tinggi berbanding dengan pengetua novis.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan personaliti; kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan jawatan. Hipotesis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ciri personaliti; kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan jawatan pengetua dan guru besar novis, maka Ho2 ditolak. Analisis lanjutan ANOVA berganda menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ciri personaliti iltizam terhadap jawatan pengetua dan guru besar novis. Sebaliknya analisis menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan ciri personaliti kecerdasan, keyakinan diri dan integriti berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar. Analisis lanjutan menunjukkan guru besar novis mempunyai iltizam yang lebih tinggi berbanding dengan pengetua novis. Oleh itu, ini menunjukkan guru besar mempunyai pendirian, komitmen, berdaya saing dan azam yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pengetua novis.

144 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesan interaksi antara latihan profesional dan jawatan berdasarkan ciri-ciri personaliti terhadap pengetua dan guru besar novis. Analisis ujian MANOVA bagi kesan interaksi antara latihan profesional dengan jawatan terhadap tahap ciri-ciri personaliti iaitu kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti, nilai Pillai’s Trace = .008, F (4, 320) = .686 dan p = .602 (p > 0 .05). Keadaan ini menunjukkan bahawa hipotesis Ho3 diterima, di mana tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan tahap ciri-ciri personaliti kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan integriti berdasarkan latihan profesional dan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Oleh itu, tiada kesan interaksi antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis terhadap tahap ciri-ciri personaliti.

Soalan Kajian 6: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia, tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan pengurusan konflik dan kemahiran konseptual iaitu penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan latihan profesional dan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis?

Ho4: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis? Ho5: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, pengurusan kewangan dan pengurusan sumber manusia berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Ho6: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis berdasarkan tahap kemahiran teknikal.

Ujian MANOVA menunjukkan tahap kemahiran pengurusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia berdasarkan faktor latihan profesional, nilai Pillai’s Trace = .035, F (4, 321) = 3.35 dan p = .010 (p < 0 .05). Ini menunjukkan hipotesis Ho4 ditolak, maka terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknikal iaitu pengurusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia berdasarkan latihan profesional di antara pengetua dan guru besar novis. Bagi perbandingan tahap kemahiran teknikal dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia berdasarkan jawatan, nilai Pillai’s Trace = .006, F (3, 321) = .694 dan p = .556 (p < 0 .05). Ini bermakna hipotesis Ho5 diterima, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknikal dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan sumber manusia berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Bagi kesan interaksi antara latihan profesional dengan jawatan terhadap tahap kemahiran teknikal nilai Pillai’s Trace = .004, F (4, 321) = .432 dan p = .730 (p > 0 .05). Keadaan ini menunjukkan bahawa hipotesis Ho6 diterima, di mana tidak

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

145

terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis berdasarkantahap kemahiran teknikal. Analisis ujian ANOVA, menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknikal bagi pengurusan kurikulum dan pengurusan kewangan berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Sebaliknya tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknikal bagi pengurusan sumber manusia berdasarkan latihan profesional. Analisis menunjukkan guru besar novis mempunyai tahap kemahiran yang lebih tinggi berbanding pengetua novisi terhadap kemahiran teknikal iaitu dalam pengurusan kurikulum, kewangan dan pengurusan sumber manusia. Ini membuktikan guru besar lebih berkemahiran dalam pengurusan teknikal berbanding dengan pengetua novis.

Ho7: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan pengurusan konflik berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho8: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan pengurusan konflik berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Ho9: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan berdasarkan tahap kemahiran kemanusiaan.

Ujian MANOVA mendapati perbandingan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan pengurusan konflik berdasarkan faktor latihan profesional, nilai Pillai’s Trace = .88, F (3, 321) = 10.278 dan p = .000 (p < 0 .05). Ini bermakna hipotesis Ho7 ditolak, maka terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan kemahiran pengurusan konflik berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Bagi perbandingan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan kemahiran pengurus konflik berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis, nilai Pillai’s Trace = .013, F (3, 321) = 3.21 dan p = .232 (p > 0 .05). Ini menunjukkan hipotesis Ho8 diterima, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran kemanusiaan iaitu kemahiran interpersonal, komunikasi dan kemahiran pengurusan konflik berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Bagi kesan interaksi antara latihan profesional dengan jawatan terhadap tahap kemahiran kemanusiaan nilai Pillai’s Trace = .019, F (3, 321) = 2.035 dan p = .109 (p > 0 .05). Analisis menunjukkan bahawa hipotesis Ho9 diterima, di mana tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis terhadap tahap kemahiran kemanusiaan. Oleh itu, tiada kesan interaksi antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis terhadap tahap kemahiran kemanusiaan.

146 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

Analisis ujian ANOVA berganda menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran interpersonal dan kemahiran pengurusan konflik berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan signifikan di antara latihan profesional terhadap tahap kemahiran komunikasi terhadap pengetua dan guru besar novis. Hasil analisis skor min menunjukkan pengetua dan guru besar novis yang menghadiri latihan profesional mempunyai tahap kemahiran interpersonal, kemahiran komunikasi dan pengurusan konflik yang lebih tinggi berbanding bagi pengetua dan guru besar novis yang belum menghadiri latihan profesional. Secara keseluruhan dapatan menunjukkan guru besar novis mempunyai tahap kemahiran interpersonal, komunikasi dan kemahiran pengurusan konflik yang lebih tinggi berbanding tahap kemahiran pengetua novis. Ini membuktikan guru besar novis mempunyai kemahiran kemanusiaan yang lebih tinggi berbanding pengetua novis. Ini bermakna guru besar novis lebih mahir menjalingkan hubungan dengan semua orang, berkomunikasi dan mengurus konflik dengan lebih cekap berbanding dengan pengetua novis.

Ho10: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran konseptual iaitu penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Ho11: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kemahiran konseptual iaitu penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Ho12: Tidak terdapat perbezaan signifikan kesan interaksi latihan profesional dengan jawatan berdasarkan tahap kemahiran konseptual terhadap pengetua dan guru besar novis.

Hasil analisis ujian MANOVA mendapati perbandingan tahap kemahiran konseptual dalam penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan latihan profesional nilai Pillai’s Trace = .61, F (3, 321) = 6.967 dan p = .000 (p < 0 .05). Ini bermakna hipotesis Ho10 ditolak, maka terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran konseptual iaitu penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Bagi perbandingan kemahiran konseptual iaitu penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis, nilai Pillai’s Trace = .008, F (3, 321) = .860 dan p = .462 (p > 0 .05). Ini menunjukkan hipotesis Ho11 diterima, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan kemahiran konseptual dalam penetapan visi, misi dan kemahiran kreativiti berdasarkan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis. Bagi kesan interaksi antara latihan profesional dengan jawatan terhadap kemahiran konseptual nilai Pillai’s Trace = .004, F (3, 321) = .395 dan p = .756 (p > 0 .05). Keadaan ini menunjukkan bahawa hipotesis Ho12 diterima, di mana tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara latihan profesional dengan jawatan di antara pengetua dan guru besar novis terhadap tahap kemahiran konseptual.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

147

Analisis ujian ANOVA berganda menunjukkan terdapat perbezaan signifikan bagi penepatan visi dan misi dan kemahiran kreativit berdasarkan latihan profesional terhadap pengetua dan guru besar novis. Seterusnya, analisis diskriptif skor min menunjukkan pengetua novis mempunyai kemahiran lebih tinggi dalam penetapan visi dan misi berbanding guru besar novis. Sebaliknya guru besar novis mempunyai tahap kemahiran kreativiti yang lebih tinggi berbanding pengetua novis. Ini menunjukkan, pengetua novis mempunyai tahap kemahiran penetapan visi dan misi lebih tinggi. Manakala guru besar novis mempunyai tahap kemahiran kreativiti yang lebih tinggi. Ini menunjukkan pengetua mempunyai kemahiran lebih tinggi dalam penetapan matlamat dan hala tuju yang lebih tinggi sebaliknya guru besar lebih kreatif dalam pengurusan sekolah.

Soalan Kajian 7: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan jantina dan tempoh memegang jawatan bagi pengetua dan guru besar novis? Ho13: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan jantina dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Ho14: Tidak terdapat perbezaan signifikan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual berdasarkan tempoh memegang jawatan dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Ho15: Tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan berdasarkan jantina dan tempoh memegang jawatan terhadap tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan kemahiran konseptual.

Penelitian ujian MANOVA mendapati perbandingan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan konseptual berdasarkan jantina, nilai Pillai’s Trace = .012, F (4, 318) = .937 dan p = .443 (p > 0 .05). Ini bermakna hipotesis Ho13 diterima, maka tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan konseptual berdasarkan jantina dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Bagi perbandingan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan konseptual berdasarkan tempoh memegang jawatan, nilai Pillai’s Trace = .988, F (4, 3636) = 2.219 dan p = .025 (p < 0 .05). Ini menunjukkan hipotesis Ho14 ditolak, maka terdapat perbezaan yang signifikan tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan konseptual berdasarkan tempoh memegang jawatan dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Seterusnya, kesan interaksi antara jantina dan tempoh memegang jawatan terhadap tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan konseptual, nilai Pillai’s Trace = .980, F (8, 636) = .791 dan p = .611 (p > 0 .05). Keadaan ini menunjukkan bahawa hipotesis Ho15 diterima, di mana tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara jantina dan tempoh memegang jawatan terhadap tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemahiran kemanusiaan dan konseptual.

148 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

Analisis ujian ANOVA berganda menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran teknikal dan kemahiran kemanusian terhadap tempoh memegang jawatan dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Sebaliknya, tidak terdapat perbezaan signifikan tahap personaliti dan kemahiran konseptual berdasarkan tempoh memegang jawatan dalam kalangan pengetua dan guru besar novis. Analisis lanjutan mendapati tahap personaliti, kemahiran teknikal, kemanusiaan dan konseptual berdasarkan tempoh memegang jawatan, di mana semakin lama tempoh memegang jawatan, semakin meningkat tahap kemahiran pengetua dan guru besar novis. Ini bermakna, tempoh memegang jawatan mempengaruhi tahap personaliti dan kemahiran terhadap pengetua dan guru besar novis. Ini membuktikan, bahawa tempoh memegang jawatan dapat meningkatkan tahap kemahiran dan kecekapan pengetua dan guru besar novis.

Soalan Kajian 8: Sejauh mana terdapat hubungan yang signifikan latihan profesional berdasarkan personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis? Ujian model persamaan struktural digunakan untuk melihat hubungan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.

Ho16: Tidak terdapat hubungan yang signifikan latihan profesional terhadap

personaliti

dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.

Analisis model persamaan struktural yang diisemak semula (revised model), keputusan nilai-nilai indeks penilaian menunjukkan kesepadanan yang baik dengan nilai darjah kebebasan [ = 96.1,(df =66) p= 0.09 <.05] dengan CMIN = 1.46 adalah lebih dari kosong dan kurang daripada lima, nilai ‘Goodness of Fitness Index’ (GFI) = .960, nilai ‘Normed Fit Index’ (NFI) = .968, nilai ‘Tucker-Lewis Index’ (TLI) = .986, nilai ‘Comparative Fit Index’ (CFI) =.990 dan ‘Root Mean Square of Error Appoximation’ (RMSEA) = .037. Ini menunjukkan indeks penilaian model persamaan struktural semak semula menunjukkan kesepadanan yang baik dengan data kajian ditunjukkan dalam Rajah 1.

Prosiding Seminar Penyelidikan Siswazah UKM

149

.54 .52 e7 d2 cerd e8 .61 e15 .64 .72 .43 .08 e6 d3 .80
.54
.52
e7
d2
cerd
e8
.61
e15
.64
.72
.43
.08
e6
d3
.80
.73
kyk
e9
.73
.67
.33
.82
.78
Personliti
e5
d4
.28
.85
.69
tzm
e10
.70
.48
.84
e4
d5
.79
LatiahnProfesional
.66
itg
e11
.18
.63
.63
.72
.21
.25
d6
e3
CMIN 1.457
.56
.79
.52
.68
teknikl
e12
.27
.53
.51
df
66
.72
d7
Kemahiran
.34
e2
.46
p
.009
.83
manusia
e13
.57
.68
e1
d8
GFI .960
konsept
e14
e16
TLI .986

NFI .968

CFI .990

RMSEA .037

RAJAH 1. Model persamaan struktural bagi hubungan latihan profesional terhadap personaliti dan kemahiran

Analisis Model persamaan struktural menunjukkan latihan profesional mempunyai hubungan yang positif signifikan secara langsung nilai pekali regresi terhadap personaliti(β=.284, nisbah kritikal = 4.315,.00< .05) dan kemahiran (β=.212, nisbah kritikal= 3.955,.00< .05) terhadap pengetua dan guru besar novis, maka Ho16 ditolak. Dapatan menunjukkan latihan profesional juga mempunyai hubungan positif signifikan tidak secara langsung personaliti dengan kemahiran (β=.662, nisbah kritikal= 9.142,.00< .05) terhadap pengetua dan guru besar. Ini bermakna bahawa peningkatan dalam latihan profesional mempunyai hubungan yang positif secara langsung terhadap peningkatan personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis. Namun, dapatan yang menarik dalam kajian ini, bahawa terdapat hubungan yang positif secara tidak langsung signifikan latihan profesional terhadap personaliti dengan kemahiran (β=.662). Ini menunjukkan, bahawa peningkatan dalam latihan profesional terhadap personaliti akan membawa kesan positif kepada peningkatan tahap kemahiran pengetua dan guru besar novis yang lebih tinggi. Di mana personaliti merupakan faktor penengah (mediate) kepada peningkatan tahap kemahiran pengetua dan guru besar novis. Ini menunjukkan peningkatan dalam personaliti akan memberi kesan hubungan positif terhadap peningkatan tahap kemahiran pengetua dan guru besar novis. Dapatan menunjukkan bahawa ciri personaliti mempunyai hubungan secara tidak langsung terhadap peningkatan kemahiran pengetua dan guru besar novis.

KESIMPULAN

Dapatan keseluruhan menunjukkan pengetua dan guru besar novis mempunyai

tahap personaliti dan kemahiran yang tinggi dalam mengurus sekolah. Analisis

inferensi

profesional,

menunjukkan

terdapat

perbezaan

yang signifikan

latihan

150 Shariffah Sebran Jamila & Mohammed Sani

jawatan dan tempoh memegang jawatan terhadap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.Walau bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap personaliti dan kemahiran berdasarkan jantina pengetua dan guru besar novis. Seterusnya, analisis model persamaan struktural menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan latihan profesional dengan personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis. Terdapat hubungan positif signifikan secara tidak langsung personaliti terhadap tahap kemahiran pengetua dan guru besar novis. Kesimpulan, hasil dapatan membuktikan bahawa latihan profesional mempunyai impak terhadap tahap personaliti dan kemahiran pengetua dan guru besar novis.