Anda di halaman 1dari 237

Selamat Tinggal Sayang; Ma Lee Chuswan BAB 1 SUASANA PAGI yang pada mulanya digamatkan oleh suara para

eksekutif serta penger usi yang asyik berbincang sesama sendiri, tiba-tiba senyap sunyi sebaik sahaja p intu bilik mesyuarat dibuka. Sesaat kemudian muncul sesusuk tubuh gempal Pengara h Urusan, Encik Rashid Abdullah sambil dengan penuh hormat mempersilakan seseora ng memasuki bilik itu. Setiap mata terpaku merenung sehinggalah lelaki itu yang baru sahaja mengambil a lih pentadbiran syarikat itu melabuhkan punggung di tempat duduk di kepala meja panjang berbentuk bujur itu - tempat yang kebiasaannya diduduki oleh tuan pengar ah ataupun ketua-ketua syarikat. Teka-teki serta agakan yang selama ini bermain di kepala masing-masing kini sedikit sebanyak sudah pun terjawap. Baru seminit Encik Rashid memberikan kata alu-aluan, kedengaran daun pintu diket uk sekali gus terbuka lebar. Semua yang berada di dalam bilik itu berpaling ke a rah pintu. Masing-masing terpaku bagaikan ditarik oleh kuasa magnet. Lebih-lebih lagi apabila wajah yang baru muncul di muka pintu itu adalah wajah ayu seorang gadis. Dengan pipi berona merah kerana disimbah rasa malu dan senyuman bersalah tersema t di bibir manisnya, Puteri segera membisikkan ucapan maaf. Malang sungguh nasib nya pagi itu. Selepas menumpangkan Nanu ke sekolah rendah di mana dia mengajar y ang letaknya tidak berapa jauh dari situ, keretanya tiba-tiba sahaja semput di s eparuh jalan. Gawat. Di dalam suasana hujan renyai-renyai, dia terpaksa mengorak langkah seribu. Semput dan kuyup. Stail rambut yang pada mulanya berblow rapi, kini berubah menjadi ikal mayang ala wet-look. Macam mi segera. Dengan gaya tanp a dirancang begitu, Encik Rashid sendiri entah boleh kenal entah tidak. Sejak se malam lelaki tua itu berkali-kali memperingatkan dia tentang perjumpaan pagi itu . Walau bagaimanapun yang penting dia tiba tepat pada masanya seperti yang terte ra pada memo yang diterimanya beberapa hari yang lalu. Namun yang jelas, dialah yang paling lewat! Bilik itu sudah pun dipenuhi. Mukadimah nampaknya sudah pun b ermula. Tanpa berlengah lagi Puteri mengambil tempat duduk kosong di kalangan sebilangan besar wajah-wajah yang tidak dikenalinya itu. Kebetulan kerusi yang bersebelaha n diduduki oleh Kakak Ana, salah seorang pegawai eksekutif dari syarikat yang sa ma dengannya. Menjeling nakal pada Puteri yang kelihatan tidak ubah bagai anak k ucing malang yang baru terselamat dari arus longkang, Kakak Ana segera menghulur kan sebungkus tisu. Encik Rashid pula berdehem penuh makna. Dia tersenyum kelat kemudian berpaling m emohon maaf daripada Tuan CEO, lalu menyambung ucapannya yang tergendala. "Saya percaya tuan-tuan dan puan-puan tentu sekali pernah mendengar nama Hakim D ato' Salihin ataupun PRO - Mega Constructions & Architecture. Kita berada di sin i pagi ini...." Mohd. Hakim Dato' Salihin? Hakim? getus suara hati Puteri. Tiba-tiba sahaja dada nya berdebar kencang. Dia jadi panik. Tubuh yang sejuk kini tiba-tiba sahaja ber bahang dari hujung kaki sehingga ke ubun-ubun. Bagaikan peluru berpandu, matanya segera mencari sasaran. Akhirnya dia tergamam. Nafasnya bagai tersekat. Tak mungkin... bisik hatinya, cemas. Dia tidak ingin percaya pada mata sendiri. Tidak mungkin lelaki itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapan matanya? Tetapi apab ila diamati, memang benar wajah tampan berkarisma yang kini sedang menjadi tumpu

an ramai itu adalah milik Hakim. Memang betul... dia... Hakim! Taklimat bermula. Seperti biasa suara Encik Rashid kedengaran jelas dan mantap, disusuli oleh ucapan Hakim Dato' Salihin. Namun Puteri tidak lagi faham hujung p angkalnya. Apa yang kedengaran di telinganya hanyalah degup jantung sendiri. BAB 2 SUDAH SEMINGGU hati Puteri asyik gundah-gulana. Semuanya terasa serba tidak kena . Bayangan wajah Hakim mula terbayang di ruang mata - Hakim dulu dan Hakim kini. Kedua-duanya datang silih berganti. Lebih-lebih lagi apabila nama itu kini tida k ubah bagaikan lagu top hits di pejabat. Tidak henti-henti nama itu disebut ole h Encik Rashid dan kakitangan pejabat saban hari. Kian tension Puteri dibuatnya. Emosi jadi tidak menentu. Sentiasa resah! Baru enam bulan dia menyandang jawatan sebagai Business Development Manager di A tkinson Constructions & Interior Designer, sebuah syarikat yang tidak kurang ter kenal di dalam bidang pembinaan. Dia menyenangi kakitangan yang lain terutama Ka kak Ana yang peramah dan tidak lokek ilmu itu. Dia selesa. Dia sayangkan tugasny a kini. Tetapi tidak disangka-sangka pemilik syarikat itu telah mengambil keputu san mendadak untuk menyerahkan hak milik saham syarikat kepada PRO -Mega, sebuah syarikat terkemuka yang rupa-rupanya milik keluarga Hakim. Perubahan pentadbira n secara besar-besaran sedang berlaku. Teraju pemerintahan sudahpun berpindah ke tangan Hakim. Hakim adalah CEO syarikat - chief. Seperti kata Encik Rashid, sek iranya tidak berkenan ataupun tidak sefahaman dengan pentadbiran baru, jalan ter baik adalah melepaskan jawatan masing-masing. Jangan memaksa diri kerana seorang pekerja perlu memberikan komitmen yang jitu kepada majikann ya. Tidak mungkin kerana Hakim dia terpaksa mengundur diri? Kepulangannya dari Australia sembilan bulan yang lalu tidak diharap akan berakhi r begitu. Setelah beberapa tahun berhempas pulas mencari rezeki di negara orang, dia bertekad untuk membina karier di tanah air sendiri dan apa yang dicari-cari nya selama ini ada di situ. Bersama syarikat itu. Tetapi malang sekali kenapa re zeki serta masa depannya harus berkembang di hadapan Hakim? Dia tahu kota metrop olitan Kuala Lumpur tidaklah sebesar mana. Peluang untuk tidak bertemu muka adal ah amat tipis. Namun walaupun tidak besar, dalam tempoh sembilan bulan itu tida k pula terserempak dengan kawan-kawan lama yang setahunya memang berkampung hala man di situ. Kini kenapa pula dia harus terserempak dengan satu-satunya lelaki y ang namanya sering kali dititipkan di dalam doanya agar tidak lagi akan bertemu mata seumur hidup ini? Tatkala mengorak langkah gontai menuju ke pantry di sebelah barat pejabat, fikir an Puteri masih padat dengan dilema yang melanda jiwa. Suasana petang yang lenga ng membuatkan mindanya kian menerawang jauh. Sambil mengisi mug kesayangannya de ngan air suam, dia berterusan meratapi nasib diri.Perlukah seorang anak yatim pi atu, seorang gadis yang hidup sebatang kara di dunia ini membawa diri sekali lag i kerana Hakim? Berapa kali dia harus berkorban? Puteri Nur Deana hanyalah seorang anak yatim piatu yang tidak tahu asal usul ket urunan. Tetapi dari warna anak matanya yang agak kehijauan itu, sah bahawa asal

genetiknya bukan dari daerah tempatan. Dia baka kacukan yang ternyata tidak bern ilai walaupun kepada wanita yang melahirkannya ke dunia ini. Mungkin sedikit pen ghormatan telah cuba 'disedekahkan' kepadanya oleh orang yang bertanggungjawab d i rumah kebajikan atas nama 'Puteri'. Namun di sebalik nama itu dia tetap tidak punya apa-apa. Tetap anak yang dikutip di jalanan. Apa yang pernah dimilikinya h anyalah sebuah teratak yang terpaksa dikongsinya bersama berpuluh-puluh lagi kan ak-kanak yang senasib dengannya, sedangkan Hakim pula memiliki segala-galanya. H akim yang suatu ketika dahulu pernah mengeluh kerana 'terpenjara' oleh kuasa ser ta kekayaan ayahnya. Kenapa harus dipertemukan sekali lagi dengan dia? Apakah ini satu lagi dugaan? k eluh hati kecil Puteri. Akhirnya dia menarik nafas dalam-dalam. Dia mencapai mug air suamnya lalu cuba m engorak langkah dengan lebih bersemangat. Asyik melayani gelodak perasaan sehari an, akhirnya sehingga ke senja pun kerjanya tidak juga beres. Tetapi langkah mati mendadak, dan sedetik kemudian mug di tangan terlepas dari p egangan lalu terhempas ke lantai. Bunyinya bergema. Pecah bertaburan. Air memerc ik ke sekeliling. Hakim! Jerit suara hati Puteri. Sungguh dia terkejut. Terpaku. Matanya buntang memandang wajah tampan lelaki di hadapannya itu. "I'm sorry!" "You tak apa-apa?" tanya Hakim cemas. Selepas memastikan tiada kecederaan fizikal pada gadis itu, dia segera membongkok lalu mencapai mug yang kini tidak ada lagi rupa asalnya itu. Serpihan-serpihan itu se gera diletakkannya ke tepi. "I'm sorry. I tak berniat kejutkan you," sambung Hakim lagi tatkala menghadapi g adis cantik di hadapannya itu yang jelas sekali masih mamai akibat terkejut. " Masa I masuk tadi I terdengar bunyi, jadi I saja check. Are you okay?" soal Haki m lagi apabila gadis itu masih tetap termangu. Malah pucat. "Come on, duduk," arah Hakim lembut. Dia segera mencapai sebuah gelas, memenuhka nnya dengan air suam lalu dimasukkannya ke dalam genggaman gadis itu. "Minum ... nanti tenang balik perasaan you," bisik Hak im. Dia cuba menenangkan gadis itu. Dia rasa bersalah. Mana-mana perempuan yang sedang bersendirian di sebuah pejabat yang sepi pada waktu senja begitu pasti boleh me layang semangat dan jatuh pitam apabila tiba-tiba sahaja terserempak dengan orang yang tidak dikenali seperti dia.

"Don't worry, okay? I own ... er ... I mean I akan kerja di sini. I baru nak pin dah masuk," jelas Hakim sambil cuba meneliti wajah yang kini tertunduk resah itu. "Nama you?" Hakim bertanya. Sepi. Puteri bagaikan dapat mendengar bunyi lantunan jantung sendiri. Deras. Deb ar di hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Masihkah Hakim ingat bahawa dia pernah melafazkan nama 'Puteri Nur Deana Bt. Abdullah' sekura ng-kurangnya sekali di dalam hidupnya? "You tak kisah beritahu siapa you?" tanya Hakim lagi apabila gadis di hadapannya itu membatu tanpa jawapan. "Put... Puteri," balas Puteri. Sedaya upaya dicekalkan hatinya. Dia tidak sepatu tnya berkelakuan bagaikan anak kecil yang pemalu. Nanti apa pula pandangan Hakim terhadap dirinya. Seorang pengurus yang berkaliber tidak akan memberikan penamp ilan seselekeh itu. Akhirnya perlahan-lahan dia memberanikan diri mengangkat muka merenung reaksi pa da wajah Hakim. Tetapi hati tiba-tiba bergetar lagi. Lebih-lebih lagi apabila ma ta bening Hakim sedang terpaku padanya. Merenung. Apakah Hakim merasai sesuatu? "Puteri?" sebut Hakim setelah terdiam seketika. Entah kenapa nama itu terasa bag aikan tidak asing di dalam hidupnya, malah amat dekat di hatinya. Seakan-akan di a pernah mendengarnya saban hari sebelum ini. "Hmmm... nama yang agak unik. You ni 'puteri' dari mana-mana istana? Well, who k nows?" tanya Hakim. Dia mengulum senyum. Usikan Hakim dibalas oleh Puteri dengan senyuman nipis disertai gelengan kecil. "I Hakim. Juga bukan hakim di mana-mana mahkamah. Nice to meet you" ujar Hakim s ambil menghulurkan tangannya kepada Puteri. Tergelak kecil Puteri dibuatnya. "Sejuk tangan. I'm really sorry, I dah buat you terperanjat," sambung Hakim seba ik sahaja telapak tangan mereka bersatu. Kulit yang lembut dan halus itu begitu sejuk di dalam genggamannya. Dia tersenyum tawar, kesal dengan apa y ang terjadi. "You rasa okey sekarang? I nak kemaskan barang-barang I." "Er ... saya tak apa-apa. Encik Hakim nak saya bantu?" "If you feel up to it." Melirik ke arah Hakim yang sedang sibuk mengeluarkan beberapa buah buku daripada salah satu kotak yang dibawanya sepuluh minit kemudian, Puteri jadi leka. Tanpa disedarinya, matanya terus meneliti lama pada penampilan lelaki itu.

Kemeja putih bersih dipadankan dengan sut hitam pekat. Kombinasi yang tepat membuatkan Hakim tampak segar dan tampan sekali. Butang-butang k kemeja yang sebahagian besarnya terbuka dan dasi yang tidak lagi berada di tem pat yang sepatutnya, tetapi bergumpal di dalam poket sut menunjukkan bahawa urusan perniagaan untuk hari itu sudah pun berakhir. Ketika itu adalah masa untuk lelaki itu bersantai. Namun Hakim tetap kelihatan segak walaupun berada di dalam apa jua s ituasi. "You masih kerja at this hour?" tanya Hakim sambil sibuk menyusun buku-buku ilmi ah di atas n meja mengikut bidang tertentu. Menyedari tiada jawapan bagi soalan yang baru disuarakannya, dia berpaling ke arah Puteri. Merenung kehairanan. Tambahan pula renungan mata g adis itu bagaikan menembusi dirinya. "Puteri?" "Er ... ya?" Tersentak Puteri sebaik sahaja niimanya dipanggil. Jantung tiba-tib a melantun kencang. "You okey? I tanya, you membisu." "I ... I minta maaf. Apa soalan Encik Hakim tadi?" Sedikit menggelabah, Puteri c uba melarikan pandangannya daripada Hakim. Tangannya segera mencapai beberapa bu ah fail lalu segera disusunnya di atas rak bersebelahan dengan meja yang bakal d igunakan oleh Hakim. "It's not that important." "No, saya memang tak kisah menjawab. Apa soalan you?" "Well, kenapa you masih di pejabat sedangkan orang lain pula sedang rehat bersama keluarga di rumah?" "Oh .... Ada kerja yang perlu saya siapkan." "You tak mampu siapkan pada waktu biasa?" "Er ... bukan begitu. Sebenarnya kebelakangan ni

saya ada sikit masalah. Jadi ada kerja yang tergendala. Saya cuba selesaikan mengikut jadual. Lagipun esok hari minggu." "Pekerja yang berdedikasi. Tapi you juga kena utamakan keselamatan you. Bersendirian malammalam macam ni adalah satu risiko," ujar Hakim, serius. "Sebenarnya saya tak selalu buat macam ni." "You berasal dari mana, Puteri?" tanya Hakim mesra. "Klang," jawab Puteri. Mahukah dia berterus terang bahawa dia pernah berkampung halaman di Rumah Tunas Harapan, Klang selama berbelas-belas tahun? "Masih tinggal di sana?" "Tak. Dah lama saya pindah." "Selalu balik?" "Tempat jatuh lagi dikenang..." "Inikan pula kampung sendiri," sambung Hakim. Berpaling, bibirnya menguntum senyum dan senyuman itu disambut mesra oleh Puteri dengan perasaan yang tiba-tiba sahaja berbunga ceria. "Have we met before?" Malangnya pertanyaan yang baru sahaja keluar dari bibir Hakim itu membunuh kecer iaan yang baru lahir di hati Puteri. Tertegun Puteri. Panik. "Pernah terserempak di mana-mana? Well, hati I berkata ... I pernah jumpa you di mana-mana," sambung Hakim lagi merenung pada Puteri.

"Er ... mungkin di Renaissance. Mesyuarat minggu lepas. I minta maaf ... I yang buat gempak sebab sampai last sekali dalam keadaan ..." Bersinar mata Hakim mengingati sesuatu, lantas tergelak. "Itu rupa-rupanya you!" getus Hakim. Dia tergelak lagi. " I'm sorry ... tapi pada hari tu you memang cute betul!" usik Hakim. Selelah mendengar suara ketawa Hakim yang bernada mesra, akhirnya Puteri mampu mengurut dada lega. Jelas sekali ingatan Hakim tentang dirinya hanya terbatas kepada per istiwa seminggu yang lalu, bukan lima tahun yang lalu.

BAB TIGA (3) SEBIJI MUG putih bersih dengan pemegang berikat reben merah memukau pandangan Pu teri pada pagi itu. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menghampiri. Di kepalan ya segera terbetik nama Hakim, disusuli imbasan kejadian semalam. Dia meletakkan beg dokumen di atas meja lantas tangannya mencapai mug itu lalu ditelitinya kir i dan kanan. 'My lovely baby' diungkapnya tulisan italik yang tertera di dada mu g tersebut. Lantas bibirnya memekar senyum. Tetapi sesaat kemudian senyuman itu lenyap. Mindanya tiba-tiba sahaja menyingkap satu gambaran silam. Wan Intan! Wan Intan, teman sebiliknya yang manis dan tinggi lampai sedang melangkah longlai s ambil membelai mug hadiah daripada buah hati. Sama bentuk malah sama ungkapan. Sedetik, mug itu membawa ingatannya kembali kepada kenangan silam. Kisah Intan. Intan yang pernah memuja mug hadiah daripada kekasihnya siang dan malam. Sedarkah Hakim bahawa mug itu sebenarnya sama dengan mug yang p ernah dihadiahkannya kepada buah hatinya itu suatu ketika dahulu? Entah kenapa rasa pedih tiba-tiba sahaja menjengah hati. Puteri segera berundur menjauhkan diri daripada mug itu bagaikan ia adalah satu objek berbisa. Matanya merenung tajam. Imbasan-imbasan kini kian cergas melayari mindanya. Tid ak mampu dihentikan umpama alat projektor yang mulai hilang kawalan. Hakim dan Intan adalah sepasang kekasih yang juga pernah berikrar cinta sehidup semati. Cinta yang mekar di kampus berlarutan sehinggalah Hakim tamat pengajian dan mula bekerja di syarikat milik ayahnya. Manakala Intan pula masih berjuang meneruskan pengajian di tahun akhir. Puteri adalah salah seorang saksi pada sema rak cinta antara Hakim dan Intan. Alangkah baiknya seandainya dia tidak pernah d i sisi Intan lima tahun yang lalu. Tidak mungkin timbul perasaan sebegini kalut sekiranya Intan tidak melibatkan Puteri di dalam urusan peribadinya suatu ketika dahulu. Kerana itu juga kehidupan Puteri sendiri turut berubah secara mendadak. Dia bukan lagi Puteri yang dahulu. "Good morning, Puteri!" Teguran ceria daripada Kakak Ana membuat Puteri tersentak bagaikan baru dibangun

kan dari igauan. Dia segera berpaling dengan rupa cemas. Wajah cantik Kakak Ana yang sentiasa bersolek sempurna itu ditenungnya tanpa sepatah kata. "Ha ... macam baru nampak alien"? Apa yang you perhatikan sangat tu?" tanya Kaka k Ana sambil renungan mata galaknya melangkau ke setiap ceruk bilik itu, mencari sesuatu yang begitu menarik perhatian Puteri sejak tadi. Baginya tingkah laku g adis itu pada awal pagi itu memang pelik. Puteri tampak terpaku hampir lima minit. En tah apa gerangan yang menyampuk. "Wau!" Kakak Ana maju ke hadapan. "Siap dengan reben merah!" ujar Kakak Ana seketika kemudian apabila tangannya mu la membelai lembut pada mug putih itu. "Cutenya! Pagi-pagi buta dah dapat cenderahati?" sambung Kakak Ana. Menilik saka n. Tidak mungkin benda secantik itu membuatkan semangat Puteri melayang pada pag i hari? Kalau ya pun hadiah mengejut daripada Julian, lelaki yang paling Puteri menyampah di muka bumi ini, air muka Puteri tidak perlu sekeruh itu. Itu cuma sebuah mug yang cute bukannya T-Rex! "Daripada siapa?" "Daripada saya!" jawab satu suara tiba-tiba. "Maaf, kalau mengganggu." Kakak Ana dan Puteri masing-masing tercengang. Kemunculan bos baru mereka yang s ecara mendadak begitu memang mengejutkan. "Oh, Encik Hakim! Good morning. Err ..." "Selamat pagi, Rozana. How are you? " "Er ... baik!" Berpaling kepada Puteri, Hakim bersuara ramah: "Good morning, Puteri. Boleh I j umpa you kemudian?" Hakim hendak jumpa? Di antara ramai-ramai orang di pejabat itu, dia yang mahu di interviu oleh Hakim? Oh Tuhan! Terkedu, tiada jawapan yang keluar dari bibir Put eri. "Puteri?" "Okey!" balas Puteri sedikit mamai. Entah kenapa semuanya terasa bagaikan terjadi dengan begitu pantas. Sekelip mata. Bila masan ya Hakim muncul?

"What's going on? Dengar khabar dia nak buka head office kat sini. Apalah agakny a keistimewaan bangunan buruk ni kalau dibandingkan dengan pejabat dia di PRO Mega?" Ngomel Kakak Ana sebaik sahaja Hakim berlalu. "Tapi tak apa, sekurang-kurangnya bercahaya sikitlah pemandangan sebelah sana. Berseri-seri. Kalau tak ... gelap aja!" Tidakk lain dan tidak bukan yang dimaksudkannya tentulah kulit hitam pekat Encik Siva, penasihat undang-undang yang dulunya menduduki bilik yang kini diambil al ih oleh Hakim. "Oh ... by the way, semua orang dapat mug ke? I better check my desk ..." bisik Kakak Ana sambil melirik pada Puteri dengan rupa penuh licik. "Sebenarnya begini ... dia pecahkan. No ... I pecahkan mug I!" "Oh ... dia pecahkan dan you juga pecahkan ... maknanya you dan dia sama-sama pe cahkan mug you, so he's got you a cute mug! Hmmm ... understood. Sungguh menarik !" Kakak Ana tersenyum panjang. "Bila pula cerita menarik ni bermula?" "Kuk Ana!!" Puteri menggeleng mendengar usikan Kakak Ana yang sememangnya kaki r omantik itu. Novel-novel kisah cinta yang dimilikinya cukup untuk membuka sebuah perpustakaan. "Imaginasi Kak Ana kali ni nampaknya dah out of control" "Tapi biasanya I tak silap. Tengok aja Si Julian. I kata dia pasti akan buru you dan sekarang apa yang cakapkan tu dah jadi, kan?" "Kebetulan dia tu sememangnya 'pemburu'." "Mungkin bos baru kita ni juga apa kurangnya. Lelaki kalau dah handsome tu ... y ou tahulah. Take care!" Kata-kata Kakak Ana itu membuat Puteri berhenti dan berfikir sejenak tentang keh idupan peribadi Hakim. Kata orang, di sebalik kejayaan seorang lelaki berdiri se orang perempuan. Jadi siapakah perempuan di belakang Hakim? Wujudkah dia? Setela h lima tahun berlalu mungkinkah Hakim masih bersendirian? Sanggupkah lelaki seta mpan Hakim setia hanya pada satu ikatan? Seribu persoalan mula bertandang di fikiran Puteri, namun dia menyedari dirinya tidak layak untuk menilai kelebihan mahupun keburukan Hakim. D ia tidak pernah mengenali lelaki itu sebagaimana Intan. Siapalah dia di mata Hak im kalau bukan sekadar teman sebilik seorang gadis yang dicintainya. Di sisi Int an, Puteri tampak tidak ubah bagaikan sang semut kerdil menumpang teduh di kelop ak mawar. Tidak kelihatan dek dibayangi keindahan merah mawar. Hakim memang tida k pernah perasan akan kewujudannya. Tidak hairan kalau sekarang pun Hakim tidak menyedari bahawa Puteri sebenarnya ialah 'Dee' tomboi yang pernah sekali-sekala menemani dia dan Intan menghabiskan makan malam suatu ketika dahulu. Menjejakkan kaki ke pejabat Hakim dua puluh minit kemudian, Puteri terpaku di mu ka pintu sebaik sahaja pandangan matanya jatuh pada Hakim yang sedang sibuk meny emak sesuatu di meja tulisnya. Sama seperti dahulu, konsentrasi Hakim sentiasa s eratus peratus pada kerja yang sedang dilakukannya. Dia tampak serius. Mata Pute ri mengikuti pergerakan tangan Hakim yang melurut perlahan pada rambutnya yang ternyata baru dipotong kemas. Pada saat itu terbayang di ruang mata akan p erwatakan sendiri suatu ketika dahulu tatkala masih menuntut di universiti. Bet apa rambutnya sendiri lebih kontot daripada rambut Hakim kini. Jarang-jarang sek

ali dia membiarkan kepalanya tidak bertopi. Tubuh sentiasa bersarung kemeja dan seluar longgar, dan bibirnya pula tidak pernah bersapu lipstik. Pada luaran dia sememangnya jantan habis. Aktif. Seratus peratus berbeza daripada Intan yang ge malai, cantik dan memiliki ciri-ciri gadis idaman setiap lelaki. Siapalah dia ka lau dibandingkan dengan Intan. "Puteri! I'm sorry ... I tak sedar. Dah lama you tunggu?" tanya Hakim sebaik sah aja berpaling dan menyedari kehadiran Puteri. Dia sepatutnya peka pada bau wangi an daripada gadis itu memandangkan sejak dari kali pertama wangian itu menusuk h idungnya, dia sudah pun terpikat. Wangian Puteri membuatkan udara di sekitarnya terasa begitu segar dan nyaman. Malah penampilan Puteri sendiri cukup menyerika n suasana. Menyenangkan. "Tak. I ..." Ditegur ketika sedang leka memerhati membuatkan Puteri menggelabah. Darah terasa menyirap ke pipi. Malu sungguh! "Come in. I ada hal nak cakap dengan you. Silakan," ujar Hakim sambil menarik se buah kerusi dengan penuh tertib untuk Puteri. "You suka mug tu?" soalnya sebaik sahaja mata bertentang. Di dalam hati berdetik bahawa memang jelas Puteri adalah seorang gadis yang sungguh memikat. Cantik da n seksi, mengancam habis. Jarang ada mana-mana gadis yang mampu menawan pandanga n matanya dengan hanya lirikan 'segan' sebagaimana Puteri. Baginya gadis di hada pannya itu memiliki sesuatu keistimewaan yang dia sendiri tidak tahu entah apa dan di mana. "Ya, suka. Terima kasih. Tapi Encik Hakim tak payah buat macam tu. Bukan salah e ncik, mug saya pecah. Saya yang cuai." Mendengar kata-kata Puteri itu Hakim tersenyum. Lebih-lebih lagi apabila pipi ga dis itu mula berubah merah. Dia tidak menyangka gadis pemalu seperti Puteri mamp u membina kerjaya dengan cemerlang. Walaupun masih baru, Puteri punya rekod yang amat baik. Malah lebih baik daripada staf yang lebih berpengalaman. "It's no big deal, Puteri. I bukan mengganti. I berikan pada you, itu pun kalau you sudi terima." "Dah tentu. Thanks," bisik Puteri. Semakin menyerlah merah di pipi Puteri. Hakim merenung. Di dalam hati tertanya-tanya kenapa Puteri tampak begitu segan? "Sama-sama. You rasa tak selesa, Puteri?" "Er ... tak! I ... mungkin belum biasa dengan Encik Hakim. I'm sorry."

"Oh! Kalau macam tu, jangan berencik dengan I. Panggil aja Hakim. Mungkin you ak an rasa lebih selesa." "Saya ..." "Puteri, panggil I Hakim. Don't worry. Minta you panggil I dengan panggilan mesr a tak semestinya bermakna I ada ulterior motive. Tapi berbohonglah I kalau menga ku yang I tak perasan bahawa you seorang gadis yang sungguh menawan. Sebab you m emang sungguh menawan. I'm sure no one could deny that." Mendengar kata-kata Hakim, kian pekat merah di pipi Puteri. Rasa serba tidak ken a semakin menjadi-jadi. Hakim anggap dia sungguh menawan? Bermimpikah dia? Lima tahun yang lalu perkataan itu tentu tidak akan sesekali meniti di bibir Hakim. "Well, pardon me. Tapi I rasa lebih baik I berterus-terang daripada timbul sala h sangka di kemudian hari. Coz I want you close" sambung Hakim serius. Tercengang Puteri dibuatnya. Apa pula maksud Hakim? "I perlu bantuan you, Puteri. Purely on business. You tak kisah kalau I lantik y ou jadi personal assistant I?" tanya Hakim kemudian. Matanya merenung tepat pada wajah Puteri. Sungguh Puteri terkejut mendengar tawaran Hakim itu. Dia tidak menyangka Hakim m ahukan dia sebagai pembantu. "I tahu you ada tanggungjawab lain di syarikat ni. Tapi sebelum I dapatkan seseo rang, I rasa I boleh harapkan you. Entah, terasa seperti ada ... ikatan ... something between us, yo u know. Mungkin disebabkan oleh `kemalangan' tempoh hari. I assure you this is just a temporary arrangement" sambung Hakim pantas apabila Puteri h anya membisu dan merenungnya dengan rupa hairan begitu. Dia bersungguh-sungguh mengharapkan jawa pan positif daripada Puteri. Di antara ramai kakitangannya, sama ada yang baru ataupun lama , entah kenapa hatinya hanya berdetik untuk memilih gadis itu. Walaupun begitu dia pasti semua itu bukan kerana desakan naluri lelakinya. Jara ng sekali dia membiarkan perasaan mengemudi akal. Manakala Puteri pula semakin tergamam. Jantungnya kian berdetak kencang. Resah tidak terkata. Something between us, kata Hakim? Apakah di luar s edar Hakim dapat merasai `sesuatu' di antara mereka? Ataupun Puteri sendiri yang sebenarnya tidak sedar bahawa diri sedang d iuji? Ya Allah ... jauhkanlah Hakim dari kenangan lalu ... rintih hati Puteri. "So?"

Rupa terkejut Puteri yang agak luar biasa seolah-olah baru sahaja dipilih untuk ekspedisi ke planet Marikh itu membuat Hakim sedikit tidak sabar. "Sebenarnya ... ni adalah satu penghormatan, tapi ... seperti kata Encik Hakim, saya ada tanggungjawab lain. Saya takut nanti tak terdaya nak ..." "Not to worry. I akan dapatkan seseorang untuk bantu you." "Tapi saya tak puas hati kalau tak dapat tumpukan perhatian pada sesuatu projek. " "I pun. Jadi, I janji takkan terlalu bebankan you okey?" "No, it's not okay!" balas Puteri pantas. Peluh sejuk terasa memercik. Dia mula bangun mundar mandir. Melihat air muka Hakim, hatinya jadi serba salah. Hakim te rnyata begitu mengharapkan persetujuannya. Lagipun bagaimana dia mahu menolak pe rmintaan orang atasan? Bukankah nanti akan dilabel susah memberikan kerjasama? D i dalan dilema, Puteri membatu seketika. Tetapi di dalan hati dia tetap membanta h. Mahu bertentang mata pun dia tidak sanggup, bagaimana pula mahu bekerjasama d engan lelaki itu? "Encik Hakim, I ..." "I perlukan you, Puteri. Would you please think about it? Kian serba salah Puteri tatkala mendengar permintaan Hakim itu. Buntu. Tidak tah u apa lagi alasan yang harus diberikan. Dia takutkan pandangan serong rakan-raka n sekerja dan juga saingan-saingan yang pendengki seperti Tengku Aida yang selam a ini tidak habis-habis cuba menjatuhkannya. Lagipun dia bukannya tidak pernah ditohmah menggunakan kecantikan untuk cepat naik. Tidak kurang juga ada mulut-mu lut yang bersoksek mengatakan dia tayang body kepada Encik Rashid yang sudah pun berumur lebih separuh abad itu dan bermacam-macam lagi cerita yang menyakitkan hati. Cuma Kakak Ana sahaja yang sudi memahami. Kata Kakak Ana itu semua adalah asam g aram kehidupan. Asal tabah segala-segalanya jadi mudah untuk dihadapi. Walau bag aimanapun semua itu tetap sukar untuk Puteri hadapi. Kali ini Puteri tidak ingin dituduh menjalin hubungan sulit dengan Hakim pula. Digosip dengan lelaki sebay a lebih besar kemungkinan untuk dianggap sebagai cerita benar. Bgaimana dia mahu menafikan tuduhan sebegitu? Bagaimana mahu menidakkan kebenaran?

BAB EMPAT (4) HAKIM membuka sutnya lalu disangkutkan ke kepala kerusi. Dia menarik dan melepas kan nafas panjang. Dia keletihan minda dan juga fizikal selepas seharian berseng kang mata dan bertegang urat

berunding dengan beberapa orang ahli korporat berbangsa asing daripada sebuah s yarikat multinasional dan kemudiannya diminta pula oleh kawan rapatnya, Syed Awa ng supaya meneliti serta menjadi saksi kepada urusan jual beli sebuah hotel di B angkok, Thailand. Lewat petang dia terpaksa pula mengharungi kesesakan lalu lint as yang teruk untuk kembali ke pejabat. Sungguh, dia penat. Malah betul-betul penat untuk terus bersandiwara di pentas d unia. Kadang-kadang hidup ini sungguh membosankan. Tidak ada seri. Hambar dan ko song! Apa yang dia ada hanyalah satu kerjaya yang tidak pun dia minati. Kerjaya yang sebenarnya sekadar sebuah tanggungjawab kerana dialah anak lelaki tunggal di dal am keluarga. Dua kakaknya pula lebih selesa menjadi suri rumah, tetapi tidak pernah lupa untuk b ertanya khabar tentang akaun syarikat. Seperti bapa mereka, Saloma dan Sharifah lebih rajin meminta daripada memberi. Memang anak-anak bapa! Tetapi lain pula de ngan Sherina, - adik perempuan Hakim yang kini sedang melanjutkan pelajaran di A merika Syarikat di dalam bidang komunikasi. Walaupun agak manja dan suka melaram ke sana sini, Sherina lebih suka berdikari dan tidak banyak menyusahkan keluarg a. Anak bongsu itu memang merupakan permata hati Dato' Salihin Omar. Hakim sememangnya mempunyai tanggungjawab besar. Tetapi walaupun tanggungjawab i tu sungguh membosankan serta membebankan, pulangannya memang memuaskan. Dia mamp u hidup mewah. Bertukar kereta bagaikan orang bertukar teman wanita dan tempat k ediaman pula tidak ubah bagaikan hotel lima bintang. Pendek kata kehidupannya be gitu selesa. Dari segi material memang tiada yang kurang. Kini dia sudah pun ber ada di puncak. Pernah juga menyandang gelaran `Man of The Year'. Namun semua it u sebenarnya tiada makna. Kosong. Tiada apa-apa yang lebih bererti baginya melainkan sebuah keluarga, tetapi malan gnya itulah satu-satunya `benda' yang paling tidak mampu dia miliki. Perkataan s epi tidak asing lagi di dalam kamus hidupnya. Hanya dia sahaja tidak pernah meny uarakan ke halwa telinga orang lain melainkan kepada diri sendiri. Tetapi apa gu na merintih memandangkan segala yang terjadi adalah kerana tindakan sendiri. Dem i prinsip, kesalahan itu nampaknya terpaksa dia tanggung sehingga ke akhir hayat melainkan ditakdirkan Tuhan dia dipertemukan semula dengan perempuan itu. Tetap i bilakah masa itu akan tiba? Berapa lama lagi harus dia menunggu sedangkan senja tidak pernah menunggu sesiapa? Mengeluh kesal, Hakim membetulkan kedudukannya di kerusi. Dari melunjur relaks, dia menegakkan badan. Tidak ingin lagi menghitung penyesalan di atas ketelanjuran ataupun berfikir tentang kemungkinan yang tidak akan terjadi. Kepalanya sudah cukup sarat dibebankan oleh urusan perniagaan, inikan pula mahu memikirkan soal kehidupan peribadi. Selama tiga hari berturut-turut dia asyik keluar masuk ke bilik mesyuarat. Jumpa

orang itu dan ini yang bermacam-macam ragam. Padat benar jadualnya sedangkan semua kertas kerja terpaksa dilakukan sendiri. Sejak akhir-akhir ini berjaga sampai ke dinihari sudah menjadi rutin. Hanya kerja remeh sanggup dilepaskannya kepada setiausaha Encik Rashid yang sememangnya sudah pun dibebankan dengan tugasan daripada lelaki itu sendiri. Dia memahami kedudukan seorang setiausaha yang terpaksa berkhidmat kepada dua ketua. Kalau tidak seratu s peratus efisien, akan kelam-kabut jadinya. Hakim teringatkan Puteri. Alangkah baiknya sekiranya Puteri sudi membantu. Dia hanya inginkan Puteri, bukan orang lain. Malangnya sudah lebih dua hari bayang gadis itu pun tidak kelihatan, Malah rasanya berminggu-minggu sudah sejak dia menyampaikan permintaannya kepada Puteri, tetapi Puteri tidak pernah kembali memberikan jawapan. Kini entah ke mana pula gadis itu menghilang. Di dalam kesibukan dia lupa untuk bertanya. "Hakim! See you tomorrow." tegur Encik Rashid sambil menjenguk ke pintu bilik pe jabat Hakim ketika melintas untuk meninggalkan pejabat itu. Biasanya selepas wak tu kerja, Encik Rashid adalah orang terakhir yang meninggalkan pejabat, tetapi k ini tempat itu diambil alih oleh Hakim pula. Hakim nampaknya lebih workaholic da ripada mana-mana lelaki yang dikenalinya. Hakim bekerja tanpa mengira masa. Teta pi Encik Rashid memang akui bahawa di peringkat awal peralihan sesebuah pentadbi ran, banyak kerja yang perlu diuruskan. Berbagai-bagai peringkat perlu dilalui. Tambahan pula anak muda itu bukannya jenis yang suka lepas tangan. Hakim sungguh teliti. A sampai Z mesti dikajinya. "Hai Encik Rashid! Boleh masuk sekejap?" panggil Hakim. "Sure. Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya Encik Rashid tatkala Hakim mengor ak langkah menghampiri dan mempelawanya masuk. Wajah lelaki anak muda itu direnu ng tepat. Walaupun tampak kelesuan, rupa Hakim tetap sedap dipandang. Hakim mema ng mewarisi paras rupa ayahnya, Dato' Salihin Omar. Tinggi dan tampan. "Encik Rashid tahu tak di mana Puteri? Macam dah berminggu-minggu saya tak jumpa dia," tanya Hakim memulakan bicara. "Oh, sebenarnya dia dah pergi out station. Ada kerja yang perlu dibereskan. Proj ek Lumut. Ada apa?" tanya Encik Rashid. Di dalam hati tuanya mula berdetik lebih daripada sekadar soalan `ada apa?'. Pada pemerhatiannya, Hakim sememangnya lebi h banyak bertanya tentang Puteri daripada kakitangan bawahannya yang lain. Baginya Puteri sememangnya bertuah. Sudahlah mudah disenangi orang terutamanya k aum Adam, rezeki pula sentiasa melimpah berkat rajin berusaha. Kalaulah dia punya anak ga dis seperti Puteri,

pasti ditatangnya bagai minyak yang penuh. Mesti dikawal, lebih-lebih lagi kalau mula dirisik oleh anak muda seperti Hakim yang memang sah ramai teman wanita na mun tidak kahwin-kahwin juga. Bapa sudah beberapa kali berakad nikah dan bertala k sejak kematian isteri akibat kemalangan di laut beberapa tahun yang lalu, tet api Hakim tetap juga bersendirian. "Tak. Saya nak bincang sesuatu dengan dia. Bila dia balik?" Semakin penat minda Hakim sebaik sahaja mendengar berita dari mulut Encik Rashid itu. Denyut di kepa la pun semakin menjadi-jadi. Macam dicucuk-cucuk. Sekiranya Puteri berterusan di luar daerah, nampak gayanya dia terpaksa bertungkus lumus sendirian tanpa bantu an. "Sepatutnya hari ni. Tapi agaknya ada lagi hal yang perlu diuruskan. Budak tu ka lau tak puas hati takkan balik," jelas Encik Rashid bersungguh. Kepala Hakim terangguk-angguk kecil tanda akur dan memahami. Dia sememangnya sedia maklum bahawa Puteri adalah salah seorang daripada anak em as syarikat itu. Malah merupakan `anak didik' Encik Rashid sendiri. Apa jua tind akan Puteri pasti akan dipertahankan oleh lelaki itu. "Encik Rashid, saya dah pun ambil keputusan untuk jadikan Puteri pembantu periba di saya. Rekodnya memang baik dan saya ..." Melihat wajah Encik Rashid yang tiba-tiba sahaja tampak berkerut bagai dilanda k emusykilan, suara Hakim terhenti. Renungan matanya menikam tepat pada anak mata lelaki tua itu. Di dalam hati dia merengus geram. Kenapa ramai yang sentiasa berfikiran negatif akan tindakannya? Kenapa menganggap yang bukan-bukan walhal k alau tidak ada perempuan masakan ada lelaki dan begitu juga sebaliknya? Kenapa p ula lelaki dan perempuan tidak boleh duduk bersama tanpa dipandang serong? "Saya tahu tugas sebagai PA agak menyimpang i dari bidang kerja Puteri, tapi semua ni cuma untuk sementara waktu sehingga saya dapatkan orang lain ..." sambungnya dengan jelas demi menyenangkan hati orang tua di hadapannya itu. "Itu pun hanya kalau dia bersetuju. Lagipun saya bukan saja-saja nak mengeksploi tasi dia. Sekiranya saya berpuas hati dengan kerjanya ... mungkin saya akan lant ik dia sebagai executive assistant. Apa pandangan Encik Rashid kalau Puteri beke rjasama dengann saya?" tanya Hakim. Sebagai orang penting di syarikat itu, penda pat Encik Rashid perlu diambil kira. Lagipun lelaki itu sudah pun berada di situ sebelum dia. Salasilah syarikat semuanya di dalam kepala Encik Rashid. "Memang satu combination yang baik. Tapi bagaimana dengan Tengku Aida, Rachel da n Patrick? Kalau dipandang dari segi rekod, mereka setanding dengan Puteri. Kala u Hakim tak keberatan menjawab, boleh tak saya bertanya ... kenapa pilih Puteri? "

Tersenyum Hakim sebaik sahaja mendengar pertanyaan Encik Rashid itu. Seperti yan g diduga memang soalan itu yang bakal ditanya. Dari air muka Encik Rashid jelas menunjukkan bahawa Encik Rashid memang menyimpan rasa prejudis terhadap kehidupa n peribadinya. Tetapi berfikir secara rasional, dia tidak seharusnya tersinggung . Siapa yang mahu percaya bahawa ada buaya yang menolak bangkai? Sikap mengambil berat Encik Rashid itu sebenarnya harus dipuji. "Berterus terang, saya tak boleh bekerjasama dengan Tengku Aida sebab dia terlal u pentingkan kedudukan dan suka menonjol diri. Rachel pula jenis assertive. Mana kala Patrick ... well, kerja ni tak sesuai untuk Patrick." "Puteri?" Sambil membetulkan kedudukannya, Hakim mengamati wajah Encik Rashid dengan telit i. Dia sedar lelaki itu bukan sekadar bertanya untuk suka-suka. Encik Rashid mem ang serius ingin mengetahui kebenaran. "Encik Rashid nak dengar alasan munasabah, jawapan yang sedap didengar ataupun j awapan ikhlas?" tanya Hakim sambil menyandar lesu. Air muka serius Encik Rashid mula menyemarakkan rasa tidak selesanya. Mahu melamar Puteri sebagai pembantu, s usahnya bagaikan mahu melamar menjadi isteri. "Kalau tak kisah, ketiga-tiga sekali. Puteri tu saya dah anggap macam anak sendiri. Baik untuk dia, baiklah untuk saya," balas Encik Rashid, ikh las. Memang dia agak meragui niat sebenar Hakim memilih Puteri memandangkan cara anak muda itu merenung Puteri selama ini sudah jelas lain macam. Entah orang lain sedar entah tidak, tetapi mata tuanya memang nampak betapa daya tarikan Puteri sangat kuat terhadap Hakim. Puteri bagaikan magnet dan Hakim pul a bagaikan besi. Di meja mesyuarat dan mana-mana sesi perbincangan, renungan mat a Hakim asyik bertandang pada Puteri agak lama tanpa sebab-sebab yang munasabah. Semua itu menimbulkan rasa tidak senang di hati Encik Rashid. Sebelum rambutnya memutih seperti sekarang, ianya pernah hitam berkilat seperti rambut Hakim. Dia pernah muda. Tiga puluh tahun yang lalu dia juga perna h merasai dan mengalami keadaan yang sama seperti Hakim. Tetapi niatnya memang i khlas kerana gadis yang sentiasa dicuri pandangnya itu kini berstatus isteri te rsayang. Bagaimana pula dengan Hakim? Apa niat Hakim merenung anak dara orang se begitu? Walaupun kedua-duanya tampak secocok bagai cincin dengan permata, tetapi malang buat Puteri kerana selama ini anak muda itu memang gayat kahwin. Nanti Puteri pu la dijadikan sekadar barang mainan. Hari ini suka, esok lusa ditinggal-tinggalka n. "Okey. Alasan munasabah ... dia ada kelebihan menepati kehendak saya. Jawa pan yang sedap didengar, saya sebenarnya pandang tinggi kebolehan dia dan jawapa n ikhlas; saya 'klik' hanya dengan dia. Macam mana?" Kini giliran Encik Rashid pula terangguk-angguk kononnya menimbang penjelasan Ha kim itu. Dia percaya jawapan ikhlas Hakim. Hakim sememangnya `klik' sakan pada P uteri. Kalau tidak, tidak mungkin anak muda itu rajin benar melirik dan berbisik ke telinga Puteri di meja mesyuarat dua minggu yang lepas. Dia yakin bukannya m inyak wangi DKNY yang suka dihidu Hakim, tetapi aroma asli Puteri sendiri.

"Klik? Maknanya awak sangat sukakan dia? Maklumlah orang tua macam saya ni ... m emang slow sikit." "Ya. Saya sukakan dia! Sukakan dia kerana kelebihan yang ada pada dia, Encik Ras hid. Bukan kerana rupa atau kerana body. Tapi ... saya tak nak bohong yang saya langsung tak pandang, sebab saya bukan `lembik'. I'm a hot blooded male and she' s a damn sexy babe!" ujar Hakim berterus terang. Dia penat hendak berselindung. Berbohong sekalipun belum tentu Encik Rashid percaya. "Saya tahu had saya Encik Rashid, dan saya juga ada prinsip sendiri. Saya takkan gunakan pekerja sendiri untuk kepentingan peribadi. Jadi saya rasa Encik Rashid tak perlu bimbangkan maruah Puteri," sambung Hakim. "Saya minta maaf kalau Hakim tersinggung. Saya tahu soalan saya tadi memang kura ng profesional. Tapi kalau diberi peluang sekali kali, saya tetap juga akan bert anya," tegas Encik Rashid. Hakim tertawa kecil. Kata-kata Encik Rashid itu cukup menyenangkan. Hebat. Walau pun lebih kurang sebaya ayahnya, Encik Rashid ternyata jauh berbeza daripada aya hnya. Dato' Salihin Omar hanya tahu menerima tetapi tidak tahu memberi. Memerint ah pula adalah kepakarannya yang nombor satu. Bersama ayahnya Hakim rasa cukup terdera lebih-lebih lagi selepas kematian ibunya. Malah selepas beristerikan perempuan muda sebaya anak s endiri, perangai ayahnya kian menjadi-jadi. Ayahnya cemburu membuta tuli terhada p anak lelaki sendiri. Pantang melihat dia dan ibu tiri berdua di satu ruang, ay ahnya pasti mencari fasal untuk melepas geram. Agaknya ayah takut kalau-kalau Ha kim kebas ibu tiri untuk diri sendiri. Tambahan pula memang tidak dinafikan Rose lebih gemar manjakan Hakim daripada suami sendiri. Kian tidak aman hidup Hakim dibuatnya apabila asyik didesak supaya segera berkah win dengan Zureen, gadis pilihan ayahnya yang juga merupakan anak bongsu kepada sahabat baik ayahnya itu, Haji Wan Noor. Tidak tahan dengan sikap cemburu serta desakan ayahnya, dia segera berpindah keluar. Malangnya tindakan itu juga tidak direstui oleh orang tua itu dan semuanya berak hir dengan pertelagahan demi pertelagahan. Ayahnya berang kerana gagal untuk ter us menguasai kehidupan Hakim. Kemarahannya memuncak sehingga sanggup mengugut un tuk tidak mewariskan Hakim walau sesen pun daripada hartanya. Hakim sekadar buat selamba. Apa hendak jadi jadilah. Dia sudah tidak peduli biarpun jadi anak terbuang asalkan jauh dari ku asa veto ayahnya dan hidup aman damai. Encik Rashid ternyata lebih bersifat kebapaan kalau dibandingkan dengan ayahnya. Dia tidak memerlukan harta berjuta-juta kalau mempunyai seorang ayah seperti Encik Rashid. Tetapi apa boleh , sudah suratan takdir dia dilahirkan sebagai zuriat kepada seorang lelaki yang bernama Salihin Omar.

"Tak mengapa. Saya faham. Encik Rashid seorang ayah yang baik. Berapa orang anak gadis you, Encik Rashid?" soal Hakim ramah. "Saya tak begitu bertuah. Yang ada cuma seorang anak lelaki," jawab Encik Rashid . Dia tersenyum tawar. "Oh, I'm sorry. Saya janji akan jaga Puteri dengan baik. Kalau ya pun tak yakin dengan saya, Encik Rashid kena yakin dengan Puteri." "Saya tahu, tapi Hakim ni lain daripada yang lain." "Lain? Nampaknya Encik Rashid dah dapat salah information," balas Hakim. Kali in i dia tergelak kesal. Walau sepanjang mana pun cerita tentang dirinya yang diket ahui oleh Encik Rashid, semua itu tentulah dari sumber biasa yang entah benar en tah tidak - mulut orang. "Betul atau tidak hanya Hakim dan Allah saja yang tahu," bidas Encik Rashid deng an tenang. Bibir Hakim melebar senyum kesal. Walau bagaimanpun baginya lelaki tua di hadapa nnya itu adalah satu-satunya lelaki yang tidak suka bermuka muka. Tidak hipokrit . Encik Rashid lebih suka berterus terang daripada `mengipas' walaupun demi kedu dukan sendiri. Mana ada orang yang berani berkata-kata begitu lebih-lebih lagi k epada majikan sendiri? Silap hari bulan bekas nasi sendiri yang pecah bertaburan . "Gosip, Encik Rashid. Perkara kecil dibesar-besarkan. Thanks. See you tomorrow." Sejurus selepas Encik Rashid berlalu, Hakim segera menelan ubat penghilang sakit kepala. Malangnya walaupun selepas merehatkan diri selama hampir tiga puluh min it, kepalanya masih juga terasa berat. Malah denyutnya semakin lama semak menjad i-jadi. Puas jari-jemarinya menekan pelipis tetapi sakitnya tidak juga mahu hilang. Dia bukan tidak pernah mengalami kesakitan begitu akibat kekurangan tidur, tetapi kali in i sakitnya amat luar biasa. Memang perit.

PUTERI baru sahaja melangkahkan kaki ke pejabat. Sebaik sahaja tiba di Kuala Lum pur pada lewat petang itu, dia segera menuju ke situ untuk menyimpan dokumen-dok umen penting dan sulit. Pada mulanya dia menyangka Encik Rashid masih di pejabat seperti biasa tetapi bilik l elaki itu sudah pun gelap-gelita dan tertutup rapat. Manakala satusatunya bilik yang masih terang-benderang adalah bilik pejabat Hakim. Menyedari bahawa hanya dia dan Hakim berada di pejabat itu, langkah pertama yang terlintas di kepala Puteri adalah untuk segera cabut lari sebelum lelaki itu me nyedari kehadirannya di situ. Dia belum bersedia untuk menghadapi Hakim. Sudah b

erhari-hari dia berusaha menjauhkan diri. Dia rimas dan gelisah setiap kali bert emu mata. Hatinya tidak tenang. Tetapi apabila diamatinya betul-betul, Hakim bagaikan sedang menghadapi masalah serius. Hakim mendongak lesu di kerusi dengan jari-jemari yang tidak henti-henti mengurut dahi. Entah kenapa melihat Hakim di dalam keperitan begitu, hatinya ti ba-tiba sahaja merasa sayu dan simpati. Berat kakinya mahu melangkah pergi meni nggalkan Hakim. Akhirnya dalam gundah, daun pintu pejabat Hakim diketuknya denga n penuh berhati-hati. "Are you okay, Hakiml" soal Puteri apabila Hakim berpaling perlahan. Hakim meman g kelihatan lemah lesu. Sinar matanya begitu pudar tidak bermaya. "Puteri ... hai! I tak apa-apa," jawab Hakim lemah. Dia cuba membetulkan keduduk annya sambil mengelus rambutnya yang tentu sekali di dalam keadaan kusut-masai. Malah dia cuba sedaya upaya untuk mengukir senyuman ceria untuk Puteri. Dia mema ng tidak suka menunjukkan kelemahan kepada sesiapa. Sakit kena bertahan. "Tapi air muka you nampak macam orang sakit." "Kepala I rasa sakit semacam ..." akui Hakim perlahan sambil cuba memfokuskan pa ndangannya kepada Puteri. Matahari sudah pun terbenam, tetapi wajah Puteri tetap berseri-seri. Puteri mema ng kelihatan hebat dengan berseluar panjang hitam serta berbaju merah jambu send at begitu. Sehelai skraf yang sama warnanya melilit indah di lehernya yang jenja ng. Sejuk mata memandang. "You look great ... gorgeous, but I look like hell" bisik Hakim sambil tersenyum pahit. "I ada aspirin. Kalau you nak, I bawakan," kata Puteri sedikit tersipu mendengar pujian Hakim itu. Di dalam keadaan begitu pun Hakim masih ada mood hendak bermu lut manis. "I dah telan dua biji. Kalau you ada lagi, boleh juga ..." balas Hakim berseloro h. Rasanya mati lebih elok daripada terseksa begitu. "Oh, kalau macam tu you rehat. I nak simpan dokumen," ujar Puteri lalu berpaling tetapi langkahnya terhalang oleh soalan daripada Hakim. "Projek berjalan lancar?" "Projek? Oh, Projek Lumut?" Soalan yang tidak diduganya akan ditanya oleh Hakim memandangkan dia menghilang ke Perak selama beberapa hari tanpa menyampaikan kha bar kepada lelaki itu. Cuma Encik Rashid sahaja yang memantau setiap urusannya. "Ya, Projek Lumut."

"So far ... everything's okay. Tak ada major problem." "We'll talk about it tomorrow" ujar Hakim, membiarkan Puteri berlalu. Sepuluh minit kemudian sebelum mengambil keputusan meninggalkan pejabat, Puteri menjenguk Hakim di bilik pejabatnya. Melihat Hakim sedang menyandar di kerasi de ngan mata yang tertutup rapat tetapi segala urat sendinya menunjukkan ketegangan , entah kenapa dia seolah-olah turut merasa getirnya. Tetapi dia cekalkan hati. Langkah terus diayun. Namun sesudah lima langkah berlalu, perasaannya terasa ama t longlai dan akhirnya dia berpatah balik dan merenung pada Hakim dengan perasaa n berbelah bahagi. "Nak I tolong ... urutkan?" Soalan itu tiba-tiba sahaja tercetus dari bibir Put eri. Tergamam Hakim apabila mendengar pertanyaan Puteri itu. Sejenak dia hilang katakata. Matanya merenung terus pada wajah anggun Puteri. Sungguh dia tidak menyang ka Puteri sudi membuat tawaran sebegitu ataupun telinganya yang tersalah dengar? "Beg your pardon?" Resah terhadap tawaran sendiri yang jelas kedengaran begitu `berani' dan juga re nungan pelik daripada Hakim, Puteri sedikit menggelabah. Entah apa yang terlinta s di kepala Hakim pada kala itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Dia memang ikhlas ingin membantu. Lagipun di hadapannya itu ialah Hakim, bukan orang lain. Tidak m ungkin dia sanggup menyuarakan tawaran sebegitu kalau lelaki yang sedang menderi ta kesakitan di hadapannya itu bukan Hakim. Err ... sebenarnya dulu I pernah belajar mengurut dan I tahu sedikit kiropraktik . I boleh tolong you kalau you mahu." "Oh. Well, I memang perlukan pertolongan. Tapi ... you pasti you nak tolong urut kan I? Are you sure, Puteri?" tanya Hakim. Dia menduga kesungguhan serta keikhla san Puteri. "You tengah sakit. I cuma nak bantu kurangkan sakit you," jelas Puteri. Renungan Hakim membuat debaran di dadanya kian kencang. "Terima kasih banyak, Puteri. Tapi kalau I jadi bapa you, I takkan benarkan you buat begitu," ujar Hakim. Dia terbayangkan wajah Encik Rashid. Orang tua itu pas ti menuduh dia mengambil kesempatan. Malangnya saat itu kepalanya berdenyut teru k. Dia terpaksa menutup mata rapat-rapat, menarik nafas dalam-dalam dan menyanda r ke belakang. "But what the heck! Why not! Kepala I dah macam nak meletup. Okey, please tolong I." Baru sepuluh minit jari-jemari halus Puteri bermain di pelipis serta otot-otot d i leher dan juga bahagian tulang belikatnya, Hakim mula merasa lega. Kepalanya t erasa ringan. Urutan yang kadangkala agak menyakitkan tetapi hasilnya sungguh me

nyelesakan. Segala beban seolah-olah diangkat pergi oleh jari-jemari Puteri yang lembut tetapi penuh bertenaga itu. Dia tidak ingin Puteri berhenti. "Macam mana rasa?" tanya Puteri apabila sekali-sekala suara Hakim kedengaran men desah setiap kali jari-jemarinya menekan lebih kuat daripada biasa. "Emmm perit tapi ... lega," balas Hakim dalam suara tertahan. "You sebenarnya alami ketegangan. Mungkin sebab kurang rehat dan pemakanan yang kurang teratur," jelas Puteri sambil terus mencari punca sakit kepala yang Hakim alami. Jari-jemarinya yang mulanya agak malu-malu kini bertindak lebih berani. "I tahu, tapi I terlalu ... ahh! Sibuk." Semakin kerap kedengaran suara keluhan Hakim, semakin rancak pula jari-jemarinya memainkan peranan kerana salah satu tanda bahawa dia telah menemui `spot' yang memerlukan penawar adalah tempat di mana ada tindak balas apabila disentuh. Temp at itu akan diserangnya bertubi-tubi. Seluruh otot-otot serta urat nadi pada tubuh Hakim pula tegang bagai bersimpul mati. Mah u dikatakan lelaki itu tidak lagi ke gym, tubuhnya segak, sasa dan berotot kemas . Seingatnya Hakim memiliki kulit yang cerah dan bersih ... berbahang ... tiada cacat cela. Tubuh yang gagah bagai pahlawan. "Don't stop! It feel so good ..." bisik Hakim apabila tekanan jari-jemari Puteri mulai lemah dan akhirnya tersadai kaku tanpa sebarang aksi di kedua-dua bahunya . Spontan, tangan kanannya pantas mencapai tangan kiri Puteri, dan dia mendongak merenung wajah Puteri. Wajah yang pada pandangannya tampak kalut tiba-tiba. "Puteri?" Tersentak, Puteri segera menarik tangannya daripada genggaman Hakim dan berundur . Darah tiba-tiba sahaja terasa menyirap ke muka. Cemas. Dia jadi kaku. Takut te rhadap perasaan sendiri. Sungguh dia terkejut akan bayangan yang menjelma di rua ng matanya seketika yang lalu. Bagaimana mindanya boleh melayang sejauh itu dan menelanjangi tubuh seorang lelaki sebegitu rupa? Daripada sekadar ingin membantu dia akhirnya menjurus ke arah mengambil kesempatan? "Are you okay, Puteri?" Masih terpanar, tiada jawapan keluar dari bibir Puteri. Dia malu untuk terus ber tentang mata dengan Hakim. Aib sekiranya air mukanya menyerlahkan pemikiran sert a isi hatinya saat itu. "I'm sorry. I tak sengaja pegang tangan you. I tak berfikir ... it's just that i t felt so good. I belum bersedia nak lepaskan you. Don't get me wrong! Maksud I ... rasa selesa tu buat I rasa nakkan you. No! I'm sorry!" Menyedari mulut tersa sul kata, Hakim

menggelabah. Tangannya segera meraup muka sendiri yang terasa amat berbahang. Ya Allah! Apa kena dengan aku ni? getus hatinya geram. "Let me start again. I tak berniat apa-apa. Rasa selesa buat I nak you teruskan mengurut. Jadi tanpa sedar, I terpegang tangan you. I minta maaf," jelas Hakim. Dia agak cemas takut disalah anggap. Tangannya melurut pantas pada rambutnya dan dia mula mundar-mandir. Reaksi pelik gadis di hadapannya itu membuat dia resah. Puteri tampak gementar. Ketakutan. Bukankah idea mengurut adalah cadangan Puteri sendiri? Alang-alang tubuh Hakim sendiri direlakan agar disentuh Puteri dan Puteri juga rela menyentuh, tidak mungkin Puteri sendiri pula takut disentuh? Hakim memang tidak memahami reaksi negatif Puteri itu. Apa yang tidak kena? Kenapa Puteri tiba-tiba sahaja menjauh? "Percayalah, I tak ada niat apa-apa. Itu cuma reaksi spontan," ujar Hakim sedaya upaya memberi penjelasan. Dia tidak ingin mengeruhkan hubungan di antara dia da n Puteri. Lagipun dia memerlukan Puteri untuk membantu kerja-kerja sehariannya. Hubungan yang tegang adalah salah satu punca hilangnya semangat bekerjasama. "Dan lewat. I ... I nak balik. Selamat malam," ucap Puteri tiba-tiba lalu segera mencapai beg tangan serta jaket yang telah diletakkannya di atas sofa. Dia tida k lagi memandang ke arah Hakim atau ke kiri mahupun kanan, tetapi terus menuju k e pintu. Ingin segera pergi jauh daripada Hakim dan kenangan lalu. Tindakan meng urut Hakim kini dirasakannya sebagai satu langkah bodoh. Dia sepatutnya lebih ta hu bahawa pada saat jari-jemarinya menyentuh kulit Hakim, dia sebenarnya sedang mengundang musibah kepada diri sendiri. "You marah pada I?" soal Hakim dengan wajah muram tatkala Puteri hampir-hampir menutup daun pintu. Air muka Puteri yang ker uh itu hampir-hampir sahaja membuat dia ingin menahan Puteri daripada melangkah pergi sebelum mereka menyelesaikan masalah yang muncul mendadak itu. Tetapi mem anjang-manjangkan cerita rasanya tidak ubah seperti menyimbah minyak ke api. Tia da kesudahan. Berpaling perlahan, Puteri menggeleng lalu menjawab lemah, "Tak. I tak salahkan you." Tetapi Hakim akui diri sendiri bukannya seratus peratus tidak bersalah. Dia hany alah manusia biasa. Sentuhan tangan Puteri memberi satu nikmat yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan, dan dia jadi gelojoh dengan membiarkan jari-jemari Puteri berterusan bermain dengan otot-ototnya biarpun tatkala itu kesakitannya sudah pun reda. Malah dia pernah teringin supaya jari-jemari itu melewati lapisa n kemeja yang memisahkan dua tubuh. Mahu merasa bahang daripada telapak tangan g adis itu meresap ke seluruh urat nadinya. Bahang yang pasti sekali akan mengecas semula tenaga yang selama ini semakin lemah. Dia berkeluh nikmat sedangkan kelu han itu disangka Puteri sebagai keluhan azab. Bukankah perbuatan `mencuri-curi' nikmat itu melabelkan dirinya sebagai bersalah? Apa beza di antara dia dan penya ngak? Tetapi kehadiran Puteri di dalam hidupnya sememangnya menimbulkan satu mac

am perasaan di jiwanya. Perasaan yang luar biasa. Pelik. Seperti satu ketagihan, walaupun tahu buruk akibatnya tetap teringin jua. "Oh. All right. Thank you so much for your helpl" Walau bagaimanapun Hakim tetap kesal terhadap apa yang terjadi. Sedikit saja kes ilapan, besar padahnya. Adakah mungkin dia akan kehilangan kepercayaan Puteri bu at selama-lamanya? Lebih menyedihkan lagi kalau esok lusa tiba-tiba sahaja dilem parkan pula tuduhan penderaan seksual ke atas pekerja sendiri. Dalam diam Hakim mula berikrar rela mati daripada diurut kakitangan wanita, lebih-lebih lagi wanita anggun seperti Puteri. Apa yang terjadi pada mal am itu perlu diambil iktibar. Jangan sampai sekali lagi terhantuk baru tengadah.

BAB LIMA (5) "TENGOK tu bukan main lagi geteknya!" komen Kakak Ana sambil menjuihkan bibirnya ke arah bilik, pejubat Hakim. Puteri tidak berpaling. Sudan jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh Kakak Ana. Dia sudah penat untuk terus memerhati. Hati sudah birat. Jelak. Sejak dari pagi, perbincangan di antara Hakim dan Tengku Aida tidak berpenghujun g. Sudah lebih sejam! Tengku Aida asyik tergelak ceria. Entah berbincang entah b erseloka. "Si Aida tu pantang diberi muka, mulalah naik miang. Tambah-tambah lagi kalau be rdepan dengan lelaki macho macam bos. Menyampah I!" gerutu Kakak Ana lagak orang cemburu. "Tengoklah tu! Entah kerja ke mengurat? I takut nanti bos pun tersangk ut kat dia. Maklumlah dia pun bergetah juga," sambungnya lagi. "Biarkanlah Kak Ana. Dan rezeki orang nak buat macam mana?" "Rezeki? Puteri ... Puteri ... . Asyik nak mengalah aja you ni. I ni bukan nak j adi batu api, tapi youkan tahu perempuan tu tengah hangat bersaing dengan you. B aru you nak hulurkan tangan, dia dah kebas. Langkah dia sentiasa aja lebih panja ng. Jangan-jangan apa yang sepatutnya jadi hak you terlepas pula ke tangan dia!" Terasa hati Puteri bagai dijerut tiba-tiba. Ungakapan terakhir Kakak Ana itu ter asa menusuk kalbu. Hati dan mindanya tiba-tiba sahaja tertumpu kepada Hakim, buk an lagi kepada kertas kerja yang sedang cuba disiapkannya itu. Jari-jemarinya ya ng sibuk menekan kekunci notebook kini kaku. Hak? Hakim ... bisik hatinya. Dia jadi panik. Resah. "Kalau I jadi you, I terima aja tawaran bos. Jadi pembantu dia secara tak langsu ng tak ubah macam orang kanan. You boleh belajar daripada dia. Berbaloi. Apa pul a nak fikir sepuluh kali? Percayalah cakap i ni. Aida takkan berfikir walaupun s ekali." Kakak Ana sama juga seperti Encik Rashid, sependapat di dalam isu yang satu ini. Beberapa hari yang lalu Encik rashid bertanya keputusan Puteri tentang tawaran d aripada Hakim. Orang tua itu menasihati agar Puteri menerima tawaran tersebut de mi memperkembangkan kerjaya sendiri. Cerita kejayaan Hakim diperdengarkan satu p er satu. Puteri sendiri sebenarnya berbesar hati untuk berkhidmat sebagai pemban tu bos tetapi bos itu mestilah bukan Hakim. Hatinya tidak mungkin mempu bertenan g. Bertentang mata dengan lelaki itu sahaja, akal yang panjang pun boleh jadi pe ndek. Nafas yang tenang berubah semput. Dia tidak berdaya untuk hidup secara nor mal di sisi Hakim. Tidak boleh! "I ... I tak fikir u=ianya berbaloi. Kerja sementara. Bidang terjun. Menambah be ban adalah. Lagipun I dah banyak kerja."

"Entahlah, akhir-akhir ni I rasa perangai you ni peliklah. You tahu tak semua orang tertunggu-tunggu peluang macam ni, tapi you pula bila dah d itawarkan, menolak. Apa halnya ni? You takutkan dia atau sebenarnya `segan beris i'?" tanya Kakak Ana sambil sengaja mengerutkan dahi merenung Puteri. "Eh, apa Kak Ana cakap ni? Tak adalah. I cuma ... " "Yalah, biasanya kalau malu-malu kucing tu tandanya hati dah terjebak. I nampak you nikan dah berdepan dengan bos, lain macam aja! Macam ada something ... " Tercengan Puteri mendengar kata-kata Kakak Ana itu. Perasaannya terserlah begitu sekali sehinggakan semua orang pun boleh membaca isi hatinya dengan jelas? "Mengarutlah!" nafi Puteri pantas. Hati kian cemas. Dia bangun meninggalkan meja , tetapi langkahnya mulai serba tidak kena. Buat-buat sibuk sekalipun tidak menj adi. Lebih-lebih lagi apabila Kakak Ana asyik memerhatikannya dengan rupa serba tahu begitu. Tiba-tiba interkom memekik dan kedengaran suara yang memberi salam itu tidak lai n dan tidak bukan adalah suara Hakim. Denyutan jantung Puteri bagai terhenti. "Hai Puteri! Are you there?" "Er ... ya. Ada apa?" jawab Puteri pantas. Matanya melirik resah pada Kakak Ana yang sedang menyandar senang di kerusi tetamu. Dia tersenyum licik. "I need you, Puteri. Boleh you datang ke pejabat I sekarang?" "Sure," balas Puteri perlahan. Entah kenapa perasaannya pada saat itu terasa beg itu sayu. Lemah. Sesungguhnya dia tidak ingin menjejakkan kaki langsung ke pejab at Hakim. Dia ingin menjauhkan diri seribu batu daripada lelaki itu. Sejauh mung kin. Renungan mata, senyuman mahupun bayang Hakim sekalipun tidak mahu terlintas di hadapan matanya. Tetapi mendengar suara Hakim membuat hatinya jadi begitu le mah. "Thanks!" Sebaik sahaja interkom menyepi, suara usikan Kakak Ana pula kecoh kedengaran. Le ngkap dengan gaya teater sekali. "I need you, he said. Ohhh how romantic!" Puteri melirik geram pada Kakak Ana. "Love is in the air ...! Everywhere I look around .... Every sight and every sou nd.... Love is in the air..!" Puteri menggeleng apabila Kakak Ana mula menyanyi serangkap lagu cinta sambil be rlalu meninggalkan bilik pejabatnya. Puan Atikah dan Dewi yang berada tidak jauh dari situ masing-masing tergelak kecil melihat gelagat Kakak Ana itu. Selama in i perempuan itu memang tidak pernah kering dengan usikan dan Puteri sentiasa men erima dengan senyuman. Entah kenapa usikan Kakak Ana tentang dia dan Hakim teras a begitu mencucuk perasaan. Membuatkan hati Puteri amat tidak senang. Dia tidak mampu untuk tergelak seperti biasa. Berselisih bahu dengan Tengku Aida di muka pintu pejabat Hakim lima minit kemudi

an, seperti biasa Puteri dilemparkan jelingan tajam. Walau di sudut mana jua bertemu mata, T engku Aida tetap utuh dengan sikap angkuhnya itu. Mentang-mentang berdarah raja, perempuan itu meninggi diri. Senyuman mesra Puteri langsung tidak dibalas. Lebi h-lebih lagi selepas kalah di tangan Puteri di dalam cubaan untuk mendapatkan te nder projek milik anak lelaki sulung Datuk Bandar dua bulan yang lalu. Sudah rezeki, bukan salah Puteri kalau lelaki itu memilih dia. Tetapi Tengku Aida yang jelas sekali tidak punya sikap kerja be rpasukan itu sengaja tidak mahu memahami. Menghidu wangian Chanel No.5 yang ditinggalkan oleh Tengku Aida di pejabat Hakim , darah terasa begitu cepat tersirap. Puteri segera menarik dan melepaskan nafas panjang. Diajaknya hati agar bawa bersabar. Tetapi sebaik sahaja bertentang mata dengan Hakim dan melihat waj ah tenang berbaur ceria lelaki itu, hatinya tiba-tiba sahaja bagai digasak. Cema s. Begitu sekali kesan positif yang dibawa oleh Tengku Aida terhadap Hakim? "Puteri, berkenaan dengan permintaan I, I..." "Okey, I setuju! I akan jadi PA you," kata Puteri pantas. Entah apa yang mendesa k, tetapi apa yang dia pasti, dia tidak tahan dengan bau wangian Tengku Aida! Pe rasaannya jadi tidak terkawal. Hakim terpempan. Matanya terpaku pada wajah Puteri. Pada pipi yang tiba-tiba sah aja berubah merah semerah mini skirtnya itu. Pada mata yang tampak menyilau penu h semangat. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari bibir Hakim. Terdiam. Sesaat kemudian bibirnya melebar senyuman tipis. Sungguh dia tidak percaya pada saat-saat dia mula berputus asa untuk terus mengharapkan jawapan positif daripad a Puteri, dan mengambil keputusan untuk menarik balik tawarannya dan menawarkan pula kepada Tengku Aida, akhirnya Puteri bersetuju? Dia bagaikan tidak memperca yai telinga sendiri. "I tahu I ambil masa." "It's great! Really, it's great!" ujar Hakim gembira lalu bangun menghulurkan ta ngan bersalaman tanda `jadi' pada Puteri. Sesungguhnya dia merasa amat lega mend engar jawapan Puteri. Walaupun Tengku Aida lebih manja bagai sang kucing mengen ali tuan, hati Hakim lebih tertarik pada cara Puteri yang lurus dan serius. Sesu ngguhnya Tengku Aida sekadar sandaran. Bak kata pepatah: Umpama pucuk daun umbut , tiada lauk baru dibaham. Menunggu jawapan Puteri bagaikan bertahun lamanya, ak hirnya walaupun hati tidak berkenan, dia tidak boleh terlalu memilih. Nasib baik dia belum menyuarakan hasratnya kepada gadis itu. Tatkala tangan bersatu kemas dan jemarinya hangat di dalam genggaman tangan Haki m, barulah Puteri menilai kembali jawapan yang baru diberikannya kepada lelaki i tu. Memandang wajah ceria Hakim, rasa puas dan sesal tiba-tiba berbaur. Kerana T engku Aida, dia rela menghambakan diri kepada Hakim? Apa pula alasan sebenarnya ingin menjauhkan perempuan itu daripada Hakim? Kenapa? Kerana persaingan kerjaya ataupun soal hati? Bagaimana pula dia mahu terus `hidup' di sisi Hakim untuk ha ri-hari yang seterusnya?

Tanpa disedari tiba-tiba sahaja keluhan resah terpacul dari bibirnya. Kerana ter lalu melayan perasaan dia akhirnya telah menjebak diri sendiri? Sesungguhnya Put eri mula tidak memahami dirisendiri. Apa yang dia inginkan daripada semua itu? Kemunculan Hakim bukan sahaja memberi tekanan di dalam kehidupan sehariannya malah membuatkan tidurnya tergan ggu. Dia begitu fobia dengan aura Hakim. "Hmmm! You nak kata sesuatu?" "Er... no! Ada apa-apa yang you nak bincang dengan I?" tanya Puteri dalam resah. Dia rasa terperangkap. Sesak. Dia ingin segera pergi jauh da rpada Hakim. Kepalanya mula terasa begitu sendat dengan seribu persoalan. Dia in gin lari! "Well... memang banyak, Puteri. Duduk. Let's start with..." Baru sahaja Hakim mencapai sebuah fail daripada lokar di sebelah kanannya, telef on bimbitnya tiba-tiba sahaja berlagu nyaring. "Excuse me" katanya sambil berpaling mencapai telefon bimbitnya. Sebaik sahaja m eneliti info yang tertera di skrin telefon bimbitnya, air muka Hakim segera beru bah lalu dia menarik nafas dalam-dalam. "Hai, Rose." "Oh, hi darling! I need your help," ujar suara di talian, mersik penuh manja. "Ada apa, Rose?" "Your dad tak benarkan I ke Paris. Tolonglah pujuk dia, darling...!" "Mesti ada sebab kenapa dia tak benarkan. Perhaps it's for your own good. Lagipu n I tak boleh masuk campur urusan you, Rose," balas Hakim agak tegas. Tetapi lel aki mana yang mampu bertahan dengan pujukan Rose? Lirikan mata perempuan itu sah aja cukup untuk menggoyah iman jantan yang sememangnya rapuh. Apatah lagi kalau dijamu sekali dengan liuk lentok tubuhnya. Kalau Dato' Salihin mampu, mungkin hanya untuk seketika. Kerana itu Hakim malas untuk berkeras. Leb ih baik kalau dia ikutkan sahaja rentak Rose daripada membiarkan perempuan itu b erterusan cuba membuktikan bakat semula jadinya sebagai wanita penggoda yang mam pu menundukkan mana-mana jantan. "No... No... don't say that, darling. I nak tengok konsert Ricky in Paris! Dah l ama I tunggu. Tiket pun I dah beli. Tapi akhirnya your dad tak benarkan I pergi. I nikan masih muda. I need to enjoy life but he does not understand that. Cuma you yang faham perasaan I, Hakim! Please, darling... tolong I?" "Bukan senang, Rose. You patut tahu yang dia ada pendirian," balas Hakim. Jikala u rengekan serta sentuhan manja Rose sendiri tidak mampu melenturkan pendirian a yahnya, apatah lagi dia yang sesama jantan? "I tahu... tapi akhir-akhir ni I rasa macam banduan! I ke mana pun dia nak tahu.

Boringlah kalau selalu macam ni!" "Tulah yang dikatakan sayang. Love, Rose. Love," jelas Hakim walaupun menyedari bahawa asas perkahwinan di antara perempuan itu dengan Dato' Salihin tentu sahaj a berlandaskan nafsu dan harta benda semata-mata, bukannya cinta. "Sepatutnya tak ada kompelin. You ada segala-galanya." Walau bagaimanapun kesalahan tidak boleh diletakkan di bahu Rose seorang. Peremp uan mana yang sanggup menolak kalau mampu hidup senang-lenang sebagai isteri jut awan daripada terpaksa melalak menjual suara siang malam di hotel dan lounged. S etakat ini walaupun berminat di dalam bidang hiburan, nampaknya Rose rela kuburk an bakat

demi status. Tetapi siapa tahu apa akan terjadi dalam masa berapa tahun akan dat ang? Mampukah keinginan perempuan itu dikekang? Rose bukannya jenis perempuan yang suka kehidupannya dikongkong. Rose senang hidup bersosial dan bebas berparti sana sini. Malah jela s perempuan itu lebih gemarkan tubuh muda yang masih bertenaga seperti Hakim dar ipada Dato' Salihin yang walaupun bergaya tetapi kulit berkedut dan tenaga pula tentu setanding usia. Tetapi apa boleh buat kalau lelaki tua itu yakin bahawa di ri masih mampu seiring dengan isteri yang tiga puluh tahun lebih muda usianya it u? Apa hendak dikata kalau lelaki tua itu rela buang anak sendiri demi membuktikan kejantanan diri? Sakit mata memanda ng, sakit lagi bahu Hakim sebagai anak memikul. "Tapi kasih sayang dia buat I rasa terperangkap. Sesak nafas! I perlu bersendiri an dan lepaskan tension. Please Hakim... I beg you, darling. Help me," rengek Ro se seperti biasa dengan sepenuh perasaan. "Well, tak salah mencuba. Tapi you pun tahu, ayah I takkan suka semua ni." "Oh thank you, darling! I love you!" jerit Rose disusuli dua tiga bunyi kucupan yang hinggap jelas di telinga Hakim. Melirik pada Puteri yang tampak agak gelisah menunggu, Hakim segera mematikan te lefon bimbitnya tanpa mempedulikan ucapan manja Rose yang tiada berpenghujung it u. Jelik betul kalau Puteri terdengar bunyi kucupan sebegitu lebih-lebih lagi me ngetahui bahawa ia datang daripada perempuan yang berpangkat ibu tiri. Tetapi me mang malang nasib Hakim kerana mendapat seorang ibu tiri yang muda belia, seksi dan bersikap open-minded seperti Rose. Kalau tidak ditegah ke ras oleh Dato' Salihin, perempuan itu tidak akan segan-silu membahasakan Hakim d engan panggilan `darling' walau di mana jua mereka berada. "Sorry about that," bisik Hakim. Dia tersenyum kesal. Merenung wajah Puteri yang kini bukan sahaja penuh dengan riak gelisah malah berbaur ekspresi yang tidak b erani Hakim tafsirkan, dahinya berkerut hairan.

"You tak apa-apa?" tanya Hakim. Di dalam hati tertanya-tanya apakah Puteri mula mengesyaki yang bukan-bukan daripada perbualannya dengan Rose sebentar tadi? Tah ukah Puteri siapa sebenarnya Rose? Hakim tidak pernah kisah tentang gosip yang s ememangnya tidak bertitik noktah, tetapi entah kenapa dia memang ambil peduli ak an pandangan Puteri terhadapnya. Dia tidak mahu gadis itu memandangnya dengan ru pa jengkel. "Tak ada apa-apa. I... I have got to rush. Ada appointment sekejap lagi," jelas Puteri. Kebetulan pula dia sememangnya ada temu janji dengan Jai dan kumpulan me reka untuk latihan bola sepak. Perlawanan di antara daerah akan diadakan tidak l ama lagi dan dia sudah pun dua kali tidak hadir untuk latihan. Walaupun tidak pe rlu berkejar, tetapi perbualan yang tidak dapat dielak daripada didengarnya seke tika yang lalu kian membuat dia tidak sanggup lagi berada di satu ruang dengan H akim. Hatinya jadi marak. Aneh sungguh perasaan! "Oh... kalau begitu you simpan dan teliti fail ni, dan kita bincang kemudian," u jar Hakim lalu menghulurkan fail kuning itu kepada Puteri. "You pasti you tak apa-apa?" tanya Hakim sekali lagi. Wajah Puteri yang tiba-tiba sahaja berubah kalut itu tambah menghairankan. Pelik. Buat Hakim rasa seolah-olah dia baru sahaja melakukan satu kesilapan. Lebih-lebih lagi apabila mata hijau anggur itu tidak s emena-mena melirik tajam. Di dalam sekelip mata Puteri bagaikan menghambur rasa benci. "I tersalah cakap atau..." "Nothing! Kalau tak ada apa-apa lagi, boleh I minta diri?" balas Puteri pantas. Hakim mengeluh dan tersenyum hambar. Sungguh dia tidak mengerti `angin' apa yang menyerang. Namun dia harus menerima kenyataan bahawa Puteri tid ak mungkin berubah menjadi Tengku Aida hanya sekadar untuk mengambil hatinya. Di a dan Puteri berganding untuk berurusniaga, bukan untuk bertepuk sorak. Sesaat menunggu tanpa tindak balas daripada Hakim, Puteri segera mengorak langka h meninggalkan bilik itu membawa pergi bersamanya fikiran serta perasaan yang be rcelaru memikirkan soal Hakim dan entah perempuan mana yang bernama Rose. `LOVE, ROSE. LOVE...' Ucapan yang datangnya dari bibir Hakim itu asyik terngiang-ngiang di telinga. la menjadi sembilu yang mencucuk hati. Rose? Siapakah Rose? Siapa sebenarnya perempuan itu? Kekasih? Perempuan simpanan ? tanya Puteri kepada hati sendiri sepanjang malam sambil termenung panjang meme rhatikan titisan hujan yang tidak henti-henti menyapa cermin tingkap di kamar tidurnya. Nama itu tidak mampu dipadam daripada ingatan. Sama ada pejam mahupun celik, nama itu tetap ada. Puteri kepenatan bergelut dengan perasaan sendiri. H atinya terasa begitu sayu. Akhirnya hari minggu menjadi hari paling teruk di dal

am hidupnya. Seharian berlegar-legar di kondominiumnya, soalan yang sama asyik berlegar-legar di fikiran. Jiwanya tidak tenang dihantui bayangan wajah Hakim dan nama perempu an yang tidak dikenali. Ke mana jua dia melangkah nama itu tetap utuh di dalam i ngatan. Dia resah dan rimas memikirkan semua itu. Hatinya kian berdebar bersulam rasa sakit. Menjerit mendambakan jawapan, malangnya tiada jawapan yang pasti. Melamun panjang dari pagi ke tengah hari, tiba-tiba sahaja beberapa soalan terbe tik di hati: Kenapa aku begitu sibuk tentang soal peribadi Hakim? Kenapa harus g abra dengan perempuan mana lelaki itu berkepit? Apa sudah terjadi? Akhirnya Puteri cuba menilik perasaan sendiri. Tersentak dengan jawapan yang tiba-tiba terdetik di kepala, Puteri cemas. Terasa bagai ditempelak kuat. Darah tersirap pantas ke muka. Cinta! Adakah mungkin dia telah jatuh cinta kepada Hakim? Tidak mungkin! jerit suara hatinya. Mundar-mandir, Puteri berkali-kali menafikan kemungkinan yang baru menjengah di minda. Tetapi bagaimana mahu menjelaskan perasaan yang sedang kuat menggamit di hatinya kini? Bukankah rasa sakit hati dan cemburu yang membuak di dada semestin ya dikaitkan dengan cinta berahi? Obsesi? Malah setiap kali dia memaksa diri aga r pergi jauh dari lelaki itu, hatinya asyik dibelai satu perasaan yang luar bias a. Hakim baginya tidak ubah bagaikan gula dan dia pula bagai sang semut. Di mana ada gula di situlah tempat semut bertandang. "Aku jatuh hati pada dia...?" tanya Puteri pada diri sendiri. Sungguh dia tidak percaya. Kenyataan itu terasa amat pahit untuk ditelan. Berat bagaikan segunung batu yang baru sahaja jatuh menghempap di kepal a. Puteri tidak rela hatinya terpaut pada Hakim. Tidak mahu. Sibuk menidakkan ke benaran, air mata entah bila jatuh bercucuran. Kepada siapa harus dia mengadu beban di hati? Kepada Nanu? Tidak.... Dia tidak s anggup mencurah rahsia yang satu itu walau kepada kawan rapat sekalipun. Di mata Nanu dia adalah seorang perempuan yang tid ak mudah lemah. Tahu menjaga maruah diri. Suci. Dialah perempuan jenis baik. Put eri tidak ingin mencemar pandangan Nanu terhadap dirinya. Bukan sekarang.

BAB ENAM (6) PUTERI mematikan enjin kereta lalu membiarkan matanya melewati sekeliling. Puter i tidak melihat apa-apa perubahan pada suasana persekitaran walaupun sudah lebih dua bulan dia tidak mengunjungi banglo mewah dua tingkat yang tersergam indah d i hadapannya kini.

Kesibukan membuatkan dia jarang berpeluang mengunjungi Datin Zaidah, bekas penge tua rumah anak-anak yatim di Klang yang sudah pun dianggapnya seperti orang tuan ya. Siapa lagi yang dia ada di dunia ini kalau bukan Auntie Zai yang telah pun b anyak menabur budi terhadapnya selama ini? Dari kecil sehinggalah dia menapak di menara gading, Auntie Zai tidak ubah bagaikan penyuluh jalan. Selama beberapa t ahun merantau ke luar negara, Puteri tidak lupa untuk terus menyemai hubungan ba ik melalui pos dan juga telefon. Sehingga kini dia dan Auntie Zai tetap berhubun gan bagaikan ibu dan anak. Tambahan pula Auntie Zai sendiri hanya mempunyai tiga orang putera, tiada seorang pun puteri. "Puteri! Puteri ke tu?" Kedengaran suara memanggil nyaring. Datin Zaidah yang masih tampak anggun walaupun telah mencecah usia lewat enam pu luhan melangkah penuh gaya dengan baju kebarung kain sutera Thai berwarna merah pulasan. "Auntie Zai!" Puteri segera menerpa ke dalam pelukan wanita itu. Tubuh montel be risi itu dipeluknya erat. Kemudian tangan Datin Zaidah diciumnya penuh hormat. "Apa khabar auntie!" tanya Puteri. Matanya menyoroti agak lama pada wajah yang w alaupun masih berhias rapi tetapi jelas sudah dimakan usia itu. Setahunya Auntie Zai tidaklah sesihat mana. Sejak kematian suaminya, Datuk Zahid i beberapa tahun yang lalu, kesihatan Auntie Zai kian merosot. Sesungguhnya waja h sahaja tampak jernih dan ceria, tetapi memandangkan umur sudah pun senja maka tenaga juga sudah kian berkurangan. Auntie Zai ternyata tidak lagi seaktif dahul u. Tidak dapat Puteri bayangkan bagaimana kehidupannya sekiranya tiba had di man a wanita tua yang disayanginya itu dipanggil Ilahi. Dia akan kehilangan tempat b ermanja. Tiada lagi orang yang sudi memberikannya kasih sayang semurni kasih Aun tie Zai. "Alhamdulillah... sihat walafiat! Rasanya macam dah lama benar tak jumpa Puteri! Masuklah!" ujar Datin Zaidah penuh ceria sambil memimpin tangan Puteri ke ruang tamu. Menyambut kedatangan Puteri baginya tidak ubah bagaikan menyambut kepulangan ana k menantu sendiri. Baru-baru ini dia menyedari bahawa anak lelaki bongsunya, Hanif berkenan habis pada gadis di hadapannya itu. Sekali ter pandang hati terus terpaut. Sememangnya Datin Zaidah cukup berpuas hati sekirany a anak bongsunya itu menyunting Puteri sebagai isteri, malangnya Hanif nampaknya agak pemalu kalau dibandingkan dengan anak-anak lelakinya yang lain. H anif adalah pakar pengaturcara komputer tetapi tidak pandai langsung mengatur la ngkah untuk bercinta. Berjaya di dalam kerjaya tetapi kecundang dalam urusan per ibadi. Kalau bukan orang tua yang uruskan, agaknya sampai bila-bila pun anak mud a itu tidak akan merasa hidup berumahtangga. "Sayangnya... Abang Hanif kamu baru aja keluar. Dia mesti suka kalau tahu yang P uteri datang."

"Kenapa tak telefon dulu? Kalau tak dapatlah auntie sediakan apa yang patut," ka ta Datin Zaidah lagi. Dia tersenyum lebar. "Maafkan Puteri. Puteri harap kedatangan Puteri tak menyusahkan auntie." "Tak adalah. Auntie memang suka. Puteri nak tinggal lama-lama pun tak apa. Lagil ah auntie suka!" ungkap Datin Zaidah bersungguh-sungguh. Hatinya seronok setiap kali Puteri bertandang. Dia tidak puas menatap penampilan anggun Puteri yang mem ang jauh bezanya macam langit dengan bumi daripada Dee. "Silakan Datin, Puteri." "Terima kasih, Jah," ucap Datin Zaidah apabila pembantu rumahnya membawakan seja g jus oren. "Puteri dah makan? Kalau belum bolehlah auntie suruh Kak Jah masakkan." "Tak payah susah-susah, auntie. Puteri..." "Apa pula susahnya! Takkan malu kut?" "Puteri dah makan," bohong Puteri. Asyik terkenangkan Hakim, dia hilang selera. Duduk tidak senang, bangun pun tidak kena. Keresahan itu datang hagaikan banjir kilat. Begitu mendadak dan membuat dia kelemasan. "Tak singgah sini sehari dua? Rumah ni dah senyap sunyi.... Anak-anak auntie sem uanya dah berkeluarga sendiri. Yang tinggal cuma Hanif dengan auntie. Menunggu H anif beristeri, entah bila," gerutu Datin Zaidah sambil menuang minuman ke dalam gelas. "Eh... Puteri... alang-alang Puteri dah ada depan mata, boleh tak auntie bertany a sesuatu?" tanya Datin Zaidah sambil melirik mesra kepada Puteri. "Tentu aja boleh. Ada apa?" "Auntie dapat tahu yang Hanif berkenan pada Puteri," ujar Datin Zaidah sambil te rsenyum simpul. Matanya merenung tepat pada wajah Puteri. Wajah ayu yang ternyat a berbeza seratus peratus daripada beberapa tahun yang lalu. Ketika meningkat remaja, Puteri beraksi jantan habis. Rambut kontot dan berkemej a longgar. Kawan-kawannya lebih ramai lelaki daripada perempuan. Puteri tidak ge mar dipanggil dengan nama Puteri. Nama Puteri Nur Deana yang diberikan oleh Dati n Zaidah sendiri ketika masih merah telah disingkatkan kepada Dee. Kini Datin Za idah bersyukur kerana Puteri sudah pun berubah menjadi

seorang gadis yang anggun. Sesungguhnya Dee dan Puteri seperti dua insan yang be rbeza. Lebih-lebih lagi apabila berbaju kurung moden coklat keemasan seperti sek arang. Lembut wajahnya begitu terserlah. Dia tidak menyalahkan Hanif kalau baru kini terbuka mata melihat keistimewaan yang ada pada Puteri, bukan beberapa tahu n yang lalu. Jantan tulen pasti sekali tidak akan pandang sesama jantan! "Jadi... kalau Puteri sudi, rasanya elok benar kalau kamu berdua disatukan. Pute ri suka tak pada Hanif?" soal Datin Zaidah serius. Terpanar Puteri mendengar kata-kata serta pertanyaan Auntie Zai itu. Minuman yan g baru diteguk hampir tersembur. Terkejut dan terharu berbaur. Dia jadi kelu. Te gak matanya memandang muka wanita tua itu. Auntie Zai yang bertanya soalan itu? Tiada sesiapa pun yang lebih mengetahui kebenaran asal usulnya melainkan wanita itu. Dia anak pungut yang entah dilahirkan oleh perempuan mana. Auntie Zai langs ung tidak memandang rendah asal keturunannya? Hati Auntie Zai terbukti sungguh m ulia. Sungguh dia tidak menyangka Hanif Effendi menyimpan satu perasaan istimewa terha dapnya dan perasaan itu direstui pula oleh bondanya. Setiap kali bertemu mata le laki itu tidak pernah menyapa lebih daripada sepuluh patah perkataan. Dahulu dan sekarang sama sahaja. Hanif agak pendiam orangnya. Namun begitu Hanif berbudi b ahasa dan kaya dengan senyuman. Lelaki itu tentu sahaja bakal suami serta ayah y ang bertanggungjawab. "Puteri takkan jumpa ibu sebaik auntie di dunia ni. Siapa lagi yang lebih memaha mi Puteri kalau bukan auntie. Auntie buat Puteri rasa amat terharu kerana auntie sudi terima Puteri...." Hati Puteri tibatiba jadi sebak. Air mata terasa menerj ah di bibir mata. Sungguh dia terharu. Auntie Zai adalah ibu mentua yang tentu sahaja paling memahami kedudukannya seba gai anak yatim piatu. Memang tidak mungkin ada lagi ibu yang sebaik Auntie Zai d i dunia ini. Tapi hati Puteri berat untuk angkur pada usulan Auntie Zai itu. Hat inya bukan milik Hanif.... ianya milik lelaki lain. "Jadi, Puteri setuju?" tanya Datin Zaidah. Hatinya bcrbunga ceria. Malangnya kepala Puteri tergeleng pantas. "Puteri tak berkenan pada Hanif?" tany a Datin Zaidah lagi, agak kecewa melihat reaksi Puteri. "Bukan begitu. Puteri dah anggap Abang Hanif macam saudara sendiri," balas Puter i. Dia mula mundar-mandir. Serba salah. Sungguh hatinya amat gelisah. Dia hadir di situ demi menenangkan perasaan yang berkocak akibat diamuk oleh kenangan Haki m, malangnya kian bergelora dek lamaran Auntie Zai. "Kalau macam tu kita rapatkanlah lagi tali persaudaraan!" "Tunggulah dulu, auntie. Puteri belum bersedia untuk..." "Puteri, auntie bertanya ni sebab auntie fikir pada umur Puteri sekarang dah cuk

up matang untuk berumah tangga. Dah dua puluh lapan tahun ni ha.... Lainlah kala u hati Puteri dah dimiliki," ujar Datin Zaidah. Dia masih tidak berputus asa. Dia percaya pasti ramai lelaki yang pernah cuba mencuri hati Puteri, tetapi Pute ri tidak kelihatan seperti orang yang sedang bercinta mahupun pernah bercerita bahawa dia jatuh hati kepada sesiapa. Biasanya Puteri tidak berahsia. Jadi selagi ada peluang, Datin Zaidah tidak akan melepaskan peluang bermenantuka n Puteri. Puteri gadis baik. Walaupun perwatakan tulennya sedikit bagaikan gadis Eropah, lebih-lebih lagi pada warna anak matanya yang kehijauan itu, Puteri nam paknya lebih menonjolkan diri sebagai gadis Melayu. Rambut asalnya yang agak keperangan pada usia remaja, kini hitam berkilat. Bagi Datin Zaidah, latar belakang Puteri tidak penting. Walaupun dikut ip di jalanan, setiap bayi yang baru dilahirkan itu tetap suci. Lagipun kebahagi aan putera bongsunya amat bermakna. "Puteri... Puteri memang tak bersedia, auntie. Puteri..." "Bukannya auntie nak nikahkan kamu terus. Cuba bersama dulu, jadi steady couple. Kemudian bila tiba masanya, kita uruskan yang seterusnya. Apa kata Puteri?" Merenung wajah Auntie Zai, sungguh Puteri tidak sampai hati untuk membantah. Ama t payah untuk mengatakan tidak. Tidak tergamak rasanya menghampakan harapan Aunt ie Zai yang telah pun banyak berbakti terhadapnya selama ini. Dia sayang Auntie Zai dan tidak sanggup melihat riak kecewa pada wajah tua itu. Hatinya juga tidak kuat untuk meluahkan kebenaran. "Bagi auntie, daripada bermenantukan perempuan yang auntie tak kenal hati budiny a, adalah lebih baik kalau auntie cari orang yang auntie kenal dan kebetulan pul a anak auntie sendiri berkenan. Dah tua-tua ni memang teringin sangatlah nak ten gok Hanif dan Puteri sendiri berumah tangga. Kalau kamu dijodohkan, maknanya ter makbullah hajat di hati. Sempat juga tengok dua orang insan yang auntie sayangi selamat berumah tangga," ucap Datin Zaidah panjang lebar apabila Puteri masih te rmangu tanpa jawapan. Setelah puas memalingkan wajah merenung entah apa di halaman, kononnya berfikir secara mendalam, akhirnya Puteri berpaling dan perlahan-lahan bibirnya menguntum senyuman tipis. Fikirannya kian bercelaru. Tiada perasaan red a yang lahir di hati. Malangnya senyuman itu adalah senyuman yang amat difahami oleh Auntie Zai sebagai tanda tiada masalah. "Puteri setuju?" jerit Datin Zaidah ceria dengan wajah berseri-seri. Kegembiraan terpancar dan sinar inuta tuanya itu. "Er... Puteri..." Kalau boleh Puteri ingin menolak dengan cara lembut agar tidak tersinggung perasaan Auntie Zai. Mahu meluahkan kemelut di jiwa yang kian tenat , tetapi apakan daya tindak balas Auntie Zai lebih pantas. "Oh Puteri... syukur alhamdulillah!" Wanita tua itu terus merangkul tubuh Puteri dengan penuh kasih sayang. Pelipis gadis itu diciumnya berkali-kali tanda jadi.

Puteri mengesat air mata yang tiba-tiba jatuh menitis apabila jari manisnya disa rungkan dengan cincin permata jernih yang masih berbahang dari jari Auntie Zai. Dia pasrah. Namun wajah Hakim kian kuat bertapak di minda.

FAIL BIRD tertera nama Puteri Nur Deana binti Abdullah yang baru diserahkan oleh Jabatan Sumber Manusia petang Jumaat lepas, segera dicapai oleh Hakim sebaik sa haja dia memasuki bilik pejabatnya awal pagi itu. Dia sepatutnya meneliti fail p eribadi Puteri sebelum berangkat ke Singapura bagi menyelesaikan urusan cawangan syarika t di sana dua hari yang lalu, tetapi tidak berkesempatan. Arahan daripada ayahny a datang dengan begitu mendadak sehingga dia terpaksa berlepas dengan tergesa-ge sa. Menilai semula bayaran gaji kepada Puteri adalah perlu walaupun gadis itu hanya diambil sebagai pembantu sementara. Dia sedar Puteri kini memikul tanggungjawab yang berat. Kalau tidak mahu kehilangan Puteri, dia perlu bertimbang rasa. Lagip un sehingga ke hari itu, Puteri telah pun menjalankan tugasnya dengan baik. Membelek sehelai demi sehelai salinan-salinan sijil dan resume latar belakang pe ndidikan yang dikepil kemas di dalam fail itu, hati Hakim mula diserang kemusykilan. Rasa ingi n tahunya menebal. Semakin lama meneliti semakin hatinya jadi gundah. Lbih-lebih lagi apabila matanya singgah pada sckeping foto yang datang bersama surat permo honan kerja Puteri yang berusia sepuluh bulan yang lalu. Selain daripada sedikit lipstik pada bibirnya, wajah pada foto itu bersih daripada sebarang solekan. Be rambut pendek potongan kemas dan bersut. Foto Puteri namun wajah itu seakan-akan bukan wajah Puteri, tetapi wajah seseorang yang pernah Hakim kcnali suatu ketik a dahulu! "Oh Tuhan!" keluh Hakim tiba-tiba. Dia segera membungkam. Matanya tertutup rapat . Setiap titik darah di tubuhnya tiba-tiba sahaja terasa menyerbu ke muka. Jantu ng Hakim melantun deras. Peluh sejuk memercik. Sedikit demi sedikit jawapan kepada persoalan kenapa dia merasakan seperti ada s esuatu tentang Puteri yang mengusik hatinya kini mula terserlah. lanya juga adal ah jawapan kepada reaksi pelik Puteri setiap kali berhadapan dengannya selama in i. Segan Puteri segan ada makna. Rupa-rupanya Puteri sebenarnya adalah... Dee! Nama itu tercetus dari bibir Hakim, diikuti oleh bayangan silam yang kembali ber main di minda. Dia sebenarnya tidak pernah mampu memadamkan nostalgia suatu senj a yang tenang lima tahun yang lalu. Dia bukannya jantan rakus. Bukan juga kaki perempuan. Cinta yang satu diabadikan nya untuk Intan seorang. Tetapi tatkala itu tebing semangatnya sedang runtuh ker

ana menyalahkan diri atas kematian ibu tersayang. Dia sengsara selama bermingguminggu. Beban rasa bersalah terlalu berat untuk ditanggung lebih-lebih lagi apab ila seluruh ahli keluarganya menuding jari ke arahnya. Tragedi November betul-be tul membuat jiwanya karam. Segala-galanya jadi tidak terurus termasuk hubungan c intanya dengan Intan. Intan rasa terabai dan mula mencari hiburan sendiri. Apabila Dee muncul di pangsapurinya pada senja itu menjadi orang tengah menyampa ikan pesanan `putus cinta' daripada Intan, dukanya jadi kian lara. Perasaannya t erlalu tertekan dan hilang kawalan diri. Antara geram dan pilu, bibirnya tidak h enti-henti meracau soal luka di hati kerana tindakan Intan dan juga kemalangan d i laut yang mengorbankan nyawa ibunya. Kemelut di jiwa bagaikan duri di dalam da ging. Kesakitan amat terasa. Air mata jantan dibiarkan menitis tanpa rasa segan. Dee yang terpaksa mendengar kian bersimpati. Daripada pujukan serta rangkulan b elas kasihan, entah bagaimana mereka akhirnya bergumpal di ranjang tanpa seurat benang. Bunyi deringan telefon yang pertama pagi itu mematikan lamunan Hakim. Menarik na fas dalam-dalam, Hakim bangun lalu melangkah pantas ke bilik pejabat Puteri yang sepi. Deringan telefon dibiarkan membingit terus. Tiada sesiapa pun di pejabat itu melainkan dia. Biasanya ketika jam hampir mencecah ke angka sembilan barulah kedengaran riuh di setiap penjuru pejabat itu. Resah nada telefon resah lagi pe rasaannya. Dia memerlukan jawapan konkrit. Entah apa yang dicari, tetapi laci meja Puteri dibukanya satu per satu. Dia memb elek sana sini. Walaupun hatinya penuh yakin berkata Puteri adalah Dee, dia masi h memerlukan satu bukti kukuh. Bukti yang tidak lagi dapat menyangkal siapa Pute ri sebenarnya. Puteri tidak mungkin mengaku dengan mudah. Sudah berbulan-bulan b ersama, tetapi Puteri langsung tidak bersuara. Tidak hairan kalau selama mi Pute ri lebih senang menjauhkan diri. Malangnya sebagai majikan, Hakim pula berkenan pada gaya serta kemahiran Puteri. Hakim inginkan Puteri sebagai pembantu. Tidak berdaya, akhirnya Puteri terikat di sisi Hakim. Apakah rancangan Puteri sebenarn ya? Mahu terus bersandiwara sehingga ke akhir hayat? Puteri begitu yakin diri ti dak mungkin dikenali? Di dalam laci ketiga, mug yang dihadiahkannya kepada Puteri masih tersimpan rapi . Ternyata mug itu tidak pernah digunakan oleh Puteri. Reben merah juga masih te rikat kemas. Mengimbas pertemuan pertama mereka di pejabat itu yang penuh kejuta n meyakinkan lagi bahawa Puteri sememangnya Dee. Terbukti bahawa kekuatan Puteri lumpuh sebaik sahaja bertentang mata dengannya. Wajah Puteri pucat dihiris tida k berdarah. Menyentuh perlahan pada permukaan mug yang bertulis `My lovely baby' itu, hati H akim tertanya-tanya apakah Puteri sebenarnya tidak menyukai mug itu ataupun tida k berkenan pada orang yang memberi? Berdendamkah Puteri terhadapnya? Beralih ke sebuah rak buku di sebelah kanan meja tulis, tangan Hakim mencapai se buah kamus lama yang hampir lusuh kulitnya lalu dibukanya perlahan. Tatkala soro tan matanya singgah pada nama yang tertera dengan tulisan tangan di muka surat p ertama, jantungnya bagai dipalu. Dia terhenyak ke kerusi. Dee Abdullah - Univers iti Malaya, 1992. Di meja tulisnya lima belas minit kemudian, Hakim termenung panjang memikirkan r ahsia yang baru tersingkap. Pasti semua itu amat sukar bagi Puteri. Berpisah kem

udian dipertemukan semula tentu sahaja bukan hasrat hati. Tetapi tiada sesiapa y ang boleh mengatasi takdir Tuhan. "Oh! Good morning, Hakim!" tegur Tengku Aida penuh ceria. Suaranya yang mersik m emecah keheningan pagi. Hakim segera berpaling, namun senyumannya hambar. Hatinya gelisah. Cukup gelisah . Kemesraan yang dipamerkan oleh gadis itu tidak mampu mengembalikan ketenangann ya. Kian bergolak memang ada. "Dah minum? Jom kita ke Sri Kafe?" ajak Tengku Aida sambil berlenggang ala model menghampiri meja tulis Hakim. Seperti biasa lirikan mata dan bahasa tubuhnya cu kup menggoda. Tengku Aida memang seorang gadis yang agresif. Tidak pernah malu u ntuk bertindak walaupun terhadap bos sendiri. Memang setanding Rose. "I banyak kerja. Mungkin lain kali," balas Hakim ramah. Dia memang tidak gemar m enyinggung perasaan perempuan. Kalau dengan Rose dia masih mampu bersopan, denga n Tengku Aida tentu sahaja kerja enteng. "Nak I bantu? You tahu I sentiasa sudi. Anytime, any place..." ujar Tengku Aida sambil melentok mesra ke sisi Hakim. Sebagaimana menawannya rupa Tengku Aida pag i itu, wangian yang semerbak daripada tubuh gadis itu juga begitu menggoda. Keharumannya menggugat iman. Pere mpuan itu ternyata berusaha sedaya upaya untuk menarik perhatiannya.

"No, thanks. Kita bincang petang nanti tentang MAC & CO." "Okey! I jumpa you nanti," bisik Tengku Aida kemudian melenggang pergi. Melihat ayunan pinggul seksi yang jelas sengaja ditayangkan kepadanya, Hakim ter senyum dan menggeleng kecil. Setelah beberapa kali keluar makan bersama, dia sud ah mula biasa dengan lagak mania Tengku Aida yang bertentangan dengan sifat rapi tahun enam puluhan Zureen yang mana kedua-duanya kadangkala membuatkan dia rima s. Yang seorang banyak benar permintaan manakala yang seorang lagi sukar diurus. Tidak seperti Puteri yang kalau ke restoran tujuannya memang untuk mengisi peru t, bukan ada udang di sebalik batu. Walau bagaimanapun Hakim tidak peduli bagaim ana gaya mahupun cara hidup Tengku Aida asalkan gadis itu memberikan hasil terba ik dan tidak memudaratkan nama syarikat. Setakat itu prestasi Tengku Aida tidak mengecewakan. Jam sepuluh pagi semua kakitangan telah pun mendaftarkan diri di pejabat dan sib uk menjalankan tugas masing-masing melainkan Puteri. Kelibat Puteri masih juga t idak kelihatan. Sudah puas Hakim meninjau pintu masuk, tetapi yang muncul bukann ya Puteri. Hampa dan resah memikirkan tentang Puteri, Hakim mundar-mandir. Matan ya tidak sabar-sabar mahu menatap wajah Puteri. Dia masih inginkan kepastian. Sejam kemudian Hakim selesai berbincang dengan pengurus muda bahagian pentadbira

n, Azman serta pembantunya Puan Nazma dan juga Encik Rashid berkenaan dengan ran cangan untuk merombak beberapa peraturan syarikat. Mengorak langkah meninggalkan bilik mesyuarat, telinganya tertangkap suara sindiran Teng ku Aida yang agak selamba tetapi tajam. "Hai... muram nampak? Boyfriend baru meninggal ke?" Berpaling, dia sempat melihat Puteri sedang melangkah melewati Tengku Aida. Tegu ran Tengku Aida dibalas dengan senyuman manis yang dipaksa-paksa. Puteri nampakn ya menerima sindiran itu sebagai satu gurauan. Air mukanya tampak lesu tidak ber maya. Wajah hiba. Puteri bagai sedang menanggung beban yang amat berat. Terpacak Hakim memerhati sehinggalah Puteri berlalu ke bilik pejabatnya dan melabuhkan p unggung ke kerusi. Rasa bersalah tiba-tiba sahaja menyelinap ke hati. Di bilik pejabatnya dia mundar-mandir lagi. Punggung ena, bangun pun sama. Bunyi deringan telefon pejabat uat dia naik geram. Dalam pada itu telefon bimbitnya pantas talian diputuskannya tanpa memeriksa terlebih anggilan. Rimas, Hakim terasa panas. Duduk tidak k yang tidak putus-putus memb turut sama berlagu. Dengan dahulu siapa yang membuat p

membuka satu per satu butang kemejanya lalu mendongak lesu sambil memejamkan mat anya rapatrapat. "Puteri! Boleh jumpa I sekejap? Er... tolong bawakan fail Julian Asmawi sekali," pinta Hakim lima minit kemudian melalui interkom. Entah kenapa buat pertama kal i suaranya terasa bergetar. Hatinya pula berdebar-debar. Sesungguhnya dia belum bersedia untuk menghadapi Puteri. Tetapi dia perlu tahu apa yang tidak kena sehingga wajah Puteri kelihatan begitu sugul. Selagi hayat masih ada, kebajikan Puteri tetap menjadi tanggungjawabnya. Kesalahan masa silam harus ditebus. "Okey...." Lemah kedengaran suara Puteri. Nada antara sudi dan tidak. Mata Hakim tidak mampu ditegah daripada terpaku pada gerak langkah Puteri yang g emalai. Dari juuh dia sudah pun memerhati dengan hati yang meruntun antara debar dan cemas. Sorotan matanya melewati wajah lesu Puteri sehingga ke hujung kaki. Puteri tampak sungguh anggun walaupun tatkala berblazer dan berseluar panjang. G aya sendat membuatkan tubuhnya yang langsing itu kelihatan seksi dan menawan. Sesungguhnya Hakim memang tahu bahawa Puteri seorang gadis yang cantik fizikalny a. Malah dia tahu Puteri tampak lebih cantik tanpa material ciptaan teknologi mo den yang membaluti tubuhnya kini. Matanya pernah terpegun melihat kemulusan makh luk ciptaan Tuhan yang dipanggil Dee. Siapa sangka di sebalik kemeja longgar dan seluar londeh saiz XL yang ditenungnya tanpa apa-apa perasaan beberapa tahun ya ng lalu, rupa-rupanya tersembunyi keindahan yang tidak terucap dengan perkataan. Satu kejutan yang menjadikan Hakim lelaki pertama yang menyingkapnya. Perlahanlahan Hakim mula hanyut dalam kenangan peristiwa lalu tetapi sempat diselamatkan oleh suara panggilan. Rupa-rupanya Puteri sudah pun di hadapan mata. Terpempan Hakim seketika. "Ini dia fail Julian Asmawi. I dah bincang dengannya soal expense. Setakat ni ma

sih dalam proses penelitian. Tapi ada kemungkinan dia akan bersetuju," jelas Put eri tanpa berlengah-lengah sebaik sahaja meletakkan fail tersebut di hadapan Hak im. Tetapi fail itu tidak disentuh, malah mata Hakim merenung penuh risikan. "You sihat, Puteri?" Lain yang dijelaskan, lain pula yang ditanya. Kini giliran Puteri pula tergamam. Menggelabah dia apabila mata Hakim terus menikam tajam pada anak matanya. Entah kenapa renungan Hakim kini dirasakannya lain macam. Hakim bagaikan mencari-cari sesuatu pada dirinya. Lelaki itu mahu berlagak doktor dengan pesakit? "I'm fine," balas Puteri pantas. Dia segera melarikan pandangan matanya jauh dar ipada Hakim. Hati yang sememangnya berdebar kian rancak debarnya. Dia merasa tid ak sedap hati. Segan satu macam apabila terus ditenung begitu. "Betul?" "Sihat. Kenapa?" tanya Puteri kembali. Sememangnya cermin yang dipandangnya pagi itu memberikan gambaran benar. Wajahnya masih tampak tidak bermaya walaupun set elah berlapis warna dan bedak asas disapu ke muka. Sinar matanya begitu malap ak ibat fikiran yang bercelaru. Malah semalaman dia tidak lena tidur memikirkan cincin tanda yang kini melingkar di jari. Nampaknya bukan Tengku Aida seorang sa haja yang perasan akan perubahan pada air mukanya, tetapi Hakim juga. "Wajah you beritahu I jawapan berbeza. What is the problem!" tanya Hakim serius. Rasa ingin tahunya kian menebal. Dia dapat merasakan resah Puteri tidak seperti resah pada hari-hari yang lalu. Nalurinya mengatakan bahawa Puteri bukan sekada r menyimpan satu rahsia, malah banyak lagi. Puteri menggeleng gusar. Tanpa disedari tangannya segera menyentuh pipi sendiri. Sesungguhnya dia tidak mahu tampak teruk di mata Hakim. Dia ingin kelihatan ang gun dan menawan, dan Hakim harus memandangnya dengan riak jantan. Sebagaimana mi mpi-mimpinya yang mula dihiasi oleh wajah Hakim, hatinya berkeinginan kuat agar mimpi Hakim dihiasi pula oleh wajahnya bukan Rose, Tengku Aida utaupun Intan. "Tak ada apa-apa. Mungkin kurang tidur. I balik lewat semalam," balas Puteri. Di a berbohong. Sepanjang malam dia berkurung di rumah sambil merenung hiba pada ci ncin platinum berhias permata jernih yang nilainya mencecah lima angka yang tela h disarungkan oleh Auntie Zai bagi pihak putera bongsunya. Hatinya merintih pilu dek tidak mampu mencari jalan penyelesaian. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Fikirannya buntu. Kenyataannya walaupun sedalam ma na perasaan sayang Hanif terhadapnya, mereka tetap tidak boleh bersatu. Tetapi b agaimana mahu mengabaikan rasa terhutang budinya terhadap Auntie Zai? Bagaimana mahu menolak permintaan yang sebegitu ikhlas sedangkan apa yang dimilikinya kini adalah atas ihsan wanita itu? Sungguh dia merasa tidak berdaya.

Bagaikan menerima jawapan Puteri, Hakim mengangguk kecil lalu tangannya mencapai fail dan mula membelek sehelai demi sehelai. Cuba menumpukan perhatiannya kepad a maklumat di dalam fail, Hakim bangun meninggalkan mejanya dan membiarkan Puter i sendirian. Dalam pada itu dia cuba menenangkan perasaan sendiri. Daripada peni laian mata kasar dia yakin bahawa Puteri yang didampinginya kini sememangnya Dee . Tetapi sekiranya Puteri ingin meneruskan 'permainan' itu, dia tidak kisah untu k ikut sama bermain selama mana Puteri mahu! "When is your next appointment with Julian?" soal Hakim tidak lama kemudian. Akhirnya Hakim rela mengalih topik. Lega nafas Puteri. "Lusa," jawabnya sambil melirik kepada Hakim yang masih sibuk meneliti fail. Ent ah apa keistimewaan Hakim selain daripada ketampanan dan karisma yang ada padany a, tetapi semakin lama bersama, dia semakin tidak dapat melenyapkan bayangan waj ah Hakim daripada kotak fikirannya. Hatinya kian terpaut. Setiap sentuhan kecil Hakim sama ada yang disengajakan ataupun yang tidak disengajakan dirasakannya ba gaikan kejutan elektrik. Jiwa romantisnya mulai beriak. Hanya Tuhan yang tahu be tapa dia sentiasa ingin rapat pada Hakim. "I akan ikut you. Di mana?" "Di rumah dia di..." "What!" Terkejut Hakim. Dia sememangnya mengenali sikap playboy Julian, tetapi t idak menyangka pula lelaki itu kini mengubah premis perniagaan ke rumah sendiri. Tempat biasa Julian setahunya di hotel-hotel eksklusif. "What's he up to! Pernah dia cuba goda you?" Tanpa sedar soalan itu terpacul dar i bibir Hakim. Rasa marah tiba-tiba sahaja menjalar di seluruh urat nadi. Dia me ndengus geram. Entah geram terhadap muslihat Julian atau geram terhadap takdir T uhan. "Dia... er... tu perkara biasa. Dalam business kadang-kadang kita terpaksa..." "Puteri!" potong Hakim dengan nada tegas. Sinar matanya menyilau tajam. "Call him. Tukar tempat pertemuan. I tak nak dengar you buat appointment di rumah dia, rumah you atau rumah sesiapa pun!" Nada suara Hakim yang agak tinggi membuat Puteri terkedu. Dia membatu memandang Hakim. Air muka Hakim yang jelas tampak kalut menambah gelodak di hati. Dalam ha ti resah tertanya-tanya kenapa pula darah Hakim tiba-tiba sahaja mendidih? Apa k esalahan dia sedangkan keputusannya untuk menurut kehendak Julian adalah demi ke pentingan urus niaga syarikat. Lagipun maksiat hanya akan berlaku di atas kehend ak hati sendiri. Tidak ada kaitan dengan tempat. Malah di bilik pejabat sekalipu

n boleh terjadi kalau mahu. "I'm sorry. Will you please have the venue changed! Beritahu dia yang I akan tur ut sama," pinta Hakim sejurus kemudian. Menyedari keterlanjuran diri, suaranya b erubah lembut. "Menurut rekod, you pernah belajar sambil bekerja di Australia. Berapa lama you tinggal di Australia sebelum you balik ke sini, Puteri?" tanya Hakim sambil mera pati Puteri. Anak mata berwarna kehijauan yang pada awalnya disangka sekadar hiasan contact l ense itu direnung tepat tatkala menghulurkan fail kembali kepada Puteri. Buat se ketika dia terpaku. Keindahan sinarnya membangkit kembali memori yang tidak ingi n Hakim ingati. Bagai di layar perak tiba-tiba terbentang wajah anggun Dee yang sedang mendesah penuh emosi. Telinganya bagai terdengar keluhan-keluhan resah De e tatkala bergelut.... Cepat-cepat Hakim memejam matanya rapat dan memalingkan w ajahnya daripada Puteri. Dalam hati dia beristighfar panjang. "Empat tahun," jawab Puteri, tidak terlintas untuk menyeleweng dari kebenaran walau sedikit pun. Tetapi sesaat selepas itu baru dia mengesyaki sesuatu... Hakim telah pun menyelidik latar belakangnya! Kalau tidak bagaimana Hakim mengetahui semua itu? Tiba-tiba lutut Puteri terasa lemah. Peluh dingin terasa memercik. Hatinya cemas tertanya-tanya adakah benar seperti disangka, Hakim berjaya mengecam siapa dia? "Empat tahun, hmm! 1996 to 2000? Well, can't I blame you. It's a beautiful country," ucap Hakim. "I gembira you dah pulang. Entah bagaimanalah hidup I tanpa you. You tahu dalam business, I perlukan orang macam you!" sambung Hakim. Dia mengulum senyuman kesal. Kerana Puteri, dia gagal memiliki apa yang dihajati sel ama ini. Lima tahun hidupnya tidak ubah bagaikan graf yang mendatar. Dia berharap Puteri tidak lupa untuk memperbetulkan kepincangan yang ditinggalka nnya dahulu. Namun Hakim sedar apa yang terjadi bukan salah Puteri. Sebagai lela ki dia yang harus mengaku bersalah.

"Okey, mari kita bincang tentang projek Julian. I dah banyak ketinggalan. So, update me," ujar Hakim sejurus kemudian, kembali ke topik urus niaga. Walau siapa pun sebenarnya wanita di hadapannya itu, yang lepas tetap yang lepas. Cuba mengutip cebisan memori silam tidak akan ke mana. Akhirnya sendiri yang terkilan. Dia harus pandang ke hadapan. Agaknya itulah langkah yang diambil oleh Puteri -

kuburkan cerita lama. Lagipun pertemuan itu bukan atas kehendak hati. Apa boleh buat kalau secara kebetulan periuk nasi mereka adalah daripada bekas yang sama? Setiap orang harus bersabar dan bertahan demi sesuap nasi. "Hakim ...!" panggil Puteri tatkala hampir melepasi muka pintu pejabat Hakim setengah j am kemudian setelah selesai perbincangan. Dia telah bulat hati mahu berterus terang tentang diri. Nekad. Semakin lama disi mpannya rahsia itu semakin tidak tenang jiwanya. Lebih-lebih lagi apabila hatiny a yakin berkata bahawa Hakim sudah pun sedar siapa dirinya yang sebenar. Kerling an mata Hakim sentiasa membuat jantungnya berdenyut kencang bersama-sama soalan yang tidak kunjung hilang: Dia tahu kini setiap detik bersama Hakim lebih sukar untuk dilalui. "Ya?" Malangnya apabila Hakim berpaling dan mata bertembung, nafas Puteri bagai tersek at tiba-tiba. Semput. "Er... I... ada sesuatu nak beritahu you...." Malangnya hanya hati yang bersuara , mulut pula terkunci. Semangat Puteri melayang dek panahan mata Hakim. "I rasa tak sihat..." bisik Puteri. Jari-jemarinya melurut perlahan pada dahi ke mudian beralih ke rambutnya. Kini dia benar-benar merasa tidak sedap badan. Akib at gabra seluruh tubuhnya terasa lemah. Mendengar keluhan Puteri itu. Hakim segera meninggalkan mejanya lalu merapati Pu teri. Melihat kcadaan Puteri yang agak lemah itu, daun pintu ditutupnya perlahan dan Puteri dipapahnya ke sofa. "Relaks. Tarik nafas." Perintah Hakim diikuti oleh Puteri tanpa bantahan apabila Hakim menyuakan segelas air suam ke bibirnya. Dia meneguknya sebagaimana disuru h. Akhirnya menarik nafas dalam-dalam, dia bersuara perlahan: "Hakim... I... I mungkin tak dapat temankan you ke majlis malam nanti." Dia belum bersedia untuk ke mana-mana majlis makan malam bersama Hakim. Hatinya tidak kuat untuk menghadapi semua itu. Nanti banyak pula kesilapan yang dilakuka nnya. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat rasmi bersama Hakim selama ini cukup membua tkan dia separuh demam, inikan pula sebuah majlis yang memerlukan dia berhias se rta bergaun malam. Majlis yang berkemungkinan ada babak tari-menari. Apa akan ja di sekiranya Hakim mengajaknyu berdansa? "Don't worry about that. You balik ke rumah, berehat. I akan minta Aida gantikan you." Tengku Aida! Mendengar nama itu, mata yang kuyu kini terbuka lebar merenung waja h Hakim. Kenapa hanya nama perempuan itu yang asyik terdetik di fikiran Hakim? K enapa mesti Tengku Aida bukan Kakak Ana? Apa kelebihan Tengku Aida yang mengatas i Kakak Ana selain daripada keremajaannya?

"Ada apa?" soal Hakim apabila tiba-tiba sahaja wajah Puteri beriak cemas. Mata yang cantik itu terpaku resah seolah-olah menyuarakan bantaha n. "You nak katakan sesuatu, Puteri? Ada bantahan?" tanya Hakim perlahan sambil mel angkah ke meja tulisnya. "Hakim, kenapa mesti Tengku Aida? You boleh bawa Kak Ana. Dia lebih berpengalama n kalau dibandingkan dengan Tengku Aida," ujar Puteri tanpa berfikir panjang. Me mbayangkan Hakim bersama Tengku Aida, sebak tiba-tiba sahaja menerjah ke kerongk ong. Hatinya tersayat. Komen Puteri itu membuat Hakim tersenyum panjang. Entah kenapa dia terasa seolah -olah kata-kata Puteri itu lahir dari hati cemburu seorang isteri. Bahangnya begitu terasa. Encik Rashid sudah lama mula mempersoalkan tindak-tand uknya, kini giliran Puteri pula? Dia akui memang Puteri layak dijadikan isteri tetapi tempat seorang kekasih hany a sesuai disandang oleh perempuan seperti Tengku Aida yang lincah, ligat dan ber fikiran terbuka. Baginya Puteri tidak memiliki ciri-ciri itu. Kalau inginkan tem an ke majlis sosial dia lebih gemarkan perempuan seperti Tengku Aida. Sudah jela s perempuan itu tidak akan melatah jikalau disentuh. Bersama Puteri, Hakim meras akan pergerakannya terbatas. Gerak-gerinya terpaksa dikawal. "Yang kurang berpengalaman lagilah kena belajar. Apa salahnya kalau I bawa Tengk u Aida kalau bertujuan untuk menimba pengalaman?" balas Hakim. Dia memang sedar wujudnya persaingan di antara Tengku Aida dan Puteri. Cuma dia tidak pasti sejauh mana. Daripada cara serta reaksi Tengku Aida setiap kali nama Puteri disebut, dia sudah dapat menilai betapa goyahnya perhubungan di antara k edua-dua perempuan itu. Entah salah siapa, tetapi sikap sebegitu tidak sepatutny a wujud di dalam organisasi miliknya dan dia nekad akan memperbetulkan kepincang an itu. Suatu hari nanti Puteri dan Tengku Aida akan disatukannya dalam sebuah p rojek yang memerlukan kerjasama jitu. Percanggahan tidak akan membawa kejayaan. Seperti kata pepatah; 'bersatu teguh bercerai roboh'. Urus niaga bernilai berjut a ringgit bukan boleh dibuat main-main. Mereka sendiri tahu apa padahnya kalau g agal. "Memandangkan perjumpaan tu adalah separa formal, I lebih suka bersama seseorang yang sepadan. Itu dari sudut peribadi. Tapi jangan salah anggap. Ini bukan soal pilih kasih," sambung Hakim, berterus terang. "Lagipun Rozana ada tanggungjawab di rumah. She's a single parent. Anak-anak dia perlukan dia. Kalau boleh dielakkan, I tak nak libatkan dia dengan hal-hal sele pas waktu kerja. Bukankah elok macam tu?" tambah Hakim lagi.

"Hmmm..." Puteri mengangguk tanda mengiakan. Memang betul kata Hakim. Setelah si buk bekerja sepanjang hari Kakak Ana hams diberi peluang untuk bersama anaknya. Malangnya hatinya tetap memberontak. Dia tidak rela membiarkan Hakim bersama Ten gku Aida! Setiap kali melihat Hakim tunduk dan membisikkan sesuatu ke telinga pe rempuan itu, hatinya terasa bagai dicucuk-cucuk. Sakit! Jiwa jadi lemah longlai dan dia mulai merasa tidak sihat sepanjang hari. Pil Panadol tidak mampu melegak an penyakit seperti itu! "Jadi, apa lagi yang tak kena? You tak suka I bersama Tengku Aida, Puteri?" tany a Hakim menduga. Lebih-lebih lagi apabila Puteri bagaikan tidak mahu menerima al asan yang diberi. Wajah .; Puteri tetap muram walaupun baru sahaja mengangguk ta nda setuju. "Kenapa pula I nak..." "Soalan tu I yang patut tanya, Puteri," potong Hakim. Dia kelihatan tenang. Manakala air muka Puteri pula kian gusar. Cemas. "Eh... I tak... I tak kata I tak suka. Cuma..." Puteri hilang kata-kata. Kian be rkecamuk perasaannya apabila soalan datang bertalu-talu. "Cuma? What is if?" Hakim menunggu jawapan daripada Puteri. Matanya tidak lepas daripada merenung wajah Puteri yang kini begitu jelas berpalit reaksi resah. Sun gguh dia tidak mengerti kenapa Puteri menonjolkan sikap sebegitu. Puteri menarik nafas dalam. Tiada jawapan yang keluar dari bibirnya. Dia membisu dan tertunduk merenung lantai. Mulai sebak. Memang dia tidak suka. Hatinya tida k tertahan walau sekadar membayangkan Hakim melemparkan senyuman mesra kepada Te ngku Aida, Rose atau mana-mana perempuan sekalipun! "Forget about it. Jangan fikirkan yang bukan-bukan. You boleh balik berehat seka rang. Meor akan hantar you. Take care of yourself." Tetapi Puteri tidak berganjak. Dia membatu di tempat duduknya sambil merenung hi ba pada Hakim. "Puteri? You are dismiss. Go home and..." "No. I dah sihat! I akan ikut you!" Tercengang Hakim, tercengang lagi Puteri apa bila menyedari ungkapan yang baru terpacul dari bibirnya itu. Malu. Tiba-tiba da rah terasa menyerbu ke muka. lalu dengan pantas dia segera melangkah meninggalka n Hakim yang masih terkedu. Mencapai beg tangan dari bilik pejabatnya, dia seger a meninggalkan bangunan pejabat itu. Jantungnya melantun kencang. Fikiran pula b ercelaru. Sungguh dia rimas! Hatinya menangis. Apa aku dah buat? desis hatinya penuh geram. Demi Hakim dia sampai rela gagahi a pa jua rintangan walau terpaksa merangkak sekalipun? Apakah jenis perasaan yang sedang bermaharajalela di hatinya kini? Aku betul-betul cintakan dia? Sekali lagi soalan itu menjengah di sanubari diikuti oleh air jernih yang tiba-t iba mengalir laju ke pipi. Sungguh Puteri tidak percaya bagaimana dia boleh jatu

h cinta kepada Hakim? Kenapa begitu mudah sedangkan lelaki itu tidak pernah memb erikan apa-apa galakan.

BAB LAPAN (8)

SEPANJANG perjalanan pulang dari majlis makan malam itu, Hakim lebih selesa berd iam diri. Tidak banyak yang dibualkannya. Cuma sekali-sekala apabila trafik agak lapang, dia melirik dan bertanya soalan-soalan berkaitan kerjaya serta matlamat Puteri. Sebaik sahaja tiba di kondominium Puteri, Hakim nampaknya menunjukkan minat untu k mengenali Puteri secara lebih mendalam. Kalau dahulu Hakim jarang bertanya soa lan-soalan peribadi, kini banyak pula soalannya. Cemas Puteri dibuatnya. Dia ben ar-benar tidak bersedia. Tambahan pula Hakim bukan jenis tetamu yang boleh duduk diam. Bibir sentiasa mengajukan pertanyaan, kaki asyik melangkah dan tangannya pula tidak jemu menyentuh itu dan ini, terutama sekali bingkai-bingkai gambar yang menghiasi setiap pelosok rumah Puter i. Ketika melangkah ke kamar tidurnya, nasib baik Puteri sempat mencapai sebuah bin gkai kecil gambar lamanya yang diambil bersama Nanu enam tahun lalu. Satu-satuny a gambar yang kalau diteliti oleh Hakim pasti gawat jadinya. Puteri tidak menyangka Hakim akan bertindak sebegitu gentleman dengan mengiringi nya sehingga ke muka pintu rumah. Dia cuba menolak tetapi Hakim tetap beria-ia. Katanya dia hanya melakukan apa yang sepatutnya dilakukan oleh setiap lelaki bud iman. Saja ajak-ajak ayam, dia mempelawa Hakim masuk untuk minum kopi, tetapi si apa sangka Hakim mengangguk sudi! Pada saat itu debar di hati Puteri bagaikan ir ama rancak sebuah pancaragam. "It's a very nice placel" puji Hakim. Suara ceria yang membuat Puteri tersentak sehingga sudu di tangan hampir terpelanting. Kehadiran Hakim di situ sahaja suda h cukup membuatkan dia kelam-kabut sehingga berapa camca gula dan berapa banyak serbuk kopi yang perlu dimasukkan pun dia boleh terlupa, inikan pula apabila Hak im muncul di dapur tatkala dia sedang beroperasi. Mengurut dada, Puteri berpalin g ke arah Hakim yang sedang menyandar di muka pintu. Dia memaksa senyum lalu tek o diletakkannya ke atas dulang. "Thanks," balas Puteri. Dia memang berusaha supaya tempat itu kelihatan menarik dan selesa. Banyak yang sudah dibelanjakannya, tetapi syukur setakat itu dia bel um pernah berhutang hanya sekadar untuk mencantikkan rumah. Yang penting perut m esti diisi dahulu. "Milik sendiri?" tanya Hakim sambil mendekati Puteri. "Hutang bank. Dua puluh tahun lagi baru boleh langsai," balas Puteri. Dia tersen yum segan.

Impiannya untuk memiliki rumah sendiri selain daripada Rumah Tunas Harapan kini sudah terlaksana. Memang mahal, tetapi tiada jalan pintas dalam merealisasikan s emua itu melainkan bekerja keras. Bukannya tidak ada orang yang sukarela menawar kan secara percuma, cuma dia yang tidak mahu termakan budi. Takut nanti tergadai pula body. Lagipun berusaha sendiri adalah lebih bermakna dan memberikan kepuas an jitu. Walaupun terpaksa bersusah, dia bangga atas pencapaian diri. "Biar I bawa!" pinta Hakim pantas tatkala Puteri mahu mengangkat dulang yang bar u disiapkannya. Melihat Puteri membuat kerja dapur dalam keadaan tubuh masih ber sarung gaun sendat serta selendang merah yang masih berlilit di bahunya, membuat kan Hakim merasa tidak selesa. Rimas. Nanti tersilap langkah, entah cawan ke man a dan kopi pula ke mana! Tidak sempat menghalang, kedua-dua tangan Hakim sudah pun mencapai dulang tersebut. Tatkala hujung jari-jemari saling bertemu, Puteri pani k lalu segera melepaskan genggaman pada bingkai dulang bagai tersentuh bara api. Pipinya berubah merah dan matanya terbuntang memandang Hakim. Jantung melantun kencang. "Don't worry, I dah biasa buat semua ni," kata Hakim apabila Puteri bagaikan ter kejut dengan tindakannya itu. "Di office memang I bos you, tapi di rumah I tetap manusia biasa," sambung Hakim lagi sambil tersenyum tenang. "Hakim... tak mengapa. Biar I yang buat. You are my guest anyway." "Bagi I peluang tunjuk bakat, okey?" balas Hakim. Dia tersenyum lalu melangkah p ergi bersama dulang itu ke ruang tamu. Puteri menyusul dengan perasaan serba tidak kena. Resah. Apabila Hakim mula menuang kopi O ke dalam dua cawan, dia sekadar memerhati. Caw an dihulur, dia menerima. "Thanks." "You're welcome. Hmmm... this is nice.." ujar Hakim sebaik sahaja meneguk kopi O hasil tangan Puteri. Aroma yang harum dihirupnya dengan mata terpejam rapat. Wa laupun dia sebenarnya alah dengan product yang berkafeina tinggi seperti kopi, t etapi dengan rasa kopi yang sesedap itu, diserang sakit kepala setiap hari pun d ia rela. "Kopi O you ni sedap betul, Puteri. Macam kopi tradisional," puji Hakim bersungg uh-sungguh.

"Ya? Sebenarnya dengan bahan dan sukatan yang betul, sesiapa pun boleh buat," ba las Puteri mengulum senyum. Benarkah Hakim menyukai kopi O yang dibuatnya itu? "Bagi I resipinya. Kalau tak..." Hakim melemparkan pandangan satu macam, mengusi k. "Kalau tak?" "Kalau tak... I akan paksa you buat untuk I setiap hari! You wouldn't like!" usi k Hakim lagi sambil tertawa kecil, diikuti oleh Puteri. Tergamam dia melihat mat a serta wajah Puteri yang berseri-seri. Daripada wajah yang menyimpan seribu ras a resah, kini wajah itu berubah ceria. Puteri memang anggun. Di dalam hati terta nya-tanya pernahkah Puteri tertawa semesra itu tatkala mereka bersama selama ini ? Rasanya tidak. "I tak kisah. I boleh buat kalau you mahu," ujar Puteri. Sesungguhnya hatinya be rbunga ceria apabila mendengar kata-kata Hakim itu. Duka lara yang ditanggungnya selama berminggu-minggu tiba-tiba sahaja terasa bagaikan terubat o leh pujian Hakim. Betul Hakim suka kopi O itu? "ReallyT tanya Hakim. Dia merenung tepat pada wajah Puteri. Puteri mengangguk kecil mengiakan manakala Hakim pula tersenyum pahit. Kopi Pute ri memang menggugat iman. Aromanya sungguh hebat. Dia suka, tetapi malangnya dia dan kopi memang tidak ngam. "Thanks. Malangnya I... I alah pada kopi. Lepas minum biasanya I dapat migrain," jelas Hakim kesal. "Oh? Tapi you dah minum! Kenapa you tak beritahu I?" Puteri mula cemas. Setahuny a sakit kepala yang dialami Hakim dahulu bukannya sebarang sakit kepala. lanya s erius. "Tak mengapa. I baru minum seteguk. Lagipun dah lama I tak sakit kepala sejak di office..." Terkenang kembali malam di mana Puteri cuba membantu mengurangkan sakit kepalanya, Hakim segera menukar topik. D ia tidak ingin menimbulkan rasa tidak selesa di hati sendiri mahupun Puteri deng an membangkitkan cerita lama. "You memang suka tinggal sorang diri? Such a big place for one person." "Tak juga. Tapi buat masa ni I belum, jumpa orang yang sesuai. Tapi bersendiri k adangkala ada baiknya."

"You pasti you takkan apa-apa?" tanya Puteri. Dia masih bimbang akan kesihatan Hakim. Hakim tidak sepatutnya minum kalau sedar bahawa kopi akan memudaratkan dirinya. Racun tetap juga racun walau yang diminum cuma setitis. "Baik I alihkan semua ni. I... I bawakan mineral water," kata Puteri sambil tangannya mencapai teko dan cawan tetapi dihalang ol eh Hakim. "Never mind. Biarkan," bisik Hakim sambil merenung tenang pada wajah gelisah Put eri. Bibirnya melebar senyum. Rasa senang berputik di hati. Walaupun selama ini Puteri memaparkan reaksi berbagai-bagai, macam rojak - ada masam, ada manis dan kadangkala pedas, tetapi sekurang-kurangnya dia tahu Puteri mengambil berat. "I'llbe all right. Apa yang biasa you buat pada hujung minggu, Puteri?" "Main bola sep... boling!" Boling? Bola sepak? Kalau tidak silap pendengaran Hakim. Sebelum pipi Puteri ber ubah merah, telinganya tertangkap perkataan 'bola sepak'. Seperti ular, manusia pun boleh bertukar 'kulit', tetapi ternyata ada sesuatu yang sukar diubah. Terimbas kembali di minda Hakim bagaimana tangkasnya Dee melarikan bola ketika p ertandingan bola sepak persahabatan di antara kumpulan pelajar UM suatu ketika d ahulu. Dia mengikut Intan hadir sebagai kumpulan penyokong. Seingatnya Dee punya kemahiran lebih hebat daripada sebilangan peserta lelaki. Apatah lagi kalau dib andingkan dengan Hakim sendiri yang sudah lama tidak memijak rumput di padang bo la. Pengetahuan Dee tentang pasukan Manchester United, Arsenal ataupun Liverpool tentu sahaja lebih luas. Tetapi kini canggung sungguh seandainya membayangkan Puteri di tempat Dee. Puter i penuh dengan sifat kewanitaan, gemalai dan lemah lembut. Halusnya seni binaan Puteri bagaikan kristal. Fragile. Tidak seperti Dee yang kasar dan gemar bersepa k terajang bersama pelajar-pelajar lelaki! Puteri dan Dee bezanya sejauh langit dari bumi. Aneh sungguh perubahan itu pada pandangan Hakim. Hampir mustahil. Kalau bukan kerana sudah terbukti, siapa sangka seburukburuk kepompong akhirnya berubah inenjadi serangga secantik rama-rama? "Boling, hmmml" Hakim mencapai cawan kopinya lalu meneguk lagi. Pantas. Matanya tidak lepas dari merenung Puteri. Otak seolah-olah ligat herfikir. Tindakannya itu diperhatikan oleh Puteri dengan rupa gusar. Gelisah. Tambahan pu la entah sedar entah tidak Hakim sekali lagi meneguk kopi yang tidak patut dimin umnya itu. Sekiranya apa-apa terjadi kepada Hakim bukankah nanti Puteri yang aka n menanggung rasa bersalah? "Hakim! You..." Telunjuk Puteri diajukan ke arah cawan yang

masih di tangan Hakim, tetapi mulutnya terkunci apabila menerima isyarat no prob lem daripada Hakim. Apa boleh buat kalau Hakim sendiri yang ingin menyusahkan di ri? "Biasanya bermain dengan boyfriend?" Entah kenapa Hakim terpanggil untuk menduga . Perempuan secantik Puteri tentu ramai yang sudi temankan. Lebih-lebih lagi Jul ian. Tidak terkecuali Azman. Bukan cuma sekali dua dia melihat pengurus muda itu bergurau senda dengan Puteri di pejabat. Malah di majlis makan malam beberapa jam yang lalu Hakim tidak sesekali menyangka Puteri begitu ligat beramah mesra lebih daripada dia sendiri. Rupa-rupanya Puteri juga mengenali seb ahagian besar tetamu yang hadir. Sama ada tua atau muda, lelaki mahupun perempua n, tidak ada yang melepaskan peluang bertegur sapa dengan Puteri. Mas sekali gad is itu disenangi ramai. Puteri pandai menyesuaikan diri. Tindakannya membawa Put eri ke majlis itu memang satu langkah yang betul. Kebolehan Puteri menarik minat orang membuat dia kagum. "Dengan kawan-kawan." Lurus jawapan Puteri selurus caranya duduk menghadapi Haki m. Tertib sungguh. Terkenang kembali cara Dee duduk suatu ketika dahulu yang sen tiasa menghenyakkan keseluruhan berat badan setiap kali bertemu kerusi. Hakim te rsenyum. Memang jauh bezanya antara Dee dahulu dan Dee kini. Intan pasti terkeju t besar. Rose dan Tengku Aida tidak mungkin duduk sebegitu sopan kalau berpeluang berduaduaan begitu. Zureen setahunya akan memilih tempat duduk paling jauh. Bagai anak dara pingitan, sepatah ditanya sepatah yang dijawab. Gadis itu seolah-olah geru n untuk mendekati Hakim. Pada pandangan Hakim, anak dara Haji Wan Noor itu diasu h agar patuh pada peradaban Melayu jati. Lorong hidup tentu sahaja ditentukan ol eh keluarganya tanpa bantahan. Kadang-kadang dia macam tidak percaya bahawa gadi s itu dilahirkan dalam tahun 1980an dan baru berumur dua puluh tahun. Zureen tid ak seperti remaja era millenium yang lain. Manakala Intan pula sejak menjadi ibu tiga tahun yang lalu sudah banyak berubah, sesuai dengan statusnya sebagai seor ang ibu. Puteri tunggalnya, Zizie adalah segala-galanya bagi Intan. "Er... girlfriends,'" sambung Puteri, terasa perlu untuk memberikan jawapan jela s sebelum Hakim bertanya lebih panjang lebar. Malam itu Hakim ternyata banyak pertanyaan. Dalam resah, sebahagian daripada hat i Puteri menyeru agar Hakim segera meninggalkan tempat itu tetapi sebahagian pula begitu teruja dengan kehadiran lelaki itu. "Very interesting. Agaknya semuanya pun cantik-cantik macam you." Lima tahun yang lalu kawan-kawan yang dimaksudkan oleh Dee tentu sahaja yang ber seluar panjang dan lengan berotot, bukan yang berblaus atau berskirt. Kini yang macam mana pula agaknya kawan-kawan Puteri? "Er... dia orang tu agak... kasar sikit, tapi they are really cool." Orang kasar macam Jai dan gengnya tentu sahaja tidak cantik di mata Hakim. Merek a semua kebanyakannya mekanik. Mengangkat tayar

dan sepana serta bermain dengan minyak hitam adalah kerja harian. Bukan seperti Hakim yang biasa duduk di bilik berhawa dingin dan hanya biasa menekan butang te lefon bimbit dan papan kekunci notebook. Kuku Hakim bersih dan kemas, tidak sepe rti kuku Jai yang berbekas hitam dek bekerja keras mencari rezeki. "Oh, I wonder... macam mana you maintain rapi, lembut, anggun kalau berkawan den gan orang kasar? Tak terpengaruh?" tanya Hakim penuh berhati-hati takut nanti te rsinggung pula perasaan Puteri. "Mereka semua sebenarnya orang baik-baik. Orang kata jangan menilai sesebuah buk u dari kulitnya," komen Puteri. "Buku? Kulit boleh diubah, tapi isinya tetap sama, Puteri." Seperti juga Puteri, walaupun pada zahirnya nama sudah berubah, tidak lagi dipanggil Dee namun batin nya tentu sekali tetap Dee. Kalau dipanggil dengan nama itu Hakim berani bertaru h bahawa Puteri pasti akan berpaling. Entah kenapa Puteri terasa bagai diperli. Betulkah Hakim memerli atau dia yang o ver sensitive! Debaran di hati yang telah surut kini mula pasang kembali. Tidak selesa rasanya mahu bertentang mata dengan Hakim. "Itu prejudis namanya." "Bukan prejudis. Cuma mengharapkan kebenaran." Kenapa perlu berlakon, Puteri? Kenapa menidakkan kebenaran? Kenapa tak berterus terang aja siapa kau sebenarnya? bisik Hakim di dalam hati. Baginya masih belum terlewat untuk Puteri berkata benar. Bukankah lebih senang bagi mereka berdua ka lau Puteri tidak berselindung di sebalik nama dan mekap? "Nampaknya you suka membaca?" tanya Hakim sambil pandangan matanya beralih ke ar ah rak buku yang bersebelahan dengan sebuah hi-fi di sudut kanan hujung ruang ta mu itu. Bermacam-macam jenis buku tersusun rapi merangkap buku ilmiah dan juga n ovel bahasa Inggeris serta Melayu. "Sekadar memanfaatkan masa," balas Puteri. Semakin lama semakin terasa seperti d iri sedang ditemu ramah pula. Apa yang Hakim mahu sebenarnya? Kenapa tiba-tiba s ahaja Hakim begitu berminat beramah mesra? Jarum jam sudah mula beranjak ke angk a dua belas, tetapi Hakim pula semakin ligat mengutarakan soalan demi soalan. "You suka membaca?" tanya Puteri kembali. Asyik mendengar soalan daripada Hakim sahaja membuatkan dia merasa kaku dan serba tidak kena, sedangkan satu soalan pu n belum pernah ditujukannya kepada Hakim. Bagaimana mahu mengenali Hakim kalau h anya sekadar bertanya soal kerja? Sekurang-kurangnya dia mesti tahu apakah hobi lelaki itu, lagu

kegemarannya atau jenis makanan yang disukainya. Tengku Aida tentu sekali banyak bertanya soalan sebegitu.

"I tak pasti apa yang I suka. Membaca tak, melukis pun tak. Tapi I suka muzik, e specially violin and saxophone. Well, who doesn't? You ada lagu kegemaran, Puter i?" "Ya, ada. Er... `My Baby, You' by Marc Anthony and `How do I live' by..." "Trisha Yearwood?" Puteri mengangguk dengan wajah bersulam senyuman. "Really! Itu lagu kegemaran I! `If you ever leave, baby..."

"You would take away everything good in my life," sambung puteri, melafazkan lir ik seterusnya. Lantas mereka sama-sama tersenyum panjang. Tidak sangka masing-ma sing meminati lagu yang sama. Tetapi senyuman Puteri tidak lama. Dalam hati sege ra terbetik soalan; begitukah keadaannya bila Intan tinggalkan you dulu? Disusul i oleh rasa simpati yang mendalam. Dia tidak pernah lupa betapa getirnya air muka Hakim pada petang itu apabila pes anan `selamat tinggal' selamat disampaikan. Dengan mata berkaca-kaca, nota di tangan digenggam kemas. Terpaku. Hakim bukan s ahaja hilang arah, tetapi bagai hilang segala-galanya. Kini masihkah Hakim merat api percintaan yang mati separuh jalan itu sedangkan Intan telah pun bertahun-ta hun bergelar isteri orang? Di manakah Intan? Bahagiakah dia setelah meninggalkan Hakim untuk bersama dengan Rhadi yang katanya lebih menyeronokan berbanding Hak im yang tidak punya sense of humour itu? Berapa orang cahaya mata yang telah Intan miliki hasil perkongsian hidup dengan Rhadi? Yang pasti I ntan tentu sekali lebih bahagia berbanding Puteri sendiri. Untung nasib manusia memang tidak sekata. "I paling suka rangkap yang tu. Sungguh indah," ujar Hakim. Dia tersenyum lebar. "Dulu semasa di universiti, I pernah joined satu group. The group's name was `St uds'. Tapi I cuma enjoy buat seketika sebab minat I sebenarnya bukan di situ. I suka mengembara. I pernah mengembara selama dua bulan dengan kawan-kawan dari ut ara hingga ke selatan. Suatu pengembaraan yang sukar tapi menyeronokkan!" cerita Hakim. Wajahnya berubah ceria. Tetapi keceriaan yang datang mendadak itu cepat pula pudar. Tiba-tiba sahaja air muka Hakim jadi lesu dan rawan bagaikan menyesa li sesuatu. "Kalau bukan kerana terikat dengan tanggungjawab, I mungkin dah ke seluruh pelos ok dunia. Mungkin hari dan saat ni I entah di negara mana," cerita Hakim lagi sa mbil jarinya mula menekan-nekan pada pelipis kanannya. Menyesali nasib diri sert a kebebasan yang tidak mampu dikecapi pada ketika yang sepatutnya, denyutan yang pada mulanya cuma kecil akhirnya kian menyeksakan. Terasa begitu rancak mencucu k-cucuk di dalam tengkoraknya.

"Macam mana dengan you? Ada apa-apa kenangan manis semasa menuntut dulu? I'm sur e a beauty such as yourself have a lot to tell." Menggelabah Puteri apabila soalan sebegitu keluar dari bibir Hakim, lebih-lebih lagi apabila mata itu merenungnya penuh penelitian. "Tak juga. Er... I tak begitu suka bercampur. Jadi I tak ada banyak kenangan. Ta k ada apa-apa yang menarik. Keluarga I bukannya orang berada, jadi I lerpaksa pastikan I dapat kelu lusan yang baik." Mendengar kata-kata Puteri itu, Hakim menyandar lesu. Kesal. Dia sengaja membang kitkan kenangan semasa menuntut di univerisiti dan peluang itu sepatutnya dijadi kan sebagai detik membongkar kebenaran oleh Puteri kerana pertemuan pertama mere ka bermula di sana. Tetapi Puteri masih lagi mahu berdrama? "Jadi tak hairanlah kalau I tak pernah jumpa you dulu, melainkan... you dah bany ak berubah. You know something! I juga bekas penuntut UM. Three years your senior." "Ya ke? I tak perasan pun," balas Puteri. Dia semakin cemas. Peluh dingin terasa memercik. Dia sedar mereka mula mencecah kaki ke zon bahaya. Bercerita tentang pengalaman semasa menuntut di UM tidak ubah bagai mendedah identiti diri. Sediki t-sedikit lama-lama semuanya tersingkap. Mungkinkah itu tujuan Hakim? "Really! I pula sangka tak ada yang tak perasan kewujudan I," kata Hakim sambil tersenyum pahit. Wajahnya kian berubah tegang. Antara rasa hampa dan tidak selesa akibat kepala yang mula sakit, akhirnya dia m encapai sutnya lalu bangun. "Kepala I dah mula berdenyut. I must leave," bisik Hakim hampir tidak kedengaran . "I'm so sorry," bisik Puteri. Dia merenung Hakim penuh simpati. Dari sinar mata Hakim yang suram dia tahu Hakim benar-benar tidak sihat. Sungguh dia merasa amat bersalah. "Bukan salah you..." balas Hakim. "Er... You nak I..." "Thanks, but no. I tak perlukan apa-apa. I cuma nak balik dan tidur," ujar Hakim lalu melangkah ke arah pintu. Langkah yang masih tegap dan pantas. Sebaik sahaj a daun pintu dibuka, dia berpaling menghadapi Puteri. "Tapi Puteri, ingat... cerita tentang kopi ni cuma di antara kita berdua. You da h tahu kelemahan I. I let you into my little secret. You keep it to yourself, ok ay?" pesan Hakim. "Serius?" soal Puteri. Dia gelisah apabila dibebankan dengan satu rahsia yang me libatkan soal hidup dan mati begitu.

"Absolutely," jawab Hakim sambil merenung serius pada wajah resah Puteri. Sepanj ang malam dia telah pun membuatkan Puteri bermandi peluh dek gabra. Tidak mengap a kalau menambah satu lagi saspens. Biar gadis itu terdera dan tidur mereka sama -sama tidak lena. Adil. "Kalau begitu kenapa beritahu I rahsia you?" "Apa kata kalau you cuba cari jawapannya sendiri?" bisik Hakim. "I tak..." "Psyyt!" Jari telunjuk Hakim tiba-tiba mendarat di bibir Puteri. Menekan rapat p ada dua ulas bibir yang basah. Terpempan Puteri dibuatnya. Denyutan jantung baga i terhenti. Di dalam sekelip mata dia jadi lemah longlai. Semput. "Take your time. Beritahu I kalau you dah dapat jawapannya. Good night." Sebaik sahaja Hakim hilang di sebalik pintu lif, baru nafas Puteri yang pada mul anya sesak akhirnya menderu. Menyandar lesu pada daun pintu, dia memejamkan mata nya rapat-rapat. Nafas dihela panjang. Terimbas kembali bagaimana jari Hakim han gat bermain pada dua ulas bibirnya, perlahanlahan tangannya singgah di tempat yang sama. Sesaat selepas itu hatinya tiba-tib a sahaja berbunga ceria. Terasa diri bagai di awang-awangan, bibirnya mekar deng an senyuman gembira. Nama Hakim terpateri di hati dengan ingatan sayang yang kia n menebal. Puteri kian dilamun cinta....

BAB SEMBILAN (9) "SO, is there a man in your life?" Terpempan Puteri apabila soalan itu tiba-tiba sahaja keluar dari bibir Hakim. Di dalam suasana hening soalan itu kedengaran bergema. Jelas. Kenapa soalan begitu yang ditanya? Sangkanya Hakim tentu sahaja tidak ada masa untuk beramah mesra p ada saat-saat genting begitu. Sebaik melangkah kaki ke pejabat pagi itu, dia dikerah menaip kertas kerja seteb al hampir dua inci itu dengan pesanan `extra urgent'. Hendak menarik nafas pun r asanya tidak sempat inikan pula mahu melayan sebarang perbualan. Hakim sendiri t idak berenggang daripada telefon bimbitnya. Deringan jarang berhenti. "Well, sekali-sekala I nak you ikut I pergi out-station. I tak nak nanti timbul masalah," jelas Hakim, berdalih apabila melihat wajah Puteri yang berkerut penuh

tanda tanya. Sesungguhnya dia teringin benar mendengar

Puteri berterus terang barang sekali. Kalau jawapan `ada' bererti Puteri bercaka p benar tetapi kalau jawapan sebaliknya, jelas sekali Puteri berlakon. Siapa yan g lebih tahu kebenarannya kalau bukan Hakim sendiri? "Takkan timbul masalah," balas Puteri. Masih berusaha memberi tumpuan sepenuhnya kepada kerja yang diberikan oleh Hakim walaupun hati mula berentak cemas. Entah apa helah Hakim bertanya soalan itu. "Maksud you... boyfriend you jenis tak kisah walaupun buah hati diusung ke selur uh pelosok dunia?" duga Hakim sambil melirik pada Puteri yang tampak tenang meng hadapi skrin komputer. Memiliki kekasih seanggun Puteri, dia memang resah dan kisah kalau kekasih outst ation bersama lelaki lain, tidak kira sama ada sekali-sekala ataupun kerap kali. Hubungan sulit di antara Syed Awang dengan pembantunya yang sudah pun bersuami menjadi sempadan agar dia sentiasa beringat. Soal kepercayaan lain cerita. Tetapi setahunya lelaki tetap lelaki walau berserb an ataupun tidak. Hakim menilai diri sebagai seorang lelaki yang agak baik, teta pi label baik itu tidak pula menegah dia daripada `menikmati' keindahan ciptaan Ilahi. Tambahan pula Puteri semula jadi seksi tanpa perlu berusaha untuk tampil seksi. Pokoknya, lelaki sebaik mana pun boleh terpanggil untuk menawar diri menj adi kuli kepada Puteri hanya sekadar untuk menjeling lengan putih mulus gadis it u. "No problem" balas Puteri lagi. Dengan ekor mata, dia memerhatikan Hakim yang se dang berdiri di tepi tingkap. "No problem, hmmm! Good" ujar Hakim. Dia tersenyum. Dia mengerti bahawa Puteri sengaja tidak mahu bercerita panjang. Melihat senyuman panjang Hakim yang tampak sarat berisi itu, hati Puteri tergera k untuk memberi jawapan yang lebih jelas. Runsing pula perasaan sekiranya Hakim salah mentafsir. Walaupun Hakim sekadar menduga, dia tidak sepatutnya membiarkan Hakim membuat andaian bahawa dirinya sudah pun berpunya. Tiada lelaki lain di h atinya melainkan Hakim sendiri. "Maksud I... I tak ada sesiapa. Tak ada boyfriend yang nak runsing pasal I," ujar Puteri sambil merenung galak pada Hakim. Berfikir dan mim pikan Hakim sejak akhir-akhir itu terasa bagaikan satu keperluan. Tetapi menghar apkan Hakim memandangnya seperti Romeo merenung Juliet... memang sungguh menyeks akan kerana Hakim seolah-olah tidak pernah perasan bahawa dia juga seorang wanit a. Puteri tidak ubah seperti notebook kesayangannya. Dikendong ke sana sini teta

pi ditenung hanya ketika perlu. Atau Puteri sendiri yang tidak berikhtiar? Dia s epatutnya belajar melentok daripada Tengku Aida. "Hard to believe" komen Hakim selamba lain berpaling mencapai telefon bimbitnya dan mendail. Matanya terpaku pada Puteri. Pandangannya menjalar perlahan dari hujung rambut k e dada yang subur mengkal sedang turun naik sehinggalah ke hujung kaki. Darah ja ntan terasa beriak. Seingatnya itu bukan kali pertama untuk hari itu. Entah kena pa hatinya sentiasa berkenan pada warna serta fesyen pakaian pilihan Puteri. Sep asang baju tanpa lengan halter neck warna hijau pucuk pisang dan mini skirt send at yang menampakkan bentuk pinggulnya yang padat berisi itu memang sungguh memuk au pandangan mata. Setiap hari Puteri membuat kejutan yang berbeza. Tidak bosan mat a memandang. Hati mula berbelah bahagi sama ada mahu membawa Puteri ataupun tidak. dakannya ke luar negeri bertemankan Puteri adalah satu langkah bijak? ramkah perasaannya nanti? Tetapi kenapa pula dia harus rasa tergugat? yalah seorang perempuan dari masa silamnya. The past is the past. Dia sesekali berpaling ke belakang. Apakah tin Akan tente Puteri han tidak akan

"Hai, Irina! How are you! Hmmm... good. Sihat. Boleh tolong I? Tempahkan sebuah bilik untuk Mister Yohashi Nakamura - tomorrow morning. Thank you so much! Bye." "Macam mana... banyak lagi?" tanya Hakim kemudian berpaling semula kepada Puteri yang sedang sibuk menekan papan kekunci komputer. Dia segera tunduk meneliti ha sil kerja Puteri. Tekun membaca baris demi baris sehinggakan kepala mereka hampi r berlaga. "Semuanya nampak okey. I harap you boleh siapkan semuanya sebelum waktu makan te ngah hari. Boleh?" Hakim inginkan kepastian. Dokumen sulit yang sedang ditaip oleh Puteri itu perlu disiapkan sebelum jam sat u petang. Mengikut perancangan Hakim, segala-galanya sepatutnya telah pun siap d engan sempurna, tetapi entah apa malangnya nasib, lap-top tercanggih bernilai le bih sepuluh ribu ringgit yang selama ini begitu diyakininya itu tiba-tiba sahaja meragam! Walau sepuluh kali ditekan butang kuasanya, tetap tidak berkelip. Sah mati! Data yang siap ditaipnya setelah bersekang mata sepanjang malam akhirnya tidak m ampu dicetak. Siasia. Nasib baik dia tidak lupa memasukkan draf tulisan tangannya ke dalam briefc ase. Kalau tidak peluang urus niaga yang sudah pun hampir di dalam genggaman aka n lesap begitu sahaja. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan Mister Nakamur a yang memang dikenali ramai sebagai `Mister Perfect' itu. Hakim tidak mahu keli hatan cincai. Dia tidak boleh gagal atau dituduh membuat kerja last minute. Apat ah lagi projek itu adalah kerjasama pertamanya bersama Encik Rashid. Dia kena buktikan bahawa d irinya memang layak memegang gelaran ahli perniagaan yang celik akal bukan setak

at layak memegang title Mat Romeo. Ternyata Encik Rashid memang ada prasangka terhadapnya. Kalau soal yang melibatk an peribadi Puteri, Encik Rashid tidak mahu lepas tangan. Sedang sibuk berbincan g soal urus niaga pun orang tua itu masih sempat memperli. Kadangkala kesabaran Hakim kian tipis dibuatnya. Tidakkah orang tua itu sedar bahawa Puteri juga ada pendapat serta kehendak sendiri? Mungkin seperti Rose, Tengku Aida dan ramai lagi perempuan yang Hakim kenali, Puteri juga ada keinginan untuk dekat padanya ? Siapa kata sikap manusia tidak boleh berubah? Puteri adalah satu contoh terdek at. Cara Puteri merenungnya dulu, beberapa bulan yang lepas dan kini memang bany ak bezanya. "I dah pun siap hampir lapan puluh peratus," jelas Puteri. Dia cuba bertenang. S etiap kali bahang nafas Hakim terasa mengusap di pipi kanannya, gerak-gerinya mu la kelam-kabut. Bukan sahaja fikirannya yang tidak mampu berfungsi malah nafasny a juga jadi tidak teratur. Apatah lagi setelah berjam-jam berkurung bersama, har uman cologne dari tubuh Hakim menyerap ke kepalanya bagaikan minyak pengasih. Keinginan untuk berpaling dan melekapkan hidungnya ke pipi Hakim teramat kuat. "Good. Boleh you pindahkan paragraph ni ke atas? Sini." Tetapi apabila tubuh Hakim kian rapat, jantungnya melantun tidak menentu. Luar b iasa pantasnya. Jari-jemarinya jadi kaku. Huruf-huruf yang timbul di skrin kian kucar-kacir. Dua kali tekan pun tetap tersasar. Ejaan kelam-kabut! "Kemudian tolong printkan. I nak check." "Hei... jaga ejaan, sayang. Kenapa ni?" tanya Hakim. Dia merenung penuh teliti p ada wajah Puteri. Hairan. "Tak suka I duduk dekat you?" Hakim mengusik. Tersenyum. Berubah merah pipi Puteri apabila ditegur Hakim. Dia membisu meladeni perasaan y ang bercelaru. Tetapi kerja tetap diteruskan. Satu jam tidak lama sedangkan deti k kian beredar. "Want to take a break! Mungkin you dah penat," cadang Hakim. Bimbang melihat keadaan Puteri yang tampak gelisah tiba-tiba, Hakim segera menca pai tetikus untuk menyimpan para terakhir yang siap ditaip Puteri. Orang yang ke rap menggelabah boleh bertindak tanpa sedar. Dia tidak boleh mengambil risiko ke hilangan data untuk kali kedua. Tetapi dalam masa yang sama tangan Puteri juga m enuju ke arah yang sama. Tersentak besar Puteri apabila mendapati tangan Hakim tiba-tiba sahaja di dalam genggaman tangannya. Membuntang matanya merenung pada tangan mereka yang di dala

m kedudukan bertindih itu, begitu juga dengan Hakim. Masing-masing terpaku. Sesaat kemudian apabila m ata saling bertentang, merah pada pipi Puteri kian menyala. Perkara kecil bagi H akim tetapi besar kesannya pada jiwa Puteri. "Er... I minta maaf," bisik Puteri seketika kemudian apabila Hakim menarik tanga nnya dari genggaman tangan Puteri. Malu. Dia segera menghindar menyembunyikan wa jah yang berona merah daripada pandangan Hakim. Sungguh dia merasa kehilangan. Bahang dari tangan Hakim masih hangat terasa. Di dalam hati tertanya-tanya apakah kata hati Hakim tatkala jemar i mereka bersatu? Sebaik sahaja mendengar ketukan di pintu, Hakim segera menjauhkan dirinya daripa da Puteri lalu melangkah pantas ke meja tulisnya. Buat pertama kali di dalam hid upnya dia senang dengan gangguan sebegitu. Kemalangan kecil sebentar tadi sesung guhnya membuat perasaannya bercelaru dan lidah menjadi kelu. "Masuk!" "Hakim...!! Hai!" tegur Tengku Aida sambil melemparkan senyuman seceria wajahnya. "I bawakan cappuccino untuk you - Americano special," ujar Tengku Aida penuh kem esraan lalu meletakkan secawan cappuccino yang dibawa khas untuk Hakim itu di at as meja tulis, betul-betul di hadapan Hakim. "Thanks Aida," balas Hakim sambil melemparkan senyuman senang kepada Tengku Aida . Aroma yang menggoda dihirupnya panjang demi mengambil hati gadis itu. Orang be rbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. "Oh, Puteri pun ada?" Menyedari kehadiran Puteri, air muka Tengku Aida segera be rubah. "Er... hai, Aida!" tegur Puteri. Dia agak tercengang melihat penampilan sopan Te ngku Aida pada hari itu. Tubuhnya bersarung kebaya ungu gandingan renda dan sati n. Cantik pula. Tampak berseri-seri. Tetapi sejak bila pula perempuan itu mula p andai bergaya dengan baju kebaya moden? "You dengan Hakim..." "I sedang bantu Hakim siapkan satu kerja urgent. Mesti siap dalam masa sejam," j elas Puteri. Dia sengaja mahu Tengku Aida sedar bahawa pada saat-saat begitu, Ha kim tidak sepatutnya diganggu dengan cerita remeh-temeh.

Mulutnya memang tidak boleh diam apabila mengenangkan sebentar lagi Tengku Aida pasti mula bergesel dengan Hakim. Hatinya memang bengang. Darah sentiasa tersira p setiap kali melihat perempuan itu merapati Hakim dengan lenggang-lenggok yang sengaja dibuat-buat itu. Puteri memang tidak mampu menahan rasa cemburu yang menggigit perasaan. Setiap k ali Hakim dan perempuan itu keluar bersama, tidak kira sama ada atas urusan peja bat ataupun peribadi, hatinya sentiasa meronta-ronta kegelisahan. Dunianya teras a amat murung. Entah sudah berapa banyak batang pensel dan bermacam-macam lagi o bjek telah menjadi mangsanya gara-gara menahan geram yang teramat. Dia tidak ing in berada di dalam keadaan sebegitu, tetapi cintanya kepada Hakim membuat dia na ik sasau. "Ya? Oh Hakim, you betul-betul sibuk?" tanya Tengku Aida sambil menoleh kepada H akim. Jelas pada sinar matanya dia mengharapkan jawapan sebaliknya, tetapi Hakim pula menjawab dengan anggukan. "Oh...." Wajah Tengku Aida segera berubah suram. Matanya menatap sayu pada Hakim bagai sang kekasih yang kecewa tatkala harapan ditolak. "Ada apa-apa yang boleh I bantu, Aida?" tanya Hakim, menyedari adanya rasa hampa yang kini menyisip di hati gadis di hadapannya itu.

Kadangkala Tengku Aida berkelakuan seperti orang yang sedang dilamun cinta. Buat dia rimas. Tidak cukup sekadar berbual di pejabat, di rumah pun telefon bimbit Hakim berdering juga. Dia bukannya tidak merasa seronok bercengkarama dengan kaum perempuan lebih-lebi h lagi perempuan seperti Tengku Aida yang rajin bermanja dan bercerita, tetapi p enat rasanya apabila perbualan berlarutan sampai berjam-jam lamanya. Perbualanny a dengan Intan pun tidak pernah sepanjang enam puluh minit. Malah sejak dia berc erita tentang daya tarikan yang ada pada wanita zaman enam puluhan hasil dari ke unikan baju kebaya beberapa hari yang lalu, Tengku Aida tiba-tiba sahaja muncul dengan berbaju kebaya! Apa sudah jadi? Pening kepala Hakim memikirkan perangai perempuan-perempuan di s ekelilingnya yang bermacam-macam ragam. Lain yang diharap lain pula jadinya. Nam un dia tetap berkeyakinan bahawa gadis sosial seperti Tengku Aida tidak mudah ja tuh cinta. Matlamat Tengku Aida hanyalah sekadar mencari keseronokan, bukan untu k sehidup semati. "I... no, tak ada..." jawab Tengku Aida kemudian melirik pada Puteri. Ternyata a da sesuatu yang hanya ingin dikongsinya bersama Hakim tanpa kehadiran orang keti ga. Tetapi Puteri tidak akan beranjak walau seinci pun kalau hanya untuk kepentingan perempuan ilu! "Boleh I jumpa you petang nanti lepas waktu pejabat?" "Sure."

"I'll call you. See you later" ujar Tengku Aida dengan senyuman manis tersemat d i bibirnya, lalu melangkah keluar. Sebaik sahaja Tengku Aida berlalu, Puteri bangun merapati meja Hakim. Matanya me renung pada cawan berisi cappuccino di sisi meja itu. Memang aromanya sungguh me mikat, `istimewa' seperti kata Tengku Aida, tetapi bukankah Hakim alah pada minu man berkafeina? "You takkan minum, kan?" "Why not?' Mata Hakim menyilau tajam pada Puteri. Merenung dengan mood yang tida k tentu arah. Bertentang mata dengan Puteri membuat dia merasa serba tidak kena. Kejadian seketika yang lalu benar-benar membangkitkan rasa tidak selesa di hatin ya. Sungguh dia resah akan reaksi Puteri tatkala tangan mereka bersatu. Masih te rbayang di ruang matanya bagaimana mata Puteri bersinar penuh harapan, nafasnya tertahan-tahan dan pipinya bertukar merah. Puteri tidak ubah bagaikan remaja yan g pertama kali jatuh cinta! Hakim mula melihat corak kehidupannya yang kian porak-peranda sekiranya bunga-bu nga asmara terputik di hati Puteri untuknya. Tidak mungkin.... Dia dan Puteri pe rnah bersama dan tidak mungkin bersama lagi, kini atau selama-lamanya. "Tapi you tahu you tak boleh...." "Boleh kalau I mahu." "Nanti you jatuh sakit." "Thanks kerana ingatkan I. Tapi I mahu you jaga business I, bukan jaga I, Puteri !" tingkah Hakim meluah perasaan yang berbungkal di dada. Apa-apa jua harapan yang berputik di hati Puteri harus dibunuh sebelum berbunga. Jangan pula kerana tindakannya yang agak melampau pada malam Jumaat yang lalu, Puteri pula mula teruja. Memang dia bersalah kerana cuba bermain dengan naluri perempuan Puteri, tetapi a pa yang dilakukannya pada malam tersebut hanyalah kerana mengikutkan hati yang g eram kerana keengganan Puteri untuk keluar dari dramanya walaupun diberi jalan p intas. Keadaan sepatutnya dipermudahkan bukan dirumitkan lagi. Malangnya Puteri ingin terus bersembunyi melalui lakonannya. Terpanar Puteri mendengar kata-kata Hakim itu. Terpacak matanya merenung wajah H akim. Di dalam hati cemas tertanya-tanya apakah kesalahannya? "Hakim, I cuma..." Tersekat kerongkong Puteri dek rasa sebak yang tiba-tiba sahaja menerjah. Kata-kata Hakim sungguh menggores hati. Adakah d emi pemberian Tengku Aida, Hakim rela mengambil risiko walaupun sedar kesihatann

ya akan terganggu? Migrain sekalipun tidak mengapa? Sebelum air matanya jatuh menitis, Puteri segera berpaling semula ke meja komput er. Tanpa berlengah-lengah lagi jari-jemarinya menekan huruf-huruf di papan keku nci, cuba menyiapkan dokumen seperti kehendak Hakim dengan secepat mungkin. Dipu juknya hati agar bersabar tetapi entah bagaimana air mata tiba-tiba sahaja berju rai. Sungguh dia tidak mengerti kenapa tiba-tiba sahaja Hakim berubah sikap. Kenapa n ada suara Hakim berubah tinggi? Bukankah apa yang cuba dilakukannya adalah demi kebaikan H akim sendiri? "Kenapa mesti menangis kerana I, Puteri? Please don't..." bisik Hakim yang tibatiba muncul di sisi Puteri. Sebaik sahaja melihat mata Puteri yang tiba-tiba berkaca-kaca seketika yang lalu , hatinya diserang rasa bersalah. Dia tidak ingin peduli. Dia tetap mahu batukan hati, malangnya wajah sendu Puteri asyik terbayang-bayang di ruang mata. "Jangan bazirkan air mata you kerana I... sebab I memang begini. Air mata takkan mengubah I, Puteri... tapi ia buat you kelihatan begitu lemah!" tambah Hakim la lu melangkah pantas meninggalkan Puteri. Sudah terlambat, Hakim. I dah lama menangis kerana you... getus hati Puteri hiba . You musnahkan hidup I!

BAB SEPULUH (10) TELEFON BIMBITNYA diletakkan di sisi meja. Puteri menghela dan melepaskan nafas panjang cuba melegakan ketegangan. Mengeluh kecil lalu pandangan matanya dilepas kan ke luar tingkap. Hatinya gelisah. Nanu yang bercinta tetapi dia pula yang di dalam dilema. Pasangan yang sedang kemaruk bercinta biasanya sibuk menempah berbagai-bagai ben tuk jambangan bunga dan juga tempat untuk meraikan percintaan di bawah cahaya li lin sempena hari Valentine pada hari itu. Sebaliknya Nanu pula sedang berura-ura untuk putuskan ikatan kasih dengan tunangnya, Izad. Sekiranya benar seperti tud uhan Nanu bahawa teman serumahnya telah menggoda Izad dan Izad pula sudah mula b erubah sikap, memang itu sudah menjadi kes belot. Apa akan jadi pada majlis pernikahan yang sudah pun ditetapkan tarikh nya pada dua bulan akan datang itu?

Di antara suara esak tangis Nanu, Puteri hanya

mampu menasihati agar gadis itu bertenang dan cuba menyelidik kedudukan sebenar dengan sabar. Lara di hati sendiri tidak mampu diatasi inikan pula mahu mengubat i luka hati orang? Tetapi tidak mungkin dia membiarkan kawan karibnya menangis s endirian. Nanu juga anak yatim piatu sepertinya. Tiada tempat mengadu melainkan kepada kawan-kawan. Puteri sekurang-kurang ada Datin Zaidah. Tetapi soal Hakim tidak mampu Puteri luahkan hupun yang baik tidak mungkin akan terlepas dari bibirnya ke telinga Auntie Zaidah. Biar ahu dipandang sebagai anak gadis yang rendah bukan lagi sekadar anak angkat tetapi bakal kepada Auntie Zaidah. Yang buruk ma sedikit hipokrit tetapi dia tidak m moralnya. Lebih-lebih lagi kini dia menantu.

Sesungguhnya memendam perasaan membuat hidup ini penuh sengsara. Lebih pahit lag i apabila bertepuk sebelah tangan. Mengenangkan Hakim, tidurnya asyik bertemanka n air mata. Pilu benar rasanya perasaan. Namun hari demi hari sikap Hakim pula k ian dingin. Bagaikan kuntum kembang tidak jadi, begitulah keadaannya di antara d ia dan Hakim. Demi mengubati hati sendiri, Puteri pernah mengambil keputusan membawa diri. Dia ingin pergi jauh. Surat perletakan jawatan telah siap ditaipnya, dan sudah pun dimasukkan ke dalam sampul rasmi berwarna coklat, tetapi setiap kali terpandang sahaja kelibat Hakim pada pagi hari, hatinya tidak kuat untuk melangkah pergi. W alau bagaimana dingin sekalipun layanan Hakim terhadapnya, dia tetap sayangkan l elaki itu. Hatinya berkata bahawa dia perlukan Hakim di dalam hidupnya. Tetapi apabila hati sekali lagi terasa pijar dek jelingan dingin serta bidasan p edas Hakim, keesokannya surat yang ood Hakim berubah ceria ir dan terubat. Luka di coklat itu entah untuk di dalam laci dikeluarkan sekali lagi, namun kebetulan m dan senyuman tampak tersemat di bibirnya, hati Puteri ca hati hilang dalam sekelip mata. Akhirnya sampul berwarna kali ke berapa dilemparkan semula ke dalam laci.

Puteri tidak sepatutnya jatuh hati pada Hakim. Dia tidak ingin mencintai Hakim. Dia rela hatinya terpikat kepada lelaki lain asalkan bukan Hakim. Namun apakan d aya... di antara ramai lelaki yang pernah dikenalinya, mata dan hatinya tetap me milih Hakim. Setiap kali Hakim di sisi, bulu romanya pasti tegak meremang dan de gup jantungnya memecut kencang. Sungguh dia tidak mengerti bagaimana sekeping ha ti boleh berubah sedemikian rupa. Beberapa tahun yang lalu perasaan sebegitu tid ak pernah wujud di hatinya. Memiliki Hakim tidak bererti harus mencintainya. Kin i tidak memandang wajah Hakim walau cuma untuk setengah hari, dunianya terasa hi lang seri. Murung. Hakim adalah nyawanya! Malangnya mengapa kasih tidak berbalas ? Dia mengeluh hiba lalu Puteri melangkah gontai ke tingkap. Langsir dikuaknya sed ikit sekadar untuk mengintai ke pejabat Hakim. Walaupun menyedari bahawa Hakim t iada di pejabat sejak pagi, matanya teringin jua untuk memandang ke arah sana. T idak bersua muka dengan Hakim membuat dia gagal berfungsi. Lemah.

Bersama Hakim pula hatinya dipagut sayu. Dia kempunan disentuh Hakim dengan sepe nuh kasih sayang sehinggakan terbawa-bawa ke dalam mimpi. Dia ingin meletakkan k epala ke bahu Hakim dan meluahkan segala rajuk di hati, sedangkan Hakim pula kian menjauh. Sejak akhir-akhir itu lelaki itu lebih kerap menyampaik an arahan melalui telefon bimbit dan e-mel daripada bersemuka dengannya. Sesungg uhnya Puteri semakin tidak memahami mood Hakim. Hakim memang sentiasa sibuk, lebih-lebih lagi setelah usulan serta kertas kerjan ya diterima oleh jutawan dari negara matahari terbit itu. Encik Rashid juga begi tu. Kedua-dua lelaki itu asyik ke hulu ke hilir dan keluar masuk pejabat bersama macam belangkas. Pergaulan Hak im dengan Encik Rashid kelihatan lebih mesra kalau dibandingkan dengan hubungan di antara Hakim dengan ayah sendiri. Bersama Dato' Salihin, bahasa tubuh Hakim b agaikan seorang pekerja sedang berhadapan dengan seorang ketua pejabat. Tiada la ngsung kemesraan anak dan ayah. Keluhan Hakim suatu ketika dahulu bahawa dia hid up ketandusan kasih sayang ternyata benar. Berpaling ke arah Kakak Ana yang sedang sibuk berbincang dengan pelanggan di tal ian, dalam hati berbisik betapa Kakak Ana sentiasa kelihatan ceria seolah-olah b egitu berpuas hati dengan kehidupannya walaupun bergelar janda. Seingatnya Kakak Ana tidak pernah memaparkan wajah bermasalah. Sepanjang masa senyuman riang sen tiasa sahaja memagari bibirnya. Wanita itu sememangnya bahagia walaupun hidup ta npa seorang lelaki yang dipanggil suami. Sebagai seorang ibu tunggal, Kakak Ana dipuja dan disayangi anak-anaknya manakal a di pejabat pula dia disukai ramai. Hakim sendiri memandang tinggi pada keboleh an Kakak Ana tambahan pula Kakak Ana memang tidak boleh disangkal seorang pegawa i yang pintar dan berdedikasi. Kakak Ana diberi kepercayaan menguruskan projek-pr ojek besar sedangkan Puteri pula semakin hari tugasannya kian menjurus ke arah k erja-kerja seorang pembantu peribadi. Menghantar sut Armani Hakim ke dobi, mengu njungi bank bagi menyelesaikan urusan kad kredit, membeli cenderahati bagi pihak Hakim, menyediakan jadual temu janji dan bermacam-macam lagi. Kerja peribadi terbaru yang dilakukannya sebagai pembantu peribadi Hakim ialah m enyambut kakak sulungnya di lapangan terbang pada malam minggu yang lepas! Lewat malam menunggu hampir dua jam dengan penuh sabar, tetapi mulut perempuan itu ya ng sememangnya laser akhirnya membuat kesabarannya teruji. Bukan sahaja mulut ya ng becok tetapi hati juga penuh dengan syak wasangka. Mentang-mentang Puteri dik atakan sukarela menawarkan diri menyambut kakak bos, Puan Saloma memperli kononn ya dia rela menyusahkan diri kerana ingin memikat hati Hakim. Memang benar Puter i pernah berdoa siang dan malam agar Hakim jatuh hati kepadanya. Mahu Hakim mema ndangnya dengan renungan jantan, tetapi bukan dengan cara begitu. Dia tidak akan sesekali bermuka-muka atau memperhambakan diri. Puteri bukannya kompelin. Memang dia akur bidang tugasnya adalah menguruskan seg

ala keperluan Hakim, tetapi kini amat terasa betapa diri dihukum atas suatu kesa lahan. Hati sudah penat bertanya untuk apa Hakim menderanya sebegitu. Kenapa men siasiakan kebolehannya dengan menugaskan dia dengan kerja remeh-temeh sedangkan ban yak lagi kerja lain yang boleh dilakukannya? Atau adakah

semua itu angkara Tengku Aida? Hakim termakan pujukan dan mempercayai fitnah seh inggakan timbul rasa jelik di hati terhadapnya? Tidakkah Hakim sedar bahawa umpatan orang tentang Tengku Aida sebenarnya bukan s ekadar umpatan? Tengku Aidalah yang berwatak hitam bukannya Puteri. Cerita-cerit a panas yang sering bertukar dari mulut ke mulut itu lima puluh peratus memang b enar. Orang yang suka mencari keburukan orang seperti Tengku Aida itu sebenarnya cuba menutup keburukan diri sendiri. Ramai yang tahu tentang cerita Tengku Aida gadaikan body demi menempa nama. Kata orang, perempua n itu tidak segan melanggan bilik hotel eksklusif untuk berurusan demi mengambil hati bakal rakan-rakan seperniagaan. Puteri memang pernah mendengar cerita tersebut dari mulut lelaki yang pernah ber urusan dengan Tengku Aida. Raymond Hawk adalah jenis lelaki yang suka berterus t erang dan cerita dari mulutnya memang boleh diambil kira. Apabila lelaki Eropah itu berkata bahawa dia telah berkali-kali meniduri Tengku Aida dan perempuan itu memang liar di ranjang, Puteri memang tidak lagi hairan. Cerita itu bukan cerit a baru. Lagipun dia pernah menyaksikan dengan matanya sendiri bagaimana Tengku A ida melayan dan menggatal dengan seorang bakal pelanggan lelaki suatu ketika dah ulu ketika cuba merebut urus niaga yang hampir di dalam genggamannya. Memang car a pelacur high class Kadang-kadang Puteri memang kasihan kepada perempuan dari k eluarga berada serta berkedudukan tinggi seperti Tengku Aida yang rela mengikut lorong yang salah demi untuk tidak dikatakan menumpang tuah keluarga. Mahu membuktikan kemampuan diri dan menjadi wanita berjaya juga harus ada batasannya. Jangan pula sampai maruah tergadai. Tatkala mindanya sibuk berlegar tentang Tengku Aida, kebetulan kelihatan kelibat perempuan itu baru melenggang masuk dengan jambangan bunga mawar yang agak besa r di pelukan. Seperti biasa Tengku Aida tampak gah apabila banyak mata yang mula tertumpu ke arahnya. Senyuman bangga dilemparkan bersulam jelingan penuh ceria. "Happy Valentine's day everybody...!!" jerit Tengku Aida riang. "Tengok apa yang I dapat dari bos! He's so sweet!" sambungnya lagi lalu bibirny a yang merah menyala itu segera dirapatkan ke kuntuman mawar dan jambangan bunga kian dirapatkan ke dada. Ekoran dari aksinya itu mulalah kedengaran siulan-siul an galak daripada kakitangan lelaki. Jantung Puteri bagai direntap sebaik sahaja mendengar kata-kata yang baru keluar dari bibir Tengku Aida itu. Jambangan bunga yang cantik itu daripada Hakim semp ena hari Valentine? Dia terpaku. Membuntang matanya memerhati. Hati tiba-tiba te rasa bagai ditoreh-toreh. Sakit! Dada jadi sebak yang teramat. Dia mengetap bibi r. Di dalam sekelip mata dia terasa seperti mahu terjelepok pengsan. Lemah selur uh anggota. Sudahlah satu pagi dia terpaksa menahan sakit hati melihat Safura as yik mengusung bermacam-macam jenis jambangan bunga mawar dari entah perempuan-pe rempuan mana ke dalam bilik pejabat Hakim dan kini Hakim sendiri menghadiahkan

jambangan mawar kepada Tengku Aida! Luka yang masih berdarah bagai baru sahaja d itabur garam.

Baru sahaja dia memejamkan matanya rapat dan menarik nafas dalam-dalam, cuba men enangkan perasaan yang sedang gamat bergelojak, interkom pula menjerit. "Helo Puteri! Puteri?" Puteri diam merenung pada telefon. Tenaganya terasa hilang. Jiwanya longlai meng enangkan aksi mengada-ada Tengku Aida seketika yang lalu. Di dalam hati masih te rtanya-tanya kenapa Hakim menghadiahkan jambangan mawar yang begitu indah kepada Tengku Aida? Atas alasan apa? Mungkinkah benar seperti gosip di kalangan kerani pejabat hahawa di antara mereka memang ada sesuatu? "Hello! Are you there!" tanya Safura mencari kepastian apabila tiada balasan dar ipada Puteri. "Ya! Ada apa, Safura?" balas Puteri lemah. Suaranya seakan-akan tidak ingin keluar. "Ada seorang lelaki nak jumpa you!" Lelaki? Julian lagi? Nama lelaki itu terbetik di hati Puteri bersama rasa bengang yang kian meruncing. Mendidih perasaan! Dia mengeluh muak. Adakah Julian datang secara peribadi bersama jambangan bunga sempena hari kekasih, sedangkan lelaki itu tidak pernah menunggu hari istimewa untuk menghadiahkannya bermacam-macam jambangan bunga? Walaupun bunga merupakan lambang penghargaan serta kasih sayang terhadap seorang perempuan, tetapi dia tidak inginkan sebarang penghargaan daripada lelaki playb oy seperti Julian. Penghargaan lelaki itu terlalu murah dan sudah terlalu biasa disogokkan kepada berpuluh-puluh perempuan di seluruh dunia. Puteri memang sudah penat menolak dengan cara terhormat, malangnya jantan yang seorang itu tidak kenal erti mengalah. Di hadapan Hakim sekalipun, lirikan matan ya sentiasa bernafsu. Julian tidak segan meluahkan minat dan kehendak. Pernah se

kali di hadapan Hakim, lelaki itu berlagak mesra dengan memeluk bahunya konon ta nda gembira kerana perjanjian telah selamat ditandatangani. Sebaik sahaja sorotan matanya singgah pada lelaki yang sedang menunggu dengan ja mbangan bunga mawar pelbagai warna yang sederhana besar di tangannya itu, langka h Puteri mati. Terkejut. Kali ini peluh sejuk pula memercik. Wajah lain di ingat an, tetapi wajah lain pula yang muncul di hadapan mata. "Abang Hanif!" Dua bulan sudah berlalu sejak jari manis Puteri disarungkan dengan cincin tanda oleh Datin Zaidah, dan sudah lebih daripada tiga bulan dia tidak bertentang mata dengan Hanif. Ibunya sekali-sekala telefon bertanya khabar tetapi Hanif pula ti dak pernah sekalipun menghubunginya. Oleh kerana tiada berita mahupun pendapat dari mulut Hanif sendiri tentang ikata n tidak rasmi mereka, Puteri akhirnya mampu tidur dengan lena. Hatinya lega kera na menganggap Hanif tidak memandang serius soal lamaran ibunya. Kini apa pula tu juan Hanif muncul di situ bersama jambangan mawar? Degup jantung Puteri tidak te rkira lajunya. "Puteri...! Apa khabar? Er... untuk you," ujar Hanif sambil menghulurkan jambangan mawar kepada Puteri. Dia tidak berani berlengah-lengah, t akut nanti seperti hari-hari yang lalu segala rancangannya yang berkaitan dengan Puteri terbantut lagi. Satu pun tidak menjadi. Sesampai sahaja di pejabat itu lima minit yang lalu, peluh sejuknya sudah pun memercik sakan. Kini apabila mata bertentang, kep ala lututnya mula bergegar. Dia memang sering gementar setiap kali berhadapan de ngan gadis yang benar-benar disukainya, terutama Puteri. Terpempan Puteri. Wajah Hanif yang berubah merah secara tiba-tiba itu dipandangn ya agak lama. Lidahnya kelu. Tidak tahu apa yang harus diucapkannya pada lelaki di hadapannya itu. Dia tidak pernah menghara pkan apa-apa daripada Hanif, inikan pula jambangan bunga pada hari Valentine! Oh Tuhan... apa nak jadi!! desis hatinya resah. "Abang ada urusan dekat-dekat sini, jadi abang ambil kesempatan jumpa Puteri," s ambung Hanif agak gabra. Lebih-lebih lagi apabila mata bening Puteri yang cantik itu merenungnya dengan penuh surprise begitu. Puteri memang terlalu anggun buat nya. Memang tidak sepadan. Tetapi tuah ayam boleh dilihat, tuah manusia siapa ta hu? "Oh, terima kasih," balas Puteri agak tersipu-sipu. Pelik sungguh rasanya apabil a seorang lelaki yang selama ini dianggapnya sebagai abang kini berdiri di hadap annya sebagai tunangan.

"Sudi tak keluar makan tengah hari dengan abang?" ajak Hanif. Dia mengulangi soa lan yang telah pun berpuluh-puluh kali diucapkannya kepada diri sendiri semasa d i dalam perjalanan ke situ. Setelah berkali-kali didesak oleh ibunya supaya mengajak Puteri keluar, baru har i itu dia punya alasan paling baik dan semangatnya pun tidak lesu sebagaimana ha ri-hari biasa. Dia jadi berani kerana begitu pasti bahawa hari itu bukan hanya d ia seorang sahaja berkelakuan luar biasa. Aksi orang lain lagi hebat. Johan, peg awai eksekutif di syarikatnya tiba-tiba sahaja melutut di hadapan Nur Aliah, yan g merupakan teman sekerjanya dengan perkataan azimat; I love you, Aliah. Will yo u please marry me? Nur Aliah tampak terkejut besar mendengar lafaz berserta aksi klasik yang dilaku kan di hadapan seluruh isi pejabat sebaik sahaja selesai mesyuarat pagi itu, nam un jawapannya sungguh menyerikan wajah Johan. Aksi berani Johan itu mendapat tep ukan gemuruh dan sekali gus menyuntik semangat ke dalam diri Hanif sendiri. "Sure," jawab Puteri perlahan. Pipinya terasa kian berbahang. Lebih-lebih lagi a pabila mata Safura asyik terpacak ke arah mereka. "Tunggu sekejap. Puteri simpan bunga ni." Pada saat itu pintu utama pejabat terbuka lebar dan Hakim melangkah masuk. Sebai k sahaja sorotan matanya jatuh pada Puteri dan lelaki yang tinggi lampai di sisi Puteri itu, langkahnya terhenti. Dia merenung penuh minat. Tetapi sesaat selepa s matanya singgah pada jambangan mawar di tangan Puteri, bibirnya segera melebar dengan senyuman mengerti. Agaknya sempena hari kekasih pada hari itu tiada golongan Hawa yang tidak duduk melamun sambil menantikan buah hati berkunjung membawa jambangan mawar. Tetapi r asa-rasanya tidak ada perempuan yang lebih terdesak seperti Tengku Aida yang sea kan-akan merayu agar dihadiahkan jambangan mawar tatkala mereka kebetulan melint asi sebuah kedai bunga pada pagi itu. Tidak mahu menjatuhkan air muka perempuan itu, dia menurut tanpa banyak soal. Lagipun hari kekasih baginya tidak membawa a pa-apa makna. lanya sama juga seperti hari-hari biasa. Permintaan Tengku Aida ag ar Hakim menemui ibu bapanya yang berkunjung ke Kuala Lumpur tempoh hari lebih mengejutkan. Buat dia terbuntang merenung wajah Tengku Aida de ngan tanda tanya gergasi. Setahunya lelaki mahupun perempuan hanya akan menemukan bakal suami atau isteri sahaja kepada ketua kelua rga, bukannya majikan ataupun kawan biasa. Gerun dengan permintaan pelik perempu an itu, Hakim berikan alasan biasa, "tak free, lain kali aja." Ketika itu air muka Tengku Aida ketara berubah rawan. Merajuk. Tetapi Hakim tida k pernah memujuk. Walau bagaimanapun hati Hakim sedikit teruja apabila menerima kad ucapan sayang daripada Sherina semalam. Dia percaya hanya ucapan sayang daripada adik perempua nnya seorang sahaja yang gerenti tulen. Yang Iain-lain semuanya umpama sampah.

"Hai!" tegur Hakim lalu mengorak langkah menghampiri. Melihat Hakim yang melangkah mantap ke arah mereka, Puteri terkedu. Nafasnya ter henti. Tiada jawapan. Matanya memandang terus pada wajah Hakim, lantas wajahnya berona merah. Terasa kecilnya diri bagaikan sang isteri yang baru sahaja tertang kap tatkala bermain kayu tiga. "Tak nak kenalkan I pada kawan you?" suara Hakim. Dia merenung tepat pada anak m ata Puteri. Kemudian renungan matanya beralih mesra kepada lelaki yang berdiri r apat di sisi Puteri itu. Orangnya berwajah `lelaki baik'. Memang kemas dan segak walaupun tidak seranggi Julian. Tetapi sekiranya Puteri bijak menilai, tentu sa haja Puteri tahu yang mana kaca dan yang mana permata. Siapa yang tidak tahu bahawa Julian adalah lelaki jenis Romeo yang punya perempuan simpanan tida k kurang sedozen? Perempuan cantik baginya sekadar mainan. Kerana rekod peribadi Julian itu jugalah, setiap urus niaga yang dijalankan oleh lelaki itu bersama P uteri sering kali membuat perasaan Hakim dilambung resah. Kalau diikutkan hati d ia tidak mahu membiarkan Puteri bersendirian dengan Julian. Dia takut sekiranya Puteri jadi lemah dan tertewas oleh pujuk rayu lelaki itu. Alangkah baiknya kala u ada seorang lelaki yang ikhlas menyayangi dan memberi perlindungan kepada Pute ri. "Ini Hanif Effendi. Abang Hanif, ni Encik Hakim, bos kami." "Hakim Dato' Salihin? Apa khabar?" tegur Hanif sambil menghulur tangan kepada Ha kim. Memang dia tidak menduga bahawa Hakim Dato' Salihin, seorang ahli perniagaa n yang disegani itu rupa-rupanya adalah bos kepada Puteri. Penampilan lelaki itu secara close-up memang lebih bergaya daripada gambar yang pernah disiarkan di a khbar. "Baik. Nice to meet you" balas Hakim. Dua tangan bersatu kemas dan entah kenapa Hakim merasa senang menghadapi lelaki itu. Dalam hati tiba-tiba berbisik bahawa itulah satu-satunya lelaki yang tulus ingin melindungi Puteri. "Dah lama kenal Puteri?" "Sejak kecil," jawab Hanif. Jawapan itu tidaklah begitu tepat, tetapi kebenarann ya memang ada. Dia dan Puteri sememangnya saling mengenali sejak kecil cuma hubu ngan di antara mereka tidak pernah rapat. Pada zaman kanak-kanak dia selalu bertemu dengan Puteri setiap kali mengikut ibu nya ke rumah anak-anak yatim. Walau bagaimanapun kerana berbeza jantina, mereka jarang bermain bersama. Apabila meningkat remaja, Puteri sering kali dibawa oleh ibunya berkunjung ke rumah, tet api lagak tomboi Puteri membuat Hanif menjauh. Dia lebih menyukai gadis yang kurang agresif dan bersikap lemah lembut, bukan seorang gadis sunti yang menarik muka masam apabila dipanggil dengan nama Puteri. Perempuan yang tidak ingin jadi perempuan.

"Sungguh?" Entah kenapa hati Hakim jadi lega sebaik sahaja mendengar jawapan itu . Ternyata andaiannya tepat. Hanif memang sesuai untuk Puteri. Kasih sayang seja ti biasanya lahir dari ikatan persahabatan yang bersimpul bertahun-tahun lamanya . Lafaz akad nikah yang berusia separuh dekad sekalipun tidak mungkin dapat mena ndingi hubungan persahabatan sebegitu. Tetapi bagaimana dia mahu mengenali hati budi Hanif kalau hanya setakat bertentang mata begitu? Apa yang perlu dilakukann ya adalah bergaul dengan lelaki itu. "I memang minat nak tahu rahsia Puteri. Perhaps we can get together someday!" "Boleh. Apa salahnya?" balas Hanif sambil tersenyum ramah. Sebagaimana Hakim, di a melirik pada Puteri yang diam membisu. "Kamu berdua nak keluar makan?" tanya Hakim seketika kemudian. Sorotan matanya l ebih tertumpu kepada Puteri yang tampak kurang selesa dan lebih banyak merenung ke lantai daripada menatap wajah-wajah tampan jejaka di hadapannya itu. "Er... ya. If you don't mind. Sebab saya sedar sekarang belum masa rehat." "No problem. Go. Enjoy yourself." balas Hakim. Dia tersenyum ramah. Tetapi dua puluh minit kemudian, Hakim mula mundar-mandir. Fikirannya kacau-bila u. Kalut. Dia lebih banyak termenung daripada menumpukan perhatian kepada kerja pejabat yang ditandakannya `extra urgent' itu. Wajah Puteri dan Hanif entah kena pa asyik muncul di minda bersama rasa resah yang menggunung. Merenung pada skrin lap-top, dia terbayangkan senyuman Puteri yang mengusik jiwa. Senyuman yang kin i sedang dimesrai oleh renungan mata lelaki lain. Puas dia memujuk hati bahawa H anif adalah lelaki yang sesuai untuk Puteri dan dia harus bersyukur sekiranya Pu teri ditemukan jodoh dengan lelaki itu, namun begitu semakin lama semakin dia le mas dek seribu perasaan yang mencengkam. Bayangan wajah Puteri dan Hanif tetap m uncul silih berganti. Sesungguhnya Hakim tidak mengerti kenapa hatinya tidak lag i merasa lega, tidak tenang dan jauh sekali ceria. Sebaliknya dia asyik menginta i ke arah bilik pejabat Puteri dengan perasaan tidak sabar. Seronokkah Puteri di sisi Hanif? Apa yang sedang mereka lakukan? ta nya hatinya, gundah. Apabila satu jam sudah lama berlalu tetapi kelibat Puteri tidak juga kelihatan, Hakim tidak mampu lagi bersabar. Hampir-hampir sahaja dia mendail nombor telefon bimbit Puteri. Apabila hatinya yang memberontak kian gagal dikawal dan dia mula merasa tension satu macam, Hakim segera mengemaskan lap-topnya lalu melangkah p antas meninggalkan pejabat tanpa sebarang pesanan. Ketika sedang mengharungi trafik yang agak padat di dalam perjalanan pulang ke k ondominiumnya, telefon bimbitnya menjerit minta perhatian. Menjeling pada nama H itler yang tertera di skrin, dia mengeluh dan menggeleng lemah. Fikirannya bertambah kalut. Hati naik berang. Telefon bimbit dibiarkan menjerit terus. Kalau Dato' Salihin menelefon sekadar untuk menyambung syarahannya yang belum ta mat pada malam minggu yang lepas itu, Hakim tidak sanggup lagi untuk bersoal jaw ab. Dia pulang ke rumah melawat ayahnya demi menjalankan tanggungjawab sebagai s

eorang anak, tetapi ayahnya pula mengambil kesempatan menggunakan kuasa veto seo rang bapa. Tidak henti-henti memaksanya agar setuju bernikah dengan Zureen. Desa kan ayahnya itu semakin membuat dia rimas dan lemas. Perintahnya kian berapi-api . Macam jeneral mengarah prebet pula lagaknya. Orang tua itu tidak faham kenapa dia ingin berterusan hidup membujang kalau mahu dijodohkan dengan anak dara seca ntik anak gadis Haji Wan Noor, dan Hakim pula tidak berdaya untuk berterus teran g. Intan juga pernah bertanya soalan yang lebih kurang sama. "Jangan lagi dikena ng kisah lalu.... I pun dah jadi ibu. You pula bagaimana?" tanya Intan tidak ber apa lama dulu. Hakim sememangnya memahami maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Intan itu. Intan tidak mahu Hakim terus mengharap. Perempuan itu lebih senang membesarkan a naknya sendirian tanpa kehadiran seorang suami. Kehadiran Hakim sentiasa dialu-a lukan tetapi sekadar seorang kawan baik. Bagi Intan, belum ada mana-mana lelaki yang mampu menggantikan tempat arwah suaminya. Hakim juga sudah lama menerima kenyataan bahawa di antara mereka memang sudah ti ada harapan untuk hidup bersama, tetapi harapan sebenarnya tidak pernah mati. La gipun dia tidak pernah ingat hari di mana dia benar-benar melupakan Intan. Intan adalah satu-satunya perempuan yang pernah dicintainya di dunia ini . Merenung wajuh ceria Intan pernah memberinya seribu kemanisan. Dia memang baha gia sehinggalah hari di mana Intan meninggalkannya demi Rhadi, seorang lelaki ya ng Hakim sangka tidak mungkin mampu menandingi dia walau dari segi rupa mahupun kedudukan. Radhi adalah seorang lelaki yang sederhana di dalam segala-galanya. T etapi Intan memilih Radhi dan sanggup membelakangi keluarga demi cintanya kepada lelaki itu. Hakim yang punya segala-galanya pula ditinggalkan. Malangnya Radhi terlebih dahulu kembali ke rahmatullah ketika usia bayi mereka b elum pun mencecah enam bulan. Akhirnya Hakim menjadi tempat Intan mengadu. Menja di tulang belakang kehidupan Intan sehinggalah Intan mampu berdikari. Kerana ihs an dia jugalah Intan kini menjadi pengusaha salun kecantikan yang berjaya. Sesungguhnya Hakim tidak mengerti kenapa hatinya jadi begitu mulia tatkala merenung pada mata serta wajah rawan Intan tiga tahun yang lalu. K enapa dia rela bersusah payah demi seorang perempuan yang tidak peduli walau hat inya retak seribu? Perempuan yang telah memutuskan perhubungan mereka dengan han ya menghantar secebis nota melalui orang tengah. Agaknya kerana wajah suci bayi yang masih merah di dalam dakapan Intan ketika itu - Zizie yang kini begitu peta h memanggilnya dengan nama uncle. Ataupun mungkin juga kerana kasihnya terhadap Intan selama ini cuma pudar bukannya mati. Ternyata obor cinta pertama memang sukar dipadam. Tetapi apa gunanya hidup ala p ungguk

merenung bulan? Apa yang dia dapat kalau bukan sekadar rindu yang tidak berpenghujung? Setiap saat di sisi Intan me mbuat perasaannya tenggelam bersama rasa pilu dan kesal yang tidak terdaya untuk dielak. Di sebalik sikap bertolak ansur dan pemaafnya, dia sebenarnya masih menangisi tindakan Intan sert

a percintaan mereka yang berkubur separuh jalan itu. Walau luka di hatinya tidak pernah terubat namun dia ikhlas membantu Intan untuk bangun semula. Perkataan d endam setahunya tidak wujud. Kini Intan bahagia dengan kehidupan solonya. Hakim telah melakukan segala-galanya demi membantu Intan meneruskan kehidupan, tetapi diri sendiri pula bagaimana? Sesungguhnya Hakim tidak pernah berhenti daripada bertanya pada diri sendiri sam pai bila dia harus hidup begitu. Haruskah dia bersemuka dengan Puteri?

BAB SEBELAS (11) "EXCUSE ME, Kak Ana. You tahu di mana Puteri?" tanya Hakim satu jam kemudian set elah menjeling ke bilik pejabat Puteri entah untuk kali yang ke berapa. Melihat daun pintu yang tertutup rapat sejak awal pagi itu, dia mula naik bengang. Tidak mungkin Puteri dan lelaki itu meraikan hari Valentine sehingga ke pagi itu! Pad a kala dia memerlukan bantuan, Puteri pula entah di mana. Telefon bimbitnya tida k berjawab. "Oh, kata Safura... Puteri telefon kata dia tak sihat," jawab Kakak Ana pantas. "Tak sihat?" Berkerut wajah Hakim tatkala mendengar berita daripada Kakak Ana it u. Hairan, bagaimana pula Puteri tiba-tiba sahaja boleh jatuh sakit sedangkan te ngah hari semalam Puteri kelihatan sihat walafiat. Gadis yang menerima jambangan bunga pada hari Valentine sepatutnya lebih ceria daripada biasa. Apa yang sudah terjadi? "Ya demam. Saya tak berapa pasti keadaan dia. Tapi semalam dia kelihatan resah semacam," balas Kakak Ana. Dia memang sedar se jak akhir-akhir ini Puteri sentiasa tampak gelisah, tetapi keresahan yang terpap ar pada wajah Puteri semalam memang luar biasa. Malah kesihatan Puteri juga asyi k terganggu. Baginya gadis itu tidak ubah bagaikan orang yang dijangkiti sakit a ngau. Berwajah sayu, asyik melamun dan tumpuan pula sentiasa terganggu, dan semu a itu jelas sekali mempengaruhi mutu kerjanya. Malangnya apabila ditanya, Puteri sentiasa sahaja mengelak. Dahulu Puteri tidak pernah berkelakuan sepelik itu. Semua itu hanya bermula semenjak kemunculan Hakim ataupun adakah s emua itu hanya secara kebetulan? "Agaknya perempuan manalah yang tak resah semalam!" ujar Hakim sinis. Fikirannya mengimbas kembali pada reaksi segan Puteri tatkala mendakap jambangan bunga pemberian Hanif, kerenah Tengku Aida ketika merengek inginkan jambangan m awar daripadanya dan Rose yang mengadu resah sepanjang hari menunggu hadiah cinc in berlian sebesar ibu jari daripada Dato' Salihin. Hakim sendiri rimas menerima pesanan-pesanan Valentine daripada entah perempuan-perempuan mana yang jelas se kali sedang di dalam keresahan kerana mendambakan perhatian daripadanya. Puan Soong yang bertugas sebagai cleaning lad y di pejabat itu agaknya sampai membebel panjang apabila diarahkan supaya mengan gkut segala jambangan bunga keluar dari biliknya pagi itu.

"Er..." Rupa Hakim yang penuh tension itu membuat Kakak Ana terkedu. Sesungguhnya dia te ringin benar mengetahui cerita sebenar di sebalik kemurungan Puteri dan mood bos mereka yang tiba-tiba sahaja teruk itu. Adakah mungkin benar seperti kata orang bahawa kekerapan menghabiskan masa bersama menguruskan kerja pejabat di antara teruna dan dara akhirnya telah melahirkan bunga-bunga cinta? Tetapi persoalannya siapakah sebenarnya pilihan Hakim? Puteri atau Tengku Aida? Mengikut pemerhatiannya semalam, Tengku Aidalah yang muncul penuh bangga dengan jambangan mawar yang kononnya hadiah daripada Hakim, manakala Puteri pula berkur ung sepi di dalam pejabatnya satu pagi bagai anak dara yang sedang sengsara putu s cinta. Kini Hakim pula menunjuk rupa jantan yang sedang diamuk api cemburu. Ap a yang sudah terjadi? "Never mind" bisik Hakim lalu melangkah menuju ke bilik Encik Rashid. Tanpa Pute ri sekalipun dia masih boleh berfungsi. Dia tidak memerlukan kertas kerja yang s epatutnya telah pun disiapkan oleh Puteri dan diserahkan kepadanya semalam. Draf asli masih di dalam kepalanya. Berbincang dengan Encik Rashid memang merupakan satu sesi yang digemarinya. Oran g tua itu tidak pernah kering idea bernas. Dia dan Encik Rashid adalah gabungan dua generasi yang hebat. Tetapi hari itu Hakim tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perbincangan mereka. Fikirannya melayang. Perasaannya tidak te nteram. Tidak seperti biasa, mindanya kini tidak mampu mencedok apa jua pendapat serta cadangan yang cuba disampaikan oleh Encik Rashid. Asyik-asyik wajah Puter i dan Hanif juga yang bermain di ruang fikiran. Belum sampai sejam berhadapan, t angannya mula

rancak mengurut dahi dan Encik Rashid mula merenungnya lama tanpa bersuara. Meng analisis. "What?" tanya Hakim apabila menyedari diri ditenung. Setahunya apabila lelaki tu a itu merenungnya begitu, sekejap lagi Encik Rashid akan mula menegur dan mengkr itik dari hal urusan pejabat merangkap soal peribadi. Itu bukannya kali pertama. Tetapi syarahan Encik Rashid tidak pula membuat darahnya mendidih sebagaimana s yarahan Dato' Salihin. Pendekatan Encik Rashid lebih lembut berbanding ayahnya. "Nampaknya... banyak benar yang awak fikirkan?" tegur Encik Rashid sambil membuk a kaca matanya lalu diletakkan di atas meja tulisnya. "Maafkan saya, Encik Rashid." Mengaku kesalahan diri, Hakim tersenyum pahit. Tan gannya segera meraup mukanya lalu dia bangun menuju ke tingkap. "Fikiran saya tak begitu tenteram. Entah..." Suara Hakim terhenti. Matanya meren ung jauh ke luar dan tatkala itu bayangan wajah Puteri bertandang di fikiran. Su ngguh dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan yang berbaur di hatin ya sejak akhir-akhir itu. Suatu perasaan yang tidak mampu

diluahkannya dengan perkataan dan yang pasti semuanya berlegar di antara kehidup annya dan Puteri. Syed Awang pula asyik menasihatkan dia agar terima sahaja tuah yang datang bergo lek. "Kalau orang memberi cinta, jangan sesekali menolak," katanya. Tetapi Hakim bukannya seperti Syed Awang yang makan tidak memilih. "Kenapa? Semalam muda-mudi sibuk melanggan bunga, meluah perasaan. Awak terlepas ke?" usik Encik Rashid. Berita Tengku Aida mendapat jambangan mawar besar hadia h daripada Hakim diceritakan orang di sana sini. Tengku Aida bukan main lagi ter sengih gembira sepanjang hari. Bunga itu pasti sekali akan diawet dan dimuziumka n oleh gadis itu selagi hayat masih ada. Siapa yang tidak perasan bahawa Tengku Aida ada hati terhadap Hakim? Tetapi Hakim pula bagaimana? Isyarat serta bahasa tubuh yang diberikan Hakim ama t mengelirukan mata tuanya. Berbeza-beza. Sekejap Hakim tampak begitu terpesona dengan Tengku Aida, tetapi sesaat kemudian lain pula lagaknya. Begitu juga reaks inya terhadap Puteri. Mungkin juga lebih teruk daripada yang disangka, sehinggak an semakin hari sinar mata gadis itu semakin suram. Kalau kasih Puteri juga tert umpah pada Hakim, memang malang sungguh nasib Puteri. Tiba-tiba sahaja Encik Ras hid menggeleng dan mengeluh kesal. "Itu semua kerja mengarut! I don't believe in Valentine's day" ujar Hakim. Sekurang-kurangnya dia tidak bersikap hipokrit. Ungkapan yang baru sahaja keluar dari bibirnya itu biasanya diucapkan oleh Syed Awang, tetapi sebenarnya lelaki itu juga yang sibuk memesan berdozen-dozen jambangan bunga sempena hari kekasih! "Jadi... bunga yang Hakim bagi pada Aida tu..." "Aida?" tanya Hakim. Berkerut wajahnya seolah-olah cerita yang sedang digembar-g emburkan itu tidak pernah terjadi. Khabar angin semata-mata. "Kalaulah betul seperti yang orang sibuk bercerita bahawa Tengku Aida dapat sera tus kuntum mawar hadiah daripada awak?"

"Oh, tu? Sebenarnya saya tak bermaksud apa-apa. Dia nak sangat, saya berikan. It 's no big deal!" Jawapan Hakim itu membuatkan Encik Rashid tersenyum kesal. Gelengan kepalanya me njadi-jadi. "Hakim... kadang-kadang tu kita kena berfikir dulu sebelum bertindak. Tak boleh pakai hentam, nanti memudaratkan diri sendiri," nasihat Encik Rashid sesaat kemudian.

"Tengku Aida adalah perempuan dewasa. A grown up woman. Dia boleh bezakan." "Awak dah silap. Dalam soal hati, perempuan tak pernah dewasa," potong Encik Ras hid, serius. Ya? Falsafah siapa tu? desis Hakim di dalam hati. Dalam resah bibirnya mengulum senyum. "Saya tak bimbang tentang Tengku Aida. Aida tak senaif Puteri," tegas Hakim. Dia yakin walaupun masih berstatus anak dara, Tengku Aida sudah begitu arif tentang anatomi lelaki, tetapi tidak Puteri. "Puteri tak seperti Aida. Saya percaya Aida takkan mengharapkan komitmen daripada sebarangan lelaki," sambung Hakim walaupun kini dia sendiri ti dak begitu pasti dengan kenyataan sendiri, lebih-lebih lagi apabila Tengku Aida mahu dia bertemu dengan ibu bapanya tempoh hari. Permintaan yang baginya sudah d i luar batasan di antara kenalan biasa. "Puteri pula mengharapkan komitmen? Kenapa pula harus bimbang kalau awak tak per nah bersalah terhadap Puteri?" Kata-kata Encik Rashid itu tiba-tiba sahaja membuat darah panas menyerbu ke muka Hakim. Wajah tenang lelaki tua itu direnungnya tajam. Apakah itu satu tuduhan a tau sekadar soalan biasa? desis hatinya. Dia tidak lupa bahawa Encik Rashid meng anggap Puteri bagaikan anak sendiri. Ayah mana yang sudi mendengar cerita jangga l tentang anak dara sendiri? "Saya tak berniat untuk bermain dengan perasaan sesiapa, tapi Puteri... dia..." Hakim mengeluh. Hakim menyambung kata-katanya dengan rupa kalut. "Saya dapat rasakan yang dia telah jatuh hati pada saya." Suasana sepi. Encik Rashid diam. Hakim pun turut sama membisu melayani fikiran s endiri. "Dia tak sepatutnya jatuh cinta pada saya... mustahil," bisik Hakim tidak lama k emudian. "Well, kamu berdua memang macam pinang dibelah dua," kata Encik Rashid sambil te rsenyum meleret. Berpaling memandang wajah Encik Rashid, Hakim kehilangan kata-kata. Dia tidak me nyangka akan mendengar kata-kata yang begitu positif dari mulut orang tua itu. B ukankah selama ini Encik Rashid cuba menyelamatkan maruah Puteri daripada lelaki seperti dia yang kononnya `buaya'? Kenapa pula tiba-tiba sahaja berubah pandang an? Sesungguhnya kata-kata Encik Rashid itu asyik berlegar-legar di dalam kepala Hak im. Kian membuatkan bayangan wajah Puteri tidak mampu diusir dari ruang mata. Da ripada rasa geram berpanjangan yang entah dari mana puncanya, akhirnya timbul pu

la rasa bimbang di hati Hakim memikirkan kesihatan Puteri. Bermacam-macam soalan datang menjengah di hati. Siapa yang menjaga Puteri? Sudah makan atau belum? Ti dak betah duduk diam, akhirnya dia memandu BMW model terbarunya menuju ke kondom inium Puteri. Melangkah keluar dari lif di tingkat enam, Hakim meneruskan langkah ke arah kana n sambil meneliti nombor yang tertera di setiap pintu yang dilaluinya. Alamat kondominium Puteri b egitu samar-samar di ingatan, tetapi setelah meneliti berulang kali dia pasti bahawa dia kini sememangnya sedang berdiri di hadapan pintu kediaman Puter i - No. 2. Lalu loceng pintu ditekannya berulang kali. Mendengar loceng pintu yang berdering bertalu-talu, perlahan-lahan Puteri mengan gkat punggung dari kerusi santai di balkoni lalu melangkah gontai ke pintu. Berk ali-kali sudah dia menegaskan kepada Nanu bahawa dia tidak memerlukan penjagaan bagaikan anak kecil. Kalau mahu dia sebenarnya masih mampu menari, tetapi gadis itu tetap berdegil mahu membantu. Rela pula mencuri masa rehat sekolah untuk men jengah sambil menghantarkan makanan tengah hari sedangkan walau sesedap mana sek alipun makanan yang bakal disajikan oleh Nanu, dia tetap tidak berselera. "Nanu, I... kan..." Tetapi jantungnya bagaikan mahu gugur apabila menyedari baha wa wajah di hadapannya itu bukan wajah Nanu, tetapi Hakim! "Hai!" Terkejut yang amat, Puteri terdiam. Seluruh tubuhnya tiba-tiba sahaja rasa tidak bermaya. Nafas pun rasa tersekat. Wajah yang pucat k ini lesi tidak berdarah. Oh Tuhan...! rintih hati kecil Puteri. Tiba-tiba sahaja jantungnya berdegup kenc ang. "How are you?" tegur Hakim sambil matanya menyorot perlahan pada tubuh Puteri ya ng hanya bersarung pakaian paling simple - singlet putih tanpa bra dan cut-off j ean yang paling sontok di dunia! Wajah terkejut Puteri yang bersih tanpa secalit pun mekap itu ditenungnya lama wajah asli tanpa topeng. Kalau selama ini dia memang seratus peratus yakin bahawa Puteri adalah Dee, kini sahih Puteri sememangnya Dee! Kalaulah bukan kerana rambut yang ikal m ayang, alis yang bertrim rapi dan kulit wajah yang mulus dari hujung rambut hing ga ke hujung kaki itu, wajah di hadapannya kini saling tidak tumpah seperti waja h Dee yang dikenalinya dulu. Cuma Dee tidak pernah kelihatan begitu menggiurkan sebagaimana Puteri. Lirikan mata Puteri sahaja cukup untuk meruntun perasaan, ma nakala Dee... setahunya tiada apa-apa yang menarik pada Dee melainkan senyumanny a yang mahal itu. "Boleh I masuk? I bawakan sesuatu untuk you," ujar Hakim lagi, mesra. Kotak mera

h berisi makanan tengah hari diangkatnya ke hadapan mata Puteri. Apabila Puteri tidak juga berganjak dari muka pintu, mata pula masih membuntang merenung padanya, Hakim segera menyentuh pangkal lengan Puteri lalu menariknya k e dalam. Puteri didudukkan ke sofa di ruang tamu dan matanya merenung teliti pad a sekujur tubuh Puteri. "You tak apa-apa?" "Tak... er... ya. I cuma rasa semacam," jawab Puteri, mula menggelabah. Tidak ta hu apa yang harus dilakukannya. Kehadiran Hakim sungguh tidak disangka-sangka. Y ang tidak sakit akhirnya jadi betul-betul sakit! Apa aku nak buat? Apa aku nak buat? gumam Puteri lagi di dalam hati. Rasa panik mula menggelapkan minda. "Dah ke klinik?" "Belum, I..."

"Tukar pakaian you. I hantar you ke klinik." "No!" jawab Puteri pantas. Perkataan itu tercetus dari bibirnya tanpa berfikir panjang. Sungguh dia gabra. Dia tidak bersedia untu k menghadapi situasi itu. Belum sampai ketikanya untuk Hakim melihat dia di dala m keadaan begitu. Sungguh dia terasa bagaikan sedang berdiri di hadapan Hakim ta npa seurat benang pun. "I tak apa-apa. I cuma perlu berehat," sambungnya perlahan. Tangan kanannya cuba membetul-betulkan rambutnya yang cuma disepit ala kadar itu. Sebahagian besarny a berjuntaian bagai lalang yang baru dipukul ribut ke empat penjuru. Sekejap-sekejap tangannya sibuk menarik singletnya yang pada saat itu entah kena pa terasa begitu pendek. Ditarik ke bawah, atas pula yang terjojol! Kalaulah dia tahu Hakim akan muncul, nescaya dia akan p astikan dirinya tidak kelihatan seperti ibu muda di dalam tempoh berpantang begi tu. Malangnya sudah terlewat. Kini Hakim sedang melihat apa yang tidak sepatutny a dilihat. "Tak apa-apa? Tapi pada I, you tak nampak okey. Wajah you pucat," komen Hakim. "Make up. I tak pakai make up," balas Puteri. Tanpa disedari tangannya segera me raut wajah sendiri.

"Oh!" Hakim tersenyum tawar. "Jadi... you ni sebenarnya sihat ke tak?" "Tak!" Menyedari lagak Hakim kini tidak ubah seperti seorang majikan yang sedang menguji keikhlasan kakitangannya, Puteri semakin cemas. "Secara fizikal I sihat, cuma..." "Hmmm...! Cuma apa?" gesa Hakim. Matanya merenung tajam. Tetapi bibir Puteri pul a terkunci. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan semua itu kepada Hakim. Me ngertikah Hakim sekiranya dia menyatakan bahawa hati yang gundah diamuk cinta membuat tubuh serta mindanya ja di lemah? Selagi tidak diuliti kasih sayang Hakim, jiwanya jadi lesu tidak berma ya. Dia ibarat pucuk layu yang mengharapkan titisan hujan. Apatah lagi setelah H anif meluahkan hasrat hati secara peribadi semalam! Hati dan fikirannya bertamba h kusut. Segala-galanya serba tidak kena. Dia terasa diri bagai terperangkap di antara dua alam. "What's going on, Puteri?" tanya Hakim perlahan. Dia mula mengorak langkah di se keliling ruang tamu. Sambil menjamu mata dengan kecantikan rekaan dalaman kondom inium Puteri yang jelas kelihatan lebih berseri, sekali-sekala dia melirik pada Puteri. Jawapan ikhlas daripada Puteri masih ditunggu. Orang demam biasanya akan bersweater tebal lengkap dengan seluar panjang dan stoking, bukan berpakaian se perti Puteri. Persoalannya Puteri sebenarnya sakit ataupun tidak? Jawapan Puteri sungguh meragukan. Tatkala langkahnya menghampiri balkoni, lagu 'If I Let You Go' dendangan Westlif e yang sejak tadi sayup-sayup kedengaran kini kian jelas di telinga. Tetapi meny ekat diri daripada bertindak melampaui batas di tempat orang, dia kembali mengha dapi Puteri. "Well? " "Perasaan I yang tak sihat! I..." Tidak mampu lagi untuk meneruskan kata-kata, P uteri membelakangi Hakim. Dia menarik nafas dalam-dalam, cuba meredakan cemas di dada. "Perasaan you yang tak sihat?" tanya Hakim kembali dengan wajah hairan. Ada nada sinis pada suara, renungan serta bahasa tubuhnya. Puteri mula terasa bagaikan sedang berdiri di hadapan hakim dan para juri. Kesal ahannya sedang ditimbang. Merenung wajah Hakim yang berpalit seribu keraguan itu membuat perasaannya dirisik pilu. Aku dituduh sengaja ponteng kerja?

"Hakim, kenapa you datang? Kenapa bersusah payah bawa semua tu? Youkan ada meeti ng dengan Encik Arshad?" tanya Puteri. Dia cuba menukar topik. Tidak ingin Hakim menyoal siasat sehingga ke akar umbi. Rimas! "Anggap aja I membalas budi. Dulu bila I sakit, you tolong I. Sekarang I diberitahu yang you tak sihat... so I datang nak bantu, tapi you pula kata cuma perasaan you yang tak sihat. Do you mind if I ask, why?" "Kerana Hanif?" teka Hakim sejurus kemudian. Tetapi lima minit terasa bagaikan s udah lama berlalu sedangkan Puteri pula diam membisu. "Apa dia dah buat?" tanya Hakim lagi. Dia berlagak tenang. Pada saat itu rasa bi mbang bercampur rasa ingin tahu kian memuncak. Dia perlu tahu kenapa sambutan ha ri kekasih yang tampak begitu memberangsangkan berakhir begitu. Apa yang terjadi semalam? Apakah lelaki yang pada luarannya kelihatan baik itu sebenarnya musang berbulu ayam? Puteri telah diapa-apakan? Seribu soalan menghujani benak Hakim. Semakin dilayan semakin tidak sedap hati dibuatnya. Malangnya Puteri tetap membatu. Pertanyaan dibiarkan sepi tanpa Jawapan sedangka n Hakim pula mula tidak sabar. "Jangan beritahu I bahawa you ambil medical leave cuma kerana you tak boleh nak handle soal hati." Akhirnya Hakim sengaja mencabar, dan cabarannya ternyata menj adi kerana air muka Puteri tiba-tiba sahaja ketara berubah. "Ya, benar! Tapi bukan kerana Hanif, tapi kerana you...!!" jerit Puteri penuh be remosi. Sebak. Tuduhan Hakim membuat perasaannya begitu terhiris dan benteng kes abarannya retak. Mendengar kata-kata Puteri itu, Hakim terpanar seketika. Matanya tegak memandang Puteri. "I?" bisik Hakim. Debar di dada mula rancak. Di dalam hati tertanya-tanya apakah sebagai bos, dia over demanding dan menyebabkan Puteri mengalami tekanan kerja? Atau apakah mungkin Puteri tidak mampu lagi membendung drama yang dilakonkannya saban hari itu? Walau apa pun puncanya, ternyata sesuatu telah terjadi ke atas Puteri. "I tak ingin berperasaan begini... tapi hati I tetap mengatakan bahawa... I cint akan you, Hakim.... I love you so much!!" jerit Puteri sebak. Air mata akhirnya berjurai di hadapan Hakim tanpa dapat ditahan-tahan. Dia tidak mampu lagi memend am perasaan. Cinta?? Sungguh Hakim tertegun. Terkejut besar mendengar pengakuan yang datang d ari bibir Puteri itu. Apa yang diduga selama ini ternyata benar, tetapi dia tida k menyangka antara sekadar rasa dan realiti memang jauh berbeza bahangnya.

Tatkala mata saling bertentang dan jari-jemari Puteri singgah menyentuh lembut di pipinya, darah tiba-tiba terasa menyerbu laju ke muka. Nafasnya bagai terhenti. Buat pertama kali, sentuhan tangan seorang wanita membuat tubuhnya terasa menggigil. "Hakim..." bisik Puteri bagai mengharapkan sesuatu, tetapi Hakim terkedu. Tiada tindak balas. Apabila air jernih kelihatan bergenang di pipi Puteri, dia masih terpaku dan membatu. Tidak tahu apa yang harus diucapkannya di dalam situasi begitu. Semakin bergetar bibir Puteri menahan tangis, semakin ber baur perasaannya. Cemas. "Oh Tuhan...!! Puteri..." keluh Hakim gusar. Tangannya mengelus kasar pada rambu tnya berkali-kali. Dia ingin mengatakan sesuatu, tetapi lidahnya masih kelu. Akh irnya dia terduduk. "I... I tak tahu apa nak cakap... I..." Mendengar bunyi daun pintu dihempas kuat barulah Hakim sedar bahawa Puteri sudah pun merajuk pergi. Tindak balasnya yang pasif jelas sekali melukakan hati Puter i. "Puteri...!" seru Hakim. Malangnya Puteri menyepi di sebalik daun pintu yang ter tutup rapat. Suasana berubah sunyi. Yang kedengaran hanyalah suara keluhan kesal Hakim di celah-celah lagu 'You Needed Me' yang sedang berkumandang di udara. Tatkala Hakim masih termangu resah memikirkan soal dia dan Puteri serta kehidupa n mereka pada masa hadapan, loceng pintu berdering rancak berkali-kali. Merengus lemah, Hakim melangkah pantas ke arah pintu. Daun pintu dibukanya lebar lantas matanya bertentang dengan mata galak seorang gadis. Melihat orang yang muncul di muka pintu bukannya Puteri, tetapi wajah tampan seo rang lelaki dalam lingkungan usia awal tiga puluhan, Nanu terpempan seketika. Te rpaku. Eh, tersalah rumah? Pertanyaan itu segera terbetik di hati, lalu dia mengamati k iri dan kanan. Semuanya jelas sempurna. Pokok-pokok hiasan yang berwarna-warni d i tepi pintu itu memang kepunyaan Puteri. Pintu rumah sebelah pula berwarna beig e sebagaimana sepatutnya. Lagipun dia pernah berulang-alik ke situ

beratus kali. Tidak mungkin dia tersalah rumah. Di dalam hati begitu yakin bahaw a dia sememangnya sedang berdiri di hadapan pintu kondominium Puteri, tetapi sia pa pula lelaki tampan berkemeja biru cair lengkap dengan tai dan bersut hitam ya ng sedang menghadang pintu di hadapannya itu? "Er... ni rumah nombor dua tingkat enam?" soal Nanu mencari kepastian. Hakim pula sekadar mengangguk kecil, mengiakan pertanyaan gadis manis bertudung hitam itu. "Puteri?" "Ada di dalam," ujar Hakim tenang memberi laluan. Sebaik sahaja melangkah kaki ke ruang tamu dan meletakkan sebuah bungkusan di at as sofa, mata Nanu segera melilau ke kiri dan kanan mencari kelibat Puteri. Keha diran seorang lelaki di situ menimbulkan keraguan di hatinya kerana selama ini P uteri tidak membenarkan kunjungan tetamu lelaki. Semua itu katanya adalah demi m enjaga keselamatan dan juga maruah diri. "Saya Nanu, kawan Puteri. Encik pula siapa?" Apa keistimewaan lelaki itu sehingg akan Puteri melanggar peraturan yang digaris sendiri? Dan kenapa pula wajah tamp an itu tampak sugul? "Hakim," jawab Hakim sambil memerhatikan gelagat tetamu Puteri yang jelas sekali bersikap penuh waspada itu. Gadis itu asyik melangkah ke segen ap ceruk kondominium itu mencari-cari Puteri seolah-olah mempercayai bahawa keja dian buruk telah pun terjadi. "Puteri...! Nanu datang ni!" panggil Nanu sambil menjenguk ke balkoni, tempat bi asa Puteri melepak. Namun Puteri tidak kelihatan. Dia melirik resah pada

Hakim yang sedang memerhatikan gerak-gerinya dengan rupa bersahaja itu. "Puteri di dalam bilik," ujar Hakim apabila rupa Nanu kian berubah gelisah. Jeli ngan pun kian tajam. "She's a bit upset," jelas Hakim perlahan. "Upset! Kenapa? Apa dah jadi?" tanya Nanu cemas. Matanya terpaku tajam pada Haki m bagai melemparkan satu tuduhan. Renungan yang membuatkan perasaan Hakim berpalit rasa bersalah. Tetapi apa yang boleh dia lakukan walau Puteri patah hati sekalipun? Dia tidak boleh mencintai setiap gad is yang mengaku jatuh hati padanya. Cinta bukannya boleh dipaksa-paksa. Mencinta i seseorang juga tidak bermakna cinta itu akan berbalas. Anak Adam dilahirkan be rbeza-beza zahir dan batin.

"Well, saya pun tak pasti. Kami... berbeza pendapat. She wants 'a' and I want 'b '" keluh Hakim perlahan. Jawapan itu membuatkan wajah Nanu berkerut kehairanan. Dia menunggu penjelasan l anjut, tetapi Hakim cuma tersenyum pahit. "Saya terpaksa beredar. Boleh tolong saya?" tanya Hakim sambil mendekati Nanu. "Apa dia?" "Saya ada bawakan makanan tengah hari untuk Puteri. Tolong pastikan dia makan, d an beritahu dia... saya minta maaf atas segala-galanya." "Apa hubungan awak dengan Puteri? Kawan biasa? Boyfriend?" tanya Nanu, sengaja m ahu menyibuk. Telinga Hakim tiba-tiba terasa bagai dijentik kuat. Dia terpanar. Siapa aku pada Puteri? Soalan yang selama ini tidak berani difikirkan oleh Hakim , inikan pula mahu menjawab soalan yang diutarakan oleh gadis di hadapannya itu. "Di pejabat, I bos dia," jawab Hakim walaupun berat lidah mahu bersuara. Rupa-rupanya Puteri bercinta dengan bos sendiri? Patutlah asyik makan tak kenyan g, tidur tak lena! "Oh...." Angguk Nanu tanda mengerti. "Baiklah. Jangan bimbang, saya akan pastikan dia makan dan saya akan sampaikan m esej awak tu," balas Nanu bersungguh-sungguh. Tiba-tiba sahaja bibirnya melebar senyum. Dia menumpang gembira sekiranya Puteri memiliki seorang pakwe yang bukan sahaja handsome malah caring pula. Sikap mengambil berat yang ditunjukkan oleh Hakim membuatkan dia cukup berkenan dan ringan hati hendak membantu. "Thanks," ujar Hakim sambil melemparkan senyuman mesra, lalu mengorak langkah ke arah pintu. Malangnya apabila melihat Hakim berpaling pergi, bermacam-macam soalan mula data ng menerpa di minda Nanu. Dia perlukan penjelasan. Apasal pula Puteri bersedih? Puteri ditinggalkan Hakim? Habis madu sepah dibuang? Perasaannya tiba-tiba jadi gamat. Sebagai seorang sahabat, d ia harus mempertahankan kebahagiaan Puteri. Kalau dahulu biasanya Puteri yang se

lalu melindungi dia daripada dibuli, kini keadaan sudah terbalik. "Tunggu!" "Kenapa pula Puteri bersedih? Apa awak dah buat? Awak nak berpisah dengan dia? K enapa? Apa salah dia?" soal Nanu bertalu-talu tanpa dapat ditahan-tahan. Luka di hati Puteri bagai dapat dirasa. Rasa cemas dan sakit hati bercampur baur.

Lelaki memang sama! kutuknya di dalam hati. Hakim berpaling tenang memandang pada wajah Nanu yang berona merah bagai menahan marah itu. Dia tidak menyalahkan Nanu sekiranya tersalah anggap. Dia dan Puteri sememangnya ada kisah tersendiri. Cuma siapa sebenarnya yang bersalah belum dapat dipastikan. "Cik Nanu, saya tak buat apa-apa dan saya takkan buat apa-apa tanpa persetujuan Puteri. Apa kata kalau you bawa bertenang dan bertanya pada Puteri sendiri? Dia bertuah punya kawan seperti Cik Nanu." Sebaik sahaja Hakim hilang di sebalik pintu, Nanu bergegas mengetuk pintu kamar tidur Puteri. Dia sendiri sedang makan hati kerana perbuatan Izad yang menduakannya, kini Puteri juga mengalami nasib yang s ama? "Apa kena dengan kau ni?" tanyanya sebaik sahaja wajah sembap Puteri tersembul d i muka pintu lima minit kemudian. Jari-jemari Puteri masih sibuk menyeka air mat a yang bergenang di pipi. Keadaan Puteri tampak tidak terurus benar. Dia tidak p ernah melihat Puteri di dalam keadaan sebegitu. Biasanya Puteri sentiasa anggun tidak kira masa. "Menangis sampai bengkak-bengkak mata! Bergaduh?" tanya Nanu lagi sambil membunt uti Puteri ke katil. Belum sempat dia bertanya panjang lebar, Puteri sudah pun m enjatuhkan tubuh ke tilam, meringkuk hiba. Berada di dalam kedudukan sebegitu, P uteri memang kelihatan seperti orang yang sedang mengalami patah hati yang seriu s. Yang peliknya, sejak bila pula Puteri bercinta? "Puteri, kenapa ni?" soal Nanu lagi apabila Puteri berterusan membisu sedangkan air mata masih mengalir laju. Melihat keadaan Puteri itu, hati Nanu turut sama digamit pilu. Sungguh dia tidak sampai hati melihat Puteri terseksa begitu. Entah apa yang telah dilakukan oleh Hakim terhadap Puteri. "Apa dia dah buat? Dia buat perkara tak baik pada kau ya?" soal Nanu serius. Namun Puteri menggeleng, menidakkan tuduhan Nanu itu. "Kamu bercinta dan dia akhirnya nak berpisah?" teka Nanu apabila penjelasan yang ditunggu-tunggu tidak kunjung tiba. Hatinya gelisah dengan bermacammacam andaia n.

Tiada jawapan. Nampaknya Puteri hanya mampu melayan air mata yang tidak mahu ber henti itu. Hati dan mindanya telah dirantai oleh rasa kecewa yang melanda. Sesek ali kedengaran suara tangisnya yang tidak mampu dibendung. "Puteri, tolonglah cakap kenapa ni? Aku runsinglah tengok keadaan kau," pujuk Na nu. Tangannya melurut perlahan pada rambut Puteri yang kusut-masai.

"Aku asyik menyusahkan kau dengan masalah aku, tapi kau pula selalu pendamkan ma salah kau sendirian. Bagilah aku peluang bantu kau.... Aku faham yang kau juga m anusia biasa, ada kelemahan dan tak boleh lari dari kesilapan. Bukan semua orang tu sempurna..." rayu Nanu. "Kita berdua cuma ada satu sama lain, Puteri...." Suara Nanu kian berubah sebak. "Nanu..." keluh Puteri lantas tubuh Nanu dirangkulnya erat. Terharu hatinya tatk ala mendengar bisikan Nanu itu. "Nanu... maafkan aku...." "Apa dah jadi, Puteri?" "Aku... aku cintakan dia, Nanu..." bisik Puteri dalam esak tangisnya. "Tapi... dia tak peduli! Dia tak peduli... dia tak pernah..." luah Pu teri. "Aku perlukan dia... kasih sayang dia... Nanu. Aku tak boleh hidup tanpa d ia! Aku cintakan dia...." "Sabar, Puteri.... Berikanlah dia masa. Dia begitu ambil berat terhadap kau," pu juk Nanu. Dia cuba memahami kata-kata Puteri yang entah di mana hujung dan mana pangkalnya itu. "Tapi dia hak aku. Suami aku.... Kenapa dia tak boleh sayangkan aku, Nanu? Oh... kenapa aku harus jatuh cinta pada dia!" rintih Puteri bagai hilang akal. Suami? Tercengang Nanu antara percaya dan tidak pada telinga sendiri. Tetapi kat a-kata yang baru sahaja diluahkan oleh Puteri itu memang jelas. Dia yakin tidak tersilap dengar. "Suami? Dia... dia tu suami kau?" Ternganga Nanu seketika. Sungguh dia terkejut. "Biar benar, Puteri! Bila masanya kamu nikah?" tanya Nanu. Matanya membuntang me renung pada wajah hiba Puteri. "Di pejabat, saya bos dia." Kata-kata Hakim itu k embali terngiang-ngiang di telinga. Rupa-rupanya ucapan lelaki itu ada makna yan g tersirat. "Aku sungguh malu, Nanu. Aku tak boleh lupakan air muka dia ketika aku luahkan p

erasaan cinta aku pada dia.... Dia langsung tak ada perasaan pada aku! Ianya sun gguh menyakitkan..." Puteri menyembamkan mukanya ke bantal. Tubuhnya bergetar me nahan esak. Akhirnya Nanu hanya mampu memandang. Dia mula merasa tidak berdaya. Kisah hidup Puteri rupa-rupanya lebih rumit daripada apa yang disangka. Berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul. Dia hairan bagaimana seorang lelaki yang sudi melafaz akad, tidak pula sudi untuk menghulur cinta? Apa yang telah terjadi? Apakah rahsia di sebalik pernikahan mereka? Tetapi dia percaya Puteri pasti ada sebab tersendiri untuk berahsia tentang hubungannya den gan Hakim. "Puteri, aku memang tak faham hujung pangkalnya, tapi dia kata... dia minta maaf atas segala-galanya."

BAB DUA BELAS (12)

HAKIM menarik nafas lega sebaik sahaja parti bujang yang bermula sejak jam lapan malam itu berakhir. Sepanjang malam, dia, Syed Awang dan dua lagi rakan mereka dari zaman universiti dahulu rancak berbarbeku dan meratah bermacam-macam jenis makanan laut sambil menonton aksi lasak WWE The Rock dan Stone Cold dengan suara riuh-rendah mengalahkan orang berkenduri. Puas bertepuk sorak, mulut masing-masing sibuk pul a bercerita tentang awek dan hal semasa merangkap cerita tepi kain orang politik sambil bergelak ketawa. Perjumpaan mereka sememangnya tidak pernah sunyi. Ada-a da sahaja cerita yang menggeletek perasaan. Lebih-lebih lagi dengan adanya Mutal ib yang berkarier sebagai pelawak itu. Apabila jarum jam hampir mencecah ke angka satu tiga puluh minit pagi barulah Ad i Macho dan Mutalib mengangkat punggung dari kerusi. Setelah saling berjanji unt uk bertemu lagi pada bulan berikutnya, mereka lantas menuju ke kereta masing-masing yang kemudiannya bergerak meninggalkan halaman banglo mewah tiga tingkat milik Syed A wang itu. "Eh, takkanlah kau pun dah nak balik?" tanya Syed Awang apabila melihat Hakim mu la mencapai jaket hitamnya. Biasanya Hakim akan terus melepak bersamanya walaupu n setelah Mutalib dan Adi beredar. Tetapi malam itu air muka Hakim jelas sekali tidak seperti biasa. Keruh. Gelak ketawa Hakim seketika yang lalu macam dipaksapaksa. "Esok hari minggu. Kerja non-stop pun kakak-kakak kau yang kaya!" bidas Syed Awa ng. "Mood kau hari ni macam tak kena aja? Apa hal?" tegur Syed Awang lagi. Sambil me mbersihkan apa-apa yang perlu, dia menjeling kepada Hakim.

"Penat," jawab Hakim ringkas. Dia duduk membungkam. Kalau diikutkan hati dia mem ang malas bercerita. Lagipun pendapat Syed Awang selalunya yang pelik-pelik. "Penat? Habis, executive assistant kau buat apa? Mentang-mentang lawa, kau biark an dia goyang kaki?" Puteri? Selepas kejadian mencurah isi hati di kondominiumnya tempoh hari, sudah empat hari berturut-turut kelibat Puteri tidak kelihatan. Puteri langsung tidak menunjukkan muka di pejabat. Kononnya cuti sakit. Ramai yang mula sibuk bertanya khabar tentang Puteri. Bermacam-macam cerita mula kedengaran sampai Hakim naik rimas mendengarnya. Encik Rashid pula mula tidak senang duduk risaukan Puteri. Y ang kena soal Hakim. Puas Hakim cuba meyakinkan orang tua itu bahawa Puteri cuma demam biasa. Tidak ada apa-apa yang perlu

dirisaukan. Malangnya dia sendiri keresahan kalau-kalau Puteri terlalu mengikut perasaan. Apa-apa sahaja boleh terjadi bila kepala diterajui hati. "Dia cuti sakit." "Okey... mungkin benar kau penat bekerja, tapi aku rasa masalah kau ni lebih dal am daripada tu, betul tak? Apa kata kalau kau cerita sikit?" pinta Syed Awang la lu melabuhkan punggung di kerusi berhadapan dengan Hakim. Hakim menghela dan melepaskan nafas panjang. Dia merenung lama pada wajah berkum is Syed Awang. Hati berbelah bahagi di antara mahu dan tidak. Dia dan Syed Awang sejak dahulu bagaikan isi dengan kuku. Walaupun dia tidak begitu berkenan denga n cara hidup lelaki itu yang melampaui batasan agama, namun Syed Awang sentiasa berpegang pada janji. Syed Awang bukan jenis lelaki yang suka tikam kawan. Merek a berkawan baik. Rahsia peribadi Hakim sedikit sebanyak di tangan kawannya itu, dan setakat itu tidak kedengaran kisah hidupnya dijaja orang. Walaupun maruah sendiri tidak begitu terjaga, Syed Awang tidak pula cuba mencemar maruah orang lain. Hakim tidak menafikan bahawa dia yak in terhadap sifat amanah Syed Awang itu. "Kau masih ingat tak pada Dee?" tanya Hakim seketika kemudian. "Dee?" Berkerut kening Syed Awang cuba mengingati nama yang begitu asing di dala m ingatannya itu. "Er... Dee Abdullah? Lima tahun yang lalu di pejabat agama? Yang..." "Dee...? Pejabat agama...? Maksud kau Dee budak yang terpaksa kau nikah dulu tu? Yang tiba-tiba lesap entah ke mana?" Julung-julung kali menjadi saksi pernikahan orang, Syed Awang tidak mungkin lupa akan peristiwa be rsejarah itu. Sampai mati pun dia tidak akan lupa pada hari malang yang menjadik

an Hakim suami orang. Tidak akan lupa pada mata bening berwarna kehijauan yang sinarnya tampak begitu suram dan juga wajah redup Hakim tatkala bergoncang tangan dengan tuk kadi! Epis od bersejarah itu hanya disaksikan oleh dua pasang mata iaitu Tajol yang kini be rmastautin di Amerika Syarikat dan dia sendiri. Sesungguhnya tiada majlis yang s elesu majlis pernikahan Hakim. "Ya, dan dia adalah Puteri. My EA." "Whattt!?" Ternganga Syed Awang sebaik sahaja mendengar kata-kata Hakim itu. "Maknanya EA kau sebenarnya Dee? Budak tu? Isteri kau yang dah lama hilang tu? A re you kidding!" soal Syed Awang lantang. Dia terkejut tetapi hati teruja dengan minat. Siapa sangka bahawa satu rahsia peribadi yang dikongsi oleh mereka selam a ini akan bangkit menjadi satu isu pada hari itu. Lebih kurang lima tahun yang lalu, selepas menyampaikan berita kepadanya melalui telefon bahawa Dee telah menghilangkan diri dengan hanya meninggalkan sekeping nota, Hakim tidak pernah lagi menyebut nama gadis itu. Semua itu tidak ubah sepe rti sebuah dairi yang kehabisan muka surat. Ada kesudahan tetapi tiada catatanny a. Nampaknya walaupun Hakim berlagak seolah-olah tidak pernah ada titik hitam di da lam kehidupannya, tetapi ternyata kisah silam itu tetap sebahagian daripada diri Hakim. Bagaikan sel barah, ianya turut membesar bersama Hakim. Tidak kelihatan tetapi menyakitkan.

"The very same... Dee dan Puteri adalah orang yang sama." "Apa dah jadi? Dia memang merancang cari kau semula?" Hakim meraup muka sendiri lalu mengeluh lagi. Wajah yang murung kian tampak kalu t. Fikiran bagaikan amat berserabut. "Rasanya tak. Dah suratan takdir.... Semuanya bermula bila PRO - Mega ambil alih Atkinson. Dia kerja dengan Atkinson. Mulanya aku pun tak sedar bahawa dia adala h Dee. You know, she looks so different... She's gorgeous. Sungguh anggun, menaw an... bukan seperti Dee yang dulu. Walaupun dia tak pernah berterus terang, tapi lama-lama aku dapat rasakan sesuatu...." "Jadi sekarang timbul masalah? Dia nakkan sesuatu?" teka Syed Awang. Keruh pada air muka Hakim bagai memaparkan sebuah dilema. Tanpa diberitahu pun dia tidak payah berteka-teki bahawa di sanubari Hakim tersi mpan cerita duka. Hakim mengangguk lemah.

"What a bitch!" kutuk Syed Awang, geram tanpa usul periksa. "Berapa banyak yang dia nak?" "Not a damn cent. Lebih senang kalau dia nakkan duit." "Jadi, kalau bukan harta benda kau, apa lagi yang dia nak?" tanya Syed Awang. Ki ni dia meletakkan Dee di tempat yang sama seperti perempuan-perempuan yang perna h didampinginya - Perempuan mata duitan. "Aku." Sedetik Syed Awang tergamam. "Huhh! You lucky bastard!" Syed Awang segera menepuk bahu Hakim tanda kagum serta menumpang gembira. Bagi Syed Awang, digila i perempuan dan menjadi rebutan merupakan suatu kemenangan bagi seorang lelaki. Ketawa bangganya meledak. "Tapi aku tak ada perasaan cinta pada dia... dan aku tak mahu dia jatuh cinta pa da aku. Mustahil!" "Why on earth not? Kenapa? Kau sendiri kata dia anggun, menawan. Apa lagi yang k au nak? Lagipun dia sememangnya dah hak kau. Isteri kau. Kalau aku jadi kau... a ku ganyang aja! Who's talking about love, anyway? Lagipun bukan semua bayi yang lahir ke dunia ni hasil dari benih cinta!" Sememangnya begitulah kata-kata yang sentiasa diagung-agungkan oleh seorang juta wan playboy. Hakim memang tidak hairan dengan kata-kata Syed Awang yang kedengar an biadab di telinga itu. Kalaulah lelaki itu berada di tempat dia, memang habis Puteri. Syed Awang tidak perlu tunggu diri dipujuk rayu, malah lelaki itu senti asa berinisiatif untuk langkah pertama. Apatah lagi kalau lesen sudah di tangan? Memang pantaslah langkah Syed Awang. "Tak baik ambil kesempatan atas nama hak. Apa yang pernah aku buat untuk dia?" "Well, kau dah nikah dengan dia. Kau rela bertanggungjawab dan selamatkan maruah dia.... Itu adalah satu langkah besar yang aku sendiri takkan sanggup buat." Hakim menggeleng tanda tidak bersetuju dengan kata-kata kawannya itu. Satu kepal a tidak semestinya satu prinsip. Dia dan Syed Awang memang banyak perbezaan. Pen dapat mereka jarang yang tidak bercanggah. Tetapi peliknya mereka tidak boleh be renggang. Kalau bukan dia yang mencari Syed Awang, mesti lelaki itu pula yang me ncari dia.

"Cuba beritahu aku apa yang kau nak sebenarnya? Dulu bila aku usulkan supaya kau cuci tangan aja, kau kata kau bukan lelaki jenis tu. Bila dia lesap, aku cadang kan kau failkan cerai ke atas dia, kau tak nak buat. Hah, sampai sekarang tergan tung tak bertali! Nak kata bujang tak, laki orang pun tak! Sekarang dia nakkan k au, kau tak nak. Habis, apa yang kau nak? Buat apa kau nak simpan mahligai yang kosong?"

"Aku takkan simpan. Tapi bagi aku nak robohkan sebuah mahligai mesti guna cara y ang betul, Awang. Aku tak sanggup buat macam tu di belakang dia. Dayus kalau seo rang lelaki ceraikan isteri dengan cara begitu." "Nak hidup mana boleh lurus sangat, Hakim? Are you sure you tak tersangkut kat dia walau sikit pun?" tanya Syed Awang penuh curiga. Dia menduga. Bibirnya mula melebar senyum tatkala merenung pada wajah Hakim. "Atau kau sebenarnya ada pasang niat nak masuk keluarga Diraja? Aida tu walaupun macam tuala hotel, berdarjat. Entah-entah..." Tengku Aida, tuala hotel? Pandai-pandai pula Syed Awang melabelkan orang! "Awang...." Baru sahaja Hakim membuka mulut untuk membalas, telefon bimbit dari poket jaketn ya berdering. Merenung pada nombor yang tidak dikenalinya di skrin telefon itu, wajahnya berkerut. Entah siapa pula yang menelefon lewat malam begitu? "Helo!" "Hakim... Hakim, I rasa betul-betul tak sihat malam ni. Badan I panas. I rasa... " "Siapa ni? Puteri?" tanya Hakim demi kepastian. Suara di talian kedengaran seakan-akan suara Puteri tetapi agak serak-serak manj a. Bunyi seperti orang tidak bertenaga. "Ya, Puteri. Boleh tolong I, Hakim?" "You di mana, Puteri?" tanya Hakim. Hatinya mula gelisah. Curiga. Betulkah Puter i tidak sihat atau sekadar perasaan yang tidak sihat? Apakah semua itu semata-ma ta helah Puteri untuk bermanja dengannya? "Di rumah. Tolong datang sini, Hakim...." "I... I sedang bersama pelanggan." "Please... I cuma ada you." Talian mati.

Hakim mengeluh panjang. Sesungguhnya rayuan sebak Puteri itu membuat perasaannya jadi serba salah. Memang keluhan Puteri itu benar. Puteri adalah anak yatim piatu. Hidup sebatang kara dan tidak memiliki sesiapa melainkan Hakim. Kejamkah Hakim sekiranya tidak sudi menghulurkan bahu pada yang memerlukan? Terbayang semula akan mata Puteri yang penuh berkaca-kaca tempoh hari, dia menar ik nafas dalam dan memejamkan matanya rapat-rapat. Perasaan kian digigit rasa be rsalah. "Siapa tu?" tanya Syed Awang sambil merapatkan gelas minuman ke bibirnya, buat-b uat tidak bersungguh ingin tahu sedangkan rupa pelik Hakim itu kian menarik perh atiannya. "Puteri." "Hmmm.... Apa dia nak?" Sambil tersenyum pahit, kepala Hakim tergeleng-geleng. Hatinya tidak mahu percay a bahawa Puteri bukan berlakon. Dia yakin wanita itu pasti ada agenda tersendiri .

"Nak aku ke sana. Katanya badan dia panas. Demam. Apa patut aku buat?" "Isteri kau... buatlah keputusan sendiri. Kalau ada sesiapa yang mati nanti, tak lah aku dipersalahkan," balas Syed Awang sambil tersengih. Sengih Syed Awang dan perkataan `isteri kau' yang baru keluar dari mulut lelaki itu entah kenapa membuat Hakim terasa cuak. Sensitif. "Kenapa tiba-tiba perlukan aku? Selama ni dia tak pernah sakit? Ke mana pula perginya kawan dia, Nanu? Kenapa cari aku, bukan gadis tu?" Seribu persoalan mula bermain di kepala Hakim. Pertanyaan yang semakin membangkitkan ra sa was-was. Dia mula tidak senang duduk. Mundar-mandir. Halaman rumah Syed Awang yang begitu luas itu terasa sempit. "Manalah aku tahu!" "Ikut aku. Kita sama-sama pergi," ajak Hakim. Dia tidak mahu bersendirian dengan Puteri, lebih-lebih lagi awal-awal pagi begitu. Apa pula pandangan orang sekeli ling apabila dia mengunjungi kondominium Puteri pada jam tiga pagi? "Hey, man! Sejak bila pula kau takut benar dengan perempuan

sampai nak berteman? Apa sangatlah yang dia mampu buat? Kalau dia nak ajak kau ` main' sekalipun, bukannya kau rugi apa-apa!" kata Syed Awang. Dia tergelak lanta ng. "Come on, Awang. Aku serius ni." "Hakim, buat apa nak kecilkan hati orang? Dia nak jumpa kau, biarlah jumpa kau s orang. Nak bawa kawan apa hal? Bukannya nak berpesta!" bidas Syed Awang. "Kalau Aida yang panggil agaknya kau berfikir seratus kali macam sekarang tak?" perli Syed Awang apabila Hakim berdiam diri bagaikan merajuk. Tiga puluh minit kemudian dia sudah terpacak di hadapan pintu kondominium Puteri . Suasana sunyi sepi. Hakim berfikir seratus kali sebelum merelakan jari telunjuknya menekan butang lo ceng pintu. Berat sungguh kakinya mahu melangkah ke situ. Tetapi sindiran Syed A wang tentang Tengku Aida terasa bagaikan satu cabaran. Sedikit sebanyak copeng telinganya terasa panas satu maca m. Cuba menafikan kenyataan lelaki itu, dia akhirnya tiba di situ. Sweater, seluar panjang dan stoking serta wajah yang agak cengkung dan pucat les i memang menunjukkan tanda-tanda positif orang yang tidak sihat. Puteri sememang nya sakit, bukan main-main. Melihat keadaan Puteri yang tampak tidak bermaya itu membuat hati Hakim dijerut rasa kesal yang mendalam. Bagaimana dia boleh meragu i kata-kata Puteri? "I'm sorry... I lambat sampai. You tak apa-apa?" tanya Hakim sambil merenung ser ius pada wajah murung Puteri. Wajah yang jelas menjadi cerminan sebuah jiwa yang sedang terperangkap dalam derita itu. Malah Puteri bagaikan menunggu masa sahaj a untuk jatuh pitam. "I yang kena minta maaf sebab ganggu you. Tapi I rasa I tak boleh memandu. Jadi I terpaksa call you. I perlukan orang hantar I ke klinik," jelas Puteri tentang tujuannya meminta pertolongan Hakim. Dia bukannya sengaja mahu menyusahkan lelak i itu. Kalaulah Nanu ada, tentulah kawannya itu yang terlebih dahulu dicarinya, bukan Hakim. Tetapi Nanu kini sedang bersama rombongan sekolahnya di Bandar Raya Bersejarah, Melaka. Sesungguhnya berjauhan dengan Hakim membuat dia merindu, tetapi kehadiran Hakim biarlah tanpa dipaksa. Reaksi Hakim terhadap pengakuan cintanya tempoh hari adalah jawapan kepada segala-galanya. Hakim tida k peduli. Encik Rashid dan Kakak Ana sibuk menelefon bertanya khabar, Hakim pula menyepi. "Puteri..." Hakim mencapai kedua-dua bahu Puteri lalu tubuh Puteri dihadapkan tepat ke arahnya. Matanya menilik lama pada wajah Puteri yang tidak terurus itu. Pada anak mata yang dahulunya sentiasa bersinar indah, tetapi kini suram tidak bermaya. Ke mana menghilangnya sinar pada anak mata Puteri yan g gemar ditenungnya itu? Keadaan Puteri jauh berbeza daripada beberapa hari yang

lalu. Hakim jadi semakin kesal. Hatinya diulit rasa sedih. Jelas sekali sakit P uteri bukan sekadar demam. Puteri patah hati. "Sejak bila you dalam keadaan macam ni? You look... awful," tanya Hakim sambil t angannya segera meraih rambut Puteri yang tiba-tiba sahaja jatuh menutupi wajahn ya. "You ada jumpa doktor sebelum ni?" tanyanya lagi. Telapak tangannya singgah perl ahan di pipi Puteri. Bahang panas dari kulit Puteri cukup terasa. Menyedari baha wa demam Puteri bukannya demam biasa, rasa bimbang mula menguasai ruang hati. Puteri menggeleng. Gelengan yang seolah-olah datang daripada insan yang kehabisa n semangat untuk meneruskan hidup. Tidak bermaya langsung. "Tak ada? Kenapa tunggu sampai hari ni, Puteri?" Rasa geram mula menyelinap di a ntara rasa bimbang. Dia merenung tajam pada anak mata Puteri. "Cuma hari ni I betul-betul rasa tak larat." "Tapi kenapa? Kenapa menyeksa diri? You sepatutnya jaga kesihatan you!" "I tak pilih untuk sakit," balas Puteri. Suaranya mula berubah sebak. Dia cuba m elarikan pandangannya jauh daripada Hakim. "Tapi I kata you sememangnya pilih untuk sakit. You are wallowing In self-pity!" tingkah Hakim geram. Demam cinta sampai melarat menjadi demam panas? Dia memang tidak menyangka begitu sekali lemahnya Puteri. Sebaik sahaja suara Hakim sedikit meninggi, air mata hiba mula menitis perlahan daripada bibir mata Puteri. Ucapan Hakim yang mula menjurus ke arah soal hati me mbuat perasaannya digamit pilu. Kenapa Hakim masih tidak mengerti bahawa cinta y ang tidak berbalas itu amat menyakitkan? Bukankah Hakim sendiri pernah mengalami nya bersama Intan? Melihat keadaan Puteri itu, Hakim mengeluh berat. Belum ada undang-undang di muk a bumi ini yang mengatakan bahawa seseorang itu wajib melayani perasaan setiap i nsan yang mengaku cinta padanya! Selama ini dia tidak pernah memandang serius pa da mana-mana luahan cinta. Semuanya ditepis cara selamba. Memang ada yang kecewa dan menitiskan air mata, tetapi tidak ada pula mana-mana perempuan yang jatuh t eruk sebagaimana Puteri. "Puteri... you cantik, you pintar.... You have a bright future. I tahu you ada m atlamat dalam kerjaya you. Kenapa musnahkan semua tu kerana I? You mampu dapatka n sesiapa saja yang you mahu..." "Jadi kenapa I tak boleh dapatkan you? You suami I, Hakim! I isteri you yang sah ...!" jerit Puteri penuh emosi dengan air mata berlinangan di pipi. Kata-kata Ha kim umpama belati yang menghiris sedangkan dia tiada hati untuk hidup di dunia i ni tanpa Hakim di sisi. Telinganya kempunan untuk

mendengar perkataan, "aku cinta padamu" dan bibir Hakim. Tetapi apa yang dia dapat hanyalah renungan dingin yang kian dingin.

Mendengar Puteri menuntut hak begitu, berdesing telinga Hakim. Darah tiba-tiba terasa membuak ke kepala. "Suami? Semua tu boleh diubah dengan hanya beberapa perkataan, Puteri. I..." "Hakim..." keluh Puteri. Hatinya terasa bagai dirobek. Dia hanya sempat menggeleng-geleng kecil. Tiba-tiba sahaja alam sekeliling terasa gelap dan berputar-putar, dan akhirnya Puteri rebah terjelepok di kaki Hakim. "Puteri?? Puteri!!" panggil Hakim cemas, tetapi tubuh Puteri tetap terkulai layu. Termangu menghadapi Doktor Kamal Taruddin yang sebaya bapanya sejam kemudian, Hakim tenang memasang telinga apabila doktor itu memberi penerangan tentang kedudukan kesihatan Puteri. Cuma dia agak terkilan apabila t anpa usul periksa doktor Kamal terus membuat kesimpulan bahawa Puteri adalah ist erinya, bukan kawan ataupun adik! Tetapi isteri! "Isteri encik bukan saja kena viral fever, tapi juga alami depression. Kemurunga n itulah yang sebenarnya menyebabkan tubuh serta mindanya menjadi lemah. Ditamba h pula dengan pemakanan yang tak menentu, maka keadaan jadi bertambah buruk. Enc ik Hakim, kami boleh kurangkan demamnya dengan suntikan dan ubat-ubatan, tetapi yang lain-lain adalah di tangan encik. Kalau tak, keadaan dia akan jadi bertamba h serius dan akhirnya dia terpaksa dirawat di hospital. Sebagai seorang doktor, saya nasihatkan encik supaya cuba jangan buatkan perasaan isteri encik terganggu. At this moment, she is so delicate. Dia sangat-sangat perlukan perhatian encik," sambung Doktor Kamal lagi dengan rupa kesal.

"Apa kata kalau saya cadangkan encik suami isteri berjumpa kaunselor rumah tangg a? Kadang-kadang ia boleh membantu. Ini kad beliau," cadang Doktor Kamal lalu de ngan sopan menghulurkan sekeping kad perniagaan kepada Hakim. "Thanks, tapi saya sebenarnya cuma perlukan... panahan Eros, dewa asmara," balas Hakim sambil tersenyum dingin. Gara-gara Puteri, jelas sekali dia telah pun dic ap sebagai seorang nakhoda yang gagal mengemudi bahtera sendiri oleh Doktor Kama l. Setelah bersusah payah mendukung dan memapah Puteri dari tingkat enam, apa ya ng dia dapat hanyalah label seorang suami yang tidak bertanggungjawab! "Setiap perkahwinan tu amat berharga, Encik Hakim. Isteri yang dinikahi adalah a manah Allah pada seorang suami. Jadi kesejahteraan hidup seorang isteri adalah t anggungjawab suami. Saya tak berniat untuk menyinggung perasaan encik atau melam paui batas tanggungjawab seorang doktor, tapi anggaplah nasihat saya datangnya d ari orang tua Encik Hakim sendiri." "Terima kasih. Saya faham."

BAB TIGA BELAS (13) "HAI, good morning!" Salam selamat pagi daripada Hakim dibalas Puteri dengan senyuman segan. Selimut yang berada di paras paha segera ditarik ke paras dada, cuba menutupi gaun tidur tali spageti yang disarungkan ke tubuhnya sebaik sahaja Hakim meninggalkan kamar itu beberapa jam yang lalu. Pada saat mata sedang terp aku mengikuti setiap langkah Hakim, tangannya pula sibuk membetul-betulkan rambu t yang sudah berjam-jam tidak pernah didandan itu. Sama ada sakit ataupun tidak, dia ingin sentiasa kelihatan anggun di mata Hakim. Melihat Hakim bersusah payah menjaganya sepanjang malam, hati Puteri dibuai rasa terharu. Cinta di hatinya kian subur. Tubuh yang pada mulanya terasa lemah long lai kini bertambah cergas. Sesungguhnya kehadiran Hakim di situ walaupun cuma untuk beberapa jam, telah mem beri kebahagiaan yang jauh lebih bermakna daripada apa yang pernah dirasainya seumur hidup ini. Namun begitu, kepiluan yang bersarang di hati akib at daripada penolakan Hakim juga sebenarnya tidak pernah mati. lanya tetap di si tu. "I bawa sarapan untuk you," ujar Hakim lalu meletakkan dulang sarapan pagi di at as sebuah meja kecil di sisi katil. Kemudian dia melangkah pantas ke arah balkon i, menarik langsir dan membiarkan cahaya pagi menyimbahi kamar itu. Kamar yang m uram kini tampak berseri.

Dia menghela nafas dalam, menghirup udara pagi yang segar. Mendengar bunyi kicau an burung yang begitu indah pada pagi hari, bibirnya tiba-tiba sahaja mekar deng an senyuman. Fikiran terasa lapang. Kembali ke katil Puteri seketika kemudian, Hakim melabuhkan punggung ke tilam. D ia merenung pada wajah sendu Puteri. Pada mata yang sembap akibat tangisan yang entah bila akan berhenti dan pipi serta hidung yang acap kali dikesat sehingga k emerah-merahan itu. Malang sekali wajah Puteri tidak seceria cahaya pagi. Wajah Puteri lebih mirip senja yang muram. Dia sedar katakata melampau yang terlontar dari bibirnya semalam telah menambah luka di hati P uteri. Tetapi apakan daya... sudah terlanjur kata, menyesal pun tidak berguna. Seperti dia sendiri, sisa-sisa subuh telah dihabiskan oleh Puteri dengan berseng kang mata. Cuma cara mereka menghabiskan masa itu jelas berbeza. Seperti biasa P uteri asyik meladeni kecewa di hati, manakala dia pula duduk berfikir, kemudian berfikir dan berfikir lagi. Cuba mencari jalan penyelesaian. Kesimpulannya dia t idak mampu memaksa diri untuk bermain cinta, namun dia juga tidak sanggup membia rkan kesedihan terus

memakan diri Puteri. Salah seorang daripada mereka harus berubah. Harus mengalah . Renungan mata Hakim akhirnya membuat perasaan Puteri tidak keruan. Lelaki itu te tap ranggi di matanya walaupun berkemeja putih yang sudah pun berkedut seribu da n dagu yang mulai membiru. Dia tidak tahu bahawa Hakim tampak bertambah-tambah s eksi apabila berada di dalam situasi yang kurang terurus. Memandang Hakim hatiny a teruja. Alangkah indahnya kehidupan seandainya Hakim muncul di sisinya setiap kali bangun pagi! "Lepas makan, you boleh mandi. I dah sediakan semuanya." "Terima kasih," bisik Puteri sambil melirik segan kepada Hakim. "Peti sejuk you dah mula kosong. Lepas ni I kena pergi shopping. You berehat." "Tak payah, Hakim. You tak perlu bersusah payah macam tu, I..." Belum sempat Put eri menghabiskan kata-katanya, jari telunjuk Hakim singgah menekap pada dua ulas bibirnya. Terpegun Puteri. Debaran di dada tidak terkira lagi. Dia tidak berani bernafas! "I yang sudi buat. It's no big deal," bisik Hakim. Dia melemparkan senyuman. Semua itu membuat Puteri tertanya-tanya apa yang sudah terjadi? Kenapa Hakim beg itu mesra terhadapnya? Apa yang telah menyebabkan perubahan mendadak itu? Seanda inya Tengku Aida berada di tempat Puteri, adakah layanan Hakim tetap sama? Adaka

h Hakim juga akan bersengkang mata sampai ke pagi seperti sekarang? Melayani pertanyaan yang tiada berpenghujung itu, hati Puteri digamit sayu. Suasana bertukar hening. Hakim dan Puteri sekadar berbalas renungan. Masing-masi ng diam. Sinar mentari semakin memancar menyerikan kamar, malah kilauannya mula menyapa pada wajah Puteri. Wajah yang lesu tampak berseri-seri. Cantik betul... bisik hati Hakim. Matanya mengimbas perlahan pada susuk tubuh Pu teri yang dilitupi gaun tidur kain satin berwarna jingga itu. Entah sama ada gau n itu kelihatan cantik kerana dipakai Puteri ataupun Puteri tampak cantik kerana memakai gaun itu. Tetapi sekiranya Puteri berterusan memenjarakan diri begitu, kecantikan itu dengan sendirinya akan pudar. Tuhan pun akan murka terhadap pemba ziran yang sebegitu. "Puteri... daripada berkurung di rumah bukankah lebih baik kalau you berusaha un tuk menarik perhatian I? Cuba buatkan I jatuh hati pada you... seduce me!" suara Hakim beberapa minit kemudian tanpa segan-silu. Tiada cara lain. Puteri harus d ipancing agar bangkit daripada kekecewaan itu. Harus diberi peluang agar tidak b erterusan mengorbankan usia muda tanpa sebab. Mendengar kata-kata yang baru keluar dari bibir Hakim itu, membuntang mata Puter i. Sungguh dia tidak percaya. Benarkah bibir Hakim yang berbicara atau dia yang masih mamai? "Kalau benar-benar sayang, jangan jadi pasif, Puteri.... Do something" bisik Hak im lagi bersungguh-sungguh. "Sekarang...?" "No! No. Bukan sekarang," jawab Hakim pantas. Gabra tiba-tiba. Darah terasa meny erbu ke muka. Entahlah muka siapa yang lebih merah pada saat itu, Dia atau Puter i?

"Maksud I, you balik ke office dan bekerja semula macam biasa. Hanya dengan cara tu saja yang boleh mendekatkan I pada you. Bukankah tu yang you mahu, hmmm?" Puteri masih tergamam. Dia bagaikan tidak percaya. Daripada kata-kata yang menju rus ke arah lafaz talak beberapa jam yang lalu, Hakim kini memberi laluan ke pin tu hatinya? Kenapa? Atau adakah dia sebenarnya sedang bermimpi? Semua itu hanya ilusi? "You... you... pasti you cinta pada I, Puteri?" tanya Hakim. Puteri mengangguk seikhlas hati. "I memang cinta pada you, Hakim. I perlukan you.... Perlukan you untuk melengkap kan diri I."

Oh Tuhan...!! desis hati Hakim. Indahnya bisikan Puteri umpama serangkap puisi. Setiap inci tubuhnya bagaikan turut berbicara. Puteri memang su ngguh mempesonakan! "I takkan nafikan hak you, Puteri. Memang betul seperti apa yang you katakan. I suami you... I minta maaf kalau sebelum ni terkasar bahasa." Tiba-tiba sahaja bibir Puteri ceria dengan senyuman. Matanya bersinar merenung p ada wajah Hakim. Akhirnya Hakim mengaku? Mereka akan hidup sebagai suami isteri dalam erti kata yang sebenar? Kegembiraan di hati Puteri tidak mampu dibendung l agi. Perasaannya berbaur. Mahu ketawa dan menangis sama banyak. "Boleh... boleh I sentuh you, Hakim? I cuma nak pastikan semua ni bukan sekadar mimpi..." bisik Puteri. Nada suaranya agak sebak. Sebaliknya Hakim yang mencapai tangan Puteri lalu dirapatkan ke dadanya. Bahang dari kulit Hakim terasa membakar telapak tangan. Senyuman Puteri kian lebar. Semua itu sememangn ya kenyataan, bukan mimpi! "I memang real... dan I sedang berikan you satu peluang," ujar Hakim. Matanya me renung tepat pada anak mata Puteri. "Enam bulan, Puteri. Kalau you mampu buatkan I tak boleh hidup tanpa you, dan da lam masa enam bulan tu baru I jadi milik you." Terkedu Puteri. Benarkah seperti apa yang baru didengar oleh telinganya? Hakim s edang memberikan syarat? "Enam bulan? You...." Bergetar suara Puteri. Bunga-bunga kebahagiaan yang mula b erkembang tiba-tiba sahaja berguguran. "Kalau tidak... you mesti failkan fasakh terhadap I." Fasakh? Cerai? Apakah erti semua itu? Kenapa Hakim harus memberi harapan dan sek ali gus pula memusnahkannya? Sedangkan hampir setahun di sisi Hakim, Puteri masi h gagal menarik perhatiannya, inikan pula dalam masa enam bulan? "Hakim..." suara Puteri berubah sebak. Air mata mula bertakung di bibir mata. Hatinya terasa amat pedih. "Tidak Hakim. Kenapa? Kenapa..." keluhnya, sayu. Tatkala dia memejamkan matanya rapat menahan kesedihan, air mata mula mengalir deras.

"I tak cukup cantik? Atau tak setaraf dengan you sebab I anak yatim piatu yang t ak tahu asal usulnya?" tanya Puteri kesal. Hakim diam. Reaksi Puteri memang sudah diduga, tetapi tiada jalan terbaik selain daripada itu. Sekurang-kurangnya Puteri diberi peluang untuk mengatur langkah. Semuanya semudah permainan catur. Lagipun Hakim tidak mahu men yerah dengan begitu mudah. Dia punya hati dan perasaan. Punya pilihan dan kehend ak. Namun seandainya kalah di tangan Puteri, dia terima. Menang, dia bersyukur. "You tak pernah ada perasaan sayang terhadap I walau sedikit pun?" tanya Puteri lagi. Apabila Hakim berterusan membisu, Puteri kian sakit hati. Tidak dapat menahan pe rasaan, penumbuknya berulang kali mendarat kuat di dada Hakim. Memukul tanpa hen ti. "I benci you! Benci! Benci you! I benci you, Hakim...! Oh Hakim... please, I lov e you so much..." Akhirnya dalam esak tangisnya, Puteri mendakap tubuh Hakim see rat-eratnya. "Puteri! Puteri...! Jangan begini...." Hakim cuba meleraikan tubuh mereka yang sedang bersatu kemas. Tubuh Puteri ditolak perlahan, tetapi ku cupan-kucupan kecil yang tiba-tiba sahaja terasa hangat di lehernya membuat dia kaku. Sungguh dia terkejut dengan tindakan Puteri itu. Sedarkah Puteri akan perb uatannya itu? "Puteri, I... ohh...!!" Tetapi elusan-elusan erotik menyusul tiada henti. Akhirnya Hakim membiarkan Pute ri hanyut sendiri. Namun keluhan haus Puteri sungguh mencabar. Semakin gelojoh P uteri mencari kepuasan, semakin Hakim tidak keruan. Dada berkocak kencang dan se luruh tubuh terasa membahang. Kejang. Ghairah asmara mula datang menggulung-gulung bagaikan ombak ganas yang tidak mampu lagi dihalang. Nafasnya menderu mengiringi rengekan Puteri. Dua tangan yang pada awalnya tidak tahu di m ana mahu diletakkannya mula mencari haluan sendiri. Pipi Puteri diraup kemas, lalu dua bibir pantas bertaut.Akhirnya mentari pagi menjad i saksi tatkala dua tubuh yang sedang kehausan rebah ke tilam.

BAB EMPAT BELAS (14) MISI yang diberikan selama tempoh enam bulan telah diselesaikan oleh Puteri dala m masa kurang daripada sehari! Sama ada Puteri sedar ataupun tidak, memang begit u kenyataannya. Hakim sudah puas menggeleng tidak percaya dengan kedangkalan ima n sendiri. Bagaimana semua itu boleh terjadi? Bagaimana dia boleh rebah di dalam dakapan Puteri? Rebah dan rebah lagi berkali-kali?

Sungguh Hakim geram. Dia benci terhadap diri sendiri. Walaupun rasa bersalah ber titik tebal di hati, namun detik-detik bersama Puteri tidak mampu dikikis dari i ngatan. Semuanya begitu sempurna. Sungguh indah... hebat! Sentuhan Puteri member i kebahagiaan yang tidak terucap dengan perkataan. Malah bayangan paduan asmara antara dia dan Puteri tempoh hari menghantui kehidu pannya hampir setiap detik. Desah suara Puteri bagai kedengaran di telinga. Meng giurkan. Sesungguhnya tiada muzik yang kedengaran seindah suara itu. Semakin dikenang semakin Hakim kempunankan tubuh Puteri. Lapar dan dahaga masih mampu d itahan tetapi perasaan serta keinginan untuk mengulit nikmat dari tubuh Puteri u ntuk kali kedua begitu sukar untuk dikawal. Buat dia jadi tidak tentu arah. Jadi pemenung dan pemarah kerana yang wujud di fikirannya kini hanyalah Puteri. Berh ari-hari sudah dia cuba bergelut dengan perasaan aneh itu tetapi Puteri bagaikan satu ketagihan yang sukar ditepis dan dia mula jelik terhadap kelemahan diri se ndiri. Bagaimana dia boleh jadi selemah dan seteruk itu? Hakim menyedari akan suasana tegang yang timbul di pejabat akibat kekeliruan yan g dialaminya kini. Masalah peribadi tidak mampu dihalang daripada memakan diri. Dirinya terseksa. Setiap hari ia muncul bagaikan taufan. Tiada lagi ketenangan. Serius dan gawat. Seharian ada-ada sahaja yang tidak kena. Tiada kesalahan yang nampak kecil di matanya. Semua orang mula gerun untuk menunjukkan muka melainkan kalau terpaksa. Saat-saat dia meninggalkan pintu peja bat merupakan detik lega buat semua kakitangannya. Dia tahu namanya laris jadi bualan. Begitu juga dengan Puteri. Ramai yang tertan ya-tanya sesama sendiri apa yang telah terjadi dan ada juga yang cuba mengaitkan mood teruknya dengan cerita cuti sakit Puteri yang sudah pun melebihi seminggu itu. Tetapi apa jua kisah di sebalik keributan itu hanya dia dan Puteri sahaja y ang tahu. Tengku Aida yang resah dek gagal mengambil hatinya khabarnya sibuk mencungkil ce rita daripada kakak sulungnya, Saloma. Entah sejak bila pula kedua-dua perempuan itu mula menjalinkan hubungan akrab. Tiba-ti ba sahaja nama Tengku Aida tidak lekang dari bibir Kakak Saloma. Puji-pujian tidak berkurang. Ada-ada sahaj a kelebihan Tengku Aida yang mengagumkan Kakak Saloma. Pertemuan ahli keluarga s empena hari lahir ayahnya yang akan berlangsung malam itu pada jam lapan pasti m eriah dengan pertanyaan dan jawapan serta tidak ketinggalan... syarahan daripada ayahnya yang lazim mesti didengar dengan penuh akur. Komen Encik Rashid sama banyaknya dengan soalan yang diperdengarkan ke telinga H akim. Katanya nada suara Puteri kedengaran lebih seperti orang kecewa daripada o rang demam. Katanya lagi, Puteri bagaikan anak kecil yang cuba menyembunyikan se suatu. Hakim diminta agar cuba merisik punca kekalutan itu. Sifat kebapaan dan k eikhlasan Encik Rashid itu kian membuat fikiran Hakim kacau. Berserabut! Daripada berdiam diri dan berterusan dihambat rasa bersalah. Hakim akhirnya bert erus terang. Dia mengaku bahawa dia adalah punca masalah Puteri. Puteri patah ha

ti kerana cinta tidak berbalas. Akhirnya Encik Rashid bahunya tanda memahami sambil memuji sikap Hakim yang ke atas kelemahan Puteri itu. Sesunguhnya Hakim jadi tuk terus menghadapi orang tua itu. Diri terasa tidak Prinsip diri sudah dipijak. Segala janji yang pernah Rashid sudah tiada makna. Pagar sudah makan padi....

mengangguk kesal, menepuk tidak mengambil kesempatan malu. Aib benar rasanya un ubah bagaikan pengkhianat. disuarakannya kepada Encik

Manakala Kakak Ana yang pernah terserempak dengan Hakim pada pagi Ahad yang lalu ketika datang menjenguk Puteri pula agak relaks. Wanita itu seolah-olah memilih untuk menyimpan kesimpulan pada diri sendiri. No comment. Tiada kenyataan ataupun sebarang pertanyaan yang mengaitkan soal peribadi. Seperti biasa Kakak Ana cuma sibuk bercakap soal stra tegi dan kontrak. Memang satu pagi yang sungguh malang! Sudahlah perasaan sedang gawat kerana ters asul langkah dan membiarkan nafsu menerajui akal, kebetulan pula ketika baru sel angkah meninggalkan pintu kondominium Puteri, dia bertembung pula dengan orang y ang tidak sepatutnya. Pada awalnya Kakak Ana memang tampak tergamam dan merenung nya dengan penuh tanda tanya, tetapi sesaat kemudian air mukanya berubah selamba . Agaknya apabila wajah Hakim berubah pucat ditoreh tidak berdarah, terpaksalah Kakak Ana berdrama. "Hai! Jenguk Puteri?" Dia meredakan sedikit perasaan Hakim yang sedang bergeloja k cemas. Dia sedar Kakak Ana sekadar menjernihkan suasana yang agak 'pelik' itu. Siapa yang tidak berfikir yang bukan-bukan sekiranya melihat seorang lelaki yang berkeadaan seperti dia pada ke tika itu? Di dalam keadaan tergesa-gesa meninggalkan kamar tidur Puteri, dia tid ak menyedari bahawa cuma sebiji sahaja daripada tujuh butang kemejanya yang berk ancing. Itu pun dalam keadaan tersongsang! Tetapi sama ada Kakak Ana pernah mena gih cerita sebenar daripada Puteri atau bercerita tentang peristiwa itu, Hakim t idak tahu. Setakat itu belum ada cerita tentang kemunculannya di kondominium Put eri diperkatakan orang.

MENJELING pada jam tangan yang menunjukkan bahawa dia sudah pun lima belas minit terlewat, Hakim menghela dan melepaskan nafas panjang. Sebaik s ahaja memeriksa bungkusan kecil hadiah yang disimpan di dalam saku sutnya, dia m elangkah meninggalkan kereta Porshenya menuju ke pintu besar. Berhenti seketika dan memandang ke arah banglo yang tersergam indah diterangi la mpu neon pelbagai warna itu, seperti biasa perasaannya berbaur. Gembira ada, res ah pun ada. Seingatnya kali terakhir menjejakkan kaki ke situ, dia meninggalkan banglo mewah itu dengan perasaan marah. Majlis meraikan hari lahir keenam puluh ayahnya kali ini tampak cukup grand wala upun cuma untuk lima orang tetamu yang kesemuanya terdiri daripada ahli keluarga sendiri. Biasanya orang tua itu tidak gemar mengadakan majlis sebegitu. Tetapi sejak beristerikan Rose, gaya hidup ayahnya nampaknya kian glamor. Nasib baik Ro se tidak cuba memujuk suaminya supaya memenuhkan halaman rumah itu dengan ratusa

n tetamu. Apa-apa sahaja tidak mustahil dilakukan oleh perempuan yang gemar dike lilingi manusia seperti Rose. The more the merrier! Ungkapan biasa Rose. "Hakim...!!" jerit Rose dengan penuh kemesraan sebaik sahaja Hakim muncul di rua ng tamu. Lengan Hakim segera dicapai lalu Hakim during ke ruang dalam. Dato' Sal ihin pula sengaja melirik pada jam tangan Rolexnya dengan wajah mencuka. Kakak S harifah dan suaminya melemparkan senyuman ramah. Manakala air muka Kakak Saloma pula setanding dengan ayah. Di antara kedua-dua orang kakaknya itu, Sharifah seb enarnya lebih liberal dan agak bertimbang rasa kalau dibandingkan dengan Saloma. "At last Sampai juga kau, Hakim," tegur Kakak Saloma sambil menjeling tajam seol ah-olah Hakim lewat lebih daripada sejam bukannya lima belas minit. "Apa khabar, Kak Sal? Abang Hairil tak datang?" balas Hakim tenang. Dia sudah cu kup biasa dengan sikap kakak sulungnya itu. Tanpa Sherina, dia menjadi adik pali ng muda dan hanya layak dibuli. Tidak hairanlah kalau Sherina lebih rela menyert ai bermacam-macam jenis kem dan seminar daripada pulang bercuti bersama keluarga . Walaupun selama ini Hakim menjadi tulang belakang syarikat milik keluarga dan be kerja bertungkus lumus agar hasilnya dapat dikecapi sama rata di antara mereka a dik-beradik, kakaknya itu tidak pernah berterima kasih. Sudah banyak kali dia di sindir dan sengaja disinggung. Ada-ada sahaja yang tidak kena pada setiap tindak -tanduknya. Lebih-lebih lagi semenjak peristiwa tragis yang menyebabkan kematian ibu mereka. Tetapi melayan kerenah kakak-kakaknya itu hanya akan memudaratkan kesihatan sendiri. Dia sudah lama melatih diri untuk menerima segala-galanya dengan senyuman. "Baik. Abang Hairil dah seminggu di Frankfurt," jawab Kakak Saloma nak tak nak. Hakim memang memandang tinggi kebolehan Abang Hairil menguruskan perniagaan send iri, malangnya sepintar-pintar Abang Hairil, tetap di bawah telunjuk isteri. Kas ih sayang yang tidak bertepi terhadap isteri akhirnya menjadi kelemahan kepada d iri sendiri. "Abang Saiful dan Kak Ifa apa khabar?" tanya Hakim kemudian, berpaling kepada abang ipar dan kakak keduanya. Tangan yang dihulurkan disambut oleh abang iparnya dengan penuh hormat. Apa tidaknya? Dua ta hun yang lalu Hakim pernah berkali-kali menyelamatkan lelaki itu daripada masala h urus niaga yang meruncing. Abang iparnya itu asyik kecundang. Di bawah bimbing annya, Saiful akhirnya lebih berkeyakinan untuk bertatih dan melangkah sendiri. Tidak seperti kakak-kakaknya, abang iparnya itu memang tahu mengenang budi. "Kami okey, Hakim. You look good as usual," balas Saiful dengan senyuman ceria. "Thanks. Abang pun apa kurangnya," bisik Hakim sambil tersenyum.

Sejurus kemudian dia menarik nafas dalamdalam. Dia melangkah ke arah ayahnya yan g berdiri paling jauh. Tampak jelas betapa Dato' Salihin memilih untuk memberi l ebih perhatian kepada gelas minuman di tangan daripada kehadiran anak lelaki tun ggal keluarga itu. Hakim bukan minta dimanja atau dipuja, cuma sedikit kasih sayang daripada seoran g ayah. Namun dari dahulu sampai sekarang... Dato' Salihin tetap juga begitu. "Abah, saya minta maaf... terlewat sikit," kata Hakim, merenung tepat pada anak mata ayahnya. Dato' Salihin sekadar mengangguk kecil. Tiada senyuman. Melihat pada lagak acuh tak acuh ayahnya itu setiap kali bertemu mata, Hakim per caya kalau bukan kerana kebolehan serta tenaganya diperlukan untuk membangunkan syarikat, agaknya sudah lama dia dibuang daripada keluarga itu. Mahu dikatakan dia bukannya anak kandung lelaki itu, rupa mereka sembilan puluh peratus lebih kurang. Tinggi pun sama! Hakim memang tidak mengerti sikap ayahnya itu dan dia sudah lama berhenti untuk cuba memahami. Satu kesimpulan yang timbul di benaknya selama ini hanyalah kenya taan bahawa Dato' Salihin memang sah tidak sukakan anak lelaki! Tetapi kebetulan pula otaknya lebih bergelinga daripada ahli keluarga yang lain, maka dia tetap merupakan satu aset berguna buat Dato' Salihin. "Happy many returns of the days!" ucap Hakim. Tetapi sekali lagi Dato' Salihin hanya menjawab dengan anggukan. Kali ini pantas dan lebih bertenaga. "Memandangkan semua orang dah ada, can we start now, darling?" tanya Rose sambil bergayut manja pada lengan Dato' Salihin. Dalam pada itu senyuman manis dilempa rkan kepada semua tetamu yang hadir, terutama Hakim.

Sebaik sahaja Dato' Salihin memberikan senyuman izin, bagaikan anak kecil Rose s egera melonjak riang. "Okay everybody....!" jerit Rose ceria. Dalam masa yang sama sebuah troli dengan kek berbentuk hati berwarna merah jambu dibawa ke tengah-tengah ruang oleh seor ang pelayan, diringi pula oleh gesekan biola yang amat merdu daripada seorang pe nggesek biola terkenal yang didatangkan khas dari luar negara. Kejutan daripada Rose itu membuatkan semua orang tergamam, lebih-lebih lagi Dato ' Salihin sendiri yang sangat meminati muzik tersebut. Matanya bersinar-sinar da n ketawa gembiranya meledak serta-merta.

"It's great! Terima kasih, Rose! I love this very much!" ungkap Dato' Salihin dengan wajah berseri-seri. Tubuh isterinya diraih mesra ke dalam r angkulan dan tanpa segan-silu bibir Rose segera singgah di bibir orang tua itu. Malah sempat pula membisikkan sesuatu yang pastinya menggoda sehinggakan wajah D ato' Salihin tiba-tiba sahaja tampak semacam. Semua orang memerhati dengan senyuman tersemat di bibir, kecuali Kakak Saloma ya ng sememangnya tidak begitu berkenan dengan Rose. Manakala Hakim beristighfar pa njang di dalam hati. Tidak mengapa kalau kemesraan itu dipaparkan kepada ahli ke luarga sendiri tetapi semua itu juga disaksikan pelayan-pelayan yang sama ramain ya dengan mereka sekeluarga! Lima belas minit seterusnya Dato' Salihin kelihatan begitu gembira. Upacara meni up lilin dan memotong kek berjalan lancar dengan nyanyian lagu `Happy Birthday' oleh ahli keluarga dengan iringan gesekan biola secara non-stop. Majlis kecil itu tidak kurang meriahnya. Seperti biasa Rose bijak membawa perana nnya sebagai tuan rumah dengan bersungguh-sungguh. Dia pandai menghidupkan suasa na. Gelak riangnya sentiasa kedengaran. Apabila babak memberi dan menerima hadiah hari lahir bermula, Hakim menjadi oran g terakhir menghadap ayahnya. Tetapi sesuatu yang tidak pernah diduga terjadi. K alau sebelum itu Dato' Salihin menerima apa jua pemberian anak-anaknya dengan se nyuman gembira, kini merenung pada kotak kecil yang dihulurkan oleh Hakim wajahn ya segera berubah. Senyumannya lenyap. Entah kenapa riak hampa jelas kelihatan pada wajah lelaki tua itu. Kotak yang dihulur tidak disambut. Semua orang mula saling berpandangan hairan. Pada saat i tu debar di dada Hakim juga mula menggila. Suasana terasa kelam. Dia tidak menge rti kenapa ayahnya sampai bertindak begitu. Kenapa hadiah pemberiannya tidak dit erima? Kecil tidak bermakna tidak berharga. Dia telah bersusah payah mengeliling i tiga ibu kota di tiga buah negara demi mendapatkan hadiah terbaik untuk ayahny a. Ataukah mungkin orang tua itu sengaja ingin memalukan dia di hadapan semua or ang? "Abah...?" "Terima kasih, Hakim. Tapi... apa kata kalau abah tak mahu terima hadiah ni?" uj ar Dato' Salihin serius. Renungan matanya menikam tajam pada anak mata Hakim. "Tapi abah..." "Abah nak pilih sendiri hadiah daripada anak lelaki tunggal abah," potong Dato' Salihin.

"Dah lama abah tunggu, tapi abah cuma dapat lihat dari jauh," sambung Dato' Sali

hin lagi dengan rupa penuh mengharap. "Well... okay. Rasanya tak ada masalah. Apa yang abah nak?" "Betulkah abah akan dapat apa yang abah mahu? Kau janji?" Tatkala Hakim mengangguk dengan senyuman tersemat di bibir, tepukan gembira tiba -tiba sahaja bergemuruh. Kakak-kakaknya tersenyum senang. Rose mendekati dengan senyuman manis, lalu lengan Hakim dielus lembut. Agaknya sebagai tanda pengharga an kerana sudi menggembirakan suaminya pada hari istimewa itu. "Abah nak Zureen binti Wan Noor sebagai menantu abah!" ucap Dato' Salihin tanpa berlengah-lengah lagi. Suaranya kedengar an jelas bagai disengajakan agar didengar oleh semua hadirin. Zureen?? Bergegar rasanya bumi yang dipijak. Hakim tercengang. Sesaat kemudian darah tiba -tiba terasa membuak ke kepala. Besar sungguh permintaan! Dia rasa tertipu. Samp ai hati ayahnya menggunakan hari istimewa itu untuk memaksa dia berkahwin dengan Zureen! Semangat ayahnya tidak pernah patah walaupun sudah berkali-kali dia ber kata tidak dan berpaling pergi dengan wajah gusar. Orang tua itu rupa-rupanya ti dak pernah berputus asa sehingga sanggup menggunakan cara paling keji untuk menu ndukkan dia! Peluh sejuk memercik. Hakim membatu merenung tajam pada wajah Dato' Salihin. Dia masih tidak percaya bahawa ayahnya sanggup membuat dia berjanji begitu. Ayahnya rela menindas anak sendiri demi mencapai hajat di hati. Seumur hidupnya dia cum a pernah menitiskan air mata sekali, itu pun kerana meratapi kematian ibu tersay ang. Kini air mata itu sekali lagi terasa mula memedihkan bibir mata atas sebab yang berbeza. Sesaat pun dia tidak sanggup lagi untuk menghadapi ayahnya. "Hakim!" Di dalam keheningan tiba-tiba sahaja suara Dato' Salihin bergema keras apabila H akim melangkah pergi tanpa salam. Langkah Hakim sungguh pantas. Sarat dengan per asaan kecewa serta rasa marah yang sukar dibendung. Terkedu, tiada seorang pun y ang berani bergerak mahupun bersuara melainkan Rose. Yang lain terkebil-kebil me nyaksikan saat-saat cemas itu. Hakim melangkah tanpa henti menuju ke keretanya dengan diekori panggilan manja Rose. "Hakim! Hakim...! Please... wait. Hakim, dengar cakap I!" Namun walau berkali-ka li namanya dipanggil, langkah Hakim tetap panjang. Rose memang pandai memujuk, t etapi api yang membakar di hati sedang marak menjulang. Tiada satu apa pun yang mampu menyejukkan perasaan Hakim. "You adalah sebahagian daripada komplot ni! Get off my back, will you?" tingkah

Hakim geram. Dia mencapai pintu kereta tetapi segera dihalang oleh Rose. "Hakim, please listen..." rayu Rose lagi sepenuh perasaan. Wajah gusar Hakim dir enungnya lama. Hakim menghela nafas panjang cuba menahan sabar. Dia menyandar lesu pada keretan ya, memberi peluang kepada Rose meluahkan apa jua yang dihajati. "I tak nak you bermasam muka dengan ayah you," bisik Rose. Wajah sayunya mendong ak kepada Hakim, mengharapkan pengertian.

"Then ask him to mind his own damn business!. I ada kehendak sendiri! I know dam n well who I want to screw and it's not that little girl, okay!" bidas Hakim tia da lagi sopan santun. Perasaannya bercelaru. Dia sakit hati. Dia benci dengan si kap ayahnya yang suka mementingkan diri sendiri. Sungguh tidak adil! "Hakim... I tahu permintaan ayah you agak keterlaluan, tapi semua tu adalah untu k kepentingan keluarga kita. You paling tahu bahawa PRO - Mega walaupun nampak t egap tapi tak bermakna tak berpenyakit. You lebih arif tentang semua ni... Hakim ." Kalau ya pun benar syarikat menghadapi masalah, salah siapa bala itu menimpa? Sa lah siapa kalau bukan salah Dato' Salihin sendiri? Hobi ayahnya yang berkali-kal i kahwin cerai itulah yang menjadi racun dan melumpuhkan kedudukan kewangan syarikat mereka! Begitu juga de ngan kegilaan Rose sendiri yang sering kali silau mata dengan intan berlian dan gemar bershopping di luar negara! Akhirnya Hakim yang menjadi korban. "Bagi ayah you, Haji Wan Noor umpama jarum suntikan yang boleh menambahkan tenag a pada syarikat...." "Syarikat lebih penting daripada kehidupan I?" "Ayah you sebenarnya sangat sayangkan you, Hakim! Katanya kehidupan you sebenarn ya adalah masa depan syarikat dan masa depan syarikat adalah masa depan keluarga you." "Kerana tu I perlu diperniagakan?" bidas Hakim. Dia merengus geram. Pelik sunggu h cara ayahnya menunjukkan kasih sayang seorang ayah. "Kenapa perlu anggap diri diperniagakan? You boleh anggap you lakukan semua tu d emi diri sendiri. Demi membangunkan syarikat," kata Rose. Mendengar nasihat Rose itu, Hakim tersenyum kesal. Apalah yang Rose tahu tentang urusan syarikat selain daripada apa yang datang dari mulut suaminya? Tentu saha ja banyak maklumat yang tidak tepat dan sengaja diada-adakan telah disumbat ke d alam kepala Rose. Cerita-cerita yang jelas sekali telah membuatkan wanita glamor

itu panik, takut kehilangan segala-gala kemewahan yang dikecapi kini. Bukankah dahulu Rose lebih senang kalau Hakim membujang? Lelaki bujang tiada komitmen dan senang diajak bersantai sambil minum kopi tanpa perlu runsing kalau-kalau ada yang datang menyerang. Hakim sudah berkali-kali berlagak anak baik dengan menema ni Rose bershopping dan minum-minum di sekitar bandar raya. Kerana itu juga dia kerap kali ditegur ayahnya. Dato' Salihin menuduhnya tidak pandai membawa diri d an sengaja mengundang skandal. "Untuk pengetahuan you, syarikat belum di dalam kedudukan tertiarap, Rose! Semua ni semata-mata kerana sikap tamak seorang lelaki!" Sebelum Hakim mengeluarkan k ata-kata yang tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang anak terhadap ayahnya, sek ali lagi dia mencapai pintu kereta. Pintu dibuka dan enjin dihidupkan. Tetapi Ro se belum berputus asa. "Hakim, permintaan ayah you mungkin kedengaran kejam, tapi cuma you seorang aja harapan dia. Lainlah kalau you nak Sherina yang..." "Sherina? No!" jerit Hakim keras. Darahnya mendidih. Rasa marah yang teramat ter hadap ayahnya berpalit di hati. Jari-jemarinya tiba-tiba sahaja mencengkam kemas pada stereng. Bergetar. Dia cukup memahami apa yang cuba disampaikan oleh Rose itu. Akhirnya enjin yang baru dihidupkan mati. Dia membatu. Cemas. Fikiran jadi buntu. "Sama ada you ataupun Sheri, Hakim. Kalau bukan you yang ikutkan kemahuan ayah y ou, pasti Sherina yang akan dikahwinkan dengan anak lelaki Wan Noor. Percayalah cakap I... ayah you pasti akan buat begitu, Hakim," kata Rose lagi bersungguh-su ngguh. Aku atau Sheri? Tidak mungkin dia membiarkan ayah mereka merampas kehidupan Sher ina. Kahwin paksa atau apa jua jenis perkahwinan dia mungkin boleh hadapi, tetapi Sherina cuma seorang perempuan. Lagipun kasih sayang Sherin a terhadap ayah mereka membuatkan gadis itu sentiasa mengikut kata. Hakim takut sekiranya ayah mereka m enggunakan kelemahan adik perempuannya itu untuk mencapai kehendaknya. Anak lelaki Haji Wan Noor pula sudah terlalu biasa bermandikan wang ringgit ayah nya. Liar dan hidup tanpa batasan. Kaki perempuan, kaki lepak dan kaki judi. Man a mungkin seorang gadis baik seperti Sherina bersuamikan seorang lelaki yang tid ak berguna seperti Jimmy? Jimmy tidak memiliki potensi untuk menerajui sebuah syarikat besar seperti Pangl ima Holdings. Haji Wan Noor sendiri tentu sahaja menyedari akan kekurangan anak lelaki tunggalnya itu dan kerana itulah keluarga mereka perlu disatukan. Cara te rbaik ialah dengan menikahkan Hakim dengan Zureen ataupun sekurang-kurangnya Jim my dengan Sherina. Dua empayar disatukan. Tradisi orang kaya yang sungguh menyak itkan hati! Hakim tidak rela memperdagangkan diri, namun kebahagiaan Sherina harus diutamaka n. Walaupun pernikahan di antara Sherina dan Jimmy menjanjikan kehidupan mewah,

semua itu tidak pula menjanjikan kebahagiaan. Dia tidak mahu melihat kehidupan a dik perempuannya porak-peranda. Menghela nafas dalam, Hakim akhirnya menyuarakan kata-kata yang tidak pernah rel a diluahkan selama ini. "Baiklah. I setuju kahwin dengan Zureen. Tapi... berikan I tempoh enam bulan."

BAB LIMA BELAS (15)

PUTERI rasa disayangi. Dunia terasa berseri. Walaupun wajah Hakim tidak ditatapn ya hampir seminggu, namun bahang kebahagiaan yang Hakim tinggalkan masih terasa sehingga pada saat itu. Dia tidak mampu melupakan detik-detik indah yang dikecap inya bersama Hakim. Belaian Hakim telah memberikannya satu kepuasan yang tidak t erhingga. Setiap detik begitu nyata bagaikan baru sahaja sesaat berlalu. Duniany a kini terasa jauh lebih indah daripada sebelumnya. Dia bagai berbuai di awang-a wangan. Bahagia! Setelah dua minggu menjauhkan diri dari segala kesibukan urusan syarikat, pada p agi itu pintu kaca pejabat ditolaknya dengan penuh ceria. Dia muncul dengan pena mpilan seanggun hari-hari biasa. Cuma pakaian yang disarung ke tubuhnya hari itu adalah salah satu daripad a koleksi pakaian terbarunya seluar panjang sendat berwarna merah bata dengan bl aus tanpa lengan berkolar dalam warna yang sama.

Gaya rambut juga fesyen terkini dengan potongan layer di paras bahu yang diwarna kan sedikit kecoklatan. Senyuman manisnya pula sentiasa mekar di bibir. Segala-g alanya demi Hakim. Kalau penampilannya yang dahulu tidak cukup hebat untuk menar ik perhatian Hakim, dia rela berubah walaupun terpaksa berhabis-habisan setaraf Tengku Aida. Penasihat imej yang ditemuinya agak terkejut apabila Puteri mengata kan bahawa dia memerlukan penampilan yang lebih menarik sedangkan kata wanita it u Puteri sudah pun memiliki imej serta perawakan yang cukup menarik. Tetapi kerana Hakim, Puteri tetap beria-ia inginkan sedikit perubahan. Kalau bukan dari segi fizikal, yang perlu diubah ialah bahasa tubuhnya. Dalam pada melangkah ke bilik pejabatnya, dia dikerumuni oleh rakan-rakan sekerj a yang sibuk bertanya khabar dan yang dahagakan cerita terkini. Tidak kurang jug a yang mengusik bahawa wajahnya tampak berseri-seri bagaikan pengantin baru di b ulan madu. Cuma Kakak Ana seorang sahaja walaupun melemparkan senyuman gembira tetapi tetap bersahaja. Tenang dan relaks. Manakala Tengku Aida pula asyik melirik tajam lag ak orang tidak berpuas hati. Puas memerli sedangkan tiada tindak balas daripada Puteri, akhirnya dia bergegas meninggalkan pejabat dengan wajah masam mencuka. Puteri tidak kisah terhadap apa pun jua andaian yang dibuat. Yang penting dia ba

hagia dan dia nekad menundukkan kedegilan Hakim. Langkah pertama ialah melayangk an e-mel yang kandungannya lain daripada yang lain buat Hakim. "I am back. Amat-amat rindu pada you.... Sudi temankan I malam ni?" Biar Hakim terkejut, namun dia serius menyahut cabaran. Enam bulan walaupun tida k lama, tetapi kalau digunakan dengan cara bijak pasti akan membuahkan hasil. Su dah sampai ke tahap itu, dia tidak mungkin berundur. Tengku Aida ataupun mana-ma na perempuan harus melangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum mendapatkan Hakim! Dia tidak akan membiarkan miliknya dirampas orang. Seharian Puteri menjadi pengunjung setia kotak emelnya. Jawapan daripada Hakim a mat dinanti-nanti. Malangnya matahari sudah meninggi sedangkan jawapan yang ditu nggu masih tidak kunjung datang. Tiada walau satu pun mesej terkini daripada Hak impro@hotmail.com. Tiada juga panggilan telefon. Penantian Puteri mula diselubungi kehampaan. Kata Kakak Ana, Hakim dan Encik Ras hid ada urusan penting dan hanya akan kembali ke pejabat pada waktu petang. Tengah hari merangkak ke petang, namun kelibat Hakim tidak juga kelihatan. Puter i mula tidak tentu arah. Rindu tiba-tiba sahaja menggigit perasaan. Dia jadi tid ak sabar untuk menatap wajah Hakim. Akhirnya dia rela menunggu sehingga ke senja . Tidak mengapa walaupun terpaksa menjadi penghuni tunggal di pejabat yang sunyi sepi. Ketika kakitangan pejabat seorang demi seorang mula bersurai, dia masih s ibuk menatap bermacam-macam dokumen sambil terus sabar menunggu.

Sejam kemudian sebaik sahaja mendengar suara Hakim sedang bercakap lantang denga n seseorang, jantungnya berdetak kencang. Hati terasa begitu teruja. Rasa penat dan lapar ter us hilang. Dia segera meluru keluar. Tetapi di hadapan Hakim reaksi serta penamp ilannya segera dikawal. Tidak mahu kelihatan keanak-anakan. Dia melemparkan seny uman manis sambil berlenggang tenang. Gaya wanita anggun. Melihat Puteri yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan matanya, Hakim terkedu. L angkahnya terhenti. Kalau seketika yang lalu dia sibuk memberi komen pada cerita Syed Awang tentang entah apa-apa, kini segala-galanya tergendala. Kemunculan Pu teri sungguh memeranjatkan. Sungguh tidak diduga. Dadanya tiba-tiba sahaja berdebar kencang. Dia bagaikan sedang berhadapan dengan sang bidadari. Puteri tampak sungguh menaw an. Dia pasti ada sesuatu kelainan pada diri Puteri. Tatkala Puteri mengorak lan gkah demi langkah menghampirinya, dia masih di dalam keadaan terpukau. "Er... Awang, I call you back later," bisik Hakim pada saat Syed Awang masih ran cak menghurai hujah-hujahnya. Punat off segera ditekan. Handset disimpan. Dia me ngalihkan tumpuannya kepada Puteri. "Hai," tegur Puteri. Berhadapan dengan Hakim tiba-tiba sahaja dia terasa segan s atu macam. Lebih-lebih lagi apabila renungan mata Hakim tidak beralih sejak bebe rapa detik yang lalu. "Puteri! You... you di sini? You dah balik bekerja semula?" ujar Hakim dengan pe

rasaan penuh berbaur. Gembira ada, resah pun ada. Susah benar mahu menggambarkan perasaannya pada saat itu. Tambahan pula memang j elas bahawa keheningan senja di pejabat itu hanya ditemani oleh dia dan Puteri. Cuma mereka berdua. Encik Rashid tidak pula kelihatan sedangkan tiga puluh minit yang lalu lelaki tua itu pernah berkata bahawa dia akan singgah di pejabat sebelum pulang ke rumah. "Itulah yang I e-melkan pada you pagi tadi. You tak terima mesej I?" balas Puter i sambil melangkah rapat pada Hakim. Membiarkan matanya merenung lama pada wajah Hakim, hatinya kembang dengan rasa sayang yang berlipat ganda. Dia teringin unt uk meletakkan jari-jemarinya pada wajah Hakim yang tampak begitu kemas bergaya itu. "Oh. I'm sorry. I sibuk. Tak ada masa check e-mel." "Er... Puteri, dah lewat ni kenapa you masih di pejabat?" tanya Hakim sambil mel angkah ke bilik pejabatnya diikuti Puteri. Kali pertama bertentang mata dengan Puteri sejak kejadian dua minggu yang lalu m embuat Hakim agak gabra. Tidak tahu bagaimana mahu beraksi. Dia merasa serba tid ak kena. Perhubungan mereka sebelum ini walaupun agak janggal sebenarnya lebih m udah. Kini semata-mata kerana akal telah diterajui nafsu, segala-galanya jadi su kar! Malangnya sudah terlewat untuk menyesal. Dia sudah pun tidak lena tidur malam kerana Zureen. Kerana kehendak Dato' Salihi n. Siang hari pula terpaksa menghadapi Puteri dan membiarkan hati direjam dek ra sa bersalah yang tidak bertepi? Hidupnya kian porak-peranda. Kecoh. Bercelaru da n penuh dilema. Siapa yang harus dia pilih untuk dikorbankan? Puteri, Zureen, Sh erina ataupun diri sendiri? Sesungguhnya dia benci kehidupan begitu. Jiwanya tertekan. Kebahagiaannya hilang. "Tunggu you," jawab Puteri sambil melirik mesra. "Tunggu I?" Jantung Hakim kian melantun pantas. Cemas. Membelakangi Puteri denga n alasan menyimpan sebuah fail sulit di dalam kabinet berkunci, dia menghela naf as dalam dan cuba meniupkan semangat ke dalam diri. Ada sesuatu yang ganjil tent ang Puteri dan dia merasa amat tidak selesa. Apa yang Puteri mahu sebenarnya? "Why? Ada sesuatu yang you perlukan daripada I?" "Hmmm." "Apa dia?" tanya Hakim kemudian berpaling semula menghadapi Puteri.

"Pelukan you." Jawapan Puteri membuat Hakim hilang kata-kata. Tercengang. Puteri sememangnya su dah berubah. Kalau dahulu perkataan sebegitu tidak mungkin keluar dari bibir Put eri, tetapi kini nampaknya tiada lagi segan-silu. Puteri sudah setanding Rose da n Tengku Aida. Mungkin juga Puteri lebih hebat daripada kedua-dua perempuan itu. Sentuhan Tengku Aida masih mampu ditepis sedangkan sentuhan Puteri pula membuat dia jatuh melutut sehinggakan pada saat itu pun kesannya masih terasa. "Jangan uaranya seindah , bukan bergurau begitu, Puteri," ujar Hakim tidak lama kemudian. Bukan sahaja s yang kedengaran bergetar, tetapi jari-jemarinya juga. Mendengar bisikan itu dari bibir seorang Hawa, sekiranya iman tidak sedikit pun bergoncang anak Adam namanya.

"Bukan bergurau. I memang rindu pada you dan I... perlukan you, Hakim," bisik Pu teri lagi sambil menatap mesra wajah Hakim. Untuk meyakinkan Hakim, jari-jemarin ya singgah mengelus perlahan di lengan Hakim. Pada kala itu kemulusan kulit Puteri mula terbayang di ruang mata, disusuli oleh adengan pada pagi Ahad yang tiba-tiba sahaja tercetus bagai tayangan filem di l ayar perak. Seketul hati Hakim terasa bergegar. Terangsang, peluh dingin memerci k. Dia merengus resah. "You nak hantar I balik? I boleh sediakan makan malam untuk kita berdua." "Put... Puteri.... I tak boleh. I ada appointment. I'm sorry" jelas Hakim. Bukan sekadar alasan yang dibuat-buat demi menepis godaan Puteri, tetapi semua itu be nar. Temu janjinya dengan Zureen akan bermula di dalam masa sejam. Tepat pada ja m lapan tiga puluh minit malam di Mandarin Oriental. Kalau benar dia merancang u ntuk menikahi Zureen, bagaimana dia boleh bersikap kejam dan mengambil kesempata n ke atas tubuh Puteri walaupun tawaran itu datangnya daripada empunya diri? Sea ndainya Puteri tahu bahawa sebaik sahaja enam bulan berlalu dan urusan di antara mereka selesai; Hakim akan menikahi perempuan lain, bagaimanakah perasaan Puter i? "Tak mengapa. I masih ada lima bulan tiga minggu," balas Puteri. Entah asli enta h tidak, senyuman manis tetap terukir di bibir. Puteri tidak menunjukkan wajah h ampa. Malah penolakan Hakim itu diterima dengan tenang. Dia memang sudah menduga bahawa Hakim tidak mungkin begitu mudah memberikan kerjasama. Janji manis sekadar di mulut. Namun dia percaya pasti ada cara untuk melentur hati Hak im. "Bye..." ucap Puteri perlahan. Bersedia untuk berundur. Tetapi apabila dia beran jak ke belakang menjauhkan dirinya, pergelangan tangannya tiba-tiba sahaja dicapai dan digenggam kemas oleh Hakim. Betapa terkejut dan berdebarnya h ati, hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tetapi apa yang terjadi selepas itu sekadar b abak berlawan pandang. Banyak yang ingin Hakim luahkan tetapi tidak terucap. Entah apa yang dia inginka n, tetapi matanya menatap terus pada wajah Puteri. Dia bagai terpukau oleh ulas

bibir merah yang saat demi saat kian tampak lembap basah itu. Tiba-tiba tubuh Puteri ditarik rapat. Akhirny a tanpa perlu dirayu, dia menyatukan bibirnya ke bibir Puteri. Pantas dan kemas. "Jangan keliru antara cinta dan nafsu, Puteri. This is definitely not love. This is lust!" bisik Hakim sejurus kemudian, dan bagai cuba membuktikan kata-katanya , tubuh Puteri sekali lagi ditarik pantas. Tangannya mencengkam kemas di pinggul Puteri dan di dalam sekelip mata sahaja tubuh Puteri dirapatkan ke kabinet fail . Bergegar kabinet besi itu dan bunyinya bergema di celah-celah keheningan senja . Tersentak Puteri. Mendesah nafasnya, cemas. Belaian Hakim sememangnya dinanti te tapi sikap luar biasa rakus yang ditunjukkan tiba-tiba sahaja menggerunkan Puter i. "Hakim...." "I tak tolak rezeki, Puteri. Tapi betul you mahukan ni?" soal Hakim. Bahang nafa snya mengusik leher Puteri dan sesaat kemudian bibirnya mendarat perlahan, mengu cup cermat. "You benar-benar mahu I buat macam ni... hmmm?" bisik Hakim lagi lalu tangannya melurut perlahan pada setiap lekuk tubuh Puteri. Mengelus dan menjamah. Sepanjan g masa matanya menikam tajam pada anak mata Puteri bagai mengutarakan satu cabar an. "Tak sayangkan diri?" Hakim berterusan menduga. Jari-jemarinya singgah membelai di rambut Puteri berulang kali. Sengaja dia memaparkan rupa yang tidak pernah di pamerkan kepada Puteri selama ini - rupa jantan jalang. Seketika berlalu tetapi setiap desah nafas Puteri kedengaran kian merdu di telinga. Wajah jelita yang tampak sedikit cemas itu pula begitu me nyerlah dengan keghairahan yang menyentap perasaan! Sungguh menggiurkan. Semakin lama Hakim dapati dia semakin kehilangan kawalan diri. Lemah jiwa dan raga. Ima n goncang dan bertaburan. Tubuhnya tiba-tiba sahaja terasa begitu berat untuk di jauhkan daripada Puteri. Dia mula merasa apa yang tidak sepatutnya dirasa. Malah di telinganya kedengaran bermacam-macam bisikan yang mengia-iakan agar dia mela kukan apa yang tidak sepatutnya dibuat. Tidak ubah seperti suara Syed Awang pula ! "Bukankah dan terlambat untuk bertanya, Hakim? Lagipun I bercakap tentang making dinner, bukan... making love," suara Puteri setelah agak lama menyepi. Dia meli rik galak kepada Hakim. Bibir menguntum senyum. Walaupun perasaan bergelojak hebat, dia tetap cuba bertenang. Tiada apa yang mud ah di dalam kehidupan ini, lebih-lebih lagi dalam soal menakluki hati Hakim. Ker ana selain daripada Tengku Aida, dia tidak mengenali saingannya yang lain. Tidak tahu takat kekuatan mereka . Bermacam-macam jenis perempuan pernah dilihatnya bersama Hakim dalam musim yan g sama. Semuanya bukan sembarangan perempuan. Seandainya tidak bertindak pantas,

nescaya dia akan tertinggal jauh ke belakang. Kata-kata Puteri yang kedengaran agak berani itu

membuat Hakim terpanar. Malangnya belum sempat dia memberikan tindak balas, kede ngaran satu suara garau memanggil-manggil dengan nada cemas. "Hakim!! Hakim? Awak tak..." Dalam sekelip mata wajah Encik Rashid tersembul di muka pintu pejabat Hakim. Waj ah yang cemas, secemas suaranya. Oh no...!! keluh Hakim di dalam hati. Tiba-tiba sahaja darah terasa menyerbu laj u ke muka. Panik! Dia terlalu leka dengan Puteri sehinggakan seratus peratus ter lupa tentang Encik Rashid. Mereka telah sama-sama meninggalkan wakil dari Aspen International lebih kurang jam lima tiga puluh minit petang dan berpisah setenga h jam kemudian kerana orang tua itu ada sedikit urusan peribadi yang perlu diuru skan. Rupa-rupanya seperti biasa Encik Rashid muncul secara senyap-senyap! "Oh!! Puteri? Er... Hakim. Errr..." Melihat adegan yang amat mencurigakan di hadapan matanya itu, Encik Rashid terke du. Matanya merenung tajam pada Hakim dan Puteri. Membuntang. Sesaat kemudian da hinya berkerut. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang baru disaksikan oleh s epasang mata tuanya sesaat yang lalu. Gambaran yang indah tetapi sungguh memualk an! Hakim dengan Puteri?? Apa Puteri buat bersusun sudu dengan Hakim? "Saya sangka... saya minta maaf!! Tadi saya terdengar satu bunyi kuat," jelas En cik Rashid dengan rupa kelat bercampur segan. Sedikit demi sedikit wajah itu ber ubah merah. Dia menarik nafas dalam, menahan sabar. Mana pula perginya moto yang Hakim laungkan selama ini? Tidak mengambil kesempatan ke atas pekerja sendiri k onon! Dia sepatutnya sedar bahawa Hakim hanyalah manusia biasa. Janji-janji Hakim juga ad alah janji manusia biasa yang setahunya hanya seperempat sahaja yang mampu dipeg ang. Buat pertama kali seumur hidupnya, Hakim melihat Encik Rashid menggelabah dan ke hilangan kata-kata. Menyedari bahawa semua itu berpunca daripada aksi seksi di antara dia dan Puteri, Hakim sendiri jadi kelu. Membatu. Kaki terasa bertan-tan beratnya. Apa yang wujud di fikirannya hanyalah perkataan nahas. Dia tidak tahu bagaimana mahu bersemuka dengan orang tua itu. N amun Puteri pula segera mendekati Encik Rashid lalu mencapai dan mencium tangan lelaki tua itu dengan penuh hormat seolah-olah tiada apa-apa pun yang berlaku. D i dalam saat-saat genting seperti itu pun Puteri tidak lupa adab sopan! "Puteri, dan lewat belum balik lagi?" tegur Encik Rashid. Walaupun cuba berlembu t tetapi nada suaranya tetap kedengaran tegas.

"Saya balik sekarang," jawab Puteri lembut. Kemudian dia berpaling kepada Hakim. "Hakim, jumpa esok." Setelah Puteri berlalu agak lama juga barulah Encik Rashid bersuara. Air mukanya keruh memanjang. Lirikannya tajam lagak orang tidak berpuas hati. Hakim diam menunggu. Dia tahu perkara itu tidak mungkin didiamkan begitu sahaja oleh Encik Rashid. Soal pangkat tidak menjadi hal. Kini siapa majikan dan siapa pekerja tidak lagi penting. Yang penting bagi Encik Rashid ialah menuntut keadil an untuk anak didiknya, Puteri. "Kata Dato' Salihin... awak dah setuju nak nikah

dengan anak perempuan Haji Wan Noor?" kata Encik Rashid sambil memandang tepat p ada wajah Hakim. Sesungguhnya dia merasa amat terkilan. Memang dia kesal kenapa perkara seumpama itu boleh terjadi. Rasa marah mengasak di dalam diri. Dia meras a amat kecewa dengan kejadian yang berlaku di hadapan matanya seketika yang lalu itu. Sanggup Hakim b erkelakuan begitu sedangkan gadis pilihannya ialah Wan Zureen? Apa pula keduduka n Puteri yang baru sahaja diteguk madunya itu kalau akhirnya Wan Zureen yang aka n dimartabatkan sebagai permaisuri di sisi Hakim? "Encik Rashid..." "Betul awak nak kahwin dengan Wan Zureen?" potong Encik Rashid tanpa mempedulika n apa jua alasan yang ingin disampaikan oleh Hakim. Cara Dato' Salihin bercerita memang memberi gambaran jelas bahawa semuanya telah ditetapkan. Confirm. Tetapi dia lebih berpuas hati sekiranya mendengar pengakua n dari mulut Hakim sendiri. Khabarnya sudah tiga tahun Dato' Salihin berura-ura menjodohkan Hakim dengan Wan Zureen, tetapi selama ini tidak pernah ada perkemba ngan baik. Majlis bertukar cincin tidak berlangsung. Kad jemputan kahwin tidak p ernah diedar. Malah khabar angin tentang pergaulan intim Hakim dengan Wan Zureen tidak kedengaran. Macam mana pula tiba-tiba sahaja Hakim dikatakan akan bernika h dengan gadis itu? Menghela dan melepaskan nafas dalam, Hakim cuba bertenang dan melapangkan fikira n. Memang dia bersalah kerana menyentuh Puteri, tetapi kalau tidak lagi sanggup bertentang mata dengan lelaki tua di hadapannya itu, bukan anak jantan namanya. Bukan Hakim. Hakim sanggup bersemuka dengan sesiapa jua demi menempatkan diri di tangga korporat. "Ya, benar!" jawab Hakim.

"Ohh... Puteri tahu ataupun tak?" "Perkara ni tak ada kaitan dengan Puteri. Encik Rashid, saya..." "Dari apa yang baru saya lihat tadi... macam banyak benar kaitannya!" balas Enci k Rashid dengan nada penuh sinis. Mendengar jawapan Hakim itu membuatkan darahny a kian membuak. Hakim bagaikan tidak peduli seolah-olah perbuatannya itu sama sahaja seperti kei nginan untuk melayan selera makan dan minum dari wang hasil titik peluh sendiri. Hak aku, siapa peduli? "I can explain this. Apa yang saya buat memang, kelihatan tak elok, tapi tujuann ya adalah untuk, kebaikan Puteri. She is so much... confused. Saya, cuma nak aja r dia apa akibatnya kalau terlalu... berjinak dengan lelaki. Saya... dia... the point is... saya tak mahu dia terlalu sukakan saya!" Tidak mahu memperlekehkan diri atau merendah-rendahkan, Puteri, Hakim mengambil keputusan untuk tidak mema njang-manjangkan perkara itu. Kisah hidupnya tidak mungkin dibentangkan kepada Encik Rashid. Cukuplah setakat mana yang orang tua itu sedia tahu. "Make up your mind, Hakim. Nampaknya awak lebih keliru daripada Puteri!" Keliru? Aku? Hakim terpempan. Matanya terpacak merenung Encik Rashid. Dia tidak mengerti bagaimana Encik Rashid boleh memahami dirinya lebih daripada dia sendir i? Kenyataan Encik Rashid itu sebenarnya dicedok dari sudut mana? Berdasarkan ap a? "Encik Rashid, apa maksud Encik Rashid?" "Cuba tilik ke dalam jiwa awak, Hakim. Wajah siapa ada di sana?" Bingung dan bengang, Hakim melabuhkan punggung ke sofa. Dia meraup muka. Mengelu h panjang. Tangannya melurut kasar pada rambutnya berulang kali. Sekali-sekala d ia melirik resah pada wajah serius Encik Rashid. Bidasan orang tua itu memang pe das, namun padat berisi. la menyentuh dalam hingga ke dasar hati. Buat dia mula berfikir panjang. "By the way, Hakim, kita sebagai makhluk Tuhan yang berakal dan beragama Islam k ena sentiasa ingat soal halal haram, dosa dan pahala," nasihat Encik Rashid seju rus sebelum beredar meninggalkan Hakim yang kini mulai termangu. Malu. Keliru. Wajah siapa ada di sana? Kata-kata Encik Rashid itu asyik terngiang-ngiang di te linga dan membuatkan Hakim mula mencongak setiap detik peristiwa yang selama ini pernah ditolaknya keluar dari kotak fikiran. Kejadian-kejadian di luar sedar ya ng dibisikkan oleh hatinya sebagai tidak penting dan tidak perlu diambil peduli. Semua itu sebenarnya amat berhubung kait dengan soalan yang dilontarkan oleh En cik Rashid.

Wajah siapa ada di sana? Wajah siapakah yang pernah terlintas di kepalanya setiap kali dia terpandang gau n-gaun seksi yang dipamerkan di balik dinding kaca butik? Setiap kali melihat ja mbangan mawar merah, nama siapa yang terdetik di hati? Bayangan wajah siapa yang kerap muncul di dalam mimpinya dan nama siapa yang terbetik di hatinya saban pa gi? Pokoknya demi wajah itu dia sanggup bersusah payah dan rela korbankan harta benda mahupun kebahagiaan sendiri dan melakukan semua itu dengan senyuman bangga! Intan? Aida? Nurul? Bukan mereka. Juga bukan Lisa. Dan sesekali bukan Rose. Pute ri? Puteri!! "Puteri...?" bisiknya perlahan pada diri sendiri. Terkejut. Bagaikan di dalam kesakitan, Hakim membungkam dan memejamkan matanya rapat-rapat . Sungguh sukar untuk dia menerima kenyataan bahawa wajah yang terpateri di jiwa nya adalah wajah Puteri. Dia semakin keliru. Makin bingung. Bagaimana semua itu boleh terjadi?

BAB ENAM BELAS ( 16)

SEMINIT menunggu dan setelah berkali-kali jari telunjuknya menekan butang berlab el anak panah ke atas dan ke bawah tanpa sabar, akhirnya kotak besi itu sampai j uga lantas ternganga lebar seolah-olah mempelawa Syed Awang melangkahkan kaki ke dalam.

Baru sahaja dia menghulurkan jari telunjuk ke butang `close', tiba-tiba sahaja s eorang gadis jelita bersut hitam putih melangkah pantas ke arah lif. Kaku terpeg un oleh keindahan makhluk ciptaan Tuhan yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapan mata. Hampir sahaja Syed Awang membiarkan pintu lif tertutup rapat, tetapi dia c epat sedar lalu segera menekan butang `open'. Apabila si jelita melangkah masuk dengan senyuman manis tersemat di bibir, jantu ng Syed Awang mula berdegup kencang! Terpesona. "Thank you." "You're welcome!" balas Syed Awang lalu menekan butang nombor lima untuk ke pejabat Hakim. Dia melirik penuh makna ke arah si jelita di sisi. Merenung dari hujung rambut ke hujung kaki.

Pheewwh! Cantik sungguh... bisik hatinya, kagum. Sangkanya Jennifer Lopez adalah wanita tercantik di dunia, tetapi rupa-rupanya ada lagi perempuan yang lebih an ggun dan seksi di tanah air sendiri. "You ke tingkat berapa?" soal Syed Awang apabila si jelita tidak bertindak untuk menekan manamana butang. Sekadar berdiri tegap dengan briefcase hitam di tangan kanan dan tangan kiri pula menggendong sebuah fail. "Sama." "Oh... office you di sini?" "Hmmm." "Hai, nama I, AG," ujar Syed Awang lalu menghulurkan tangannya yang layak menjad i bintang iklan itu ke arah si jelita. Malangnya si jelita sekadar tersenyum sop an. Tangan yang dihulur tidak bersambut. "Hai." Sebaik sahaja pintu kotak besi terbuka di tingkat lima, rasa kesal menguasai hat i. Cepat benar rasanya masa berlalu. Hendak mengayat pun tidak sempat! Tidurnya tidak mungkin lena sekiranya tidak mengetahui nama si jelita. "Er... I... cik..." Tetapi malang betul nasibnya apabila si jelita melangkah per gi dengan begitu pantas. Ayunan pinggulnya sungguh memukau. Melopong Syed Awang seketika. Kemudian bagai si angau yang tidak kenal malu, dia membuntuti langkah si jelita. "Excuse me! I... Er... frankly speaking, I betulhetul terpesona dengan you!" kata Syed Awang berterus terang. "Boleh kita berkenalan? Siapa nama you? Di mana you kerja?" soal Syed Awang bert alu-talu tanpa segan-silu pada orang yang lalu-lalang. Apabila langkah si jelita terhenti dan wajah ayu itu berpaling kepadanya, hati S yed Awang terasa amat lega. Penat mengejar tidak lagi terasa. "Please... I meant it. This is my card. Call me," bisik Syed Awang sambil menghu lurkan sekeping business card berwarna putih bersulam huruf-huruf warna kuning d iraja. Mata bening si jelita ditenung tepat. Biasanya setiap kali dia memulakan taktik memikatnya, hati perempuan cepat benar cair. Lebih-lebih lagi selepas ditaburkannya segala kemewahan makan di hotel-ho

tel eksklusif dan shopping tanpa henti di sana sini. Memang dia tidak sayang wan g ringgit asalkan mendapat pulangan yang setimpal. Akhirnya dia tidak perlu bersus ah payah melebihi dua puluh empat jam untuk direlakan menerokai daerah larangan. Sejak akil baligh bermacam-macam bangsa sudah dia rasa. Darah Pak Arab yang men galir di tubuhnya membuat dia tidak kurang hebatnya. Kesudahannya perempuan akan terhegeh-hegeh melebihi dia. "Kenapa?" soal si jelita sebaik sahaja business card berpindah tangan. "Well, I sukakan you. There is nobody as beautiful as you in the whole universe! " jawab Syed Awang bersungguh-sungguh. Bibir si jelita melebar senyum bagaikan menahan gelak. Kemudian si jelita menggeleng lalu meneruskan langkah. Pintu kaca ditolak. Pada saat itu langkah Syed Awang terhenti. Tercengang, matanya terpaku pada papan tanda di hadapan ma ta: PRO - Mega Atkinson. Pejabat Hakim? "Hakim, kenapa kau tak pernah beritahu aku bahawa ada seorang bidadari di sini?" sergah Syed Awang sebaik sahaja bertemu muka dengan Hakim di bilik pejabat. Dia tersenyum lebar menghadapi Hakim. Rasa riang di hatinya melebihi hari-hari y ang lalu. Lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa si jelita yang telah memuka u mata hatinya itu adalah staf pejabat Hakim. Sasarannya pasti lebih mudah untuk dicapai. Tidak payah sibuk-sibuk menyeka peluh. Cukup setakat menyeka air liur! "Apa kau cakap ni?" "She's so... sexy... so lovely. I was stunned!" Mendengar kata-kata dan lagak Syed Awang yang seolah-olah betul-betul telah terp andang sang bidadari itu, Hakim tersenyum panjang. Di matanya segera terbayang w ajah Tengku Aida. Siapa lagi yang menepati ciri-ciri tersebut kalau bukan Tengku Aida? Kakak Ana walaupun berwajah cantik tidak pula bertubuh seksi. Sesuai deng an tarafnya sebagai seorang ibu. Safura pula berpenampilan sederhana. Yang Iainlain hanyalah perempuan biasa. Cuma Tengku Aida sahaja yang pandai melawa dan be rgetek. Tetapi bukankah Syed Awang pernah samakan Tengku Aida dengan tuala hotel ? Lagipun lelaki itu bukannya tidak pernah bertegur sapa dengan Tengku Aida. Tid ak mungkin Syed Awang naik miang tiba-tiba kerana Tengku Aida? Siapa sebenarnya yang dimaksudkan oleh Syed Awang? "Perempuan mana yang tak lawa di mata kau? Setahu aku, mak nenek aja yang kau ta k kejar!" bidas Hakim selamba. Dia memang cukup muak dengan perangai buaya Syed Awang yang tidak pernah berubah sejak muda sehingga ke tua itu. Asal sahaja mana-mana perempuan rela, Syed Awang pasti tidak menolak. Agaknya anak luar nikah Syed Awang kalau t

idak dihalang dan bernyawa, entahlah sudah berapa dozen. Di serata ceruk negeri pasti ada. Nasib baik sahaja yang menyelamatkan lelaki itu daripada AIDS. Hakim sudah penat menasihati, namun kata Syed Awang dia belum puas menikmati hid up. Agaknya bilakah masanya nafsu manusia akan berkurang kalau bukan saat di man a malaikat maut datang mencabut nyawa dari jasad? "Don't be so mean, Hakim. Apa kata kalau kau kenalkan aku pada kakitangan pejaba t? Lagipun kita dah bersetuju nak bekerjasama dalam projek MAHA. Nanti aku kena selalu singgah di pejabat kau."

"Banyaklah kau! Jangan nak main-main dengan staf aku. They are all..." "Excuse me! Hakim, I..." "Hey, you! This has to be my lucky day!" sampuk Syed Awang sebaik sahaja wajah i daman muncul di muka pintu. Teruja, dia terbangun dari tempat duduknya macam spr ing lalu segera merapati sasaran. Sedetik Puteri tergamam. Matanya beralih cemas dari wajah lelaki yang mengenalka n dirinya sebagai AG itu ke wajah Hakim. Apa pula lelaki itu buat di situ bersam a Hakim? "Hakim, do the right thing and please... introduce us," tegur Syed Awang apabila Hakim tampak terpaku. "Well, Hakim!" Syed Awang mula menjeling tidak sabar ke arah Hakim. Dia teringin sangat berkenalan dengan si jelita sedangkan Hakim pula masih membatu. "Awang, you takkan nak tahu. Ini..." "I dah tak sabar-sabar lagi nak tahu!" potong Syed Awang ceria. Matanya merenung lahab pada wajah ayu di hadapannya itu. Wajah yang kini tampak agak keliru. "All right. Ini Puteri. Puteri, ni Syed Awang, kawan I," jelas Hakim cuba berten ang. Dia tidak menyangka rupa-rupanya Puteri yang menjadi sasaran Syed Awang! Gi la! "Puteri??" Terlopong Syed Awang. Renungan matanya beralih kepada Hakim, mengirim soalan secara telepati. Melihat air muka Hakim, dia segera mendapat jawapan yan g dicari. Impian yang baru dibina terus ranap di dalam sekelip mata. Dia mengelu h kecewa. Entah kenapa yang terbaik selalunya menjadi milik Hakim! "Encik AG. I minta maaf pasal dalam lif tadi. Do you mind if we start again? Hai , I Puteri..." ujar Puteri sambil menghulurkan tangannya kepada Syed Awang.

Entah kenapa berderau darah Hakim apabila jari-jemari Puteri digenggam mesra ole h tangan Syed Awang. Nafasnya bagai terhenti. Terpaku matanya menghayati babak p erkenalan yang sedang bermula di hadapan matanya itu. Dalam diam dia menggenggam penumbuk, kemas. "Puteri, you memang lima ratus peratus berubah. Amazing!" kata Syed Awang. Matan ya merenung lama pada Puteri. Menilik habis. "Berubah? Apa maksud Encik AG?" tanya Puteri. Dia merenung hairan pada kawan Hak im yang tidaklah kacak tetapi menarik itu. Orangnya begitu

bergaya. Sut berjenama Louis Vuitton yang bersarung di tubuhnya itu jelas menunj ukkan bahawa lelaki itu adalah dari golongan berada seperti juga Hakim. Orang ya ng ada class. "Takkan tak ingat kut? Masa you dan Hakim nikah dulu, I lah VIP nombor empat! Ha kim paksa I judi saksi pernikahan kamu!" kata Syed Awang bergurau. "Ohh, ya ke?" Merasa tidak selesa tiba-tiba, Puteri melirik cemas kepada Hakim. Apabila soal pernikahan dia dan Hakim dibangkitkan secara tiba-tiba begitu, dia merasa serba tidak kena. Lebih-lebih lagi apabila dibangkitkan oleh orang ketiga . Orang yang tahu akan kedudukan mereka sebagai suami isteri. Tetapi Hakim pula nampaknya lebih suka buat tak endah. Matanya sibuk meneliti dokumen di atas meja tulisnya. Tidak habis-habis dengan kerja! "Minta maaf... I betul-betul tak ingat," ujar Puteri sambil melirik kepada Hakim . Dia resah memikirkan sejauh mana Syed Awang tahu tentang kehidupan dia dan Hak im? Bagaimana harus dia beraksi? Sebagai isteri atau sebagai pekerja? Tetapi Hak im tidak sedikit pun membantu. Sejak akhir-akhir ini sikap Hakim kian menyakitkan hati. Kononnya memberi peluan g selama enam bulan kepada Puteri untuk cuba menarik perhatiannya, tetapi dia se ndiri yang menyekat semua peluang yang ada. Pelawaan Puteri walaupun hanya sekec il-kecil pelawaan makan malam sentiasa sahaja ditolak dengan pelbagai alasan. Pernah sekali setelah dia berpenat lelah menyediakan makan malam, Hakim menelefo n pada saat-saat akhir bahawa dia terpaksa menemui seorang pelanggan untuk berbi ncang soal urus niaga. Ajak temankan membeli-belah pada hari minggu, alasan kelu arga pula diberikan. Hakim tidak pernah meluangkan masa baginya untuk tujuan per ibadi melainkan soal kerja. Mengikut Hakim bermesyuarat ke sana sini tidak membe rinya sebarang peluang untuk beramah mesra. Hakim sengaja berlagak serius dan as yik mengejar masa. Tidak pandai bermesra melainkan ketika bersama perempuan lain ! Tidak hairan kalau semakin hari senyuman Tengku Aida semakin lebar dan peranga inya pula semakin menjadi-jadi! Perempuan itu semakin diangkat ke atas sedangkan Puteri pula kian ke bawah. Semua itu sesungguhnya amat menggores perasaan.

"You now and then are so much different," sambung Syed Awang lagi, betul-betul k agum dengan perubahan pada Puteri. "Oh, I minta maaf atas apa yang I cakapkan masa kita jumpa pagi tadi. Tapi I tak kan tarik balik. I meant every word I've said. You're really something!" puji Sy ed Awang. Puteri tersenyum tawar. Alangkah indahnya hidup sekiranya Hakim yang berkata beg itu. Tetapi kini bersama Hakim membuat dadanya kerap kali dilanda sebak. Buat di a terasa seperti mahu menangis. Hati sentiasa hiba dan perasaan begitu murung. M embilang detik yang begitu pantas berlalu, Puteri kian pening kepala. Semangatny a sekali lagi dibunuh perlahan-lahan oleh penolakan Hakim. Dia merasa tidak berdaya dan kembali menangisi nasib diri. Sejak akhir-ak hir itu dia juga mula mempersoalkan tindakan sendiri: Untuk apa terus menunggu s edangkan Hakim sudah pasti tidak peduli? "Puteri, you ada hal nak cakap dengan I?" Hakim mencelah tiba-tiba. Melihat waja h Puteri berona merah menerima puji-pujian daripada Syed Awang, perasaannya berb aur satu macam. Berdesing telinganya. Bilik itu tiba-tiba sahaja rasa berbahang. Sesak! Rasa seperti mahu menendang kerusi dan meja bangkit mendadak. "Er... ya. I nak keluar jumpa Mister Gray son. Kereta I di workshop, jadi I kena keluar awal dan mungkin balik pun lewat sedikit. Is it okay with you?" "I boleh tumpangkan you! Anywhere, anytime!" sampuk Syed Awang pantas dan beriaia. Buat seketika dia terlupa bahawa wanita ayu di hadapan mereka itu adalah ist eri kawan baik sendiri. Biarpun Hakim pernah berkata bahawa pernikahan mereka ha nyalah atas nama, namun mengikut hukum syarak, Hakim tetap seorang suami. Setakat usik mengusik ta npa sebarang niat buruk memang sudah perkara hiasa di antara mereka berdua. Teta pi kalau sampai ke tahap menyimpan niat untuk merampas hak kawan sendiri, bukan cara dia. Walau bagaimana terpikat sekalipun hatinya terhadap Puteri, Puteri ada lah milik Hakim. Dia menghormati Hakim dan tidak akan sesekali mengkhianati kepe rcayaan Hakim terhadapnya. Kawan sejati adalah kawan yang tidak akan menjadi law an. "Awang!" Hakim merenung tajam, memberi amaran. "Awang, ingat... kita ada urusan nak dibincangkan. Go ahead, Puteri. Take your t ime, I tak perlukan you petang ni," ujar Hakim dan berpaling ke arah Puteri. Dia mahu Puteri segera jauh dari pandangan mata Sy ed Awang. Lebih jauh lebih selamat. "Thanks! Bye AG." "Bye Puteri..." Sejurus selepas Puteri berlalu, ketawa Syed Awang meledak. Terkekeh-kekeh. Hakim sekadar mendengar tanpa komen. Hatinya sud

ah cukup bengkak untuk terus melayani kerenah buaya Syed Awang. Dengan Puteri pu n lelaki itu buat hal juga! Syed Awang memang tidak kenal sempadan. "Kelakar betul! Inikah rupa orang yang mendakwa dia tak ada apa-apa perasaan ter hadap Puteri? Come on, Hakim. Wake up! You are jealous like hell!" "I'm not jealous! Aku cuma nak lindungi dia daripada kau!" "Ohh? Teruk sangat ke aku ni? She likes me, you know? I can tell." "Awang! Tolong jangan ganggu Puteri. Please don't" pinta Hakim cuba menahan saba r. Buat pertama kali di dalam hidupnya dia terasa seperti mahu menghentam kawan sendiri. Silap hari bulan ada yang patah rahang! "Somebody is out of his mind with jealousy...!" usik Syed Awang sambil melirik n akal. Apabila wajah Hakim kian gusar, dia tertawa geli hati. Dia tidak menyalahk an Hakim seandainya tidak punya cukup keyakinan terhadapnya sebagai seorang kawa n. Reputasinya sebagai kaki perempuan memang diketahui umum. Lebih-lebih lagi ol eh Hakim yang hampir setiap malam menjadi tempat dia mengisytihar kejayaan. "I'm not jealous, okay!" nafi Hakim lagi. Dia mula mundar-mandir. Fikiran kian b erserabut. Entah untuk apa Syed Awang mengasak begitu dengan soalan dan kata-kata yang enta h apa-apa. Dia sudah cukup bermasalah dan tidak mahu dibebankan lagi dengan masa lah yang bukan-bukan. Dia cemas untuk menghadapi Puteri dengan strateginya yang menggoda perasaan. Penat untuk melayan Tengku Aida yang semakin hari semakin men gada-ada aksinya dan Zureen pula... setiap kali bertemu mata lidak ubah macam an ak murid menghadapi guru besar lagaknya. Kehendak mereka berbeza macam langit de ngan bumi. Dia tidak tahu macam mana mahu berumah tangga dengan Zureen. "Sungguh? Kalau aku jadi kau, aku mesti cemburu gila! Ada isteri yang begitu men awan... seksi, tapi ego punya pasal... terpaksa pula menahan diri! Sampai bila?" cabar Syed Awang. "Aku tak pcrcaya kau boleh pandang dia tanpa berfikir tentang `tu'. Macam mana kau boleh mengaku yang kau `hidup', Hakim?" cabar Syed Awang lagi. Hakim pantas berpaling. Matanya merenung tepat kepada Syed Awang. "Aku bukan kau, Awang! Aku boleh hidup tanpa `tu'!" bidas Hakim geram. Dia mula rimas. Rasa bersalah menyelit di hati. Ingatannya melayang pada hari-ha ri di mana matanya asyik mengekori langkah serta ayunan pinggul Puteri. Pada saa t-saat di mana lirikan mata Puteri membuat darah jantannya meruap-ruap. Tika di mana peluh sejuknya memercik dengan hanya menatap pada lurah dalam di dada Puter i.

Memang sukar untuk menahan matanya daripada menelanjangi tubuh Puteri lebih-lebi h lagi apabila mengetahui bahawa semua itu memang disengajakan. la adalah sebaha gian daripada strategi `free show' Puteri untuk menundukkan dia. Walaupun pernah sekali hampir-hampir sahaja dia menelentangkan Puteri di meja mesyuarat, tetapi dia masih kuat untuk mengawal gelojak nafsu. Kata-kata Encik Rashid sentiasa me mbuat dia beringat. Syukur kerana setakat itu tiada kejadian luar batasan yang terjadi melainkan yan g ringan-ringan. Entah Puteri sedar ataupun tidak, tetapi sekali-sekala Hakim te rpaksa mengambil kesempatan ataupun membiarkan diri mati kekejangan oleh rasa ke cewa yang berpanjangan. Malangnya sehingga ke saat itu dia masih kempunan untuk merasai kehangatan bibir Puteri. Teringin untuk menjamah tubuh Puteri sepuas hat i. Entah sampai bila dia mampu bertahan. "Okey... kau pernah kata kau takkan simpan `mahligai kosong'? Pasti ke?" "Kau datang nak berurus niaga atau nak bercerita?" tingkah Hakim apabila Syed Aw ang masih tidak juga bosan bercerita tentang Puteri. Jelas sekali Syed Awang tid ak mahu berselindung tentang rasa minatnya terhadap Puteri. Kalau ada peluang le laki itu pasti cepat mengorak langkah. "`Mahligai kosong' tu boleh dibuat urus niaga, tahu? Kau tak nak, tak bermakna o rang lain tak minat nak buat harta!" komen Syed Awang. Matanya bersinar tatkala mengeluarkan kenyataan itu. Dia membuatkan Hakim terpempan seketika. Terkejut de ngan keberanian Syed Awang itu. Apa niat lelaki itu sebenarnya? Kadang-kadang perangai Syed Awang memang mencabar kesabarannya. "Awang, selagi `mahligai kosong' tu jadi milik aku, jangan sesekali kau sebut na manya, okey? Kau takkan mampu bayar walau dengan seluruh harta benda kau sekalip un!" Melihat Hakim begitu serius menyampaikan peringatan, akhirnya Syed Awang tergela k lagi. Walaupun Hakim belum memahami isi hati sendiri, rasanya dia sudah cukup memahami isi hati Hakim. "Ohh man... you're falling hard in love!

BAB TUJUH BELAS (17)

"I dan ada temu janji dengan orang lain, Puteri. Apa kata kalau you ajak aja Han if? Mungkin dia ada masa untuk you." Jawapan yang diberikan oleh Hakim pada saat-saat akhir itu sungguh mengecewakan. Kata-kata yang diucapkan dengan begitu lancar di hadapan s eorang perempuan cantik bernama Rose. Terkedu Puteri. Malunya dia sampai tidak t

ahu di mana mahu meletakkan muka. Terasa benar betapa diri sengaja diketepikan. Walaupun sekeping hati terasa bagai dirobek, mujur air matanya tidak luruh di ha dapan Hakim dan perempuan itu. Sungguh Puteri merajuk hati. Harapan dan angan-angan sudah pun setinggi gunung. Malangnya setelah membelanjakan beratus-ratus ringgit bagi mendapatkan tiket tea ter yang menjadi rebutan ramai dan bersusah payah menghias diri untuk temu janji mereka pada malam itu, akhirnya begitu jawapan Hakim! Hakim rela meninggalkan d ia untuk bersama Rose? Walhal sebelum itu Hakim juga telah pun memberikan lampu hijau untuk menemaninya. Hakim mengangguk apabila ditanya. Teta pi masa Hakim rupa-rupanya terlalu berharga untuk dibuang demi wanita yang tidak bertaraf seperti dia sedangkan dia pula menagih kasih sayang Hakim bagaikan pen gemis. Puteri tahu Hanif memang seribu kali sudi untuk menemani dia sekiranya diminta. Besar kemungkinan Hanif juga rela gadaikan seluruh kehidupannya demi Puteri, tet api lelaki itu berada jauh di Klang. Puteri tidak ingin menyusahkan Hanif berkej ar ke sana sini. Lagipun dia tidak mahu memperalatkan Hanif ketika susah, sedang kan pada waktu-waktu biasa pula dia sentiasa sahaja mencari alasan untuk menghin darkan diri. Akhirnya di dalam keadaan geram dan sakit hati, Puteri mendail nombor Syed Awang . Dia sedar Hakim tidak berkenan setiap kali dia bertanya atau menyebut nama Sye d Awang. Air muka serta renungan mata Hakim akan segera berubah pelik. Tetapi ap a peduli? Hakim tidak pernah cuba menjaga perasaannya, buat apa pula dia cuba me nyenangkan hati Hakim? "AG, I ada dua tiket teater untuk malam ni. Nak temankan I?" Tanpa banyak soal, di dalam sekelip mata sahaja Alfa Romeo Syed Awang meluncur l aju dan berhenti di hadapan Puteri. Selepas meninggalkan dewan teater tiga jam kemudian, dia menghabiskan hampir sat u malam bertemankan Syed Awang yang tampak serius tetapi rupa-rupanya kelakar. M emang Syed Awang pandai bercerita. Mat Romeo. Gayanya berkomunikasi sungguh mena rik. Romantik. Puteri percaya pasti ramai perempuan yang pernah rebah dalam pelukan lelaki itu. Tetapi ketika bersam anya, Syed Awang begitu menjaga tingkah lakunya. Layanan Syed Awang yang cukup bersopan santun it u membuat Puteri terasa pelik. Tidak sama seperti reaksi jantan-jantan lain yang pernah didampinginya selama ini. Rasa hormat Syed Awang terhadap Hakim terbukti memang tebal dan rasa hormat Puteri terhadap Syed Awang pun mula berputik. Malangnya keesokan hari, Hakim mengamuk sakan di pejabat. Sehingga ke petang tia da sesiapa pun yang tahu apa puncanya, melainkan Puteri. Setelah penat menarik m uka empat belas, Hakim akhirnya membuka mulut. Puteri dipanggil ke pejabatnya da n diberikan syarahan bagaikan anak dara yang hampir-hampir dicabuli maruahnya de k tidak tahu menjaga diri. Nama yang paling kerap meniti di bibir Hakim ialah na ma kawan rapatnya, Syed Awang. Tanpa sebab Hakim memberi peringatan supaya Puter i menjauhkan diri daripada Syed Awang. Daripada soal peribadi akhirnya meleret

ke soal kerja, kemudian kembali semula kepada soal peribadi. Banyak benar komen Hakim. Puteri memasang telinga tanpa mencelah. Sebaik sahaja Hakim habis membebe l, dia bangun lantas segera melenggang pergi. Akhirnya dua hari berturut-turut dia dan Hakim tidak bertegur sapa. Masing-masin g membawa diri. Walaupun Puteri pernah cuba untuk menjernihkan suasana, namun ka ta-kata sinis daripada Hakim itu asyik terngiang-ngiang di telinga. Semakin dike nang semakin menyakitkan hati. Dia menjeruk rasa. Perkahwinan Nanu memberinya pe luang menjauhkan diri daripada Hakim. Namun untuk mendapat kebenaran cuti selama dua hari sahaja, Hakim menyoal dari A sampai Z seolah-olah takut kalau-kalau di a lesapkan diri bersama harta benda syarikat pula!

BAB LAPAN BELAS (18 ) AIR MATA mengalir membasahi pipi. Kenangan dua minggu yang lalu itu rupa-rupanya masih menggores perasaan. Amat peka di telinga. Jari-jemari Puteri menyentuh da n menyapu pipi sendiri, namun titisan yang gugur tidak berkurangan. Malah tidak semena-semena dunianya terasa berputar lagi. Gelap. Bukan kali pertama tetapi su dah berkali-kali sehinggakan mengganggu kehidupan sehariannya. Tetapi kali ini s akit pening itu terasa agak keterlaluan. Kain langsir yang belum siap dipasangny a terlepas dari genggamam. Puteri segera mencapai sebuah kerusi, menarik nafas d alam-dalam dan memejamkan matanya rapat-rapat. Cuba bertenang. Tetapi suasana ri uh-rendah pada awal majlis kenduri kahwin Nanu itu terasa bagaikan mencengkam se luruh pancainderanya. Bunyi pinggan mangkuk berlaga seolah-olah sedang terjadi d i dalam kepalanya! Malah aroma pelbagai masakan itu membuat dia hilang selera. R asa mual! Amat mual! "Anak ni kenapa?" Kedengaran satu suara menegur tiba-tiba. Puteri membuka mata dan membiarkan pandangannya tenang seketika. "Tiba-tiba aja rasa pening. Er... angin agaknya," jawab Puteri lalu mendongak le mah ke arah wajah seorang wanita tua di dalam lingkungan umur akhir lima puluhan itu. Wanita yang tidak langsung dikenali yang pasti sekali dari suku-sakat keluarga besar Izad. Merenung penuh risikan sambil tangannya tanpa segan-silu menyentuh leher Puteri, bibir wanita tua melebar senyum. "Oh, biasalah tu.... Anak sulung, ya?" tanya wanita itu lalu mengambil tempat du duk bersebelah dengan Puteri. "Orang perempuan kalau dalam keadaan macam anak ni, macam-macam yang dirasa. Bia rlah orang lain aja yang buat kerja tu. Awak tu bawa berehat. Panjat memanjat da lam keadaan macam ni tak elok, nak." Terkedu Puteri. Terpacak matanya memandang wanita tua itu. Dia tidak mengerti ce

rita siapa pula yang dibebelkan oleh wanita yang tidak diketahui asal usulnya it u. Muncul entah dari mana dan tiba-tiba sahaja bercakap tentang entah apa-apa. K andungan? Anak? Apa pula yang dikatakan oleh perempuan tua itu? "Menolong memanglah perkara baik, tapi janganlah sampai menyusahkan diri. Ha, ja ga kandungan tu baik-baik. Nanti menyesal tak sudah," sambung wanita tua itu lag i bersungguh-sungguh. Akhirnya mula memahami maksud wanita tua itu, Puteri naik panik. Darah tiba-tiba sahaja terasa berderau. Hatinya cemas. Dia takut. Dia merasa tidak berdaya. Kes eorangan.... "Mak cik ni Mak Yam, bidan kampung merangkap mak andam! Anak ni dari pihak penga ntin perempuan, ya?" tanya wanita tua itu. Puteri mengangguk dan menghulurkan tangan bersalaman sambil memperkenalkan diri. "Saya... Puteri." Dalam kepayahan Puteri cuba mengukir senyuman. Dalam pada itu fikirannya berserabut dengan seribu pertanyaan. Bidan? Dia disahkan sedang hamil? Bakal jadi seorang ibu? Bolehkah d isangkal kenyataan seorang bidan? Perutnya yang leper itu bakal berisikan zuriat Hakim? Sekali lagi Puteri mula merasakan pandangannya kelam. Rasa seperti mahu jatuh pitam. Sungguh kenyataan itu terlalu berat untuk diterima. "Sejuk tangan ni, ha. Pucat tak berdarah! Bawa-bawalah berehat. Jangan lagi berk ejar ke sana sini. Suami tak datang sama?" tanya Mak Yam, sedikit gelisah. "Suami? Oh... dia kerja," jawab Puteri perlahan. Kebingungan. Memikirkan tentang Hakim, tanpa disedari tangannya mengusap perlahan pada perut sendiri. Anak Haki m...! Dia mengandungkan zuriat Hakim! Rasa sebak tiba-tiba sahaja menerjah sehin gga ke kerongkong. Kedudukan sendiri di sisi Hakim belum tentu, inikan pula deng an kehadiran seorang bayi! "Mak Yam nak kena tengok pengantin. Dengar cakap Mak Yam ni... jangan sibuk-sibu k nak buat kerja. Kesihatan anak tak cukup baik. Dalam keadaan sekarang, suami a nak tak sepatutnya biarkan anak tinggalkan rumah," nasihat Mak Yam lembut tetapi serius. Selepas Mak Yam beredar, Puteri termangu panjang. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Betulkah dia hamil? Tetapi tanda-tanda serta perasaan pelik yang d ialaminya di dalam beberapa minggu terakhir itu memberikan petunjuk yang jelas. Petunjuk yang sukar untuk menafikan kenyataan Mak Yam itu. Majlis akad nikah dan bersanding berlangsung dengan lancar disaksikan oleh sanak saudara Izad dan jiran tetangga dengan senyuman penuh restu. Sungguh meriah dan kaya dengan tradisi Melayu. Kompang dipalu diringi nyanyian nasyid dan langkah silat dibuka siap den gan upacara berbalas-balas pantun sekali.

Berkebaya pendek kain renda hijau pucuk pisang lengan berpotongan loceng yang di padankan dengan kain yang berbentuk potongan duyung, Nanu tampak anggun sekali d i sisi Izad. Senyuman segan bercampur gembira sentiasa tersemat di bibir. Seri p engantin begitu menyerlah pada wajahnya. Kecantikan Nanu bukan sahaja menambat h ati pengantin lelaki, malah juga memukau pandangan mata hadirin. Sesungguhnya Nanu amat bertuah kerana dilayan bagaikan seorang puteri. Pihak kel uarga lelaki telah berbesar hati menguruskan segala-galanya agar istana impian b oleh dibina dengan sempurna. Mereka begitu memahami kedudukan Nanu sebagai anak yatim piatu, lebih-lebih lagi ibu bapa Izad sendiri. Jelas sekali pintu kebahagiaan sedang terbuka lebar untuk Nanu. Malangnya nasib Puteri pula bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Malang datang berk ali-kali. Setiap detik berlalu, dia kian tenggelam di dalam duka nestapa. Diri terasa begitu tidak bermaya. Fikirannya tidak tenteram. Sepanjang hayatnya dia cuma ada sedikit ketenangan, tetapi kini mengetahui bahawa kononny a ada benih yang sedang hidup di rahimnya, semuanya hilang lenyap. Tetapi demi N anu, dia melemparkan senyuman selebar-lebarnya. Nanu harus diiring untuk melangk ah ke dunia baru dengan senyuman gembira. Kesian Nanu... walaupun ramai teman ya ng hadir, namun tiada seorang pun dari darah daging sendiri. Semua itu membuat Puteri terkenangkan nasib sendiri yang tiada bezanya dengan Nanu. Tetapi Nanu sekurang-kurangnya berumah tangga dengan seorang lelaki yang menyayanginya dan diri diterima seadanya, bukan seperti Puteri yang gagal memenangi hati suami. Sudahlah majlis pernikahannya dengan Hakim berlangsu ng di dalam keadaan serba kekurangan dan hanya disaksikan oleh empat pasang mata , dia juga tidak pernah merasa duduk di atas pelamin! Puteri tidak ingin memaksa Hakim menerimanya sebagai isteri dengan cara yang sam a seperti tujuh tahun yang lalu - sebuah perkahwinan yang dibina atas dasar rasa tanggungjawab ke atas nasib seorang bayi. Bayi yang disangkanya bakal lahir aki bat keterlanjuran mereka di suatu senja. Tetapi rupa-rupanya dia langsung tidak berbadan dua. Tiada bayi! Akibat tekanan perasaan serta rasa bersalah yang mcnjalar di dalam diri, perjala nan haidnya jadi tidak teratur. Tanpa sebarang pengesahan daripada mana-mana dok tor, Puteri membuat andaian bahawa diri sedang hamil. Kerana terlalu panik dia t elah bersemuka dengan Hakim dan kerana tanggungjawab, Hakim akhirnya melafaz ija b kabul di hadapan kadi. Malangnya seminggu selepas pernikahan, kenyataan yang tidak diduga terserlah. Ba ru dia menyedari bahawa diri sebenarnya tidak hamil. Benih Hakim tidak pernah be rcambah. Tatkala itu rasa bersalah begitu hebat menghambat perasaan. Puteri tida k mampu menghadapi kesilapan sendiri. Dia merasa amat bersalah. Lebih-lebih lagi apabila merasakan diri tidak ubah bagaikan batu penghalang terhadap percintaan Hakim dan Intan. Tidak mahu memusnahkan kebahagiaan serta cinta sejati Hakim, su atu pagi dia meninggalkan Hakim buat selama-lamanya. Kini peristiwa pahit itu bagaikan berulang kembali, cuma Puteri tidak membuat an daian sendiri. Mak Yam, seorang bidan kampung dengan sekali pandang sahaja telah

mengesahkan bahawa dia bakal menjadi seorang ibu. Sekembalinya dari Kuala Selangor, Puteri segera mengunjungi pakar perbidanan dan sakit puan "Tahniah, puan hamil sepuluh minggu!" Kata-kata yang keluar dari bibir pakar ginekologi, itu menyebabkan Puteri tidak mampu untuk berdiri. Lemah segala urat sendi. Kepakaran Mak Yam telah pun disahk an oleh bukti-bukti saintifik. Benar dia bakal menjadi seorang ibu! Bayangkanlah baru beberapa minggu yang lalu dia masih ligat mengejar bola di padang bersamasama dengan Jai dan teman temannya! Berita gembira yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh golongan Hawa yang bergelar isteri itu sebaliknya telah membuat Puteri tidak henti-henti menan gisi nasib diri. Menangisi nasib bayi malang yang bakal mengulangi sejarah hidup nya. Membesar tanpa seorang ayah, tanpa adik-beradik, tanpa datuk dan nenek! Hat i jadi terlalu hiba. Kenapa dia yang harus melahirkan bayi yang semalang itu ke dunia ini? Layakkah seorang perempuan yang bakal memberikan kehidupan tidak sempurna kepada seorang anak dipanggil ibu? Setiap tindakan Hakim biarpun sebesar kuman mula dihitungnya satu persatu. Dia benci. Kemurungan mula menguasai hidupnya siang dan malam. Selera makan hilang...ghairah hidup pun hi lang. Dia hanya duduk termenung. Akhirnya sehari dia ponteng kerja. Kemudian dua hari. Telefon bimbitnya mula ran cak berdering. Ramai yang mula mencari terutama Hakim. Masuk hari ketiga, Hakim sendiri muncul di muka pintu dengan rupa kelat. Kalau bukan kerana loceng pintu ditekan berkali-kali, mahu sahaja dia pekakkan telinga. "What the hell is going on, Puteri? Tiga hari berturut-turut you tak datang kerj a! You fikir kerana I suami you, you boleh buat sesuka hati?" tingkah Hakim seba ik sahaja mata bertentang. Sergahan Hakim itu membuat Puteri tergamam seketika. Entah kenapa terpandang sah aja wajah Hakim, perlahan-lahan rasa pilu bercambah di hati. Kemudian disusuli p ula oleh perasaan jauh hati dan rasa marah yang menyesak. Menarik nafas dalam-da lam, Puteri memujuk hati agar bertenang. Namun matanya tetap mula berkaca-kaca. Sebelum air mata menitis, dia segera melangkah pergi lalu menyambung kerja yang ditinggalkannya separuh jalan tadi. Seberkas pakaian kotor dihumbannya ke dalam mesin pcncuci lalu butang `power'' ditekan. Kemudian dia mencapai bekas air lalu melangkah ke balkoni. Pohon-pohon bunga yang tersusun rapi disiramnya satu per satu. Puteri tidak peduli, Hakim boleh menuduh semahu-mahunya. Tidak lama lagi apabila perutnya sudah mula membonjol, dia tetap akan dicemuh oleh masyarakat sekelilin g. Semua itu akan berterusan sehingga ke akhir hayat. Pelbagai beban akan datang menghimpit sedangkan Hakim pula akan tetap bersenang-lenang! Tetap bergaya habi s-habisan dengan sut korporatnya itu dan dia pula terpaksa korbankan gaya hidupn ya demi zuriat Hakim! Sungguh tidak adil.

"Puteri!" panggil Hakim apabila kata-katanya bagaikan tidak didengar langsung ol eh Puteri. Kehadirannya tidak diendah. Malah Puteri berlagak seolah-olah dia tidak wujud! Semua itu membuat Hakim naik berang . Apatah lagi apabila telinganya bagaikan asyik terdengar-dengar sindiran Tengku Aida bahawa dia terlalu memberi muka dan mengikut telunjuk Puteri! Tindakan Put eri yang sering kali menghilangkan diri sesuka hati itu sedikit sebanyak telah m emberi kesan negatif pada kewibawaannya sebagai ketua dan pemilik syarikat. "Puteri, apa kena dengan you? Look at me!" tingkah Hakim agak lantang. Lengan Pu teri dicapai kemas lalu tubuh Puteri ditarik rapat. Wajah Puteri yang pucat tida k terurus itu ditenungnya tepat. Akhirnya dia baru menyedari ada sesuatu yang me runsingkan. Wajahnya tiba-tiba berkerut resah. Api yang sedang marak di dalam da da tiba-tiba sahaja terpadam. Yang tinggal adalah rasa khuatir. "You sakit?" soal Hakim perlahan. Dia meneliti lama pada setiap inci wajah Puteri. Mata berlawan pandang, tetapi Puteri tetap membisu. Tiada guna bersuara kerana k enyataan tidak akan berubah. Dia hamil dan akan bersusah payah sendirian selama berbulan-bulan tanpa suami disisi. Orang lain sekurang-k urangnya ada ibu bapa serta sanak saudara sebagai tempat mengadu, tetapi dia han ya ada diri sendiri. "Kenapa tak beritahu I, Puteri?" soal Hakim lagi lalu rambut Puteri dibelai perl ahan. Tangannya menyentuh lembut pipi Puteri yang terasa begitu sejuk. Dia mula bimbang sekiranya keadaan Puteri kembali seperti beberapa bulan yang lalu. Gagal memenangi hatinya, sekali lagi Puteri kecewa dan patah hati? Kini Puteri sedang membiarkan diri hanyut di dalam kemurungan? "Ingatkan you tak ada masa untuk I, Hakim," balas Puteri lalu air mata yang tela h cuba ditahannya menitis jua. Mendengar bidasan Puteri serta air mata yang menitis hangat pada ibu jarinya itu , Hakim mengeluh berat. Kesal. Memang salah dia sekiranya Puteri merajuk hati. A pa yang belum pernah Puteri lakukan dalam usaha untuk memikat hatinya? Zahir dan batin semuanya sudah. Asam pedas, masak lemak dan sambal tumis kegemarannya pun perna h Puteri masakkan dan bawa ke pejabat ketika dia sedang bersekang mata menyiapka n kertas kerja sendirian. Puteri memang telah mencuba sedaya upaya dan Hakim pul a sengaja menutup mata. Setiap kali Puteri mengajaknya keluar, berkali-kali dia memberikan jawapan yang menghampakan. Walaupun tanpa kerelaan sepenuhnya, tumpua nnya kini hanya kepada bakal isterinya, Zureen. Malangnya setelah dia membuat keputusan untuk mengambil hati Puteri dengan mener ima ajakannya, Rose pula kebetulan muncul tatkala janji temunya dengan Puteri se patutnya bermula. Kerana cuba menyembunyikan kedudukan sebenar daripada pengetahuan Rose, dia tersasul kata. Dia sebenarnya tidak berniat untuk menyakiti hati Puteri. "You sangat-sangat marahkan I?" tanya Hakim. Tingkah laku Puteri selama dua ming gu itu jelas menyatakan segala-galanya. Apa yang dilarang itulah yang dibuat ole h Puteri. Malah Puteri menjauhkan diri dan tidak ghairah lagi untuk mengejar per

hatiannya seperti biasa. Namun Hakim mendapat tahu bahawa Puteri bukan menyepi. Masanya dihabiskan dengan berbalas salam dengan Syed Awang! Bertemu Syed Awang kini bagaikan satu keperluan buat Puteri. Entah apa tujuan Puteri berbuat begitu tetapi tindakannya membuat Hakim betul-be tul meradang. Runsing. Gelisah. Hatinya gawat bagai kolek yang dihempas badai. B ukan sahaja Syed Awang yang dimakinya, Puteri pun kena sama. Kepercayaannya terh adap Syed Awang kian tergugat, tetapi Syed Awang bermati-matian tidak mengaku ba hawa dia sedang menjalankan operasi untuk memikat Puteri. Kata lelaki itu lagi, dia menganggap Puteri tidak lebih dari seorang kakak ipar. Syed Awang berani ber sumpah. Tetapi sumpah seorang lelaki seperti Syed Awang mana boleh diambil kira. Kalau tidak menyentuh sekalipun, paling kurang lelaki itu pasti akan menjengah. Puteri pula memiliki banyak tempat yang menarik untuk dijengah. Hati suami mana yang tidak gelisah?

"I tak berniat untuk menyakiti hati you, Puteri. I'm so sorry," bisik Hakim. Apabila bibir Hakim singgah di dahinya, Puteri mula keliru. Pada saat mata Hakim merenung dalam ke matanya sambil kedua-dua tangannya bergerak perlahan pada sek ujur tubuhnya, perasaan Puteri mula berbelah bahagi. Resah. Jantungnya melantun kencang. Namun sentuhan Hakim dibiarkan berterusan. Hakim bagaikan sedang menga gumi keindahan seni ciptaan Tuhan yang tidak pernah disaksikannya seumur hidup i ni. Dan apabila tubuhnya didakap mesra ke dalam rangkulan seolah-olah tidak akan dilepaskan untuk selama-lamanya, dia bingung apa yang Hakim mahu sebenarnya? Ke napa Hakim harus bermain dengan perasaannya begitu? Puteri cuba mengumpul kekuatan diri untuk menolak tubuh Hakim jauh, tetapi tiba-tiba sahaja perasaannya dilanda rasa simpati terhadap nasib ba by di dalam rahimnya yang barangkali hanya akan berpeluang merasai kehangatan da kapan ayah buat pertama kali dan terakhir itu. Dia merangkul tubuh Hakim erat. D i dalam masa yang sama air matanya bercucuran. Rangkulan kedua-dua tangan Puteri yang penuh beremosi m dari mimpi. Buat dia tersentak dan seolah-olah baru da dan apa yang sedang dilakukannya. Di dalam sekelip ikan lalu dia merenung wajah yang basah oleh air mata salah. itu bagai menyedarkan Haki menyedari di mana dia bera mata pelukan segera dilera itu dengan perasaan serba

Oh Tuhan! Apa aku dah buat? keluh Hakim di dalam hati. Terkejut dan kesal. Entah kenapa setiap kali tangannya menyentuh kulit Puteri, dia hilang kawalan diri. Y ang tidak sepatutnya terjadi pasti terjadi, sedangkan dia tidak pernah berperasa an begitu terhadap Zureen. Memandang Zureen tidak ubah seperti memandang sekepin g layar putih, tiada warna dan langsung tidak memikat perhatian. Puteri pula bagaikan sekeping layar yang berwarna-warni dan penuh seri. "Puteri..." panggil Hakim tetapi tiada kata-kata yang mampu diucapkan lagi. Dia hanya merenung dan menarik nafas resah. "You balik bekerja bila you dan rasa cukup sihat nanti. The company needs you. I have got to go. Take care!" ujar Hakim sejurus kemudian, lantas melangkah panta s ke arah pintu.

Sebaik sahaja Hakim berpaling pergi, Puteri terjelepok lemah di sofa. Seluruh ji wa dan mindanya terasa begitu kosong dan tidak bermaya. Letih dan hiba. Terasa begitu keseorangan bagaikan baru sahaja ditingga lkan suami untuk selama-lamanya. Akhirnya dia termenung kemudian menangis dan termenung lagi sehinggalah matahari terbenam. Dunia terasa gelap segelap malam yang kian menjelma.

BAB SEMBILAN BELAS ( 19)

SEHARIAN berkejar ke sana sini menunaikan temu janji dengan pelanggan serta raka n-rakan sejawat, tubuh Puteri terasa amat lesu. Cuaca yang panas menambahkan lag i beban kepada tubuhnya yang sudah sedia lemah. Tambahan pula pada pagi itu rasa mual yang dialaminya lebih teruk daripada biasa. Dia tidak berselera untuk bersarapan . Akhirnya dia memulakan kerja dengan hanya segelas air suam dan sekeping biskut . Terasa agak loya dan pening-pening lalat, Puteri segera menelefon Encik Razlan bagi menundakan janji temu mereka yang telah pun dijadualkan pada pukul satu pet ang itu. Dia kemudiannya dengan bersusah payah memandu keretanya menuju ke pejab at. Keadaan lalu lintas yang agak gamat dan padat pada tengah hari itu membuatka n dia terasa seperti mahu sahaja memberhentikan keretanya di sisi jalan dan bari ng di situ sepanjang hari! Setelah mengalami sendiri detik-detik kehamilan, baru dia menyedari begitu susah nya kepayahan yang terpaksa diharungi oleh seorang ibu demi menyambung zuriat di muka bumi ini. Kandungannya baru sahaja berusia tiga bulan setengah. Bulan kese mbilan masih jauh di hadapan, namun nyawa sudah pun umpama telur di hujung tanduk. Sepanjang kehamilan itu, dia tidak pernah merasa sihat walau sedetik pun. Tetapi Hakim pul a hanya tahu mengkritik bahawa dia semakin kurang aktif dan prestasinya jelas me rundum. Akibatnya dua daripada projek besar yang diuruskannya telah dipindahkan ke tangan Rachel dan Tengku Aida. Memang Puteri merasa kecewa dengan tindakan Ha kim itu, tetapi dia terpaksa menghadapi kenyataan bahawa di dalam keadaan sepert i sekarang, dia tidak mampu lagi bergerak cergas. Malang sungguh... untuk melahirkan zuriat Hakim, dia akhirnya menjadi satu aset yang kurang menguntungkan bagi syarikat itu. Hiba di hati kadang-kadang tidak ma mpu ditahan apabila asyik dikritik teruk oleh Hakim sedangkan dia berhempas pula s sendirian demi kelahiran anak mereka. Kerana bayi di dalam kandungan dan keran a Hakim, air matanya hampir kekeringan. Keadaan dia dan Nanu jauh bezanya bagai langit dengan bumi. Nanu sedang bermadu kasih di Koh Samui. Suaranya kedengaran begitu ceria di talian. Tidak segan-silu bercerita bahawa Izad walaupun agak pendiam rupa-rupanya hebat beraksi. Keindah

an pulau di negara gajah putih itu tidak pula disebut. Kata Nanu lagi, dia bahag ia hidup sebagai seorang isteri dan tidak sabar-sabar lagi hendak menimang cahay a mata. Nanu memang jelas bahagia. Mempunyai seorang suami yang setia di sisi pa da kala sakit mahupun senang. Walaupun hidup di dalam keadaan serba sederhana te tap bahagia bagaikan berada di syurga. Bukan seperti Puteri yang bersuamikan seo rang lelaki berharta namun terpaksa bergantung hidup pada hasil titik peluh sendiri. Hidup keseorangan, agaknya mati pun bersendirian. Hanif pula seperti biasa akan muncul sekali-sekala demi mengeratkan lagi silatur ahim di antara mereka. Semakin hari semakin mesra. Hanif tidak lagi kekok bergur au senda. Pernah suatu ketika tatkala mereka keluar bersama, Hanif menyuarakan h asratnya untuk segera membina hidup berkeluarga. Sekali lagi lamaran dihulurkan buat Puteri, tetapi mujur Hanif memahami bahawa Puteri tidak suka digesa. Meluncur masuk ke lot parkir, enjin kereta segera dimatikan. Puteri segera menut up mata, menghela nafas dalam dan menyandar lesu. Lega rasanya. Tetapi baru seke tika berlalu, tiba-tiba sahaja tingkap keretanya diketuk orang. Tersentak, Puter i segera membuka mata dan berpaling. Melihat wajah Azman, dia berusaha mengukir senyuman lalu mencapai fail-fail serta tas tangannya lantas melangkah keluar dari kereta. Kereta Azman rupa-rupanya terparkir bersebelahan dengan keretanya. "Are you okay?" soal Azman merenung resah pada wajah Puteri yang tampak agak les u dan pucat itu. "Muka you pucat benar. Tak sihat?" tanya Azman. "Cuaca panas. I sakit kepala," jawab Puteri sambil tersenyum tawar. Rupa-rupanya ada juga mata yang masih mampu menembusi mekapnya yang sengaja ditebalkan itu. "You dari mana?" tanya Puteri. Setahunya bidang kerja Azman lebih kepada urusan kertas kerja. Masanya lebih banyak dihabiskan di pejabat. Tetapi dalam masa bebe rapa hari itu rasa-rasanya batang hidung Azman hanya kelihatan pada lewat petang . Sejak bila pula lelaki tu ditugaskan bekerja di luar? "Berkursus. Bos hantar I menambah ilmu dalam bidang Administration and Bussines Communication. Sekarang recess hour. Pukul dua nanti sambung balik." "Ya? Baguslah tu. Untuk berapa lama?" "Seminggu aja. Bagi I bawa fail-fail you tu. Let's go. I ada simpan macam-macam ubat di bilik I." "Nampak benar you ni banyak penyakit!" seloroh Puteri cuba bergurau. Azman memang seorang lelaki yang bersifat gentleman dan penyayang. Kalau berumah tangga kelak, pasti menjadi seorang suami yang prihatin. Sayangnya lelaki itu k ekal membujang sehingga ke hari itu dan mengikut pengakuannya sendiri, dia belum berpunya dan hanya mengharapkan jodoh yang ditentukan oleh keluarga. Daripada p

emerhatian Puteri, jelas Azman memang agak pemalu dan tidak pandai memikat perem puan. Kadangkala lelaki itu agak lurus bendul. Setiap kali Safura cuba bermain m ata dengannya, Azman seperti tidak mengerti langsung isyarat yang cuba disampaik an! Apabila ada yang memberitahu bahawa Safura menyimpan perasaan terhadapnya, l elaki itu langsung tidak berani mendekati Safura. "Apa nak buat, dah tua!" balas Azman kemudian tertawa kecil. Sesampai sahaja di pejabat, tanpa berlengah-lengah lagi Azman segera mendapatkan segelas air suam dan dua biji pil untuk Puteri. Mendapat tahu bahawa Puteri belum lagi menjamah makanan tengah hari, tanpa diminta Azman dengan rela hati keluar ke restoran yang berhampiran dan tidak sampai sepuluh minit kemudian dia kembali dengan sebungkus nasi dan lauk-pauk yang dibungkus di dalam bekas berasingan. Selepas memberikan sedikit petua kesihatan kepada Puteri, dia berla lu semula ke bilik , pejabatnya. Azman memang baik hati. Tidak lokek tenaga mahupun wang ringgit. Sepanjang hayatnya Puteri tidak mungkin melupai budi baik Azman. Lelaki itu lebih banyak berbakti kepadanya daripada Hakim. Meramas-ramas sendiri pada belakang tengkuknya yang terasa begitu berat, Puteri merenung pada dua biji pil yang ditinggalkan oleh Azman. Kalau bukan kerana memi kirkan tentang kesan buruk pil itu ke atas baby, rasanya mahu sahaja dia menelan pil-pil itu. Biar lenyap terus penyakit pelik yang sedang dialaminya itu. Dia sudah tidak tahan menanggung bermacam-macam alahan. Semakin matang usia kandunga n semakin tenat pula keadaannya. Setahunya semua itu sepatutnya terjadi pada awa l kehamilan, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya. Hari demi hari dia kian t erseksa. Tubuh badan tidak bermaya, sedangkan kerja perlu juga diselesaikan. Mal angnya dia tidak boleh mengadu pada Hakim. Segala pahit manis terpaksa ditelan s endirian. Memasukkan pil itu ke dalam laci mejanya, Puteri meneguk air suam sehingga ke ti tisan terakhir. Dahaga benar rasanya. Tidak cukup dengan segelas, dia bangun lal u melangkah gontai ke pantry sambil melemparkan senyuman kepada Kakak Ana yang kelihatan haru-biru membelek laci-laci kabinetnya, mencari-cari sesuatu. Tersal ah letak fail lagilah tu... fikir Puteri. Di hadapan Kakak Ana, dia terpaksa ber lagak cergas walaupun diri sebenarnya tidak bertenaga. Soalan-soalan pelik serta renungan mata Kakak Ana sejak akhir-akhir i tu agak membimbangkan. Kakak Ana yang pernah mengandung dan melahirkan dua orang anak itu bagaikan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada Puteri. Lebih-leb ih lagi apabila tiba-tiba sahaja Puteri mula membataskan sesi aerobik mereka. Pe rgi pun sekadar memenuhi jadual. Tidak banyak pergerakan yang mampu dilakukannya kalau dibandingkan dahulu. Pertama kali melihat Puteri hampir-hampir termuntah ketika sama-sama bersarapan pagi, Kakak Ana merenung selamba. Puteri pula yang m enggelabah. Cuma Kakak Ana pernah komen bahawa wajah Puteri tampak kian berseriseri.

Sesampai di pantry, baru sahaja Puteri menghulurkan tangan ke arah tombol pintu, tiba-tiba sahaja daun pintu ditolak kuat dari arah bertentangan. Puteri cuba be rundur pantas, tetapi daun pintu tersebut terlanggar kuat pada gelas di tangan d an kemudiannya menghentam pada tubuhnya. Bunyi gelas terhempas ke lantai kedenga ran. Gagal mengawal kedudukan diri, Puteri hampir-hampir sahaja tersungkur tetap i nasib baik tangannya sempat mencapai sebuah kabinet. Pada saat itu terasa berg etar seluruh urat nadinya dan nafasnya menderu turun naik dengan pantas. Dada ti ba-tiba sahaja terasa sesak. Lutut jadi lemah. Tangan sakit. Perut pun terasa se nak. Masih di dalam keadaan terkejut, Puteri berpaling memandang pada wajah Tengku Ai da. Baru sesaat yang lalu dia melihat Tengku Aida menjeling ke arahnya dari dalam pantry yang berdinding separa kaca itu, tidak mungkin peremp uan itu tidak menyedari bahawa dia sedang menghampiri pintu? Daun pintu pula diayun sepenuh tenaga. Teng ku Aida sengaja melakukan semua itu? Sungguh dia tidak percaya Tengku Aida membe nci sehingga sanggup bertindak sejauh itu! Bagaimana kalau dia terjatuh dan menc ederakan baby? "Opps! So sorry!" kata Tengku Aida dengan mata bersinar penuh licik. Melihat rup a cemas Puteri, hatinya terasa puas. Sudah lama dia mencari-cari kesempatan untu k kenakan Puteri. Cerita Saloma tentang usaha Puteri untuk memikat hati Hakim me ngesahkan lagi syak wasangkanya selama ini. Sah bahawa Puteri sememangnya bernia t untuk memerangkap Hakim. Tidak cukup sekadar memegang jawatan executive assist ant merangkap pengurus bahagian pembangunan, Puteri rupa-rupanya berhasrat untuk menyandang status Madam CEO pula!

Sebaik sahaja melihat wajah simpati tanpa perasaan Tengku Aida itu, entah bagaim ana darah tersirap laju ke kepala. Sakit hati. Bengang. Tanpa disedari tangan Pu teri melayang pantas ke pipi Tengku Aida. Pang!! Terbuka lebar mata Tengku Aida anak manja yang hampir-hampir "You...!! How dare you!" jerit Matanya menyilau tajam. Tubuh tah-patahkannya! apabila penangan Puteri hinggap di pipinya. Bagai menangis melolong, mulutnya melopong. Terkejut. Tengku Aida lantang dengan hati membengkak marah. Puteri seperti mahu sahaja diramas-ramas dan dipa

"Berani you lempang I! You ingat you ni siapa?" jerit Tengku Aida lagi. Wajah manja kian berubah ganas. Tiba-tiba sahaja keduadua tangannya menolak kuat pada dada Puteri sehinggakan Puteri terpelanting ke belakang. Terkejut dengan tindak balas agresif Tengku Aid a itu, Puteri terpempan takut. "Jangan berani nak cari pasal dengan I!" "Aida, I tak sangka you sengaja nak susahkan I."

"Siapa cakap I sengaja? I tak sengaja! Kemalangan! Accidens happen in every ten seconds, okay!" "You memang sengaja nak menyusahkan I. Kenapa, Aida? Apa salah I pada you?" "Hei perempuan! You dengar tak I kata, I Lain kali bila berjalan tu jangan asyik ah Tengku Aida semakin menyinga. Seperti engaku kalah. Walau dengan apa cara pun, n benang basahnya itu. tak sengaja? I bukannya ada mata x-ray! nak berangan! Menyusahkan orang!" tingk biasa perempuan itu tidak pernah mahu m dia pasti akan berusaha untuk menegakka

"Kali ni I maafkan you, Aida... tapi kalau you cuba lagi..." "Jangan cuba nak ugut I, Puteri! Sedar sikit you tu siapa! You yang kena melutut mohon maaf pada I, bukannya I, faham? Minta maaf pada I. I takkan terima cara l ain kecuali you melutut pada I. Do it now or else!" gertak Tengku Aida angkuh. "Jangan melampau, Aida! I..." "Hey, what's going on here!" Kedengaran suara Hakim mencelah tiba-tiba. Malah bu kan sahaja Hakim, babak bertikam lidah itu rupa-rupanya sedang disaksikan oleh s eluruh isi pejabat merangkap peon, kerani dan para eksekutif serta pengurus. Sem ua orang tercengang memerhati tanpa berani campur tangan. Tiba-tiba sahaja rasa aib menguasai diri. Puteri tertunduk. "Apa hal ni? Puteri?" tegur Hakim. Dia berpaling dari wajah hiba Tengku Aida kep ada wajah geram Puteri. Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke pejabat seminit yan g lalu, suasana pejabat itu tidak ubah bagaikan pertunjukan opera Cina! Semua ma ta hampir terbeliak memandang ke arah yang sama. Rupa-rupanya Puteri dan Tengku Aida masing-masing sedang menunjuk taring. "Hakim...! Tak semena-mena dia pukul I!" adu Tengku Aida lalu meluru ke arah Hak im sambil telapak tangan mendakap di pipi. "I dah kata you yang serahkan projek tu pada I, bukan I yang nak. Tapi dia..." K ononnya sebak, Tengku Aida tidak lagi mampu bersuara. Matanya berkaca-kaca tatka la cuba meraih simpati Hakim. Terkedu Puteri apabila mendengar putar belit Tengku Aida itu. Perempuan itu su dah menyimpang jauh! Melampau betul! "Hakim, bukan..." "Diam!! Both of you in my office. Now!" Pintu tertutup rapat. Sunyi sepi. Bunyi deringan telefon pun tidak kedengaran. P uteri di sudut kanan, Tengku Aida di sudut kiri dan Hakim pula duduk di kerusiny a di hujung ruang. Matanya merenung tajam pada dua wanita anggun yang sedang mem belakangi antara satu sama lain di hadapannya itu. Insan yang setiap kali bertem u pasti bercakaran secara senyap. Tetapi kali ini entah macam mana semua itu sud ah di luar kawalan. Khabarnya sampai serang menyerang. Sanggup Puteri dan Tengku Aida menjadikan krisis di antara mereka sebagai tontonan ramai dan memalukan di ri sendiri? "Wanita korporat... kononnya profesional," suara Hakim lalu tersenyum pahit. Mat anya menilik tajam pada kedua-dua wanita cantik di hadapannya itu. Seorang bersut navy blue dari hujung rambut ke hujung kaki dan seorang lagi bergaya ranggi dengan berblaus warna peach yang dipadankan

dengan seluar panjang sendat. Kedua-duanya secara fizikal sama cantik. Setandin g. Cuma malangnya sentiasa bersaing dan tidak pernah serasi. "Sungguh I tak percaya kamu berdua sanggup menjatuhkan maruah sendiri sedemikian rupa. Apa bezanya kamu dengan budak-budak? Layakkah kamu gelar diri sebagai wan ita terpelajar?" ujar Hakim tenang. Matanya beralih dari wajah mendung Puteri ke wajah selamba Tengku Aida. Dia tidak tahu bagaimana mahu memihak. Siapa yang bersalah? Apa punca sebenar pe rselisihan faham tersebut? Sekadar soal kerja atau lebih daripada itu? Menghadap i kaum perempuan yang kaya dengan bermacam-macam kerenah membuat Hakim benar-ben ar bersimpati terhadap lelaki-lelaki yang hidup berpoligami. Dilema yang mengasa k di hatinya kini tentu sahaja dirasai saban hari oleh golongan tersebut. "Aida, apa yang terjadi?" tanya Hakim. "Tiba-tiba aja dia tuduh I rampas projek dia. Bukan salah I, tentulah I sakit ha ti. You nak I diam aja? Well, I am sorry, I couldn't!" balas Tengku Aida tanpa b erlengah-lengah. Baginya, kalau ada jarum harus segera dicucuk. Peluang harus di rebut. Dia perlu pandai memainkan peranan supaya tiada lagi ruang bagi musuh unt uk bertindak balas. Mendengar penjelasan Tengku Aida itu, Hakim berpaling kepada Puteri, merenung ke sal lalu melepaskan satu keluhan kecil. "Puteri, I sangka I dah jelaskan semuanya dan you faham kenapa I terpaksa serahk an projek tu pada Aida. Kalau you tak berpuas hati, berterus terang dengan I. Ta k berbaloi bertindak mengikut perasaan!" "Hakim, I..." "I nak you minta maaf pada Aida. Janji pada I bahawa isu seperti ni takkan timbu l lagi pada masa depan. You..." "Hakim, apa yang terjadi sebenarnya..." "Hakim, tengok dia masih nak salahkan I! This is not fair!" potong Tengku Aida d engan wajah sendu. Air matanya mulai menitis laju. Semua itu membuat Puteri tergamam. Terkedu dengan kehebatan lakonan Tengku Aida. "We are a team, Puteri. You know the rules. Tolong hulurkan tangan dan minta maaf pada Aida," arah Hakim. Suaranya walaupun kedengaran perla han tapi bernada tegas. Tiada tolak ansur. Renungan mata Hakim itu membuat darah Puteri tersirap. Hatinya sakit umpama ditu suk sembilu. Geram bercampur hiba. Lagi-lagi dia yang dipersalahkan. Bagaikan an ak bongsu, kesalahan Tengku Aida sentiasa dibiarkan sedangkan dia pula dilayan s eperti anak pungut! "Hakim, kalau you percaya pada kata-kata dia, you dah lakukan kesilapan besar!" tingkah Puteri lalu mengorak langkah pantas meninggalkan bilik Hakim tanpa mempe dulikan satu apa pun. Panggilan Hakim lingsung tidak dihiraukannya. Hatinya tera sa begitu sebak apabila Hakim jelas sekali memihak kepada Tengku Aida. Dia telah dihukum tanpa usul periksa dan langsung tidak diberi peluang untuk bersuara!

Kembali ke biliknya, Puteri membungkam bengang. Rasa marahnya kian membara. Kini bukan sahaja marah pada Tengku Aida, tetapi geram terhadap Hakim. Geram yang te ramat. Mahu sahaja rasanya dia terjun dari tingkat lima itu daripada terseksa me ngandungkan zuriat Hakim! Dalam pada dia sedang sibuk melayani rasa sakit di hati, tiba-tiba sahaja bahagi an bawah perutnya terasa begitu ngilu. Sakit seperti isi perutnya sedang diramas -ramas dan ditarik-tarik. Perit! Peluh sejuk memercik. Cemas, Puteri cuba berten ang dengan menghela dan melepaskan nafas panjang berulang kali. Malangnya kesaki tan itu tidak juga hilang. Baby...?? Oh tidak... rintih hati Puteri apabila menyedari kemungkinan dia bakal kehilangan bayi di dalam kandungan. Air mata tiba-tiba sahaja mengalir. Dia rel a kehilangan Hakim, tetapi bukan baby! Tidak tahu apa yang harus dilakukannya, P uteri mula memejam matanya rapat-rapat dan berdoa ke hadrat Ilahi. Kemudian seka li lagi dia menghela dan melepaskan nafas panjang. Relaks dan cuba menenangkan f ikiran dengan kedua-dua telapak tangannya menekap lembut di perutnya. Telefon ya ng berdering tiada henti langsung tidak diangkat. Interkom daripada Safura juga tidak diendahkan, begitu juga dengan interkom daripada Hakim. Dia tidak peduli. Apa yang difikirkannya hanyalah untuk memanjangkan hayat baby. Tidak berapa lama kemudian, kesakitan itu akhirnya reda.

PUTERI berjumpa Doktor Sandra Low buat kali kedua dengan perasaan penuh gundah. Kerana baby dia hilang rasa malu untuk menangis di hadapan doktor itu mahupun sesiapa sahaja. Dia tidak rela kehilangan. Baru dia s edar betapa kasih sayangnya terhadap anak di dalam kandungan adalah melebihi cin tanya terhadap Hakim. "Am I losing the baby!" tanya Puteri perlahan sesaat selepas pemeriksaan ultrabu nyi dimulakan. Suaranya bergetar. Hatinya cemas. Sambil merenung pada gambaran k abur di skrin monitor, air matanya berlinangan. Sungguh dia kesal kerana tidak b erhati-hati sehingga memberi peluang kepada Tengku Aida untuk bertindak. Bukanka h selama ini dia sudah pun tahu bahawa perempuan itu tidak ubah bagaikan sang ra tu cobra yang hanya menunggu masa untuk menyerang? Lima bulan yang lalu, sebaik sahaja selesai menjalankan perbincangan dengan seorang peniaga Taiwan, tangan lelaki tua itu tiba-tiba saha ja menggatal tidak tentu fasal. Paha Puteri dijamah. Maruah Puteri hampir-hampir diceroboh. Rupa-rupanya Tengku Aida pernah berbisik ke telinga lelaki itu bahaw a Puteri sudi tubuhnya diratah seadanya asalkan perjanjian itu dimeterai mengiku t syarat-syarat yang ditentukan oleh syarikat mereka. Oleh kerana tidak mahu men geruhkan suasana, Puteri diamkan daripada pengetahuan sesiapa. Tetapi Tengku Aid a dimaki secukup-cukupnya. Malangnya perempuan itu hanya tersenyum sinis seolaholah tidak ada satu apa pun di dunia ini yang mampu menundukkannya. "No. I don't think so. Nampaknya dia di dalam keadaan sihat. The heart is beatin g perfectly normal. See" kata Doktor Low sambil menunjuk kepada satu titik di sk rin.

Leganya hati Puteri tidak terkira tatkala mendengar kata-kata doktor itu. "Oh syukur... I fikir..." sebak, Puteri tidak mampu berkata-kata. Air matanya me nitis lagi. "Thank you so much, doctor!" ujar Puteri sambil mengesat pipi yang masih basah. Hati terasa amat gembira. "Tapi puan, masalah sebenar adalah terletak pada diri puan. Tubuh puan sendiri t ak sekuat mana. Berat badan Puan tak bertambah ke tahap yang sepatutnya. A matte r of fact, you're losing weight. Ini bukan tanda-tanda yang menyenangkan bagi se orang ibu mengandung. You're fragile..." beritahu Doktor Low serius. Sesaat kemu dian dia menghela nafas dalam lalu meneruskan kata-katanya. Kaca mata dibuka dan diletakkannya di sisi. "Kalau puan tak menjaga kesihatan puan dengan baik, ia akan memberi kesan buruk kepada perkembangan janin. Sekiranya perkara ini terjadi di dalam peringkat trim ester, maka kemungkinan..." "Jadi... I akan..." Keresahan yang kian reda kini kembali bergelojak. Puteri tid ak senang duduk. Bagaimana tahap kesihatannya boleh jadi sebegitu teruk? "Doktor, tolonglah... I tak mahu kehilangan anak ni. I cuma..." "No, don't worry. Bertenang puan. Dengar nasihat saya... pastikan puan makan mak anan seimbang dan rehat secukupnya. Buat masa sekarang, jangan terlalu banyak be rgerak, no unnecessary trip dan jangan sesekali angkat barang-barang berat. Dan yang paling utama, no emotional stress dan sentiasa senangkan hati," nasihat Dok tor Low tenang. Wajah resah Puteri direnungnya tepat. No emotional stress! Senangkan hati? Sedangkan dia menghadapi tekanan emosi hamp ir setiap detik kehidupannya. Kerana Hakim hatinya sentiasa sakit bagai dicucuk duri. Bagaimana dia mahu mencari ketenangan kalau rindu dendam tidak pernah berbalas dan semakin hari diri semakin rasa ter biar? Dia punya hati dan perasaan.... "Kalau puan ke sini memandu, lebih baik puan telefon husband puan sekarang juga. Hari ni puan dah memberikan satu tekanan berat pada kandungan puan, jadi... bal ik berehat. Let the man of the house does all the chores for a few days. It woul dn 't hurt." "Er... sekarang ni dia di luar negara. I terpaksa drive sendiri." "Just don't over do yourself, okay!" nasihat Doktor Low lagi. Dia tersenyum rama h.

"I promise" bisik Puteri. Di kepalanya mula terbayang akan kertas kerja yang ber

timbun, jadual temu janji serta tempat-tempat yang perlu dilawati. Bagaimana sem ua itu boleh diselesaikan kalau dia hanya duduk goyang kaki? Silap hari bulan di layangkan pula dengan memo mengejut dari meja tuan CEO. Ketika itu Tengku Aida p asti tersenyum lebar sampai ke telinga. "Mungkin lain kali suami puan boleh ikut serta supaya dia tahu tahap kesihatan p uan. It's good for both of you. Biasanya para suami akan jadi lebih prihatin," j elas Doktor Low sambil mencatatkan sesuatu pada sekeping kad. "Oh, ya. Sudah tentu," balas Puteri sambil tersenyum lesu. Mengetahui bahawa jan ji itu adalah sebuah janji yang tidak mungkin dapat ditunaikan, dia melarikan pa ndangan matanya jauh daripada doktor itu. Apabila rasa sebak menerjah ke kerongkong, dia cuba bertahan. Nasihat doktor agar dia sentiasa bertenang segera diingati. Kalau terpaksa melupakan Hakim demi nyawa baby, dia rela. Lagip un Hakim tidak mungkin lagi memberikannya kebahagiaan seperti yang dihajati. Hak im hanya membuat dia lemas di dalam derita. "Doktor, next week I kena hadir satu conference di Singapore. Ada problem tak na nti kalau I naik flight?" "Kalau puan jaga diri dan berehat secukupnya terutama sekali dalam masa beberapa hari ni, semuanya akan baik. It should be no problem"

BAB DUA PULUH ( 20)

SUNGGUH Puteri tidak menyangka bahawa dia berpeluang merasa hidup di bawah satu bumbung bersama Hakim selama seminggu di Singapura! Lima minit yang lalu tatkala Hakim menyatakan bahawa suite itu adalah penthouse miliknya dan mereka berdua a kan tinggal di situ selama persidangan itu berlangsung, Puteri agak terpanar. Te tapi seketika kemudian perasaannya dilambung ceria. Seronok. Dekorasi di setiap sudut ruang tamu penthouse itu sungguh memikat had. Macam sui te presidential sebuah hotel lima bintang. Warna pastel krim kelihatan di mana-m ana termasuk warna perabot dan langsir. Ringkas tetapi menarik dan selesa mata m emandang. Tampak berseri dan damai. "Ni bilik you," ujar Hakim sambil membukakan pintu sebuah kamar. Beg pakaian Puteri diletakkannya di atas tilam yang bercadar putih susu b ersulam renda. Ringkas tetapi cantik dan kemas. Kamar itu dihias indah dengan se buah meja solek bercorak antik, almari pakaian antik dan juga dua buah kerusi santai. Tidak ketinggalan j uga sebuah perhiasan lampu di tengah-tengah ruang. Melangkah ke arah pintu menuju ke balkoni, Puteri melemparkan senyuman ceria kep ada Hakim. Berada di situ bersama Hakim entah kenapa membuat hatinya berasa tena ng. Buat dia rasa bersemangat. Agaknya kerana di situ hanya ada dia dan Hakim da n... baby. Cuma mereka bertiga tanpa gangguan orang tertentu.

Menolak pintu lungsur kaca lalu melangkah keluar ke balkoni yang menghadapi Scot ts Rd., Puteri dapat merasakan kenyamanan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Bibirnya melebar senyum senang lalu dia membiarkan pandangan matanya melangkau t enang ke arah pemandangan kota Singa yang sebenarnya tidak banyak bezanya daripa da bandar raya Kuala Lumpur itu. Bangunan, manusia dan kenderaan di mana-mana. S ama. Segala-galanya kelihatan berkilau dek cahaya mentari yang memancar terik. S eperti biasa, panorama serta aktiviti warga kota kelihatan begitu menarik. Puas memerhati, dia berpaling ke arah Hakim. Menyedari bahawa Hakim sedang memerhatik an segala gerak-gerinya. Dia tersenyum lalu melangkah semula ke dalam kamar. "I'm sorry... leka. I memang suka lihat pemandangan dari sudut atas," ujarnya sa mbil merapati Hakim. Rambutnya yang baru ditiup angin segera dibetulkan. "I pun. Itu sebabnya I pilih tempat yang macam ni," balas Hakim. "Siapa yang hias rumah ni?" tanya Puteri sambil tangannya menyentuh perlahan pad a cadar tilam yang tampak begitu lembut dan cantik itu. "Seorang kawan," jawab Hakim sambil matanya mengikuti pergerakan jari-jemari Put eri. Di dalam hati berdetik dengan berbagai-bagai tanda tanya. Dia merasa pelik melihat Puteri tiba-tiba sahaja begitu ceria dan bertenaga. Wajah yang sebelum i ni sugul kini tampak berseri-seri! Perubahan sikap Puteri yang begitu mendadak itu amat menghairankan. Buat perasaa n Hakim gundah. Tidak sedap hati. Selama beberapa hari selepas kejadian yang mem alukan di antara dia dan Tengku Aida, Puteri bagaikan merajuk hati. Puteri tidak bersuara melainkan apabila ditanya. Malah buat julung-julung kali Puteri cuba m enarik diri daripada hadir ke persidangan yang akan bermula esok itu. Sebaliknya dia menyarankan agar Hakim membawa Tengku Aida! Apabila Hakim menolak, muram di wajahnya kian jelas. Di atas flight, walaupun duduk bersebelahan, mereka langsung tidak berbual seper ti pasangan lain. Puteri tidak menegur, dia pun tidak menegur. Masing-masing dia m membisu. Bercakap hanya perkara perlu. Ketika itu dunia Hakim terasa begitu te gang dan membosankan. Tetapi sekarang... Puteri tampak 'hidup'. Berada di tempat asing bagaikan menyuntik semangat baru ke dalam jiwa Puteri. "Ikut cita rasa you?" "Sebenarnya ikut cita rasa dia." "Oh! Nice taste." "She's a pro. Er... mungkin you perlu berehat. You've got... two hours. Petang n anti I bawa you keluar makan," kata Hakim lalu mengorak langkah ke arah pintu ka mar. Dia perlu menjarakkan diri. Berdua-duaan dengan Puteri menimbulkan satu mac

am perasaan di hatinya. Terpesona dan teruja. Matanya terlalu seronok menikmati setiap langkah serta ayunan pinggul Puteri. S emuanya kelihatan terlalu menawan. Hangat. Buat darah jantannya sentiasa bergelo ra. "Tak mengapa. I keluar sendiri. Nanti I nak jumpa kawan lama." "Oh!" Terpempan Hakim sebaik sahaja mendengar kata-kata Puteri itu. Perasaan ras a terusik. Puteri mahu bertemu kawan lama? Siapa? Soalan itu hampir-hampir sahaja terlontar dari bibir Hakim, tetapi dia se gera menahan diri. Banyak bertanya takut nanti hilang pula sinar pada wajah Pute ri. Dia tidak mahu mood Puteri berubah. Dia benar-benar sudah tidak tahan lagi u ntuk terus memandang pada wajah muram Puteri. Setiap kali menatap pada sinar mat a Puteri yang suram tu, dia rasa amat tersepit. Rasa berdosa. "Well, okay" ujar Hakim seketika kemudian. Matanya merenung agak lama pada Puter i. Hati terasa berat untuk melepaskan Puteri bersama entah lelaki mana. Payah! "Jangan balik lewat. Ingat, kita ada conference esok pagi," ujar Hakim lagi, men gingatkan Puteri. Sepuluh minit selepas ditinggalkan bersendirian, Puteri mula berkemas. Segala is i beg dilonggokkan di atas katil. Dia mengasing-asingkan apa-apa yang patut. Kem udian merebahkan tubuhnya ke tilam yang empuk. Kancing bra segera dibuka lantas dia melepaskan nafas lega. Sesungguhnya kehamilan itu menyebabkan dia merasa tid ak selesa. Lenguh-lenguh badan dan kadangkala pinggang terasa bagai dipulas. Dud uk baring semuanya serba tidak kena. Tidak cukup selesa, seluar panjang hitam yang disarungkan ditubuhnya sejak pagi itu pula dibuka lalu tangannya mengusap perlahan pada perutnya yang kian menonjol tetapi belum j elas kelihatan itu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia bertelanjang bulat. Ker ana baby, mana-mana seluar ataupun skirt yang disarungkan ke tubuhnya kelihatan lebih sendat daripada biasa. Memang di dalam masa dua minggu itu tubuhnya tampak lebih berisi. Depan dan belakang bertambah seksi. Demi baby, dia menjaga pemaka nannya sebaik mungkin. Makan apa yang patut dan cuba meluangkan masa berehat tan pa memikirkan perkara-perkara negatif. Malangnya dalam masa dua bulan akan datan g apabila terpaksa mengusung perut ke sana sini, dia pasti tampak hodoh di mata semua. Hodoh juga di mata Hakim. Buat seketika Puteri mengeluh kesal, namun dia tidak menyesal mengandungkan baby. Kini baby adalah segala-galanya. Puas bersantai, Puteri bangun lalu membuka almari pakaian tetapi alangkah terkej utnya dia apabila ruang almari itu rupa-rupanya sudah pun separuh dipenuhi denga n gaun-gaun wanita yang pelbagai fesyen! Darah tiba-tiba sahaja menyirap. Hatiny a dirembat rasa cemburu. Pakaian perempuan mana? bisik hatinya geram. Tanpa berfikir panjang dia meluru ke kamar Hakim. Kebetulan pintu kamar terbuka lebar dan pada kala itu Hakim sedang sibuk menelanjangi tubu h sendiri. Kehadiran Puteri tidak disedari. Ketika T-shirt sendat ditarik dari t ubuh sasanya, otot-otot pada tubuh Hakim kelihatan bagaikan hidup. Hakim tampak

begitu gagah. Seksi. Betapa indahnya tubuh seorang lelaki! Terkedu Puteri menyak sikan panorama indah yang sedang berlangsung di hadapan matanya itu. Melihat Hak im membuang T-shirt tersebut ke atas tilam, lalu kedua-dua tangannya menuju ke bahagian pinggang dan tali pingg ang dibuka perlahan, dia bagaikan terdengar degupan jantung sendiri. Apabila ked engaran bunyi zip ditarik, dia tersentak. Degup jantungnya bergema.

"Er... Hakim!" panggil Puteri sebelum Hakim sempat meneruskan aksi selanjutnya. Dia menarik nafas dalam-dalam. Cuba melegakan nafas yang tiba-tiba berubah renta k. Sesak. Siapa yang tidak ingin menjamu mata menyaksikan strip-tease percuma, lebih-lebih lagi apabila diaksikan oleh lelaki bertubuh macho seperti Hakim? Dia memang ter ingin. Tetapi menyedari bahawa keinginan biasa itu pasti melarat menjadi keingin an yang tiada batasnya, dia segera memalingkan wajahnya daripada Hakim. Seronok memang seronok, tetapi kalau terpaksa menanggung seksaan batin tanpa ada penawar nya, dia tidak sanggup. Tatkala Hakim berpaling dan merenung tepat ke arahnya, Puteri merasa serba tidak kena. Berdebar jantungnya. Perasaan marah memang telah lama lenyap, yang timbul kini adalah rasa cemas bercampur ghairah. "I... I'm sorry. I cuma nak bertanya..." Malangnya renungan mata Hakim akhirnya membuat Puteri hilang kata-kata. Terpukau. Indah sungguh renungan! Mata saling bertemu. Tanpa berkelip Hakim terus menjelajahi tubuh Puteri dari hu jung rambut sehingga ke hujung kaki. Matanya terpukau pada paha mulus Puteri yan g telanjang tanpa seurat benang itu. Hatinya terjerat dengan dada yang tampak cu kup mengkal di sebalik kemeja putih bersih itu. Entah kenapa akhir-akhir itu set iap kali terpandang wajah Puteri, terasa ada getaran aneh di dalam hatinya. Getaran yang tidak mampu dilaw an. "Hakim... I... never mind!" ujar Puteri, mahu segera berlalu ke kamarnya. Renung an pelik Hakim itu membuat dia gementar. Bukan masa dan ketikanya untuk membuat Hakim merenungnya dengan renungan jantan begitu. Dia belum bersedia. "Puteri...!" Entah bila Hakim mengorak melangkah, tetapi di dalam sekelip mata sahaja dia sud ah pun berdiri rapat pada Puteri. Tubuh Puteri dicapai dan dibelai. Tetapi pada saat Hakim hampir-hampir menyatukan bibir mereka, Puteri segera berundur. Dia ta hu Hakim bukan sekadar inginkan satu kucupan. Air muka Hakim menyatakan bahawa H akim inginkan segala-galanya yang tidak mampu diberikan olehnya pada saat itu! "Puteri..." keluh Hakim. Nafas hampanya menderu. Dia memejamkan matanya rapat-ra

pat cuba menahan kesakitan dek penolakan Puteri itu. Tetapi cengkaman tangannya di tubuh Puteri tidak pernah renggang. Malah kian cergas. Kian menjadi-jadi. Kem eja longgar Puteri bagai mahu dilucutkan segera. "I perlukan you..." bisik Hakim di telinga Puteri. "Hakim?" Tersentak Puteri mendengar kata-kata Hakim itu. Hakim memang sudah bias a beraksi dalam menyatakan kehendak, tetapi berterus terang melalui kata-kata be gitu memang mustahil. Bukan cara Hakim. "I perlukan you, Puteri..." ulangi Hakim. Suaranya kedengaran agak bergetar. Jar i-jemarinya melurut hangat ke pangkal paha Puteri sehingga mendesah nafas Puteri dek terkejut. Lagipun dia khuatir sekiranya Hakim menyedari akan perubahan pada bentuk fizikalnya. Tanpa ditutupi seurat benang, perutnya tidak lagi kelih atan seleper dahulu. Hakim pasti kehairanan. Kalaupun Hakim terlalu sopan untuk bertanya, pasti di hatinya sarat dengan andaian dan juga tanda tanya. "I'm sorry. I... tak sihat!" kata Puteri pantas. Teringat hukum bahawa nusus dan berdosa sekiranya seorang isteri ingkar kehendak suami, hatinya berpalit sediki t rasa bersalah. Perasaannya berbelah bahagi. Tetapi menurut kata Doktor Low, tu buhnya masih tidak cukup kuat untuk menampung sebarang tekanan. Aktiviti lasak p erlu dielakkan sama sekali. Mengukur tahap awal keghairahan yang ditunjukkan ole h Hakim itu, dia sedar bahawa menolak adalah pilihan terbaik. Dia tidak boleh me mpertaruhkan nyawa baby walau demi kebahagiaan Hakim sekalipun. Kehendak Hakim t idak seharusnya dilayan. "Puteri, please... I cuma nak.... Oh God..A I can't let you go...!" Suara Hakim kedengaran perit. Renungan matanya resah. Dia amat terdesak. Rangkulan di pingga ng Puteri tidak mahu dilepaskan. Tiba-tiba sahaja tubuh Puteri dipeluk erat. Seb aik sahaja merasai bahang dari tubuh Puteri, jarijemarinya tidak mampu lagi berdiam. Tubuh Puteri mula diterokai semahu-mahunya. "Hakim, I tak boleh.... Please don't..." rayu Puteri cemas. "Just one hot kiss and I promise... I shall be gone" rayu Hakim dan tanpa izin b ibirnya mendarat perlahan di bibir Puteri. Beberapa saat berlalu namun tiada kep uasan kerana Puteri hanya membatu. Tidak ada sebarang reaksi. Puteri tiada bezan ya dengan potret di dinding! Lemas berdayung sendirian, akhirnya Hakim mengeluh kecewa. Malangnya bibirnya tetap kempunan agar dibelai o leh bibir Puteri. Dia rindukan kehangatan sebagaimana suatu ketika dahulu. Ia um pama soal hidup dan mati! Dia tidak mampu berganjak selagi keinginannya tidak di penuhi. "Jangan...." Puteri menggeleng. Berkeras. Sekali lagi tubuh Hakim cuba dileraika n dari tubuhnya, tetapi kekuatan Hakim bukan tandingan. Semakin ditolak semakin erat rangkulan Hakim.

"Jangan paksa I, Hakim," kata Puteri lalu tubuh Hakim sekali lagi ditolak perlah an. "You menghukum I? You sengaja seksa I?" tuduh Hakim. Matanya merenung hiba pada anak mata Puteri. "I tak sihat, Hakim!" tegas Puteri walaupun hati mula dirasuk rasa simpati. Siap a kata Hakim tidak pandai memujuk rayu? "One kiss won't hurt, Puteri. Tolong I..." rayu Hakim lagi. Malangnya Puteri tet ap menggeleng tegas. Dia tahu sekali bibir mereka bertaut dan bermesra, tidak mungkin lagi ada penghu jung bagi babak tersebut. Dasar musafir kehausan, Hakim pasti meneguk selagi bel um puas. Sebaik sahaja puas dia akan tersadai lega lalu dengan mudah melupakan s egala nestapa yang baru sahaja sesaat berlalu itu. Akhirnya yang bakal terseksa jiwa d an raga adalah Puteri, sedangkan Hakim pula akan membelakangkan semua itu bagaik an mimpi semalam. Siapa dia bagi Hakim kalau bukan seorang isteri yang bakal diceraikan? Empat bul an sudah berlalu, malangnya tiada pencapaian di pihak Puteri. Hakim sendiri tela h membina tembok di antara mereka yang jauh lebih kukuh daripada dinding konkrit. Kini Puteri sudah tidak berdaya. Tia da juga upaya. Apabila kandungannya mencapai usia lima bulan dan jelas kelihatan , dia nekad tidak akan menunjukkan walau bayangnya sekalipun kepada Hakim.

"Sekarang you mengaku tak boleh hidup tanpa I, Hakim. I dah menang?" ujar Puteri sengaja membangkitkan cabaran yang pernah diutarakan oleh Hakim empat bulan yan g lalu. Tersentak Hakim. Soalan dari bibir Puteri itu bagaikan suis yang mematikan gelor a nafsunya yang sedang berkocak itu. Tiba-tiba sahaja wajah Dato' Salihin, Sheri na dan Zureen terimbas di kotak fikiran. Segala janji-janjinya mula terngiang-ng iang di telinga. Senyuman bangga yang sentiasa dilemparkan oleh ayahnya sejak ak hir-akhir itu terbayang di ruang mata. Dia sudah wujud di ruang hati Dato' Salih in. Dialah anak yang berjasa kepada keluarga. Semuanya kerana Zureen. Peluh sejuk memercik. Mata Hakim tegak memandang pada wajah Puteri. Lama. Dia be rperang dengan perasaan sendiri. Mestikah dia ketepikan ahli keluarganya demi Pu teri? "Tidak...." Hakim menggeleng. "You tak menang, Puteri. Tentu saja I boleh hidup tanpa you," sambung Hakim. Air mukanya kini dan sesaat yang lalu jauh berbeza. Puteri sememangnya sudah menduga begitu jawapan Hakim. Hatinya rasa amat terhiri s. Luluh. Rasa seperti ingin menangis dan meraung. Mendung suasana petang, agakn ya mendung lagi sinar pada wajahnya pada saat itu. Jelas sekali bahawa drama yan

g berlangsung di antara mereka seketika yang lalu itu terjadi kerana Hakim terde sak untuk mengulit kehendak batin, bukan terdorong kerana kasih sayang. Seperti juga lelaki-lelaki lain, Hakim hanya kempunankan tubuhnya. "I ada temu janji..." ujar Puteri lantas melangkah pergi meninggalkan Hakim. Sebaik sahaja membelakangi Hakim, air mata jatuh berderai tanpa dapat ditahan-ta han. Baby pula tiba-tiba sahaja membuat kejutan. Buat pertama kalinya bergerak-g erak kecil seolah-olah menegur, kenapa dengan ibu? Saat itu Puteri tidak tahu sa ma ada mahu menangis ataupun ketawa dengan tindak balas permata hatinya itu. Gem bira dan duka bercampur baur. Hampir-hampir sahaja dia berpaling kepada Hakim da n menjerit bahawa baby sedang menendang-nendang! Tetapi menyedari bahawa dialah bakal ibu dan juga bapa kepada baby, mulutnya segera dikunci. Langkah diayun per lahan menuju ke kamar. Di situ dia menyepi dan menunggu agar baby menegur lagi.

BAB DUA PULUH SATU (21) HAKIM mengeluh berat. Fikirannya benar-benar kusut. Membawa Puteri ke persidanga n itu adalah satu kesilapan. Memilih untuk tinggal di bawah satu bumbung pula me rupakan kesilapan besar. Dia tidak sepatutnya melakukan kesilapan sebegitu. Teta pi entah apa yang mendorong, beberapa hari yang lalu dia bagaikan tidak sabar-sa bar menunggu hari di mana mereka meninggalkan Kuala Lumpur bersama, dan dia lebi h tidak sabar-sabar untuk membawa Puteri ke rumah itu. Malangnya apa yang dia da pat hanyalah rasa tension yang berpanjangan dan frust yang tidak berpenghujung. Adakah itu yang disebut sebagai terlalu menurut kata hati tanpa pengawasan akal rasional dan hanyut dalam arus perasaan dan hawa nafsu? Mengeluh resah, Hakim mundar-mandir entah untuk kali ke berapa. Ke hulu hilir ta npa mengenal penat. Persidangan sudah berlalu selama empat hari dan empat hari j uga hidupnya jadi porak-peranda. Puncanya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana Puteri. Tanpa sebab munasabah kotak fikirannya padat dengan ingatan terhadap wanita itu! Setiap kali Puteri me nghias diri dengan gaun yang tampak begitu seksi untuk keluar dating, amarahnya pula menggunung. Mahu sahaja dia menyentap gaun itu dari tubuh Puteri dan kuncik an Puteri di kamar tidur. Sebaliknya apa yang dilakukannya hanyalah memandang da n membiarkan Puteri melangkah pergi. Kemudian dia sendiri yang mengetap bibir da n mengurung diri sepanjang malam bagaikan anak kecil yang merajuk. Malam pertama ketika Puteri sedang sibuk berdating, dia keresahan bagai ibu ayam kehilangan anak. Rasa marah menguasai diri. Apa sahaja yang dibuat semuanya tid ak kena. Makan tidak apatah lagi melelapkan mata. Mata tidak mahu lena dek sibuk membayangkan saat-sa at indah yang dilalui Puteri bersama entah lelaki mana. Lewat malam apabila alat pengimbas di kamar tidurnya memberi isyarat bahawa ada tetamu di pintu hadapan, dia segera memeriksa skrin monitor dan apa yang dilihatnya sungguh menyakitkan hati - Jari-jemari Puteri di dalam genggaman seorang lelaki tampan! Puteri dan l elaki itu saling berbalas ucapan selamat malam ala Romeo dan Juliet. Intim. Mema ng seperti jangkaan, kawan yang dimaksudkan oleh Puteri adalah seorang lelaki. T erlalu geram entah bila penumbuknya hinggap di dinding. Akibatnya keesokan hari

buku limanya terpaksa berbalut. Sakitnya sampai berdenyut-denyut. Tetapi kesakit an itu belum setanding sakit yang di hati. Sakit di buku lima tidak membuatkan t idurnya terganggu sampai berhari-hari. Malam berikutnya ketika sedang bersantai di sebuah pusat hiburan, kesabarannya b enar-benar teruji. Sakit hati bagai diradak. Seminit sahaja dia berpaling untuk menjawab p ertanyaan seorang wanita, Puteri sudah pun disambar oleh Antonio, seorang lelaki Eurasian yang sama-sama menyertai persidangan. Melihat Antonio berlenggang meng ikut irama Latin dengan kedua-dua tangannya di pinggang Puteri dan Puteri pula m engikut rentaknya dengan senyuman lebar, darah Hakim mendidih sampai ke kepala. Rasa marah mengasak di dada. Mahu sahaja rasanya dia melayangkan sepuluh penumbu k ke muka lelaki itu! Dia sedar sudah berhari-hari Antonio asyik menjeling ke ar ah Puteri dan setiap kali lelaki itu cuba mendekati, Hakim pula sentiasa mencari jalan untuk menjauhkan Puteri. Tetap i akhirnya dia tertewas jua. Menjeling jarum jam yang menunjukkan angka satu pagi, Hakim merengus. Puteri tid ak pernah selewat itu. Dia mundar-mandir lagi. Langsir ditarik kasar lalu dia me langkah pantas ke balkoni. Menghela dan melepaskan nafas dalam-dalam, Hakim cuba menenangkan perasaannya yang sedang gamat tidak tentu arah itu. Dia melemparkan pandangannya jauh ke langit malam, merenung pada bintang-bintang yang berkerlip an. Tetapi bayangan wajah Puteri sentiasa memintas pandangan. Akhirnya dia membu ngkam dan memejamkan matanya rapat-rapat. Akhirnya bunyi alat pengimbas yang ditunggu-tunggu kedengaran. Sepantas kilat Ha kim meluru ke arah monitor. Matanya memerhati penuh tekun bagaikan menonton baba k menarik sebuah drama. Seperti biasa lelaki itu pasti tidak melepaskan peluang menggenggam tangan Puteri bagaikan orang sedang kemaruk cinta, cuma kali ini pen gakhiran

babak itu sedikit berbeza. Buat Hakim tercengang. Sebuah kotak kecil dihulurkan kepada Puteri. Walaupun kelihatan teragak-agak, Puteri akhirnya menerima hadiah yang dihulurkan dengan senyuman manis. Pada saat itu dada Hakim terasa bagaikan mahu meletup! Tidak sanggup melihat babak seterusnya, punat power off segera dit ekan. Dia segera menarik nafas dalam-dalam. Kalau tidak, perang dunia ketiga pas ti meletus! Walaupun puas memujuk hati agar bertenang dan bersabar, Hakim tidak mampu bertah an. Perasaannya meledak. Dengan langkah panjang dia meluru ke kamar tidur Puteri . Daun pintu yang tidak berkunci ditolak pantas. Tetapi sebaik sahaja pandangan matanya jatuh pada tubuh Puteri yang hampir separuh telanjang itu, dia terkedu seketika. Tidak cukup dengan segala godaan yang sedang mengucar-ngacirkan perasa annya kini, dia perlu diseksa sekali lagi oleh kegebuan tubuh Puteri? Hakim mele paskan keluhan maha berat. Tindakan Hakim yang muncul secara mengejut itu membuat Puteri terperanjat. Matan ya membuntang tajam. Tiada suara. Gaun lurus kuning janur yang baru separuh dibu ka ditekap rapat ke dada. Apabila Hakim mula mundar-mandir di hadapannya dengan wajah gusar, Puteri kehairanan. Rasa pelik dan sedikit gerun timbul di hati. Nam un apabila Hakim merapatinya, dia tidak berganjak.

"Dengar baik-baik, Puteri.... Selagi you isteri I... I tak nak you keluar dengan mana-mana lelaki. Tidak Syed Awang, Hanif, Julian atau lelaki tu!" "Ingat, you tak boleh keluar dengan sesiapa pun tanpa kebenaran I!" tegas Hakim. Matanya merenung dalam ke mata Puteri. "Hakim...?" Tidak pasti sama ada apa yang sedang terjadi itu mimpi ataupun kenya taan, Puteri seperti mahu mencubit diri sendiri. Tetapi pejam celik Hakim masih juga tegak berdiri di hadapan mata. Dia bukan berkhayal. "Janji dengan I... takkan ada lelaki lain dalam hidup you," pinta Hakim. Tergamam Puteri dibuatnya. Hati makin resah bertanya apa yang sudah terjadi. Apa kena dengan Hakim? Kenapa tiba-tiba sahaja ingin mengongkong? Hujan tidak, ribu t pun tidak... angin Hakim tiba-tiba sahaja berubah? "Tapi kenapa? I burukkan nama you? Tak ada sesiapa yang tahu tentang hubungan kita, Hakim. Kenapa mesti..." "Janji dengan I, takkan ada lelaki lain dalam hidup you, Puteri!" ulang Hakim da lam nada berbeza. Wajahnya kian kalut. Tampak begitu resah dan bengang. Tubuh Pu teri bagai mahu dicapai dan digoncang-goncang. Puteri beranjak. Menyedari diri masih di dalam keadaan menjolok mata, dia segera membelakangi Hakim. Gaun yang separuh terbuka disarungkan semula ke tubuhnya. "Sure" balas Puteri perlahan. Bila dah memboyot nanti mana ada lagi lelaki yang nakkan I, desis hati Puteri. "I'm dead serious! You berpegangan tangan dengan dia, Puteri! Entah apa lagi yan g you dah buat?" "Apa sebenarnya yang you mahu daripada I? Apa yang I buat adalah hak I, Hakim. Y ou bukannya peduli tentang I. You didn 't care, remember? Kenapa tiba-tiba..." "I did care!" "Oh? How? Dengan membelakangkan I? Biar I didera dan dikenakan oleh orang lain? Ataupun dengan cara menceraikan I?" bidas Puteri. Terkenang kembali perbuatan ti dak bertimbang rasa Tengku Aida tempoh hari dan cara Hakim mengendalikan kes ter sebut membuatkan dia merasa amat terkilan. Bengkak rasanya perasaan. Bagaimanakah agaknya perasaan Hakim sekiranya mengetahui bahawa perempuan itu te lah hampir-hampir membunuh zuriatnya? Pendarahan yang terjadi walaupun tidak ser ius mampu menyebabkan keguguran.

"Kalau sebagai isteri you, I tak patut hidup, ceraikan I sekarang juga, Hakim! C eraikan I!" Bagaikan memprotes, baby tiba-tiba sahaja menendang kencang: Tangan Puteri segera menekap ke perutnya lantas menarik nafas perlahan-lahan. Ra sa kesal kerana bermulut lancang tiba-tiba menggigit perasaan. Dengarkah baby? "Supaya cincin dia boleh disarungkan ke jari you?" tingkah Hakim lantang. Tidak semena-mena matanya meliar ke sekeliling ruang kamar tidur seolah-olah mencari-c ari sesuatu. Kemudian beg tangan Puteri dicapai dan diselongkarnya. Sesaat kemud ian sebuah kotak merah yang dihadiahkan oleh Kamal digenggam kemas lantas dia me luru pantas ke balkoni. Semua itu terjadi hanya di dalam sekelip mata. Terlopong Puteri apabila kotak itu dicampak oleh Hakim ke ruang udara lalu hilan g dari pandangan mata. Betapa drastiknya tindakan Hakim! Tetapi kenapa Hakim har us bertindak sejauh itu? Apa salahnya menerima hadiah daripada seorang sahabat? Lagipun bukankah Hakim sendiri pernah membawa pulang berhelai-helai selendang c antik dan Korea untuk Tengku Aida? "Kenapa mesti buat macam tu, Hakim? It's only a brooch! Hadiah daripada seorang kawan," beritahu Puteri. Sungguh dia tidak berpuas hati dengan tindakan Hakim. H akim bertindak sesuka hati. "Kawan? Seorang kawan takkan memandang kawannya sebagaimana dia memandang you!" balas Hakim keras. Terbayang kembali bagaimana mesranya sentuhan lelaki itu, dar ahnya kembali menyirap. "This is crazy.... Macam mana pula you tahu? Macam mana you tahu dia beri I hadi ah?" tanya Puteri sebaik sahaja soalan itu tiba-tiba terdetik di hati. Hairan, b agaimana Hakim mendapat tahu tentang hadiah pemberian Kamal itu sedangkan ketika Kamal menghantarnya ke pintu besar, daun pintu tertutup rapat? Dia tidak melihat Hakim di mana-mana. Ada kamera tersembunyi di pintu besar penthouse itu? Sememangnya tiada penjelasa n lain. Hakim mengintip pergerakannya melalui kamera tersembunyi! "You mengintip I? Rumah ni penuh dengan kamera?" tuduh Puteri geram. Dalam diamdiam privacynya telah dicerobohi. Sungguh dia tidak menyangka Hakim sanggup bert indak begitu. Apakah makna semua itu? Apa yang Hakim mahu? "How could you? " "My moral is not the issue, okay! Tapi kerana you jalinkan hubungan dengan lelak i lain! I di sini sedangkan you pula di luar bersama dia!" kata Hakim. Matanya m emandang tajam. Wajahnya tidak

sedikit pun memaparkan rasa bersalah, malah Puteri pula yang dipersalahkan. Dila bel sebagai seorang isteri yang tidak bermoral. Isteri yang main kayu tiga! "Ohh!" jerit Puteri. Dia geram mendengar tuduhan yang tidak berasas Hakim itu. S oal gaun entah perempuan mana yang memenuhi almari pakaian tidak pernah pun diba ngkitkannya. Hakim pula tidak boleh duduk diam hanya kerana sebuah kotak kecil. Ketika Hakim berdating dengan perempuan lain dia diamkan sahaja, kini Hakim bisi ng-bising apabila dia keluar berborak dengan kawan lama? Kamal hanyalah seorang kawan biasa yang pernah belajar bersama-samanya di Austra lia beberapa tahun yang lalu. Hidup sebagai anak dagang, kadang-kadang memerluka n sokongan rakan-rakan senegara ataupun sekurang-kurangnya kawan dari satu rumpu n bangsa. Dia pernah berhutang budi dengan Kamal. Tetapi apa gunanya bercerita pada Hakim? Dia malas hendak bertekak. Kerenah luar biasa Hakim itu membuat dia penat mental dan fizikal. Baby pula asyik meragam. Ayah dan anak sama sahaja! "I tak faham, Hakim. You cemburu?" "Of course not! Semua ni untuk kebaikan you." "Kamal memang ada hati pada I sejak dulu lagi, tapi dia seorang yang cukup memah ami. Jadi, dia takkan buat lebih daripada sekadar pegang tangan I. Hanif... sent uh pun tak berani. Lainlah kawan you tu... Syed Awang. Gaun yang I pakai sekaran g ni sebenarnya hadiah daripada Julian. You tak nak koyakkan?" sindir Puteri. "Is that an offer!" tanya Hakim penuh sinis. Sepi. Puteri tergamam mendengar kata-kata Hakim yang jelas sekali bercabang maks udnya itu. Tetapi memang silap diri sendiri kerana mengeluarkan kata-kata yang a gak berani tanpa berfikir terlebih dahulu. Jantan lain juga pasti memberikan jaw apan yang sama seperti Hakim. "Hakim..." bisik Puteri dan merapati Hakim. Wajah tampan Hakim ditenung lama. Ha ti terasa hiba. Kata-kata yang seterusnya tersekat di kerongkong. Susah benar ra sanya untuk dilafazkan. Tetapi demi baby, dia harus mencuba. Baby memerlukan seb uah kehidupan yang sempurna, bukan menjalani kehidupan sebagai anak yatim. "I beri you satu lagi peluang..." ujar Puteri bagai mengutarakan satu teka-teki. Saat itu renungan mata Hakim mulai dipenuhi tanda tanya. Tajam. "You cintakan I?" soal Puteri. Hatinya berdetik bahawa sama ada sedar ataupun tidak, Hakim sememangnya ada pera saan terhadapnya. Malangnya Hakim tidak pernah membuat pengakuan. Setiap kali pe rasaan itu terserlah, Hakim seolah-olah cuba berselindung dengan menimbulkan pel

bagai sengketa di antara mereka. Kini semua itu lebih nyata. Bukankah cemburu namanya kalau seseorang lelaki itu meradang setiap kali gadis i damannya berdua-duaan dengan lelaki lain? Dan bukankah sikap cemburu itu lahir a kibat satu perasaan yang mendalam terhadap seseorang? Hakim mungkin pernah meneg askan bahawa semua itu sekadar nafsu, tetapi pernahkah Hakim cuba meluangkan mas a menilik perasaan sendiri? Soalan yang baru keluar dari bibir Puteri itu tiba-tiba sahaja membuat air muka Hakim berubah,

namun semua itu sesaat cuma. Di dalam sekelip mata sahaja dia berubah menjadi Ha kim, the CEO. "Tidak!" jawab Hakim. Kata-kata itu begitu yakin dan tegas. Walaupun jawapan yang disuarakan negatif, namun Puteri yakin bahawa jawapan sebe nar ada pada sinar mata Hakim. Tetapi sekiranya Hakim membuat keputusan untuk ti dak mengakui kebenaran, itu adalah pilihannya. Haknya. "Betul you tak cintakan I, Hakim?" tanya Puteri lagi, sebak. Untuk memujuk hati agar bertenang selepas mendengar jawapan Hakim itu memang payah sekali. Aib dan hiba bercampur baur. Tetapi saat itu dia melakukan semua itu demi anak di dalam kandungan, bukan untuk diri sendiri. "You tak ingin teruskan perkahwinan kita kerana tiada cinta? Benarkah tak ada pe luang langsung untuk kita?"

"Tidak! Tak ada, Puteri!" tegas Hakim. Mukanya berubah merah. Beremosi. Dia mela rikan pandangan matanya jauh daripada Puteri. Pertanyaan sebegitu sesungguhnya a mat menyeksa jiwa raganya. Dia bagaikan baru sahaja meradak sebilah belati ke da da sendiri. Sungguh menyakitkan! "Baiklah.... I takkan salahkan you..." kata Puteri. Buat seketika dia tidak mamp u untuk bersuara. Pilu di hati mengatasi segala-galanya. "I cuma nak you tahu... I tetap cintakan you sampai bila-bila. Good night!" Puteri melangkah pantas ke bilik air. Daun pintu ditutup perlahan lalu dia menya ndar lemah. Air mata yang sekian lama ditahan akhirnya jatuh bercucuran. Dia men angisi nasib baby dan juga diri sendiri. Semakin matang usia baby di dalam kandu ngan, semakin singkat masa mereka untuk bersama Hakim. Detik perpisahan sudah terlalu hampir.

Selamat tinggal, sayang... bisik hati Puteri. BAB DUA PULUH DUA (22) MERENUNG tepat pada wajah lesu Puteri, Encik Rashid membetulkan kedudukannya lal u menyandar ke kerusi. Pada pemerhatiannya, air muka Puteri menyatakan bahawa su rat bersampul coklat yang telah diserahkan kepadanya pagi itu bukan dikarang dengan rela hati. Puteri seakan-aka n terpaksa ataupun dipaksa. Tetapi persoalannya kenapa dan apa puncanya? Sudah lama dia memerhatikan tingkah laku Puteri. Semakin lama tindak-tanduk gadi s itu kian pelik. Lebih-lebih lagi sejak akhir-akhir itu. Puteri sentiasa mengub ah penampilan diri. Beberapa bulan yang lalu Puteri asyik muncul dengan pakaian yang sendat dan seksi tetapi kini Puteri nampaknya lebih selesa berpakaian ala b aggy. Kadangkala tidak ubah seperti fesyen hipi tahun tujuh puluhan pula. Agak m enghairankan kerana seorang gadis yang selama ini begitu menitik beratkan soal p enampilan diri dan sentiasa up-to-date, kini seolah-olah tidak lagi peduli pada personaliti sendiri. Hilang sudah imej wanita korporat pada diri Puteri. Malah l ebih mengecewakan lagi prestasi kerja Puteri juga agak merundum. Puteri tidak li gat dan tiada lagi daya saing seperti biasa. Sijil cuti sakit Puteri agaknya sud ah bertimbun-timbun. Diarahkan kerja outstation, Puteri menolak dengan alasan ti dak sihat dan bermacam-macam lagi alasan yang meragukan. Orang lain pula yang te rpaksa mengambil alih tempat Puteri. Memang Puteri sudah berubah, bukan lagi seperti Puteri yang Encik Rashid kenali dahulu. Tidak hairan kalau baru-baru ini Hakim mengarahkan Puteri agar mengundur diri daripada beberapa projek besar. Encik Rashid hanya mampu menggeleng kesal, tetapi dia akui tindakan Hakim memang tepat. Apa yang lebih dikesalinya ialah k erana Puteri terlalu mengikut perasaan sehingga menggelapkan masa depan sendiri. "Puteri, kenapa tiba-tiba saja buat keputusan letak jawatan?" soal Encik Rashid. Dia melirik kepada surat perletakan jawatan Puteri yang menyebut notis dua pulu h empat jam itu dengan perasaan kesal. Kenapa harus begitu mendadak? Berat rasanya hati mahu melepaskan Puteri. Namun apakan daya kehidupan Puteri adalah hak Puteri. Dia bukannya sesi apa pada Puteri melainkan sekadar orang atasan. Sekiranya Puteri memilih untuk b erhijrah ke kutub utara sekalipun dia tidak mampu menghalang. Paling kurang hany a sepatah dua kata nasihat yang dapat dibekalkan. "Apa masalah awak?" Puteri cuba bertenang, namun begitu sukar untuk terus bertentang mata dengan Enc ik Rashid. Lelaki tua itu seolah-olah sedang meneropong ke dasar hatinya. Segala isi hatinya bagaikan begitu nyata.

Renungan Encik Rashid membuatkan dia merasa serba tidak kena. Gelisah. "Encik Rashid, sebenarnya saya rasa dah tiba masanya untuk saya mengubah haluan. Saya..." Belum sempat Puteri menghabiskan kata-kata yang telah pun dipraktikkan

berulang kali di dalam hatinya sejak pagi tadir Encik Rashid pula memotong. "Bukan kerana keputusan Hakim memilih Wan Zureen?" duga Encik Rashid. Anak mata Puteri direnung tepat. Terpanar Puteri sebaik sahaja mendengar soalan yang baru keluar dari mulut Encik Rashid. Wan Zureen? Hakim memilih Wan Zureen? Apa pula maksud Encik Rashid? soa l Puteri kepada hati sendiri. Resah, matanya membuntang merenung wajah lelaki tu a itu. Dia mengharapkan penjelasan tentang hubung kait antara Hakim dan Wan Zure en. Siapakah perempuan itu? Encik Rashid sememangnya tidak mempercayai langsung alasan Puteri. Lebih-lebih l agi apabila wajah Puteri berubah pucat sebaik sahaja nama bakal isteri Hakim dis ebut. Memang tepat sekali sangkaan Encik Rashid. Semua itu kerana Hakim! Puteri tentu sekali kecewa kerana Hakim memilih untuk mengahwini Wan Zureen. Sebenarnya perempuan mana yang tidak gigit jari mendengar berita perkahwinan Hakim? Sudah tentu Puteri patah hati. "Puteri, awak sepatutnya sedar bahawa antara kita dan Hakim tak ubah macam engga ng dengan pipit. Terbang tak sama tinggi. Manakala Hakim dan Wan Zureen pula sam a taraf," ujar Encik Rashid. Melihat wajah hiba Puteri dan mata yang tiba-tiba s ahaja berkaca-kaca itu, dia turut merasa sakit hati. Entah siapa yang harus dipersalahkan sama ada Hakim atau Puteri sendiri? Hakim b ukannya tidak pernah memberi tindak balas yang memberangsangkan terhadap Puteri. Malah kadangkala mereka berdua tampak intim bagaikan merpati dua sejoli. Pada z ahirnya memang Hakim dan Puteri bagaikan pinang dibelah dua. Sepadan. Asalkan Ha kim ikhlas terhadap Puteri, dia sendiri amat berkenan akan perhubungan antara te runa dan dara itu. Cuma malangnya lain yang diharap lain pula hasilnya. Hakim je las sekali terikat pada protokol. "Mungkin kadangkala enggang pun tertarik hati nak menoleh ke arah pipit yang kec il molek, tapi niatnya tentulah hanya sekadar memandang... ataupun paling kurang , mengusik. Enggang sebenarnya sedar taraf diri. Ia hanya boleh bertenggek sesam a enggang. Sudah fitrahnya macam tu, Puteri," ujar Encik Rashid kesal. "Jadi, tak patut kalau awak tinggalkan segala-galanya kerana Hakim. Kalau dia me milih untuk nikah dengan Wan Zureen dan memuaskan hati keluarganya, memang dia l ayak dilupakan. Lupakan saja dia, Puteri. Anggap saja semua tu tak pernah terjadi..." nasihat Encik Rash id bersungguh-sungguh. "Kalau awak rasa tak dapat untuk menghadapi Hakim, saya boleh tempatkan awak di luar daerah, jauh daripada Hakim. Awak tak perlu tinggalkan semuanya. Cuba harga i diri sendiri. Awak berpotensi dalam bidang ni dan saya percaya awak cukup taba h untuk..." Tidak mampu lagi untuk menahan air mata dari menitis, Puteri bangun. Dia malu un tuk membiarkan air matanya menitis dan menyerlahkan kelemahannya di mata Encik R ashid. Dia tidak pernah setabah yang disangka.

"I... I am sorry! Selamat tinggal..." bisik Puteri dalam sebak lantas segera men inggalkan bilik pejabat Encik Rashid tanpa berpaling lagi. Wan Zureen? Wan Zureen rupa-rupanya bakal isteri Hakim? Siapakah perempuan itu s ebenarnya? Kenapa dia tidak pernah mendengar nama itu sebelum ini? Seribu tanda tanya menguasai fikiran Puteri. Dia kebingungan. Sesungguhnya nama itu begitu as ing. Tidak pernah keluar dari bibir sesiapa pun melainkan Encik Rashid. Memang b enar seperti yang disangka... masa enam bulan yang dijanjikan oleh Hakim tidak b ererti langsung. Manis sekadar di mulut. Hakim tidak ikhlas. Tidak hairan sekira nya Hakim tidak pernah memberikan kerjasama dalam usaha untuk memperbaiki hubung an mereka. Kalau diibaratkan bersampan berdua menyeberangi sungai yang deras alirannya, Puteri hanya berkayuh seorang, sedangkan Hakim pula sekadar memerhati. Rupa-rupanya Hakim sebenarnya hanya menunggu masa untuk memp eristerikan seorang gadis dari keturunan baik-baik bernama Wan Zureen. Siapalah Puteri kalau dibandingkan dengan gadis itu. Di dalam keadaan marah dan hiba, tiba-tiba sahaja gin hidup lagi. Dia merasa amat kehilangan. Sakit sa tertipu. Dunia terasa kelam. Sampai hati Hakim rapan palsu selama berbulan-bulan sedangkan dalam ncang untuk menikahi perempuan lain! Cinta Puteri Puteri terasa seperti tidak in hati sungguh tidak terkira. Ra berolok-olok dan memberikan ha masa yang sama dia sedang mera pula dipermainkan.

Menyeka air mata yang rancak mengalir, Puteri cuba menumpukan perhatian pada leb uh raya. Tetapi Pandangan matanya asyik dikaburi air mata yang berguguran laju. Kotak fikirannya sendat dan berserabut sehingga tiada lagi ruang untuk berfikir. Berkali-kali pedal minyak ditekan sekuat tenaga. Dia membiarkan keretanya melun cur laju tanpa menghiraukan keselamatan diri. Bunyi tayar berkeriut kerap kedeng aran. Dia memintas sana sini sehinggakan ada yang mula sibuk menekan hon amaran. Selagi lebuh raya tidak berakhir, perjalanannya juga berterusan. Ingin lari dar i kehidupan, dia tidak tahu ke mana arah tujuan. Dia sebenarnya tidak peduli. Ka lau ditunjukkan arah ke alam baqa, dia pasti melaluinya tanpa perlu berfikir dua kali. Apabila tidak lagi bermaya, akhirnya Puteri mengalah lalu membiarkan Proton Wira nya tersadai sepi di bahu jalan. Tangisannya meledak semahu-mahunya tanpa mampu dikawal lagi. Hatinya amat terluka. Dia merintih hiba. Nyawa yang ingin diserahk an kembali kepadaNya tidak juga diterima sedangkan dia tidak ingin hidup untuk melihat mahupun mendengar berita pernikahan Hakim. Dia t erlalu mencintai Hakim. Hatinya tidak mampu menerima kenyataan bahawa Hakim akan bernikah lagi. Selama enam tahun usia perkahwinan, dia sendiri tidak pernah mer asai kehidupan sebagai seorang isteri, kini perempuan lain pula akan mengambil t empatnya di sisi Hakim? Tidak!! Oh tidak...!! jerit hatinya pilu dan dia berteru san tenggelam dalam esak tangisnya. Kehidupan baginya penuh dengan ketidakadilan . Dunia Puteri yang sepi tiba-tiba dikejutkan oleh deringan telefon bimbit. Menyed ari bahawa Hakim yang menelefon, air mata menitis laju. Surat perletakan jawatan nya kini tentu sahaja sudah pun tiba ke meja Hakim. Encik Rashid dan Hakim agakn ya sedang hangat berbincang dan bersoal jawab akan tindakannya. Membiarkan deringan berterusan, Puteri membungkam sehinggalah

deringan berakhir. Berdering lagi. Dia membiarkan telefonnya menjerit nyaring. Lewat petang barulah Puteri berpatah balik ke arah pusat bandar Kuala Lumpur. Di a tiba di rumah teres dua tingkat yang baru didudukinya selama dua hari itu tatk ala petang sudah pun merangkak ke malam. Seperti biasa suasana malam tidaklah be gitu sepi. Suara televisyen dari kediaman jiran tetangga terdekat masih kedengar an. Kenderaan masih lalu-lalang. Tetapi perasaan Puteri dirundung sepi. Buat seketika dia membiarkan matanya melewati segenap ceruk ruang tamu yang kelihatan kosong dan sunyi itu. Keadaan rumah itu masih belum te rurus. Betapa dia merindui suasana damai serta wajah ceria kondominiumnya. Kalau bukan kerana terpaksa, hidup matinya pasti di sana. Namun apakan daya, apabila nasib berubah, kehidupan juga turut sama berubah. Di dalam keadaan berbadan dua dan bertaraf penganggur, dia tidak lagi mampu untuk hidup seperti dahulu. Setiap sen yang dia miliki, apabila dicongak hanya cukup untuk mengisi perut sendiri s elama beberapa bulan sahaja. Kelahiran baby nanti pasti akan memudaratkan lagi k edudukan kewangannya. Segala keperluan serta makan minum perlu disediakan untuk dua orang. Pembantu rumah juga diperlukan dan terpaksa dibayar gaji. Puteri tida k seperti orang lain yang punya tempat bergantung pada kala kesempitan. Sepanjan g hayatnya dia terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Tidak ingin hidup melara t, kondominium kesayangannya itu terpaksa dikorbankan. Sekurang-kurangnya dengan wang hasil penjualan kondominium itu, dia mampu untuk menyara hidup sehinggalah tamat tempoh berpantang. Puteri mengorak langkah perlahan menuju ke ruang santai. Suis lampu ditekan, lal u dia merebahkan diri di atas sofa. Tubuh terasa letih. Agak lama dia termenung. Hilang sudah segala kebahagiaan dan semangat. Apabila perut mula sakit dan berk eriut minta diisi barulah dia teringat akan kewujudan baby. Sudah sehari suntuk perutnya tidak diisi. Dia lupa soal makan dan minum. Hanya nama Hakim dan Wan Zu reen sahaja yang mengisi kotak fikirannya sepanjang hari. Puteri segera mengelus perut sendiri. Sebagaimana lemahnya dia, baby juga begitu. Malah seingatnya pad a hari itu baby langsung tidak menendang! Tiada walau sekecil-kecil gerakan. Hat i digigit rasa menyesal. "Baby, maafkan mummy.... Mummy janji tak buat lagi," bisik Puteri perlahan. Air mata penyesalan yang bertakung di bibir mata mula menitis l aju. "Cukup kalau mummy ada baby. Mummy tak perlukan orang lain...." Tatkala fikirannya kembali melayang kepada Hakim, telefon bimbitnya tiba-tiba be rdering. Nampaknya Hakim belum bosan mencari. Kali ini Puteri tidak membiarkan s ahaja telefon bimbit itu berdering. Mencapai telefon dari dalam beg tangannya, d ia merenung hiba pada nombor yang tertera di skrin lalu punat off sengaja diteka n. Di dalam hati sekali lagi terbetik ucapan selamat tinggal kepada Hakim. "Hanya kita berdua... mulakan hidup baru," pujuk Puteri lagi sambil membelai per utnya. "Mummy sayangkan baby. Baby juga sayangkan mummy, kan?"

Bagai memberikan jawapan pasti, tiba-tiba sahaja baby membuat satu gerakan tangk as yang berlarutan selama beberapa saat. Puteri tersenyum panjang, terasa geli namun ceria. Buat seketika terubat segala duka lara di hati. Baby adalah satu-satunya sinar di dalam hidupnya.

BAB DUA PULUH TIGA (23) SEPI. Perkataan itulah yang terpateri di fikiran Hakim setelah dua puluh minit d uduk menghadapi wajah serius Dato' Salihin. Tanpa kehadiran Rose, banglo mewah itu tampak muram dan sepi. Tidak berseri. Sua sana ceria ruang tamu hasil tangan pereka dalaman terkenal pilihan Rose itu bias anya memberikan impak yang sebenar, tetapi entah kenapa malam itu berlainan bena r rasanya. Tapi apa bezanya antara aku dengan rumah ni? getus hati Hakim. Nampaknya di anta ra dia dan banglo itu memang tiada bezanya kalau perkataan muram dan murung itu boleh disama ertikan. Malah mereka adalah harta milik Dato' Salihin. Kalau diban dingkan dengan dia, sebenarnya konkrit itu lebih bernasib baik kerana tidak bern yawa dan tiada perasaan. Tidak perlu merasa sakit dan pedih. Sebaliknya dia yang punya hati dan perasaan itu umpama hidup segan, mati tak mahu. Sejak akhir-akhi r itu kehidupannya seolah-olah kaku dan terhenti. Kosong. Dia bagaikan kehilangan arah. Sudah dua bulan. "Hakim!" "Hmmm..." "Kau dengar tak apa yang abah cakapkan tadi?" tegur Dato' Salihin apabila Hakim kelihatan mamai, tidak ubah bagaikan orang yang baru dikejutkan dari tidur yang lena. Sudahlah setengah jam yang lalu Hakim hanya asyik mengangguk dan mengia, k ini fikirannya melayang entah ke ceruk dunia mana pula! Sikap pasif Hakim itu be tul-betul menguji kesabarannya. Tetapi Dato' Salihin sedar bahawa benang yang halus tidak boleh ditarik sampai terlalu tegang agar tidak terputus terajunya nanti. Kalau dia ada tahap kesabara n, begitu juga dengan anak lelakinya itu. Dia bukannya tidak kenal perangai Haki m. Hakim kalau semakin didesak semakin degil. Persetujuan Hakim untuk bernikah d engan Zureen itu sebenarnya bagaikan satu keajaiban. Dia sama sekali tidak menya ngka bahawa suatu hari nanti Hakim akan tunduk jua pada kehendaknya. "Oh, maaf! Saya..." "Abah kata abah nak adakan majlis persandingan seminggu selepas majlis pernikaha n. Kau setuju?" tanya Dato' Salihin. Nota yang penuh dengan catatan tangannya di

letakkan di atas meja, lalu wajah Hakim direnungnya tenang. Menatap pada wajah tampan itu, buat seketika imbasan kisah silam bermain di kota k fikiran. Hakim mewarisi raut wajahnya tiga puluh tahun yang lalu. Wajah yang d igilai ramai. Tetapi ketika sebaya Hakim dia berbangga kerana sudah pun bergelar seorang ayah, sedangkan Hakim pula... mahu berumah tangga pun mesti dipaksa. Dalam masa dua bulan itu sudah berkali-kali dia cuba untuk berbincang tentang pe rkahwinan Hakim dengan Zureen, tetapi Hakim nampaknya begitu sibuk dan asyik ber ulang-alik ke luar negara. Sekejap ke Eropah dan sekejap ke Timur Tengah. Malah kadang-kadang Hakim menghilang entah ke mana. Walau bagaimanapun Dato' Salihin berbangga dengan sikap Hakim yang sentiasa mend ahulukan ahli keluarga daripada diri sendiri. Sebenarnya Hakim merupakan seorang abang dan juga seorang adik yang baik. Sentiasa bersabar menghadapi kerenah kak ak-kakaknya yang kadangkala sensitif dan melampau tanpa sebab itu. Saloma dan Sh arifah sepatutnya berbangga menjadi kakak-kakak kepada Hakim sebagaimana banggan ya Sherina berabangkan Hakim yang katanya bijak dan penyayang. Hakim dan Sherina memang sangat akrab sejak kecil. Malah ka dang-kadang Hakim bersikap kebapaan lebih daripada Dato' Salihin sendiri. "Abah buatlah apa yang patut. Asalkan sesuai, saya tak kisah," balas Hakim. Dia melemparkan senyuman pahit. Perbincangan tentang majlis perkahwinan itu hangat di pihak ayahnya seorang, sed angkan dia tidak pernah merasa seperti bakal pengantin. Tiada debaran mahupun ra sa tidak sabar sebagaimana lazimnya pengantin baru. Perkahwinan itu walaupun ama t penting bagi Dato' Salihin, namun baginya tiada makna. Dia tidak peduli langsu ng. Asalkan hati lelaki tua di hadapannya itu puas. Jemputlah seluruh rakyat Mal aysia sekalipun dia tidak kisah! "Tapi Kak Sal kau kata... dia tak begitu yakin boleh uruskan majlis besar sorang diri dan dia bercadang nak ambil seorang pembantu. Jadi, seperti yang dicadangkan Saloma, abah dah contact Cik Puteri, tapi katanya dia ada commi tment dengan majikan baru. Sayang..." "Puteri??" Terbuka luas mata Hakim apabila nama Puteri keluar dari bibir Dato' Salihin. Sem enjak Puteri meletak jawatan dan menghilangkan diri entah ke mana, dia tidak per nah mendengar khabar berita tentang Puteri. Puas dia tebalkan muka bertanya ke h ulu dan ke hilir. Tiada sesiapa pun yang tahu di mana Puteri. Nombor telefon bim bit Puteri juga sudah didailnya beratus kali, namun sepi tidak berjawab. Kondomi nium Puteri pula sudah pun bertukar tangan. Apabila ditanya pada Nanu, wanita itu asyik menggeleng tidak tahu. Katanya hubun gannya dengan Puteri hanya diteruskan melalui telefon dan sudah berbulan-bulan m ereka tidak bersua muka. Malah kerana tidak yakin dengan jawapan Nanu, dia perna h beberapa kali

cuba mengekori langkah wanita itu dengan harapan menjejaki Puteri, malangnya sem ua itu tidak mendatangkan hasil. Puteri bagaikan telah lenyap dari muka bumi. Ki ni ayahnya pula berkata pernah bercakap dengan Puteri? "Ya. EA kau yang rupa-rupanya dah jadi bekas EA. Apa dah jadi?" soal Dato' Salih in beralih topik. Rasa ingin tahu tiba-tiba bercambah di hati. Lebih-lebih lagi melihat reaksi Hakim yang begitu menarik sebaik sahaja nama gadis itu disebut. H akim bagaikan bateri lemah yang baru sahaja dicas! "Kata Encik Rashid, Cik Puteri seorang pekerja yang berkebolehan dan cukup komit ed. Dia uruskan bermacam-macam projek dengan jayanya. She had even brought in so me major business. Kenapa biarkan pekerja yang begitu bagus berpaling daripada kita, Hakim?" "Abah bincang dengan Puteri tentang perkahwinan saya?" Berkerut muka Hakim tatka la memandang wajah Dato' Salihin. Peluh sejuk terasa memercik. Sungguh dia tidak percaya bahawa cerita tentang perkahwinannya sudah pun sampai ke telinga Puteri ! Oh Tuhan... keluh Hakim. Resah di hatinya tiba-tiba sahaja menggunung. Puteri ti dak sepatutnya mendengar berita itu dari mulut orang lain. Hakim mahu mereka dud uk berbincang agar masing-masing saling memahami. Apa jua yang bakal terjadi har us berakhir dengan baik. Dia tidak pernah mendoakan musibah buat Puteri. Tidak p ernah berharap agar Puteri menghilangkan diri begitu demi kesenangan diri sendiri. Tidak sama sekali. Malangnya semuanya tidak menjadi sep erti yang dirancang. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimanakah perasaan Puteri a pabila diminta agar menguruskan majlis perkahwinan suami sendiri! "Some details. Kenapa? Ada sebab tertentu kenapa dia tak boleh tahu?" duga Dato' Salihin. Dia merenung tepat pada anak mata Hakim. Hatinya segera berdetik bahaw a ada sesuatu yang tidak kena. Hakim menyimpan rahsia. Hubungan di antara Hakim dan Puteri jelas sekali bukan sekadar antara majikan dan pekerja. Hakim baru sah aja memaparkan tindak balas luar biasa yang sungguh mencurigakan. "Is there something going on between the two of you? An affairs?" teka Dato' Sal ihin. Suaranya tiba-tiba kedengaran begitu tegas. Air mukanya mula berubah. Hati berbaur resah dan marah. Geram kerana ternyata Hakim terlalu lemah sehingga mem biarkan sembarangan perempuan mencuri hatinya sedangkan satu-satunya perempuan yang layak duduk di sisi Hakim hanyala h Zureen. Tetapi Zureen pula tidak dilayan sebagaimana sepatutnya. "Hakim, dengar cakap abah," ujar Dato' Salihin. Seketika kemudian dia berpaling dan merenung tajam pada Hakim dengan rupa gusar. Sesungguhnya dia tidak memerluk an sebarang penjelasan. Air muka Hakim adalah jawapan kepada segala-galanya! "Dengar baik-baik. Abah nak kau putuskan!" "Abah!"

"Ini bukan masa untuk main-main, Hakim!" tingkah Dato' Salihin lalu melangkah pa ntas meninggalkan ruang tamu. Tercengang Hakim dek kemarahan yang tercetus secara tiba-tiba. Datangnya bagaika n kilat. Semua itu gara-gara mengesyaki adanya hubungan sulit di antara Hakim da n Puteri. Apa pula yang akan terjadi sekiranya orang tua itu mendapat tahu cerita sebenar? Hakim mengeluh ber at. Rancangan untuk bertanya lebih lanjut tentang Puteri akhirnya terbantut. Per asaan kian kalut. Fikirannya betul-betul buntu. Berserabut. Entah berapa lama di a termangu sendiri. Sesungguhnya dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Siapa yang harus dipujuk? Ayahnya ataupun Puteri? Sungguh Hakim keliru. Umpama m enarik rambut dalam tepung, dia perlu memastikan agar tepung tidak berselerak da n rambut juga jangan sampai terputus. Bengang dan bingung, akhirnya dia melangka h meninggalkan banglo itu. Namun wajah ayahnya dan Puteri tetap datang silih ber ganti. Dia tiada tempat untuk meluah perasaan melainkan kepada Encik Rashid dan Syed Aw ang. Malangnya setiap kali dia cuba mencurahkan sengsara di hati, apa yang dia d apat hanyalah sindiran penuh sinis. Walaupun cara mereka berbeza tetapi maksudny a tetap sama, pulangan paku buah keras. Syed Awang mengeluarkan perkataan buta d an ego berkali-kali manakala Encik Rashid pula dengan senyuman tipis menegur sup aya Hakim bersikap lebih jantan. Semua itu terpaksa diterimanya dengan sabar. Ha kim tidak mengerti kenapa semua orang mengaitkan masalah tekanan perasaan yang d ialaminya kini dengan Puteri sedangkan dia sendiri tidak pernah melibatkan nama Puteri. Namun Hakim tidak menafikan bahawa selepas pemergian Puteri, dia tiba-tiba sahaja bagaikan kehilangan sesuatu. Cuma dia sendiri tidak mampu u ntuk menghurai persoalan apa dan kenapa? Atau takutkah dia untuk mencari jawapan ? Semuanya kian hambar dan lesu sehinggakan Sherina naik resah dan mengesyaki ad a sesuatu yang tidak kena dengan hanya mendengar nada suaranya melalui talian te lefon. Siapa sangka tanpa kehadiran Puteri kehidupannya jadi begitu hambar? Dia tidak ubah bagaikan sebuah banglo usang. Dari luar tampak tersergam gagah sedang kan di dalam... berselerak dan kusam. Agaknya memang benar seperti kata Encik Ra shid - sebahagian daripada dirinya telah hilang bersama Puteri. Sesungguhnya Hakim amat merindui Puteri. Walau ke mana sekalipun kakinya melangk ah, dia pergi bersama kenangan Puteri. Apakah dia terjerat di dalam keangkuhan s erta kedegilan sendiri dan membiarkan sesuatu yang berharga hilang dari genggama n?

BAB DUA PULUH EMPAT (24) PUTERI bangkit dari tidur. Dia mengurut-urut pinggang yang terasa amat lenguh. C uaca malam yang dingin kadangkala membuatkan ototnya kejang. Sudahlah perut yang kian membesar membuat kehidupan sehariannya tidak selesa, semakin hari tidurnya juga semakin tidak lena. Sejak akhir-akhir itu jiwanya jadi terlalu sensitif. E mosional. Perkara kecil sekalipun mampu membuatkan dia menangis tersedu-sedan.

Dia rindu kepada semua orang yang telah ditmggalkannya. Rindukan celoteh Kakak A na, rindukan senyuman Nanu, rindu pada Encik Rashid dan rindukan renungan mata H akim. Ingatan serta rindu dendam terhadap Hakim begitu hangat menguasai seluruh jiwanya. Kesabaranny a kini begitu tipis. Tiada lagi kudrat untuk bertahan. Perempuan lain mengidam u ntuk merasa makanan tertentu, dia pula mengidam untuk menatap wajah seorang lela ki yang tidak menginginkannya - wajah Hakim. Menghadiri kelas antenatal sendirian tanpa suami di sisi sememangnya melahirkan rasa kasihan di hati Puteri terhadap diri sendiri. Apabila ditilik setiap kekura ngan pada diri, setiap detik hati dirundung sayu. Namun dia reda dengan nasib ma lang yang menimpa. Setiap kali ada yang bertanya tentang bapa baby, dia masih ma mpu melemparkan senyuman dan memberikan jawapan selogik mungkin. "Suami saya ber kursus di luar negara," katanya berkali-kali. Selama ini dia masih mampu bersabar tatkala melihat bakal-bakal ibu yang lain di temani oleh suami masing-masing. Jauh di sudut hati dia menumpang gembira meliha t setiap pasangan membuat persediaan untuk menyambut orang baru. Dia tetap cuba bertahan walaupun hati dihiris rasa iri. Tetapi sejak akhir-akhir itu dugaan ter asa begitu besar. Dia tidak lagi mampu menanggung semua itu. Semakin sarat perut nya, sarat juga perasaannya. Dia merasa amat tertekan. Segala-galanya jadi amat pahit untuk ditelan. Hibanya hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Akhirnya senyuman berubah menjadi tangisan. Kakak Leha, pembantu rumahnya yang t idak tahu hujung pangkal cerita itu sampai tidak tentu arah dibuatnya. Doktor Low juga sudah berkali-kali menegur ba hawa tahap kesihatannya tidak memuaskan. Katanya bakal-bakal ibu yang lain kian montel, Puteri pula kian cengkung. Puteri diibaratkan seperti sebuah kapal yang tidak seimbang dan hampir karam. Kalau tidak dijaga sebaik mungkin buruk natijah nya. Bagi mengelakkan sebarang komplikasi, Doktor Low telah menasihatkan Puteri supay a berehat di wad sehingga tiba tempoh bersalin. Tetapi memikirkan soal kos rawatan yang pasti melambung, Puteri terpaksa menolak dan berjanji akan cuba bertenang dan menjaga kesihatan diri sebaik mungkin. Dia memang inginkan y ang terbaik untuk baby. Tetapi mana mungkin dia mampu untuk bersantai seperti se orang permaisuri di hospital swasta selama berbulan-bulan? Sesungguhnya Puteri t elah mencuba sedaya upaya, tetapi apa dayanya... kesedihan yang datang bukan sen gaja diundang. Dia juga inginkan kehidupan yang sempurna, hidup gembira dan baha gia seperti orang lain. Melangkah lemah ke bilik air untuk kali keempat pada malam itu, tidak semena-men a perutnya terasa tegang dan perit. Sejurus kemudian Puteri merasa seperti ada c ecair hangat mengalir lesu di pahanya. Gelisah, dia mencapai secebis tisu lalu m engelap dan hasilnya sungguh memeranjatkan. Darah!! Darah pekat yang kini mengal ir laju sehingga ke hujung tumit! "Oh tidak...!!" Panik dan tergamam, Puteri tidak berani berganjak. Tubuhnya bergetar dan air mat

a mula berlinangan. Dia ketakutan. Takut kalau-kalau seinci langkahnya akan mena matkan riwayat baby yang dibelainya sepenuh kasih sayang selama tujuh bulan itu. Malangnya sama ada bergerak ataupun tidak, darah yang mengalir tetap tidak berh enti. Lantai kamar mandi sudah pun bertukar warna. Dari warna Putih menjadi putih bertompok merah. Akhirnya dengan susah payah Puteri melangka h ke kamar tidur. Mencapai telefon bimbitnya, dia segera mendail nombor telefon Doktor Low. Kemudian pintu kamar tidur Kakak Leha diketuknya sekuat tenaga diser tai dengan panggilan hiba. Sebaik daun pintu dibuka, tubuhnya rebah longlai ke lantai. Mindanya tiba-tiba s ahaja gelap-gelita. Sayup-sayup kedengaran suara cemas Kakak Leha memanggil-mang gil namanya, tetapi dia tidak lagi bermaya. Bagaikan baru terjaga daripada lena yang amat panjang, mata Puteri melangkau per lahan-lahan pada setiap ceruk kamar yang agak samar itu. Mindanya cuba mencari p enjelasan di manakah dia dan apakah yang telah terjadi? Tetapi sebaik sahaja hid ungnya terhidu bau ubat-ubatan yang tidak menyenangkan, peristiwa hitam yang tel ah terjadi mula terimbas di ruang mata. Di dalam sekelip mata jantungnya berdeba r pantas. "Baby!" jerit Puteri penuh hiba. Sepantas kilat kedua-dua tangannya singgah di p erut dan meraba-raba cemas. Melihat dan merasa keadaan perutnya yang masih membo yot bulat sama seperti semalam, dia segera menarik nafas lega dan memejam matany a rapat-rapat sambil mengucap syukur ke hadrat Ilahi. Dalam pada itu air mata le ga menitis membasahi pipi. Sesaat kemudian daun pintu kamar dibuka orang dan kelihatan Kakak Leha melangkah masuk dengan membimbit sebuah beg sederhana besar di tangan. Menyedari bahawa Puteri sudah pun sedar, Kakak Leha meluru pant as ke arah Puteri. "Cik Puteri! Syukurlah Cik Puteri dah bangun," ujar Kakak Leha kemudian menarik nafas lega. Wajah yang tadinya lesu kini tampak ceria. "Tak usah. Jangan banyak bergerak," tegur Kakak Leha apabila melihat Puteri cuba bangun. "Biar Kak Leha betulkan katil ni, ya. Dalam keadaan sekarang ni doktor kata Cik Puteri kena banyak-banyak berehat. Kesian anak nanti...."

"Doktor tidurkan Cik Puteri sejak semalam supaya Cik Puteri boleh bertenang dan tak banyak berfikir," sambung Kakak Leha sambil tersenyum tipis. Kejadian semalam yang tidak ubah seperti sebuah mimpi ngeri itu sekali lagi terb ayang di ruang mata. Sepanjang malam dia bagaikan berada di awang-awangan. Tidak banyak yang mampu diingati melainkan wajah Doktor Low dan jururawat yang tampak begitu tegang dan entah apa-apa peralatan yang sekejap disorong dan sekejap dit arik.

"Kak Leha, baby tak apa-apakan?" tanya Puteri agak cemas. Muka Kakak Leha direnu ng tepat. Perasaannya terasa amat hiba setiap kali memikirkan tentang nyawa baby yang entah panjang entah tidak. Dia sudah pun kehilangan Hakim. Dia tidak rela kehilangan baby pula! Entah kenapa Yang Maha Esa memilih dia untuk diuji sedemik an rupa. Sejak lahir ke dunia sehinggalah saat itu, dugaan tidak pernah berkuran g. Kebahagiaan hanya sejenak sedangkan duka pula berpanjangan. "Kita sama-samalah berdoa supaya anak Cik Puteri dipanjangkan umur dan sihat wal afiat. InsyaAllah... dengan berkat kesabaran dan ketabahan, semuanya akan baik," kata Kakak Leha sambil menggenggam erat tang an Puteri. "Apa kata doktor?" "Er... Kak Leha tak tahu." "Berterus terang aja dengan saya, Kak Leha," Pinta Puteri. Tidak mampu menepis r esah di hati, debar di dada kian menggunung. Malangnya Kakak Leha hanya memaling kan wajah dan diam membisu. " Kak Leha... baby tak apa-apakan?" soal Puteri lagi dalam keadaan air mata yang k embali bercucuran. Air muka Kakak Leha yang berubah keruh sebaik sahaja pertanyaan diajukan itu me nambah sedih di hati Puteri. "Ya Allah... kenapa semua ni harus terjadi pada saya..." rintih Puteri. "Cik Puteri... janganlah macam ni. Doktor kata Cik Puteri tak boleh susah hati. Mesti ceria selalu. Cik Puteri sihat, sihatlah dia. Cik Puteri tak boleh asyik t ermenung dan menangis," pujuk Kakak Leha. Di dalam hati serba salah untuk menyam paikan permintaan Doktor Low untuk bertemu dengan suami Puteri. Takut nanti ters inggung pula perasaan Puteri. Walaupun sudah lebih dua bulan dia bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Puter i, tidak banyak yang diketahuinya tentang wanita itu. Puteri lebih banyak berdia m diri. Perkataan suami begitu payah untuk keluar dari mulut Puteri. Gambar ahli keluarga mahupun gambar perkahwinan juga tidak kelihatan di mana-mana. Pada mulanya Kakak Leha menyangka di dalam keadaan berbadan dua, Puteri tidak pu nya kudrat untuk melakukan kerja menghias dan mengemas rumah. Tetapi walaupun se lepas dia menawarkan tenaga untuk membantu, Puteri hanya meminta agar gambar-gam bar bayi comel digantungkan di kamar tidurnya, bukan gambar perkahwinan. Malah a mat menghairankan kerana sehingga kini tidak pernah ada sesiapa pun yang menjeng uk Puteri yang sedang sarat mengandung itu. Puteri seolah-olah hidup sebatang ka ra. Sepanjang pengetahuannya, Puteri berbual-bual ceria melalui telefon bimbit hanya dengan seorang perempuan bernama Nanu. Cuma pada kala itu sahaja kedengaran gel ak ketawa Puteri. Pada lain waktu Puteri lebih banyak membaca dan menyepi. Hari-

hari melihat Puteri duduk bersendirian di halaman sambil memandang kosong ke hadapan membuatkan hati Kakak Leha dibuai rasa kasihan. Sayu benar rasanya perasaan. Nam un sekali-sekala Puteri akan keluar untuk menguruskan urusan tertentu. Semalam k etika keadaan sedang genting, Kakak Leha cuba menghubungi Nanu melalui telefon b imbit Puteri, tetapi entah kenapa tidak ada jawapan. Lagipun dia bukannya arif s angat soal alat telekomunikasi itu. Banyak benar butang yang perlu ditekan. Sebagai insan biasa, seribu persoalan dan syak wasangka timbul di hati Kakak Leh a setiap kali memikir dan memerhatikan kehidupan harian Puteri. Hati pernah bert eka-teki sama ada Puteri berpangkat isteri kedua ataupun perempuan simpanan kepa da mana-mana ahli korporat. Mungkin Puteri kahwin lari ataupun Puteri sebenarnya hamilkan anak luar nikah. Tetapi Puteri ternyata seorang wanita yang berpelajar an, punya adab sopan dan bermoral tinggi. Hatinya tidak mahu percaya bahawa Pute ri sanggup memilih cara hidup sebegitu. Memang pernah tergerak di hatinya untuk bertanya tentang ayah kepada bayi di dalam kandungan Puteri, tetapi setiap kali memandang wajah sugul Puteri niatnya asyik terbantut. Apa yang jelas, hidup Pute ri penuh onak dan duri. Dia tidak sampai hati kalau-kalau pertanyaannya nanti ba kal mencarik luka di hati Puteri. "Sebenarnya... Doktor Low desak Kak Leha telefon suami Cik Puteri. Ada perkara m ustahak yang nak dibincangkan. Katanya... plasenta berdarah dan terlalu ke bawah . Cik Puteri perlukan jagaan khusus sepanjang dua bulan ni," cerita Kakak Leha d engan wajah berkerut. "Kak Leha dah cuba cari nombor telefon suami Cik Puteri... tapi Kak Leha tak tah u yang mana satu..." sambung Kakak Leha seketika kemudian apabila Puteri mula ke lihatan termenung jauh dengan wajah yang amat hiba. Mendengar kata-kata Kakak Leha itu, Puteri berpaling pantas. Cemas. Telefon Haki m? Adakah keadaan sudah begitu serius sehinggakan Doktor Low perlu berbincang de ngan Hakim? Sesungguhnya dia tidak mahu melibatkan Hakim. Walau bakal dijemput m alaikat maut sekalipun dia tidak inginkan belas kasihan Hakim. Tidak sama sekali . Lagipun Hakim bakal ke jenjang pelamin. Biarlah Hakim melalui detik-detik bersej arah itu dengan hati yang tenang. Mana mungkin Puteri merosakkan majlis orang de mi kepentingan diri sendiri, lebih-lebih lagi majlis orang kenamaan seperti Dato ' Salihin. Bagaimana pula dengan perasaan gadis yang bakal dinikahi Hakim sekiranya mengeta hui bahawa bakal suami sebenarnya berstatus suami orang dan diri sebenarnya baka l dimadukan? Wan Zureen tidak bersalah. Kenapa harus melukakan hati serta maruah kaum sejenis kalau perkara itu boleh diselesaikan secara diam? Selagi mampu bia rlah rahsia itu kekal di antara dia dan Hakim. "Tak mengapalah, Kak Leha," bisik Puteri lalu termenung hiba mengenangkan nasib baby. Malang sekali dia bukannya salah seorang ibu yang bernasib baik. Begitu ju ga dengan baby. Walaupun baby masih bernyawa di dalam kandungan, namun keadaan t ernyata tidak memuaskan. Pendarahan tidak akan berlaku tanpa sebab. Doktor Low j uga tidak mungkin kecoh tanpa alasan munasabah. Semua itu memang serius. Silap l angkah baby tidak akan

sempat mengenal dunia atau mungkin juga nyawa Puteri sendiri boleh melayang. Nam un dia lebih sayangkan baby daripada nyawa sendiri. Aku rela berikan nyawaku pada baby... bisik hati Puteri. "Kak Leha, boleh tolong panggilkan Doktor Low?"

BAB DUA PULUH LIMA (25) MELANGKAH meninggalkan kamar tidurnya, Hakim menjatuhkan tubuhnya ke sofa di rua ng tamu. Setelah termenung panjang, dia mencapai alat kawalan lalu menekan butan g `on'. Ingin melupakan mimpi yang mengganggu tidurnya, dia cuba menumpukan perh atian pada tayangan filem larut malam di kaca TV yang sudah pun sampai ke pering kat klimaks itu. Berminggu-minggu sudah Hakim asyik bermimpi melihat Puteri lemas dibawa arus der as dan dia hanya sekadar memandang tanpa mampu berbuat apa-apa. Rintihan suara Puteri memanggil-manggil namanya sentiasa membuatkan dia tersentak bangun dengan peluh membasahi tubuh. Sebuah mimpi yang dirasakannya amat aneh sekali. Mimpi yang begitu nyata seolah-olah peristiwa itu benar-benar terjadi di hadapan mata. Dia resah. Hatinya risau mengenangkan Puteri. Semakin hari fikirannya kian berke camuk. Bimbang

seandainya mimpi itu bukan sekadar mainan tidur tetapi merupakan satu firasat ba hawa Puteri di dalam kesusahan. Suatu petanda buruk. Keinginan untuk menjejaki Puteri kini lebih hebat daripada keinginan untuk mengu ruskan soal pernikahannya. Keinginan itu meluap-luap dan sehari ke sehari. Dia t idak mampu duduk diam walau seminit pun. Bayangan wajah Puteri asyik meniti di r uang mata. Hati jadi cuak. Jadi cemas. Jadi tidak sabar. Gentar! Terasa diri tid ak ubah bagaikan harimau sarkas di kurungan yang ingin melepaskan diri untuk men cari jawapan tentang asal usul. Tambahan pula sejak akhir-akhir itu Zureen tiba-tiba sahaja bersikap hambar dan lebih suka menyepi. Kadangkala fikiran gadis itu bagaikan dikuasai oleh sesuatu. Hakim sendiri tidak mampu menarik perhatian Zureen. Gadis itu asyik berangan wa laupun dia di hadapan mata. Lain yang ditanya lain pula yang dijawab. Dari air m uka Zureen, Hakim dapat merasakan bahawa hati gadis itu mula berbelah bahagi. Pa da mulanya Hakim menyangka Zureen sekadar resah untuk melangkah ke alam rumah tangga. Maklum sahaja di antara mereka jauh berbeza bagaikan langit dengan bumi. Kini dia yakin Zureen sedang dilamun asmara . Yang jelas perasaan itu lahir bukan untuk dia, tetapi untuk seseorang yang ten tu sekali berbeza daripada Hakim sendiri. Tengku Aida dalam nada sinis pernah berbisik ke telinganya bahawa pernah melihat

Zureen berkereta dengan seorang lelaki. Namun entah kenapa Hakim tidak kisah. D ia tidak ambil peduli soal lelaki mana yang sering kali menghiasi mimpi indah Zu reen. Fikirannya hanya tertumpu kepada Puteri. Di mana Puteri? Malangnya Nanu, satu-satunya orang yang paling rapat dengan Puteri tetap membisu walaupun ditanya berkali-kali di mana Puteri. Bermacam-macam pesanan telah cuba disampaikannya melalui wanita itu, tetapi entah sampai entah tidak. Puteri tida k pernah membalas. Seminggu yang lalu, apabila keresahannya memuncak akibat mimpi buruk yang berula ng-ulang, sekali lagi Hakim tebalkan muka berjumpa Nanu. Kalau dahulu Nanu sekad ar bermasam muka dan berdegil dengan perkataan tidak tahu, tetapi pada hari itu Nanu bagaikan tidak lagi mampu membendung emosinya. Tanpa mendengar sebarang pen jelasan, Hakim terus dibidas dengan kata-kata yang menusuk jiwa. "Apasal? Awak nak kutip balik sepah yang awak dah buang?" marah Nanu. "Encik Hakim, kualiti seseorang lelaki tu bukan terletak pada nama, pada paras r upa mahupun kekayaan, tapi terletak pada hati budi, pada cara dia bertindak dan bagaimana dia mampu memikul tanggungjawabnya! I do aware that you are a very ver y rich guy, but how responsible are you"? Orang seperti awak hanya jadikan seora ng perempuan yang sudah pun malang bertambah malang!"

Sesungguhnya kata-kata Nanu itu membuatkan Hakim terkedu. Terasa diri bagaikan s ebuah kapal di lautan luas yang sedang marak dijilat api dan separuh karam. Lama dia berdiri merenung pada Nanu tanpa berkata-kata. Bermacam-macam rasa timbul d i benak. Tidak pernah ada mana-mana perempuan yang berani melemparkan kritikan s ebegitu rupa terhadapnya selama ini. Memang egonya sukar untuk menerima kenyataa h perempuan itu, namun dia terpaksa akui bahawa apa yang dikatakan oleh Nanu itu ada benarnya. Dialah petua lang di dalam kehidupan Puteri! Setiap kesalahannya memang tidak layak untuk dim aafkan. "Is she all right?" tanya Hakim. Sepi. Yang kedengaran hanyalah suara dengusan tidak senang Nanu. "Nanu, saya nak awak tahu yang saya tak berniat untuk berterusan mengganggu awak . Tapi Nanu.. saya rasa tak sedap hati, seolah-olah... ada perkara buruk terjadi pada Puteri." "Ohh? Awak dah nak kahwin lain, buat apa nak tanya lagi? Biarkanlah!" tingkah Na nu lagi dengan jelingan yang semakin tajam dan muka yang semakin mencuka. Selepas menghela nafas panjang, akhirnya Hakim bertanya lagi dengan penuh kesaba ran. Biarpun payah, bidasan pedas daripada Nanu ditelan jua. Anak mata Nanu dite nungnya tenang. "Nanu, di mana Puteri?"

Malang sekali apa yang Hakim dapat sekadar lirikan tajam yang begitu menghiris p erasaan. Nampaknya Nanu bukan sahaja setakat berdegil, malah sudah pun di pering kat benci dan meluat. Sungguh Hakim kesal. Dalam usaha untuk menjadi anak mithal i akhirnya dia dicemuh dan dipandang jelik! Di sebalik senyuman bangga Dato' Sal ihin dan senyuman penuh restu ahli keluarganya atas keputusannya untuk menikahi Zureen, dia dicela oleh kawan-kawan Puteri. Senyuman Encik Rashid semakin hari s emakin tawar, begitu juga dengan Syed Awang yang tidak habis-habis mengkritik da n mengomel panjang. Pedas bidasan Nanu rasanya lagi berbisa daripada kata-kata y ang keluar dari mulut lelaki itu. Kakak Ana juga nampaknya mula menjeling satu macam. Kakitangan peja bat pula sibuk bergosip tentang cinta bersegi dan bermacam-macam lagi. "Nanu, please... saya..." "Minta maaf Encik Hakim, saya tak tahu! Pasal awak saya kehilangan seorang kawan baik! Saya geram sangat dengan awak tahu tak?" "I'm sorry..." Sejak dari hari pertemuannya dengan Nanu itu, dunia Hakim terasa kian tunggang t erbalik. Hati diamuk resah. Rasa bersalah menyelit kemas di hati bagaikan duri y ang tertusuk di dalam daging. Terseksa jiwa dan raga dek mengenangkan Puteri. Aj al belum pun tiba tetapi dia sudah pun merasa diri seolah-olah di perut neraka. Sambil bangun untuk mendapatkan telefon yang tiba-tiba sahaja berdering, Hakim m erengus geram. Entah siapa pula yang rajin menelefon malam-malam buta begitu. Bi asanya sejak kebelakangan itu hanya Saloma sahaja yang asyik menelefonnya tidak kira masa. Sebaik sahaja diamanahkan sebagai orang yang bertanggungjawab ke atas perancangan majlis perkahwinannya, kakak sulungnya itu bersungguh-sungguh memainkan peranannya. Tetapi suara yang kedengaran di talian membuat geram di hatinya segera terubat. "Hai, Sheri? Apa khabar? Where are you!" "Sheri di apartmen. Relaxing." "Adik abang di rumah pada hari minggu? Apa... pasir, ombak dan surf di bumi Hawa ii dah tak seronok lagi ke?" usik Hakim sambil tertawa kecil. Setahunya pada wak tu-waktu begitu, Sherina masih lagi leka memeluk papan surfnya di pergigian pant ai Waikiki ataupun Sunset, bukannya bersantai di rumah. Gadis itu memang minat habi s pada aktiviti sukan air. "Sebenarnya Sheri ada sesuatu nak beritahu abang." "Oh? Good news!"

"Hmmm..." "Okay, shoot. I'm all ears!" balas Hakim riang. Biasanya Sherina sentiasa menyam paikan berita gembira tentang aktiviti-aktivit yang telah disertainya. Kalau buk an kerana memenangi apa-apa anugerah, Sherina tentu bercerita tentang orang yang dianggapnya istimewa ataupun tentang kenalan-kenalan barunya. Hakim tidak pernah bosan mendengar celoteh adiknya itu. Sepanjang malam pun dia sudi melayan. Baginya kegembiraan Sherina adalah kegembiraannya juga. Suara tawa Sherina bagaikan penawar duka. Sesungguhnya dia sentiasa mendoakan kesejahteraa n hidup adik kesayangannya itu. Tidak rela sekiranya ada malang yang menimpa. Kemalangan yang meragut nyawa ibu mereka menyebabkan Sherina ketandusan kasih sayang seorang ibu tatkala usia belasan tahun. "Abang..." Tiba-tiba sahaja talian jadi hening. Suara Sherina tidak lagi kedenga ran. "Hello! Sheri? Are you still there?" "Abang, Rose cakap yang... abang setuju nikah dengan Zureen supaya Sheri tak dip aksa nikah dengan Jimmy, betul?" Terkelu Hakim sebaik sahaja mendengar pertanyaan Sherina itu. Berderau darahnya. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Rose akan menyampaikan cerita Sebenar kepada Sherina. Dia semakin tidak memahami pendirian perempuan itu. Kenapa dan apa yang Rose mahu sebenarnya? "Abang... tak payahlah paksa diri kahwin dengan orang yang abang tak sayang. She ri dah ambil keputusan... Sheri akan kahwin awal. Sheri akan nikah dengan Rodriq ue," beritahu Sherina. Suaranya kedengaran agak sebak. "Apa?" Berdesing telinga Hakim sebaik sahaja mendengar kata-kata adiknya itu. Ha ti terasa resah dan cemas. Sungguh dia tidak percaya Sherina sanggup berkahwin d engan entah lelaki mana semata-mata kerana mahu dia menarik diri dari perkahwina n dengan Zureen! "Abang! Abang tak boleh berkorban dan membayar hutang abah selama-lamanya! Sheri takkan biarkan abang buat begitu!" "Sheri... kenapa?? Who's this Rodrique, anyway? tanya Hakim resah. Baginya Sheri na masih terlalu muda untuk membuat keputusan sebegitu. "Bukan salah abang tapi takdir menentukan ibu meninggal begitu.... Kenapa abang harus menyeksa diri?"

"Tapi Sheri... Sheri tak semestinya kahwin tangkap muat demi kebahagiaan abang. Bagaimana dengan kebahagiaan Sheri sendiri?" "Sheri akan nikah dengan lelaki yang Sheri sayang, abang. Abah takkan boleh paks a Sheri buat apa yang Sheri tak suka dan abang juga tak sepatutnya ikut kehendak abah! Sheri rela jadi anak terbuang demi abang!" "Sheri, tolong jangan cakap begitu. Tunggu..- abang akan ke sana. Let's talk fir st, okay. Don't be a fool, please..." "No. Selagi abang tak batalkan niat abang untuk

kahwin, Sheri tak nak jumpa abang! Sheri akan kahwin dengan Rod di sini!" "Don't do this to me, Sheri. Abang sayangkan Sheri...." "Tapi Sheri kesal sebab abang tak sayangkan diri abang sendiri! Apa yang abang b uat untuk orang lain? Tolonglah abang.... Abang..." Sherina tidak dapat menerusk an kata-kata akibat tangisan yang meledak. Dia memutuskan talian. "Sheri? Sheri! Helo! Helo Sheri!!" Tidak berpuas hati dengan tindakan adiknya itu, Hakim segera mendail nombor tele fon Sherina di Honolulu. Malangnya walaupun berkali-kali mendail, talian tetap d ibiarkan berdering tanpa jawapan. "Come on... ! Oh hell!" Terlalu geram dan tidak mampu mengawal perasaan, tangann ya mencapai telefon antik itu lalu sepantas kilat dihempasnya kuat ke dinding se hingga segala isi perut bertaburan di lantai. Hakim mula mundar-mandir. Kemudian dia duduk termangu lama di sofa. Kepala mula berdenyut-denyut dengan persoalan yang kian berserabut. Aku korbankan kebahagiaan aku.... Aku perdagangkan diri dan padamkan hak serta i mpian perempuan lain demi kebahagiaan adik. Sebaliknya adik cuba musnahkan kebah agiaan sendiri.... Kini maruah siapa yang harus dijulang? Sherina, Zureen ataupun Puteri? BAB DUA PULUH ENAM (26) "APA masalah you Hakim?" tanya Intan. Soalan yang bernada serius tetapi lembut. Perubahan ketara pada air muka Hakim tatkala menyangka diri sedang bersendirian melahirkan rasa pelik di hati Intan. Renungan Hakim tampak sayu dan terlalu jauh . Hati berdetik bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Sebaik sahaja soalan dilontarkan, Hakim berpaling. Wajah yang suram tiba-tiba sa haja tampak begitu sendu. Tersentuh rasanya perasaan Intan tatkala merenung pada wajah suram Hakim itu. Buat pertama kali dalam tempoh bertahun-tahun itu, hati

Hakim bagaikan sedang menangis hiba. "You tahu I sentiasa sudi mendengar," ujar Intan lagi apabila Hakim hanya mendia mkan diri dan melontarkan pandangan jauh ke luar tingkap. Wajah tampan kini jela s sugul sedangkan beberapa minit yang lalu tatkala membantunya memeriksa satu do kumen rasmi, Hakim kelihatan begitu normal serius, namun mesra.

"I tak tahu apa yang harus I buat, Intan. Segala-galanya kian berserabut. I feel so... helpless" keluh Hakim kedengaran begitu payah untuk meluahkan setiap pata h perkataan itu. Sesaat kemudian dia mula mundar-mandir di ruang pejabat yang ti dak seluas mana itu. Dahinya berkerut-kerut. "Sound serious. Apa dah jadi?" tanya Intan lagi kalau-kalau Hakim sudi bercerita panjang. Biasanya soal urus niaga tidak akan tertera di wajah Hakim sebagai sua tu masalah. Hakim adalah seorang lelaki serba boleh. Kalau selama ini Hakim mamp u menyelesaikan masalah orang lain, tentu sahaja lelaki itu mampu menyelesaikan masalah sendiri. Manakala soal peribadi pula tidak akan sengaja dipaparkan oleh Hakim kepada umum, lebih-lebih lagi kepadanya. Intan sebenarnya sudi mendengar a salkan Hakim sudi meluahkan isi hatinya. Tetapi selepas putusnya perhubungan mer eka, Hakim bagaikan mengunci segala urusan peribadinya di dalam peti besi! Intan mengenali Hakim sebagai seorang lelaki yang baik. Bukan jenis lelaki yang hanya memikul tanggungjawab sekerat jalan. Intan sendiri sudah terlalu banyak te rhutang budi kepada Hakim. Kalau bukan kerana Hakim entah bagaimana dia mahu men gharungi perjalanan hidupnya sebagai ibu tunggal. Tetapi tanpa sekelumit pun ras a dendam Hakim telah menerangi hidupnya sepanjang jalan. Hakim tidak pernah meng harapkan balasan. " You pun tahu ayah I nak sangat tengok I kahwin dengan Zureen," ujar Hakim. Berat hati rasanya mahu bercerita. Kalau boleh dia tidak ingin mel ibatkan Intan di dalam masalah peribadi mahupun masalah keluarganya. Tetapi beban perasaan yang ditanggung sudah melampaui batas kemampuan sendiri. Dia sudah tidak berdaya. Fikirannya betul-betul bercelaru. Dia rimas! "Jadi I ikutkan kehendak dia... tapi I lakukan semua tu bukan semata-mata kerana nak tunaikan hajat ayah I.I setuju demi Sherina. My dad is capable of anything. I tak mahu Sheri jadi mangsa kahwin paksa.... Dia adik I," kata Hakim lalu mena rik nafas dalam dan sekali lagi termangu agak lama. Murung. "Malangnya setelah I akur akan segala-galanya... Sheri pula ugut akan kahwin lar i kalau I kahwin dengan Zureen. Demi I, dia sanggup rosakkan masa depan sendiri! I... I can't accept this..."

"Kenapa pula Sheri ugut macam tu? Dia tak sukakan Zureen?" Mengenali Sherina, In tan tahu Sherina pasti akan mengotakan kata-katanya. Sherina memang anak yang ma nja tetapi juga merupakan seorang gadis yang bersikap tegas. "Sebab dia tahu kalau bukan kerana nak melindungi dia, I takkan nikah dengan Zur een." "Jadi, you sebenarnya tak pernah ada perasaan terhadap Zureen?" tanya Intan. Dia terkejut. Setahunya Hakim melayani Zureen dengan penuh kemesraan walaupun gadis itu kadang-kadang kelihatan agak kekok di sisi Hakim. Entah di mana kurangnya, tetapi pada pandangan Intan, Hakim dan Zureen memang tidak sepadan. Banyak benar perbezaannya. Hakim menggeleng, mengiakan pertanyaan Intan itu. Bukan dia tidak pernah mencuba untuk membukakan pintu hatinya untuk Zureen, tetapi memang tiada tempat di hati nya untuk gadis itu. "Memang benar I tak ada perasaan terhadap dia, tapi dah sampai ke tahap ni... I tak sampai hati cemarkan nama baik Zureen. She is innocent. Dia

hanyalah mangsa pada cita-cita besar dua keluarga." Hakim menarik nafas. Mencari ketenangan. "Entah, I rasa amat tersepit antara Sheri, Zureen dan... Puteri." "Puteri? Siapa Puteri, Hakim?" tanya Intan dalam nada penuh risikan. Bagaikan terkejut besar mendengar pertanyaan yang baru keluar dari bibir Intan i tu, Hakim terdiam agak lama. Matanya terpaku pada Intan. Rupa-rupanya tanpa seng aja dia telah hampir-hampir membongkar kisah silam yang telah disimpan sekian la ma daripada pengetahuan Intan. "Hakim?" Namun Hakim masih membisu, malah tampak sedikit kalut. Tangannya melurut kasar b erkali-kali pada rambut sendiri. "Siapa pula Puteri, Hakim?" Melihat reaksi pelik Hakim itu, rasa ingin tahu di h ati Intan kian menebal. Berdebar dadanya tatkala menunggu penjelasan Hakim. Teta pi lama benar rasanya masa yang diambil Hakim untuk bersuara. "Isteri I..." bisik Hakim perlahan. Sedikit beban tiba-tiba sahaja terasa lenyap dalam sekelip mata. Rasa lega menyusup ke hati. Sangkanya susah tetapi rupa-rup anya tidak payah untuk menyebut perkataan itu di hadapan orang!

"Puteri... Isteri I," ulangi Hakim sekali lagi dengan nada lebih bertenaga. Enta h kenapa hati terasa kian lapang. Nampaknya berterus terang ada nikmatnya! Kini giliran Intan pula ternganga. Dia bagaikan tidak mempercayai telinga sendiri. Isteri? Hakim Pernah berkahwin? Bila? "Isteri? Tapi..."

"You kenal dia sebagai Dee," jelas Hakim lagi. Tiada dua Dee di dalam hidup Inta n melainkan Dee yang menjadi teman sebiliknya selama bertahun-tahun itu. Dee yan g sentiasa sudi berbuat apa-apa sahaja demi kesenangan Intan. Dee Tomboy, gelar Intan serta rakan-rakan sekuliah. "Dee?" Intan terdiam sejenak dek terkejut. Raut wajah tomboi Dee segera terbayan g di ruang mata. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Dee dan Hakim... Namun dia s egera mengingatkan diri bahawa di sebalik kemeja petak over size, seluar jean sa iz tiga puluh dua dan topi yang tidak lekang dari kepalanya, Dee sebenarnya seor ang wanita tulen seperti dia juga. Cuma Dee tidak pernah memaparkan kecantikan d iri. Dee tidak melenggang seperti gadis-gadis lain. Mungkin Hakim adalah satu-sa tunya lelaki yang mampu menilai kecantikan semula jadi pada diri Dee. "Dee, teman sebilik I di UM dulu? You dengan dia..." "I nikah dengan Dee tak lama lepas kita berpisah," jelas Hakim. Walaupun kisah d i antara dia dan Intan sudah menjadi sejarah, namun sesekali dia tidak ingin Int an menyangka bahawa di sebalik hangatnya percintaan mereka dahulu, dia juga sibu k bermain mata dengan kawan-kawan seperjuangan Intan. Sesungguhnya sebagai seora ng kekasih, Hakim tidak pernah berlaku curang. Dia setia pada Intan seorang seda ngkan Intan pula sebaliknya. Tetapi semua itu sudah lama berlalu. Dia sudah pun buang yang keruh. Kini hubungan persahabatan di antara mereka lebih bererti dari pada hubungan asmara. "Hakim, you betul-betul nikah dengan Dee tujuh tahun yang lalu? Oh, it's unbelie vable! You and Dee! You jatuh cinta pada Dee?" tanya Intan teruja. Baginya semua itu sungguh menarik. la sesuatu yang tidak per nah diduga. Dee dengan Hakim! "Nothing to do with love" ujar Hakim perlahan, terkenang kembali betapa beratnya hati tatkala melafaz akad nikah. Sampai gagal tiga kali berturut-turut. Setelah berpaling merenung pada wajah Puteri yang tertunduk sayu, rasa bersalah kembali bersarang di benak dan ketika itu barulah lafaz kali keempat akhirnya menjadi. Lafaz terakhir itulah yang menyatukan dia dengan Puteri sebagai suami isteri. Tu an kadi tersenyum lega kerana setelah berhempas pulas akhirnya sebuah lagi masji d selamat dibina, tetapi Hakim... hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa terseksany a jiwa. Dia rela dalam terpaksa.

"Habis, kenapa you pilih Dee?" tanya Intan kehairanan. Di dalam hati marak denga n pertanyaan apa yang terjadi di sebalik kisah Hakim dan Dee itu? "Kami nikah secara sulit. Tak ada orang yang tahu. I nikah dengan Dee bukan kera na cinta, tapi kerana... tanggungjawab." Memang benar dahulu Hakim tidak pernah tertarik kepada Dee. Memandang Dee tidak ubah bagaikan merenung papan sekeping. Tiada riak. Pernikahan mereka bukan berla ndaskan cinta, namun sebaik sahaja perkataan sah kedengaran, dia nekad melakukan sebaik mungkin agar tidak mempersia-siakan hidup seorang gadis. Dia tanamkan ni at di hati untuk menjadi seorang suami yang baik. Dia rela bertanggungjawab sehingga ke akhir hayat. Apa yang diperlukan hanyalah masa untuk dia membiasakan diri dengan kehadiran Dee di dalam hidupnya. Begitu juga dengan Dee sendiri. Tetapi siapa sangka Dee telah memilih jalan sendiri. "Tanggungjawab? What do you mean?" Hakim tersenyum pahit tatkala mindanya berterusan menerokai nostalgia silam. Sem uanya bertitik tolak daripada nota putus cinta daripada Intan. Memang dia kesal tetapi dia tidak pernah menyalahkan Intan. Apa yang terjadi adalah kerana kelema han diri sendiri. Bukan salah Intan dan bukan juga salah Dee. "Silly mistake. Kami terlanjur. Demi bayi, kami nikah. Tapi rupa-rupanya dia sil ap perhitungan. So, lepas kahwin seminggu, she left... just like that. Cuma ting galkan sekeping nota dengan ucapan maaf atas segala-galanya. Semoga bahagia.... I was mad like hell. I never talked about it!" "Oh, I'm sorry.... You tahu di mana Dee sekarang?" tanya Intan kesal. Malang sun gguh kerana Hakim dan Dee berkahwin dan kemudiannya berpisah hanya selepas beber apa hari usia perkahwinan mereka. Kenapa semua itu harus terjadi? Adakah Hakim t idak pernah mencuba sedaya upaya dalam melayari bahtera perkahwinan ataupun adak ah kerana Dee tidak pernah berhajat untuk meninggalkan imej tomboinya untuk menj adi seorang wanita sejati? "Pelik tapi benar..." ujar Hakim. Dia tergelak penuh sesalan. "Dia di sisi I... sehinggalah tiga bulan yang lalu dia hilangkan diri tanpa seba rang berita," cerita Hakim. Sesungguhnya hati masih terasa jerih setiap kali men genangkan tindakan Puteri yang diam-diam meletak jawatan ketika dia sedang outst ation. Luka masih berdarah sehingga saat itu. Buat kali kedua dia ditinggalkan t anpa diberi peluang untuk memberi kata dua. "What's going on? I tak faham. Keliru.. bagaimana Dee berada di sisi you sedangkan you kata dia tinggalkan you tujuh tahun yang lalu?" "Dia kembali.... Dia kembali dengan identiti baru sebagai Puteri. Seratus peratu s berbeza daripada Dee yang kita kenal dulu. You pasti terkejut. She's so damn b eautiful. So elegant. I tak cam walaupun dia berdiri depan mata. Setelah berbula n-bulan baru I sedar bahawa Puteri sebenarnya Dee, perempuan yang I nikah dulu.. .."

"Maksud you, dia sengaja cari you?" "No. I don't think so. Kerja Tuhan. Kebetulan I ambil alih syarikat tempat ekerja. I fikir kalau diberi pilihan dia pun sebenarnya tak ingin jumpa I. ad tried her best. Asyik mengelak daripada I. Walau di bawah satu bumbung, ah nak bertemu muka dengan dia. Malangnya... dia akhirnya jatuh cinta pada " "Very interesting

dia b She h I sus I....

" "Believe me... it's not interesting. Air mata bukan petanda baik," balas Hakim d alam nada kesal. Kesal dan rasa bersalah kerana Puteri telah banyak menitiskan a ir mata kerana dia. "Kenapa? Apa yang terjadi, Hakim?" "Kerana I, dia alami depression dan patah hati... berkali-kali. I..." "Hakim... kenapa? You tak ada perasaan langsung Pada dia? I tahu cinta memang tak boleh dipaksa-paksa, tapi antara you dan dia sudah pun ada ikatan rasmi. You are still married to each other. She is your wifel" Hakim mengangguk lemah. Lagipun, bagaimana you boleh setuju nikah engan Zureen s edangkan you masih suami Dee? I feel so sorry for Dee. How could you do this to her?" bidas Intan tanpa cuba berselindung lagi sehinggakan Hakim kelihatan agak terpa nar. Terkejut mendengar komen Intan yang bertali arus itu. "Don't you see? I ada tanggungjawab lain." "Tapi Dee juga sebahagian daripada keluarga you. Dia adalah isteri you dan dia c intakan you. Knowing her, she'll love you until her last breath! Bagaimana denga n tanggungjawab you terhadap dia, Hakim? I ingatkan youlah lelaki yang paling be rtanggungjawab yang pernah I kenal!" tegur Intan bersungguh. Matanya menyilau pe nuh emosi. Kalau dahulu dia tidak ambil peduli walau apa pun yang terjadi ke atas Dee dan s ering kali memperalatkan sikap setia kawan serta keikhlasan hati Dee untuk kepen tingan diri sendiri. Kini sebagai seorang wanita yang sudah pun matang dalam men ghadapi pahit getir hidup, dia begitu simpati terhadap nasib Dee. Kalau dibiarka n digantung tidak bertali oleh Hakim, maka apa bezanya status Dee kalau dibandin gkan dengan dia? Sekurang-kurangnya dia seorang janda yang kematian suami. Tetap i Hakim masih bernyawa! "Intan, you tak faham. I hanya boleh pilih satu antara tiga! Sama ada maruah She ri, Zureen ataupun Puteri. Puteri pernah hidup tanpa I selama tujuh tahun. Dia t entu boleh teruskan hidup tanpa I selama dua belas tahun lagi. Sheri pula takkan hidup bahagia kalau bersuamikan Jimmy!" balas Hakim resah. Melihat kesungguhan

Intan mempertahankan kedudukan Puteri, menambah dilema di hati. Dia tidak senang duduk. Renungan mata Intan sahaja cukup membuatkan dia terasa bagaikan seorang pesalah yang tidak layak untuk dibicaraka n. Pesalah yang sememangnya patut mati di tali jerut! "Habis kenapa you tak lepaskan aja Puteri? Daripada hidup digantung tak bertali, bukankah..." "No! I..." Air muka Hakim segera berubah. Pucat. Dia tampak cukup terganggu. Getir. Matanya tegak merenung Intan. "Ya, Hakim?" ujar Intan mencabar. "I couldn't. No..." keluh Hakim. Dia meraup muka sendiri. "Sebab you berdendam dan nak dia hidup tanpa kepastian? Tertanya-tanya apa kedud ukan aku seumur hidup ni? Anak dara? Isteri orang? Janda?" bidas Intan lantang. Darahnya mula menyirap. Kalau benar Hakim cuba menghukum Dee kerana kesilapan la lu, alangkah malangnya nasib Dee. "It's not wrong to love somebody! I... I love her.... I can't bear losing her!" ungkap Hakim tiba-tiba. Suaranya kedengaran bergetar dan sebak. Sesungguhnya Intan terpempan. Hatinya terharu. Tambahan pula apabila mata Hakim jelas kelihatan berkaca-kaca. Pada saat itu Hakim tampak ikhlas. "You betul-betul cintakan Dee?" tanya Intan lebih lagi apabila emosi Hakim agak terkawal. Melihat keadaan Hakim itu, dia turut sama merasa buntu. Dalam pada itu perasaannya berbaur antara geram dan simpati. "I love her.... Memang I tak pernah mengaku, but, I do love her. I missed her so much I couldn't think straight. I perlukan dia... tapi di mana dia? Di mana?" b isik Hakim antara dengar dan tidak. Penderitaan Hakim tiba-tiba sahaja begitu te rserlah. Sebak hati Intan dibuatnya. "Hakim..." Intan merapati Hakim lalu bahu Hakim disentuh perlahan. Dia menghela dan melepaskan nafas panjang, cuba menghilangkan sebak di dada. Sebagai seorang sah abat, dia sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Hakim dan Dee. Seandainya cinta kedua-duanya tulus, pasti jalan penyelesaian akan ditemui. Bukankah Allah itu Ma ha Adil lagi Penyayang? "I rasa Sheri dah tunjukkan you jalan, dan... I rasa you pun tahu apa yang you p atut buat, Hakim. Tapi kalau you sememangnya lebih pentingkan maruah Zureen dari pada maruah Dee mahupun kebahagiaan diri sendiri, it's up to you...."

BAB DUA PULUH TUJUH (27) ENTAH kenapa sebaik sahaja bertentang mata dengan Doktor Low pada pagi itu, hati Puteri berdetik bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Air muka doktor wanita itu tampak agak tegang dan kalut. Puteri sedar bahawa dia adalah satu kes luar biasa sukar yang memberi tekanan besar kepada Doktor Low. Doktor mana yang tidak resa h sekiranya pesakit yang dirawatnya tidak juga sembuh sedangkan berbagai-bagai c ara rawatan telah diberikan. Dua hari yang lepas akibat kesakitan yang datang mendadak, dia dipindahkan ke un it rawatan rapi. Selama berjam-jam dia terbaring di katil bersamasama pelbagai tiub dan mesin. Sejak dari hari itu, Para jururawa t dan doktor tidak putus-putus berulang-alik ke kamar itu. Kalau pada hari-hari biasa, dia hanya bertemu muka dengan Doktor Low dan Doktor Karan lebih kurang ti ga kali sehari. Kini dia begitu kerap dikunjungi. Pemerhatian begitu teliti. Walaupun Doktor Low tidak berkata apa-apa namun suasana gawat itu memang dapat dirasai. "How do you feel this morning!" tanya Doktor Low seperti biasa tatkala berdiri t egak menghadapi Puteri. Wajah pucat Puteri ditenungnya dengan perasaan penuh sim pati. Kesan dari komplikasi mengejut empat puluh lapan jam yang lalu, Puteri masih kel ihatan tidak bermaya. Walau bagaimanapun ia merupakan suatu keajaiban kerana nas ib Puteri luar biasa baik. Ramai wanita yang tidak begitu bernasib baik sebagaim ana Puteri kerana setelah berkali-kali menghadapi kesukaran, kandungan Puteri te tap di dalam keadaan baik dan bertahan sehingga minggu ke tiga puluh dua. "Better," balas Puteri sambil tersenyum tawar. Sekurang-kurangnya dia merasa leb ih bertenaga. Semalam dia betul-betul kehilangan kudrat sehinggakan mahu bersuar a untuk menenangkan Kakak Leha yang sedang menangis pun tiada upaya. Sesungguhnya Puteri mengagumi wanita itu. Sepanjang menerima rawatan, hanya waja h Kakak Leha yang kerap ditatapnya sepanjang hari. Walaupun hubungan di antara mereka sekadar majikan dan pekerja, namun Kaka k Leha tidak meninggalkan tanggungjawab sewenang-wenangnya. Kakak Leha tetap set ia di sisi. Kehidupan harian Puteri yang begitu sepi dan hanya terhad di antara empat dindin g sekurang-kurangnya telah diserikan oleh kehadiran serta sikap ambil berat yang ditunjukkan Kakak Leha. Kakak Leha telah membuatkan Puteri merasa diri tidak ke seorangan. "You'll be fine" ujar Doktor Low. Dia tersenyum pahit sekadar menyenangkan had sendiri dan juga Puteri. Sepanjang tempoh rawatan selama sebulan itu, keadaan Puteri tidak berubah sebaga

imana sepatutnya. Puteri seakan-akan berada di antara garisan hidup dan mati. Ti dak ubah seperti sebuah jam dinding yang hampir kehabisan bateri. Doktor Low per caya bahawa semua itu sebenarnya membabitkan masalah psikologi. Azam Puteri untu k hidup adalah tidak menentu. Puteri hanya terus bernafas demi bayi di dalam kan dungan. Malah Puteri berkali-kali berpesan bahawa walau apa jua yang terjadi, ba yinya harus diutamakan. Pesanan yang kedengaran bagaikan sebuah wasiat terakhir di telinga Doktor Low. Ucapan yang memberi makna bahawa Puteri tidak peduli sama ada dia hidup ataupun mati, tetapi anaknya perlu diselamatkan. Untuk membakar semangat Puteri agar punya keinginan untuk terus hidup, sekali da lam seminggu Puteri dipertemukan dengan seorang pakar psikologi. Sesi demi sesi diteruskan namun tiada perubahan. Keadaan Puteri tetap juga begitu. Malah semaki n hari semakin lesu. Wajah yang dahulunya cantik berseri kini kian lesi. Sesungg uhnya Doktor Low tidak mampu membayangkan kekecewaan bagaimana yang telah membun uh semangat Puteri untuk terus menikmati kehidupan ini. Apa dan siapa penyebabny a. Kerana merasakan bahawa memahami kedudukan Puteri adalah penting, Doktor Low telah berkali-kali cuba mencungkil cerita sebenar tetapi sem ua itu terlalu peribadi bagi Puteri. Bakal ibu muda itu tidak memberikan kerjasa ma. Semakin ditanya semakin sendu air mukanya. Jawapan muktamad Puteri adalah; " saya bertanggungjawab ke atas diri sendiri." Apabila ditanya kepada pembantu rumah Puteri juga tidak mampu memberikan makluma t lanjut. Walau bagaimanapun di dalam keadaan separuh sedar Puteri pernah berkal i-kali menyebut nama Hakim. Nama yang kedengaran amat bermakna bagi Puteri. Dokt or Low percaya bahawa lelaki itu memainkan peranan penting di dalam kehidupan Pu teri. Mungkin suami dan mungkin juga teman lelaki. "Is my baby all right!" tanya Puteri sejurus kemudian. Sesungguhnya renungan penuh simpati berbaur kesal daripada Doktor Low itu menimb ulkan satu perasaan resah yang tidak terhingga di hatinya. Doktor Low pernah ber kata bahawa komplikasi yang berulang-ulang berkemungkinan besar akan memudaratka n kesihatan bayi dan dia telah pun mengalami tiga komplikasi. Puteri tidak rela sekiranya baby mengalami apa-apa masalah. Baby harus lahir dengan sempurna dan m embesar dengan sempurna. "Well... yes... kalau kami lakukan Caesarean secepat mungkin," kata Doktor Low b erterus terang. Di dalam keadaan Puteri sekarang, jalan terbaik adalah mempercep atkan kelahiran bayi. Kalau tidak kedua-dua ibu dan anak berada di dalam keadaan bahaya. "Then, do it. Saya sanggup lakukan apa-apa saja asalkan baby selamat." "Pertama sekali, saudara terdekat puan perlu tandatangan dokumen kebenaran. I ne ed to see him as soon as possible. We can't wait any longer. It's a risk," jelas Doktor Low. "Doktor Low, I have nobody. Jadi, saya

bertanggungjawab terhadap diri saya sendiri. Apa-apa sahaja dokumen rasmi biar s aya sendiri yang sain." "Tolonglah berikan kerjasama, Puteri. Kami tak boleh ambil sebarang risiko yang berkemungkinan menjerumuskan hospital ni ke dalam kes undang-undang. We have to follow the rules" tegas Doktor Low serius. "Just remember... masa sedetik tu amat berharga bagi baby you. Jangan fikir terl alu lama," sambung Doktor Low lagi apabila Puteri hanya tertunduk dan diam membi su. Kedegilan Puteri tampak ketara. "Doktor... maksud doktor... saya dalam keadaan kritikal? Am I dying...! Saya dap at rasakan sesuatu..." ujar Puteri agak cemas. Hati tiba-tiba sahaja rasa amat b erdebar. Wajah Doktor Low direnungnya tepat. Dia mencari kebenaran. Apakah rasa resah serta tidak sedap hati yang dialaminya sejak akhir-akhir itu adalah satu p etanda bahawa dia bakal menemui ajal? Mimpi-mimpi serta imbasan-imbasan pelik ya ng sering kali mengganggu tidurnya itu adalah firasat bahawa hidupnya sudah di p enghujung jalan? "I'm sorry to say this, but... you are the one who chose to end your life. You d i dalam keadaan lemah kerana you sebenarnya tak ingin hidup. We have tried our b est. Ingat Puteri, tak ada orang yang boleh tolong you melainkan diri sendiri." "I am dying.... Tinggalkan baby sendirian di dunia ni?" getus Puteri perlahan. Peluh sejuk memercik. Hancur luluh rasanya hati. Berat sungguh mahu menerima kenyataan bahawa dia akan meninggalkan aby untuk meneruskan tradis i anak yatim piatu. Sungguh dia tidak sampai hati. Benarkah ajalnya sudah tiba? Begitu cepat sedangkan banyak lagi hutang yang belum diselesaikan? Wajah tenang Datin Zaidah bertandang di ruang mata. Hati terasa begitu sebak. Dia merasa amat bersalah. S empatkah lagi untuk dia memohon ampun maaf daripada Datin Zaidah? Dan sanggupkah dia berterus terang tentang kedudukan sebenar kepada Hanif yang setia menanti? Kepada Nanu dan Encik Rashid... dia teringin untuk menyampaikan ucapan terima ka sih di atas kasih sayang mereka selama ini. Dia tidak sanggup pergi tanpa menata p wajah mereka buat kali terakhir. Hakim.... Sebaik sahaja hati membisikkan nama Hakim, air mata tiba-tiba sahaja jatuh berde rai. Walaupun ingatan serta rindu dendam terhadap Hakim menjadi racun yang mengi kis hayatnya saban hari dan hati Puteri sakit bagai dihiris sembilu setiap kali mengenangkan Hakim, namun dia sedar Hakim tetap punya hak ke atas baby. Anak dan ayah tidak sepatutnya dipisahkan. Hakim harus diberitahu tentang zuriatnya. Kal au tidak nescaya Puteri mati menggalas beban dosa sekiranya membiarkan baby hidu p sebatang kara sedangkan baby sebenarnya punya tempat bergantung. Tetapi adakah baby akan disayangi? Sanggupkah Zureen menatang zuriat Hakim dengan wanit a lain bagai anak sendiri? Muliakah hati Zureen sebagai seorang wanita yang juga bakal menjadi seorang ibu suatu hari nanti? "I'm sorry..." kata Doktor Low lalu tangannya menyentuh lembut pada bahu Puteri. Sejurus kemudian dia mengorak langkah ke arah pintu.

"Doktor Low!" "Yes!" sahut Doktor Low lalu berpaling pantas dengan hati berbekal harapan agar Puteri menukar fikiran. Kerjasama daripada Puteri amat ditunggu-tunggu. Kedegilan Puteri sesung guhnya menyukarkan pihak hospital untuk bertindak. Sebagai pakar perubatan, mere ka terikat pada protokol dan bermacam-macam peraturan. Tidak boleh bertindak ses uka hati walaupun dengan kebenaran tuan punya diri. Puteri menghela nafas dalam. Berat rasa di hati. Dia tidak ingin membebankan ses iapa, tetapi sekiranya hanya satu tandatangan di atas sekeping borang yang diper lukan untuk menyelamatkan nyawa baby, maka orang yang paling layak tentulah seor ang wanita yang pernah memberikan perlindungan kepadanya selama ini. Wanita yang menyayanginya bagaikan anak sendiri - Auntie Zai. Hidupnya bermula di pangkuan Datin Zaidah dan dia tidak terkilan seandai nafasnya berakhir di pangkuan orang yang sama. "Datin Zaidah. Tolong panggilkan Datin Zaidah. Dia bagaikan ibu saya..." ujar Pu teri. Wajahnya sugul. Pilu rasanya hati. Dia dapat membayangkan wajah kecewa Dat in Zaidah apabila mengetahui cerita sebenar. Walaupun terpaksa akur pada qadak d an qadar, namun ibu mana yang rela melihat anak gadisnya di dalam keadaan sebegi tu. Puteri percaya setiap ibu mengimpikan masa depan yang cerah untuk anak-anaknya sebagaimana dia mengharapkan kehidupan yang sempurna bu at baby. Setelah mencatatkan maklumat tentang Datin Zaidah dan mengakui bahawa wanita itu sememangnya berkelayakan untuk bertanggungjawab ke atas Puteri, Doktor Low mele mparkan senyuman lega. Walaupun tanggungjawab yang dipikulnya masih juga sama be ratnya, namun beban di bahu terasa berkurang. "Doctor, is my baby boy or girl?" soal Puteri tiba-tiba sebaik sahaja Doktor Low melangkah ke arah pintu. Tangannya melurut penuh simpati pada perut sendiri. Ha ti berbisik betapa malangnya nasib baby. Lebih malang lagi sekiranya dia menghem buskan nafas terakhir tanpa mengenali baby. "It's a girl. A very pretty girl just like her mummy," balas Doktor Low kemudian mengukirkan senyuman tipis.

"ASTAGHFIRULLAHALAZIM.... Puteri!" Sangka Puteri suara itu datangnya dari mimpi, tetapi suara tangisan yang menyusu l sesaat kemudian kedengaran begitu nyata. Begitu hampir di telinga. Puteri memb uka matanya lalu berpaling perlahan. Belum sempat dia bersuara, tangan Datin Zai dah sudah pun mengelus lembut pada rambutnya dan wanita itu memberikan kucupan s ayang di dahi dan pipinya berkali-kali. Air mata Datin Zaidah terasa hangat meng enai kulit pipi Puteri.

Terkedu Puteri. Rasa sebak tiba-tiba sahaja menerjah ke kerongkong. "Puteri..." suara Datin Zaidah sambil mencapai dan menggenggam jari-jemari Puter i. "Auntie Zai!" Datin Zaidah menggeleng hiba sambil menatap pilu pada wajah Puteri. Sungguh dia tidak menyangka akan bertemu Puteri di wad di dalam keadaan sebegitu. Keadaan Pu teri nampaknya tidak begitu baik. Sungguh menyayat hati. Kulit yang dahulunya pu tih kemerah-merahan kini tampak pucat tidak berdarah. Malah Puteri tersadai di katil dengan dikelilingi oleh bermacam-macam mesin! "Auntie Zai... Puteri... Puteri minta ampun.... Tapi percayalah anak Puteri buka n anak luar nikah!" ujar Puteri dalam sebak. Dia tidak mampu menahan perasaan. S ebaik sahaja melihat wajah Datin Zaidah air matanya menderu bagaikan hujan pada musim tengkujuh. Menitiskan air mata wanita tua itu sesungguhnya membuat dia mer asa amat berdosa. "Dah sebulan di wad, kenapa sekarang baru nak panggil auntie? Puterikan tahu aun tie sayangkan Puteri macam anak sendiri..." kata Datin Zaidah kesal. Rupa-rupany a alasan sibuk yang sering kali diberikan oleh Puteri adalah satu rahsia yang su kar diselindung. Pertemuan singkat dengan Doktor Low tidak memberi kesempatan kepada Datin Zaidah untuk bertanya panjang lebar tentang kedudukan kesihatan Puteri. Tetapi sebaik dimaklumkan bahawa Puteri sudah pun dirawat selama sebulan kerana terjadi kompli kasi ke atas kandungannya, terkejutnya dia bukan kepalang. Hatinya terlalu runsi ng sehinggakan tiada satu pun soalan yang keluar dari mulutnya. Saat itu tiada a pa yang lebih penting selain daripada keinginannya untuk menatap wajah Puteri.

Kini bukan sahaja berita tentang tahap kesihatan Puteri yang memeranjatkannya, t etapi mengetahui bahawa dalam diam-diam Puteri sudah pun berkahwin dan bakal menjadi seorang ibu itu sesungguhnya lebih membuatkan dia terpempan. Selama ini Puteri tidak pernah membelakanginya dalam membuat sesuatu keputusan. Kini soal sebesar itu dilakukan oleh Puteri dalam diam? Pada mulanya sukar untuk Datin Zaidah mempercayai apa yang didengarnya dari mulut Doktor Low, tetapi kini bukti sudah pun di hadapan mata. Saiz perut

Puteri sudah mencecah tahap cukup bulan! "Puteri dah bersalah pada auntie. Puteri malu... Puteri tak berani nak tunjukkan muka pada auntie. Maafkan Puteri... Puteri tak berniat nak kecewakan auntie dan Abang Hanif!" rintih Puteri dengan air mata yang masih mengalir laju. "Tak mengapalah, Puteri. Asalkan Puteri gembira, auntie pun tumpang gembira. Aun tie tak kisah Puteri kahwin dengan siapa. Tak mengapa. Yang penting orang tu ikh las dan sayangkan Puteri sepenuh hati," ujar Datin Zaidah penuh keikhlasan. Ranc angannya untuk menjodohkan Puteri dengan Hanif juga adalah demi kebaikan Puteri sendiri. Tetapi sekiranya Puteri mengahwini lelaki yang setaraf dan sama baiknya dengan Hanif, dia berpuas hati. Menggenggam kemas pada jari-jemari Puteri, Datin Zaidah memberikan senyuman penu h restu. Saat-saat begitu, walaupun hati agak terkilan namun perasaan Puteri har us diutamakan. Puteri perlukan sokongan moral serta kasih sayang sepenuhnya, bukannya bantahan melulu. "Ha, mana dia? Apa namanya? Auntie dah tak sabar nak jumpa menantu auntie!" tany a Datin Zaidah. Di dalam sekelip mata wajah hiba Datin Zaidah tiba-tiba sahaja b ertukar ceria. Ya Allah...!! keluh hati Puteri. Sekeping hati tiba-tiba sahaja terasa bagaikan dihiris-hiris. Sakit dan pedih tidak tertanggung. Matanya terpejam rapat cuba me nahan kesakitan. Itulah detik-detik yang paling tidak sanggup dia hadapi. Saat-saat yang ingin di jauhi selagi hayat masih ada. Bagaimana dia mahu menyatakan kepada wanita di hadapannya itu bahawa dia adalah salah seorang isteri yang hidup terbu ang tanpa mencemarkan nama baik Hakim? Golongan yang sentiasa menjadi mangsa sik ap tidak prihatin kaum Adam yang selama ini cuba dilindungi oleh Datin Zaidah di Rumah Damai Kasih? Walau apa jua alasan yang diberikan, Datin Zaidah pasti akan bertanya sehingga ke akar umbi. Orang yang kurang cerdik sekalipun pasti berfik ir, inikan pula Datin Zaidah yang sememangnya panjang akal. Sungguh Puteri tidak terdaya untuk menghadapi semua itu. Rasa aib menyelubungi diri. Dia tidak rela bergelar perempuan lemah dan anak yang malang di mata Datin Zaidah. Dia ingin me njadi seorang perempuan yang tabah dan seorang anak yang baik. "Puteri? Puteri tak apa-apa?" tanya Datin Zaidah agak cemas. Berkerut dahinya re sah apabila tiba-tiba sahaja Puteri bagaikan sedang menahan kesakitan. "Puteri...?" "Hakim... Hakim tak tahu Puteri sedang mengandung. Dia tak tahu... Puteri tak ma hu dia tahu.... Dia..." cerita Puteri dalam terpaksa. Betapa hati amat berbelah bahagi untuk menyatakan kedudukan sebenar, tetapi sampai bila dia harus berdiam diri sedangkan nyawa baby menjadi taruhan?

Mendengar kata-kata Puteri itu, tiba-tiba sahaja Datin Zaidah terasa dunia bagai kan baru sahaja berputar. Lemah segala urat sendinya. "Ya Allah ya Tuhanku, Puteri...!" keluh Datin Zaidah. Dia menghela nafas panjang . Terkejutnya dia buk an main. Buat seketika nafasnya naik semput. Hatinya bagaikan retak seribu menggantikan Puteri. T erpaku dia merenung wajah sendu Puteri. Kenapa begitu sekali gelapnya nasib Puteri? Sebaik lahir ditinggal ibu kini dit inggal suami? Betulkah apa yang baru didengarnya? Selama ini Puteri mengusung perut bersendiri an? Segala kepahitan ditelan sendiri? Tiada usapan mahupun kata pujukan daripada suami tatkala Puteri mengeluh kepenatan? Rumah tangga bagaimana sebenarnya yang telah dibina oleh Puteri? Kahwin terpaksa atau kahwin cinta? Yang nyata Puteri tidak bahagia. Puteri merana di dalam rumah tangga yang telah dibinanya bersama seorang lelaki bernama Hakim. "Apa halnya ni? Apa dah jadi sebenarnya, Puteri?" soal Datin Zaidah kalut. Bukan begitu impian yang pernah dianyamnya untuk Puteri dan juga anak-anak yatim piat u yang pernah berada di bawah naungannya. Bukan begitu.... "Puteri tak sepatutnya dilahirkan.... Semuanya satu kesilapan! Maafkan Puteri.... Maafkan Puteri... Puteri dah penat... tak sanggup..." tutur P uteri dalam nada tertahan, lalu memalingkan wajahnya ke kiri dan sekali lagi mat anya terpejam rapat. Diam. Datin Zaidah terkedu. Terpaku dia memerhatikan air mata yang mengalir lesu di hu jung mata Puteri. Kasihan sungguh. Puteri berkeadaan seperti insan yang sedang t enat dilanda patah hati. Luluh rasanya perasaan apabila melihat orang yang disay angi seolah-olah rela memilih ajal daripada berjuang untuk terus hidup. Hati Dat in Zaidah gundah memikirkan apa yang sebenarnya terjadi kepada Puteri. Bagaimana dia mahu mencari jawapan tanpa memberi tekanan kepada Puteri? Di mana? Kepada s iapa harus dia bertanya seribu persoalan yang sedang sendat di kepalanya kini? "Puteri... Puteri berehatlah. Bawa bertenang... sabar. Semuanya akan jadi baik. Auntie akan jaga Puteri," pujuk Datin Zaidah pen uh sebak. Nasib malang Puteri itu membuatkan dia terasa diri kian tua dan tidak berdaya. Merenung pada sekujur tubuh Puteri yang terbaring lemah, hati Datin Zaidah teras a amat sayu Jerih. Rasa tidak puas hati dan marah datang silih berganti menyesak di dada. Dia perlukan jawapan apa kesalahan Puteri dan kenapa kehidupan Puteri dipersiakan. Jawapan tersebut hanya ada pada seorang lelaki bernama Hakim!

BAB DUA PULUH LAPAN (28)

WAJAH MANIS ITU masih tertunduk hiba dengan air mata yang berlinangan. Sekali-se kala kedengaran suara esakan kecil. Lima minit sudah pun berlalu tetapi Zureen m asih tetap membisu seribu bahasa. Tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari b ibirnya sejak tadi. Kemunculan Zureen secara mendadak di muka pintu kondominiumnya pada malam itu se sungguhnya memeranjatkan Hakim. Pada mulanya memang dia terkedu melihat keadaan Zureen yang kurang terurus itu. Hati resah bertanya apa yang menyebabkan Zureen menangis sedemikian rupa. Apa sudah terjadi? Musibah apa yang menimpa? Seribu pertanyaan menjengah di hati Hakim, tetapi dia perlu bersabar dan memberi peluang agar gadis itu bertenang. Selain menghulurkan sekotak tisu dan segelas air suam, Hakim sekadar memerhati d an berdiam diri. Nampaknya di antara dia dan Zureen,

sama-sama di dalam dilema. Masing-masing lemas di dalam masalah sendiri. Cuma be zanya Zureen meluahkan perasaan dengan air mata, sedangkan dia pula tidak mampu berbuat demikian. Semuanya terjeruk di sanubari dan menjadi racun yang memakan d iri. "Zureen..." tegur Hakim apabila masa yang diberikan kepada Zureen dirasakannya s udah cukup lama. Malah lebih lama daripada masa yang pernah diberikannya kepada Sherina setiap kali gadis itu dilanda masalah peribadi. Biasanya dengan Sherina, teknik yang digunakannya itu menjadi. Saat Zureen mendongak memandang Hakim, air matanya masih mengalir laju. Tanganny a tidak henti-henti mengesat pipi serta hidung yang kini tampak kemerah-merahan itu. Anak matanya jelas menunjukkan betapa dia agak ketakutan dan serba salah. Keberatan. Pendek kata se gala rasa seolah-olah ada di dalam diri Zureen. "Zureen nak ceritakan pada abang?" tanya Hakim sebaik sahaja melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan Zureen. Dia tidak lagi sabar menunggu. Jarum jam dind ing sudah menunjuk ke arah angka sepuluh tiga puluh minit malam sedangkan Zureen pula asyik menangis tersedu-sedan. "Zureen tahu Zureen boleh berterus terang dengan abang. Zureen tak perlu takut. You know I'm a sensible guy. Kalau mampu abang akan lakukan apa saja untuk Zuree n. Beritahu abang apa masalah Zureen," bisik Hakim ikhlas. Matanya merenung tepat pada wajah sendu Zureen. Dalam pada itu di hati mula terdetik pertanyaan, adakah air mata Zureen itu sebenarnya berpunca daripada dia sendiri? Mungkinkah Zureen terdengar khabar angin yang ti dak menyenangkan tentang dia? Lagipun dia kini sedang rancak memasang kaki untuk

menjejak Puteri dan rancak juga bertegang urat dengan Dato' Salihin untuk melen gah-lengahkan majlis pertunangan mereka. Walaupun selama ini Zureen tidak pernah menunjukkan kerenah melampau, namun Zureen tetap insan biasa yang punya hati da n perasaan. Adakah Zureen bersedih dan berkecil hati? Atau apakah ada cerita lai n di sebalik tangisan pilu Zureen itu? Sebaik sahaja mendengar kata-kata Hakim itu, tangisan Zureen tiba-tiba sahaja me njadi-jadi. Esakan kian rancak kedengaran. Kian kalut Hakim dibuatnya. Dia mula tidak senang duduk. Sherina tidak pernah pula menunjukkan reaksi sebegitu! "Zureen... semua ni kerana abang?" "Tak...! Bukan. Zureen..." "Sebenarnya Zureen dah tak layak lagi untuk abang.... Zureen tak boleh kahwin de ngan abang," ujar Zureen berselang-seli dengan esakannya. Main benar rasanya mahu bertentang mata dengan Hakim. Sudah berhari-h ari dia cuba untuk berhadapan dengan Hakim, tetapi langkahnya terasa amat berat. Dia terlalu takut. Dia rasa amat tertekan. Tidak tahu bagaimana mahu berterus t erang kepada Hakim. Tetapi dia tahu hanya Hakim sahaja yang mampu menolongnya. "Maafkan Zureen.... Selama ni Zureen tak jujur pada abang. Zureen..." nada suara nya agar terketar-ketar. "Zureen dah tak suci lagi...!" cerita Zureen sambil menekup muka dengan kedua-du a tangannya dan menangis tersedu-sedan. Tidak berani untuk bertentang mata dan melihat reaksi Hakim. Sungguh dia malu. Hakim terpempan. Entah mahu percaya entah tidak. Sungguh dia tidak menyangka bah awa seorang gadis yang tampak sopan dan tertib seperti Zureen boleh melakukan su atu perbuatan yang mencemar maruah sendiri? Tetapi semua itu datangnya dari mulu t Zureen sendiri. Gadis seperti Zureen tidak mungkin mengada-adakan cerita. "Apa sebenarnya yang terjadi, Zureen?" soal Hakim agak serius. Walaupun di sebal ik musibah yang menimpa Zureen itu sebenarnya tersimpan satu rahmat untuknya, Ha kim tidak terasa seperti mahu bersorak. Malah beban baru pula terasa menghimpit diri. "Zureen... Zureen dah mengandung.... Zureen tak tahu apa nak buat," cerita Zuree n. Setelah lebih daripada sebulan baru dia menyedari bahawa diri sedang hamil. Itu pun dia tidak tahu bagaimana semua itu t erjadi. Seingatnya selepas menelan beberapa biji gula-gula Coco Chanel yang dihu lurkan oleh Azry pada malam minggu sebulan yang lalu, dia bagaikan tidak lagi be rpijak di bumi nyata. Pada malam itu dia seolah-olah kehilangan beberapa jam di dalam hidupnya. Dia betul-betul tidak sedar apa yang sudah terjadi! "Zureen!" Terkejut Hakim mendengar pengakuan Zureen itu. Zureen sedang mengandun g? Hakim beristighfar panjang.

Hilang dara pada alaf baru tidak lagi menjadi perkara luar biasa, tetapi perut anak dara yang tiba-tiba sahaja memboyot tetap menjadi bahan tohmahan. P andangan masyarakat tidak pernah berubah. Kotoran yang berpalit di muka tidak pernah disalah anggap sebagai celak. la tetap mengotorkan dan jijik dipandang. Memang ada jala n penyelesaian, tetapi entahlah apa tindakan Haji Wan Noor sekiranya berita itu sampai ke telinga lelaki tua itu. Agaknya berbirat dahulu tubuh genit Zureen bar ulah Haji Wan Noor berfikir mencari jalan penyelesaian. "Siapa dia?" "Lepas Zureen beritahu dia tentang kandungan Zureen ni, dia dah tak hubungi Zure en lagi." Mengenangkan perbuatan tidak bertanggungjawab pemuda yang berjaya menc uri hatinya itu, tangisan Zureen kian rancak. Tetapi jauh di sudut had dia tidak percaya bahawa Azry sengaja lepas tangan. Mungkin ada sesuatu yang telah terjad i ke atas Azry! Hati Zureen tiba-tiba dilanda rasa panik. "Mungkin... mungkin dia kemalangan. Sesuatu yang buruk menimpa dia. Zureen..." "Siapa dia, Zureen?" potong Hakim tegas. Desakan Hakim itu membuatkan Zureen terdiam ketakutan. Merenung rupa serius Hakim, dia tertunduk merenung lantai. "Zureen?" "Tolong jangan apa-apakan dia, Abang Hakim! Zureen sayangkan dia. Walaupun apa y ang dilakukannya terhadap Zureen memang salah, tapi Zureen sayangkan dia!" Menghela nafas dalam, Hakim menggeleng kesal. Gadis lurus bendul seperti Zureen sememangnya senang hanyut oleh kata-kata manis, sedangkan lelaki tidak bertanggu ngjawab itu sepatutnya tidak layak dicintai! "Zureen, dengar sini.... Abang takkan apa-apaka" dia. Tapi Kalau Zureen mahu dia bertanggungjawab, Zureen kena beritahu abang tentang dia. Who is he?" "Azry. Zureen tak tahu sangat tentang dia. Tapi dia seorang model sambilan. Mode l iklan perfume GQ" cerita Zureen sambil mengesat air mata yang berlinangan. Sebaik sahaja mendapat maklumat lanjut daripada Zureen, Hakim segera mencapai te lefon bimbitnya lalu mendail nombor Raj, orang suruhannya yang mampu melakukan s ebarang kerja samseng.

"Raj! Dapatkan I maklumat model lelaki perfume GQ yang kononnya bernama Azry. Ve ry urgent." "No problem." "And Raj..." Tertegun seketika, Hakim tidak faham kenapa selama ini dia tidak pernah terfikir untuk menggunakan khidmat Raj untuk menjejaki Puteri. Semu a itu sebenarnya kerja enteng bagi lelaki gasang seperti Raj. Lelaki itu jarang gagal dalam tugasan yang diarahkan. Mengapa dia begitu alpa dan membuang masa se lama berbulan-bulan? "Yes, boss?" "I nak you lakukan satu lagi kerja penting untuk I," bisik Hakim. Saat itu, dia mula melangkah jauh daripada Zureen yang tampak sedang memasang telinga. "Tolong carikan seorang perempuan bernama Puteri Nur Deana binti Abdullah. I nak tahu di mana dia. She is someone special. This is very important to me. I'll fax over her resume. You get the job done as soon as possi ble." "Sure, boss!" "Thanks," ujar Hakim lalu tanpa disedari dia termangu. Minda dan hati diusik ser ibu pertanyaan yang selama ini tiada sesiapa pun yang mampu memberikan jawapan: Apa khabar Puteri? Di manakah dia? Tetapi lamunannya terkocak dek rayuan Zureen yang penuh emosional. "Tolong jangan apa-apakan Azry! Please, tolong Zureen... Abang Hakim! Zureen ben ar-benar cintakan dia! Zureen tak dapat hidup tanpa dia...!" tangis Zureen sayu di sisi Hakim. Hakim tidak berdaya untuk bersuara. Matanya merenung sayu pada Zureen. Jiwa tera sa lemah longlai. Dia cuba menilik perasaan sendiri. Cuba meletakkan dirinya di tempat Zureen. Kesimpulannya di antara dia dan Zureen memang tiada beza. Keduduk an mereka sama. Kalau gadis itu tidak dapat hidup tanpa Azry, dia pula tidak ber daya tanpa Puteri. Jadi bagaimana dia mahu menyalahkan Zureen? Pulanglah, sayang... rayu suara hati Hakim.

BAB DUA PULUH SEMBILAN ( 29) LEMAH kepala lutut Nanu tatkala suara Datin Zaidah yang kedengaran agak bergetar

itu menjamah gegendang telinga. Jantungnya tiba-tiba terasa bagaikan dicerut. P eluh sejuk memercik. Sungguh dia terkejut. Air mata kesal menitis laju. Dia mera sa amat bersalah. Seandainya sejak dari awal dia mendengar kata-kata Hakim tenta ng firasat buruk yang menimpa, pasti semua itu tidak akan melarat sehingga ke ta hap itu. Selama berbulan-bulan Hakim asyik menyebut perkataan tidak sedap hati t entang Puteri, tetapi kerana marah dan meluat terhadap lelaki itu, dia pekakkan telinga. Baginya Hakim sekadar dikejar dosa akibat perbuatan kejinya terhadap Pu teri selama ini. Rupa-rupanya Hakim benar-benar merasai kesengsaraan Puteri.... Kalaulah Nanu lebih bertegas untuk bertemu Puteri, Puteri tentu sahaja tidak aka n merana sendiri. Kini Puteri terlantar sendirian di SSMC. Kehadiran orang gaji tidak mungkin sama dengan suara kawankawan rapat serta sanak saudara sendiri. Tetapi dia mendengar sahaja setiap alas an yang diberikan Puteri tanpa sebarang keraguan. Dia tidak pernah mengesyaki ba hawa Puteri cuba menyembunyikan perut yang semakin membesar. Sangkanya Puteri merantau sekadar ingin melepaskan diri daripada permasalahan cinta yang merantai diri. "Tak tahulah apa nasib Puteri..." keluh Datin Zaidah dengan wajah sugul. "Jadi.. . kalau Nanu tahu apa-apa pasal hubungan Puteri dengan lelaki bernama Hakim ni, baik Nanu ceritakan pada auntie!" kata Datin Zaidah tegas. Mendengar suara tegas Datin Zaidah, Nanu agak gentar. "Hakim? Puteri cerita tentang Hakim?" Membuntang mata Nanu merenung wajah Datin Zaidah. "Itu pun secara tak sengaja. Siapa dia ni? Tinggal di mana? Kerja apa? Macam man a boleh jadi macam ni, Nanu? Macam mana boleh tak tahu yang isteri sendiri menga ndung?" soal Datin Zaidah bertalu-talu sambil mundar-mandir di ruang tamu terata k Nanu itu. Dia memang tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi. Lirih perasaa nnya tatkala melihat keadaan Puteri. "Hakim... er... Hakim Dato' Salihin. Businessman yang berjaya. Nanu pun tak tahu sangat pasal dia. Sebenarnya selama ni Puteri bekerja di syarikat dia. Entahlah auntie, perkara ni Nanu pun tak jelas sangat. Puteri terlalu berahsia. Bila mas anya dia orang nikah pun Nanu tak tahu. Tiba-tiba aja Puteri kata Hakim tu suami dia. Itu pun kes ni terbongkar sebab ketika tu dia dalam keadaan emosional. Kal au tak, Nanu pun tak tahu!" jelas Nanu sambil mundar-mandir. Rasanya tidak adil seandainya seorang sahabat karib

tidak mengetahui perihal sahabat sendiri. Tetapi apakan daya sekiranya Puteri re la menelan pahit maung sendiri. Sejak kecil Puteri tidak pernah mahu menyusahkan dia. Kalau bukan kerana didesak, Puteri lebih banyak berdiam diri. "Dato' Salihin?" Berkerut dahi Datin Zaidah cuba mengingati. Dia yakin sememangn ya nama sebegitu ada di dalam kotak memorinya. Dato' Salihin yang dikenalinya it u bukan sembarangan lelaki.

"Dato' Salihin dari PRO - Mega Constructions tu?"

"Betul tu. Auntie kenal ke?" tanya Nanu, teruja bercampur tempias lega. Baginya cerita itu sudah jadi semakin menarik. Malah perkara itu akan menjadi lebih muda h untuk diselesaikan sekiranya Datin Zaidah mengenali ahli keluarga Hakim. "Memang kenal pun. Nampaknya ayah borek anak rintik!" gumam Datin Zaidah sambil mendengus geram. Dia sebenarnya mengenali Dato' Salihin sejak dari zaman muda-muda dahulu. Zaman sebelum lelaki itu bergelar Dato'. Orangnya memang tampan bergaya dan berasal da ri keluarga kaya-raya. Sebelum berumah tangga, Dato' Salihin memang dikenali den gan sikapnya yang suka berfoya-foya. Lelaki itu sememangnya kaki perempuan. Mala h Datin Zaidah sendiri pernah cuba dipujuk rayu oleh lelaki itu. Itu pun ketika dia sudah bergelar tunangan orang. Dalam beberapa tahun kebelakangan itu pernah juga mereka terserempak di antara satu sama lain di beberapa majlis keramaian. D ato' Salihin tetap murah senyuman seperti dahulu. Walaupun sudah berumur, orangn ya masih tampak segak bergaya. Kalau berhajat pasang empat sekali gus pun pasti laku. "Sebenarnya Hakim dah berkali-kali tanya Nanu di mana Puteri. Dia nampak bersung guh-sungguh. Katanya dia tak sedap hati, macam ada sesuatu terjadi pada Puteri. Kalaulah Nanu dengar cakap dia..." ujar Nanu menyesal terhadap tindakan sendiri. "Apa kita nak buat, auntie? Nak kita beritahu Hakim?" "Puteri tak nak lelaki tu tahu..." ujar Datin Zaidah perlahan. Kesalahan Hakim p asti sahaja bukannya kecil sehinggakan pada saat-saat akhir pun Puteri tidak sud i bertemu mata. Hati perempuan bila sudah retak seribu, bukannya sembarangan pen awar boleh dipakai. "Tapi auntie kata Puteri dah... tak baik biarkan macam tu. Nanu rasa bersalah... Hakim ada hak untuk tahu," balas Nanu resah. "Memang dia berhak ke atas darah daging dia, tapi dia tak berhak buat Puteri sam pai macam ni! Kenapa dibiarkan aja Puteri macam tu? Apa salah Puteri? Itu yang a untie nak tahu sangat ni!" Menyinga Datin Zaidah tiba-tiba. Pipi yang putih mulu s itu berubah merah. Nanu segera tunduk sambil menjeling takut. Mahu bercerita bahawa keputusan Hakim untuk menikahi gadis pilihan keluarga telah menyebabkan Puteri membawa diri, di a gerun kalau-kalau Datin Zaidah semakin naik minyak. Cubit paha kiri, paha kana n pun terasa jua. Datin Zaidah itu bukankah tidak ubah seperti ibu Puteri? Tamba han pula wanita itu adalah orang kuat di rumah perlindungan wanita dan anak-anak yatim piatu. Memang Datin Zaidah tegas orangnya dan pantang sekali dengan kes p enganiayaan. Tambahan pula kalau sudah membabitkan orang yang dikenali, siapa ya ng boleh bersabar? "Habis Dato' Salihin boleh pula buat tak endah aja? Puteri walaupun tak ada mak bapak, dia tu anak orang!" getus Datin Zaidah lagi, geram.

"Habis, apa kita nak buat, auntie?" Datin Zaidah menghela dan melepaskan nafas panjang. "Tengoklah keadaan. Kalau boleh biar Puteri selamat bersalin dulu. Jadual pembed ahan pun dah ditetapkan dalam minggu ni. Auntie tak nak nanti perasaan Puteri ma kin terganggu pula. Kesian dia tu. Tengok wajah dia pun auntie sampai tak tahu nak cakap apa. Sayu benar... " keluh Datin Zaidah dengan rupa penuh sugul. Kepalanya tergeleng-geleng. "Agaknya dia betul-betul patah hati dengan perbuatan Si Hakim ni..." gumam Datin Zaidah tidak lama kemudian. "Auntie, bila agaknya Nanu boleh menjenguk Puteri? Nanu runsing sangat ni." "Sabarlah. Sekarang ni puteri tengah direhatkan. Doktor tak nak ada gangguan. Te ngok muka auntie pun, emosi dia terus aja terganggu. Dia menangis tak henti. Itu lah sebabnya doktor terpaksa beri suntikan. Kalau tengok muka Nanu nanti, lebihlebih lagi muka Si Hakim, entahlah apa nak jadi!" "Dengan Abang Hanif pun auntie terpaksa kelentong. Auntie kata auntie ziarah kaw an lama yang tengah uzur. Kalau sampai seminggu tinggalkan mmah, Hanif pasti nai k hairan. Auntie tak nak Hanif turut sama runsing pasal Puteri. Lagi ramai yang tahu, lagi kelam-kabut jadinya." "Buat sementara waktu, auntie tinggal aja kat sini. Senang nak jenguk Puteri," p elawa Nanu. "Kalau kamu berdua tak keberatan, boleh juga. Lagipun nak berulang-alik dari Kla ng rasanya jauh sangat. Dah tua-tua ni, semput auntie." Balas Datin Zaidah. "Berehatlah auntie. Janganlah difikirkan sangat hal ni. Puteri mesti selamat. Se tahu Nanu, Puteri tabah orangnya. Dah banyak yang dilaluinya seorang diri tanpa kita, auntie. She's a survivor. Takkan apa-apa...." "Harap-harap begitulah, Nanu," balas Datin Zaidah. Namun di dalam hati tetap ter sisip rasa resah memikirkan keadaan Puteri. Setahunya insan yang putus harapan u ntuk hidup tidak boleh dipaksa untuk terus hidup. Fenomena bunuh diri bukan perk ara baru. Hari-hari dipaparkan di dada akhbar. Ada yang gagal tetapi kerana neka d untuk mati, mencuba lagi berulang kali. Pilihan untuk hidup ataupun mati di ta ngan masing-masing. Tiada sesiapa yang mampu menghalang melainkan Allah jua. Walau apa sekalipun, Datin Zaidah tidak rela melihat Puteri mempersia-siakan nya wa sendiri. Puteri masih muda. Dengan wajah yang cantik dan personaliti yang men awan, tentu sahaja Puteri punya banyak pilihan. Puteri tidak harus putus asa han

ya kerana seorang lelaki. Puteri perlu sedar bahawa bukan semua lelaki bersikap seperti Hakim. Banyak lagi lelaki yang baik dan bertanggungjawab di dunia ini. P uteri sebenarnya harus banyak bersabar dan bertawakal kerana itulah yang diajar Datin Zaidah sejak kecil.

BAB TIGA PULUH (30) MELIRIK pada cermin hadapan keretanya awal pagi itu, Hakim menggeleng sendiri. J elik melihat penampilan diri. Wajah yang kelihatan tidak terurus, lesu dan semba p. Jambangnya sudah tampak kehijauan menandakan sudah beberapa hari tidak terjag a. Sehari dua lagi wajah itu pasti setanding rupa samseng Raj. Tetapi Raj semema ngnya kasar. Penampilan sebegitu memang amat kena dengan kerjayanya, sedangkan Hakim pula seorang ahli perniagaan. Orang berstatus sepert i dia perlu sentiasa menjaga penampilan. Tetapi dia tampak tidak terurus macam k ucing jalanan. Rose pernah menegur manakala Dato' Salihin pula asyik menggeleng dengan rupa ker uh apabila sahaja bertemu muka. Kakitangan pejabat cuak untuk bertanya. Encik Ra shid pula sekadar merenung penuh pengertian. Pernah sekali Hakim memberanikan di ri bertanya kepada Encik Rashid sekiranya ada khabar berita tentang Puteri, teta pi lelaki tua itu hanya menggeleng sambil tersenyum hambar. Tahu pendirian lelak i itu, Hakim tidak ingin memanjangkan cerita. Kalau tidak dia juga yang dipulang kan paku buah keras. Kini sut termahal sekalipun tidak mampu menyembunyikan kekusutan di dalam diri. Namun apa boleh buat. Dia terlalu sibuk. Dia resah, tertekan dan bingung memikir kan perihal diri sendiri dan juga orang di sekelilingnya. Tidak ubah bagai sedan g dihimpit dari setiap penjuru. Runsing memikirkan Puteri dan simpati pada Zuree n jelas sekali memakan diri. Buah hati Zureen rupa-rupanya seorang budak hingusan yang ingin mengejar kemewah an melalui jalan pintas. Orangnya lebih kurang sebaya Zureen. Sekali pandang, Ha kim tidak nampak di mana layaknya pemuda itu memikul tanggungjawab sebagai seora ng suami dan ayah kepada bayi yang bakal lahir. Bagaimana anak muda itu mahu melindungi Zureen dan bagaimana pula Hakim mahu meyakinkan orang tua Zureen agar menerima pilihan anak gadis mereka kalau diri sendiri sudah tidak yakin? Zureen dan Azry memang tampak secocok pada luaran tetapi nampaknya anak muda itu belum bersedia untuk memikul sebarang tanggungjawab, lebih-lebih lagi tanggungj awab sebagai ketua keluarga. Azry sememangnya tidak layak untuk bersama gadis se lurus Zureen. Air muka serta tangisan pilu Zureen selepas ditinggalkan berbincan g sendirian dengan Azry menceritakan segala-galanya dunia Zureen tidak lagi sese mpurna seperti sebelum perkenalannya dengan Azry. Malah setelah didesak dan diasak dengan pertanyaan demi pertanyaan, Azry yang berada di dalam keadaan tertekan dan ketak utan itu akhirnya membuka pekung di dada bahawa diri menjadi lelaki simpanan beb erapa sugar mummy dan apa yang dilakukannya terhadap Zureen sekadar memenuhi ara

han salah seorang daripada sugar mummynya. Kenyataan yang keluar dari mulut anak muda itu sesungguhnya mengejutkan Hakim. D ia terpempan. Hatinya mendidih dengan perasaan marah. Sungguh dia tidak percaya. Kenapa dan apa salah Zureen sehingga maruah gadis itu perlu dimusnahkan sebegit u rupa? Kenapa Zureen yang menjadi mangsa? Siapa pula yang berdendam terhadap ga dis itu? Atau ada sesiapa yang cuba membalas dendam terhadap ahli keluarga Haji Wan Noor? Malangnya apabila didesak supaya mendedahkan nama perempuan keji tersebut, Azry membisu bagaikan batu. Walau dipujuk dengan cara baik, mulutnya tetap berkunci. Kerana kesetiaan Azry yang tidak bertempat itu, akhirnya Hakim naik bengang dan terpaksa mengarahkan Raj bertindak. Baru sahaja dihadiahkan penampar ringan dari pada lelaki samseng itu, kesetiaan Azry terus lebur. Dengan berat hati dia akhir nya membuka mulut bahawa seorang perempuan bergelar Ice telah mengarahkan supaya dia memikat dan menodai Zureen. Azry akan mendapat habuan berpuluh-puluh ribu ringgit tetapi kenapa dan apa seba bnya, Azry tidak dibenarkan bertanya. Malangnya Azry sendiri tidak begitu menget ahui latar belakang sugar mummynya itu. Dia dipanggil ke hotel-hotel mewah di se kitar Kuala Lumpur hanya ketika perempuan itu memerlukan belaian serta layanan s eks. Kini berbekalkan sedikit maklumat dan kerjasama daripada Azry, Raj sedang berusaha menjejaki perempuan bernama Ice itu untuk membuat perhitungan. Perempu an itu perlu dibawa ke muka pengadilan. Penghinaan ke atas Zureen perlu dibalas. Meraup perlahan pada wajah sendiri, Hakim mengeluh lalu melangkah keluar dari ke retanya. Pertemuannya dengan Nanu kali ini perlu membuahkan hasil walaupun dia s ebenarnya sekadar mencuba nasib. Hari minggu, entah Nanu di rumah entah tidak. K edatangannya seperti biasa adalah secara mengejut. Kalau tidak, Nanu pasti cuba mengelakkan diri. Dia rela melutut asalkan mimpi-mimpi buruk yang menghantui tid urnya dapat segera diusir. Bukan dayus untuk menghadapi mimpi yang dianggap seba gai mainan tidur, tetapi dia khuatir seandainya Puteri benar-benar dilanda musib ah. Semakin hari mimpi-mimpi itu semakin nyata sehingga Hakim jadi takut untuk m elelapkan mata. Tatkala mengorak langkah ke kediaman Nanu, fikiran Hakim masih berlegar memikirk an kes Azry dan Zureen. Dia gusar mencari jalan penyelesaian. Disuruh Zureen men ceritakan perkara itu kepada ibunya, nampaknya Zureen membisu kerana takut sedan gkan masalah sebegitu tidak boleh dibiarkan lama. Kini setelah Azry menyatakan p endiriannya untuk tidak menikahi Zureen yang katanya demi kebaikan Zureen sendir i, siapa pula yang harus bertanggungjawab ke atas Zureen? Siapa yang perlu menye lamatkan maruah gadis itu? Hakim sendiri? Relakah Hakim menjadi pak sanggup? Sem urah-murah hati Hakim, ada juga batasnya. Lainlah kalau demi nama dan juga harta , Dato' Salihin pula tiba-tiba bermurah hati untuk menerima zuriat orang lain se bagai cucu sendiri. Sanggupkah Dato' Salihin

bertindak sejauh itu tanpa memikirkan perasaan darah daging sendiri? "Kalau dia berani buat begitu, anggap saja dia bukan lagi anak aku!! Aku tak ada anak yang derhaka!" Kata-kata yang terhambur keluar dari mulut Dato' Salihin du a minggu yang lalu pada saat Hakim menceritakan tentang ugutan Sherina untuk kah win lari dengan lelaki asing sekiranya Hakim menikahi Zureen kembali terngiang-n

giang di telinga. Sesungguhnya dia tidak menyangka Dato' Salihin akan mengeluark an kata-kata sekejam itu. Sherinalah satu-satunya anak manja lelaki itu. Walaupu n berpisah jauh beribu batu, dia tahu saban malam Dato' Salihin bergayut dengan anak daranya itu mengalahkan pasangan bercinta. Kalaulah benar Dato' Salihin rel a berpatah arang dengan anak kesayangannya, apatah lagi dengan Hakim yang selama ini tidak ubah bagaikan duri dalam daging? Sebaik daun pintu dibuka lebar, terpaku Datin Zaidah merenung pada wajah anak mu da di hadapannya itu. Sedetik dia bagaikan melangkah ke era empat puluh tahun ya ng lalu. Wajah yang baru muncul di hadapannya itu saling tidak tumpah dengan waj ah Dato' Salihin ketika muda. Mungkin lebih tampan walaupun tampak agak lesu dan kurang b ermaya, tetapi memang seiras. Saat itu berdetik di hatinya siapa gerangan anak m uda di hadapannya itu kalau bukan anak jantan Dato' Salihin - Hakim? Perasaan ti ba-tiba lega berbaur geram. Hati segera dipujuk agar bawa bersabar. Menghela dan melepaskan nafas panjang, Datin Zaidah menatap wajah tampan di hadapannya itu d engan tenang. Adat wanita berhemah kalau benar pun sakit hati, tidak akan memaki hamun sesuka hati. "Assalamualaikum. Saya nak jumpa Nanu. Makcik ni ibu Nanu ke?" tegur Hakim setel ah agak terpanar seketika yang lalu. Wajah lain di minda wajah lain pula hadir d i hadapan mata. Kemunculan wanita tua ala Datin Seri itu tiba-tiba sahaja membuat perasaannya di landa rasa cemas dan hampa. Buat sesaat dia merasakan seolah-olah harapannya unt uk mencedok sedikit maklumat daripada Nanu telah hancur berkecai. Bagaimana kala u benar Nanu sudah pun berpindah? Bagaimana harapannya untuk bersua Puteri? Jeja k Puteri hilang sehinggakan Raj sendiri pun masih tidak mampu menunjukkan kesann ya. Walaupun laporan Raj menyatakan bahawa daripada hsail pengintipannya, didapati Nanu tidak pernah menemui Puteri secara sulit, naluri Hakim percaya bahawa Nanu tetap satu-satunya harapan dia. Tidak mungkin Puteri menyendiri daripada dunia luar dan rakan karib sendiri untuk selama-lamanya. Insan biasa tidak mungkin secekal itu. Kalau benar pun insan sebegitu wujud, tentu sahaja orang itu bukan Puteri. Sekiranya Puteri seorang wanita yang cekal, tidak mungkin akan hilang kewarasan akal hanya kerana kemelut cinta. "Waalaikumussalam. Saya ni mak cik dia," balas Datin Zaidah serius. "Er... boleh saya jumpa Nanu?" minta Hakim merasa agak kurang selesa. Renungan t ajam wanita itu entah kenapa terasa lain macam. Wujud satu perasaan bahawa diri

bagaikan tidak begitu disenangi "Jemput masuk," ujar Datin Zaidah sambil memb erikan laluan kepada Hakim. Matanya tidak lekang dari memerhatikan gerak-geri Ha kim. Hati pula sibuk mengomel macam-macam. "Terima kasih." "Silakan duduk. Nanu ke pasar. Suami dia ada urusan di luar. Awal pagi dah kelua r," cerita Datin Zaidah. "Auntie ke dapur sekejap, tadi sedang sibuk kat dapur. Sebab tulah lambat buka pintu. Tak sangka pula ada tetamu awal-awal pagi ni," sambung Datin Zaidah. Enta h mimpi apa yang membawa Hakim ke situ pagi itu. Kebetulan pula jadual pembedaha n Puteri juga ditetapkan pada tengah hari itu. Macam berjanji pula. Terlintas ju ga di kepalanya bahawa diam-diam Nanu menyampaikan berita itu kepada Hakim. Teta pi tidak mungkin Nanu bertindak melulu tanpa berbincang terlebih dahulu. "Oh. Maafkan saya auntie, sebab mengganggu," balas Hakim sambil melabuhkan pung gung ke sofa warna beige di ruang tamu yang sederhana besar itu. Pertama kali dia berkunjung ke situ dahulu, Nanu tidak sedikit pun mempelawanya masuk. Perbualan mereka hanya berlangsung di koridor. Itu pun di dalam keadaan N anu yang lebih banyak membatu. Walaupun agak kecewa, Hakim tidak pernah menyalah kan Nanu kerana layanan dingin yang diberikan. Cuma dia terkilan kerana walau ap a jua yang dikatakannya, Nanu bagaikan tidak mendengar. Peluang untuk meluahkan ke benaran tidak diberikan langsung. "Silakan," pelawa Datin Zaidah sebaik sahaja meletakkan secawan teh panas bertem ankan beberapa keping kuih-muih di atas meja. Kalau diikutkan hati yang geram, tidak ingin dia melayan Hakim sesopan itu, tetapi adat menyambut tetamu perlu dijaga. Selagi ad a kemampuan, tetamu mesti dijamu seadanya biarpun sekadar dengan air suam. "Dato' Salihin apa khabar?" tanya Datin Zaidah setelah puas menilik anak muda ya ng tampak cukup bersopan itu selama beberapa minit. Pada pandangannya, Hakim mer upakan seorang lelaki yang tampan, bergaya dan berkebolehan. Berwajah intelektua l malah memiliki aura romantis. Anak muda itu bukan calang-calang orang. Kalau D ato' Salihin jenis yang sentiasa banyak helah, Hakim pasti sekali lebih licik da ripada Dato' Salihin sendiri. Terkejut Hakim apabila tiba-tiba sahaja nama ayahnya disebut oleh wanita tua itu . Dia terpempan dalam keadaan air teh yang masih belum melepasi rongga kerongkon g. Terpacak matanya merenung pada perempuan tua bersanggul kemas itu. "Dah lama juga auntie tak jumpa dia. Kalau tak silap dah lebih dari enam bulan."

"Auntie kenal ayah saya?" soal Hakim kembali bagaikan tidak percaya. Dia pasti seumur hidup dia tidak pernah bersua muka dengan wanita itu s edangkan kebanyakan rakan taulan ayahnya memang dia kenali. Tidak kira semuda-mu da Datin Sofiah atau setua-tua Puan Arba'yah. "Oh, memang dah lama kenal! Sebelum zaman pop yeh-yeh lagi!" "Ya? Er... ayah sihat walafiat," ujar Hakim. Demi untuk berjalan seiring dengan Rose yang sentiasa lincah dan ceria itu, walaupun semput Dato' Salihin berusaha menggagahkan diri.

Bermacam-macam jenis pil vitamin yang orang tua itu telan demi menjaga kesihatan serta penampilan diri. Malah Dato' Salihin kini bergaya mengalahkan anak teruna . Rambut dan sepatunya lebih berkilat daripada Hakim sendiri! Malangnya Rose tet ap suka bermanja-manja dengan Hakim serta kawan-kawan lelakinya tanpa mempedulik an teguran Dato' Salihin. Kerana curiga, Dato' Salihin sentiasa cuba mengongkong aktiviti sosial isteri kesayangannya itu dan kerana tidak berpuas hati, Rose pu la memberontak. Akibatnya perselisihan faham sering kali tercetus di antara suam i isteri tersebut. Sudah berkali-kali Rose merlarikan diri dari rumah meninggalk an Dato' Salihin termenung panjang bagai pungguk rindukan bulan. Kalau dahulu Rose menggalakkan Hakim menikahi Zureen yang katanya demi kepentingan keluarga dan juga syarikat, tetapi sejak kerap kali ber tikam lidah dengan Dato' Salihin, lain pula cara percakapan Rose. Rose bagaikan cuba memberi perangsang agar Hakim menentang kehendak suaminya itu. Malah ibu ti rinya itu menunjukkan reaksi tidak senang setiap kali melihat Hakim mendampingi Zureen. Kadangkala gelagat ibu tirinya itu agak ketara dan melebih-lebih sehingg a timbul rasa simpati di hati Hakim terhadap ayahnya. Tetapi apa boleh buat? Seb elum beristerikan perempuan muda, ayahnya tentu sekali telah pun berfikir seratu s kali akan risiko yang bakal timbul.

"Dengan adanya anak seperti Hakim ni, tentulah senang hati orang tua." "My father?" Tiba-tiba sahaja Hakim tersenyum pahit. Ingatan tentang betapa tega ngnya hubungan di antara dia dan ayahnya mengeruhkan air muka Hakim. Sesungguhny a seumur hidup ini dia tidak pernah merasa senang hati memikirkannya. Dia tidak mahu mcnjadi anak yang derhaka dan tidak menghormati orang tua, tetapi tindakan Dato' Salihin pula sentiasa sahaja menjuruskannya ke arah itu. Lelaki itu serin g kali membuatkan dia ingin memberontak. Yang nyata kini kesabarannya sudah di p erbatasan. Dia sudah pun bersedia untuk apa-apa jua kemungkinan. "Bukan senang nak puaskan hati orang tua macam ayah saya, dan... bukan mudah jug a nak jadi anak yang baik. Saya bukan insan sempurna. Kalau benar mak cik dah ke nal lama dengan ayah saya, mak cik pun tentu tahu dia tu...." Suara Hakim kedeng aran penuh dengan nada kesal. "Well, setahu auntie, Dato' Salihin memang agak tegas dan keras kepala. Malah su sah nak bagi muka pada orang, lebih-lebih lagi kalau melibatkan urus niaga. Apa. .. dengan darah daging sendiri pun macam tu ke?" Datin Zaidah segera menduga. Sangkanya anak lelaki tunggal seperti Hakim tentu sekali ditatang bagai minyak y ang penuh. Anak emas serta anak yang menjadi harapan seluruh ahli keluarga. Setahunya di antara anak-anak Dato' Salih in, hanya Hakim seorang sahaja yang membantu ayahnya menguruskan syarikat-syarik at mereka. Yang lain semuanya suri rumah. Tetapi riak kesal pada wajah Hakim pul a menyatakan sebaliknya. Datin Zaidah menghela nafas dalam. Rasa simpati tiba-tiba menjalar ke dalam sanu bari. Wajah suram Hakim ditenung agak lama. Dia cuba memahami bagaimana sukarnya kedudukan Hakim di sisi seorang lelaki yang berhati batu seperti Dato' Salihin dan bagaimana keadaan itu mempengaruhi kehidupan peribadi Hakim. Khabarnya lelak i itu tidak pernah teragak-agak untuk memecat mana-mana pekerja yang tidak menun jukkan prestasi baik di dalam syarikatnya. Tidak kira sama ada pekerja itu baru

sahaja berkhidmat selama sebulan mahupun berpuluh-puluh tahun. Soal yang melibat kan wang dan keuntungan, Dato' Salihin tidak punya belas kasihan. "Kalaulah saya boleh pilih siapa ayah saya, saya takkan pilih Dato' Salihin," bi sik Hakim. "That bad?" "Kami tak serasi. Selepas kematian ibu saya, sikap abah kian berubah. Mula-mula dia hanya salahkan saya atas kematian ibu. Itu saya boleh terima. Memang sedikit sebanyak saya pun bersalah. Kemudian ... he started to blame me for everything that happened around us. Saya dah cuba sebaik mungkin, tapi... apa saja yang say a buat, tak. pernah memuaskan hati abah. Everyday he asks for more" cerita Hakim termangu seketika. "Bukankah you ada pendapat sendiri? Sebagai insan, kalau you rasa you betul, ken a tegakkan pendirian tu. Jangan takut menyatakan kebenaran. Kalau dah tak mampu nak fight back, bersabar ajalah..." nasihat Datin Zaidah seketika kemudian. Dia i agak bersimpati apabila melihatkan keadaan Hakim yang kelihatan begitu tertekan dan di dalam keadaan yang agak beremosional itu. Entah apalah ya ng terjadi di dalam keluarga Dato' Salihin. Nasib baiklah lelaki itu tidak berja ya menyuntingnya sebagai suri rumah empat puluh tahun yang lalu. Kalau tidak, an ak muda yang berada di tempat Hakim sekarang tentulah darah dagingnya. "Bukan saya takut pada abah, tapi sebagai anak... saya kena hormat pada orang tu a. Walaupun abah belum sedar, tapi dia sebenarnya dah tua. Saya tak kisah soal h arta benda. I could leave anytime I wish, but he needs me. Keluarga saya perluka n saya. Demi mereka... saya lebih banyak kumpul dosa daripada pahala.... Saya sa kiti orang yang saya..." Air muka Hakim tampak kian gusar. Tetapi tidak semena-m ena, bagaikan baru tersedar dari alam igauan, dia menatap resah pada muka Datin Zaidah. "Entah kenapa saya bercerita semua ni! I'm sorry..." kata-kata itu terlontar dar i bibir Hakim tiba-tiba. Dia tergelak kesal lalu meraup muka sendiri. Sesaat kem udian Hakim mencapai cawan teh yang baru sedikit diteguk itu lantas dirapatkan k e bibirnya. Dalam pada itu dia cuba bertenang. Entah kenapa dengan wanita di hadapannya itu dia begitu mudah meluahkan perasaan hati. Hampir-hampir sahaja dia membawa wanita itu ke dalam kemelut cintanya ber sama Puteri. Sedangkan dengan kawan rapat sekalipun dia tidak bercerita, inikan pula dengan orang yang tidak dikenali. Adakah kerana dia sudah begitu lama tidak berbual den gan wanita tua sebaya ibunya? Walaupun wanita itu mengaku sebagai kenalan ayahny a, namun itulah kali pertama mereka bertemu. Begitu cepat perasaan tegang bertuk ar mesra? Sungguh sukar untuk Datin Zaidah percaya bagaimana seorang lelaki y ang begitu mengambil berat soal tali persaudaraan boleh mengabaikan isteri yang dinikahi. Bagaimana Hakim sampai hati menganiaya Puteri? Adakah Puteri sebenarny a menjadi korban konflik di antara Hakim dan Dato' Salihin? Mahu sahaja rasanya dia bertanya secara berterus terang. Mahu dihamburkannya berbagai-bagai pertanya an biar hatinya puas. Berhadapan dengan Hakim sebegitu membuat dia tidak sabar-s abar ingin mengetahui kebenaran. Lagipun bila lagi kalau bukan sekarang? Hakim m uncul di hadapannya bagai datang menyerah diri. Sebaik menghela dan melepaskan nafas panjang, Datin Zaidah mempersiapkan diri u ntuk menghujani Hakim dengan seribu persoalan yang bermain di kepalanya selama i ni. "Hakim...." Malangnya tumpuan Datin Zaidah terganggu oleh bunyi barang-barang terhempas ke l antai. Masing-masing berpaling melihat Nanu yang terlopong memandang ke arah mer

eka. Nanu kelihatan terkejut. Wajahnya pucat. Matanya bulat merenung Hakim. "Hakim! Er... auntie.." Nanu masih terpacak cemas walaupun Hakim meluru ke arahn ya untuk membantu mengutip barang-barang dapur yang bertaburan di lantai. Hati b egitu cemas kalau-kalau dia baru sahaja melangkahkan kaki ke sesi perdebatan ant ara Datin Zaidah dan Hakim, namun suasana nampaknya cukup tenang. Air muka Datin Zaidah pun tampak manis sahaja. "Ha Nanu, apasal tercegat? Awak ada tetamu ni," tegur Datin Zaidah. "Saya... er... saya..." "Apa khabar Nanu?" tegur Hakim. "I'm sorry sebab datang mengejut." Melihatkan air muka serta gelagat Nanu yang p elik itu, Hakim segera memohon maaf. Nanu mengangguk resah. Suaranya masih tersekat di kerongkong. Matanya liar meman dang ke arah Datin Zaidah, kemudian beralih semula kepada Hakim. Hatinya berdeba r bukan kepalang. Serba salah. Semuanya terasa serba tidak kena. Sungguh dia tid ak menyangka bahawa pertemuan di antara Hakim dengan Datin Zaidah akan berlaku secepat itu. "Nanu, kalau you tak keberatan... saya ada hal nak cakap dengan you," kata Hakim sebaik sahaja memindahkan beg-beg plastik berisi barangan dapur itu ke atas sebuah meja. "Apa awak..." Telefon bimbit di saku jaket Hakim tiba-tiba berlagu nyaring. Cepat-cepat dia me ncapai telefon bimbit tersebut lalu ditekannya butang `cancel'. Pada kala itu Ha kim tiada masa untuk melayan mana-mana panggilan walau urusan pejabat sekalipun. Yang lebih penting ialah mendapatkan berita tentang Puteri daripada Nanu. Soal business patut ditolak ke tepi untuk seketika "Saya merayu pada awak, Nanu..." Tetapi telefon bimbitnya berlagu lagi. Hakim mendengus geram, lantas merenung pada skrin telefon bimbit. Nama yang tertera di situ tidak lain dan tidak bukan ialah nama Puan Sutrinah, ibu Zureen. Kalau bukan kerana perkara mustahak, jarang benar wanita itu mahu menelefonnya. "Excuse me" ujar Hakim tatkala berpaling kesal kepada Nanu. Kemudian dengan pant as pula memberikan perhatian kepada pemanggil. "Ya, auntie? Ada apa yang boleh saya tolong?" "Hakim..." suara Puan Sutrinah yang kedengaran bergetar penuh sebak itu menimbul

kan rasa resah di hati Hakim. Hati mula gawat tertanya-tanya apakah yang sudah t erjadi. Wajah pilu Zureen terbayang di ruang mata. Sudah beberapa hari dia tidak bersua muka dengan gadis itu. Adakah sesuatu yang buruk telah menimpa Zureen? "Auntie Su? Ada apa?" tanya Hakim tenang. "Hakim, Zureen di hospital. Tadi kemalangan di rumah. Auntie..." "Zureen? Apa dah jadi?" soal Hakim cemas. Jantungnya bagai dijerut. Memang tidak salah sangkaannya. Sekali lagi Zureen di timpa musibah! "Hakim sendiri pun tahu, memang malang benar nasib Zureen. Bila bapa dia tahu mu lalah naik angin... bertekak. Tuan haji nak pukul, Zureen lari. Masa tulah tersu ngkur jatuh tangga. Rasanya dia keguguran. Entahlah apa nak jadi, Hakim..." ceri ta Puan Sutrinah sambil teresak hiba. Ternyata berat bahu Zureen menggalas, berat lagi bahu ibunya memikul beban terse but. Sekiranya berita buruk itu terbongkar, bukan sahaja seluruh keluarga akan m enanggung beban tohmahan, malah Hakim dan keluarga pasti akan merasai tempiasnya . Orng yang tidak mengetahui kedudukan sebenar pula, pasti sekali menuduh dia ya ng bertanggungjawab menghamilkan Zureen. Jimmy, si abang yang panas baran itu pula pasti bertindak terlebih dahulu sebelum berfikir untuk menc ari punca masalah. Nampaknya beza di antara si anak dan si bapa hanyalah dari se gi umur. "Bawa bertenang, auntie. Zureen sekarang di mana?" "SSMC." "Saya datang sekarang juga." Menghela nafas dalam, Hakim berpaling kepada Nanu dan Datin Zaidah. Dia tidak te rus bersuara. Diam dengan rupa yang amat kalut macam orang yang sedang serba sal ah untuk memilih haluan. "I'm sorry. I ada emergency case," ujar Hakim perlahan. Menyedari bahawa Hakim mahu bergegas pergi kerana Zureen, Nanu menarik muka masa m lantas memalingkan mukanya jauh dari Hakim. Puteri pernah bercerita bahawa Hak im akan menikahi seorang gadis daripada keturunan baik-baik bernama Zureen. Duka pada wajah Pute ri saat itu masih kemas di ingatan. Tatkala air mata Puteri menitis perlahan mem basahi pipi, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa peritnya hati Nanu menahan seba k di dada. Sejak hari itu, mendengar nama Zureen memang tidak ubah bagaikan semb ilu yang menusuk hati. Kerana gadis itu, Puteri terpinggir dan terpaksa menderit a sendirian.

"Auntie... Nanu, saya minta diri. I'll come back soon," kata Hakim lalu melangka h pergi. Suasana sepi, tiada walau sepatah pun ucapan yang mengiringi langkah Hakim. Tidak daripada Nanu mahupun Datin Zaidah. Kedua-duanya hanya saling menjeling dl antara satu sama lain. Kerja mengemas barang-barang dapur ke dalam peti sejuk akhirnya menyejukkan hati Nanu. Siap berkemas, dia ke ruang tamu dan melabuhkan punggung di sofa bersebel ahan dengan Datin Zaidah. Wajah muram bercampur kesal Datin Zaidah ditenungnya a gak lama. Entah apa yang sedang berlegar di fikiran wanita tua itu dia pun tidak tahu mengagak. Dalam hati tertanya-tanya bagaimanakah perasaan Datin Zaidah set elah bertemu muka dengan Hakim? Tiada tanda-tanda adanya sebarang pertelingkahan . Kalau ada pasti dia akan terasa bahangnya. Malah lagak Datin Zaidah sebentar t adi tidak ubah macam bakal ibu mentua yang berkenan pada bakal menantu pula. Nam pak gayanya Datin Zaidah tidak sedikit pun memberikan syarahan pedasnya kepada H akim. "Auntie ada bagi mukadimah pada dia tu?" soal Nanu tiba-tiba. Dia memang berhara p dalam keadaan yang tampak tenang tadi Datin Zaidah sudah pun memberi sepatah d ua kata yang mampu menyedarkan Hakim. Biar Hakim terkedu panjang. Tetapi jawapan yang dengarnya seketika kemudian itu amat menghampakan. "Banyak lagi kesempatan, Nanu," balas Datin Zaidah sambil mencapai akhbar The Ma lay Mail yang baru dibawa pulang oleh Nanu. "Saya dah agak. Auntie berkenan pada dia ya?" duga Nanu sambil menjeling tajam. Air muka Datin Zaidah segera berubah. Berkerut dahinya tatkala berpaling memanda ng Nanu. "Eh, apa pula kamu merepek ni!" marah Datin Zaidah pantas. "Maklumlah, dia tu handsome, bergaya... mulut pun manis!! Keturunan aristokrat k atakan...." "Asal keturunan dan muka yang handsome aja tak cukup Nanu, kalau perangai macam pelesit!"

"Tak nampak pula auntie pandang dia macam pandang pelesit. Macam pandang Amir Kh an adalah," perli Nanu sesedap rasa. Tidak dapat Datin Zaidah nafikan bahawa Hakim memang manis orangnya. Kalau tidak memikirkan kesengsaraan Puteri itu berpunca daripada kelemahan siapa, rasanya H akimlah menantu pilihan. Dari segi penampilan dan personalitinya, Hanif sekalipu n tidak setanding. Senyumannya sahaja macam penawar. Hati yang panas pun boleh berubah sejuk di dalam sekelip mata. Cair! Hendak mak i pun tidak jadi. Di dalam masa setengah jam sahaja berkali-kali tertunda. Nasib baiklah anak muda itu jarang sekali melemparkan senyuman.

"Eh budak ni. Memandai aja! Dah, pergi bersiap. Masa ke hospital dah sampai ni. SSMC tu tak dekat. Dah janji dengan Kak Leha nak datang awal. Laki kau tak nak i kut? Sampai sekarang tak nampak batang hidung pun!" tingkah Datin Zaidah setelah menyedari benang basahnya tidak mampu ditegakkan. Mulut laser Nanu kalau dibiar kan tidak berhenti membebel. Seingatnya bab bertekak bertumbuk, Nanu juara sejak kecil. "Nampaknya kita ajalah, auntie. Dia ada hal penting." BAB TIGA PULUH SATU ( 31)

PEMANDANGAN di sebalik dinding kaca itu sungguh indah. Lebih indah dan menenangkan daripada mana-mana pemandangan pusat pelancongan dunia yang pernah dikunjungi Hakim. Matanya tidak jemu memandang. Entah sama ada Zureen ataupun pipi-pipi mongel yang berbagai-bagai warna - sawo matang, putih kuning dan putih kemerah-merahan itu yang menarik langkah Hakim ke hospital itu selama tiga hari berturut-turut. Kenyataannya dia amat senang memerhatikan gerakan bayi-bayi comel yang hanya berusia beberapa hari yang kebanyakannya asyik lena sepanjang masa itu. Se tiap mereka bagaikan permata yang berkilauan. Sungguh comel sekali! "Tengok cucu kak?" tegur Hakim tatkala berpaling melihat seorang wanita berselen dang hitam yang sedang leka memerhati salah seorang bayi di sebalik dinding kaca tersebut. "Ya, yang putih merah nombor tiga tu. Sebenarnya anak majikan kakak. Baru hari n i dibawa masuk. Alhamdulillah sihat walafiat dia," jawab wanita itu. Dia terseny um ramah sambil jari telunjuknya ditujukan ke arah bayi comel berbungkus kain me rah jambu di barisan kedua yang sedang bergerak-gerak kecil dengan mata yang sed ikit terbuka itu. "Cute betul!" puji Hakim. Dia tersenyum ceria. Keinginan untuk memiliki zuriat s endiri kini kian meluap-luap. Tetapi apakan daya "Comel macam mak dia juga!" sokong wanita itu sambil tersenyum lebar. "Lelaki ke perempuan?" tanya Hakim.

"Perempuan. Emaknya lepas operations... dah tiga hari belum bangun-bangun juga. Kesian.... Dia tak ada sesiapa," keluh wanita itu. Di dalam sekelip mata wajah c erianya berubah redup. Dia tampak begitu susah hati. "Oh... suami dia?" soal Hakim. Rasa simpati menyelit di hati. Itulah salah satu bukti bagaimana seorang ibu sanggup bertarung nyawa demi anak yang dikandung. "Entahlah. Tak pernah pula kakak jumpa dia sejak bekerja dengan puan. Encik pun tengok anak ke? Yang mana satu?" tanya wanita itu penuh minat. Ternyata wanita i tu adalah seorang yang penyayang. "Tak. Jenguk kawan, saya sekadar menikmati keindahan anugerah Tuhan," jawab Haki m sambil tersenyum tipis. Pertanyaan wanita itu sesungguhnya terasa bagaikan sat u kenyataan yang menyedarkan dia akan kekurangan diri. Pada tahap umur sebegitu dia sepatutnya sudah pun memiliki keluarga sendiri. Punya isteri dan anak-anak d i sisi. Tetapi memiliki sesuatu yang sebenarnya tidak dimiliki telah menjadikan kehidupannya begitu pincang! "Oh. ya ke? Kakak minta diri dulu. Nak perhatikan keadaan Cik Puteri," ujar wani ta itu lantas melangkah pergi pantas lalu hilang di sebalik selekoh. Puteri? desis suara hati Hakim cemas sebaik sahaja nama itu singgah di telinga, diikuti dengan gelengan. Tidak mungkin Puteri yang dicari-carinya selama ini. Sudah terlalu banyak kali hatinya berdetik cemas setiap kali mendengar nama itu, namun setelah disiasat tetap juga bukan Puteri yang sedang bersemadi di hati. L agipun tempat Puteri bukannya di wad bersalin. Kali terakhir pertemuan mereka, P uteri kelihatan normal sebagaimana Tengku Aida dan rakan-rakan sepejabatnya, cuma pena mpilannya sahaja yang tampak sedikit tidak terurus dan kurang bersemangat. Tetap i bukankah ketika itu hati Puteri sedang luka berdarah? Sesiapa sahaja di dalam kedudukan Puteri pasti akan kelihatan sebegitu. Berpaling kali terakhir ke arah bayi comel putih kemerahan itu, hati Hakim tercu it apabila bayi kecil itu kelihatan bagaikan sedang tergelak kecil sambil matany a bersinar galak memandang tepat ke arahnya. Saat itu kata-kata wanita berselend ang hitam itu kembali terngiang-ngiang di telinga: Dia tak ada sesiapa.... Di da lam hati Hakim menyumpah dan mengeluh kesal entah bapa bertuah mana yang tidak s edarr akan untung diri! Sekiranya ibu malang itu tidak juga sedarkan diri, bagai manakah nasib anak kecil itu kelak? Ke rumah kebajikankah akhirnya bayi comel it u? Tidak sampai hati untuk terus memandang dan berfikir akan nasib bayi yang tidak berdosa itu akibat bcrbapakan seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab, Hakim berlalu pergi menuju ke kamar Zureen. Ketukan serta salam cerianya disamb ut dengan senyuman tawar Zureen yang masih kelihatan tidak begitu bermaya. Cahay a petang yang mengintai hangat dari tingkap kaca hospital itu tidak mampu menaik kan seri pada pipinya yang agak pucat itu. "How are you today?" "Zureen baik," balas Zureen hampir tiduk kedengaran suaranya. Air mukanya ternya

ta murung sebagaimana hari-hari yang lalu. Tetapi bagi Hakim, emosi sebegitu tid ak boleh terus dilayan nanti semakin buruk akibatnya. Walaupun semua itu bagi Zureen bagai malang `sudah jatuh ditimpa tangga', namun ada hikmahnya. Bukan salah Zureen dan keguguran itu juga bukan kehendak gadis it u. Daripada melahirkan bayi luar nikah yang belum tentu untung nasibnya, bukanka h baik kalau Zureen reda sahaja dengan apa yang terjadi? Azry sudah jelas tidak akan meninggalkan cara hidupnya demi Zureen dan Tuan Haji Wan Noor pula belum tentu akan menerima kelahiran anak luar nikah di dalam keluarganya. Berhari-hari sudah Hakim berulang-alik ke situ, namun batang hidung Tuan Haji Wan Noor tidak sekalipun kelihatan. Zureen hanyalah seorang gadis yan g bergantung hidup sepenuhnya dengan keluarga. Ternyata walaupun kandungan Zuree n dapat diteruskan sehingga ke usia matang, keputusan tentang kehidupan bayi ter sebut tetap bukan di tangan Zureen. Kenapa harus memberi nasib malang pada bayi yang tidak berdosa? Tiada anak yang minta dilahirkan untuk hidup tanpa mengenal asal usulnya. "Apa yang terjadi ada hikmahnya.... Abang nak tengok Zureen senyum selalu macam dulu," ujar Hakim dalam nada bersemangat. Namun seperti biasa mata Zureen mula b erkaca-kaca. Entahlah bagaimana perasaan Zureen sekiranya mendapat tahu bahawa dia sebenarnya menjadi mangsa perbuatan khianat yang dirancang dan lelaki yang dicintainya mem pergunakan tubuhnya kerana wang ringgit. Tiada cinta langsung di pihak Azry seda ngkan Zureen pula berendam air mata kerana hati dilamun cinta. Keputusan Zureen untuk tidak membuat dakwaan ke atas Azry juga tentulah kerana c inta, tetapi sekiranya tidak membabitkan pemuda itu, bagaimana pula mahu mengher et dalangnya ke muka pengadilan? Serba salah Hakim jadinya. Kalut. Namun sekiranya perkara itu diketahui umum, ma ruah Zureen pula akan tercemar. Silap-silap muka Zureen akan terpampang di muka hadapan akhbar-akhbar utama selama berbulan-bulan dan seterusnya berbagai-bagai tekanan pula akan menyusul. Maklum sahaja Zureen ialah anak perempuan tunggal or ang ternama. Walau bagaimanapun Hakim nekad akan mendajalkan kehidupan perempuan keji itu seb agaimana perempuan itu mendajalkan masa depan Zureen! Dengan barang bukti sepert i gambar-gambar yung berjaya dikumpulkan oleh Raj setakat itu, tentu rancanganny a boleh diteruskan secepat mungkin. "Lupakanlah, Zureen. Kehidupan perlu diteruskan, dan abang akan selalu membantu. Abang janji akan sentiasa di sisi Zureen," kata Hakim lagi sambil mencapai jari-jemari Zureen lalu digenggamnya erat. Dia berharap semoga cinta yang berputik di hati Zureen untuk Azry sebenarnya han yalah cinta sementara. Janganlah sampai Zureen bertepuk sebelah tangan sehingga ke akhir hayat. Mendengar kata-kata Hakim itu, semakin bercucuran air mata Zureen. Sungguh dia t

erharu. Sebagaimana selalu, Hakim bersikap prihatin lebih daripada abang kandung nya sendiri. Jimmy hanya tahu bermasam muka dan memaki hamun kerana Zureen telah menconteng arang ke muka seluruh ahli keluarga. Sedangkan Hakim pula tidak peru nh bersuara untuk memutuskan pertunangan mereka walaupun setelah apa yang terjad i ke atasnya. Baginya Hakim jauh lebih mulia daripada mana-mana lelaki yang dike nalinya. "Zureen dah bagitahu umi dan abah yang Zureen dah putuskan hubungan dengan abang . Abang terlalu baik buat Zureen. Zureen dah tak layak lagi untuk abang... ni ad alah keputusan muktamad Zureen." Menghela nafas dalam, Hakim merenung tepat pada wajah Zureen. Dia akur. Lagipun keputusan Zureen itu adalah seperti merungkai kehidupannyu yang selama ini tidak ubah bagaikan benang yang bergumpal dan Sheri na pula tidak payah lagi mengugut untuk kahwin lari. Malangnya keputusan itu jel as sekali akan mengecewakan Dato' Salihin yang sehingga kini belum dimaklumkan t entang musibah yang menimpa menantu pilihannya itu. Sebagai lelaki, Hakim tahu d irinya akan dipersalahkan. Dato' Salihin akan menuding jari ke arahnya, tetapi t idak mengapa asalkan nama baik Zureen terjaga. Dia sudah biasa dengan bahasa ker as Dato' Salihin dan rela demi Zureen. "Abang takkan paksa Zureen buat apa yang Zureen tak ingin. Kalau begitu keputusa n Zureen, begitu juga keputusan abang. Tapi... ingat, abang adalah seperti abang Zureen juga. Zureen tak payah cuba lari daripada abang." "Terima kasih, Abang Hakim," ucap Zureen. Dia mengangguk kecil sambil mengesat p ipinya yang basah. "Abang tak boleh lama. Ada kerja yang perlu abang uruskan. Zureen takkan apa-apa kan?" kata Hakim berterus terang. Selama ini dia terlalu sibuk dengan urusan kerja dan hanya mencuri masa datang menjenguk Zureen. Malah terlalu banyak perkara yang harus difikirkan demi kebai kan peribadi dan juga syarikat. Kes Zureen juga masih di dalam peringkat siasatan. Manakala kes Puteri pula disifatkan Raj sebagai kes pasif kerana Puteri seolah-olah ghaib. Tiada akt iviti langsung di dalam kehidupan hariannya sehinggakan sukar untuk menjejaki. "Tak mengapa, abang. Zureen tak apa-apa," balas Zurieen perlahan. Kehadiran Haki m walaupun hanya sekejap sudah cukup melegakan jiwanya yang sedang menderita. Wa laupun kadangkala dia merasa amat kekok tatkala bersama Hakim, ternyata Hakim me mang akan sentiasa di sisi apabila diperlukan. "Have a good rest." ! Selepas membetulkan selimut yang menutupi lubuh Zureen, Hakim melemparkan senyum

an terakhir lalu melangkah pergi. Sebaik sahaja melangkah keluar dari kamar Zureen, telefon bimbitnya berlagu nyar ing. Hakim hanya tersengih apabila seorang jururawat keturunan India yang sedang bertugas menjeling ke arahnya. Setelah diperiksa rupa-rupanya panggilan itu dat angnya daripada Raj. Berita daripada lelaki itu memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh Hakim. Raj sudah beberapa kali cuba menetapkan satu temu janji, tetapi Hak im sentiasa kesuntukan masa. "Hello, Raj. Any good news'?" "You wouldn't believe this boss! I'm very sure Ms.Ice is actually someone who is really close to you!" "What! Kenapa you kata macam tu? Who is she, anyway!" "Semalam I sempat ekori dia sehingga ke pintu office you. So..." "At what time?" tanya Hakim tidak sabar. Kata-kata Raj itu betul-betul membuat h atinya gelisah. Sekiranya betul tekaan Raj itu, bukankah bererti dendam itu ditu jukan kepada Hakim sendiri? "Around two pm." Jawapan Raj itu membuat Hakim terkedu. Bagi terhenti nafasnya seketika. Wajah ya ng muncul dimindanya adalah wajah ibu tirinya. Sungguh dia tidak dapat mempercay ai semua itu.

Rose! jerit Suara hatinya, cemas. Petang semalam Rose telah datang menjemputnyn di pejabat untuk makan tengah hari bersama. Pada mulanya Hakim keberatan, tetapi Rose terus merayn dan katanya sej ak akhir-akhir itu perasaannya begitu tertekan. Banyak perkara yang ingin diluah kannya pada Hakim. Akhirnya dia menghabiskan masa hampir satu petang bersama ibu tirinya itu di bilik VIP sebuah restoran terkenal di ibu kota. Rose mengeluh te ntang keadaan rumah tangganya yan agak bergoncang dan rasa tidak puas hati terha dap persembahan Dato' Solihin di ranjang. Air mata perempuan itu meleleh ketika melentokkan kepalanya ke bahu Hakim. Betulkah Rose yang bertanggungjawah ke atas malapetaka yang menimpa Zureen? Tetapi kenapa? Apa pula motif ibu tirinya itu? "Hello, boss? Are you there?" "Bagaimana rupa dia?" tanya Hakim. Dia inginkan kepastian. Dia tidak boleh sekad ar membuat tekaan melulu. "Long straight hair, tall, slim, elegant and very pretty," jawab Raj penuh yaki n.

Seperti biasa dia begitu yakin dengan pemerhatiannya dan Raj sebenarnya tidak pe rnah silap. Rose! Perwatakan yang baru disebut oleh Raj itu memang menepati perwatakan Rose. Sakitnya hati Hakim bagai ditusuk sembilu. Hati tertanya-tanya apakah dendam Rose terhadapnya sehinggakan Zureen pula dijadikan mangsa? Apa sal ah Hakim sedangkan selama ini dia sentiasa cuba menjaga hati serta menghormati i bu tirinya itu? Kenapa pula Rose harus bertindak melampaui batas begitu? "Boss, I could forward the evident to you anytime. Just spell out where and when ." "Tomorrow morning in my office. Ingat, sampaikan ke tangan I sendiri," arah Haki m serius. Perkara itu tidak boleh sampai terbongkar. "Tomorrow then, boss. See you!" Hakim meneruskan langkahnya melalui lorong-lorong berliku di hospital itu. Kepal a Hakim kian sendat dengan persoalan yang kian berserabut. Kaki dan tangan teras a begitu lemah tiba-tiba sehingga dia terasa tidak lagi bertenaga untuk melangka h. Lebih-lebih lagi hatinya terasa begitu terluka mengenangkan nasib malang yang menimpa Zureen sebenarnya adalah berpunca daripada dia. Rasa bersalah terasa be gitu kuat mencengkam diri! Perlahan-lahan Hakim menjatuhkan punggungnya di salah satu kerusi pelawat yang b erderetan di lorong yang baru dilaluinya. Walaupun aktiviti di hospital itu masi h sayup-sayup kedengaran, namun suasana di sudut itu agak sunyi. Dia tunduk memb ungkam sambil cuba menenangkan fikiran. Dihela dan dilepaskan nafasnya perlahan berulang kali. Entah berapa lama dia berkedudukan begitu tanpa mempedulikan kead aan sekeliling mahupun sesiapa sahaja yang lalu-lalang, tetapi satu suara tangis an yang kedengaran agak jelas di telinga telah membuatkan dia berpaling perlahan -lahan ke sebelah kanannya. Pada mulanya dia sekadar memerhati dengan penuh rasa simpati pada seorang wanita muda yang sedang duduk menangis sambil sekali-sekala mengesat air mata di pipin ya itu. Sesiapa sahaja yang berkeadaan begitu di hospital tentu sahaja telah mel alui satu keadaan yang menyedihkan. Kalau bukan kerana orang yang disayangi gagal dis elamatkan, tentulah kerana masalah kesihatan yang kronik atau mungkin juga keran a masalah kos pembiayaan yang di luar kemampuan. Maklum sahaja semakin canggih k ehidupan semakin tinggi pula kos sara hidup. Hidup makhluk bernama manusia ini s entiasa penuh dengan dugaan. Lihat sahaja diri Hakim sendiri. Cuma satu jasad da n satu nyawa, tetapi pelbagai persoalan hidup perlu diselesaikan. Semuanya belum separuh pun beres. Lima minit telah berlalu dan Hakim masih merenung dengan rasa simpati yang menda lam terhadap wanita muda yang jarak kedudukannya cuma empat kerusi daripadanya i tu. Selagi tidak disapa wanita itu, selagi itulah hatinya terasa seakan-akan ter kilan. Entah bagaimana tiba-tiba sahaja kakinya terasa bertenaga lantas dia bang un lalu melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan wanita yang tidak dikenali itu. Dalam hati dia nekad, walaupun dia tidak mampu untuk membantu entah berapa ramai lagi insan yang tidak berdaya, sekurang-kurang nya membantu salah seorang daripada mereka sudah pun memadai! Wang ringgit tidak

menjadi soal. Dia tidak pernah kekurangan walau sebanyak mana pun dia mendermak an pendapatannya kepada orang yang memerlukan. Wang tidak pernah susut di dalam kehidupannya. Yang susut cuma keten angan. Mendengar tangisan itu sebenarnya menambah sebal di dada. Buat dia terken ang pada setiap insan yang dikenalinya yang pernah dan sedang ditimpa nasib mala ng, seperti Intan dan Zureen. "I Minta maaf kalau mengganggu, apa masalah Cik? Boleh saya bantu?" Hakim menjel ing sekilas lalu mengharapkan tindak balas, tetapi wanita itu tidak memberikan p erhatian. Malah berterusan tunduk terhinggut-hinggut menahan tangis. " Kalau melibatkan kematian, memang saya tak lagi berdaya menghulurkan bantuan, ta pi sekiranya melibatkan kos rawatan... cakap saja berapa, saya janji akan bantu, " kata Hakim seikhlas hati. Namun masih tidak kedengaran tindak balas daripada wanita muda di sebelahnya itu . Mungkin perempuan itu menganggap dia gila atau sekadar cakap-cakap kosong. Lag ipun mana ada lagi insan yang begitu bermurah hati di dunia ini yang sudi menghu lur bantuan tanpa mengharapkan balasan? Setiap gerak langkah manusia sentiasa be rlandaskan duit. Akhirnya Hakim menggeleng sambil tersenyum lalu menyambung kata -katanya. "Saya tahu mungkin cik fikir saya gila sebab kita tak saling mengenal... tapi... " "Hakim!" Mendengar namanya disebut oleh wanita itu Hakim segera berpaling. Hairan bagaima na dia dikenali. Melihat wajah wanita muda yang cuba dipujuknya itu, dia terpemp an. Sungguh dia terkejut besar. "Nanu! Awak??" Malangnya tiba-tiba sahaja tangisan Nanu semakin menjadi-jadi. Air matanya mencu rah-curah. Rasa sedih dan kesal merantai hati. Mengenangkim keadaan Puteri yang masih terlantar tidak sedarkan diri sudah hampir empat hari itu hatinya terasa a mat sedih sekali. Setiap kali mengunjungi Puteri di kamar rawatan rapi, Puteri tetap juga begitu. Tidak ada sedikit pun perubahan yang menggembirakan. Matanya sentiasa te rtutup rapat tanpa menyedari kehadiran sesiapa pun termasuk bayi sendiri yang se hingga kini belum pun bernama. Nanu takut sekiranya Puteri jatuh koma untuk sela ma-lamanya. Apa bezanya antara mati dan koma? Dia tidak mungkin lagi melihat sen yuman serta gelak ceria Puteri seumur hidup ini. Dia akan kehilangan teman seper mainan! Manakala melihat wajah Hakim dia merasa amat kesal kerana terpaksa merahsiakan p erkara itu walaupun Puteri sedang di dalam keadaan yang membimbangkan. Lebih-leb ih lagi apabila menyedari betapa murahnya hati Hakim sehinggakan sanggup menghul urkan bantuan kepada seorang wanita yang tidak dikenali. Dia telah salah sangka terhadap Hakim. Tidak mungkin lelaki seperti Hakim sanggup meminggirkan Puteri t anpa sebab. Tidak mungkin tiada sedikit pun belas kasihan di hati Hakim untuk Pu teri yang dinikahinya. "Nanu... apa yang terjadi? Husband you..." teka Hakim resah. Malangnya jawapan yang didengar cuma suara esakan Nanu. Kian gabra Hakim dibuatnya.

"Sabar, Nanu... walau bagaimana perit sekalipun dugaan hidup, perlu dihadapi dengan hati cekal," ujar Hakim cuba memujuk Nanu yang sedang mena ngis hiba. Memujuk orang yang tidak dikenali rupa-rupanya lebih mudah daripada c uba menenangkan orang yang dikenali. "Hakim... Puteri...!!" Tanpa sempat menyatakan apa-apa, Nanu meraung sambil menu tup mulut dengan kedua-dua tangannya. "What is it, Nanu? What's going on?" soal Hakim cemas. Terlintas di mindanya sat u kemungkinan, dan saat itu nafasnya terasa bagai tersekat tiba-tiba. Adakah Nanu sebenarnya sedang meratapi nasib Puteri, bukan suaminya seperti sangkaan Hakim? "Pasal Puteri... I'm sorry."

Mendengar nama Puteri disebut untuk kali kedua, Hakim terkedu. Darah terasa memb uak pantas ke muka. Tanpa disedari tangannya mencengkam kuat pada kedua-dua leng an Nanu. "Sesuatu terjadi pada Puteri?" soalnya lagi dengan suara bergetar. Terpacak mata nya merenung anak mata Nanu. Sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan itu. Tid ak mungkin! Tidak mungkin mimpi buruk yang dialaminya selama ini adalah satu fir asat! "Puteri... Puteri tak sedar-sedar juga sampai sekarang!" jawab Nanu di antara es ak tangisnya. Reaksi Hakim itu betul-betul membuat perasaannya kian dilanda rasa bersalah, gundah serta terharu. Bolehkah Hakim menerima semua itu dengan tenang ? "Apa? Puteri..." Mendengar kata-kata Nanu itu, gelojak perasaan Hakim tidak terbendung lagi. Peluh sejuknya mula memercik. Dia terpacak dan kaku. Pandangan terasa gelap. Lemah segala urat sendinya sehinggak an dia tidak lagi berdaya menghadapi Nanu lantas terjelepok ke kerusi. Seribu pe rtanyaan tentang keadaan Puteri mula mencucuk mindanya tanpa henti. Selama beberapa ketika tiada suara yang kelur dari bibir Hakim. Dia tunduk membu ngkam dan diam membisu. Entah kenapa hospital itu pun seolah-olah turut sama men yepi. Yang kedengaran hanyalah nafas Hakim yang menderu resah dan pantas. Nanu t erus memerhati dan menunggu dengan perasaan gawat. Di dalam keadaan sebegitu dia tidak tahu apa yang harus diucapkannya kepada Hakim. Hanya air mata yang menyatakan simpatinya pada lelaki di hadapannya itu. "Mana Puteri?" tanya Hakim tidak lama kemudian. Betapa sugulnya wajah Hakim saat itu. Merah kedua-dua matanya tatkala mendongak menyuarakan pertanyaan itu kepad a Nanu. Tidak percaya Nanu sekiranya ada sesiapa yang mendakwa bahawa tiada cint a di hati Hakim untuk Puteri. Hakim tampak ikhlas. Perasaan cinta yang luhur kel ihatan jelas pada sinar matanya. Masih sebak dan tidak dapat bersuara, Nanu hany a mampu menunjuk arah dengan jari telunjuknya lalu memberi isyarat agar Hakim se gera membuntutinya. Sebaik sahaja terpandang papan tanda wad Obstetrics & Gynaecology yang tertera d i hadapan pintu, langkah Hakim mati. Jantungnya kian berdegup kencang. Seingatny

a lebih kurang setengah jam yang lalu, wad itu juga yang ditinggalkannya. Dia te lah melalui lorong yang sama dan memandang wajah-wajah yang sama. Apabila tangan Nanu menolak daun pintu salah sebuah kamar di situ, dia kian terpanar. Sudah ti ga hari dia lalu-lalang di situ menziarahi Zureen tanpa menyedari bahawa Puteri juga terlantar di wad bersalin!

Oh Tuhan..!!! Tidak... keluh hati Hakim. Dia hiba sebaik sahaja pandangan matanya jatuh pada sekujur tubuh yang terlantar kaku di katil, dikelil ingi oleh bermacam-macam jenis tiub serta mesin. Hatinya rasa amat terhiris. Tub uhnya terasa menggeletar. Perasaan tiba-tiba dihimpit rasa berdosa. Dia tidak pe rnah merasa sebegitu berdosa seumur hidup ini melainkan saat itu. "Puteri... Puteri...." Mencapai jari-jemari Puteri yang sejuk dan kaku itu, tanpa disedari air mata Hakim mengalir lesu. Kehadiran Nanu dan seorang lagi wanita berselendang hitam tidak langsung diendahkannya. Dia terus mengelus dan mengharap agar Puteri segera membuka matanya. Kala itu dia rela meninggalkan segala-galanya demi Puteri. "Kenapa dengan you...? Kenapa boleh jadi begini?" "I'm sorry.... Maafkan I, sayang...!" bisik Hakim berkali-kali sambil merapatkan tangan Puteri ke mukanya. "Apa dah I buat pada you, Puteri.... I'm so sorry..." rintih Hakim. Sesungguhnya dia sedar dirinya tidak lagi layak untuk dimaafkan. Dosanya terhadap Puteri tid ak terbilang dengan jari. "Hakim..." tegur Nanu tidak lama kemudian. Tatkala Hakim berpaling, dia terpanar apabila Nanu menyuakan seorang bayi kecil yang sedang nyenyak tidur kepadanya. Bergetar rasanya seluruh tubuh Hakim. Terpa cak matanya merenung bayi comel itu. Sungguh tidak disangka rupa-rupanyu bayi yang pernah beracah dengann ya petang itu adalah darah dagingnya sendiri? Zuriat dia dan Puteri? "Anak perempuan awak, Hakim," ujar Nanu apabila Hakim hanya terlopong memandang bayi di pangkuannya itu. "Selama beberapa hari ni, Kak Leha yang tolong jagakan. Kak Leha kerja dengan Pu teri," sambung Nanu sambil memandang mesra ke arah Kakak Leha. Berpaling kepada wanita yang berdiri tidak jauh daripada Nanu itu, Hakim cam wan ita itu sebagai wanita berselendang hitam yang ditemuinya petang itu. Wanita sam a yang bercerita dengan rupa kesal bahawa ayah kepada si bayi tidak pernah muncul sepanjang tempoh kehamilan majikannya. Aib betul rasanya apabila mata bertentang. Memang Hakim malu. Terasa

seperti mahu sahaja dia menerangkan kedudukan sebenar, tetapi di mana hendak di mulakan? Kisah di antara dia dan Puteri begitu berselirat. Kaluu diceritakan sek alipun, yang benar-benar mengerti hanyalah diri sendiri. Puteri juga belum tentu memahami. "Awak buatlah apa yang patut untuk uruskan penjagaan dia. Nama pun belum didafta rkan lagi. Nama apa yang awak nak beri?" tanya Nanu apabila Hakim bagaikan hilan g arah dan tidak tahu apa yang harus dilakukannya dengan bayi itu. Sebak dan terharu rasanya perasaan Nanu tatkala melihat zuriat Puteri di dalam d akapan Hakim. Lebih-lebih lagi apabila Hakim merenung wajah bayi tersebut dengan sepenuh kasih sayang. Hakim tidak menidakkan bahawa bayi itu adalah zuriatnya. "Cahaya... Puteri Nur Cahaya binti Mohd. Hakim," jawab Hakim setelah merenung la ma pada wajah bayi comel di pangkuannya itu yang kelihatan tenang dan berseri-seri bagai kan cahaya. Sesungguhnya wajah comel itu melahirkan rasa ceria di hati, namun ap abila Hakim berpaling melihat orang yang dicintai terlantar kaku, kebahagiaan b erkeluarga sendiri yang baru sedetik dirasainya hilang lenyap. "Puteri... cepat bangun, sayang. Lihat betapa comelnya anak kita, Puteri. Puteri ...!!" Pada saat Hakim menyeru nama Puteri dengan sepenuh hati, sedangkan Puteri langsu ng tidak bcrgerak. Nanu terus terjelepok ke kerusi lalu teresak lugi. Suasana ya ng baru disaksikannya itu menambah sebak di dada. Amat memilukan. Hati terasa am at scdih dan pedih sekali. Kakak Leha yang berdiri di sisi segera merangkul tubuh Nanu dan membisikkan kata -kata pujukan agar Nanu bertenang. Setiap kali berada di sisi Puteri, air mata N anu tidak pernah kering. Nanu asyik meratapi nasib Puteri sehinggakan Kakak Leha sendiri pun tidak tertahan. Kalau ada Datin Zaidah lagilah haru! Hanya bayi com el yang tidak mengerti apa-apa itu sahaja yang tampak tenang dan ceria. Sesunggu hnya Kakak Leha amat bersyukur kerana akhirnya bayi itu tidak lagi keseorangan. Sekurang-kurangnya tanpa ibunya di sisi, dia masih ada tempat bergantung. Pada p andangan pertama, Hakim baginya bukan sembarangan orang. Hakim ada kedudukan. Se nyuman lelaki itu mencerminkannya sebagai orang baik-baik. Apa yang terjadi di antara Puteri dan Hakim, hanya Allah yang dapat mengadilinya . Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya. Peristiwa petang itu adalah s atu keajaiban. Kakak Leha percaya Allah sememangnya ingin menyatukan mereka bert iga. BAB TIGA PULUH DUA (32)

SUDAH SEMINGGU Hakim menjadi penunggu setia di sisi Puteri. Setiap detik terasa bagaikan menapak di lorong sunyi dan gelap. Segala rasa yang terpendam di lubuk

hati sudah pun diluahkan, namun kecewa kerana tiada tanda-tanda bahawa Puteri ak an membuka mata. Tiada walau sekecil-kecil pun gerakan.

Pakar-pakar perubatan yang dijemputnya untuk meneliti keadaan Puteri sudah pun d atang dan pergi silih berganti. Walaupun bahasa yang disusun berbeza, tetapi sem uanya memberi makna yang sama - kesal. Nampaknya hanya Doktor Low yang memahami keadaan sebenar Puteri. "Sejak dari mula kami merawat Puan Puteri, dia mengalami tanda-tanda adanya depr ession. Kami telah cuba membantu dia melalui rawatan psychotherapy, tapi dia tia da hati untuk membantu diri sendiri. It was like a part of her was missing. Dia kecewa dalam hidup. Boleh dikatakan kalau bukan kerana bayi di dalam kandunganny a, semangat untuk dia meneruskan hidup dah tak ada lagi. She's still with us tod ay, merely because of her daughter. She wants her to live...." "I'm very sorry. We have tried our best, Encik Hakim. Kini saya rasa, it's betwe en you and her. Encik Hakim cubalah apa yang patut untuk bangunkan dia. Hidupkan semula semangat Puan Puteri yang dah hilang tu dengan hati yang ikhlas. Pray to the Mighty God and ask for His forgiveness...." Begitulah kataknia Doktor Low y ang kerap terngiang-ngiang di telinga Hakim. Sesungguhnya Hakim telah mencuba. Dia meninggalkan segala urusan demi Puteri. Sa ban hari dia memujuk rayu dan luahkan cinta kepada Puteri. Dengan sepenuh keinsafan dia meminta ampun dan memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Malangnya Puteri tetap jua begitu. Hanya nafas yang ditarik selar i sahaja menandakan bahawa Puteri masih bernyawa. Walaupun kehadiran Cahaya di dalam hidup Hakim memang membawa erti, namun kebaha giaan serta semangatnya seolah-olah sesat bersama roh Puteri. Dia terseksa melih at riak hiba pada air muka Puteri. Dugaan itu sesungguhnya membuat dia sedar bet apa pentingnya Puteri di dalam hidupnya. Hati serta mulutnya yang selama ini beg itu degil kini rela melaung kepada dunia bahawa dia mencintai Puteri. Hanya Pute ri. Tiada sesiapa pun yang tahu bahawa perjalanan hidupnya kini bagaikan di atas ona k dan duri. Tidak kakitangan pejabat mahupun ahli keluarganya. Segala keperitan ditanggung sendiri. Seperti biasa Dato' Salihin melenting marah kerana Hakim tid ak menunaikan beberapa temu janji penting bagi pihaknya, manakala Encik Rashid pula serius bertanya kenapa sejak akhir-akhir i tu Hakim hanya muncul di pejabat sekali-sekala dan dalam tempoh yang amat singka t. Tanggungjawab menjaga urusan pejabat diserahkan kepadanya bulat-bulat. Selepa s selesai menandatangani cek dan dokumen penting, Hakim pasti lesap entah ke man a sepanjang hari. Pertanyaan Encik Rashid tidak dibiarkan sepi. Jawapan yang mun asabah pasti diberi, tetapi Hakim tidak pernah berterus terang. Bagi Hakim, sela gi keadaan Puteri tidak kembali seperti dahulu, urus niaga tidak lagi menjadi ag enda utama. Perintah Dato' Salihin tidak lagi dijunjung. Yang menjadi nadi hidup nya kini hanyalah Cahaya dan Puteri. Menggenggam kemas pada jari-jemari Puteri, Hakim menekan butang play pada mini C D player yang dibawanya. Buat kali pertama setelah seminggu berlalu baru dia ter fikir untuk memainkan lagu `How do I live' kegemaran Puteri. Harapannya semoga l agu itu mampu meruntun keinginan Puteri untuk sedar. Biar lagu tersebut

mewakili suara hatinya terhadap Puteri. Tetapi setelah lagu itu berkumandang sel ama beberapa saat, yang basah adalah mata Hakim sendiri. Air mata kesalnya menga lir lagi entah untuk kali yang ke berapa. "Tolonglah.... Jangan tinggalkan kami, Puteri... Cahaya perlukan ibunya. I perlu kan you.... Bangun dan hukumlah I, tapi berilah peluang kepada Cahaya. Kasihan d ia.... Tanpa you... I tak bermakna buat Cahaya. She needs you. Don't leave her.... ! Kembalilah kepada kami, sayang..." bisik Hakim sambil genggaman tangannya kian d ieratkan. Wajah pucat Puteri ditenung lama dengan perasaan yang amat lirih.

Masa kian beredar. Cahaya petang yang mengintai dari tingkap kian muram dan kena ngan demi kenangan bersama Puteri mula mengusik minda. Ada suka dan duka. Ada se gala-gala rasa. "Tahu tak, Puteri... bila kita mula-mula kahwin dulu, I dah nekad untuk berumah tangga dengan you sehingga ke akhir hayat. Walaupun pernikahan kita bukan atas d asar cinta, tapi lebih pada tanggungjawab, I percaya I boleh terima you sebagai isteri I...." "Tapi sayang... you tinggalkan I. Kerana perkara kecil tu you tinggalkan I," uja r Hakim lagi penuh nada kesal. Mengenangkan tindakan Puteri tujuh lahun yang lal u, rasa kesal di hatinya tidak berpenghujung. "I nak you tahu bahawa walaupun ketika tu you beritahu I yang you sebenarnya tak hamil, I tetap akan terima you. Perkara nikah kahwin tak pernah I anggap main-m ain. I suami you dan you isteri I. Di antara kita dah ada ikatan sah. I pegang p ada ikatan tu, Puteri. Tapi mungkin ketika tu tak ada perasaan sayang di hati yo u buat I, maka you telah pergi. You tinggalkan I dengan rasa kesal dan sakit hat i yang agaknya I bawa sehingga ke hari ni," keluh Hakim. Matanya menatap sayu pa da Puteri. "Biasanya hanya perempuan yang merasa diri digantung tak bertali, tapi Puteri... selama you tinggalkan I, begitulah yang I rasa... bagaikan digantung tak bertal i..." "Hanya Tuhan yang tahu kenapa setelah sekian lama kita dipertemukan semula dan k enapa you akhirnya jatuh cinta pada I." Bibir Hakim melebar senyum apabila terke nangkan detik-detik pertemuan semula di antara dia dan Puteri. Entahlah... bagaimana perasaan Puteri setelah memperbodohkannya selama berbulan-bulun lamanya. Seronokkah atau sebenarnya gab ra lagak pesalah yang menyembunyikan kebenaran? Setiap kali Puteri menjeling res ah kepadanya, sangka Hakim itu cuma naluri biasa seorang perempuan yang tinggi m artabatnya seperti Puteri. Perempuan yang bukan jenis Tengku Aida. Rupa-rupanya

semua itu adn makna yang tersirat. Puteri menyimpan sebuah rahsia besar di sanub arinya. "I memang terkejut, Puteri. I tergamam bila you mengaku cinta pada I... tapi you tujuh tahun terlewat, Puteri. Hati I sudah pun bebal akibat luka yang you tingg alkan dulu. Namun perasaan I berbaur, Kadangkala I teruja dan kadangkala I rasa takut terhadap perhatian yang you berikan. Kerana tu I sengaja menyinggung peras aan you. I'm sorry..." bisik Hakim sambil tangannya mengelus lembut pada pelipis Puteri. Sesungguhnya dia menyesal dengan tindakannya menyakiti hati Puteri selama ini. Kesilapan urus niaga sering kali dibebankannya ke bahu Puteri . Dia sentiasa menangkan Tengku Aida walaupun pada hakikatnya Puteri tidak bersa lah. Usul Tengku Aida yang tidak seberapa diterima sedangkan usul Puteri pula se ntiasa dipertikai. Malah dengan tujuan untuk membunuh `tarikan' yang sedang berputik di hati Puteri terhadapnya, Puteri pernah dikerahnya supaya menguruskan bermacam-macam urusan peribadi. Apabila Puteri ditohmah oleh Saloma yang sememangnya sukar untuk dipua skan kehendaknya itu, Hakim hanya berdiam diri. Tiada kata-kata yang keluar dari bibirnya untuk mempertahankan Puteri. Puteri bernasib baik kerana adanya Encik Rashid sebagai penyokong kuat. Lelaki itu sentiasa mempertahankan Puteri dan rel a bertanggungjawab ke atas kesilapan yang ditujukan Hakim kepada Puteri. Memang selama ini tidak ada kata-kata uteri, namun deraan emosi yang pernah ang menimpa Puteri pada hari ini. Dia ila direnung kembali segala kesilapan teri. kesat yang pernah Hakim lemparkan kepada P dilakukannya adalah punca kepada musibah y telah menyebabkan dunia Puteri muram. Apab lalu, ternyata dia hanya layak diludahi Pu

"Siapa kata hati I tak pernah terusik oleh jelingan mata you, Puteri? You are so beautiful, you ada pcrsonaliti dan you isteri I... malangnya I tersepit antara kehendak sendiri dan tanggungjawab terhadap kel uarga..." "I tahu tindakan I menggores perasaan you. I'm so sorry for that. Tapi ada perka ra yang belum selesai antara kita, Puteri. I nak you jawab pertanyaan I: Kenapa setelah you nikah dengan I, you tinggalkan I? Apa salah I, Puteri? Kenapa you bu at perkahwinan kita seolah-olah satu permainan? I terpaksa lepaskan hanyak perka ra di dalam hidup I kerana you. I nak jawapan daripada you, Puteri.... Tujuh tah un bukan sekejap. I dah lama menunggu. It was a long wait.... Buka mata dan beri tahu I, Puteri!" rayu Hakim. Namun yang kedengaran hanyalah suara Trisha Yearwoo d yang berterusan mendayu mendendangkan lagunya sedangkan Puteri tetap juga begi tu. Diam membisu bagai tidak mengendahkan apa jua kata-kata Hakim. Rasa kecewa menyeksa perasaan, Hakim bangun menekan butang off CD player, lalu k ain langsir dilariknya lebar. Matanya merenung hiba ke luar ungkap. Fikiran mene rawang entah ke mana-mana. "Hakim!"

Di dalam suasana yang tiba-tiba berubah hening itu, kedengaran suara seorang wan ita menegur disusuli oleh suara seorang lelaki. "Assalamualaikum!" Tatkala Hakim berpaling untuk menjawab salam, dia agak terpanar apabila mendapat i wajah lelaki yang muncul bersama-sama Datin Zaidah itu bagaikan biasa ditatapn ya suatu ketika dahulu. Malah entah kenapa apabila sahaja bertentang mata dengan lelaki itu, hatinya merasa tidak selesa satu macam. "Waalaikumussalam," balas Hakim. Wajah lelaki itu dipandangnya tepat. Mindanya m enerawang cubit mengingati di mana dan bila mereka pernah bertemu. "Apa khabar, Encik Hakim? Ingat saya, Hanif? Kita pernah jumpa masa saya datang jemput Puteri keluar dulu," ujar Hanif dengan senyuman ramah.

"Oh... Encik Hanif! Ya, saya ingat. I'm fine, thank you." Rupa-rupanya lelaki te rsebutlah yang menjadl `igauan' ngerinya pada sambutan Valentine yang lepas! Hak im masih ingat bagaimana di dalam keadaan memberi `restu' terhadap jalinan perhu bungan di antara Puteri dan Hanif, hatinya membara dengan perasaan yang aneh. Ki ni dalam hati tertanya-tanya bagaimana pula lelaki itu boleh muncul di situ bers ama Datin Zaidah? "Auntie, apa khabar?" tanya Hakim. "Khabar baik, Hakim," jawab Datin Zaidah sambil meletakkan sebuah hamper besar b arangan bayi di atas satu-satunya meja kecil di kamar itu. Lantas segera menuju ke katil Puteri. Ditelitinya keadaan Puteri. Tangannya sibuk mengelus pada rambu t Puteri dengan wajah yang tiba-tiba berubah redup. Kebimbangan jelas terbayang pada wajah keibuannya itu. "Hanif ni sebenarnya anak bongsu auntie. Dia dan Puteri dah kenal lama," sambung Datin Zaidah seketika kemudian. "Puteri, Abang Hanif datang tengok Puteri ni ha," kata Datin Zaidah lembut kepad a Puteri yang terbaring kaku. Hanif segera menghampiri. Melihat keadaan Puteri dan mesin-mesin yang berada di sekelilingnya, seperti ibu nya air muka Hanif segera berubah. Dia terpaku di sisi Puteri. Mendengar dari mulut ibunya dan melihat sendiri keadaan pesakit begitu besar bezanya. Rupa-rupanya ibunya tidak berkata benar tentang ke adaan Puteri. Perasaannya berkata bahawa keadaan Puteri lebih serius. "Puteri... Puteri..." panggil Hanif sambil tangannya menyentuh lembut pada perge langan tangan Puteri. Dia berharap Puteri akan membuka mata dan melemparkan seny

uman manisnya, tetapi terkedu apabila Puteri hanya membatu walaupun nama Puteri dipanggilnya berkali-kali. Kebimbangan kian menguasai ruang hati. Hanif berpalin g kepada ibunya mengharapkan penjelasan. "Umi...?" "Hanif, dah dua minggu Puteri tak sedarkan diri. Umi tak sampai hati nak ceritak an pada Hanif," ujar Datin Zaidah perlahan. Saat itu tersayat rasanya perasaan a pabila melihat perubahan ketara pada air muka anaknya itu. Dia tahu Hanif memang benar-benar sayangkan Puteri. "Puteri koma?" Terpacak matanya memandang wajah ibunya dan Hakim. Sesungguhnya melihat Puteri di dalam keadaan sebegitu, hatinya terasa bagai dire ntap. Dia sebak. Darahnya berderau marah. Buat seketika seluruh tubuhnya terasa bergetar akibat rasa marah yang membuak. Kalau bukan kerana dia telah pun terde ngar keluhan hati Hakim seketika yang lalu, mahu sahaja dibelasahnya lelaki itu kerana mengabaikan Puteri. Tetapi daripada kata-kata Hakim, jelas menunjukkan ba hawa perjalanan kisah hidup mereka sebenarnya begitu rumit. Malah bukan bermula setahun dua yang lalu tetapi sudah pun menjangkau tujuh tahun! Entahlah apa yang sebenarnya terjadi, tetapi nampaknya bukan salah Hakim semata-mata. Menurut apa yang didengarnyn, Puteri dikatakan telah meninggalkan Hakim tanpa sebab munasab ah yang Hakim sendiri tidak tahu hujung pangkalnya. Bermakna Puteri juga bersala h. Mungkin Hakim bersikap sebegitu sebagai balasan ke atas tindakan Puteri pada masa lampau. Ego manusia memang tinggi tahapnya. Lebih-lebih lagi ego lelaki seperti Hakim. "Apa kata doktor?" tanya Hanif. "Apa peluang Puteri, Hakim?" soal Hanif lagi apabila jawapan yang ditunggu tidak juga kunjung tiba. Ibunya mahupun Hakim berdiam diri dengan ekspresi wajah yang hampir serupa. "Sebenarnya, dari segi fizikal, Puteri tak apa-apa. Dari sudut emosi... Puteri h ilang semangat untuk hidup. Dia hanya akan sedar kalau semangat itu `dihidupkan' balik. Semua ni salah saya..." jawab Hakim perlahan. Pada kala itu kekesalan, s edih dan haru tampak berbaur pada wajahnya. Mendengar kata-kata Hakim itu, Hanif mengeluh berat. Dia tertunduk lama cuba men enangkan perasaan. Hatinya gundah. Entah apa yang boleh dilakukannya untuk Puteri. Sesun gguhnya dia ingin melakukan sesuatu. Dia ingin melihat Puteri hidup bahagia, nam un dia tidak berdaya. Selama ini dia sedar dirinya bukan sesiapa yang istimewa d i hati Puteri. Puteri hanya menganggapnya sebagai seorang abang. Kehadirannya ti dak penting. Wajah yang ada di hati Puteri selama ini adalah wajah Hakim, bukann ya dia. Sekiranya benar keadaan Puteri berpunca dari emosi, tiada orang lain melainkan H akim yang mampu membangkitkan semula semangat Puteri yang hilang itu kerana Hakimlah penyebab pada semua itu. Hakim yang menye babkan Puteri kecewa berpanjangan sehinggakan Puteri tidak ingin hidup lagi wala

upun untuk diri sendiri. "Saya cuma berharap kali ni awak ikhlas, Hakim," ujar Hanif sambil merenung tepa t pada anak mata Hakim. Apa yang bakal diluahkannya itu adalah demi kebaikan Put eri dan semua itu datang dari hati yang tulus ikhlas. Kini dia tidak gentar. "Terus terang saya katakan yang saya sayangkan Puteri. Saya sanggup terima dia w alau dalam apa jua situasi. Anak dia akan saya anggap macam anak saya sendiri. Tapi dia hanya cintakan awak seorang, walaupun saya beritahu dia bahawa saya rela tunggu sejuta tahun, hatinya tak pe rnah terbuka untuk menerima saya. Jadi awak mesti ikhlas terima dia. Jangan buat semua ni semata-mata kerana rasa bersalah. Jangan sampai `bangunkan' dia kemudian tinggalkan dia. Jangan berlaku sebegitu kejam pada Puteri..." sambung Hanif lagi. Dalam pada itu suaranya kedengaran berubah dan matanya mula tampak berkaca-kaca. Melihat keadaan itu, Datin Zaidah segera menyentuh lembut pada bahu anak bongsun ya itu. "Hanif... bawa bersabar. Umi rasa Hakim dah lama sedar," kata Datin Zaidah memuj uk. Matanya merenung penuh mengharap kepada Hakim. Sekiranya Hakim bersungguh, t iada niat langsung di hatinya untuk memisahkan dua jiwa yang saling sayang menya yangi. Lebih-lebih lagi setelah kelahiran Cahaya. Dia bukannya berhati batu sepe rti Dato' Salihin yang sanggup berbuat apa sahaja demi kepentingan diri dan empa yarnya. Sebelum terdengar keluhan hati Hakim dua puluh minit yang lalu, dia pernah nekad untuk bersemuka dengan pemuda itu secara serius. Tiada lagi belas kasihan. Dia mahu Hakim membuat keputusan segera berkenaan Puteri. Lebih-lebih lagi setelah m endengar pengakuan Hanif bahawa dia sanggup menerima Puteri walaupun setelah Put eri melahirkan seorang cahaya mata. Datin Zaidah bersedia untuk menerima bayi perempuan Puteri ke dalam keluarganya seperti cucu sendiri. Mereka sekeluarga akan menjaga anak-beranak itu seadanya. Namun setelah mengetahui sed ikit kebenaran tentang salasilah pernikahan Hakim dan Puteri, dia tidak sampai h ati. Walaupun hakikatnya cerita sebenar belum jelas, tetapi nampaknya semua itu bukan salah Hakim seorang. Lagipun melihat pada air muka Hakim, jelas menunjukka n kesengsaraan yang dialaminya. Hakim menderita. Walaupun pakaian Hakim kelihata n bergaya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, namun semua itu tidak mampu melindungi wajahnyu yang sugul dan tampak kian cengkung itu. Khabarnyu pemuda it u sudah pun hampir berkampung di bilik itu menunggu di sisi Puteri. Lebih kurang tujuh tahun yang lalu, ketika Puteri datang meminta bantuannya untu k melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia tidak pernah mengesyaki hahawa ada s esuatu yang tidak kena. Semuanya nampak baik. Rupa-rupanya Puteri sebenarnya cub

a melarikan diri daripada satu masalah. Agaknya waktu itulah Puteri meninggalkan Hakim dan perkahwinan mereka. Datin Zaidah percaya, sekiranya cinta di antara kedua-duanya tulus ikhlas, merek a pasti mampu menyelesaikan masalah itu sendirian tanpa melibatkan orang ketiga. Hanya masa yang menentukan segalanya. Hakim dan Puteri harus diberikan peluang untuk memperbaiki kesilapan masing-masing. "Tolong bangunkan Puteri...." Selepas menyampaikan permintaannya, Hanif segera beredar meninggalkan kamar itu. Walaupun dia tiada hak ke atas Puteri, namun melihat orang yang disayangi terla ntar kaku, cukup memilukan. Dia takut sekiranya berlama-lama dia tidak lagi mamp u mengawal emosi. "Anak awak dah dibawa balik? Siapa yang jaga?" soal Datin Zaidah tidak berapa la ma kemudian setelah Hanif berlalu. Walaupun dia sebenarnya telah dikhabarkan oleh Nanu tentang segala apa yang terj adi, tetapi apabila melihat Hakim hanya duduk membungkam memerhatikan Puteri, di a merasa serba tidak kena. Bimbang. Di dalam kesedihan itu, Hakim harus sentiasa diingatkan agar tidak mengabaikan kesejahteraan anak perempuan mereka. Anak kec il itu memerlukan belaian kasih sayang. "Ada di kondominium saya. Kak Leha dan seorang jururawat yang jaga." "Dalam keadaan Puteri macam ni, jangan lupa yang awak ada anak, Hakim. Awak perl u curahkan kasih sayang pada dia secukupnya. Selalu luangkan masa untuk Cahaya," nasihat Datin Zaidah. "Saya tahu, auntie. Saya akan cuba lakukan yung terbaik untuk Cahaya. Dia zuriat saya dan Puteri. Amanah Puteri." "Baguslah. Kalau Hakim perlukan bantuan auntie, janganlah segan bertanya. Puteri ... auntie dah anggup macam anak auntie sendiri. Sejak kecil dia paling rapat de ngan auntie," cerita Datin Zaidah. "Puteri dan Hanif dah kenal sejak kecil. T api mereka tu tak rapat sangat sebab Hanif takut pada Puteri yang lasak lebih da ripada dia. Auntie harap janganlah Hakim amhil hati dengan kata-kata Hanif tadi. Lagipun apa yang dikatakannya itu ada juga benarnya. Pokoknya, auntie dan Hanif cuma harapkan kesejahteraan hidup Puteri," sambung Datin Zaidah cuba menyenangk an hati Hakim.

Dalam soal hati, pasti ada sedikit rasa tergores sekiranya mengetahui bahawa bun ga di dalan genggaman rupa-rupanya dipuja sang kumbang lain. Melihat pada air mu ka Hakim tatkala mendengar luahan hati Hanif, Datin Zaidah sudah pun memahami. S etenang-tenang penampilan Hakim, itu semua sekadar luaran. Mendengar kata-kata Datin Zaidah, Hakim sekadar tersenyum pahit. Tiada sepatah p un kata-kata yang keluar dari bibirnya untuk menyambut kata-kata nasihat daripad

a Datin Zaidah itu. Dia tidak mampu berbohong bahawa hati langsung tidak berkoca k resah ketika bertentang mata dengan Hanif, lebih-lebih lagi tatkala lelaki itu menyampaikan kata-kata yang menyentuh perasaan itu. Perasaannya terusik api cem buru yang tiba-tiba sahaja marak menyala. Namun begitu dia kagum dengan kesunggu han dan keikhlasan Hanif. Sesungguhnya tiada kelebihan pada dirinya yang boleh m enandingi Hanif. Ketulusan cinta Hanif membuatkan cintanya tampak begitu kerdil di mata orang. Namun ikatan dan cinta di hati membuatkan Hakim mementingkan diri. Dia tidak rel a melepaskan Puteri ke tangan lelaki itu walaupun sejuta suara mengatakan bahawa itu semua demi kepentingan Puteri. Sesekali tidak melainkan atas kehendak Puter i sendiri. Sungguh Hakim menyesal pada kala Puteri masih punya kudrat, tiada ucapan cinta yang pernah diungkapkannya untuk Puteri. Kini tubuh y ang terlantar kaku dan sepi itu tidak lagi berpaling walaupun demi meredakan tan gisan anak sendiri. Puteri telah tidur dan entah bila akan terjaga. Mencapai jari-jemari Puteri, dia merapatkan bibirnya memberikan kucupan hangat s umbil hati membisikkan kata-kata cinta. Semua itu dilakukannya tanpa segan-silu di hadapan Datin Zaidah. BAB TIGA PULUH TIGA (33) "APA nak jadi dengan kau, Hakim?" Hakim masih mamai tatkala diserbu dengun soalan daripada Dato' Salihin. Baru sej am dia berpeluang melelapkan mata selepas mendodoikan Cahaya yang merengek pada malam itu. Kepalanya terasa agak berat dan berdenyut-denyut akibat kekurangan ti dur sejak kebelakangan itu. Melihat wajah gusar ayahnya, mindanya terasa kian be rserabut. "Abah, dah pukul satu pagi ni," tegur Hakim pada Dato' Salihin yang muncul tidak kena pada masanya. Meraup mukanya, dia memberi laluan kepada Dato' Salihin. Hakim memang sudah menduga bahawa suatu hari nanti ayahnya pasti datang bersemuk a dengannya. Dato' Salihin memang tidak boleh bertolak ansur dalam soal yang mel ibatkan silaturahim di antara keluarga mereka dengan Haji Wan Noor. Agaknya suda h berbuih mulut orang tua itu memujuk Haji Wan Noor tetapi tidak juga menjadi. "Abah datang siang hari kau tak ada. Abah called berpuluh kali tapi kau tak jawa b-jawab! What's going on?" tingkah Dato' Salihin. Matanya bersinar merenung muka Hakim. Marah. "Hah, dah berapa hari kau tak bercermin? Muka kau tu. Hei..!!" tegur Dato' Salih in lagi. Dia jelik dengan penampilan Hakim.

Rupa Hakim tampak tidak terurus. Tidak ubah macam lelaki yang tengah runsing dik ejar ceti. Tidak pernah seumur hidupnya dia melihat anak jantannya itu di dalam keadaan sebegitu selekeh. Entah apa yang sedang berlaku sehinggakan bermacam-mac am masalah datang melanda. Sudahlah Hakim mengabaikan lugas-tugas pejabat, hubun gannya dengan Zureen juga akhirnya bertitik noktah.

Hancur musnah harapan Dato' Salihin selama ini apabila mendengar berita daripada mulut Haji Wan Noor beberapa hari yang lalu. Kecewa! Puas dipujuk rakannya itu agar mempertimbangkan semula dan memujuk Zureen supaya mengubah fikiran, tetapi Haji Wan Noor lebih banyak menggeleng dengan wajah sugul seolah-olah tiada lagi harapan. Memang agak pelik apabila Haji Wan Noor tiba-tiba sahaja mengambil kepu tusan untuk menghantar anak tunggal perempuannya itu ke luar negara sedangkan se lama ini lelaki itu bimbang walaupun untuk membiarkan anak gadisnya itu melangka h ke rumah jiran sebelah. Zureen sentiasa ditatangnya bagai minyak yang penuh. M alah Haji Wan Noor beria-ia benar untuk menyatukan keluarga mereka. Secara tidak rasmi mereka bagaikan sudah berbesan cuma cincin sahaja yang belum rasmi bertuk ar. "Cuba kau cakap dengan abah apa yang dah berlaku sampai business pun tak terjaga . Kau asyik lesap dan panggilan tak berjawab! Minggu lepas Haji Wan Noor tiba-tiba aja kata pertunangan kau dengan Z ureen dibatalkan! Apa kau dah buat, Hakim?" Kini berapi pertanyaan Dato' Salihin . Bertalu-talu. Dia tidak berpuas hati dengan penjelasan Haji Wan Noor. Penolakan itu pasti berp unca daripada Hakim yang selama ini sememangnya suka berdolak dalik kalau meliba tkan soal pertunangannya dengan Zureen. Sejak dahulu Hakim suka berlengah-lengah memanjang. Ada-ada sahaja alasannya untuk menunda majlis. "Zureen ada hak untuk menolak, abah," jawah Hakim tenang. "Kalau selama ni dah suka, takkan tiba-tiba aja menolak melainkan kau dah buat s alah! What the hell have you done?" "Saya tak buat salah..." jawab Hakim perlahan. Dia melabuhkan punggung ke sofa k emudian menyandar lesu. Rimas betul dengan tuduhan ayahnya itu. Entah bagaimana reaksi orang tua itu sekiranya diberitahu bahawa isteri kesayangannya disyaki se bagai dalang yang memusnahkan hidup menantu pilihannya, Zureen. Roselah yang seb enarnya memusnahkan impian Dato' Salihin, bukan Hakim. Tetapi Hakim juga yang di persalahkan. "Kau jangan nak berdalih! Gadis macam Zureen takkan menolak tak tentu pasal. Aba h dengar sendiri Zureen mengaku dia sukakan kau!" tingkah Dato' Salihin. Dia mas ih tidak percaya. "Abah, perasaan manusia boleh berubah mengikut peredaran masa. Kami berpisah den gan cara baik dan tetap berkawan. Mungkin dia rasa dia masih terlalu muda untuk berumah tangga. Dia nak sambung belajar ke luar negara dan saya rasa tu adalah keputusan terbaik yang pernah dibuat oleh Zureen," balas Hakim. Biar apa pun yang bakal terjadi, dia tidak akan sesekali menceritakan peristiwa hitam yang terjadi ke diri Zureen kepada Dato' Salihin. Tidak mungkin dia mencem arkan maruah Zureen, ayahnya ataupun sesiapa sahaja di muka bumi ini. Zureen tid ak bersalah dan tidak wajar sekiranya nama gadis itu dijaja di seluruh pelosok d

unia kerana kejadian itu.

Apabila Zureen memberitahu bahawa dia ingin menyambung pelajaran di dalam bidang grafik di luar negara, Hakim memberikan sokongan penuh. Semua itu baik untuk ma sa depan Zureen. Tambahan pula Zureen perlu memulakan hidup baru dan langkah per tama ialah dengan mengubah senario di sekelilingnya. Negara asing yang indah sep erti Kanada tentu sekali sesuai untuk Zureen memadamkan nama Azry serta ink hita m yang berpalit di dalam kehidupannya. Apa yang Hakim harapkan hanyalah kesejaht eraan di dalam hidup Zureen. Melihat bibir Zureen mula mengukir senyuman sejak a khir-akhir itu, hatinya mcrasa agak lapang. Walaupun sedikit rasa bersalah berde tik di hati kerana tidak lagi mampu meluangkan masa bagi menguruskan kes Zureen, namun hatinya lega kerana gadis itu nampaknya sudah mampu menghadapi kenyataan. "Pandai kau cakap! Abah tak kira tapi abah nak kau pujuk Zureen sampai dia ubah fikiran! Dia adalah calon isteri terbaik untuk kau, Hakim! Jangan jadi hodoh! Ka u ni jenis businessman yang macam mana, Hakim?" kata Dato' Salihin. Dia tetap be rkeras. Mukanya kian berubah merah. Bulat matanya merenung Hakim yang bersikap e ndah tak endah itu. Sakit betul hatinya setiap kali Hakim bersikap begitu. Dia t erasa seolah-olah diri ditertawakan dan tidak dihormati. "Saya cuma bersikap toleransi dan open-minded. Wang bukan segala-galanya. Saya t akkan paksa orang supaya terima saya, abah. Bagi saya keputusan Zureen adalah ke putusan yang terbaik. Dia ada hak memilih calon suami sendiri. Ini zaman Demokra si. Tak ada lagi paksa memaksa. Kenapa abah bersikap macam ni? Kenapa selalu nak menang? You are an educated person" bidas Hakim. Dia cuba bertenang menghadapi kerenah ayahnya yang kurang munasabah itu. Kalaulah mulut yang sedang bersyarah, di hadapannya itu adalah mulut Syed Awang, sudah lama dilibasnya. Tetapi lelaki yang sedang bersyarah di hadapannya itu adalah ayahnya. Mahu membidas sekalipun kena berpada-pada. "Abah kata abah nak kau pujuk dia, Hakim! Pujuk Zureen sampai dapat!" Tinggi nad a suara Dalo' Salihin seperti memerintah. Hatinya cukup geram apabila mendengar bantahan Hakim itu. Putusnya hubungan di antara Hakim dan Zureen baginya tidak u bah macam kehilangan stok saham berjuta-juta ringgit nilainya. Macam jatuh terdu duk! Dia tidak sanggup kehilangan semua itu. "Buat kali terakhir saya katakan bahawa Zureen ada hak untuk menentukan arah hid up sendiri, begitu juga dengan saya, abah!" tegas Hakim lagi. Dia mengeluh berat . Kepala yang tidak gatal digaru. Dia tidak tahu macam mana mahu membuatkan lela ki tua di hadapannya itu faham akan hak asasi manusia. Dato' Salihin tidak perna h mahu memahami. "Kalau macam tu, jangan lagi kau panggil aku abah!! Pergi tentukan hidup kau sen diri!" Berang Dato' Salihin sudah tidak terkawal. Suaranya bergema lantang di se luruh ceruk ruang kondominium itu. Tidak semena-mena suara tangisan Cahaya juga kedengaran lantang dan mersik. Agak nya bayi itu terbangun dek dikejutkan oleh suara Dato' Salihin. Terpaku Dato Salihin seketika. Mulutnya yang sekejap tadi sibuk membebel marah k

ini tertutup rapat. Dia tampak terkejut bagaikan baru sahaja mendengar suara makhluk asing. Ayah dan anak saling berpandangan. "Apa tu?" Berkerut dahi Dato' Salihin tatkala mencari-cari arah datangnya suara itu. Suara tangisan kian lantang dan dahi lelaki tua itu juga semakin berkerut. Dia memandang penuh curiga kepada Hakim. Langkahnya kian pantas menuju arah data ngnya suara tangisan tersebut. "Abah! Tunggu!" Ketenangan Hakim berkocak. Dia mula menggelabah apabila langkah Dato' Salihin ki an diayun pantas menuju ke kamar bayi yang sememangnya terbuka lebar. Jantungnya berdegup kencang. Sungguh dia tidak menyangka bahawa rahsia yang disimpan rapi salama ini bakal terbongkar jua pada pagi itu. Terlopong Dato' Salihin apabila bertembung dengan seorang wanita separuh baya ya ng sedang sibuk mendodoi sambil menyusukan seorang bayi kecil yang baru reda tan gisannya itu. Dia terpempan. Bermacam-macam kesimpulan singgah di kepala dan sem uanya mencemaskan. Tiba-tiba darah panasnya terasa membuak ke kepala. "Abah! Saya..." Hakim kehilangan kata-kata apabila melihat wajah pucat ayahnya y ang sedang terpaku memandang Kak Leha dan Cahaya. Suasana jadi hening. Tiada ses iapa pun yang bersuara. Sebagaimana terkejutnya Dati' Salihin, Kakak leha juga terlopong. Di dalam keada an cemas itu, Cahaya segera dirapatkan ke pangkuannya. "Perempuan tu siapa? Bayi tu anak siapa? tanya Dato' Salihin gawat. Matanya terj ojol merenung tajam pada bayi di pangkuan Kakak Leha. "Jangan cakap yang kau dah mula jadikan rumah ni pusat kebajikan, Hakim. Abah ta kkan percaya! Kau memang dah melampau!" tengking Dato' Salihin apabila Hakim han ya memandang tanpa bersuara. Rupa Hakim jelas mencerminkan rupa orang bersalah! "Patutlah Zureen tak nakkan kau! Kau dah buat dajal rupanya. Siapa ibu pada anak haram ni?" tanya Dato' Salihin sambil jari telunjuknya tidak henti-henti menudi ng ke arah Hakim. "Abah, Cahaya bukannya anak haram. Dia anak saya yang sah," jelas Hakim. Dia cub a memujuk ayahnya. Malangnya kelantangan suara ayahnya tidak pernah berkurang. "Anak kau? Anak kau dengan perempuan jalang mana? Siapa yang benarkan kau nikah? Aku ni siapa?" marah Dato' Salihin. Suara dan tubunya terasa bergetar akibat ap i amarah yang amat. Sungguh dia geram. Dia sakit hati dengan tindakan Hakim. Sungguh berani Hakim be rkahwin dengan entah dengan perempuan mana tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Kalau bukan kerana secara kebetulan, agaknya sampai bercucu-cicit pun dia takka n tahu tentang pernikahan Hakim. "Cuba tunjukkan aku perempuan mana yang kau dah nikah! Berani betul kau!" Saat i tu Dato' Salihin tidak lagi mampu duduk diam. Lagaknya bagaikan ibu ayam hendak bertelur. Tidak sabar rasanya hendak bersemuka dengan perempuan yang merampas Ha kim dalam dian itu. Mahu diberikannya sedikit khutbah biar perempuan itu sedar d iri. "Abah, dia isteri yang saya nikah secara sah. Abah tolonglah bertenang. Saya.... " "Siapa dia Hakim? Abah nak tengok siapa perempuan yang kau nikah secara sah tu!! Cakap!" merenung tepat pada wajah ayahnya, Hakim menghela dan melepaskan nafas panjang. Sesungguhnya dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara itu selama-lamanya dari

pada pengetahuan ahli keluarganya. Dia cuma menunggu masa yang sesuai untuk bert erus-terang. "Puteri." "Puteri? Puteri mana? Puteri yang kerja dengan kau tu?" soal Dato' Salihin ingin kan kepastian. Terbeliak matanya merenung Hakim. Sekiranya benar tekaannya, sung guh dia tidak berpuas hati. Dia tidak berkenaan! "Ya, abah. Puteri yang kerja dengan saya," akui Hakim. Mendengar jawapan Hakim itu, Dato' Salihin terasa seperti mahu rebah. Lemah selu ruh anggotanya. Sungguh dia kecewa dengan pilihan Hakim. Walaupun perempuan itu mempunyai paras rupa yang cantik jelita dan cukup berbudi bahasa, namun setahuny a perempuan itu tidak tahu asal keturunan sendiri. Puteri yang dinikahi Hakim it u sebenarnya entah anak yang dipungut dari mana! Dia tidak inginkan seorang pere mpuan yang tidak ada akar umbi sebagai menantu di dalam rumahnya! Hakim bukan sa haja telah menconteng arang ke mukanya malah merendahkan martabat diri sendiri. "Apa? Kau nikah dengan perempuan yang tak tahu asal usulnya tu? Oh my God! Di ma na aku nak letak muka aku ni?" tingkah Dato' Salihin sambil merengus geram. Rasa seperti mahu sahaja diayun tangannya ke muka Hakim sekuat tenaga. Kini Hakim be rani bertindak melampau batas dan menderhaka kerana sejak kecil tidak pernah dit angannya. Tetapi setakat itu Dato' Salihin masih lagi mampu bersabar. "Puteri tak bersalah, abah. Yang bersalah ialah orang yang menyebabkan dia lahir ke dunia ni. Kenapa abah nak menghukum dia? She is innocent and I love her! Aba h sendiri nikah dengan Rose yang juga tak tahu asal usulnya. Rose yang sebelum n i hidup bergelumang dengan entah..." "Kau diam, Hakim! Jangan nak samakan perempuan tu dengan Rose! Kau jangan harap nak..." Tidak mampu nak mengawal kemarahannya akibat daripada bidasan Hakim itu, Dato' Salihin segera melangkah pergi. Daun pintu utama kedengaran diayun kuat. Tangisan Cahaya bermula nyaring dan segera dilayani oleh Kakak Leha. Hakim pula terjelepok ke sofa, termangu panjang. Sikapnya ayahnya itu membuatkan air mata j antannya menitis. Sesungguhnya dia tidak pernah mengharapkan persengketaan sebegitu dengan ayahnya . Buat sekian lama dia cuba mengelak daripada bertikam lidah. Tetapi sampai bila dia harus membiarkan orang tua itu mengawal kehidupannya serta menghina asal us ul Puteri sedangkan kesejahteraan Puteri terletak di bahu dia sebagai suami. "Sudahlah tu, Encik Hakim. Bersabar ajalah. Mula-mula memanglah macam tu, tapi l ama-kelamaan Dato' mesti dapat terima semua ni," nasihat Kakak Leha apabila meli hat Hakim termenung hiba setelah berperang mulut dengan Dato' Salihin. "Saya mengaku saya juga bersalah dalam perkara ni, tapi abah tak sepatutnya meng hina Puteri dan Cahaya begitu. Saya tak pernah berniat untuk berbalah dengan abah, tapi sikap abah tu... tak boleh saya terima. " "Sabarlah. Berdoalah ke hadrat Ilahi agar terangkan mata dan hati Dato'..." BAB TIGA PULUH EMPAT (34) RIMAS Hakim apabila saban hari asyik dihujani panggilan telefon daripada kakak-k akaknya. Saloma dan Sharifah kecoh bertanya. Begitu juga dengan Rose. Semuanya s ibuk ingin tahu akan kesahihan berita mengejut yang dibawa oleh Dato' Salihin. Hakim berterus terang. Dia memberi pengakuan tanpa segan silu, namun apa yang di a dapat hanyalah kata-kata yang memedihkan hati dan telinga. Tiada walau sedikit pun kata-kata sokongan daripada kakak-kakaknya. Semuanya memandang tinggi renda hnya darjat seseorang sedangkan siapalah mereka untuk menidakkan ketentuan Ilahi ? Malah tekanan tiba-tiba sahaja datang dalam pelbagai rupa. Hakim jadi celaru. Su ngguh hatinya tergores. Kadang-kadang terasa seperti mahu sahaja dia meraung sek uat hati melepaskan sesak di dada. Hanya wajah comel Cahaya sahaja yang menjadi penawar segala duka di hati. Tidak cukup dengan sekadar ahli keluarganya sahaja yang menyibuk, kini Encik Ras

hid pun mahu ikut sama kecoh bertanya khabar. Katanya Dato' Salihin datang berse muka dengannya secara mengejut. Lelaki tua itu cuba merisik sekiranya Encik Rash id mengetahui apa-apa tentang hubungan sulit di antara Puteri dan Hakim. Demi Pu teri, Encik Rashid mendesak untuk mendapatkan kebenaran daripada mulut Hakim sen diri. Kerana rasa hormatnya kepada Encik Rashid, akhirnya Hakim memaksa diri melangkah meninggalkan katil hospital Puteri menuju ke pejabatnya. Lagipun, dia masih ada urusan penting yang sudahpun tertangguh selama berminggu-minggu lamanya. Kes Zu reen juga memerlukan perhatian. Kerana bimbangkan kesihatan Puteri, sudah berkal i-kali dia terpaksa menangguhkan janji temunya dengan Raj sedangkan identiti pet ualang yang mencemarkan maruah Zureen belum lagi disahkan. Adalah tidak adil unt uk berterusan mengesyaki dan menyimpan rasa meluat terhadap Rose tanpa adanya bu kti yang kukuh. "Encik Rashid..." panggil Hakim setelah mengetuk daun pintu pejabat Encik Rashid beberapa kali. Walaupun hari masih muda, lelaki tua itu sudah pun kelihatan aga k sibuk. Dengan ketiadaannya, Hakim memahami bahawa memang banyak kerja yang per lu diuruskan oleh Encik Rashid. Banyak yang telah dibebankannya ke bahu orang tu a itu. Walaupun Encik Rashid sentiasa sahaja membuat kritikan pedas terhadapnya, namun Hakim amat bersyukur dengan kewujudan lelaki tua itu di dalam hidupnya. "Oh ya, Hakim! Masuklah," pelawa Encik Rashid mesra. Air muka Hakim yang mengund ang rasa simpati sejak akhir-akhir itu membuat dia sentiasa berhati-hati. Takut hati yang sudah pun terluka kian berdarah. Dia sememangnya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena pada Hakim, tetapi dia tidak pernah pula menyangka ia seserius itu. Dato' Salihin pul a sampai tidak betah duduk bagaikan tumbuh bisul di buntut dek marahkan Hakim. M arahnya bukan sebarang marah. Matanya sampai terjegil! "Terima kasih kerana sudi datang, Hakim," ujar Encik Rashid sebaik sahaja memast ikan daun pintu ditutup rapat dan Hakim pula sudah pun melabuhkan punggung ke ke rusi. Matanya tidak lepas dari memerhatikan gerak-geri Hakim. Semakin ditenung h atinya semakin diserang rasa gundah, simpati dan runsing yang berbaur. Entah apa lah nak jadi pada Hakim. Semakin hari semakin layu. "Saya ni bukannya apa. Kalau boleh tak nak menyibuk, Hakim. Saya tahu awak boleh uruskan perkara-perkara macam ni. It's your life. Tapi melihat keadaan awak akh ir-akhir ni, macam tak kena pula. Lebih-lebih lagi apabila Dato' melibatkan nama Puteri," kata Encik Rashid bermukadimah. Dia merenung agak lama pada muka Hakim sebelum memulakan kata-kata seterusnya. "Betulkah kata-kata Dato' bahawa Puteri telah pun melahirkan seorang bayi hasil hubungan sulit awak berdua?" tanya Encik Rashid, serius namun penuh berhati-hati . Ketika bersoal jawab dengan Dato' Salihin tempoh hari berkenaan perkara terseb ut. dia sememangnya amat terkejut atas tuduhan ayah Hakim itu. Biasanya lelaki y ang sentiasa dipersalahkan di dalam perkara seumpama itu, tetapi Puteri pula leb ih banyak dipersalahkan daripada Hakim. Ternyata lelaki itu tidak berkenan pada Puteri. Kedudukan Puteri diletakkan di tempat yang begitu rendah. Tetapi cerita yang didengarnya dari mulut Dato' Salihin itu agak kabur. Dia tida k berpuas hati. Selagi tidak mendnegar cerita yang sebenar, hatinya tidak tenang . Dia asyik runsing memikirkan tentang Puteri. Kebenaran harus diraihnya daripad a Hakim sendiri. Dia perlu tahu apakah sebenarnya yang telah terjadi. Betulkah s eorang bayi telah dilahirkan? Sekiranya bayi yang dilahirkan oleh Puteri kini di dalam jagaan Hakim, bagaimana pula dengan Puteri? Di manakah Puteri? Mendengar soalan yang baru keluar dari bibir Encik Rashid itu, Hakim bingkas ban gun. Telinganya berdesing. Darahnya tersirap. Dia melangkah pantas ke tingkap. M embatu geram. Sampai hati ayahnya menggunakan perkataan hubungan sulit untuk men ggambarkan perhubungannya dengan Puteri! Sampai bila orang tua itu mahu menidakk an pernikahan mereka? Sampai bila mahu melabelkan Cahaya sebagai anak haram? Sun gguh telinganya tidak tertahan lagi mendengar nama Puteri dihina dan dikeji seti ap hari sedangkan Puteri terlantar tidak mampu mempertahankan diri. "Hakim, bertenang. Saya tak berniat untuk naikkan kemarahan awak. Sebenarnya say a nak tahu cerita sebenar. Kalau betul tuduhan Dato' tu, perkara ni perlu disele saikan segera. Kalau tak betul atau Dato' terlalu mengikutkan nafsu marahnya, ki

ta kena jelaskan kedudukan sebenar. Ini semua untuk kebaikan awak juga, Hakim," nasih Encik Rashid sambil tangannya menyentuh perlahan pada bahu Hakim. Melihat keadaan Hakim yang tiba-tiba sahaja begitu tegang, dia naik resah. Hakim yang du lu memang susah untuk naik amuk, tetapi Hakim di hadapannya kini bukan lagi Haki m yang dulu. Di dalam masa beberapa minggu itu, Hakim ketara berubah. "Demi Puteri, saya nak dengar cerita yang sebenar. Benarkah kata-kata Dato' tu?" "Tak benar! Ayah saya memang dah melampau!" jawab Hakim. Dia merenung tepat pada anak mata Encik Rashid. Dia tidak gentar untuk menyatakan kebenaran di hadapan orang tua itu. Encik Rashid tidak akan gabra tidak tentu fasal sebagaimana Dato' Salihin. Bahang kemarahan ayahnya itu masih membara sehingga ke hari itu. Te tapi baru sahaja Encik Rashid menarik nafas lega, kata-kata Hakim seterusnya me mbuatkan nafasnya terhenti seketika. terlopong dan terkebil-kebil dia mendengar kenyataan Hakim itu. "Memang Cahaya baru saja dilahirkan beberapa minggu yang lalu, tapi Puteri adala h isteri saya yang sah sejak tujuh tahun yang lalu! Kami dah lama nikah. Dia ist eri saya," tegas Hakim lagi. "Isteri?" Terkedu Encik Rashid, bagaikan tidak percaya. Dia terduduk lalu termen ung mamai pada Hakim. Rupa-rupanya selama ini Hakim dan Puteri adalah suami iste ri? Kenyataan itu memang pelik untuk diterima akal Encik Rashid memandangkan ham pir dua tahun bekerja di bawah satu bumbung, Hakim dan Puteri tidak sedikit pun berlagak seperti pasangan suami isteri. Cara Hakim bercakap seolah-olah Puteri o rang asing, bukannya isteri. Malah Hakim sentiasa melebihkan Tengku Aida daripad a Puteri. Puteri pula sentiasa berjeruk perasaan kerana tindakan Hakim itu. "Dah nikah tujuh tahun? Maaf, saya tak beberapa faham. Kalau dah nikah, habis bu at apa awak berlagak macam tak ada apa-apa selama ni? Macam tak kenal! Buat apa awak melayan Puteri macam..." soal Encik Rashid. Berkerut dahinya bingung dengan penjelasan Hakim itu. Pernah satu ketika Puteri hampir-hampir menitiskan air ma ta di hadapan Encik Rashid kerana digertak oleh Hakim hanya kerana terlewat memb uat temu janji dengan seorang pelanggan. Semakin lama bersama, semakin tegas sik ap Hakim terhadap Puteri. Macam orang yang tidak puas-puas sengaja mencari fasal . Ketika itu Encik Rashid hanya memerhati. "Masa tu saya memang tak kenal dia. Cuma beberapa bulan kebelakangan ni, saya ba ru sedar yang Puteri adalah perempuan sama yang saya nikah tujuh yang lalu. Tapi Puteri pula sememangnya dah cam saya sejak dari awal," jelas Hakim lagi. Pada k ala itu segala peristiwa yang dilaluinya bersama Puteri dahulu dan kini terimbas kembali di ruang mata. "Panjang, Encik Rashid. Entahlah siapa yang bersalah sebenarnya..." sambung Haki m dengan rupa kesal. "Jadi, Dato' tak pernah tahu tentang pernikahan awak?" "Tidak. Ayah saya memang tak tahu. la menjadi rahsia hidup saya sehinggalah kela hiran Cahaya." "Hidup awak ni memang complicated, Hakim. Hanya awak berdua yang faham. Apa pula rancangan masa depan awak?" tanya Encik Rashid. "Puteri di mana sekarang? Dia tinggal dengan awak?" tanya Encik Rashid lagi apab ila soalannya tidak dijawab. Hakim menggeleng. Air mukanya berubah. Terbayangkan keadaan Puteri yang terlanta r tidak berdaya, hatinya terasa hiba. Rasa bersalah menekan perasaan. "Jadi dia di mana? Saya dah naik rindu. Kempunan pula nak berbual-bual dengan Pu

teri. Dah lama benar tak jumpa," ujar Encik Rashid. Tidak ubah macam seorang aya h yang kempunan untuk bertemu dengan anak kesayangan yang sudah lama berpisah. "Alangkah baik kalau abah macam Encik Rashid..." kata Hakim perlahan. Kalau buka n yang mampu membangkitkan Puteri dari komanya, entah siapa lagi yang mampu. Mun gkinkah Encik Rashid? Pendek kata apa jua sokongan moral adalah penting untuk me nyembuhkan Puteri. "Puteri sekarang ni... dalam keadaan koma," ujar Hakim setelah merenung agak lam a pada wajah lelaki tua di hadapannya itu. Pada mulanya dia keberatan untuk meng ejutkan Encik Rashid dengan berita buruk itu, tetapi Encik Rashid berhak tahu te ntang nasib Puteri. Kalau Datin Zaidah bagaikan ibu, Encik Rashid pula bagaikan ayah kepada Puteri. "Puteri koma? Tak sedarkan diri?" Terkejut besar Encik Rashid mendengar berita i tu. Membuntang matanya merenung wajah Hakim. "Dah hampir sebulan dia tak sedarkan diri," tambah Hakim. "Ya Allah!! Apa dah jadi sebenarnya, Hakim? Macam mana boleh sampai jadi macam n i?" "Dia hilang semangat untuk hidup," cerita Hakim, lalu sekali lagi mengalih panda ngannya ke luar tingkap. Setiap kali bercerita tentang semua itu, dia merasa ama t tertekan. Rasa bersalah kian mencucuk-cucuk dalam ke dasar hati. "Hilang semangat?" " Tempoh mengandung dilaluinya sendirian. Saya dapat tahu bahawa dia terlantar tenat cuma secara kebetulan. Itu pun setelah an ak saya lahir," sambung Hakim dengan suara penuh sebak. Air mata serasa mahu iur uh. "Salah saya. Saya berdosa pada Puteri dan anak kami, Cahaya. Saya junjung ego sa ya dan tolak cinta Puteri. Dia hamil dan terpinggir.... So depressed she didn't want to live any longer.... It was my fault. Macam-macam pakar dah saya panggil, tapi dia tetap juga begitu. Saya dah tak tahu apa nak buat." "Astaghfirullahalazim... Puteri!" keluh Encik Rashid. Selepas itu tiada lagi kat a-kata yang keluar dari mulutnya. Agak lama juga Encik Rashid termangu meratap n asib malang Puteri. "Tolonglah saya Encik Rashid!" rayu Hakim tiba-tiba. "Tabahkanlah hati, Hakim. Ini semua dugaan Tuhan. Kita kena terima dengan reda. Sabarlah...."

KEMBALI ke bilik pejabatnya, Hakim termenung panjang. Dokumen-dokumen yang baru dibentangkan untuk perhatiannya oleh Sharlene direnungnya tanpa apa-apa tindakan . Gelisah, hati dan fikirannya sendat dengan perihal Puteri sehinggakan apa jua se kalipun tidak lagi menarik perhatian. Begitu juga dengan sampul perang bercap su lit dan persendirian yang baru diterimanya daripada Raj pada pagi itu. Namun dia terpaksa bertindak. Tidak boleh lagi berlengah. Ada tanggungjawab yang perlu diselesaikannya untuk Zureen. Menarik laci pada meja sisinya, pandangan Hakim segera jatuh pada sampul perang tersebut. Saat itu wajah Rose segera muncul di ruang mata. Setiap kali memikirka n tentang perkara itu, jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Sungguh hatinya r esah dan berbelah bahagi. Sekiranya sudah terbukti bahawa Rose bersalah, apa pula langkah seterusnya? Apa yang harus dia lakukan? Tidak mungkin dia mempo rak-perandakan rumah tangga orang tua sendiri. Dato' Salihin tidak mungkin dapat menerima kenyataan itu. Biarpun tegas, kasih sayang terhadap isterinya itu tiad a batasnya. Tidak sanggup rasanya melihat wajah ayahnya bermuram duraja. Bagaima na kalau lelaki tua itu jatuh terbaring dan tidak bangun-bangun lagi? Air dicinc ang tidak akan putus. Walaupun banyak ketidakpuasan yang terpendam di hati akiba t sikap ayahnya, namun dia tidak pernah mendoakan musibah menimpa kehidupan ayah nya. Sebagai anak, dia tetap sayangkan lelaki tua itu. Tetapi berdiam diri seola h-olah perkara itu tidak pernah terjadi pula tidak adil bagi Zureen. Tatkala mata Hakim tertumpu pada foto-foto dan dokumen yang baru ditariknya kelu ar dari sampul tersebut, jantungnya terasa bagai dipalu! Dia tidak percaya sampa i menggosok-gosok mata sendiri. Diperhatikannya betul-betul tetapi wajah pada fo to jelas sekali bukan wajah manja Rose! Dia membelek pantas pada setiap keping f oto-foto yang kebanyakannya aksi ranjang itu. Wajah tampan si teruna memang waja h Azry dan juga entah lelaki-lelaki mana yang tidak dikenali, tetapi perempuan t ersebut bukannya Rose. Walaupun perasaan lega terasa menyusup perlahan-lahan ke dada, peluh sejuk juga kian memercik. Dalam pada itu rasa marah yang teramat mul a membara. Api yang sedang membakar di hati marak menjulang. Dia menggenggam pen umbuk. "Sharlene, is Aida in?" tanya Hakim sambil menekan butang interkom beberapa mini t kemudian. "Yes, but she's in a middle of discussion with Mister Subadron," kedengaran suar a halus Sharlene menjawab. "Tolong minta dia datang ke office I sekarang juga! Thank you." Sepuluh minit menunggu Tengku Aida melenggang masuk ke bilik pejabatnya bagaikan sepuluh jam lamanya. Akhirnya Hakim sendiri yang mundar-mandir. Perasaannya ama t berbaur. Resah, cemas dan marah menjadi satu. Berpinar-pinar rasanya pandangan . Kes sebegitu sememangnya sukar untuk ditangani. Hanya Dato' Salihin yang pakar dalam mengatasi masalah itu. Tetapi di dalam hal itu, Hakim terpaksa bertarung sendirian.

"Hai Hakim! Where have you been? I missed you like crazy!" ujar Tengku Aida mesr a dan manja. Setelah sekian lama tidak berkesempatan bertentang mata begitu, pertemuan pada p agi itu memberikan kegembiraan yang berlipat ganda. Tidak sabar rasanya mahu ber dua-duaan dengan Hakim. Entah kenapa sejak akhir-akhir itu lelaki itu jarang sek ali hadir ke pejabat. Malah telefon bimbitnya juga jarang berjawab. Semua itu me mbuatkan hati Tengku Aida bagaikan dilambung badai. Dia rindukan jelingan serta senyuman Hakim. Kepuasan yang dicapainya daripada mana-mana lelaki tidak dapat m enandingi renungan mata Hakim. Sesungguhnya belum ada mana-mana jantan yang mamp u menandingi kehebatan Hakim. Hakim kepuasan batin kepadanya tanpa perlu bergelu t di ranjang, tetapi kehadirannya di sisi sudah memadai. Tanpa Hakim hatinya jad i tidak keruan resah setiap saat. Kadang-kadang rindu itu membuat dia terasa bag aikan mahu gila. "You are indeed crazy!!" tingkah Hakim melayani perasaan marah yang sedang beraj a di hati. "What you did is insane!" serang Hakim tatkala Tengku Aida masih tergamam menyambut kata-kata kesatnya. Mendengar kata-kata yang baru keluar dari Hakim itu, Tengku Aida terasa seolah-o lah darah bagaikan sedang menitis dari tangkai hatinya. Kenapa secara tiba-tiba begitu kasar sekali layanan Hakim terhadapnya? Kenapa tiada lagi senyuman mesra seperti dahulu? Selama ini Hakim tidak pernah memandangnya dengan rupa gusar yan g penuh dengan kebencian begitu. Hakim sayangkan dia. Di antara semua, Hakim pal ing sayangkan dia. Namanya berada di kedudukan paling tinggi di hati Hakim! "Hakim...? Why! Kenapa you cakap begitu pada I?" tanya Tengku Aida bagaikan tida k mengerti hujung pangkal tuduhan Hakim itu. Hatinya tersayat. Melihat rupa innocence pada wajah Tengku Aida ketika menyuarakan pertanyaan itu membuatkan Hakim kian meluat. Benci! Sungguh dia tidak menyangka Tengku Aida san ggup bertindak kejam. Memang sudah terbukti kebenaran kata-kata Syed Awang. Pere mpuan cantik di hadapannya itu tidak ubah bagaikan tuala hotel satu bintang! Seluruh tubuh perempuan itu berpalit dengan kotoran dari tubuh beratus-ratus jan tan! Tidak mengapa kalau Tengku Aida menjual diri demi kepuasan nafsu serakah. L antaklah sekiranya tidak sayangkan maruah sendiri, tetapi perempuan itu telah me ngorbankan maruah gadis yang tidak bersalah seperti Zureen demi kepentingan send iri. Memang tiada maaf untuk Tengku Aida. "Miss Ice.... You pernah dengar nama tu?" tanya Hakim tanpa berselindung lagi. D ia ingin melihat sejauh mana perempuan di hadapannya itu mahu berlakon. Mulai da ri saat matanya menatap foto-foto ghairah yang kini tersimpan kemas di laci meja nya itu kepercayaannya untuk Tengku Aida sudah lesap. Tengku Aida tidak layak di buat kawan mahupun pekerja. Perempuan itu sememangnya sudah gila dan tidak mempu nyai sikap perikemanusiaan! Orang sebegitu hanya membawa keruntuhan bukan kemakm uran. "Miss Ice?" Air muka Tengku Aida sedikit berubah. Terpacak matanya merenung waja h Hakim. Dia terkedu seketika. Di situ sudah jelas pada pemerhatian Hakim bahawa Tengku Aida sememangnya sudah sedar apa yang dimaksudkan olehnya. Tetapi peremp uan itu ternyata licik. "Tak usah berlakon lagi, Aida. I dah tahu segala-galanya! Tergamak you aniaya Zu reen? How could you? I tak sangka begitu buruk perangai you, Aida. I percayakan you, tapi you t

ikam kawan dari belakang. You musnahkan hidup Zureen! Apa yang you mahu sebenarnyanya? Kepuasan apa yang you dapat?" marah Hakim. Matanya bersinar menikam mata Tengku Aida. Tetapi perempuan itu masih be rdiri megah tanpa menunjukkan sedikit pun tanda-tanda kekesalan di atas perbuatan kejamnya itu. Malah yang terpanar sendiri adalah Hakim. Dia bagaikan baru ternampak sikap sebenar Te ngku Aida. "I buat semua tu demi you, Hakim. You tak cintakan dia..." kata Tengku Aida samb il mendekati Hakim. Jari-jemarinya singgah di bahu Hakim bagaikan mahu memujuk. Tubuhnya dirapatkan perlahan-lahan ke tubuh Hakim, lalu dia menarik nafas dalam menghidu bauan cologne kegemarannya dari tubuh Hakim bagaikan melepaskan gian.

"I cuma nak selamatkan kehidupan you demi kita. Tiada Zureen, tiada lagi kahwin paksa. Youkan selalu kata Dato' Salihin paksa you nikah dengan budak mentah tu. So, I dah selamatkan you.... I love you so much! I would do anything for you..." bisik Tengku Aida sambil merenung penuh ghairah pada Hakim. Jari-jemarinya mer ayap pantas ke pipi dan bibir Hakim. Saat itu rindu dendamnya kepada lelaki itu terasa bagaikan sudah di kemuncak dan perlu dipuaskan. Sudah bertahun-tahun pena ntiannya, sedangkan Hakim tidak pernah memulakan langkah. Dia sering kali membay angkan lelaki-lelaki yang menjadi teman ranjangnya adalah Hakim. Dengan begitu b arulah terlampias keinginannya dan dia terdampar puas! "Have you lost your mind?" tingkah Hakim lalu tangan Tengku Aida ditepisnya. Tin dakan serta kata-kata Tengku Aida itu membuat bulu romanya meremang. Buat pertam a kali dia merasa amat tidak selesa berdua-duaan dengan perempuan itu. Geli! "I nak you pergi jauh dari hidup I! Kalau tak I takkan teragak-agak untuk mengam bil tindakan undang-undang. Get out of my life!" "You don't mean that.... You can't!" rayu Tengku Aida dengan wajah sendu. Dia cu ba menagih simpati. Keresahan mula menggila di dada. Sungguh dia tidak dapat menerima kenyataan bahawa Hakim cuba menyingkirkan dia malah masih inginkan budak hingusan yang su dah ditebuk tupai itu! Dia sudah pun mengarahkan budak suruhannya kerjakan Zureen secukup-cukupny a. Zureen sepatutnya sedang mengusung perut! Tidak mungkin Hakim masih mahu mene rima perempuan sebegitu. Tidak mungkin! Dahulu dia jerih mengesat keringat untuk menyingkirkan Puteri daripada hidup Hak im. bermacam-macam perkara yang dilakukannya demi

menimbulkan sengketa di antara Hakim dan Puteri. setiap kali ada peluang, dia pasti mencucuk jarum dan dia tidak pernah gagal sehingga akhirnya Puteri menghilangkan diri entah ke mana. Kini mahkota kesucian Zureen pula sudah pun d irosakkan. Batu penghalang terakhir sepatutnya sudah hancur, tetapi kenapa Hakim masih berdegil? "Apa yang I buat demi you, Hakim! I love you.... Setiap malam I mimpikan you. I sentiasa mimpikan saat-saat indah yang bakal kita kecapi bersama. I want you so much...! I dah tak tahan. Tapi perempuan tu jadi penghalang. She made you unhapp y and..." "Shut up and leave! Jangan lagi tunjukkan muka you pada I!" potong Hakim sebelum Tengku Aida berpanjangan mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal. Nada sua ra serta liuk lentok Tengku Aida saat itu sungguh memualkan. Buat Hakim terimbas kembali pada foto-foto lagak ranjang perempuan itu dengan entah mana-mana lelak i. Kalau dahulu dia tidak begitu mengambil peduli dengan cakap-cakap orang, kini sudah jelas terbukti bahawa Tengku Aida bukan sahaja jenis perempuan murahan ma lah kejam. "You can't be serious, honey.... Ini Aida. You tak inginkan I?" "I'm perfectly serious. I am asking you to leave this company!" tingkah Hakim ta npa mempedulikan air mata yang kelihatan berkaca-kaca di bibir mata Tengku Aida. Dia sudah tiada masa untuk berbelas kasihan. Perempuan yang rendah moral sepert i Tengku Aida tidak layak untuk semua itu. Kalau bukan kerana memikirkan nama ba ik Zureen, mahu sahaja dia mendakwa perempuun hina itu biar dia meringkuk di penjara! Maruah dibalas maruah! "You dare say that to me! Setelah apa yang I lakukan untuk you, sampai hati you cuba buang I dari hidup you?" suara Tengku Aida tiba-tiba sahaja meninggi. Wajah sendu kini berubah bongkak bagaikan singa betina. Nampaknya Tengku Aida mula me nunjukkan belang. Memang Hakim sedikit tergamam, tetapi dia tidak hairan. Manusi a seperti Tengku Aida mampu mengubah rupa berkali-kali seumur hidup ini. "I tak perlukan perempuan yang tak berhati perut dalam hidup I. You dah melampui batas perikemanusiaan, Aida. You dah tak siuman! You sepatutnya bersyukur sebab I tak humbankan you ke lokap! So you better leave before I change my mind"! Menghela nafas dalam bagai menunggu untuk menghembuskan api kemarahannya, Tengku Aida terpacak agak lama sambil merenung tajam pada Hakim. "Ooo, tengoklah nanti siapa yang akan dihumban ke lokap!" kata Tengku Aida beran i. Dia tersenyum sinis lalu keluar. Berdentum daun pintu diayunnya tanpa sedikit pun menunjukkan rasa takut ugutan Hakim itu. Di luar kedengaran suaranya membeb el entah apa-apa. Hakim tidak lagi peduli. Sungguh hatinya bengkak dengan perang ai luar biasa Tengku Aida itu. Dia hanya mampu berusaha menyejukkan hati sendiri .

BAB 35 "SIAPA yang berani buat fitnah pada anak aku, hah?" Bergema suara Dato' Salihin. Bilik bacaannya di ruang bawah itu bagaikan mahu ru ntuh. Matanya terbeliak memandang muka penyampai berita buruk tersebut, Encik Ra shid. "Sexual harassment! Tak masuk akal!" tutur Dato' Salihin sambil mundar-mandir, m arah benar lagaknya. "Siapa perempuan tu, Encik Rashid?" soal Dato' Salihin sebaik sahaja melabuhkan punggung ke kerusi berhadapan dengan Encik Rashid. Hatinya bagai dipanggang. "Tengku Aida. Dia buat tuduhan selepas dia dipecat oleh Hakim beberapa hari yang lalu. Dia menyaman Hakim dan syarikat sebanyak lima puluh juta," jelas Encik Ra shid tenang. "Apa kata Hakim?" "Katanya tindakan perempuan tu sebenarnya perbuatan membalas dendam kerana dipec at," jelas Encik Rashid lagi. Mendengar penjelasan Encik Rashid itu, Dato' Salihin termenung seketika. Dahinya berkerut memikirkan sesuatu. Setahunya perempuan bernama Tengku Aida itu agak d ikenali di kalangan ahli korporat. Perempuan itu pandai mengetengahkan diri dan bercita-cita tinggi. Jenis perempuan yang sanggup berbuat apa-apa sahaja un tuk menonjolkan diri. Perempuan seperti Tengku Aida sebenarnya menjadi aset yang berguna kepada syarikat. "Sebenarnya atas sebab apa perempuan tu dipecat?" "Immoral. Well, she is quite a promiscuous girl. Menurut Hakim, moral Tengku Aid a yang rendah ni boleh menjejaskan imej syarikat. Jadi dia terpaksa bertindak," cerita Encik Rashid. Walau bagaimanapun secara per ibadi, dia agak meragui alasan Hakim itu. Selama ini bukannya Hakim tidak pernah mendengar desas-desus tentang moral Tengku Aida. Sebenarnya Hakim memang sedia maklum dengan perangai perempuan itu yang suka berpelesiran dan menggunakan rasu ah seks bagi mencapai matlamatnya. Hakim tidak pernah pula komen. Tetapi kenapa baru sekarang Hakim menggunakan alasan itu untuk menyingkirkan Tengku Aida? Mema ng pelik. Mungkinkah semua itu ada kaitan dengan Puteri? Ada sesuatu yang telah dilakukan oleh Tengku Aida ke atas Puteri sehingga meruntuhkan benteng kesabaran Hakim? "So, to get even, she accused him of sexual harassment!"

"Apa pula pendapat awak, Encik Rashid? Awak percaya Hakim ada buat kerja macam t u? Gangguan seksual?" tanya Dato' Salihin. Matanya menikam tajam ke wajah Encik Rashid bagaikan mahu menduga. "Well, kalau ada pun mestilah dalam keadaan suka sama suka. Bersenda gurau denga n lelaki bukannya perkara baru bagi Tengku Aida. Lagipun setahu saya, selama ni Tengku Aida sememangnya ada hati dengan Hakim. Jadi saya rasa... Hakim tak bersa lah," jawab Encik Rashid ikhlas. Melihat pada air muka Hakim yang muram tetapi tenang itu tatkala ditahan untuk s iasatan, dia percaya Hakim sebenarnya tidak bersalah. Perempuan seperti Tengku A ida memang sentiasa bertindak mengikut rasa setiap kali tersinggung. Suka menyim pan dendam dan bertindak balas. Di pejabat, perempuan itu mungkin digilai oleh k akitangan lelaki kerana sifat ramah dan geteknya yang menggoda jiwa, namun dia b ukannya rakan pejabat yang disukai oleh kakitangan wanita. Hakim tentu sekali te lah pun menyinggung teruk perasaan Tengku Aida sehinggakan perempuan yang selama ini menggilainya bertindak untuk menyusahkan hidupnya yang sudah pun di dalam k eadaan nazak itu. "Tengku Aida tak sepatutnya cuba mencemarkan nama Hakim dengan cara begini. Dia tu bukannya perempuan suci. Nama aja anak dara tapi dah diratah bermacam-macam j enis lelaki! Cuba tanya ahli korporat mana yang tak pernah merasa tubuh perempua n tu? Nak berlagak anak dara sunti konon!!" gerutu Dato' Salihin, marah. Memikirkan akibat sekiranya cerita itu terpampang di dada akhbar, kemarahan Dato ' Salihin berapi-api semula. Bukan sahaja maruah Hakim yang bakal tercemar, teta pi juga maruah seluruh ahli keluarga serta syarikat mereka. Siapa yang mahu beru rus niaga dengan sebuah syarikat yang diketuai oleh seorang CEO yang dicap buruk perangainya? Sebelum nama diburuk-burukkan dan dijaja ke seluruh dunia, Tengku Aida perlu dihitamkan terlebih dahulu. "Saya nak orang korek latar belakang perempuan ni sampai ke akar umbi. Lagi hita m lagi baik. Tak ada sesiapa yang boleh fitnah Hakim sesuka hati!" Kata Dato' Sa lihin lantas mendail satu nombor telefon. Setelah mundar-mandir seketika, panggi lannya akhirnya bersahut. "Raj, saya ada hal urgent nak awak uruskan. Datang ke rumah saya sekarang juga!"

BANYAK juga perancangan yang sempat dilakar oleh Encik Rashid dan Dato' Salihin dalam usaha antuk menjatuhkan Tengku Aida dan membersihkan nama ba ik Hakim serta syarikat. Bapa mana yang tidak sayangkan anak? Di dalam keadaan k eras kepalanya itu, Dato' Salihin tidak mampu berselindung betapa dia sebenarnya begitu mengambil berat terhadap Hakim. Kebanyakan soalan yang diutarakannya ada lah berkaitan kebajikan Hakim, bukan wang ringgit bernilai Ringgit Malaysia lima puluh juta yang bakal bertukar tangan sekiranya dakwaan Tengku Aida berhasil. A gaknya setelah terbongkarnya kes kontroversi tempoh hari, kedua-dua anak dan aya h itu belum lagi bertegur sapa. Masing-masing saling berlumba menegakkan ego. Ketika Encik Rashid mengambil kesempatan menyelitkan kisah perkahwinan Hakim dan Puteri yang sudah pun menjangkau usia tujuh tahun itu, Dato' Salihin jelas tamp ak terkejut tetapi sekadar menjeling tajam tanpa sebarang komen. Kononnya tidak berminat untuk mendengar. Tetapi apabila Encik Rashid bercerita tentang Cahaya y

ang semakin hari semakin cornel itu, ketegangan pada air muka lelaki tua itu tib a-tiba sahaja tampak reda seketika. Sedetik Dato' Salihin bagaikan terpesona. Ti ndak balas sebegitu sesungguhnya membuatkan hati Encik Rashid terasa agak lapang . Dia bersyukur. Nampaknya kedegilan orang tua itu sebenarnya masih boleh dilen tur. Dia percaya bahawa lama-kelamaan Dato' Salihin pasti mampu menerima kenyata an tentang pernikahan Hakim dengan Puteri. Hakim hanya perlu bersabar dan bertol ak ansnr dalam menghadapi ego lelaki tua itu. Tatkala daun pintu diketuk dan pembantu rumah memaklumkan bahawa seorang lelaki sedang menunggu untuk berjumpa dengannya, Dato' Salihn segera bangun dengan penu h bersemangat. "Suruh dia masuk!" Seketika kemudian seorang lelaki India bertubuh gempal dan berwajah garang muncu l di muka pintu. Di tangannya kelihatan sebuah briefcase hitam yang agak besar. "Hai Dato'! How are you?" tegur lelaki itu sambil menghulurkan tangan berjabat s alam dengan Dato' Salihin. "Fine, Raj! Kenalkan ni Encik Rashid, pengarah urusan syarikat kami," jawab Dato ' Salihin sambil memperkenalkan Encik Rashid kepada Raj. Perkenalan mereka bermu la lebih lima tahun yang lalu dan sejak itu Raj telah berbakti kepada Dato' Sali hin dan Hakim sehinggalah ke hari itu. "Apa yang boleh saya bantu Dato'?" soal Raj sopan sebaik sahaja mereka semua saling duduk berhadapan dan bersedia untuk mem ulakan perbincangan. "Raj, saya mahu awak siasat dan dapatkan cerita sensasi atau apa-apa sahaja skan dal pasal perempuan ni," minta Dato' Salihin sambil menghulurkan beberapa helai dokumen yang mengandungi biodata dan foto Tengku Aida yang baru die-melkan dari pejabat Hakim. "Lagi hitam lagi bagus. Biar padan dengan muka dia!" sambung Dato' Salihin lagi. Dia bengang. Setelah meneliti dokumen serta foto yang dihulurkan oleh Dato' Salihin, Raj keli hatan terdiam bagaikan berfikir panjang. Dahinya berkerut. "Dato', saya tak pasti sama ada ni sebenarnya kes yang sama atau tak. This is supposed to be classified. Tapi sebulan yang lalu saya ada dap atkan maklumat yang sama untuk Encik Hakim. Perempuan ni terlibat dalam kes peng aniayaan ke atas teman wanita Encik Hakim," cerita Raj, serius. Mendengar kata-kata yang baru keluar dari mulut Raj itu, Dato' Salihin dan Encik Rashid masing-masing ternganga dan saling berpandangan. Terkejut sakan.

"Menganiaya teman wanita Hakim?" tanya Encik Rashid kembali. Terbeliak matanya m erenung muka Raj. Sungguh dia tidak menyangka begitu banyak musibah yang menimpa diri Hakim di dalam satu masa. Patutlah di dalam tempoh beberapa bulan itu air muka Hakim asyik layu. Rupa-rupanya banyak benar masalah peribadi yang perlu dig alasnya. "Penganiayaan yang macam mana? Siapa pula teman wanita Hakim tu?" Giliran Dato' Salihin pub menyoal. Membuntang matanya merenung wajah Raj. Hatinya merasa kian tidak sabar untuk mendengar penjelasan seterusnya. "Saya tak berapa pasti Dato', tapi kalau tak silap bunyinya macam Noreen atau... Azreen. Macam tulah. She was raped," jelas Raj lagi. Zureen? Nama itu segera tercetus di benak Dato' Salihin bersama satu perasaan ya ng sukar diungkap. Sedih, geram dan kecewa berbaur. Dia termangu kesal. "Diperkosa?" Terkejut Encik Rashid. Walaupun nama yang baru disebutkan itu tidak tepat, namun dia sudah dapat meneka siapa yang dimaksudkan oleh Raj. "Ya. Diperkosa. la jenayah terancang. Memikat kemudian memperkosa. Motifnya iala h untuk menggagalkan rancangan perkahwinan Encik Hakim dengan gadis tersebut." "Saya tak tahu apa tindakan Encik Hakim ke atas perempuan ni. Selepas saya serah kan segala maklumat dan bukti kes tu, Encik Hakim tak lagi menghubungi saya. Dia uruskan semuanya," beritahu Raj lagi. "Kalau awak nak tahu, Hakim dah pecat perempuan sundal ni. Tak ada buat laporan polis pun! Sebaliknya perempuan tak sedar diri ni dah saman Hakim atas kes sexua l harassment sebanyak lima puluh juta! Perempuan gila!!" Bunyi berdetum kedengaran. Meja antik di sebelah menjadi mangsa buku lima Dato' Salihin yang tidak lagi mampu mengawal kemarahan. "Perempuan macam ni patut dihumban ke lokap aja! Buat apa Hakim berdiam diri dan membiarkan diri ditindas?!" ujar Dato' Salihin di dalam keadaan marah yang tera mat dan mula mundar-mandir. Manakala Encik Rashid pula tersandar lesu memikirkan kes yang semakin complicate d itu. Ketika ditemui di balai polis, Hakim tidak pernah pula bercerita tentang semua itu kepada peguamnya, Encik Mukher Singh. Malah Hakim tidak banyak membuka mulut. Macam reda menyusahkan diri sendiri daripada menyusahkan orang lain. "Saya nak tengok perempuan ni terima balasan seberat-beratnya!" jerit Dato' Sali hin lantang. Terkilan sungguh dia mengenangkan nasib Zureen dan Hakim. Baru dia sedar kenapa rancangan perkahwinan yang diimpikannya selama ini terbatal begitu sahaja. Rupa-rupanya semua itu berpunca daripada perbuatan khianat Tengku Aida.

Rasa marahnya terhadap Tengku Aida membuak-buak. Kalaulah perempuan itu berdiri di hadapan matanya pada saat itu, pasti dilempangnya sampa i jatuh terkulai! "Jelas sekali bahawa perempuan ini sebenarnya tergila-gilakan Encik Hakim. Sudah sampai ke tahap obsess. Apabila Encik Hakim menolak, dia bertindak balas secara negatif. Jadi Encik Hakim sebenarnya boleh mengemukakan gambar-gambar skandal p erempuan tu sebagai bahan bukti bagi menentang kes ni. "Dulu mungkin Encik Hakim tak melaporkan pada pihak berkuasa kerana mahu menjaga nama baik teman wanitanya, tapi sekarang mungkin Dato' boleh gunakannya untuk m enyelamatkan Encik Hakim. Tapi kalau boleh jangan libatkan nama teman wanita Enc ik Hakim. Walaupun fakta sebenarnya lebih kuat kalau dikaitkan dengan kes rogol tu, tapi kita tetap kena respect kehendak Encik Hakim dan temai wanitanya," sara n Raj. "Awak masih ada salinan gambar-gambar perempuan tu?" "Ada, Dato'." "Macam mana dengan salinan laporan terperinci maklumat yang diberikan pada Hakim?" "Ada, tapi Dato' pun tahu bahawa saya terikat.." "Come on Raj! I'm trying to get Hakim out of this mess!" Merenung agak lama di dalam keadaan serba salah pada muka Dato' Salihin, akhirny a Raj mengangguk sambil mengurut kasar pada jambangnya berulang kali. Walaupun t erpaksa membelakangi prinsip serta etika kerja, namun dia merasa berbaloi sekira nya melakukan semua itu untuk Hakim. "Well, all right. Saya akan serahkan pada Dato' secepat mungkin," ujar Raj sambi l menghela dan melepaskan nafas panjang. "Good! And..." Dato' Salihin bagaikan baru mendapat satu akal. Anak matanya bers inar. "Encik Rashid, tolong saya dapatkan semua pita video CCTV dari bilik pejabat Hak im. Mungkin kita akan dapat bukti tambahan untuk kes ni." CCTV? Berkerut dahi Encik Rashid sebaik sahaja mendengar arahan Dato' Salihin it u. Selama ini dia tidak tahu pula bahawa bilik pejabat Hakim dipasang dengan kam era litar tertutup. "CCTV? Dalam pejabat Hakim?" soalnya kembali bagaikan tidak percaya.

Kalau benar CCTV itu wujud, nampaknya peluang Hakim terlepas daripada kes itu ad alah lebih cerah. Setahunya setiap hari ada-ada sahaja babak getek Tengku Aida d i dalam bilik pejabat Hakim. Bukan sekali dua Encik Rashid melihat dengan mata k epalanya sendiri bagaimana perempuan itu sengaja melentokkan dada mengkalnya men onjol ke muka Hakim sambil punggung gebunya menapak di sudut meja tulis. Bahasa tubuh Tengku Aida sememangnya amat menggiurkan setiap kali berhadapan dengan Hakim. Malah jari-jemari perempuan itu sebenarnya lebih kuat merayap daripada m ana-mana lelaki miang yang Encik Rashid kenal. Kadang-kadang tanpa segan-silu, T engku Aida sengaja pula menayangkan paha putih mulusnya dengan duduk bersilang d i hadapan mana-mana sahaja lelaki di pejabat mereka termasuk di hadapan Encik Rashid sendiri. Menayang buntut padatnya kepada semua dengan menonggek di sana sini bukan lagi perkara l uar biasa. Sekiranya semua aksi Tengku Aida di bilik pejabat Hakim telah pun dirakamkan, memang peluang mereka lebih cerah walaupun Hakim memilih untuk berdiam diri. "Benar tu, Encik Rashid. Jangan terkejut. Ini bukan perkara luar biasa. Memang s etiap penjuru bilik tu dipasang dengan CCTV. Hakim pun tahu. Tapi, agaknya kalau mengikutkan hati dia yang lembut tu... dia lebih rela simpan semua itu buat khazanah daripada digunakan u ntuk menyusahkan hidup orang lain!" Selepas menyelongkar peti besinya selama beberapa minit, Dato' Salihin menghulur kan sebuah sampul perang kepada Encik Rashid. "Ini adalah kod untuk dapatkan pita video tu. Saya rasa Encik Rashid tahu apa nak buat. Serahkan barang tu pada peguam Ha kim. Saya nak kes ni diselesaikan segera. Jangan sampai ada liputan akhbar!" "Raj! Ini soal anak saya. Soal maruah kami. Saya tahu awak sentiasa buat kerja first class, tapi untuk kes ni... please try your very best! Saya nak perempuan tu jatuh tersungkur dan tak bangun-bangun lagi!" pesan Dato' Salihin serius. "Sure, Dato'! " "Thank you. Thanks to both of you."

BAB 36

MELIHAT Hakim mundar-mandir mendodoi Cahaya yang sedang merengek di pangkuannya di kamar rawatan Puteri, hati Kakak Leha rasa amat terharu. Sebak rasanya perasa an. Bukan Puteri seorang sahaja yang kelihatan tidak berdaya. Hakim juga begitu. Air mukanya semakin hari semakin lesu seolah-olah banyak benar tekanan yang dial aminya. Hakim lebih banyak termenung daripada berkata-kata. Malah sejak akhir-ak hir itu Hakim asyik berjaga malam sehinggalah ke dinihari. Tatkala Kakak Leha te rjaga dari tidur, kadangkala dia diteperanjatkan oleh kelibat Hakim yang sedang berdiri memerhatikan Cahaya yang sedang lena. Entahlah apa yang difikirkan oleh Hakim. Sememangnya Hakim adalah seorang bapa yaag bertanggungjawab serta penyayang, tet api tanpa kehadiran Puteri di sisi, cahaya di dalam hidupanya menjadi kian malap . Hakim di dalam kegelapan. Tidak berdaya untuk menghadiahkan senyuman walaupun untuk anak sendiri, inikan p ula untuk orang lain. Keadaan Hakim yang sering menyepi dan bermuram durja itu k adangkala menyukarkan kerja Kakak Leha untuk menguruskan Cahaya dan juga kerja-k erja rumah. Kekok dan serba tidak kena rasanya. Tetapi dia memahami dan cuba ber sabar. Demi keluarga itu rasanya dia sanggup melakukaa apa-apa sahaja. Puteri ad alah seorang wanita yang baik, begitu juga dengan Hakim. Saban malam Kakak Leha panjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi kekuatan kepada Puteri agar segera sembuh daripada keadaannya kini. Semoga Hakim juga punya cukup kekuatan untuk me ngharungi dugaan itu dengan penuh kesabaran. Namun takdir menentukan segala-gala nya. "Hakim, ni Kak Leha bawakan makanan tengah hari untuk Hakim. Makanlah," ujar Kak ak Leha tatkala meletakkan bakul yang dibawanya di atas meja berhampiran dengan Hakim. Dia kemudiannya menyediakan pin ggan mangkuk untuk kegunaan Hakim. "Bawa sini, biar Kak Leha bawa Cahaya jalan-jalan," kata Kakak Leha sambil mengh ulurkan kedua-dua tangannya ke arah Hakim. Cahaya yang masih terjaga dengan matanya yang bersinar-sinar itu menggeliat dan beracah kecil sebaik sahaja wajah Kakak Leha menapak di hadapannya. Bayi comel i tu memang cerdik dan cerdas walaupun umur belum pun setahun jagung. "Tak mengapalah Kak Leha, saya belum lapar," balas Hakim. "Dah hampir pukul satu tengah hari ni ha. Perut tu kena diisi. Kalau Hakim pun j atuh sakit nanti, siapalah lagi yang Cahaya ada? Makanlah... makanlah demi Cahaya," pujuk Kakak Le

ha. Saat kata-kata Kakak Leha menjamah ke copeng telinga, Hakim tunduk merenung pada wajah comeel di pangkuannya itu. Longlai rasanya perasaan. Rasa bersalah kian m enyelit tebal di sanubari. Hatinya resah memikirkan nasib Cahaya. Sekiranya keke cohan yang ditimbulkan oleh Tengku Aida berlarutan, nasib anak perempuannya itu sememangnya sungguh malang. Sesungguhnya dia tidak menyangka bahawa keadaan akan menjadi sebegitu serius. Cara Tengku Aida bertindak balas adalah di luar dugaan . Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa Tengku Aida sanggup menjatuhkan ma ruahnya sebegitu rupa. Adakah patut perempuan itu menuduhnya melakukan gangguan seksual sedangkan orang yang sepatutnya membuat tuduhan tersebut adalah Hakim sendiri? Memang tidak din afikan selama ini hubungan mereka agak rapat tetapi semua itu hanyalah sekadar h ubungan biasa. Hakim tidak pernah mengambil kesempatan di atas perhatian luar bi asa yang diberikan oleh Tengku Aida. Sebagai lelaki dia memandang remeh semua it u dan membiarkan sahaja keletah manja Tengku Aida berterusan. Sangkanya seorang wanita yang socialize dan bersikap open-minded seperti Tengku Aida mampu menerim a kenyataan dengan hati serta fikiran yang terbuka. Tetapi rupa-rupanya tidak. S emua itu akhirnya mengundang padah. Perempuan itu terlalu obsess di dalam imagin asinya dan kegilaan itu pula telah pun mencapai ke tahap sakit jiwa! Malah sejak akhir-akhir itu Tengku Aida asyik menelefon memujuk rayu, merengek minta dicint ai dan memohon maaf di atas keterlanjurannya dan bermacam-macam lagi. Apabila ti dak dilayan, kata-kata kesat pula mula datang berjela-jela. Kini Hakim sudah jenuh berulang-alik ke balai polis. Nasib baik dia dilepaskan d aripada dikenakan tahanan reman. Dia juga agak bernasib baik keraaa setiap kali membelek akhbar, namanya tidak pernah pula terpampang di akhbar sedangkan selama ini hal-hal remeh-temeh sahaja boleh menyebabkaa mukanya dijadikan modal cerita sensasi. Tetapi sekiranya dia gagal membuktikan bahawa diri tidak bersalah dan gagal pula menyediakan Ringgit Malysia lima puluh juta seperti yang dituntut, ap a akan jadi pada Cahaya sedangkan Puteri pula masih terlantar tidak sedarkan dir i? "Kak Leha..." panggil Hakim sambil merenung lama pada wajah wanita di hadapannya itu. Selama ini Kakak Leha telah menjaga Cahaya dan Puteri dengan baik. Wanita itu seolah-olah menganggap mereka sekeluarga seperti ahli keluarga sendiri. Pada pandangan Hakim, Kakak Leha sememangnya boleh digantung harap. Bukan seperti keluarga Hakim sendiri yang sehingga kini masih tidak mahu menerima keha diran Puteri dan Cahaya. Selain daripada Rose yang sekali-sekala datang menjengu k Cahaya dan juga Puteri, tiada sesiapa pun yang sudi bertanya khabar. Lebih-leb ih lagi Dato' Salihin. Sekiranya keluarga sendiri tidak boleh diharapkan, kepada siapa harus dia berpaling kalau bukan Kakak Leha? "Ya, Hakim?" "Kak Leha, kalau apa-apa terjadi pada saya, boleh tak Kak Leha tolong jaga Cahay a dan Puteri?" Sebaik sahaja permintaan itu keluar dari bibir Hakim, muka Kakak Leha berkerut h airan. Dia merasa agak pelik. Adakah gelisah Hakim selama

beberapa hari itu bukan sahaja berkaitan dengan keuzuran Puteri? Ada perkara lai n yang mengganggu fikiran Hakim? "Ada apa-apa yang tak kena, Hakim?" soal Kakak Leha. Hati terasa gelisah. "Saya sebenarnya ada masalah besar, Kak Leha," jelas Hakim di dalam keadaan hati yang berbelah bahagi. Tetapi dia terpaksa berterus terang. "Masalah besar? Apa dah jadi?" tanya Kakak Leha lagi, kian resah. Matanya terpac ak merenung wajah gusar Hakim. Hati berdebar kencang. "Ada orang khianati saya dan... buat tuduhan tak berasas. Dah jadi kes polis. Ke s macam ni biasanya berpihak pada orang tu. Jadi... saya mungkin kena penjara!" "Ya Allah!! Penjara?" Terperanjat Kakak Leha mendengar penjelasan Hakim itu. Per kataan penjara sahaja sudah cukup menimbulkan kengerian di hatinya. Macam mana s emua itu boleh terjadi ke atas Hakim? Kalau Hakim dipenjarakan, bagaimana pula d engan Puteri dan Cahaya? "Tuntutannya terlalu besar. Jual seluruh business pun belum tentu cukup. Anyway, harta tu bukan seratus peratus milik saya. Saya tak mahu menyusahkan orang lain .... Tak mengapalah... agaknya nilah balasan ke atas dosa saya pada Puteri dan C ahaya. Kalau kalah, saya reda." "Jangan cakap macam tu, Hakim. Macam orang yang dah berputus asa. Kita kena beru saha. Takkanlah Dato' tak boleh tolong?" ujar Kak Leha. Dia mula menggelabah. Mendengar pertanyaan Kakak Leha itu. Hakim sekadar melemparkan senyuman pahit. P andangannya beralih kepada Puteri. "Entahlah bila Puteri akan bangun. Kesian Cahaya. Kecil-kecil lagi sudah kehilan gan kasah sayang ibu dan ayah," keluh Hakim sambil merenung kesal pada Cahaya. D i dalam hati dia sudah pun beribu kali menitipkan kata-kata maaf daripada anak p erempuannya itu, namun terasa masih tidak berkurang. Kesilapannya tidak termaaf. "Itulah sebabnya Hakim kena berusaha. Kalaa Dato' tahu, Dato' mesti tolong. Haki mkan anak dia, Lupakanlah setiap perselisihan yang dah berlaku tu, Hakim. Sebaga i anak, tak rugi beralah. Air dicincang takkan putus," nasihat Kakak Leha. Hakim tersenyum lagi. Bukannya dia kebuntuan jalan untuk menyelamatkan diri. Kal au mahu, tidak payah pun sujud di kaki Dato' Salihin. Apa yang perlu dia lakukan hanyalah pentingkan diri sendiri dan korbankan maruah seseorang. Tetapi dia tid ak sampai hati. Dia tidak sanggup mengheret Zureen ke dalam kemelut itu. Sesungguhn ya hati amat berbelah bahagi. Kerap kali kedengaran suatu suara berbisik ke teli nganya agar selamatkan sahaja maruah sendiri dan persetankan maruah orang lain, namun setiap kali terbayangkan wajah keanakan Zureen, dia rasa tersepit. Antara janji dan tanggungjawab yang mana satu harus disempurnakan?

Pada pertemuan baru-baru ini, Zureen kelihatan lebih ceria. Wajahnya tampak bers eri-seri. Ikatan persahabatan nampaknya lebih memekarkan gadis itu daripada ikat an pertunangan. Zureen kini lebih berani untuk berinteraksi. Tiada lagi rasa kek ok atau segan silu sebagaimana dahulu. Sesungguhnya Hakim menumpang gembira meli hat perubahan pada Zureen itu. Hatinya lega. Satu beban terasa bagaikan sudah di angkat pergi daripada bahunya. Walaupun fikiran sedang sarat dengan masalah sendiri, namun dia masih mampu bergelak tawa dengan Zureen. Sebagai seorang sahabat yang juga tidak ubah bagaikan seorang abang, ba gaimana dia sanggup merentap keceriaan daripada wajah manis itu? Memang dia tida k jahil dalam dunia samseng, tetapi semua itu dilakukan demi urus niaga, bukan k epada seorang gadis yang tidak bersalah seperti Zureen. Encik Rashid dan peguamn ya pula menganggap dia terlalu pasif dalam menangani kes itu, tetapi sebenarnya Hakim tidak sampai hati. Tidak sanggup mengkhianati kepercayaan Zureen. Demi men erangi kehidupan gadis itu, dia rela menjadi lilin yang membakar diri. Untuk Puteri, segala-galanya telah dia usahakan, namun Puteri tetap terlantar se pi. Minggu berganti bulan tetapi keadaan Puteri tetap tidak berubah. Apa lagi ik htiar yang dia ada selain daripada bertakwa kepada Allah? "Saya minta jasa baik Kak Leha, tolonglah jaga Puteri dan Cahaya macam keluarga Kak Leha sendiri."

BAB 37

TERPAKU HAKIM tatkala kata-kata petah peguamnya itu menusuk ke gegendang telinga . Dia terkejut. Sungguh dia tidak percaya bagaimana kes itu boleh berkembang ke tahap itu sebegitu pantas, malah tanpa pengetahuan dia sebagai tertuduh? Bukanka h dia ada hak untuk bersuara? "I bantah, Mukher! Bagaimana you boleh lakukan semua ni tanpa pengetahuan I?" so al Hakim. Perasaannya berbaur antara rasa marah dan serba salah. Sayangkan diri dan bimbangkan nama baik Zureen menjadi satu dilema yang kini amat menyeksakan. Dia bingung. Kepalanya berserabut. "Hakim, you dah lama kenal I. I tak kerja untuk kalah. Sekiranya ada maklumat ya ng berpihak pada kita, I takkan lepaskan! Anyway this is for your own good. We a re trying to save your neck, man!" balas Mukher Singh tenang. "Tapi you sepatutnya bertanya pada I terlebih dulu. Sebaliknya you ikut aja sega la arahan orang

yang tak berkenaan! You membelakangkan I. You all are sneaking behind my bade!" tingkah Hakim, tidak ber puas hati terhadap campur tangan mendadak daripada Dato' Salihin dan tindakan pe guamnya itu menfailkan maklumat serta barang-barang bukti tanpa mendapat kebenar an daripada dia terlebih dahulu. Kebenaran yang bakal terbongkar itu tentu sahaj

a akan menyelamatkan Ringgit Malaysia lima puluh juta milik Dato' Salihin, tetap i ia juga akan merobek sekali maruah Zureen! "Calm down..." pujuk Mukher Singh sambil menepuk perlahan pada bahu Hakim. Dia m enghela nafas panjang. Wajah gusar Hakim direnungnya agak lama. Sudah bertahun-tahun mereka berkenalan dan sudah banyak kali mereka bekerjasama dalam menangani masalah perundangan yang dihadapi syarikat. Tetapi sikap yang di tunjukkan oleh Hakim pada hari itu agak luar biasa. Sesungguhnya dia tidak faham bagaimana seorang lelaki seperti Hakim sanggup berkorban demi seorang perempuan yang tidak berapa penting di dalam hidupnya sehingga ke tahap membunuh diri beg itu? Tidakkah Hakim sedar bahawa kes itu akan memusnahkan kehidupan peribadi ser ta kerjayanya? Tambahan pula sudah ada tanda-tanda bahawa kes itu mula dihidu ol eh pihak akhbar. Pengaruh besar Dato' Salihin sekalipun tentu sahaja tidak mampu menyekat kemaraan media massa yang sentiasa dahagakan kes-kes hangat seperti it u. Lambat-laun skandal besar itu akan tersebar jua. Hakim sepatutnya bermati-mat ian membersihkan nama, bukan sebaliknya. "I yang sepatutnya marah bukannya you, Hakim. Bagaimana you boleh sembunyikan ma klumat sebegini penting daripada pengetahuan I? Kalau bukan kerana Dato' Salihin, pelu ang kita agak tipis. Because you are not helping at all! Tapi maklumat yang dibe kalkan oleh Dato' tu telah menyebabkan kes berpihak pada kita. You should be tha nkful, you know?" "Mukher, I buat pilihan macam ni kerana tak mahu mengheret orang yang tak bersal ah dalam masalah I. Dia tak..." "You ni terlalu baik, Hakim!" potong Mukher Singh dengan senyuman sinis. Sambil itu kepalanya yang berbalut tebal itu tergeleng-geleng. "I tahu you cuba melindungi nama baik seseorang. Well, tu boleh diuruskan. I sud ah pun mengambil langkah untuk tak melibatkan nama gadis tu. We wouldn't reveal her identity." "Oh, reallyl" Giliran Hakim pula melemparkan senyuman sinis. Setahunya dalam kes seperti itu memang tidak ada jaminan sebegitu. Mukher Singh boleh sahaja bermul ut manis dengan janji-janjinya tetapi nama baik Zureen tetap akan tercemar sebai k sahaja bukti dikemukakan. "Tapi you kena faham... dalam kes sebegini, kita tak boleh lari dari sebarang ke mungkinan. Risiko memang sentiasa ada. Tapi sedikit pengorbanan tu perlu," kata Mukher Singh lagi. "Lagipun I tak fikir you mahu tunduk pada perempuan tu dan biarkan dia kenakan y ou habis-habisan. Don't make yourself a loser, Hakim. You sebenarnya ada pilihan . Orang salah pun tak mahu mengaku bersalah, nikan pula you yang tak bersalah!" Hakim mengeluh berat.

"Oh come on, Hakim... why would you want to make your family miserable? Your father is an old man now. He loves you and he needs you. Malah dia nampaknya ambil berat terhadap kes ni lebih daripada you sendiri. As a father he's taking care of your well being." "He's taking care of his fifty million!" bidas Hakim pantas. Entah kenapa kata-k ata Mukher Singh itu bagaikan menyimbah minyak ke dalam api yang sedang marak me nyala. Pandangan dia dan orang luar seperti Mukher Singh memang berbeza. Bagi Ha kim, ayahnya beria-ia mengambil tahu kes tersebut demi kepentingan diri sendiri bukannya kerana dia. Ringgit Malaysia lima puluh juta itulah yang lebih bernilai . "Well, I'm very sorry if you think that way, but fifty million is a very huge am ount. Kalau you sememangnya tak sayangkan wang tu, sedekahkan aja pada mana-mana rumah kebajikan but please... don't make that bitch a millionaire" "Calm down and take a deep breath..." ujar Mukher Singh apabila Hakim masih berm undar-mandir resah. Nampaknya semakin panjang dia bercerita, semakin tegang pula emosi Hakim. "And you'll see that we are taking the right step here." Di dalam masa yang sama deringan telefon mencelah di antara kehangatan jelingan Hakim dan Mukher Singh. "Hello, Mukher Singh here!" "Oh,Tuan Hashim! Yes.... Oh..." Sesaat selepas itu Mukher Singh hanya sekadar mengia dan mengangguk penuh serius mendengar kata-kata Inspektor Hashim. Air mukanya berubah-ubah. Sekejap tenang dan sekejap tampak bagaikan terkejut. "Hakim," ujar Mukher Singh sebaik sahaja meletak telefon kembali ke gagangnya. Dia menyandar tenang sambil merenung muka Hakim. Lagaknya itu membuatkan debar di dada Hakim tibatiba sahaja menggila. "I've got bad news and good news to share..." sambung Mukher Singh penuh suspens.

Terpaku Hakim seketika. Matanya tegak merenung Mukher Singh. Hati terasa gundah dengan teka-teki yang bermain-main pada wajah lelaki itu. Debaran akibat menyelesaikan kes syarikat dengan debaran tatkala menyelesaikan kes peribadi memang jauh bezanya. Kini dia bagaik an menghitung saat. Wajah Puteri dan Cahaya silih berganti menapak di ruang mata. Sendu di hati sung guh tidak terhingga. "Okay, shoot!" balas Hakim tidak lama kemudian. Tabahkan hati, dia segera menghe la dan melepaskan nafas panjang. Hakim reda dengan suratan takdir. Sama ada baik ataupun buruk, terpaksa juga dia hadapi. Bukankah dia sudah pun bersedia untuk sebarang kemungkinan buruk? Pesan an yang diucapkan kepada Kakak Leha tempoh hari bukannya untuk suka-suka. Dia ju ga pernah memohon maaf daripada Rose di atas segala-galanya. Walaupun Rose tidak benar-benar memahami apa yang Hakim maksudkan, namun perempuan itu dengan senyu man ceria telah menyambut kata-kata maafnya. Mengetahui akan masalah yang dihada pinya. Rose memberi perangsang agar Hakim tabah menghadapi segala-galanya sedang kan kakak-kakaknya pula lebih bertumpu kepada kritikan bagaimana Hakim boleh ter salah langkah sehingga terjerumus ke dalam kes yang memalukan sebegitu. Kalau dibandingkan di antara Rose dan kakak-kakak Hakim sendiri, Rose sebenarnya umpama permata di celah batu-batan. Hati Rose jauh lebih mulia. "I baru dapat berita bahawa plaintif terbunuh dalam cubaan mencederakan seorang perempuan pagi tadi.... Mayat tertuduh dan mangsa sekarang berada di hospital. P erempuan..." "Hospital?" Sebaik sahaja mendengar perkataan hospital, kepala Hakim tiba-tiba sahaja terasa bagai dipalu kuat. Peluh sejuk memercik. Lemah segala urat sendi. Hatinya melau ngkan nama Puteri. Ya Allah!! Apa yang telah dia lakukan ke atas Puteri? Tanpa sedar air matanya menitis. Bagaikan hilang akal, dia segera meluru ke arah jalan keluar, meninggalkan Mukher Singh yang terlopong melihat reaksi drastikny a itu.

BERKERIUT bunyi tayar kereta Hakim tatkala melalui setiap ceruk dan liku bandar

raya dan bunyi keriut itu berlanjutan sehinggalah dia tiba di pekarangan hospita l. Tanpa menghiraukan suasana sekeliling hospital yang agak sibuk itu, Hakim mengha yun langkah pantas menuju ke kamar Puteri. Satu-satunya wajah yang wujud di kota k fikirannya saat itu hanyalah wajah Puteri. Yang lain-lain semuanya kelam bagai kan layar hitam. Deru nafasnya masih sesak melaungkan nama Puteri dan setiap den yut nadinya turut resah bimbangkan keadaan Puteri. Sekiranya Tengku Aida sampai menemui ajal di dalam usaha menunaikan niat gilanya itu, bagaimana pula deagan Puteri yang sememangnya terlantar tidak berdaya? Sesungguhnya Hakim tidak mampu menghadapi apaapa jua kemungkinan. Kadang-kadang seperti ingin sahaja menutup mata dan teling a buat selamalamanya daripada mendengar berita buruk yang bakal merobek hati dan perasaan. Menolak daun pintu dan meluru ke katil pesakit, nafas Hakim terhenti. Katil yang kosong... berkemas rapi... suasana yang luar biasa baru. Mana Puteri? jerit suara hatinya lantang. Saat itu dia menyumpah roh Tengku Aida sehingga ke pintu neraka! Dunia Hakim tiba-tiba sahaja rasa berputar. Terpacak kaku, semangatnya bagaikan mahu melayang. "Hakim...!" Pada kala tubuh Hakim terasa tidak bermaya dan ingin rebah menyembah lantai, ked engaran satu suara memanggil namanya perlahan. Suara yang mengembalikan nyawa da n semangatnya! Suara yang memberikan kekuatan! Berpaling pantas dan melihat keajaiban di hadapan matanya, air mata lelakinya ti ba-tiba sahaja mengalir. Puteri...!! Sebaik sahaja Puteri bangun dari kerusi roda yang disorong masuk oleh Kakak Leha , Hakim meluru memeluk tubuh Puteri. Dipeluknya erat sehingga akhirnya dia terje lepok melutut di lantai di dalam keadaan kedua-dua tangannya masih merangkul kem as pada tubuh Puteri. Di dalam keadaan bersyukur, tubuhnya terasa lemah longlai. Dia hilang rasa malu untuk terus meratap walaupun disaksikan oleh Kakak Leha.

"Hakim..." bisik Puteri. Sungguh sebak hatinya melihat keadaan Hakim itu. Air matanya turut sama berderai. Hakim tampak begitu tidak berdaya. S elama ini lelaki itu tidak pernah menunjukkan emosi sebegitu. Kerasnya hati Haki m bagaikan besi aloi. Namun pada hari itu semuanya lebur. Emosinya begitu terser lah. Mengikut cerita Kakak Leha, Hakim setia menunggu di sisinya sepanjang dia t erlantar tidak sedarkan diri. Kasih Hakim terhadap Puteri tiada batasnya. Demi d ia segala-galanya telah Hakim lakukan. Malah Hakim telah mengetepikan segala-gal anya untuk Puteri. Bagi Kakak Leha, Hakim adalah contoh seorang lelaki yang baik dan suami yang bertanggungjawab. Semua itu tidak pernah Puteri nafikan. Walaupun Hakim menyalahkan diri sendiri, apa yang terjadi sebenarnya bukan salah Hakim. Sesungguhnya Puteri bersyukur ker ana akhirnya Hakim pulang jua ke pangkuannya. Cinta abadi ternyata berkekalan wa lau dirintangi onak dan duri. Pelukan dan air mata Hakim sesungguhnya lebih berharga daripada luahan cinta yan g Puteri nanti-nantikan selama ini.

BAB 38 ULANG TAHUN keenam puluh satu Dato' Salihin itu menjadi sebuah majlis yang palin g meriah di dalam hidup Puteri. Sebagaimana bertuahnya Cinderella, kehidupannya juga telah berubah. Dari anak yatim piatu yang gerasang kasih sayang kini dia ba hagia dan punya segala-galanya. Dia punya cinta dan sebuah keluarga yang bahagia . Penerimaan Dato' Salihin juga memberi kegembiraan yang berlipat ganda. Wajah com el serta keletah ceria Cahaya yang kini berusia hampir lapan bulan itu akhirnya melembutkan hati lelaki tua itu. Rose pula menyayangi Cahaya bagaikan anak sendi ri. Sesungguhnya Puteri amat bahagia dengan kehidupannya di sisi Hakim. Mimpi ya ng begitu sukar dianyam akhirnya menjadi nyata. Hakim dan Dato' Salihin pula akhirnya saling melemparkan senyuman yang kelihatan lebih ikhlas daripada biasa. Hubungan ayah dan anak nampaknya berkembang baik. Segala musibah yang melanda rupa-rupanya telah mengeratkan lagi silaturahim di a ntara mereka. Puteri amat bersyukur kerana semuanya berakhir dengan baik. Hakim didapati tidak bersalah dan kini bebas daripada dakwaan yang difailkan oleh Teng ku Aida, dan Puteri sendiri berpeluang untuk kembali menatap wajah-wajah orang y ang disayanginya. Malangnya Tengku Aida yang khabarnya telah menimbulkan banyak masalah pada saat 'ketiadaan' Puteri pula telah menemui ajal dalam cubaannya untuk mencederakan Zu reen yang dianggapnya sebagai batu penghalang di antara dia dan Hakim. BMW Tengk u Aida terlanggar sebuah tembok ketika cuba melanggar Zureen sebanyak dua pusing an. Tengku Aida terkorban di tempat kejadian. Sungguh Puteri kesal kerana cinta songsang telah membuatkan Tengku Aida hilang sifat kemanusiaan dan sanggup berti ndak di luar batasan. Nasib baik Zureen hanya mengalami kecederaan ringan. Gadis itu memulakan hidup baru dan telah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sememangnya rezeki, jodoh dan ajal maut itu ketentuanNya. "I love you..." Dalam kesibukan majlis itu, tiba-tiba kedengaran suara berbisik ke telinganya.

Berpaling melihat wajah ceria Hakim, bibir Puteri mekar dengan senyuman gembira. Dalam pada itu kedengaran muzik yang cukup indah berkumandang di udara diiringi suara Trisha Yearwood mendendangkan lagu kegemarannya. Tatkala tangan Hakim mer angkul pinggangnya dan mereka berdua melangkah ke dewan tari, hati Puteri terleb ih dahulu menari-nari dengan rentak riang.