Anda di halaman 1dari 12

PENGERTIAN AURAT Aurat diambil dari perkataan Arab Aurah yang bererti keaiban.

Manakala dalam istil ah fekah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan. Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan mem buka aurat dan ia hanya pada orang-orang tertentu. PERINTAH MENUTUP AURAT Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh Allah S.W.T dalam Surah Al-Ahzab a yat 33; Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu; dan dirikanlah sembayang serta berikanlah zakat; dan taatilah kamu kepada Allah dan RasulNya. S esungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu-wahai ahlul bait , dan hend ak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). Dari penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat ad alah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang, berzakat dan pe rintah-perintah yang lainnya. Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari digangg u oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan. Wanita yang menutup aurat akan mudah dikenali. Jika sekiranya mereka membuka aur at dengan sewenang-wenangnya, maka dengan secara tidak langsung mereka cuba mera ngsang lelaki untuk mengganggunya. Maka berlakulah perkara-perkara sumbang, deng an itu juga akan timbulah berbagai-bagai fitnah dari masyarakat tentang diri mer eka. Dalam hal ini Allah S.W.T. telah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-peremp uan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (se masa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebag ai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatla h) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada l elaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah m enutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sam a iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya: 1. Aurat Ketika Sembahyang Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tap ak tangan. 2. Aurat Ketika Sendirian Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat adalah antara pusat dan lut

ut. 3. Aurat Ketika Bersama Mahram Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah pusat dan lutut. Wal au pun bagitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang b oleh menaikan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri. Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tata susila wanita terutama dalam me njaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang dan tidak diingini tidak akan berl aku. Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh. Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu:

1. Suami 2. Ayah, termasuk datuk belah ibu dan bapa. 3. Ayah mertua 4. Anak-anak lelaki termasuk cucu samada dari anak lelaki atau perempuan 5. Anak-anak suami. Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wan ita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya . 6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa. 7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya. 8. Anak saudara dari saudara perempuan. 9. Sesama wanita samada ada kaitan keturunan atau yang seagama. 10. Hambanya Sahaya. 11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat. 12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang mempunyai syahwat tetapi belum baligh, w anita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.

Al-Quraan dengan jelas menerangkan perkara ini dalam surah An-Nur ayat 31; Dan katakanlah kepada perempuan -perempuan yang beriman supaya menyekat pandanga n mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan ;janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darip adanya, dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kep

ada suami mereka, atau anak-anak mereka, atau bapa mertua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang g aji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempu an, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janga nlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi d ari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-o rang yang beriman, supaya kamu berjaya. Imam Syafie berpendapat; perhiasan yang dimaksudkan yang dimaksudkan dalam ayat di atas terbahagi kepada dua makna iaitu: 1. Perhiasan yang bersifat semula jadi seperti muka, pipi mulut, mata, bibir, hi dung, kaki, betis, peha dan lain-lain anggota. 2. Perhiasan seperti pakaian, alat-alat solek, cincin, rantai leher, gelang kaki dan sebagainya. Oleh itu, umat Islam digalakkan mengawal diri agar tidak melanggar batasan-batas an yang telah digariskan oleh Islam terutamanya dalam soal perhiasan dan berpaka ian. 4. Aurat Ketika Di Hadapan Lelaki Bukan Mahram Kewajipan menutup aurat di hadapan lelaki bukan mahram adalah amat penting dan p erlu dilaksanakan oleh setiap wanita, bagi mengelak daripada berlaku perkara yan g tidak diingini seperti rogol dan sebagainya. Perkara ini terjadi disebabkan me muncaknya nafsu para lelaki akibat dari penglihatan terhadap wanita memakai paka ian yang tidak senonoh dan mendedahkan sebahagian tubuh badan mereka. Wanita yang bersuami pula, dengan terlaksanakan kewajipan ini, akan dapat memban tu suami, yang mana dosa seorang isteri yang membuka aurat akan ditanggung oleh suami. Oleh itu, wanita-wanita perlulah memahami batas-batas aurat ketika berhad apan dengan orang-orang yang tertentu dalam keadaan yang berbeza-beza. 5. Aurat Ketika Di Hadapan Wanita Kafir Aurat wanita apabila berhadapan atau bergaul dengan wanita bukan Islam adalah tu tup keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Rasulullah SAW. bersabda dalam sebuah hadis yang bermaksud: Abdullah bin Abbas a da menyatakan, Rasulullah SAW. pernah bersabda yang maksudnya: Tidak halal kaum wanita Islam itu dilihat oleh kaum Yahudi dan Nasrani . 6. Aurat ketika Bersama Suami Apabila seorang isteri bersama-sama dengan suaminya di tempat yang terlindung da ri pandangan orang lain, maka Islam telah memberi kelongaran dengan tiada membat askan aurat pada suaminya. Ini bererti suami dan isteri tiada sebarang batasan aurat terhadap mereka berdua . Isteri boleh mendedahkan seluruh anggota badannnya bila berhadapan dengan suam inya. Mu awiyah bin Haidah mengatakan: Aku pernah bertanya: Ya Rasulullah, bagaimanakah a urat kami, apakah boleh dilihat oleh orang lain? Baginda menjawab: Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau terhadap hamba abdi milikmu . Aku bertanya lagi: Ya Rasulullah, bagaimanakah kalau ramai orang mandi bercampur-baur di satu tempat?

Baginda menjawab: Berusahalah seboleh mungkin agar engkau tidak boleh melihat aur at orang lain dan ia pun tidak boleh melihat auratmu . Aku masih bertanya lagi: Ya Rasullullah, bagaimanakah kalau orang mandi sendirian? Baginda menjawab: Seharusla h ia lebih malu kepada Allah daripada malu kepada orang lain . (Hadis riwayat Iman Ahmad dan Abu Dawud) BATAS AURAT Semua imam mazhab mensyaratkan menutup aurat supaya sembahyang menjadi sah sebag aimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi para fuqahak mempunyai pendapat berbeza dalam menetapkan batas aurat bagi orang lelaki, hamba perempuan dan juga orang perempuan biasa (bukan hamba). Pendapat mereka secara terperinci adalah s eperti berikut: MAZHAB HANAFI Aurat orang lelaki ialah di bawah pusat hingga di bawah lutut. Maka lutut adalah aurat menurut pendapat yang asah berdasarkan Hadith berikut: Aurat orang lelaki ialah apa yang terdapat antara pusat dengan lututnya. Hadith Nabi Berdasarkan sebuah Hadith da if menurut pendapat al-Daruqutni: Lutut adalah sebahagian daripada aurat. Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir da ripadanya . (Sarah al-Nar 24:31) Aurat hamba perempuan sama dengan aurat orang lelaki. Tetapi ditambah belakang, perut dan sisinya. Ini berdasarkan perkataan Umar r.a. yang bermaksud: Buangkanlah kain tudung kepala wahai hamba perempuan. Apakah kamu menyerupai wani ta-wanita yang merdeka? Disebabkan dia (hamba perempuan) keluar dari rumah untuk keperluan tuannya denga n memakai pakaian kerjanya seperti biasa, maka dianggap sebagai muhrim (orang ya ng diharam kahwin) bagi orang lain untuk mengelakkan kerumitan. Orang perempuan (selain hamba) dan khunsa (orang yang tidak tentu sifat jantinan ya), menurut pendapat yang asah di kalangan ulama Hanafi, aurat mereka ialah selu ruh anggota tubuh sehingga rambutnya yang berjuntai, kecuali muka, kedua-dua tap ak tangan dan kedua-dua kakinya (pergelangan hingga hujung jari), baik di sebela h luar mahupun sebelah tapak menurut pendapat yang muktamad kerana darurat. Menurut pendapat yang rajih, suara bukanlah aurat. Menurut pendapat yang azhar, sebelah luar tapak tangan adalah aurat. Tetapi menurut pendapat yang asah, tapak tangan dan sebelah luarnya bukan aurat. Menurut pendapat yang muktamad, kedua-dua kaki bukan aurat semasa sembahyang. Te tapi menurut pendapat yang sahih, kedua-duanya adalah aurat dari segi penglihata n dan penyentuhan. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T.: Tempat perhiasan yang zahir ialah muka dan dua tapak tangan, sebagaimana perkata an Ibn Abbas dan Ibn Umar, dan sabda Rasulullah s.a.w.: Orang perempuan itu aurat, apabila ia keluar, maka syaitan memandang kepadanya.2

28 Dan Hadith riwayat `Aisyah yang telah disebut sebelum ini: Wahai Asma , orang perempuan apabila meningkat umur haid (umur baligh), tidak bole h dilihat padanya kecuali ini dan ini. Baginda menunjukkan kepada mukanya dan kedua-dua tapak tangannya.229 Begitu juga Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah yang telah disebutkan sebelum ini: Allah S.W.T. tidak menerima sembahyang orang perempuan yang sudah datang haid (b aligh) tanpa tudung kepala. Ditegah perempuan remaja daripada memperlihatkan mukanya di kalangan orang lelak i. Tegahan itu bukan kerana muka itu sebagai aurat, tetapi untuk mengelak timbul nya fitnah atau nafsu syahwat. Tujuan tegahan memperlihatkan mukanya adalah kera na dibimbangkan orang lelaki akan melihat mukanya yang boleh mengakibatkan timbu l fitnah. Ini kerana dengan memperlihatkan muka membolehkan orang lelaki memanda ngnya dengan keinginan syahwat. Tidak harus melihat muka orang perempuan dan pemuda yang belum tumbuh misai dan janggut (yang masih terlalu muda) dengan nafsu syahwat, kecuali kerana keperluan , seperti kadi, saksi atau pembuktian terhadapnya dan orang yang ingin meminang boleh melihatnya sekalipun timbul nafsu syahwat, tetapi dengan niat beramal deng an Sunnah Nabi, bukan untuk memuaskan nafsu. Begitu juga ketika mengubati tempat yang sakit sekadar yang diperlukan. Menurut pendapat yang muktamad di kalangan ulama Hanafi, mendedahkan satu per emp at bahagian anggota aurat (yang berat, mughallazah, iaitu kemaluan hadapan dan b elakang dan sekelilingnya, ataupun aurat ringan (mukhaffafah), iaitu selain dua kemaluan tadi) dengan tidak sengaja selama kadar melakukan satu rukun sembahyang , maka terbatal sembahyang itu. Ini disebabkan satu per empat bahagian sama hukumnya dengan seluruh bahagian, se bagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Tetapi tidak terbatal sembahyang ji ka terdedah kurang daripada satu per empat. Oleh itu, jika seseorang mendedahkan satu per empat daripada perut, paha, rambut yang berjuntai daripada kepala, kemaluan belakang, zakar, kedua-dua buah zakar atau kemaluan hadapan perempuan, maka terbatal sembahyangnya jika berlalu selama kadar melakukan satu rukun sembahyang, tetapi jikalau tidak berlalu selama kada r tersebut, maka tidak terbatal sembahyangnya itu. MAZHAB MALIKI Pendapat yang sepakat dalam mazhab ini mewajibkan menutup aurat daripada pandang an orang ramai. Ketika bersembahyang, menurut pendapat yang sahih daripada mazhab ini, diwajibka n menutup perkara berikut: Aurat orang lelaki ketika bersembahyang ialah aurat berat (mughallazah) sahaja, iaitu kemaluan hadapan, zakar berserta buah zakar dan kemaluan belakang yang ter letak antara kedua-dua papan punggung. Oleh itu, diwajibkan mengulangi sembahyan g dengan segera sekalipun terdedah kedua-dua papan punggung sahaja, ataupun terd edah ari-ari. Paha tidak dikira sebagai aurat pada pandangan mereka, hanya zakar dan buah zakar sahaja berdasarkan Hadith riwayat Anas:

Bahawa di dalam Peperangan Khaibar, Rasulullah s.a.w. telah terkoyak kain pada p ahanya, sehingga aku temampak keputihan pahanya. Aurat hamba perempuan ialah kedua-dua kemaluan dan papan punggung. Oleh itu, jik a terdedah sesuatu daripadanya atau terdedah paha seluruhnya atau sebahagian dar ipadanya, maka hendaklah diulangi sembahyang dengan segera sebagaimana juga oran g lelaki. Waktu mengulangi sembahyang bagi sembahyang Zuhur dan Asar ialah semasa matahari kekuningan. Bagi sembahyang Maghrib dan Isya pula ialah seluruh malam dan bagi s embahyang Subuh semasa naik matahari. Aurat berat (mughallazah) orang perempuan (bukan hamba) ialah seluruh badan kecu ali dada, tepi kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki (dari pan gkal paha hingga hujung jari) dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dad a sama hukumnya dengan dada. Jika terdedah aurat ringan (mukhaffafah) daripada dada atau sebahagian daripadan ya sekalipun belakang kakinya bukan perut kakinya, maka hendaklah diulangi semba hyang pada masa yang dikehendaki sebagaimana yang telah diterangkan sebelum ini, iaitu bagi waktu Zuhur dan Asar sewaktu kekuningan dan bagi waktu Maghrib dan I sya sepanjang malam dan bagi waktu Subuh ialah naik matahari. Itu adalah daripada segi sembahyang. Dari segi pandangan dan sembahyang, maka diwajibkan juga menutupnya. Tidak disya ratkan tutup aurat bagi orang lelaki dan hamba perempuan di luar sembahyang. Aur at orang perempuan (selain hamba) di hadapan orang perempuan Islam atau kafir ia lah antara pusat dengan lutut. Wajib menutup seluruh tubuh orang perempuan (selain hamba) ketika berada di hada pan lelaki asing (bukan muhrim) kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangan, k erana kedua duanya bukan aurat. Namun begitu diwajibkan juga menutup muka dan ta pak tangan supaya tidak menimbulkan fitnah. Orang lelaki tidak dibenarkan melihat dada orang perempuan muhrim dan seumpamany a, sekalipun sebab menjadi muhrim itu kerana persemendaan dan persusuan, kecuali muka dan bahagian-bahagian termasuk tengkuk, kepala dan belakang tapak kaki dan sekalipun penglihatan itu tidak menimbulkan keseronokan. Hukum tersebut berbeza dengan hukum di sisi ulama Syafi i dan para ulama lain yang m embenarkan melihat seluruh tubuh kecuali antara pusat dan lutut. Kebenaran itu a dalah sebagai kemudahan (fushah). Daripada huraian itu, jelas bahawa aurat orang lelaki dan orang perempuan dalam sembahyang terdiri daripada aurat berat (mughallazah) dan aurat ringan (mukhaffa fah). Aurat berat bagi orang lelaki ialah kemaluan hadapan dan lubang dubur. Aurat rin gan mereka ialah bahagian-bahagian selain kemaluan hadapan dan lubang dubur yang terdapat di antara pusat dan lutut. Aurat berat bagi hamba perempuan ialah kedua-dua papan punggung dan yang terdapa t di antara seperti lubang dubur, kemaluan hadapan dan yang di atas daripada ari -ari. Aurat ringan baginya ialah paha dan apa yang terdapat di atas ari-ari sehi ngga pusat. Aurat berat bagi orang perempuan (selain hamba) ialah seluruh tubuhn ya kecuali kaki, tangan, dada dan bahagian belakang yang bersetentang dengan dad a. Aurat ringan baginya ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tangannya. Oleh itu, jika seseorang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat berat

, sedangkan ia tahu dan berdaya untuk menutupinya sekalipun dengan membeli atau meminjam, menurut pendapat yang rajih, maka terbatal sembahyangnya dan hendaklah diulangi menurut pendapat yang masyhur di kalangan ulama Maliki. Sebaliknya, seseorang yang melakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat rin gannya, maka tidak terbatal sembahyangnya sekalipun hukum membuka aurat ringan i alah makruh dan diharamkan melihat nya. Walaupun begitu, digalakkan orang yang m elakukan sembahyang dalam keadaan terdedah aurat ringannya supaya mengulangi sem bahyangnya itu dalam waktu darurat (bagi Zuhur dan Asar ialah waktu kekuningan, Maghrib dan Isya pula ialah sepanjang malam dan Subuh waktu terbit matahari). Diharamkan melihat aurat ketika terdedah, sekalipun tidak menimbulkan keseronoka n. Tetapi melihatnya ketika tertutup hukumnya harus kecuali jika diintai dari se belah atas penutupnya, maka hukumnya adalah tidak harus. Aurat dinisbah dari segi pandangan bagi orang lelaki ialah apa yang terdapat ant ara pusat dengan lutut. Aurat orang perempuan ketika berada di hadapan orang lel aki asing ialah seluruh badannya kecuali muka dan kedua-dua belah tapak tanganny a dan ketika berada di hadapan muhrimnya seluruh tubuhnya kecuali muka, kepala, tengkuk, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki. Tetapi jika dibimbangi menimbulkan keseronokan, maka haram mendedahkan perkara-perkara tadi. Pengharam an itu bukan kerana perkara tersebut menjadi aurat, tetapi kerana dibimbangi men imbulkan keseronokan. Orang perempuan dengan orang perempuan atau dengan muhrimn ya sama seperti lelaki dengan lelaki, boleh dilihat selain yang terdapat antara pusat dengan lutut. Bahagian yang boleh dilihat oleh orang perempuan pada orang lelaki asing adalah sama dengan hukum orang lelaki dengan muhrim-muhrimnya, iaitu boleh dilihat pada muka, kepala, kedua-dua belah tangan dan kedua-dua belah kaki. MAZHAB SYAFI`I Aurat orang lelaki ketika bersembahyang, tawaf dan ketika berada di hadapan oran g lelaki asing dan orang perempuan yang muhrim ialah antara pusat dengan lututny a. Ini berdasarkan riwayat al Harith bin Abi Usamah daripada Abu Usamah daripada Abu Said al-Khudri r. a.: Aurat orang MU min ialah antara pusat dengan lututnya. Dan riwayat al-Baihaqi: Dan apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan h amba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya. Dan banyak Hadith yang diriwayatkan tentang penutupan paha sebagai aurat. Antara nya ialah Hadith: Janganlah kamu mendedahkan pahamu dan janganlah kamu melihat paha orang hidup da n orang mati. Dan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Jarhad al-Aslami: Tutuplah pahamu, sesungguhnya paha itu aurat Menurut pendapat yang sahih di kalangan ulama` Syafi i, pusat dan lutut tidak diki ra sebagai aurat. Ini berdasarkan Hadith riwayat Anas yang menceritakan Nabi Muh ammad s.a.w. mendedahkan pahanya, sebagaimana yang diterangkan dalam Mazhab Mali ki sebelum ini. Tetapi diwajibkan menutup sebahagian lutut supaya tertutup juga paha dan begitu juga sebahagian pusat supaya tertutup, juga bahagian di bawah pu

sat, kerana apabila tidak sempurna kewajipan kecuali dengan sesuatu, maka sesuat u itu juga menjadi wajib sebagaimana yang telah dijelaskan oleh ulama Syafi i, Hanb ali dan Maliki dalam Usul al-Fig h.236 Aurat lelaki ketika berada di hadapan perempuan asing (bukan muhrim) daripada se gi penglihatan ialah seluruh tubuhnya, dan ketika keseorangan hanya dua kemaluan sahaja. Hujah ulama Maliki yang bersandarkan kepada Hadith riwayat Anas dan Aisya h yang membuktikan bahawa paha bukan sebahagian daripada aurat ditolak dengan em pat alasan: Hadith tersebut menceritakan perbuatan, sedangkan hujung paha dibenar didedahkan khususnya ketika peperangan dan permusuhan dan Usul al-Filth menetapkan bahawa perkataan lebih kuat hujahannya daripada perbuatan. Hadith yang diriwayatkan oleh Anas dan `Aisyah tidak dapat menguatkan penentanga n terhadap perkataan-perkataan ulama yang sahih lagi umum. Hadith yang diriwayatkan oleh `Aisyah dalam Sahih Muslim adalah diragui. Hadith itu bermaksud: Bahawa Rasulullah s.a.w. berbaring di rumahku sedangkan kedua-dua paha atau betis nya terdedah. Betis tidak dikira sebagai aurat menurut ijma` ulama , maka bahagian yang terdedah itu diragui apakah betis ataupun paha yang terdedah. Pendedahan paha yang menjadi isu dalam peristiwa ini adalah khusus bagi Nabi Muh ammad s.a.w. kerana tidak ada bukti yang menunjukkan Bahawa perbuatan itu menjad i ikutan. Oleh itu, wajib berpegang dengan perkataan-perkataan yang jelas menunj ukkan Bahawa paha adalah sebahagian daripada aurat. Aurat hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki menurut pendapat yang asah , kerana kepala dan tangan hamba perempuan dan orang lelaki dikira bukan aurat d an kerana kepala dan tangan adalah anggota yang terpaksa dibuka untuk digunakan. Aurat orang perempuan (selain hamba) dan juga khunsa (orang yang tidak tentu jan tinanya atau yang mempunyai kedua-dua organ jantina) ialah pada seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan, sama ada belakang tapak tangan atau pe rut tapak tangan yang meliputi dari hujung jari hingga ke pergelangan tangan. In i berdasarkan firman Allah S.W.T.: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir da ripadanya . Surah at-Nur 24:31 Ibn Abbas dan `Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang zahir itu ialah muka dan kedua-dua tapak tangan kerana Nabi Muhammad s.a.w. melarang oran g perempuan yang berihram (sama ada untuk mengerjakan haji atau umrah) daripada memakai sarung tangan dan penutup muka. Jika muka dikira sebagai aurat, nescaya tidak diharamkan menutupnya semasa berih ram. Kerana terpaksa dibuka muka untuk keperluan berjual beli dan membuka tapak tangan untuk keperluan mengambil dan memberi sesuatu, maka ia tidak dikira sebag ai aurat. Jika terdedah sebahagian daripada aurat ketika bersembahyang sedangkan berupaya menutup kedua-duanya, maka terbatal sembahyang itu, kecuali jika terdedah diseba bkan oleh tiupan angin atau kerana terlupa dan ditutup dengan segera, maka tidak terbatal sembahyang itu sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini. Jika ter dedah aurat bukan kerana tiupan angin atau dengan sebab binatang atau kanak-kana k yang belum mumaiyiz, maka terbatal sembahyang itu.

Orang lelaki tidak wajib menutup auratnya daripada pandangannya sendiri, tetapi makruh melihat auratnya. Aurat orang perempuan, (selain hamba) semasa di luar sembahyang dan di hadapan o rang lelaki asing (bukan muhrim) ialah seluruh badannya dan semasa di hadapan or ang perempuan kafir juga seluruh badannya kecuali anggota yang terpaksa dibuka u ntuk keperluan pekerjaan dan menunaikan hajat. Adapun semasa di hadapan orang pe rempuan Islam dan orang lelaki muhrim, auratnya ialah antara pusat dengan lututn ya. Dalil seluruh utama tentang kewajipan menutup aurat dan tegahan terhadap orang le laki daripada melihat aurat lelaki lain, dan tegahan terhadap orang perempuan da ripada melihat aurat orang perempuan lain ialah Hadith riwayat Abu Sa id al-Khudri: Orang lelaki tidak boleh memandang aurat orang lelaki lain dan orang perempuan t idak boleh memandang aurat orang perempuan lain, dan orang lelaki tidak boleh ti dur bersama-sama orang lelaki lain dalam satu pakaian dan orang perempuan tidak boleh tidur bersama sama orang perempuan lain dalam satu pakaian. Hadith riwayat Bahzu bin Hakim daripada ayahnya daripada datuknya yang bermaksud : Aku berkata, `Wahai Rasulullah s. a.w., aurat apakah boleh kita dedahkannya dan apakah ditega h? Sabdanya, `Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu. Kataku, `Sekiranya orang ramai? Sabdanya, Jika terdaya mengelak daripada dilihat oleh sesiapa pun, maka jangan dibiarkan di lihat. Kataku, `Jika salah seorang daripada kami berkeseorangan? Sabdanya, `Maka Allah Taala lebih utama untuk malu kepada-Nya. 240

Hadith itu menunjukkan tidak harus bertelanjang di tempat kosong dan ia disokong oleh Hadith riwayat Ibn Umar menurut alTirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. telah b ersabda: Janganlah kamu bertelanjang, sesungguhnya bersama-sama kamu ada (malaikat) yang tidak berpisah dari kamu kecuali ketika kamu membuang air dan ketika seseorang l elaki itu berseronok-seronok dengan ahlinya, maka malulah kepada mereka (malaika t) dan hormatilah mereka Al-Bukhari mengatakan harus bertelanjang ketika mandi berdasarkan kisah Nabi Mus a dan Nabi Ayub.

MAZHAB HANBALI Aurat orang lelaki ialah apa yang ada antara pusat dengan lututnya. Ini berdasar kan Hadith yang telah disebutkan sebelum ini dan yang dipakai oleh ulama Hanafi d an Syafi i sebagai dalil mereka. Tetapi pusat dan lutut bukan aurat. Ini berdasark an Hadith riwayat Umru bin Shu aib yang telah disebutkan sebelum ini: Bahawa apa yang di bawah pusat sehingga lutut adalah aurat. Dan Hadith Abu Ayyub al-Ansari: Di bawah pusat dan di atas kedua-dua lutut ialah aurat.242 Alasannya bahawa lutut ialah batas bukan aurat seperti pusat. Orang khunsa musyk il (seseorang yang mempunyai dua organ jantina) yang tidak jelas sama ada lelaki ataupun perempuan tidak d1wajibkan menutup aurat oleh kerana tidak jelas sifatn ya. Di samping itu, agar sembahyang menjadi sah, menurut yang zahir daripada mazhab ini diwajibkan ke atas orang lelaki menutup salah satu bahunya sekalipun dengan kain yang nipis yang boleh menjelaskan warna kulit kerana kewajipan menutup bahu adalah berdasarkan Hadith: Janganlah seseorang lelaki itu melakukan sembahyang di dalam satu kain yang tida k ada sesuatu apa pun di atas bahunya.24s Larangan tersebut menunjukkan pengharaman dan lebih diutamakan daripada qiyas. A bu Daud meriwayatkan daripada Buraidah: Rasululah s.a.w. melarang seseorang daripada melakukan sembahyang di dalam selim ut dan menutup bahu (seperti selimpang) dengannya_ Sebaliknya, seseorang yang mempunyai sesuatu yang hanya dapat menutup sama ada a urat sahaja atau baju sahaja, maka hendaklah dia menutup auratnya dan wajib semb ahyang secara berdiri. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: Jika kain itu luas, maka selisihkan dan ikatkan kedua-dua tepinya dan jika ia se mpit, maka ikatkan kuat-kuat pada pinggangnya. Orang lelaki hendaklah menutup auratnya daripada penglihatan orang lain, bahkan daripada penglihatannya sendiri ketika sedang mengerjakan sembahyang. Jika terna mpak auratnya melalui saku bajunya yang terbuka luas apabila rukuk` atau sujud, maka hendaklah dikancingkannya atau seumpamanya supaya ia tertutup. Ini kerana p erintah menutup aurat itu adalah umum. Begitu juga diwajibkan menutup aurat sekalipun ketika keseorangan atau di dalam gelap. Ini berdasarkan Hadith riwayat Bahzu bin Hakim yang telah disebut sebelum ini yang bermaksud: Pelihara olehmu aurat kamu melainkan daripada isterimu atau hamba milikmu .

Tidak diwajibkan menutup aurat dengan tikar, tanah, Lumpur berada di dalam parit , kerana benda-benda itu tidak tetap dan di dalam parit pula menyusahkan. Tidak terbatal sembahyang jika terdedah sebahagian kecil aurat. Ini berdasarkan riwaya t Abu Daud daripada Umru bin Salmah yang terdedah kain tutupnya ketika sujud ker ana singkat. Jika terdedah sebahagian besar daripada aurat, maka terbatal sembah yang. Perbezaan sama ada aurat yang terdedah kecil atau besar adalah menurut keb iasaan.

Sebaliknya, jika terdedah sebahagian besar daripada aurat dengan tidak sengaja d an ditutup pada ketika itu juga tanpa berlalu masa panjang, maka tidak terbatal sembahyang. Ini di sebabkan pendek masa sama pendek dengan ukuran. Tetapi jika b erlalu masa yang panjang atau sengaja dibuka, maka terbatal sembahyang itu secar a mutlak. Aurat hamba perempuan sama seperti aurat orang lelaki, iaitu apa yang ada antara pusat dengan lutut menurut pendapat yang rajih. Ini berdasarkan Hadith riwayat Umru bin Shuaib (Hadith marfuk yang telah disebutkan sebelum ini yang bermaksud: Dan apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan h amba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuan itu melihat auratnya. Aurat orang perempuan yang sudah baligh (selain hamba) ialah seluruh tubuhnya ke cuali muka. Menurut pendapat yang rajih daripada dua riwayat di kalangan ramai u lama , kedua-dua tapak tangan juga terkecuali. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir da ripadanya . Surah al-Nur 24:31 Ibn Abbas dan Aisyah r.a. berkata bahawa yang dimaksudkan dengan yang zahir iala h muka dan kedua-dua tapak tangan dan tidak boleh mendedah selain muka dan kedua -dua tapak tangannya semasa sembahyang. Ini berdasarkan Hadith-hadith yang telah disebutkan sebelum ini menurut pendapat ulama Syafi i. Dalil yang mewajibkan tutup kedua-dua kaki ialah Hadith riwayat Ummu Salamah yan g bermaksud: Aku bertanya, Wahai Rasulullah, adakah orang perempuan bersembahyang dengan memakai baju dan tu dung kepala tanpa sarung? Baginda menjawab: Ya, jika bajunya labuh, maka tutupilah belakang kakinya-146 Hadith tersebut menunjukkan wajib menutup kedua-dua belah kaki kerana ia kawasan yang tidak boleh dibuka semasa berihram haji dan umrah, maka tidak boleh juga d idedahkan ketika bersembahyang seperti kedua-dua betis. Memadai bagi orang perempuan menggunakan pakaian yang cukup untuk menutup bahagi an yang wajib sahaja. Ini berdasarkan Hadith riwayat Ummu Salamah yang tersebut tadi. Tetapi digalakkan melakukan sembahyang di dalam baju yang labuh yang dapat menutup kedua-dua kakinya dan tudung kepala yang boleh menutup kepala dan tengk uk dan selendang yang diselimuti dari atas baju. Hukum terdedah aurat orang perempuan, selain muka dan kedua-dua tapak tangan, sa ma ada kecil atau besar adalah sama hukumnya dengan kes orang lelaki seperti yan g telah dibincang kan sebelum ini. Aurat orang perempuan di hadapan orang lelaki muhrimnya ialah seluruh tubuh kecuali muka, tengkuk, kedua-dua belah tangan, ka ki dan betis. Sebagaimana pendapat ulama Syafiei juga, ulama Hanbali mengatakan bahawa seluruh t ubuh orang perempuan sehingga muka dan kedua-dua tapak tangan, di luar sembahyan g, ialah aurat. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang telah disebutkan sebelum i ni yang bermaksud: Orang perempuan adalah aurat. Diharuskan mendedah aurat untuk b erubat, bersendirian di bilik air, bersunat, untuk mengetahui pencapaian umur ba ligh, untuk mengetahui dara dan bukan dara dan kecacatan.

Aurat orang perempuan Islam (selain hamba) di hadapan orang perempuan kafir menu rut pendapat ulama Hanbali adalah sama seperti auratnya di hadapan orang lelaki m uhrim, iaitu apa yang ada di antara pusat dengan lutut. Menurut pendapat jumhur, seluruh tubuh kecuali yang terdedah ketika melakukan pekerjaan rumah. Punca perselisihan ialah pentafsiran bagi ayat al-Qur an dalam Surah al-Nur, iaitu firman Allah S.W.T: Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka, melainkan kepada sua mi mereka, atau perempuan-perempuan Islam . Surah al-Nur 24:31 Menurut pendapat ulama Hanbali dan para ulama lain, ganti nama bihinna (mereka) me ncakupi orang perempuan secara umum tanpa perbezaan antara Islam dengan kafir. J usteru itu, harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan perhiasan tubuhnya k epada orang perempuan kafir, sama dengan apa yang harus baginya memperlihatkan k epada orang perempuan Islam. Menurut pendapat jumhur ganti nama bihinna di sini ialah khusus bagi orang perem puan Islam sahaja, iaitu khusus bagi persahabatan dan persaudaraan Islam. Juster u itu, tidak harus bagi orang perempuan Islam memperlihatkan apa pun daripada pe rhiasan tubuhnya kepada orang perempuan kafir.247 Jelas kepada kita bahawa pendapat ulama Hanbali dan ulama Hanafi adalah lebih utam a kerana ia bersepakat dengan Hadith yang menyuruh kanak-kanak yang berumur tuju h tahun supaya bersembahyang dan dipukul apabila meningkat umur 10 tahun jika ti dak sembahyang. Bahagian Aurat Terpisah daripada Tubuh Badan Menurut pendapat ulama Hanafi dan Syafi i, diharamkan melihat aurat lelaki sama ada bahagian yang menjadi aurat itu masih sedaging dengan tubuh badan atau sudah te rpisah daripada tubuh badan seperti rambut, lengan ataupun peha. Menurut pendapat ulama Hanbali bahagian aurat yang terpisah daripada tubuh badan tidak diharamkan melihatnya kerana hilang kehormatannya apabila terpisah. Menurut pendapat ulama Maliki harus melihat bahagian aurat yang sudah terpisah da ripada tubuh ketika pemiliknya masih hidup. Tetapi diharamkan melihatnya sesudah dia mati sama seperti bahagian aurat yang masih sedaging dengan tubuh badan. Suara Orang Perempuan Menurut pendapat jumhur, suara orang perempuan tidak dikira sebagai aurat, keran a para sahabat mendengar suara isteri-isteri Nabi Muhammad s.a.w. untuk mempelaj ari hukum-hukum agama. Tetapi diharamkan mendengar suaranya yang berbentuk lagu dan irama sekalipun bacaan al-Qur an, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah. (KITAB FIQH 4 MADZAB)