Anda di halaman 1dari 3

ICT MERUPAKAN SATU FAKTOR YANG BOLEH DITERAPKAN DALAM FUTURE SCHOOL.

PERANAN ICT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK

1. Mengorganisasi dan Mengukuhkan Pemikiran Matematik Melalui penggunaan ICT, data mentah atau maklumat yang dikutip dapat disusun dan dipersembahkan dalam pelbagai bentuk seperti jadual, carta atau graf. ICT juga membenarkan murid

memanipulasikan data-data dan melaksanakan aktiviti-aktiviti penerokaan dan penyiasatan yang dapat mengukuhkan

kefahaman konsep-konsep matematik.

2. Menyampaikan Pemikiran Matematik Secara Tepat dan Jelas Melalui penggunaan ICT murid dapat menyampaikan idea yang diperoleh untuk dikongsi dan meyakinkan rakan sebaya.

Contohnya, dengan menggunakan perisian geometri murid boleh menyampaikan hasil penemuan mereka dengan tepat dan jelas.

3. Membantu Matematik

Murid

Menganalisis

dan

Menilai

Pemikiran

ICT boleh membantu murid melahirkan sesuatu idea matematik secara mudah, cepat dan jelas. Aktiviti menganalisis, menyiasat dan menilai seperti ini dapat meneguhkan dan memantapkan pemahaman murid tentang sesuatu konsep matematik.

4. Mendapatkan Maklumat dan Idea Matematik dengan Cepat Melalui ICT, murid dapat meneroka dan melayari laman web untuk mendapat maklumat terkini berkaitan dengan sesuatu konsep atau kemahiran dengan cepat. Seterusnya maklumat yang diperoleh dapat disimpan secara kekal dalam komputer untuk tujuan rujukan atau refleksi.

5. Membantu Murid Membuat Visualisasi Media interaktif bergambar pada perisian pendidikan atau cakera video (VCD) boleh menunjukkan kemampuan yang unik untuk pengajaran topik-topik yang melibatkan situasi tertentu, permainan atau penyelesaian masalah. Kandungan pembelajaran yang bergambar dan dianimasikan, membolehkan pembelajaran

matematik lebih menarik dan berkesan.

6. Meningkatkan Motivasi Dalam Pembelajaran Matematik Melalui sumber-sumber ICT yang mempunyai unsur visual dan interaktif seperti perisian, kalkulator grafik, cakera video dan lainlain, dapat memfokus minat murid terhadap matematik. Dengan bantuan ICT seperti ini, motivasi murid dalam pembelajaran matematik dapat dipertingkatkan.

7. Mempercepatkan

Proses

Penyelesaian

Masalah

Dan

Meningkatkan Daya Kreativiti Dengan penggunaan ICT, murid dapat menyelesaikan masalah dengan cepat dan berkemampuan mengubahsuaikan masalah tersebut kepada masalah baru yang berkaitan. Kreativiti begini dapat meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan

kemahiran matematik.