Anda di halaman 1dari 10

Ilmu pendidikan Tajuk : Bandingbezakan pemikiran kritis dan pemikiran kretif.

Bincangkan lima cara bagaimana anda boleh meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis dan kretif pelajar-pelajar anda. Nama Pembentang : Abdul Malik B. Ramli Meor Ikhwan Iskandar B. Abdul Halim

DEFINISI

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS

Kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah

KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

Kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "

Bil.

aspek

pemikiran kritis

Pemikiran kreatif

1.

definisi

Suatu penerokaan yang bertujuan mengkaji situasi, fenomena, persoalan atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi maklumat yang ada. John Dewey : pemikiran kritis adalah berfikir secara serius(mendalam) dan seterusnya membuat pertimbangan daripadanya.

Suatu jenis pemikiran di mana seseorang dapat memikirkan pelbagai idea baru yang belum difikirkan oleh orang lain untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

2.

ciri-ciri

Pemikiran yang agak statik, dan hanya memikirkan perkara-perkara umum. Pemikiran yang kebiasaan difikir oleh umum. melafazkan idea dengan cara kajian dan penilaian untuk menghasilkan keputusan yang terbaik.

Sengaja menghasilkan idea baru serta fikiran baru. Mengutamakan cara-cara yang berbeza untuk melihat sesuatu. Melafazkan fikiran dengan caracara yang unik dan berbeza untuk melihat sesuatu yang difikirkan.

Amat selektif dalam membuat Tidak berminat untuk mengikuti sesuatu keputusan sehingga idea-idea yang sedia ada dalam melahirkan keputusan. persekitaran. memikirkan alasan, kritikan, sebab, punca dan faktor-faktor lain dalam menyelesaikan masalah. Memikirkan cara-cara baru untuk mencadangkan penyelesaian pada sesuatu masalah yang wujud

3.

Corak pemikiran

Menjurus kepada pemikiran yang perinci.

Gaya berfikir di luar kotak

3.

Penyelesaian masalah

pemikiran kritis bersifat selektif, iaitu menekankan pemilihan jalan penyelesaian yang terbaik

pemikiran kreatif bersifat genaratif, iaitu berminat mengenal pasti sebanyak mungkin jalan penyelesaian

4.

Contoh aplikasi dalam kehidupan

Seorang jurujual kad prabayar menjual produknya dengan memberikan pelbagai alasan dan sebab kenapa produknya harus dibeli pengguna.

Seorang CEO syarikat Ajinomoto mencadangkan supaya lubang pada botol serbuk Ajinomoto ditebuk dengan lebih luas. Supaya pengguna menggunakan produk itu dengan lebih banyak dan secara tidak langsung dapat mempertingkatkan jualan syarikat.

5.

kelemahan

Seseorang yang berfikiran kritis lebih cenderung dalam mengkritik sesuatu sebelum mengambil langkah penyelesaian masalah dan lebih bersifat defensive dalam kehidupannya.

Seseorang yang berfikiran dengan fikiran kreatif lebih berkeyakinan dalam kehidupan dan sentiasa melihat sesuatu masalah itu dengan positif. Akan tetapi kurang keseriusan dalam menghadapi sesuatu masalah dan sambil lewa.

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS


1. Menggunakan strategi berpusatkan murid 2. Menguruskan fakta secara sistematik dan tersusun 3. Mengarah soalan-soalan yang sesuai dengan tahap kognitis murid-murid supaya murid-murid boleh menilai semua fakta untuk tujuan menyelesaikan masalah. 4. Memberi soalan-soalan yang lebih sukar kepada murid yang lebih bijak. 5. Menggalakkan perbincangan dan aktiviti menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. 6. Mengarah murid murid untuk melihat perspektif yang berbeza-beza. 7. Mengarah murid-murid membandingkan isi-isi yang diberikan oleh rakan sebaya

CARA MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF

i. Guru-guru boleh melatih minda murid-murid dengan mengemukakan soalan-soalan yang terbuka dan relevan. ii. Guru boleh meningkatkan darjah kesukaran soalan yang diberikan ketika didalam kelas. iii. Ketika membuat latihan, guru mesti bermula dengan soalan yang mudah dan berakhir dengan soalan yang susah. iv. Guru tidak boleh terlalu mengonkong murid, galakan murid berfikir diluar kotak. v. Guru-guru perlu memperkenalkan strategi pengajaran penyoalan dan penyelesaian masalah. vi. Perbanyakkan aktiviti sumbangsaran, perbahasan dan debat.