Anda di halaman 1dari 4

KERJA KURSUS

KURSUS : MATEMATIK ASAS KRM3013

KUMP : SEMESTER 4

TARIKH MULA : 6 OKTOBER 2012

TARIKH HANTAR : 2 DECEMBER 2012

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir kursus ini, anda diharap dapat: 1. Mempelajari corak-corak nombor, pemfaktoran dan gandaan, segi empat sama dan nombor-nombor negatif 2. Mempelajari dan mengguna pecahan, perpuluhan dan peratusan secara berkesan di dalam situasi berkaitan 3. Menghargai penggunaan nisbah di dalam kehidupan seharian

OBJEKTIF KERJA KURSUS Di akhir kerja kursus ini, adalah diharapkan pelajar-pelajar dapat : 1. Mengenalpasti pola nombor dan menghayati penggunaannya dalam komunikasi formal dan tidak formal bagi pengiraan asas dan dalam membuat anggaran. 2. Membuat pertimbangan dan inferens yang rasional dan bermakna berdasarkan pengetahuan tentang nombor, pecahan, perpuluhan, peratusan, nisbah dan wang secara keseluruhan. 3. Merancang satu pelan simpanan bagi mendapatkan penjimatan yang maksimum daripada wang deposit yang dibuat melalui pengalaman pembelajaran 4. Membuat refleksi pengalaman pembelajaran secara individu.

TUGASAN KERJA KURSUS ( 60% ) Kandungan kursus matematik asas bertujuan menimbulkan kesedaran dan penghayatan nilai-nilai matematik di dalam kehidupan seharian. Pelajar-pelajar sewajarnya boleh membuat keputusan yang bijak dan tepat dengan menggunakan pengetahuan dan kemahiran asas matematik yang diperolehi dalam kursus ini.

TUGASAN Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran asas matematik yang telah dipelajari, anda dikehendaki merancang dan menyediakan satu rancangan pelan penyimpanan wang deposit tetap untuk tabungan simpanan pendidikan anak. Wang yang diberi dan diperuntukkan untuk disimpan dan dilabur di dalam bank atau institusi kewangan yang diiktiraf adalah sebanyak RM100,000 (Satu ratus Ribu sahaja). Seterusnya anda dikehendaki menggunakan peruntukan ini untuk membuat perancangan pembiayaan pendidikan tinggi dua orang anak anda selepas mereka meninggalkan sekolah menengah. Anda juga perlu bijak merancang dan menggunakan peruntukan secara optimum dalam menyediakan keperluan yang sesuai dan berfaedah untuk keselesaan anak-anak anda semasa pengajian mereka. Untuk penjimatan dan keuntungan yang maksimum, anda dinasihatkan untuk membuat tinjauan perbandingan antara beberapa buah bank atau institusi kewangan yang diiktiraf di sekitar tempat anda yang memberi tawaran kadar yang terbaik.

ARAHAN 1. Dalam kumpulan 6/5 orang ahli sediakan laporan berkaitan dengan perancangan dan pengurusan pelan tersebut. 2. Laporan hendaklah mengandungi : 2.1 Perbandingan pelan pinjaman dan faedah yang ditawarkan oleh pihak bank atau institusi kewangan 2.2 Senaraikan keistimewaan dan faedah yang ditawarkan oleh pihak bank atau institusi kewangan bagi menarik pelabur atau penyimpan ke dalam skim penyimpanan yang tersebut. 2.3 Kirakan anggaran perbandingan jumlah wang yang diperolehi selepas tempoh matang daripada pelaburan atau penyimpanan tersebut. 3. Laporan juga hendaklah menunjukkan aplikasi penggunaan pengiraan dan operasi matematik yang mungkin melibatkan pengetahuan tentang nombor, pecahan, perpuluhan, peratusan, nisbah, perkadaran dan wang secara keseluruhan.

4. Kepilkan dokumen atau iklan tawaran pinjaman daripada bank-bank atau institusi kewangan sebagai bukti tinjauan perbandingan kadar yang telah anda buat 5. Tulis satu refleksi (dalam 200 perkataan) mengenai pengalaman anda semasa menyediakan tugasan ini secara individu. KEPERLUAN TUGASAN 1. Laporan tugasan dan refleksi individu hendaklah disediakan mengguna MS Word, Arial font 12 , 1 langkau, kertas putih bersaiz A4. 2. Semua maklumat, data dan pengiraan yang berkaitan perlu ditunjukkan dengan jelas dan kemas. 3. Plagiarism atau meniru kerja orang lain adalah dilarang. 4. Berkongsi tugasan dengan kumpulan lain adalah tidak dibenarkan sama sekali. 5. Refleksi individu hendaklah dikepilkan bersama dengan laporan tugasan kumpulan dan dibukukan bersama. 6. Kulit laporan tugasan kumpulan hendaklah menggunakan kertas berwarna yang mengandungi maklumat seperti di bawah.

TUGASAN KERJA KURSUS MATEMATIK PERANCANGAN PELAN PENYIMPANAN WANG DEPOSIT TETAP UNTUK TABUNGAN

Nama ahli : ____________ (No.KP : ___ ) _____________ (No.KP : ___ ) _____________ (No.KP : ___ ) M/Pelajaran Kumpulan Pensyarah Tarikh serah : : : : MATEMATIK ASAS (KRM 3013) 2 December 2012

7. Tugasan hendaklah diserahkan pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan melalui wakil dengan menandatangani borang serahan tugasan kerja kursus. 8. Tugasan yang lewat diserah akan ditolak markah.

CIRI-CIRI TUGASAN YANG BAIK 1. Mempunyai kandungan dan konsep matematik yang betul, lengkap, padat dan kemas. 2. Menggunakan laras bahasa akademik dan perkataan yang sesuai dalam menyediakan laporan. 3. Menunjukkan bukti berbentuk rujukan, dokumen, flyers, brosur, atau bahan-bahan lain untuk menyokong tugasan. 4. Mempamerkan hasil kerja yang menarik dan menunjukkan kefahaman yang mendalam serta perbincangan yang kritis dan releven dalam menyempurnakan tugasan.

KRITERIA PEMBERIAN MARKAH Tugasan diberi markah berpandukan ciri-ciri/ kriteria yang telah ditetapkan untuk kursus ini. Kriteria Penilaian Kandungan tugasan Perbincangan kritis dan reflektif Bahasa dan Persembahan Bahan sokongan dan rujukan JUMLAH Markah 40 30 20 10 100

TEMPOH TUGASAN TARIKH MULA : 6 OKTOBER 2012 TARIKH HANTAR : 2 DECEMBER 2012