Anda di halaman 1dari 11

Isl minggu 12 : Tokoh personaliti yang dikagumi (Nabi Muhammad S.A.

W)
PENGENALAN Sebagai pemimpin yang dipilih oleh Allah, tentunya Baginda dirancang sedemikian rupa untuk menjadikan Baginda pemimpin mithali. Kehidupan Baginda yang yatim, hidup dalam suasana kehidupan yang serba sederhana menjadi batu asas penting dalam proses pemupukan sifat kepemimpinan Baginda. Dengan kehendak dan pemeliharaan Allah, Baginda dapat membataskan diri Baginda dari perkara yang merosakkan dan tidak berfaedah. Baginda akhirnya menjadi manusia yang paling dipercayai yang digelar al-amin oleh seluruh masyarakat di zamannya. PEMIMPIN MASYARAKAT Nabi Muhammad s.a.w. memang sudah terkenal sebagai pemimpin masyarakat yang dihormati sejak sebelum menjadi rasul lagi, dan Baginda juga terkenal sebagai seorang yang amanah (alAmin) di kalangan masyarakat Makkah. Akan tetapi oleh kerana ajaran Islam yang dibawanya menyebabkan kepimpinannya diketepikan begitu sahaja oleh masyarakat Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w. memiliki kualiti tinggi yang boleh memikat hati sesiapa sahaja yang baginda dampingi dan menjadi pujaan para pengikut Baginda. Baginda sangat baik, lemah lembut, merendah diri dan pengasih serta dapat memenangi hati orang ramai yang bersedia bekorban apa saja untuk Baginda. Satu gambaran yang paling baik, mendalam dan wajar tentang Nabi Muhammad s.a.w. telah diberi oleh Umm Mubad, tuan khemah yang telah disinggahi Rasulullah s.a.w. ketika dalam perjalanan Baginda ke Madinah. Beliau telah memberi gambaran tentang Baginda kepada suaminya. Baginda memiliki rupa yang kacak, muka yang cerah,perwatakan yang disayangi orang, menarik, rambut panjang dan tebal, suara yang terang, mata besar dan hitam, tidak bercakap banyak, ramah mesra, memikat dan mempesonakan ketika jauh, manis dan memikat ketika dekat, ucapan dan kata-kata yang jelas, berkata-kata ketika perlu,saiz yang sederhana, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi, seperti sesuatu yang segar dari taman yang indah dan kelihatan menarik serta sempurna binaanya. (Naeem Siddiqi. 1978:32) Apabila berlakunya hijrah ke Madinah dan terbentuknya masyarakat Islam Madinah yang dianggotai kaum Muhajirin dan Ansar, sifat-sifat kepimpinan baginda dalam masyarakat terserlah kembali, malah keadaannya lebih hebat lagi. Sebagai bukti, Baginda telah berjaya menyatukan semula masyarakat Madinah yang berbilang agama dan keturunan setelah berlaku perpecahan begitu lama. Di samping itu, Baginda mengeratkan lagi hubungan di kalangan masyarakat Islam sendiri melalui usaha gigihnya melalui persaudaraan antara kaum Muhajirin dan Ansar. Melalui penyatuan ini, sama ada sesama Islam atau antara orang Islam dengan bukan Islam menyebabkan masyarakat Madinah menjadi kuat, aman dan stabil dari segi politik dan ekonominya.

Bagi mengekalkan perpaduan masyarakat Madinah, Baginda menyeru supaya mereka bekerjasama dan bantu-membantu serta sama-sama memikul tanggungjawab mempertahankan Kota Madinah. Perkara ini dinyatakan dalam Piagam Madinah. Begitu juga dinyatakan mengenai prinsip kebebasan beragama. Di samping menghormati agama Islam dan nilai-nilai Islam, ia juga tidak menafikan agama-agama lain dan adat budaya orang bukan Islam. Struktur masyarakat yang berbilang agama, keturunan dan suku kaum dikekalkan seperti yang sedia ada serta dihormati. Ketua-ketua suku diberikan peranan khusus bagi mengendalikan anggota-anggota suku masing-masing. Sebagai contoh, sebelum hukuman dijatuhkan ke atas kaum Yahudi kaum Bani Quraizah yang berkomplot menentang kerajaan Islam bersama kaum Musyrikin Quraisy, Nabi Muhamad (saw) menyerahkan kuasanya kepada Sad bin Ubadah, ketua kaum Khazraj dan Sad Muadh, ketua suku kaum Aus untuk menjalankan penyiasatan. Setelah terbukti kesalahan Bani Quraizah, maka baginda menyerahkan kepada Sad bin Muadh untuk menentukan hukumannya kerana beliau lebih arif mengenai kedudukan Bani Quraizah. Bukankah ini suatu penyelesaian bijak sebagai seorang pemimpin masyarakat dalam mengendalikan masalah-masalah rumit seperti itu. Kewujudan suku-suku atau puak-puak secara secara terpisah-pisah begitu hanya dapat menyelesaikan masalah-masalah dalaman sahaja. Bagi mengendalikan masalah-masalah yang lebih besar di peringkat yang lebih tinggi atau di peringkat antarabangsa memerlukan suatu ikatan yang lebih besar pula. Dengan sebab itulah konsep ummah (komuniti) diwujudkan. Menerusi ikatan perpaduan ummah batas-batas suku atau kaum dengan kaum dengan sendirinya terhapus kerana konsep ummah mempunyai pengertian dan implikasi yang lebih luas. Di samping itu, ikatan akidah dan ketakwaan di kalangan ummah Islam memberikan makna dan implikasi sejagat. Bukanlah ini merupakan suatu dasar demokratik yang adil lagi bijaksana? Apabila masyarakat Madinah menjadi kukuh dan stabil, maka timbullah perasaan iri hati dan curiga di kalangan kaum musyrikin Quraisy, kerana pada awalnya mereka hanya menyangkakan Nabi Muhamad (saw) hanya sebagai nabi dan rasul yang ditugaskan membawa risalah agama semata-mata. Penentangan kaum Quraisy ini kemudiannya menjadi lebih kuat apabila mereka dapat tahu bahawa Baginda telah menubuhkan sebuah Negara Islam di Madinah. Pihak kaum Yahudi juga turut menentang, walaupun sudah menandatangani perjanjian damai dengan Nabi Muhammad (saw) iaitu Piagam Madinah. Punca timbulnya perasaan irihati serta kebencian kaum Yahudi terhadap Baginda adalah disebabkan kerana keterserlahan kepimpinan Baginda dalam bidang kepimpinan. Oleh yang demikian, memang tidak memeranjatkan apabila Baginda berjaya memenangi hati sebahagian besar penduduk dan bersedia untuk berkorban apa sahaja, walaupun nyawa mereka untuk Baginda dan tidak membenarkan sebarang kecederaan walaupun kecederaan yang sedikit berlaku kepada Rasul kesayangan mereka. Sebagai contoh di dalam peperangan Uhud, seorang wanita telah kehilangan ayah, suami dan adik lelakinya. Apabila dia diberitahu tentang kematian mereka, beliau telah bertanya apakah pula yang telah berlaku kepada Rasulullah s.a.w. . Beliau telah diberitahu bahawa dengan ihsan

daripada Allah s.w.t. Baginda telah selamat lalu beliau berkata malang yang menimpa dan menyiksa keluargaku tidak penting asalkan Rasulullah s.a.w. selamat Memang luar biasa dan jarang sekali seorang manusia memiliki kesemua ciri kepimpinan. Orang yang memiliki ciri-ciri yang sedemikian lengkap ialah Rasulullah s.a.w. Secara fizikalnya Baginda seorang yang tegap, tampan serta menarik, berucap dengan hati yang berani, manakala jika berhujah Baginda sangat hebat dan tidak dapat dikalahkan. Baginda memiliki watak yang sangat sempurna, jujur, sederhana serta baik hati. Jika mencapai kemenangan di dalam pertempuran, Baginda menjadi seorang yang pemaaf, penyayang dan pemurah. Ketika berurusan dalam masalah yang dihadapi oleh orang ramai, Baginda merupakan seorang yang adil manakala dalam persoalan sosial, Baginda seorang yang bijak, bertimbangrasa serta memahami. Sehubungan dengan itu, Thomas Carlyle telah mencatatkan; Melalui kehidupannya kita dapati bahawa Baginda memiliki ciri-ciri yang begitu utuh, sekaligus seorang yang pengasih, bijak, serius, ikhlas, lemah lembut, peramah malah seorang yang lucu. (Afzalul Rahman, 1993:840) Ringkasnya, Allah s.w.t. telah menggabungkan kesemua ciri kemanusiaan yang paling baik dan sempurna dalam diri Nabi Muhammad s.a.w. dan telah menunjukkan kesemuanya melalui contoh kehidupan Baginda kepada pengikutnya. Firman Allah s.w.t. yang menjelaskan perkara ini adalah seperti berikut yang bermaksud: Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu contoh ikutan yang paling baik.. (al-Quran. al-Ahzab 33:21) PEMIMPIN POLITIK Kepimpinan politik Nabi Muhamad (saw) memang sudah terserlah sejak Baginda masih di Kota Makkah lagi iaitu apabila Baginda berjaya menyelesaikan masalah pemindahan Hajar al-Aswad ke tempat asalnya di Kaabah. Ekoran daripada itu berlaku pula peristiwa Perjanjian Aqabah, di mana Baginda telah menunjukkan peristiwa kepimpinan politik yang matang. Akan tetapi peristiwa itu hampir dilupakan oleh musuh-musuhnya, termasuklah kaum Yahudi ekoran berlakunya hijrah Baginda ke Madinah. Mereka sebagai orang pelarian, dan sekali gus memberikan penghormatan yang besar kepada kaum musyrikin Makkah kerana berjaya menghalau Baginda dari kota itu. Akan tetapi niat buruk di hati mereka itu terbongkar sebaik sahaja orang Islam memenangi perang Badar pada tahun ke-2H. Namun begitu, sebagai seorang pemimpin politik yang berkaliber, Nabi Muhamad (saw) tidak menunjukkan permusuhan terhadap kaum Yahudi, malah Baginda terus mengadakan perundingan dengan mereka. Setelah perundingan ini gagal, barulah Baginda membuat tindakan menyingkir mereka dari bumi Madinah. Penyingkiran mereka ini dilakukan secara terhormat. Kepimpinan politik Nabi Muhamamad (saw) bukan hanya terserlah di peringkat tempatan, tetapi turut terserlah di peringkat antarabangsa. Baginda boleh dianggap sebagai seorang diplomat yang berjaya kerana inisiatifnya menghantar perwakilan ke luar Negara seperti Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi bagi memperkenalkan ajaran Islam kepada mereka. Kesan daripada misi

diplomatik ini segera dicapai, tidak sampai setengah abad lamanya semua negara berkenaan telah tunduk di bawah pemerintahan Islam. Di samping itu, Baginda juga berjaya menerusi bimbingan wahyu, memperkenalkan sistem syura atau musyawarah. Sistem syura ini dilaksanakan di semua peringkat dalam semua bidang, khususnya dalam bidang politik dan ekonomi. Sebagai contoh, pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura. Lanjutan daripada inilah suatu majlis syura ditubuhkan secara rasmi pada zaman Khalifah Umar bin al Khattab. PERANCANG EKONOMI Nabi Muhammad s.a.w. turut memperkenalkan dasar ekonomi baru bagi menggantikan dasar ekonomi zaman jahiliyyah. Baginda menggalakkan orang Islam bekerja keras dan bergiat aktif dalam urusan perniagaaan dan pertanian. Usaha-usaha mencari kekayaan dan kesenangan dunia diharuskan, aslkan tidak melibatkan riba, faedah, dan menunaikan bayaran zakat setelah sampai haul dan nisabnya. Baginda sendiri berusaha untuk membangunkan ekonomi orang Islam. Sebagai contoh, tanah yang terbiar hendaklah diusahakan semula, tanah yang tergadai kepada kaum Yahudi mestilah ditebus semula dan dikerjakan, mempertingkatkan usaha menyekat kegiatan kaum Quraisy yang memonopoli aktiviti perdagangan antara Mekkah, Madinah dan Syam. Kegiatan menyekat aktiviti perdagangan kaum Quraisy ini ada kaitannya dengan ekspedisi-ekspedisi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. PEMIMPIN TENTERA Nabi Muhammad telah menunjukkan mutu kepimpinan yang tinggi dalam bidang ketenteraan. Setiap ekspedisi ketenteraan yang disertainya pasti Baginda akan menjadi ketuanya.Asas kepimpinan Baginda sama ada dalam bidang ketenteraan atau lainnya adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah, Baginda dan sahabatnya mempunyai keyakinan ketika menghadapi tentera musuh berdasarkan peraturan-peraturan peperangan yang disyariatkan oleh Allah s.w.t .Baginda dan para sahabtnya bertindak mengikut batas-batas yang telah ditetapkan seperti tidak memerangi golongan yang lemah, orang tua, wanita, kanak-kanak, orang yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda seperti bangunan dan tanaman dan lain-lain lagi peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Ini merupakan sebahagian daripada etika peperangan dalam Islam. Di samping itu, Baginda telah menunjukkan contoh-contoh akhlak yang baik, seperti dalam peperangan di Hunayn dan Taif di mana Baginda telah menunjukkan perasaan peri kemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang ditawan kepada pihak musuh. Tindakan ini telah berjaya memikat hati musuh, lantas mereka memeluk agama Islam. Baginda turut mengamalkan sifat amanah. Sifat ini memang sudah sebati dalam dirinya. Dengan sebab itu, sebelum diangkat menjadi rasul lagi, Baginda sudah mendapat gelaran alAmin (beramanah). Sifat amanah ini juga ditunjukkan oleh baginda pada ketika memimpin

ekstradisi ketenteraan. Dalam semua ekspedisi yang dipimpinnya, Baginda telah melaksanakan amanah Allah (swt) dan juga amanah umat Islam seluruhnya bagi memimpin tentera untuk mencapai kejayaan di medan peperangan. Andainya tentera Islam tewas, seperti yang berlaku dalam perang Uhud pada tahun ke-3H, baginda tetap tidak berganjak. Kekalahan ini juga tidak melemahkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan menghadapi musuh. Di samping itu, Baginda sentiasa adil kepada semua orang, tidak kira kawan atau lawan. Keadilan terhadap kawan ialah seperti membahagikan harta-harta rampasan perang sama rata kepada tentera-tentera yang menyertai peperangan. Keadilan terhadap lawan pula ialah tidak melakukan pencerobohan seperti tidak mengejar musuh yang sudah lari dari medan perang, tidak bertindak agresif seperti tidak memerangi golongan yang lemah dan lain-lain lagi. Dengan adanya sifat-sifat kepimpinan yang tinggi lagi mulia ini menyebabkan Baginda dihormati oleh kawan dan juga lawan. Kehebatan baginda memimpin tentera Islam mula terserlah dalam perang Badar. Dalam sejarah menghadapi peperangan hanya sekali tentera Islam pimpinan baginda tewas iaitu dalam perang Uhud. Dalam Islam pula, kisah perang Uhud boleh dipertengahkan sebagai perkaitan dengan konsep strategos ini. Dalam perang tersebut Jeneral tentera Islam (Nabi Muhamad s.a.w) telah mengarahkan pasukan pemanah supaya terus berada di atas bukit Uhud kerana tempatnya tinggi dan banyak kelebihannya. Arahan ini dibuat walaupun tentera Islam telah dianggap berjaya kerana musuh telah berundur. Walau bagaimanapun, ramai daripada pemanah telah meninggalkan tempat tinggi itu kerana tamak dan ingin mendapatkan harta rampasan peperangan dan mengingkari arahan ketua pasukan mereka. Melihat keadaan startegik yang dipegang oleh tentera Islam tidak begitu kukuh, maka pihak musuh telah kembali dan berjaya menduduki bukit Uhud yang strategik dan dituruti dengan kekalahan tentera Islam. (Zainal Abidin, 2004:286) Personaliti Unggul Nabi Teladan Untuk Guru Empat sifat Rasulullah iaitu Siddiq (benar), Tabligh (menyampaikan), Amanah dan Fatonah (bijaksana) sangat sesuai diterapkan oleh setiap diri warga pendidik.

PRINSIP-PRINSIP KEJAYAAN NABI MUHAMMAD S.A.W Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah. Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam Mohammed & Mohammedanism. Menulis tentang Nabi s.a.w.:

Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah Caesar dan Pope dalam satu; tetapi beliau adalah Pope tanpa dakyah -dakyah politik, Caesar tanpa barisan tentera Caesar, tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini. Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya 100 orang paling berpengaruh dalam sejarah, beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling dalam sejarah dan berkata: Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaanOleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia. Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga. Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc. Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t. Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsipprinsip kejayaanya. Prinsip pertama: Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh Aishah. Beliau mengatakan: Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah (Bukhari)

Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya. Prinsip Kedua: Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman: Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan (94:5-6). Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya. Prinsip ketiga Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam. Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran. Prinsip keempat Jadikan seorang kawan dari seoarng musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan: Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu. (41:34). Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas. Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hinda, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta

mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hinda. Prinsip kelima Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh. Prinsip keenam Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata, Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan. Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh. Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka. Prinsip ketujuh Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat

mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan. Prinsip ke-lapan Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Aishah bersabda yang mana surah -surah awal penurunan ayat-ayat Al-Quran berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan. Prinsip kesembilan Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t. , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada Muhammad, anak kepada Abdullah. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya. Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau. Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian (Quran 33:21)
http://ibnutoha.wordpress.com/2008/11/16/prinsip-prinsip-kejayaan-nabi-muhammad-saw/

Rufaidah jururawat pertama dalam sejarah Islam Oleh Ibrahim Abdullah 2011/05/26 KHIDMAT jururawat pertama Islam bermula pada zaman Nabi Muhammad SAW yang dikenali dengan nama Siti Rufaidah binti Saad. Beliau selalu memberikan rawatan terbaiknya terutama kepada pesakit yang cedera di medan perang. Eropah dan Amerika Syarikat mengenali Florence Nightingale sebagai pelopor jururawat moden. Negara di Asia Barat memberikan kedudukan awal kepada Rufaidah, seorang jururawat Islam yang terkenal. Perjuangan dan kemasyhuran Rufaidah secara berterusan daripada generasi ke generasi khususnya di Arab Saudi dan diteruskan ke generasi moden di Asia Barat sehingga ini. Rufaidah (570-632 SM) tokoh jururawat Islam tersohor itu muncul pada masa peperangan dalam Islam. Prof Dr Omar Hasan Kasule, dalam kertas kerjanya pada Persidangan Antarabangsa Kejururawatan ketiga di Brunei Darussalam pada 1998 menyatakan, Rufaidah adalah jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam. Beliau hidup pada zaman Rasulullah SAW pada abad pertama hijrah dan diiktiraf sebagai jururawat teladan. Rufaidah adalah seorang pemimpin, penggerak, mampu memberi motivasi kepada orang lain. Beliau turut digambarkan memiliki pengalaman klinikal yang dapat disalurkan kepada jururawat lain untuk dilatih dan bekerja dengannya. Rufaidah tidak hanya melaksanakan tugas sebagai jururawat dalam aspek klinikal semata-mata, namun melaksanakan tugas komuniti dan mencari punca pelbagai masalah sosial yang boleh menyebabkan timbulnya bermacam penyakit. Rufaidah bertindak sebagai jururawat kesihatan komuniti, tidak memandang miskin atau kaya. Beliau adalah pekerja sosial yang cekap menjadi inspirasi bagi kerjaya jururawat dunia Islam. Rufaidah tinggal di Madinah dan lahir di Yathrib termasuk dalam kaum Ansar, golongan pertama menganut Islam di Madinah. Ayahnya seorang doktor dan Rufaidah mempelajari ilmu perawatan ketika bekerja membantu ayahnya. Rufaidah mengabdikan diri merawat kaum Muslim yang sakit di luar kawasan Masjidil Nabawi ketika perang Badar, Uhud, Khandak dan perang Khaibar dengan beliau menjadi sukarelawan dan merawat korban yang terluka dan cedera parah akibat peperangan. Beliau juga mendirikan hospital lapangan. Nabi Muhammad SAW sendiri memerintahkan agar tentera yang cedera parah dirawat oleh Rufaidah. Pernah digambarkan saat perang Khandak, Saad bin Maadh yang terluka terkena panah di tangannya dirawat oleh Rufaidah hingga sembuh.

Rufaidah turut melatih beberapa wanita untuk menjadi jururawat dan dalam perang Khaibar mereka meminta izin Nabi Muhammad SAW untuk ikut serta di garisan belakang pertempuran bagi merawat mereka yang terluka dan Nabi mengizinkannya. Rufaidah digambarkan memiliki keperibadian yang luhur dan simpati kepada semua orang dan melayani pesakit dengan baik. Sentuhan perikemanusiaan adalah hal yang penting bagi jururawat. Sejarah Islam juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti Ummu Ammara, Aminah, Ummu Ayman, Safiyah, Ummu Sulaiman dan Hindun.