Anda di halaman 1dari 22

Wan

Azim

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH

PENGANGKUTAN JALAN DARAT

PENGANGKUTAN AIR

PERHUBUNGAN AWAL

1. Pada zaman dahulu, manusia menggunakan jalan darat dan jalan air untuk menghubungi dari satu tempat ke tempat lain. 2. Menggunakan denai dan lorong untuk mencari hasil hutan seperti makanan, buah-buahan dan damar.

3. Keadaan bentuk muka bumi yang berhutan tebal, berpaya, dan berbukit bukau menyebabkan jalan darat sukar direntasi dan dihubungi.
4. Masa yang diambil pula agak lama dan barangan yang diangkut agak terhad. 5. Pengangkutan air, iaitu melalui sungai dan laut merupakan engangkutan awal yang penting. Perahu, rakit dan jong digunakan sebagai alat untuk mengangkut barangan orang dan perutusan surat.

6. Perdagangan yang dijalankan pada masa itu adalah melalui sistem barter atau bertukar barang dan penggunaan mata wang, iaitu duit emas. 7. Hasil dagangan ialah cendana, damar, rotan, buluh dan gading. 8. Melalui sungailah hasil-hasil dagangan ini dibawa ke merata-rata tempat untuk ditukarkan dengan hasil yang lain. 9. Dari segi perhubungan, manusia menggunakan isyarat asap dan bunyi untuk menghubungi rang lain Api digunakan untuk mengeluarkan asap ke udara bagi memberikan isyarat yang dapat difahami pihak yang lain. Isyarat bunyi dihasilkan dengan memukul beduk, ketuk-ketuk dengan bahan kayu/buluh, dan laungan.

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH

PENGANGKUTAN JALAN DARAT

PENGANGKUTAN AIR

PERHUBUNGAN AWAL

1. Kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula pada abad 1800 an telah mempengaruhi perkembangan pengangkutan dan perhubungan di negara kita. 2. Mereka mengeksploitasi sumber khususnya, biji timah dan getah. 3. Jalan pengangkutan seperti jalan kereta api, jalan raya dan pelabuhan dibina untuk memudahkan kegiatan mengeksport sumbersumber tersebut.

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH

PENGANGKUTAN JALAN DARAT

PENGANGKUTAN AIR

PERHUBUNGAN AWAL

1. Pada awal abad ke-19, semenanjung Tanah Melayu telah muncul sebagai pengeluar biji timah yang penting. 2. Kemasukan British bagi mengeksploitasi bijih timah telah memodenkan sistem pengangkutan. 3. Kerajaan British telah membina landasan kereta api yang pertama dari Taiping ke Port weld (Kuala Sepetang) bagi mengangkut bijih timah untuk dieksport. 4. Landasan kereta api ini sepanjang 13KM dibuka pada tahun 1885. 5. Pembinaan kereta api berbentuk landasan kereta api jarak dekat dan tumpuan pembinaan adalah di kawasan pengeluaran sahaja.

6. Landasan kereta api selanjutnya dibuka dari Seremban ke Port Dickson pada tahun 1891. 7. Menjelang akhir abad ke-19 pula, Kuala Lumpur mempunyai hubungan terus dengan Port Swettenham. 8. Perkembangan sistem kereta api ini telah mengubah kegiatan ekonomi negara daripada sara diri kepada ekonomi eksport. 9. Tumpuan kegiatan ekonomi adalah di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.

10.Keadaan ini menyebabkan kawasan ini mempunyai rangkaian pengangkutan yang lebih padat daripada bahagian pantai timurnya.
11.Di Sabah, landasan kereta api dibina dari Weston ke Beaufort dan dari Tenom ke Jessolton (Kota Kinabalu). 12.Di Sarawak, pebinaan landasan kereta api oleh kerajaan brooke untuk menghubungkan bandar Kuching dengan Batu 10. 13.Landasan ini sepanjang 6.21KM.

14.Landasan ini begitu penting dalam pembangunan sistem pengangkutan negeri Sarawak kerana negeri ini bergantung pada sistem pengangkutan air untuk mengangkut hasil pertanian. 15.Selain pembinaan landasan kereta api, pembukaan kawasan perlombongan biji timah di kawasan pedalaman turut meyebabkan terbinanya jalan raya. 16.Jalan raya pertama dibina ialah jalan kereta lembu yang menghubungkan Taiping dengan Matang. Kemudiannya jalan ini bersambung ke Krian dan seterusnya ke Seberang Perai. 17.Melalui jalan raya, biji timah, buruh, dan keperluan perlombongan dapat diangkut dari stesen kereta api dan pelabuhan ke kawasan perlombongan atau sebaliknya. 18.Jaringan jalan raya ini menghubungkan kawasan perlmbongan di Larut ke Pelabuhan Pulau Pinang. Pada peringkat ini, jenis kenderaan yang digunakan ialah kereta lembu, beca (lenca) dan kereta kuda.

19.Penemuan enjin dan kenderaan bermotor teleh memperkenalkan penggunaan lori dan bas.

20.Peningkatan dalam penggunaan kedua-dua jenis kenderaan ini


dijadikan sistem pengangkutan jalan raya lebih penting daripada jalan kereta api. 21.Tahap ketersampaianya memudahkan barang diangkut dari kilang/gudang ke kedai secara terus ke tempat yang hendak dituju.

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH

PENGANGKUTAN JALAN DARAT

PENGANGKUTAN AIR

PERHUBUNGAN AWAL

1. Pada zaman penjajahan british, pengangkutan air atau melalui sungai dan pelabuhan sungai adalah penting. 2. Tongkang dan kapal susur pantai digunakan untuk mengangkut bekalan makanan, jentera, dan buruh. 3. Hasil dibawa ke gudang yang terdapat di tepi-tepi sungai sebelum dipunggah ke kapal-kapal untuk dieksport.

4. Kerja-kerja pemunggahan dilakukan oleh buruh.


5. Kapal wap digunakan untuk membawa hasil seperti bijih timah dan getah ke negara penjajah.

6. Kemasukan buruh asing dari negara India dan negara China ke Tanah Melayu juga melalui jalan air.
7. Pihak British telah membuka beberapa pelabuhan seperti pelabuhan Pulau Pinang, Port Swettenham dan pelabuhan Labuan.

8. Pelabuhan lain, seperti Port Dickson dan Port Swettenham telah

berkembang sebagai pelabuhan yang menjadi pusat untuk mengeksport


barang seperti biji timah dan getah.

PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL

KEPERLUAN PENGANGKUTAN DAN PERHUBUNGAN AWAL PADA ZAMAN PENJAJAH

PENGANGKUTAN JALAN DARAT

PENGANGKUTAN AIR

PERHUBUNGAN AWAL

1. Penjajahan British telah memulakan perhubungan awal melalui pos dan telegraf. 2. Jabatan Perkhidmatan Pos yang pertama telah dtubuhkan pada tahun 1862 di Negeri-negeri Selat yang beribu pejabat di Pulai Pinang. 3. Perkhidmatan pos pasa masa itu hanya tertumpu pada pengendalian surat-menyurat. 4. Perkhidmatan ini telah diperkembang dan melibatkan [engangkutan surat khabar, dokumen perniagaan, dan bungkusan. 5. Perkembangan jalan darat bukan saja membolehkan penghantaran pos yang lebih teratur dan cepat tetapi memperkembangkan jaringan telegraf Malaysia. 6. Perkembangan telegraf selari dengan perkembangan landasan kereta api. Dengan ini, satu kaedah perhubungan yang lebih pantas di antara bandar-bandar besar di negara Malaysia telah diperkenalkan.

7. Sistem telegraf yang pertama digunakan di Perak pada tahun 1876.


8. Sistem perhubungan telegraf ini sangatlah penting dalam pentadbiran dan penguatkuasaan penjajahan negeri-negeri Melayu. 9. Pada peringakat awal, sistem telegraf ini dibina untuk menjaga kepentiingan pihak British dikawasan perlombongan di Perak dan Seangor. 10.Jaringan sistem telegraf juga membolehkan maklumat dan arahan dari pusat pentadbiran disampaikan dengan cepat dan lebih efisien ke pusat pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. 11.Di Malaysia, perkhidmatan telefon mula diperkenalkan Negerinegeri Selat pada tahun 1886, iaitu sepuluh tahun lepas penciptaan telefon. 12.Pada masa itu telefon digunakan bagi tujuan keselamatan dan dipasang untunk menghubungi balai polis.

13.Kemudian, penggunaan telefon telah berkembang bukan saja untuk tujuan pentadbiran tetapi juga gigunakan oleh peniaga, pemodal, dan pengusaha estet yang memerlukan maklumat dngan lebih cepat.

14.Keadaan ini meningkatkan permintaan terhadap perkhidmatan telefon dan menyebabkan perkembangan jaringan telefon di negara Malaysia.

1. Bijih timah dan getah dibawa kembali ke negara - negara barat dengan menggunakan A kapal kontena. B jong. C kapal wap. D kapal layar. 2. Manakah bukan ciri - ciri yang dikaitkan dengan perhubungan peringkat awal di Malaysia? A Maklumat. B Barangan. C Berita. D Utusan. 3. Apakah sistem pengangkutan yang paling penting di Sarawak pada peringkat awal? A Lorong kaki. B pengangkutan sungai. C Kapal terbang. D pengangkutan darat.

4. Penggunaan lori dan bas dikaitkan dengan perkembang A teknologi robot. B teknologi satelit. C teknologi enjin. D teknologi komputer. 5. Antara berikut manakah binatang yang terlibat dengan sistem pengangkutan awal di negara kita? I burung. II gajah. III kuda. IV badak. A III dan IV B I dan IV C II dan III D I dan II 6. Pengenalan dan penggunaan telefon di Negeri - negeri Selat telah diperkenalkan pada tahun A 1896 B 1886 C 1906 D 1876