Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGUAN

REFLEKSI HARIAN

Sebelum Ketika mendapat tahu bahawa saya dan pasangan rakan praktikum saya, Nur Izzati Bt. Shukri @ Md. Nor mendapat tahu bahawa kami mendapat Sekolah Kebangsaan Tasek Damai, Ipoh. Banyak yang bermain di fikiran saya. Adakah sekolah tersebut dapat kami berdua sesuaikan diri, tahap penerimaan guru-guru di sekolah tersebut, jarak dari sekolah ke asrama IPG Ipoh dan sebagainya. Saya juga tidak mempunyai masalah bagi melaksanakan latihan praktikum.

Pelbagai perasaan yang dirasai dan agak bercampur-baur. Untuk mengetahui latar belakang sekolah tersebut, saya telah bertanyakan seorang pelajar senior yang telah bersekolah di sekolah itu iaitu Kak Athirah. Kak Athirah memerikan sedikit maklumat dan tips sebelum kami berpraktikum. Selain itu, untuk lebih mengenali sekolah ini, saya juga telah melayari laman sesawang untuk mengetahui info lebih banyak tentang sekolah ini dan sekolah ini juga mempunyai laman web rasmi sekolah. Bagi mengetahui cara untuk ke sekolah, saya telah membuat pemantauan ke sekolah dan mencari jalan untuk ke sekolah.

Bak kata pepatah, sebelum masuk ke rumah orang, jumpalah dahulu tuan rumahnya agar mereka tahu bahawa kami akan menjalani praktikum di sekolah tersebut. Saya telah pergi ke sekolah tersebut dua minggu sebelum waktu praktikum. Saya telah pergi ke sekolah tersebut bertolak dalam pukul 9.00 pagi dan sampai 9.45 pagi. Setelah kami tiba, kami pergi berjumpa dengan guru penolong kanan 1, iaitu Puan Fadhilah Bt. Zakaria dan guru penolong kanan 2, iaitu Puan

Noor Aziah Bt. Abd Ghaffar. Kami juga mendapat rakan praktikum dari IPG Ipoh tetapi major Bahasa Inggeris, iaitu Nur Afiqah dan Wan Nur Naima.

Sebelum itu juga, saya juga telah membuat persiapan dari segi peralatan, meminjam buku kemahiran interpersonal guru dalam pengajaran.Itu hanya dari persiapan luaran, tetapi dari segi dalaman, saya juga cuba melatih diri supaya tidak berasa kekok untuk melatih diri untuk mengajar dalam kelas.

REFLEKSI HARIAN

HARI PERTAMA Hari pertama praktikum ini merupakan permulaan saya sebelum menjejakkan kaki dalam profesion perguruan ini. Hari pertama saya, saya telah pergi ke sekolah dengan menaiki kereta rakan saya. Memandangkan rakan saya masih lagi belum mahir dalam pemanduan, saya dan rakan saya mengambil keputusan untuk meletakkan kenderaan di rumah rakan praktikum di sekolah yang sama, tetapi major Bahasa Inggeris. Kebetulan juga, mereka juga tidak mengetahui jalan untuk pergi ke sekolah, maka saya telah menunjukkan jalan untuk ke sekolah.

Setelah sampai ke sekolah, saya dan rakan-rakan telah menghadiri satu perhimpunan mingguan. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh semua guru termasuk guru besar. Setelah perhimpunan, kami semu dipanggil untuk ke pejabat. Kami telah dijemput oleh Guru Besar SK Tasek Damai, Ipoh, Encik Suhaimi Bin Hashim untuk memberi sedikit taklimat tentang sekolah, latar belakang sekolah, ilmu perguruan yang amat berguna untuk dipraktikkan dalam proses p&p. Alhamdulillah, sambutan

daripada pihak sekolah amat baik. Setelah penerangan oleh guru besar, kami diminta untuk berjumpa dengan guru penolong kanan 1, Puan Fadhilah Bt Zakaria. Puan Fadhilah telah memberi sedikit sebanyak penerangan tentang kurikulum, dan beliau telah membahagikan kami jadual waktu, Waktu pengajaran yang kami peroleh iaitu 10 jam dan beliau memberitahu kami tentang pensyarah pembimbing. Guru Pembimbing kami adalah Puan Rahinin Bt. Musa. Pada hari ini, saya dan rakan praktikum saya iaitu Nur Izzati Bt. Shukri @ Md. Nor telah berjumpa dengan Puan Rahanin untuk selaku guru pembimbing kami. Belaiu telah membawa kami berjumpa dengan murid untuk dua kelas iaitu Kelas 4 Al-Farabi dan 4 Al-Razi. Pada hari ini juga, kami telah diberi peluang untuk mengenali sekolah dan kelas terlebih dahulu. Tempat yang telah diberikan oleh pihak sekolah ialah di Pusat Sumber Sekolah. Setelah tiba pukul 1.30 petang, kami bersua pulang.

HARI KEDUA Pada hari kedua saya, pada awalnya, saya ingin menaiki kereta bersama Afiqah dan Naima. Tetapi memandangkan mereka mempunyai hal setelah pulang dari sekolah, saya telah mengambil keputusan untuk memandu kereta. Setelah tiba di sekolah, murid-murid telah ramai datang ke sekolah. Terdapat program Joyful Programme yang telah dikendalikan oelh seorang guru Bahasa Inggeris. Kebetulan pada pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi, kami mempunyai kelas, kami menumpukan pengajaran dan pembelajaran untuk kelas yang bakal kami masuk.

Apabila kami masuk ke kelas, saya mendapati di dalam kelas tersebut telah ada guru pembimbing yang telah duduk di belakang untuk memerhati bagaimana proses p&p berjalan. Saya juga telah membantu untuk melicinkan proses p&p. Setelah proses p&p berjalan dengan baik, kami meminta ulasan lanjut daripada guru pembimbing untuk mengetahui bagaimana pengajaran rakan saya. Beliau telah

memerhatikan pengajaran kami dan memberitahu bahawa pengajaran kali ini baik dan perlu diperbaiki lagi supaya p&p akan lebih menarik.

Setelah p&p berakhir, kami telah merancang untuk pembinaan Rancangan Mengajar untuk keesokan harinya. Pada pukul 12.30 tengahari, waktu pengajaran saya bermula tetapi p&p saya tidak dapat dijalankan secara penuh kerana pada pukul 1, kami perlu menghadiri mesyuarat. Setelah selesai mesyuarat, kami pulang ke asrama.

HARI KETIGA Pada hari ketiga, kami telah lewat untuk bangun jadi kami telah lambat datang ke sekolah. Pada setiap hari rabu, aktiviti kokurikulum dijalankan di sekolah ini bermula pada pukul 7.30 sehingga 8.30 pagi. Puan Fadilah telah memesankan kami terlebih dahulu supaya kami bersedia dan meminta kami sedikit sebanyak membantu proses aktiviti persatuan p& p berjalan dengan baik. Saya dan Izzati telah membantu guru dalam Persatuan Bahasa Melayu,. Aktiviti yang telah dijalankan iaitu aktiviti teka bersilang dan kami membantu sedikit sebanyak.

Pada pukul 8.30 pagi, kebetulan saya mempunyai kelas pada pukul 8.30 pagi, saya telah memasuki kelas sejurus sahaja selesai aktiviti persatuan yang telah dijalankan. Masih banyak kelemahan yang telah saya temui dalam proses p&p saya dan saya akan perbaiki lagi dari semasa ke semasa.

Setelah selesai mengajar, saya telah membuat persiapan Rancangan Mengajar memandangkan pensyarah pembimbing akan datang pada esok hari kemungkinan tengahari atau pagi. Kami agak kalut juga kerana masih banyak lagi tugasan yang masih belum kami lakukan terutamanya fail. Pada akhir-akhir ini,