Anda di halaman 1dari 5

Latihan 1

Bubuh tanda nada yang sesuai di atas setiap suku kata (| | ) awal dan akhir ayat ( - ) nada biasa ( \ ) nada turun ( \\ ) nada turun X2

( / ) nada naik

( // ) nada naik X2

Minggu lalu, kami sekeluarga telah menghadiri majlis perkahwinan anak teman baik ayah saya, Encik Murad. Majlis itu telah diadakan di sebuah restoran. Encik Murad seorang usahawan IT yang berjaya. Meskipun ia orang yang disegani dalam bidang IT, perwatakannya amat sederhana. Kami berasa kagum akan cara dia menerima tetamu. Misalnya, kami dilayan dengan penuh mesra dan diiring sendiri oleh Encik Murad ke meja makan. Apabila upacara makan malam bermula, Encik Murak tidak menikmati hidangan yang disediakan dahulu. Sebaliknya dia mendekati para tamu untuk memastikan bahawa mereka berasa selesa dan gembira. Tetamu yang hadir pula berasa kehadiran mereka dihargai. Mereka seronok dilayan dengan sebegitu baik oleh tuan rumah. Encik Murad amat gembira melihat kami sekeluarga hadir di majlisnya, kata ibu kepada ayahku sambil memperhatikan Encik Murad berbual rancak dengan seorang temannya di meja sebelah. Itulah Murad, dia seperti buah padi, makin berisi makin rendah. Dia tidak segan- segan menyapa teman lamanya apabila terserempak dengan mereka. Selain itu, dia selalu membantu Teman- teman yang menghadapi kesusahan. Dia sedia menghulurkan bantuan walaupun kami tidak memintanya, kata ayahku lagi.

Latihan 2
Bubuh tanda nada yang sesuai di atas setiap suku kata (| | ) awal dan akhir ayat ( - ) nada biasa ( \ ) nada turun ( \\ ) nada turun X2

( / ) nada naik

( // ) nada naik X2

Hari keluarga anjuran jawatankuasa penduduk Estet Selasih merupakan acara tahunan yang dinanti- nantikan oleh para penduduk estet itu. Pada tahun ini, hari keluarga diadakan pada hari ahad pertama cuti sekolah bulan Jun. Apabila tarikh itu dimaklumkan, ramai ibu bapa berbincang untuk menentukan pembahagian tugas. Ada yang menguruskan segmen permainan, ada yang membuat soalan- soalan kuiz dan ada pula yang mencari panaja hadiah- hadiah bagi peraduan dan kuiz yang bakal dijalankan. Menjelang hari keluarga, suasana meriah semakin terasa. Kawasan padang sekolah yang digunakan kelihatan indah dengan bendera- bendera kecil menghiasi pagar- pagar. Kelihatan juga guru- guru yang berbincang sesama sendiri di bawah khemah yang tersedia untuk majlis penyampaian hadiah. Khalid, acara apa yang kau sertai? Tahun lalu, engkau menyertai pertandingan panjat pokok kelapa, bukan? tanya sahlan sambil melirik ke arah pokok kelapa setinggi tiga tingkat yang terdapat di tepi padang. Benar Sahlan, tetapi aku tidak memenangi apaapa. Tahun ini, aku akan menyertai peraduan lumba lari keliling sekolah sebanyak dua pusingan pula. Tentu lebih seronok, jika engkau juga dapat mengambil bahagian, ya? balas Khalid yang masih memperhatikan hadiah yang tersusun di atas meja. Fikiran Khalid melayang. Dia membayangkan dirinya menjulang hadiah kemenangan.
2

Latihan 3
Bubuh tanda nada yang sesuai di atas setiap suku kata (| | ) awal dan akhir ayat ( - ) nada biasa ( \ ) nada turun ( \\ ) nada turun X2

( / ) nada naik

( // ) nada naik X2

Farhana memberanikan diri untuk berjumpa dengan Cikgu Jalil. Dia bimbang Cikgu Jalil tidak akan memahami kedudukannya. Farhana juga bimbang kalau- kalau dia gagal melakukan tugas yang diberikan. Saya tidak mempunyai komputer cikgu, keluarga saya tidak mampu membelikan saya komputer. Ayah mendapatkan saya komputer terpakai tetapi komputer itu kerap rosak. Saya bimbang projek IT tidak terlaksana. Keluh Farhana dengan jujur. Saya amat gembira kerana awak berterus terang kepada saya, Farhana. Saya akan membantu awak, tetapi awak mesti meluangkan masa jika awak diberikan kemudahan. Boleh? Tanya Cikgu Jalil. Farhana mengangguk. Wajahnya yang sugul kini ceria. Pada setiap hari selepas sekolah, Farhana ke makmal komputer sekolah. Selama sejam sehari, dia menyusun segmen- segmen projeknya. Jika menemui jalan buntu, Farhana melungsuri internet dan mencari maklumat yang diperlukan. Setelah berhempas- pulas selama dua minggu, akhirnya laman web yang di rekanya berhasil. Dia memanfaatkan semua pengetahuan yang diraih sewaktu menghadiri kursus IT pada penggal lalu. Farhana juga ingin memberikan yang terbaik kepada Cikgu Jalil yang telah memberinya tunjuk ajar. Kini Farhana sedang menimbangkan satu pilihan kerjaya yang tidak pernah terlintas difikirannya, menjadi pereka halaman web.
3

Latihan 4
Bubuh tanda nada yang sesuai di atas setiap suku kata (| | ) awal dan akhir ayat ( - ) nada biasa ( \ ) nada turun ( \\ ) nada turun X2

( / ) nada naik

( // ) nada naik X2

Memandangkan cuaca diluar panas terik, aku membatalkan niat untuk bermain bola sepak bersama teman- teman sedarjah. Selepas mengirim pesan ringkas, aku berbaring dihadapan televisyen sambil memikirkan perkara yang harus aku lakukan untuk mengisi masa yang terluang. Baru sahaja aku meletakkan kepala di sofa, ayahku muncul. Ayah tersenyum lebar sendiri. Kehadiranku tidak disedarinya. Mengapa Ayah tersenyum sendiri? Tentu ada cerita menarik. beritahu sayalah, aku memujuk ayah. Ayah pencerita yang baik. Beliau mampu membuat pendengar terpukau dengan gayanya yang bersahaja. Ayah meletakkan sebuah album lama di atas meja. Jari- jemarinya menunjukkan aku sesuatu. Ini Thiru dan Jason, teman- teman ayah sewaktu ayah membesar di Chinatown dahulu. Thiru tinggal berdekatan dengan Telok Ayer Street. Jason tinggal pula berhampiran dengan Maxwell Road. Neneknya menjual mi sup disana. Kami bertiga sering menghabiskan masa bersama setelah pulang dari sekolah. Sambung Ayah. Petang itu, aku baru sadar bahawa Ayah boleh bertutur dengan menggunakan dialek Cina. Rupa- rupanya Jasonlah yang mengajarkan kemahiran tersebut. Thiru dan Jason pula pandai berbahasa Melayu kerana Ayah telah mengajar mereka berbahasa Melayu. Selain itu, melalui persahabatannya, Ayah mempelajari nilai- nilai persefahaman dan toleransi.
4

Latihan 5
Bubuh tanda nada yang sesuai di atas setiap suku kata (| | ) awal dan akhir ayat ( - ) nada biasa ( \ ) nada turun ( \\ ) nada turun X2

( / ) nada naik

( // ) nada naik X2

Alwi pemuda yang periang. Namun, tiada sesiapa yang akan menduga bahawa dia menghidap sejenis penyakit. Penyakit itu telah dideritainya sejak sebelas tahun yang lalu. Walaupun sering keluar masuk hospital, dia mempunyai wawasan yang jauh dan ingin berjaya dalam kehidupannya. Saya sedar bahawa penyakit yang saya deritai ini susah untuk disembuhkan tetapi ini tidak bermakna saya harus berputus asa dan mengabaikan pelajaran saya. Saya amat berminat dalam bidang kejuruteraan, khususnya kejuruteraan mekanikal. Saya mahu menjadikan bidang kejuruteraan sebagai kerja saya. Sebenarnya saya ingin belajar membaiki kapal terbang. Itulah cita- cita saya sejak kecil lagi, jelas Alwi semasa diwawancara oleh seorang wartawan dari Akhbar Berita Masyarakat. Alwi kini mengikuti pelajaran di sebuah Institut Pendidikan Teknikal yang terletak di Tampines. Dia merancang untuk menyambung pengajiannya hingga ke peringkat diploma sekurang- kurangnya. Orang- orang sepertinya memang mudah berputus asa. Namun, bagi Alwi, dia harus sentiasa berfikiran positif. Dengan cara itu sahajalah dia dapat mengatasi masalah yang dihadapinya dalam mengejar cita- citanya. Menurut Alwi, penyakit yang dideritainya bukanlah penghalang bagi dia mengejar impiannya menjadi insan yang berjaya.
5

Anda mungkin juga menyukai