Anda di halaman 1dari 9

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 5 Tarikh Hari Masa Tahun Bilangan Murid Mata Pelajaran Tema

Tajuk : : : : : : : : 17 April 2013 Rabu 7.40 pagi 8.40 pagi. (1 jam 30) 5K 23 orang. Bahasa Melayu. Pertanian Tanaman organik.

Fokus Utama : 5.1 Aras 1 (i) Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul Fokus Sampingan: 6.6 Aras 2 (i) Membuat ramalan berdasarkan idea yang berkaitan dengan cerita dan isu yang diberi. Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat 1) membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2) membuat ramalan berdasarkan idea yang berkaitan dengan cerita dan isu yang diberi. 3) meletakkan tanda baca dan huruf besar yang betul dalam teks petikan tanda baca. Kemahiran berbahasa : mendengar dan bertutur, membaca, menulis Kosa Kata Tatabahasa : segar, organik, baja :Kata nama am

Pengisian Kurikulum: 1. Ilmu : Sains, Kemahiran Hidup 2. Nilai : bertanggungjawab, prihatin, kejujuran, kesabaran 3. Kemahiran Bernilai Tambah: Kecerdasan Pelbagai: verbal-linguistik dan interpersonal, Kemahiran Berfikir: Menjana idea Pengetahuan Sedia Ada: Murid mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan tanaman organik. Bahan Bantu Mengajar : Gambar ulam-ulaman, Teks dialog, Lembaran kerja tentang pengurusan grafik (Perbezaan antara Tanaman Organik dengan Tanaman Bukan Organik), bantal lembut, Kertas sebak yang mengandungi petikan tanda baca yang telah betul, teks petikan tanda baca Langkah/ Masa Set Induksi (5 minit) Isi Pelajaran Contoh ulam: pegaga ulam raja jering petai kacang botol Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran 1) Guru menunjukkan gambar ulamulaman kepada murid-murid. 2) Murid dan guru bersoal jawab tentang gambar tersebut. 3) Guru menerangkan tajuk pengajaran pada hari tersebut. 1) Guru mengedarkan teks dialog kepada semua murid. 2) Murid diminta membaca dialog tersebut secara senyap 3) Guru memilih murid secara rawak untuk Catatan Pembelajaran kontekstual KB:Menjana idea Teknik:soal jawab BBM: Gambar ulamulaman

Langkah 1 Teks dialog ( 10 minit)

KP:verbal-linguistik BBM:Teks dialog

membaca teks tersebut. 4) Murid dan guru bersoal jawab tentang dialog tersebut.

Langkah 2 Pengurusan grafik: (15 minit) Perbezaan antara Tanaman Organik dengan Tanaman Bukan Organik

1) Guru mengedarkan lembaran kerja Perbezaan antara Tanaman Organik dengan Tanaman Bukan Organik 2) Murid diminta meramal gerai pilihan ibu Imanina dan memberikan alasan yang munasabah. 3) Murid dan guru berbincang tentang ramalan tersebut.

KB:meramal KP:intrapersonal BBM: Lembaran kerja tentang pengurusan grafik Perbezaan antara Tanaman Organik dengan Tanaman Bukan Organik

Langkah 3 Permainan bahasa: ( 15 minit) Lontaran Kata menggunakan bantal lembut (bina ayat dengan menggunakan nama sayur-sayuran dan buah-buahan)

1. Guru memberi penerangan tentang permainan bahasa iaitu Lontaran Kata. 2. Murid-murid berada dalam satu bulatan. 3. Kemudian, murid perlu membaling bantal tersebut kepada rakannya. 4. Murid yang menyambut bantal tersebut perlu membina ayat yang mengandungi satu nama sayur atau buah. 5. Selepas itu, murid tersebut membaling ke arah murid lain. 6. Murid yang tidak dapat membina ayat akan tersingkir. 7. Permainan tersebut berlangsung selama 15 minit.

KP: interpersonal Pembelajaran konstruktivisme KB:menjana idea BBM: Bantal lembut

Langkah 4 Latihan tanda baca (10 minit) -Teks petikan tanda baca

1. Guru mengedarkan lembaran kerja tentang sebuah teks petikan yang tidak mempunyai tanda baca. 2. Murid diminta meletakkan tanda baca yang betul. 3. Guru menampal

BBM: Kertas sebak yang mengandungi petikan tanda baca yang telah siap dengan jawapan. teks petikan tanda baca

kertas sebak yang mengandungi petikan tanda baca yang telah siap dengan jawapan pada papan tulis. 4. Murid dan guru berbincang tentang jawapan yang betul. Penutup (5 minit) Nilai murni 1)Baik hati 2)Prihatin 3)Bekerjasama 1) Guru menyimpulkan isi pelajaran dan menyatakan nilainilai murni. KB: Menyusun atur Penyerapan nilai murni dalam kesimpulan kognitif

Teks Tanda Baca nenek sangat gemar akan ulam ulaman ulam yang paling disukai oleh nenek ialah ulam raja nenek menanam ulam raja di tepi rumah ulam raja nenek tumbuh subur nek banyakkah khasiat ulam raja ini tanya aku kepada nenek tentulah cu rasanya bukan sahaja sedap malah berkhasiat cuba tengok nenek masih kelihatan muda dan sihat kata nenek kepadaku aku menganggukkan kepala tanda setuju nenek memang kelihatan masih muda awet muda kata orang walaupun umur nenek sudah menjangkau 65 tahun tetapi nenek masih sihat dan mampu melakukan kerja-kerja berat aku sangat kagum mulai hari ini aku ingin menjadikan ulam ulaman sebagai satu sajian wajib bagiku

Jawapan Teks Tanda Baca Nenek sangat gemar akan ulam-ulaman. Ulam yang paling disukai oleh nenek ialah ulam raja. Nenek menanam ulam raja di tepi rumah. Ulam raja nenek tumbuh subur. Nek banyakkah khasiat ulam raja ini? tanya aku kepada nenek. Tentulah, cu. Rasanya bukan sahaja sedap malah berkhasiat. Cuba tengok nenek, masih kelihatan muda dan sihat, kata nenek Kepadaku. Aku menganggukkan kepala tanda setuju. Nenek memang kelihatan masih muda. Awet muda kata orang. Walaupun umur nenek sudah menjangkau 65 tahun, tetapi nenek masih sihat dan mampu melakukan kerja-kerja berat. Aku sangat kagum. Mulai hari ini aku ingin menjadikan ulam ulaman sebagai satu sajian wajib bagiku

Perbezaan antara Tanaman Organik dengan Tanaman Bukan Organik

Gerai A Tanaman Organik = = = = = = = =

Gerai B ________________

Soalan 1) Gerai manakah yang akan menjadi pilihan ibu Imanina? Berikan alasan anda yang munasabah? ________________________________________________________________ ________________________________________________________________

Teks Dialog

Ibu

: Ibu hendak membeli buah-buahan dan sayur-sayuran.

Imanina : Pastikan yang segar, ibu. Ibu : Buah-buahan ini nampak segar.

Imanina : Ibu, buah-buahan di gerai A ditanam secara organik , iaitu tanpa menggunakan baja kimia atau racun serangga perosak. Gerai B pula buah-buahnya nampak segar tetapi tiada label organik. Kemungkinan besar, buah-buahan ini ditanam menggunakan baja kimia dan

menggunakan racun serangga perosak.

Anda mungkin juga menyukai