Anda di halaman 1dari 1

NILAI murni adalah salah satu unsur yang mewujudkan keseimbangan dalam sesebuah masyarakat.

Usaha penerapan nilai murni ini perlu dilaksanakan pada peringkat persekolahan lagi. Hal ini kerana peringkat persekolahan merupakan salah satu peringkat dalam kitaran sosialisasi setiap individu. Buku Nilai Murni dalam Pengajaran Bahasa Melayu hasil tulisan Dr. Robiah K. Hamzah ini melihat cara atau kaedah penerapan unsur nilai murni melalui mata pelajaran Bahasa Melayu. Falsafah Pendidikan Negara melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) berhasrat agar penerapan nilai murni ini berjaya melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani dan jasmaninya. Bagi seorang pendidik yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Melayu, buku ini wajar dimiliki kerana terdapat garis panduan tentang kaedah penerapan nilai murni melalui mata pelajaran Bahasa Melayu terkandung di dalamnya. Penulis melahirkan buku ini berdasarkan kajian beliau di beberapa buah sekolah. Beliau mendapati para guru berusaha untuk menerapkan nilai-nilai murni yang telah ditetapkan dalam KBSM melalui pelbagai kaedah pengajaran. Menurut penulis, antara teknik yang digunakan oleh guru dalam usaha menerapkan nilai dalam kalangan pelajar termasuklah main peranan, permainan bahasa, khutbah dan syarahan, simulasi, dan model. Kajian penulis turut disokong oleh teori-teori Barat. Hal ini dibincangkan dalam bab pertama, iaitu Sejarah Ringkas Perkembangan Penerapan Nilai Murni dalam KBSM. Perbincangan tentang kajian penulis memang menarik kerana beliau melihat kaedah yang dilaksanakan oleh guru dan kesannya terhadap para pelajar. Pembaca boleh memperoleh pengetahuan lanjut tentang penerapan nilai dalam pengajaran bahasa Melayu di sekolah dalam bab yang kedua, iaitu Penerapan Nilai dalam Pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Menengah. Pengajaran Bahasa Melayu di sekolah bukan hanya tertumpu pada aspek tatabahasa dan penulisan semata-mata, tetapi juga boleh menerapkan unsur-unsur nilai murni bagi membina sahsiah para pelajar terutamanya pada zaman sekarang yang masyarakatnya semakin ketandusan nilai-nilai murni. Kongsi Artikel:

Anda mungkin juga menyukai