Anda di halaman 1dari 14

adab tingkatan 5

BAB 1 ADAB BERMUSAFIR 1. Pengertian Musafir : perjalanan dari suatu tempat ke suatu tempat yang tertentu dengan tujuan kebaikan dan memberikan manfaat 2. Hukum Bermusafir Hukum Wajib Sunat Situasi Orang Islam yang mampu menunaikan ibadah haji di Mekah Menziarahi Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid al-Aqsa, dan menziarahi kaum keluarga serta orang sakit Hukum asal serta bagi tujuan yang diharuskan oleh syarak Musafir tanpa tujuan atau matlamat Ke tempat-tempat haram/maksiat atau bertujuan melakukan maksiat

Harus Makruh Haram

3. Adab-adab Bermusafir SebelumBermusafir Berdoa memohon petunjuk Menyediakan keperluan asas Berniat untuk kebaikan KetikaMemulakanMusafir Melantik seorang ketua Mengucapkan selamat tinggal Berdoa ketika menaiki kenderaan Melakukan solat sunat musafir dan membaca doa musafir Mengerjakan solat secara jamak atau qasar Tidak merosakkan alam sekitar Sentiasa mengingati Allah

SemasaBermusafir

4. Hikmah Beradab Semasa Bermusafir a. Memperoleh keberkatan dan keselamatan daripada Allah SWT. b. Matlamat musafir tercapai c. Terhindar daripada perkara maksiat dan kejahatan d. Dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dan saling menghormati. e. Alam sekitar tidak akan tercemar 5. Implikasi Tidak Beradab Semasa Bermusafir a. Terlibat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. b. Terdedah kepada maksiat atau kejahatan c. Jiwa tidak tenteram dan gelisah kerana tidak melaksanakan tuntutan agama. d. Perjalanan yang tidak lancar dan ditimpa dengan pelabagi masalah. BAB 2 ADAB BERNEGARA 1. Konsep Bernegara : a. Takrif Negara: suatu masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan b. Negara yang harmoni, stabil dan maju hasil daripada komitmen semua lapisan rakyat. c. Rakyat pula dapat hidup dengan aman damai dan terjamin hasil daripada negara yang stabil dan maju 2. Adab-adab Bernegara Adab Menjaga nama baik negara Cara mengharumkan nama Negara tidak memburukkan imej Negara mencipta kejayaan menjaga keamanan

Cintakan negara

mempertahankan Negara bekerjasama dengan kerajaan untuk memaju dan membangunkan Negara menghindari perbuatan yang boleh menggugat keamanan tidak melakukan perkara yang boleh mencetuskan pergaduhan berusaha mewujudkan perpaduan Sanggup berkorban untuk menjaga keselamatan negara Berkorban harta untuk membantu Berusaha memajukan negara 3. Faedah Menjaga Adab Bernegara a. Negara akan maju dan membangun b. Nama baik Negara akan harum c. Negara terpelihara dari ancaman musuh d. Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan hidup dalam keadaan aman dan harmoni e. Melahirkan rakyat yang cintakan Negara dan sanggup berkorban demi agama, bangsa dan Negara. f. Membentuk rakyat yang mempunyai sifat bertanggung jawab. 4. Implikasi Tidak Memelihara Adab Bernegara

Bekerjasama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara

Berbakti kepada negara

a. Rakyat hidup dalam keadaan berpecah belah b. Ekonomi dan politik Negara tidak stabil. c. Negara akan terdedah kepada ancaman musuh d. Negara akan dipandang hina, merosot dan mundur. 5. Persiapan Untuk Melahirkan Modal Insan Yang Berkualiti. a. Memeperlengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan peredaran masa b. Membina kemantapan iman dalam diri c. Membina jati diri melalui akhlak yang mulia d. Membina infrastruktur yang sesuai untuk membina dan melatih modal insan. BAB 3 ADAB DENGAN PEMIMPIN 1. Konsep Pemimpin a. Takrif Pemimpin : orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin atau mengetuai sesebuah organisasi atau Negara. b. Pemimpin Negara berperanan penting memastikan kestabilan dan perlaksanaan undang-undang Negara terlaksana c. Menurut Islam, hukum mentaati pemimpin (Ulul Amri) adalah wajib selagi tidak bertentangan dengan syariat Allah. d. Ciri-ciri pemimpin yang baik : i. Beriman dan bertakwa ii. Berilmu iii. Adil dan amanah iv. Tegas melaksanakan syariat Allah v. Berwawasan dan bercita-cita tinggi 2. Tanggung jawab Pemimpin

a. Menjaga agama agar Islam dapat dilaksanakan dalam pengurusan pentadbiran Negara. b. Berlaku adil. c. Menyediakan keperluan asas kepada rakyat d. Menjaga keselamatan Negara dari ancaman musuh e. Berusaha untuk membangunkan Negara. 3. Adab Rakyat Terhadap Pemimpin a. Wajib mentaati pemimpin. b. Bekerjasama dan membantu pemimpin untuk mencapai wawasan Negara c. Memberi sokongan padu kepada pemimpin d. Rakyat berhak menasihati dan menegur pemimpin dengan carayang baik dan mengikut saluran yang betul. e. Melaksanakan dasar kerajaan demi kebaikan umum. 4. Faedah Beradab Terhadap Pemimpin a. Masyarakat yang bertanggungjawab dan prihatin terhadap kestabilan dan pembangunan Negara b. Memupuk hubungan yang baik antara rakyat dan pemimpin c. Rakyat hidup aman dan harmoni d. Pembangunan dalam negara dapat dilaksanakan e. Dapat meningkatkan imej Negara di mata dunia. 5. Implikasi Tidak Beradab Terhadap Pemimpin a. Berlaku rusuhan dan tunjuk perasaan b. Pembangunan Negara sukar dicapai kerana ekonomi terjejas c. Memberi peluang kepada musuh Negara d. Kemanan tergugat dan akhirnya Negara akan musnah.

BAB 4 ADAB BERJIHAD 1. Konsep Berjihad a. Takrif jihad: usaha yang dilakukan oleh seseorang Muslim dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam demi mendapatkan keredhaan Allah SWT b. Jihad utama : perjuangan menegakkan Islam c. Jihad-jihad lain yang digalakkan oleh Islam : i. Meningkatkan prestasi pelajaran ii. Membangunkan Negara iii. Meningkatkan ekonomi/ mencari rezeki yang halal iv. Melakukan perkara kebaikan. 2. Peringkat-peringkat jihad dan cara Peringkat Membaiki Diri Cara Mempelajari Islam Mengamalkan jaran Islam Menyebarkan ilmu Sabar dan ikhlas dalam berdakwah Melawan dan menghapuskan waswas Menjauhkan diri daripada mengikut hawa nafsu dan perkara-perkara maksiat

Melawan Syaitan

Melawan Kafir Harbi dan Munafik MenghapuskanKezaliman dan Hati: benci dengan Kemungkaran

amalan buruk Lidah: menjelaskan kebenaran Amar makruf dan nahi munkar 3. Kelebihan Berjihad a. Ganjaran pahala yang besar b. Mendapat ganjaran syurga c. Disukai oleh orang sekeliling d. Maju dalam sebarang bidang diceburi 4. Adab-adab Berjihad a. Ikhlas b. Sanggup berkorban apa sahaja c. Sentiasa beriltizam dan beristiqamah dalam pejuangan d. Mematuhi arahan ketua dan mempunyai semangat berpasukan 5. Faktor Semangat Jihad Hari Ini Semakin Pudar a. Kurang memahami tentang tuntutan jihad menurut Islam yang sebenar b. Leka dengan hiburan dan kesenangan dunia c. Tiada matlamat hidup, hanya mementingkan keseronokan sahaja d. Iman yang kurang mantap e. Perasaan takut yang menguasai diri. 6. Cara-cara Memupuk Semangat Jihad a. Menambah ilmu pengetahuan supaya dapat memahami maksud dan konsep jihad yang sebenar.

b. Menceritakan kisah-kisah perjuangan umat Islam terdahulu sebagai motivasi kepada generasi hari ini. c. Menyuburkan semangat jihad dengan ibadah-ibadah sunat seperti qiamullail. BAB 5 ADAB MEMELIHARA ALAM SEKITAR 1. Konsep Alam Sekitar a. Alam ini adalah sebagai tanda kekuasaan Allah b. Allah menjadikan alam ini untuk kemudahan dan kegunaan manusia c. Menjadi tanggung jawab manusia untuk memelihara dan memulihara alam supaya dapat diwarisi oleh generasi akan datang. 2. Kepentingan Menjaga Alam Sekitar a. Manusia dapat menikmati keindahan alam semulajadi b. Manusia dapat memanfaatkan segala kejadian alam dengan baik c. Terhindar daripada pelbagai penyakit d. Mengelakkan berlakunya bencana alam. e. Menjaga alam supaya tidak tercemar dan selamat untuk dihuni. 3. Bentuk-bentuk Pencemaran Alam JenisPencemaran Pencemaran Udara Huraian Definisi :apabila terdapat gas, cecair, atau zarah berbahaya yang terkandung dalam udara sehingga berlaku perubahan dan menjejaskan kehidupan atau bahan-bahan lain Punca berlaku : Bertambah bilangan kenderaan bermotor ( karbon monoksida)

Asap daripada kilang Pembakaran terbuka Asap rokok Definisi : perubahan yang berlaku pada kandungan, keadaan, dan warna air sehingga tidak selamat untuk kehidupan air dan kegunaan manusia Punca berlaku : Sisa bahan buangan kilang yang berbahaya Pembuangan sampah dan sisa kumbahan atau tumpahan minyak Penerokaan hutan yang tidak terkawal hakisan sungai Definisi : perbuatan yang dilakukan terhadap sesuatu kawasan sehingga terjadi pertukaran warna, kesuburan dan hakisan tanah. Punca berlaku : Pembuangan sisa toksik dan sisa pepejal Pembuangan sampah sarap merata-rata Penggunaan racun serangga. 4. PencemaranBunyi Definisi : bunyi yang berlebihan sehingga mengganggu keselesaan hidup. Tahap kebisingannya melebihi 80(A) decibel (dB)

Pencemaran Air

PencemaranTanah

Punca berlaku : Kenderaan berenjin Mesin dan jentera Kauri memecah batu Kerja-kerja pembinaan 4. Bukti Alam Ini Rosak Berpunca Daripada Perbuatan Manusia a. Menganggap bahawa menjaga alam sekitar adalah tanggung jawab pihak berkuasa b. Sikap megambil mudah/jalan mudah dengan melakukan pembakaran terbuka atau pembuangan sisa c. Sikap tamak dan ingin mendapat keuntungan yang lebih pembalakan haram 5. Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Alam a. Menanam kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar b. Menyediakan kemudahan dan mekanisme yang dapat membantu orang ramai menjaga alam sekitar c. Mengadakan aktiviti gotong royong d. Peguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas e. Program menghijaukan alam. 6. Akibat Pengabaian Penjagaan Alam Sekitar a. Alam sekitar akan tercemar dan memberi kesan buruk kepada hidupan bumi. b. Berlaku bencana alam c. Generasi baru tidak akan dapat menikmati keindahan alam flora dan fauna d. Penganiayaan terhadap hidupan lain e. Tiada keseimbangan ekosistem hidupan di muka bumi. BAB 6 ADAB MEMBERI DAN MENERIMA SEDEKAH

1. Konsep Hadiah Dan Sedekah a. Takrif : Sedekah Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah Hadiah Sesuatu pemberian sebagai tanda penghargaan, kasih sayang atau pujian.

b. Islam amat menggalakkan umatnya agar memberikan hadiah dan bersedekah :Sabda Rasulullah s.a.w:

Saling memberi hadiah akan menimbulkan perasaan kasih sayang 2. Hukum Memberi Hadiah Dan Sedekah a. Sunat 3. Kelebihan Memberi Hadiah Dan Sedekah a. Mendapat ganjaran pahala b. Disukai oleh orang sekeliling c. Rezeki akan bertambah 4. Jenis-Jenis Sedekah Huraian Ikhlas dapat merapatkan ukhuwwah Amar Makruf dan NahiMunkar Kerana kita telah menyelamatkan saudara Islam daripada api neraka MenyelesaikanMasalah Orang Dapat mengatasi kesusahan dan kesempitan mereka Membuang Perkara Yang Seperti duri, paku atau Menghalang di Jalan apa sahaja yang boleh menghalang laluan Wang Atau Harta Pakaian, makanan, atau Jenis sedekah Senyuman

Khidmat

tempat tinggal dan sebagainya Memberikan pertolongan, bantuan tenaga atau perkhidmatan.

5. Adab-Adab Memberi Hadiah Dan Sedekah a. Memberi dengan hati yang ikhlas b. Memberi barang yang disayangi c. Tidak mengungkit pemberian d. Tidak menunjuk-nunjuk sedekah yang diberi 6. Perkara yang membatalkan Sedekah a. Mengungkit atau menyebut tentang sedekah agar mendapat pujian b. Ria / menunjuk-nunjuk ketika bersedekah c. Menyakiti hati orang yang menerima hadiah melalui perkataan atau perbuatan. BAB 7 ADAB BERNIAGA 1. Konsep Berniaga a. Definisi berniaga : i. Bahasa: berdagang atau berjual beli ii. Istilah syarak : pertukaran harta dengan harta mengikut syarat-syarat tertentu 2. Galakan Berniaga a. Islam menggalakkan umatnya berniaga kerana 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan b. Sebab Islam menggalakkan umatnya berniaga : i. Melahirkan masyarakat yang aman ii. Mengelakkan penipuan dan penindasan iii. Mewujudkan ukhuwwah dan kasih sayang

iv. Mendapat keredhaan Allah 3. Cara Untuk Mendapatkan Keberkatan Dalam Perniagaan a. Jujur dan amanah menjual barangan yang berkualiti b. Berlaku ihsan terhadap pembeli jangan mementingkan keuntungan semata-mata c. Berniaga untuk mendapat keredhaan Allah 4. Adab-adab Berniaga a. Amanah tidak melakukan penipuan dalam urusan jual beli b. Ihsan melakukan urusan jual beli untuk mendapatkan keredhaan Allah dengan mengambil kira aspek kemanusiaan di samping mendapat keuntungan c. Bekerjasama - penjual dan pembeli saling bertolak ansur sekiranya timbul perkara yang tidak diingini. d. Tekun bersungguh-sungguh untuk memajukan perniagaan e. Menjauhi perkara yang haram contohnya riba, menjual barang yang diharamkan atau mengurangkan timbangan f. Melindungi hak-hak penjual dan pembeli penjual dan pembeli perlu saling melindungi hak masing-masing, contohnya pembeli berhak membuat pilihan semasa proses jual beli. 5. Faedah Beradab Dalam Berniaga a. Melahirkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera b. Tidak berlaku penindasan atau penipuan c. Mendapat keuntungan yang diberkati Allah d. Mewujudkan sifat kerjasama dan saling membantu. 6. Bentuk-bentuk Perniagaan Yang Diharamkan Oleh Islam : a. Jual beli barang maksiat atau yang mendatangkan keburukan, contohnya arak, dadah dan sebagainya b. Jual beli barang yang tidak dimilii dengan sempurna, seperti menjual ikan di lautan

c. Menjual daging dengan daging, seperti menjual daging kambing dengan seekor lembu d. Menjual buah-buahan yang masih muda dan di atas pokok, kecuali yang sudah nyata masaknya. e. Jual beli bersyarat.