Anda di halaman 1dari 5

RESIPI : AYAM BERLADA@MASAK MERAH

Assalamualaikum...

Hai ayam...aku dah nak makan engkau....^_^

BAHAN-BAHAN:1 ekor ayam (Potong 12) 6 ulas bawang merah (kisar) 4 ulas bawang putih (kisar) 3 cm halia (kisar) 10 tangkai cili merah (kisar) 1 tangkai daun kari cawan air asam jawa Garam dan gula secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:-

1.

Bersihkan ayam dan gaul dengan garam kunyit dan goreng jangan

terlalu garing.

2. 3.

Panaskan kuali dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan daun kari, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa dan

gaul rata.

4.
rata.

Apabila mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul

RESIPI : ACAR MENTAH


Assalamualaikum

Hari ni CZ nak ajar korang buat satu resipi yang kita tak perlu masak tapi dijamin sedap. Resipi ni kita selalu jumpa bila kita pergi kenduri kahwin hihihh

BAHAN-BAHAN :15 ulas bawang merah (hiris) 1 biji nanas 1 batang timun 3 tangkai cili merah (hiris) 200 ml cuka 100 gm gula 400 ml air

Sedikit garam

CARA MENYEDIAKAN:1. Nanas dibuang kulit. Kemudian nanas dan timun di hiris nipis. Ketepikan dahulu.

2. 3. 4.

Masukkan hirisan bawang merah dan cili merah. Tuangkan cuka dan air. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Simpan di dalam peti ais.

Sambal Tomato 3 minit!!!

Assalamualaikum

Pic from google

Korang pernah tidak makan sambal tomato? Sambal tomato ni memang sedap, berkhasiat dan mudah disediakan. Bagi korang yang suka makan pedas korang perlu cuba. Wa gerenti korang mesti terangkat punya. Dahlah senang. Penyediaan pun ambil masa 3 minit cukup. Ianya sesuai bagi korang yang malas nak masak hihihihh

Bahan-bahan 1. 2 biji tomato segar 2. Sebiji limau nipis 3. Cili padi 5 biji (kalau nak lagi pedas tambah banyak-banyak cili padi) 4. Garam secukup rasa

Cara penyediaan 1. Panaskan minyak, goreng 2 biji tomato segar selama 1-2 minit (api jangan terlalu kuat). 2. Garam bersama cili padi ditumbuk hingga halus dan kemudian masukkan tomato yang telah digoreng tadi dan tumbuk bersama. 3. Setelah selesai ditumbuk, masukkan ke dalam mangkuk. 4. Perahkan sebiji limau nipis ke atas sambal tomato tadi. Siap.. Sambal tomato sedap dimakan bersama nasi, dan ikan goreng@bakar yang masih panas.nyum-nyum ^_^