Anda di halaman 1dari 30

Disediakan oleh: Mohd. Reza bin Jinli Mohd.

Allifizree bin Mohammad

KEPERCAYAAN DALAM TAMADUN CINA

Confucianisme

Taoisme

Diasaskan oleh Confucius.


Lahir pada sekitar tahun 551 S.M. di Shantung. Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu. Disembah sebagai salah satu dewa yang penting

dalam masyarakat China. Menekankan prinsip moral yang tinggi: 1. Perikemanusiaan(ren) 2. Kesusilaan(li) 3. Ketaatan kepada ibu bapa(xiao)

Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahirkan di negeri Chu sekitar tahun 604 S.M. Menghasilkan buku yang mengandungi idea falsafah Taoisme iaitu Tao Te Ching. Menumpukan konsep Tao iaitu jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Oleh itu manusia tidak perlu bertindak. Jika bertindak, perkara ini bertentangan dengan prinsip wu-wei dan akan merosakkan dunia. Memperkenalkan konsep Ying-Yang.

KEBUDAYAAN YANGSHAO
KEBUDAYAAN LONGSHAN

Mula

muncul pada milenium ke-5 SM di Banbo. Terletak berdekatan sungai Wei dan Huanghe(The Yellow River). Tanah pasir yang halus yang dimendapkan oleh angin telah menjadi tanah loes yang subur sesuai untuk pertanian.

Berdasarkan

tinggalan arkeologi mendapati orang Yangshao melakukan kegiatan bertani, membuat tembikar berlukisan, dan menanam mayat si mati dalam perkuburan khas. Makanan ruji mereka ialah bijiran. Selama 5,000 tahun lamanya tamadun ini berkembang terutamanya di bahagian tengah utara China. Secara beransur-ansur kebudayaan Yangshao digani oleh kebudayaan Longshan.

Muncul

sejak pertengahan kurun ke-2 SM. Merupakan kebudayaan yang lebih maju daripada kebudayaan Yangshao. Tembikar Longshan terutamanya tembikar hitam bergantung kepada gaya dan bentuk sebagai daya penarik estetiknya.

Kualiti

tembikar Longshan lebih tinggi mutunya menunjukkan penggunaan mesin peroda tembikar dalam pengeluarannya. Penanaman bijiran menggunakan penyodok dan sabit.

Terdapat

empat penciptaan agung tamadun

China. Antaranya ialah teknik membuat kertas, pencetakan, bahan letupan dan kompas.

Telah

dicipta oleh Cai Lun. Bahan-bahan terdiri daripada fiber tumbuhtumbuhan pada tahun 105. Teknologi ini dibawa ke dunia Barat melalui Jalan Sutera Lama(The Old Silk Road) pada kurun ke-13.

Diperkenalkan pada pemerintahan dinasti

Tang(618-906). Buku bercetak yang paling awal iaitu Jingangjing yang masih wujud sehingga kini bertarikh 11 Mei 868. Kini disimpan dan dipelihara di Muzium British di England. Pada tahun 1045, Bi Sheng mencipta teknik percetakan bergerak. Penciptaan Bi Sheng 400 tahun lebih awal daripada penciptaan yang sama di Barat pada kurun ke-15.

Dicipta

oleh ahli-ahli alkimia Daois yang menemui formulanya dalam uji kaji mencampur saltpetre dengan sulfur dan karbon. Pada kurun ke-7, orang Cina sudah pun menggunakan bahan letupan untuk membuat bunga api. Mula digunakan dalam militari pada tahun 906 oleh ketua tentera Tang. Mula diperkenalkan ke negara Arab pada kurun ke-13.

Semasa

Dinasti Han(206 SM-220 SM) sifatsifat magnet sudah diketahui di negara China. Antara kurun ke-6 orang Cina sudah menemui pengetahuan tentang gejala kemagnetan aruhan. Menjelang kurun ke-8 dan ke-9, ilmu pengherotan dan juga kekutuban magnet dikuasai. Kompas telah digunakan di kapal semasa pelayaran.

Sistem keluarga berpusatkan bapa (patriachy) dan nisab bapa (patriineal). Sistem tradisional ini kekal selama beberapa ribu tahun. Diserap masuk dalam pelbagai aspek kehidupan dan memberi kesan perkembangan budaya Cina. Ciri sistem tersebut : 1. Kuasa suami tertinggi 2. Hubungan suami dan isteri yang berjauhan 3. Pentingkan anak lelaki. 4. Pentingkan pertalian darah keluarga. 5. Cenderung kepada nilai autokrasi dan mengagungkan zaman silam.

Paling lama dan paling berkembang dalam dunia. Sistem melodi muzik cina klasik adalah kompleks. Bahan-bahan penciptaan muzik termasuk logam, batu, buluh, labu, kayu dan sutera. 3 kategori iaitu tiupan, genderang, memetik dan menggesek. Menganggap muzik harus berharmoni dengan alam semesta dan dibuktikan dalam bab Yue ji (Rekod Muzik). Muzik dan pemerintah saling melengkapi antara satu sama lain. Hanya individu bersifat unggul dan mampu memahami muzik mempunyai ciri sebagai pemerintah.

Diberi penghormatan paling tinggi kerana sifat unik dan personaliti tinggi penciptanya. Menggunakan bahan seperti dakwat, berus, kertas dan juga sutera. Terdapat empat stail tulisan iaitu kaishu, lishu, xingshu dan caoshu. Bergantung kepada kemahiran imaginasi untuk penghasilan bentuk garis yang menarik. Berinspirasikan alam semula jadi. Setiap garis dalam kaligrafi mempunyai tenaga benda hidup.

a)

b)

Berhubung rapa dengan kaligrafi dan puisi. Majoriti pelukis juga adalah sarjana dan pakar kaligrafi. Lukisan cina disampaikan dalam 2 kategori : Xieyi bebas tangan Gongbi guna garis halus dan teliti terhadap butir-butir lukisan Majoriti menggunakan dakwat monokrom untuk melukis. Format lukisan adalah dalam bentuk skrol panjang dan digantung menegak atau skrol tangan melintang. Maksud lukisan disampaikan secara tersembunyi untuk mengekalkan kesenian dan kehalusan lukisan. Tema lukisan cina adalah terhad kepada benda hidup sahaja. Lukisan Cina bersifat simbolik seperti buluh menandakan semangat seoarng sarjana yang mungkin dibengkok oleh sesuatu tapi tidak mudah patah. Penekanan diberi kepada gambaran pemahaman manusia terhadap alam sekitar.

Ciri

utama dapat dilihat tentang keinginan membuat binaan yang harmoni dengan alam semesta. Pemikiran ini dinyatakan dengan kepercayaan Fengshui (geomanchy) lokasi rumah atau kubur ditetapkan berpandukannya. Tembok adalah binaan amat penting untuk pertahanan dan keselamatan. Binaan tradisional diperbuat dari kayu berkualiti dan rangka berbentuk tiang dan ambang. Bumbung dibina menonjol, bercerun curam dengan cucur bumbung melengkung ke atas di sudutnya dan dipasang dengan tembikar.

Sejak

zaman awal pemerintahan dinasti Zhou (kurun ke 11 3 SM), mampu membuat katalog bintang, dan mencatat rekod tepat tentang gerhana dan komet. Sumbangan melalui penghasilan peralatan astronomi dan kalendar Cina.

Menngunakan

sempoa (abacus) pada kurun ke2 dalm karya matematik Xu Yue. Ahli matematik cina mengenal pasti nilai Pi, sistem pecahan dan perpuluhan. Kebanyakan karya matematik cina terkandung dalm karya agung Jiuzhang suanshu (Sembilan Bab Matematik) oleh Zhang Cang kurun ke-2 SM.

Sistem perubatan tradisional Cina besifat purba, bebas dari pengaruh luar dan bermula sejak masa Fu Xi (2935 SM), dekembangkan oleh Shen Nong (2698 SM) dan Haung Di (2598 SM). Rangka teori asas ialah teori kosmik dualistik YIN dan YANG. Teori YIN dan YANG mengatakan bahawa kesimbangan yang harmoni antara YIN dan YANG mempengaruhi kesihatan badan manusia. Teori lain ialah Jing (saluran) dan LUO (kolateral) asas bagi rawatan terapeutik seperti akupuntur dan moxisbustion (mebakar daun moxa). Menurut teori ini, segala badan manusia dihubungkan oleh saluran darah dan QI (teaga dinamik) beredar. Bahan untuk ubat-ubatan sangat luas termasuk tumbuhtumbuhan (herba), binatang dan sumber galian. Ubat-ubatan ini berguna untuk memulihkan kesimbangan YIN dan YANG dan merupakan perkara yang rumit.

Buku

tentang perubatan dan farmokologi Cina tradisional sangat berguna dalam perkembangan sains perubatan Cina. Bencaogangmu (Farmakopeia Agung) yang ditulis oleh Li Shizhen (1518-1593) ialah farmakopeia Cina teragung dan mengandungi 52 jilid yang berwibawa sehingga kini.

Saintis

Cina telah memberi perhatian kepada penyongsangan (inversion) imej oleh kamera lubang jarum (pin-hole camera). Begitu juga bagi penghasilan pelbagai imej oleh kanta cekung. Mereka amat memahami konsep fokus.

Dalam

kajian agar manusia hidup selamalamanya, telah menghasilkan sejenis :eliksir kehidupan. Benda tersebut mengandungi bahan-bahan seperti merkuri, plumbum, dan arsenik. Yang bersifat toksik. Dalam perubatan penggunaan racun adalah biasa. Walaupun tujuan utma untuk mengkaji hasil yang membantu memanjangkan hayat, uji kaji tersebut menyebabkan ciptaan lain yang lebih berguna.

Ideal Konfusion tentang penubuhan sesebuah negara beretika bersesuaian dengan Wawasan 2o2o. Ideal Konfusion berteraskan humanisme, humanitarianisme, intelektualisme dan rasionalisme selaras dengan pemikiran pemdidikan di Malaysia dan dunia. Konep konfusianisme iaitu Lima Perhubungan (wulun) sahih dan komprehensif untuk digunakan meskipun telah berkembang lebih kurang 2500 tahun lalu. Lima Perhubungan tersebut amat mementingkan nilai, sifat moral dan prinsip etika yang sesuai memberi ilham dalam penciptaan sistem nilai. Wawasan konfusion tentang masa depan manusia seperti dalam The Grand Unity kaya dengan wawasan dan kebijaksanaan. Keseluruhannya, tamadun cina mempunyai unsur positif dan kebijaksanaan, memiliki jangka hayat yang lama dan boleh menjadi inspirasi bagi manusia pada kurun ke-21.