Anda di halaman 1dari 3

MOHD IZUDDIN BIN ABU HASSAN Soalan B Bincangkan isu dan cabaran pendidikan yang bakal anda hadapi

dalam tempoh sedekad akan datang dengan mengambil kira kepelbagaian

sosiobudaya dalam konteks bilik darjah di Malaysia. Kemukakan hujah anda beserta contoh yang sesuai. Pada masa kini, tidak dinafikan bahawa sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami satu transfomasi pendidikan pesat bagi meletakkan negara kita duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara- negara yang sedang membangun di seluruh dunia. Langkah ini diambil oleh pihak kerajaan adalah untuk memastikan masa hadapan negara hadapan digalas oleh rakyat Malaysia sendiri, bukan lagi bergantung harap pada rakyat asing seperti yang berlaku ada masa ini. Dalam jangka masa sepuluh tahun dari sekarang, pelbagai isu dan cabaran pendidikan yang bakal dialami oleh semua pihak, samada daripada pihak guru, murid, ibu bapa dan juga masyarakat. Di arus kerancakan teknologi maklumat ini, sistem pendidikan tradisional tidak lagi relevan kerana sistem pendidikan perlulah bergerak seiringan dengan perkembangan semasa. Namun begitu, dalam masa sedekad dari sekarang, beberapa isu dan cabaran yang bakal akan timbul, antaranya ialah perpaduan dan kerjasama antara murid- murid sukar dicapai kerana perbezaan bahasa ataupun dialek murid- murid di dalam kelas. Isu ini adalah disebabkan wujudnya pelbagai bahasa pertuturan murid- murid mengikut bangsa masing- masing, maka kerjasama antara murid- murid akan sukar dicapai kerana tidak ada kefahaman dalam komunikasi. Walaupun tidak dinafikan, di sekolah kebangsaan, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah dikuatkuasakan sejak dahulu lagi. Akan tetapi keberkesanannya tidak menyeluruh kerana tidak semua murid selain murid berbangsa Melayu menggunakan bahasa ini sebagai bahasa percakapan seharian. Ada dalam kalangan mereka yang sudah terbiasa bertutur dalam bahasa masingmasing di rumah bersama ibu bapa dan keluarga mereka. Buktinya, ada dalam kalangan mereka juga hanya mempelajari bahasa Melayu hanya untuk menjawab peperiksaan UPSR sahaja.

Biasanya , murid berbangsa Melayu akan lebih selesa dan lebih suka untuk bekerjasama sesama rakan Melayunya berbanding rakannya berbangsa Cina kerana mereka lebih memahami pertuturannya. Bagi murid- murid berbangsa Cina akan lebih selesa bersama rakan- rakannya. Pihak kerajaan seharusnya mengambil satu langkah yang berkesan bagi menghakis semangat perkauman ini dengan terus menggandakan program- program untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Selain itu, isu dan cabaran pendidikan yang bakal dihadapi dalam tempoh sedekad ini ialah ketaksamaan peluang pendidikan dalam kalangan muridmurid. Apa yang diertikan dengan tidak ketaksamaan peluang pendidikan bukanlah bermakna segolongan murid akan dihalang daripada mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya. Akan tetapi ketaksamaan yang dimaksudkan ialah ketaksamaan dari segi kelas sosial, jantina dan lain- lain lagi. Menurut Meighan (1986) menjelaskan bahawa walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbezaan cara hidup dan pendapatan dalam sesuatu bangsa yang sama. Dengan kata lain, ketaksamaan peluang pendidikan wujud kerana golongan kaya dan golongan atasan yang berpandapatan tinggi mempunyai keupayaan kewangan yang lebih luas berbanding murid yang berasal dari keluarga yang sederhana. Sebagai contoh, dari segi pelajaran, murid- murid dari keluarga yang kaya akan mendapat kelebihan menghadiri kelas- kelas tambahan dan mendapat bahan- bahan untuk mengulangkaji pelajaran yang lengkap. Berbanding murid- murid dari keluarga sederhana, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran kerana mereka lebih cenderung untuk membantu ibu bapa bekerja untuk mencari rezeki. Mereka akan tidak ada masa untuk mengulangkaji pelajaran dan hanya bergantung pada masa pengajaran guru di dalam kelas sahaja. Umumnya, perbezaan ketara ini boleh menyebabkan pencapaian prestasi peperiksaan murid dari keluarga berada ini jauh lebih baik dari murid dari keluarga sederhana tadi.

Hal ini akan dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan dan pihak sekolah mengambil berat tentang latarbelakang murid- murid di sekolah. Pihak sekolah seharusnya mengenal pasti murid- murid yang datang daripada keluaraga yang sederhana ini, lalu diberikan tanggungan sepenuhnya sepanjang persekolahan mereka dari segi pakaian, alat tulis, makan minum, duit poket dan sebagainya. Maka mereka akan dapat memberikan sepenuh tumpuan terhadap pelajaran mereka di sekolah sepertimana rakan- rakan mereka yang lain. Selain itu juga, isu dan cabaran yang akan dihadapi ialah kecelikan ICT dalam kalangan murid- murid berbanding guru- guru. Seperti yang kita sedia maklum, pada masa kini telah muncul pelbagai gajet- gajet pendidikan dan teknologi maklumat di pasaran. Bagaimanakah keadaannya pada sedekad lagi, mungkin sesuatu alat teknologi yang tidak dapat dibayangkan oleh pemikiran manusia akan wujud. Situasi ini menjadi cabaran kepada guru- guru untuk lebih mendahului muridmurid dalam menerokainya. Buktinya pada masa kini sistem tradisional yang diguna pakai oleh guru- guru veteren iaitu kaedah chalk and talk tidak lagi relevan. Murid akan cepat bosan dan hilang tumpuan terhadap pelajaran kerana mereka lebih suka sesi pengajaran yang menggunakan video, audio dan tayangan LCD. Maka kaedah pengajaran guru perlu mengikut selera murid- murid. Guru perlu lebih mahir dalam menggunakan perkakasan teknologi bagi mengekalkan minat murid terhadap pelajaran. Kebiasaannya, murid- murid banyak menghabiskan masanya di rumah dengan bermain permainan komputer, maka guru perlu mengusai perisian- perisian komputer yang seakan- akan permainan komputer bagi membangkitkan minat dan rasa ingin tahu murid terhadap pelajaran. Kesimpulannya, pihak Kemeterian Pelajaran haruslah mempertingkatkan kelengkapan teknologi kepada semua sekolah samada sekolah di zon bandar dan di zon luar bandar untuk kelengkapan guru- guru dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Guru- guru pula perlu mempersiapsiagakan diri dengan ilmuilmu berkaitan teknologi terbaru ini agar dapat mengaplikasikannya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai