Anda di halaman 1dari 2

Jelaskan manakah penyelesaian terbaik dalam penyelesaian masalah Persamaan Linear Homogen dan Tak Homogen.

Setelah menyelesaikan Persamaan Linear Homogen dan Tak Homogen dengan menggunakan Kaedah Operasi Baris Permulaan (OBP), iaitu Kaedah Gauss dan Gauss-Jordan, serta Petua Kramer, saya dapat menyatakan bahawa antara kesemua kaedah yang telah saya gunakan, Petua Kramer merupakan kaedah yang mudah dan senang untuk dikendalikan berbanding Kaedah OBP. Saya mengatakan pendapat saya ini kerana saya telah mencuba kaedah ini bersama dengan kaedah-kaedah lain dan ternyata kaedah ini menyenangkan kerja pengiraan saya. Petua Kramer yang diwakilkan dengan formula Ax=B hanya memerlukan saya untuk menghafal beberapa langkah yang mudah serta formula yang ringkas bagi mendapatkan nilai bagi pemboleh-pemboleh ubah . Antara formulanya

ialah mencari penentu untuk setiap lajur dengan digantikan setiap lajur dengan lajur jawapan, . Langkah-langkah mencari penentu jelas dan tidak mengelirukan. Selain itu

pula, nombor-nombor yang terlibat dalam pengiraan saya pula bernilai kecil dan memudahkan pengiraan yang dilakukan. Di samping itu, kaedah ini jelas dan pengiraannya tidak mengelirukan berbanding dengan kaedah OBP. Langkah-langkah yang diperlukan membantu saya mengira dengan teratur tanpa takut jika ada kesalahan yang kecil-kecil berlaku. Penentu dicari satu per satu menyenangkan lagi kerja pengiraan yang perlu dilakukan. Kekeliruan yang mungkin berlaku jika menggunakan kaedah OBP dapat dikurangkan dan kesalahan kecil yang bagi saya selalu terjadi jika menggunakan kaedah OBP dapat dielakkan. Tambahan lagi, langkah-langkah dalam kaedah ini sama untuk setiap soalan persamaan linear, walaupun homogen ataupun tak homogen. Maksud saya, dengan menggunakan Petua Kramer, saya hanya perlu mencari penentu untuk matrik sebenar, selepas itu penentu untuk matrik yang lajur-lajur telah digantikan dengan lajur jawapan. Selepas itu, aplikasi formula untuk setiap pemboleh ubah. Kaedahnya mudah dan

tidak memerlukan langkah-langkah yang panjang.

Jika dilihat dalam Kaedah Gauss, pengiraan untuk menghasilkan matrik eselon baris agak panjang dan kita juga perlu menggunakan kaedah penghapusan pada langkah terakhir. Masalah mungkin akan timbul dengan pelbagai langkah yang berbezabeza untuk soalan yang berbeza. Skala yang ingin didarabkan perlu difikirkan berdasarkan soalan yang ingin diselesaikan. Ini mungkin akan memakan masa dalam membuat keputusan sama ada mendarabkan dengan skala atau menolak baris dengan baris adalah merupakan langkah seterusnya dan paling sesuai. Dalam Kaedah GaussJordan pula, kaedah penghapusan tidak digunakan, tetapi langkah-langkah yang lebih panjang akan mengambil tempat bertujuan untuk menghasilkan matrik eselon baris terturun. Memang ternyata jawapan yang terhasil mudah diperolehi tetapi jika berlaku sedikit kesalahan pada permulaan dan tidak disedari, sudah akan memakan masa yang lebih untuk memperbaiki semula. Kesimpulannya, saya memilih Kaedah Petua Kramer merupakan kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan persamaan linear homogen dan tak homogen

berdasarkan pengalaman saya menyelesaiakan kedua-dua jenis persamaan tersebut menggunakan ketiga-tiga kaedah yang disarankan. Kebarangkalian melakukan kesilapan mungkin kurang jika setiap formula diingati dengan betul. Kemahiran dan latihan diperlukan agar pengendalian kaedah ini membantu menyelesaikan persamaan linear dengan cepat dan betul.