Anda di halaman 1dari 3

MENINGKATKAN DISIPLIN MURID SEKOLAH RENDAH TERHADAP PERATURAN DAN KESELAMATAN DALAM BILIK SAINS MENGGUNAKAN PRINSIP 6B

1. Tajuk Kajian Meningkatkan Disiplin Murid Sekolah Rendah terhadap Keselamatan dalam Bilik Sains menggunakan Prinsip 6B 2. Nama Penyelidik Siti Sarah binti Ahmad 3. Nama dan Alamat Sekolah SK LKTP BUKIT BATU, FELDA BUKIT BATU, 81000 KULAIJAYA, JOHOR 4. Refleksi Situasi / Pengajaran dan Pembelajaran Yang Lalu 2 bulan yang lalu, sewaktu saya sedang menjalankan ujikaji sains melibatkan tajuk haba, terdapat satu insiden di mana murid telah menggunakan pemetik api sendiri untuk menyalakan penunu bunsen. Penunu bunsen tersebut akhirnya gagal untuk berfungsi seperti biasa dan penunu bunsen gagal dikawal dan menyebabkan ia menyalakan api yang marak. Saya sendiri sebagai guru yang bertanggungjawab pada waktu tersebut terpaksa menggunakan kaki saya sendiri untuk menolak keluar penunu bunsen tersebut dari bilik sains agar tidak membakar peralatan lain di bilik sains. Kejadian ini berlaku kerana sikap murid tersebut yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kejadian tersebut memberi idea kepada saya untuk membuat kajian demi meningkatkan disiplin murid sewaktu berada di bilik sains. Ketidakpatuhan murid terhadap peraturan dan keselamatan akan menyebabkan pelbagai perkara yang tidak diingini boleh berlaku. Murid harus diberikan penjelasan dan kesedaran di mana bilik sains bukan tempat untuk bermain seperti di dalam kelas..Ini adalah perlu sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku semasa menjalankan aktiviti amali sains mahu pun aktiviti-aktiviti amali bagi mata pelajaran yang lain. 5. Isu Keperihatian / Fokus Kajian Fokus kajian ini ialah untuk memupuk disiplin yang tinggi dalam mematuhi peraturan dan keselamatan sewaktu berada di bilik sains menggunakan prinsip 6B. 6. Objektif Kajian Selepas kajian ini selesai dijalankan, murid- murid diharap akan mencapai objektif berikut: i. Objektif Umum Peraturan dan

Murid lebih berdisiplin dalam mematuhi peraturan dan langkah keselamatan apabila berada di dalam bilik sains.

ii.

Objektif Khusus Semua murid di SK LKTP Bukit Batu dapat mengaplikasikan prinsip 6B (Bawa, Beratur, Baca, Buat, Bersih, Balik, Best ) sewaktu berada di bilik sains.

7. Kumpulan Sasaran Kajian ini akan melibatkan semua murid SK LKTP BUKIT BATU, KULAIJAYA. 8. Tindakan Yang Dicadangkan i. Tinjauan Masalah Murid diberikan ujian bertulis dan temubual mengenai peraturan-peraturan di dalam bilik sains. ii. Analisis tinjauan masalah Guru akan mendapatkan jumlah markah murid untuk mengetahui tahap kesedaran murid terhadap peraturan dalam bilik sains.. iii. Pelaksanaan Tindakan 6B Murid akan didedahkan dengan prinsip 6B dari awal pergerakan murid sebelum memasuki bilik sains hinggalah keluar dari bilik sains. Pelaksanaan prinsip tindakan 6B adalah seperti berikut: a. Bawa Murid hanya dibenarkan membawa masuk buku, peralatan tulis serta barangan yang telah di arah oleh guru. Beg serta peralatan lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan. b. Beratur Murid diwajibkan untuk beratur di tepi bilik sains sehingga arahan guru diberikan. c. Baca Selepas beratur, murid diwajibkan untuk membaca dahulu peraturan-peraturan bilik sains yang telah di tampal di pintu hadapan laluan masuk ke bilik sains sebelum memasuki bilik sains. d. Buat Murid mengaplikasikan peraturan-peraturan bilik sains ketika berada di dalam bilik sains.

e. Bersih Murid memastikan keadaan bilik sains dan peralatan yang digunakan dalam keadaan yang bersih. f. Balik Sebelum murid melangkah keluar dari bilik sains, murid diwajibkan untuk mengangkat kerusi ke atas meja mengikut susuan template yang telah disediakan oleh guru. Murid yang tidak mengikut arahan akan didenda. g. Best Ganjaran diberikan pada setiap bulan di perhimpunan rasmi untuk murid yang paling berdedikasi ketika berada di dalam bilik sains.

9. Jadual Pelaksanaan Kajian Bil. Aktiviti Tarikh Pelaksanaan 1. Mengenal pasti masalah dan mengumpul Jan 2013 data 2. Menulis Kertas Cadangan Mac 2013 3. Merancang Aktiviti April 2013 4. Pelaksanaan 6B Mei Oktober 2013 5. Menulis Laporan November 2013 6. Pembentangan Disember 2013

Anda mungkin juga menyukai