Anda di halaman 1dari 13

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 1

UNIT PELAJARAN 1 PENGENALAN KEPADA BAHASA

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan definisi bahasa 2. Menjelaskan perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia 3. Menjelaskan sistem Bahasa Melayu

PENGENALAN
Pada umumnya bahasa dapat dikaji dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan (spoken language), bahasa tulisan (written language) dan bahasa isyarat (sign language). Ketiga-tiga bentuk bahasa tersebut mempunyai saluran penyampaian dan sistem yang berbeza. Bahasa pertuturan digunakan kebanyakan orang, yang mana didominasikan oleh system bunyi. Manakala bahasa tulisan pula berasakan kepada sistem tulisan satu-satu bahasa. Bahasa isyarat pula adalah bahasa yang berasaskan pada sistem bahasa isyarat berbentuk visual yang digunakan oleh masyarakat orang pekak. Perbincangan makalah ini memfokuskan kepada bahasa pertuturan. Bahasa pertuturan yang kita gunakan terdiri daripada berbagai-bagai bunyi yang dihasilkan samada melalui rongga mulut, rongga hidung atau gabungan bunyi-bunyi daripada rongga tersebut. Bunyi atau gabungan bunyi-bunyi yang dihasilkan melalui rongga tersebut akan membentuk perkataan. Perkataan tersebutlah yang kita namakan sebagai bahasa pertuturan. Hal ini kerana apabila bunyi -bunyi tersebut didengari, bunyi tersebut dapat difahami maknanya oleh mereka yang menggunakan bahasa yang sama. Umpamanya, bunyi perkataan buku dapat difahami hanya oleh pengguna rumpun bahasa Melayu dan bagi pengguna bahasa lain buku tidak membawa apa-apa makna kecuali perkataan buku secara kebetulan ada persamaan dengan bunyi sesuatu bahasa lain.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 2

Sebaliknya, jika bunyi-bunyi yang dihasilkan tidak membentuk perkataan atau tidak menyamai mana-mana bahasa, bunyi tersebut tidak dianggap sebagai bunyi bahasa. Contohnya bunyi berdehem, bersiul, batuk dan bebelan kanak-kanak. Bunyi-bunyi tersebut dihasilkan melalui rongga mulut juga tetapi tidak membawa apaapa makna, kecuali, jika dilihat pada tatatingkat pragmatik, iaitu berdasarkan konteks sebenar sesuatu peristiwa bahasa. Umpaman ya perbuatan bersiul yang dilakukan oleh jejaka kepada gadis mungkin bertujuan untuk menarik perhatian. Manakala, berdehem yang dilakukan oleh bapa kepada anak boleh membawa makna suatu amaran. Bagaimanakah bunyi-bunyi bahasa dihasilkan? Persoalan ini tidak membawa apa-apa makna bagi kebanyakan orang kerana bunyi bahasa yang kita hasilkan telah menjadi kelaziman dalam kehidupan seseorang. Maksudnya, kebolehan manusia berbahasa pada umumnya merupakan satu proses yang dianggap semulajadi. Namun jika diamati, proses berbahasa amat kompleks untuk dihuraikan. Hal ini dapat diperhatikan bagaimana sukarnya memulihkan pertuturan dilakukan ke atas seseorang yang mengalami kecacatan pertuturan. Berdasarkan ilmu psikolinguistik, lazimnya, seseorang kanak-kanak yang normal pertumbuhan dan perkembangan mental dan fisikal, serta tidak ada kecacatan pada anatomi dan fisiologi pendengaran dan pertuturan akan dapat berbahasa dalam lingkungan umur dua tahun. Namun begitu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang melampaui umur tersebut tetapi mereka masih tidak dapat bertutur. Anatara mereka, seperti kanak-kanak pekak dan autisme. Ketidakmampuan kanak-kanak bermasalah pendengaran ( pekak ) bertutur berpunca daripada masalah pendengaran, manakala kanak-kanak autisme berpunca daripada masalah tumpuan dan gangguan saraf otak. Terdapat juga sebilangan orang yang mengalami kecederaan di bahagaian otak yang terlibat dengan bahasa, yang menyebabkan mereka mengalami masalah berbahasa yang dikenali sebagai pengidap afasia. Bahagian-bahagian otak yang terlibat dengan bahasa antaranya ialah bahagian Wernicke dan Broca. Bahagian Wernicke berkaitan dengan kefahaman berbahasa iaitu keupayaan seseorang memahami bahasa dan bahagia Broca berkaiatan dengan

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 3

pergerakan alat-alat pertuturan atau motor berbahasa. Ada juga sebilangan kecil kanak-kanak yang lambat bertutur atau dikenali sebagai delay in language acquisition yang sebabnya sukar dihuraikan. Apa-apa pun, bahasa sangat rapat hubungannya dengan ilmu pengetahuan. Natijahnya, ketidakmampuan berbahasa sama ada pada peringkat penghasilan (pertuturan) atau penerimaan (pemahaman) boleh membawa kesan ke atas penguasaan ilmu pengetahuan seseorang. Seperti yang telah dihuraikan, menghasilkan bunyi bahasa merupakan suatu proses yang kompleks, yang melibatkan beberapa anggota badan kita. Pada umumnya kajian dalam bidang Sains Pendengaran dan Pertuturan mengkategorikan kepada tiga bahagian. Yang pertama ialah bahagian berkaitan dengan otak, yang berfungsi menafsirkan makna bahasa dan mengarahkan pergerakkan alatan pertuturan. Yang kedua ialah bahagian berkaitan dengan rongga mulut dan hidung, yang berfungsi

membunyikan pelbagai bunyi bahasa, manakala yang ketiga ialah bahagian yang berkaitan dengan sistem pernafasan (paru-paru) yang berfungsi menghasilkan udara semasa penghembusan udara keluar daripada paru-paru bagi membunyikan bunyibunyi bahasa. Berdasarkan kajian neurolinguistik, membunyikan satu-satu patah perkataan akan melibatkan beratus saraf, yang mana saraf-saraf berkenaan berkoodinasikan di antara satu dengan yang lain bagi menghasilkan bunyi yang dituturkan oleh seseorang. Gangguan pada mana-mana saraf yang terlibat boleh membawa gangguan kepada alatan pertuturan. Akibatnya bunyi bahasa yang dihasilkan boleh mencacatkan atau menyusahkan pendengar untuk menafsirkannya. Hal ini kerana alat-alat pertuturan tidak dapat digerakkan dan berfungsi dengan betul bagi membunyikan sesuatau fonem, yang boleh membawa perubahan pada bunyi bahasa yang hendak dituturkan. Sebutan akan menyelewang daripada apa yang sepatutnya dibunyikan dan keadaan ini akan membawa kesukaran untuk difahami pendengar. Antara saraf utama yang terlibat dalam menghasilkan pertuturan ialah Saraf Karnial ke V (Trigeminal Nerve ) yang berkaitan dengan pergerakan mulut dan rahang, Saraf Karnial ke X (Vagus Nerve) yang berkaitan otot-otot pita suara dan Saraf Karnial ke XII (Hypoglossal Nerve) yang berkaitan dengan pergerakan lidah. Kecacatan dalam mana-mana saraf ini boleh membawa kepada kecacatan pertuturan. Peranan saraf-

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 4

saraf ini adalah untuk menggerakkan artikulator dan bahagian-bahagian yang terlibat dalam berbahasa bagi membolehkan bunyi-bunyi bahasa dihasilkan. Kegagalan menggerakkan artikolator mengakibatkan berlaku penyelewangan sebutan atau bunyi bahasa kerana perkataan tidak dapat diujarkan dengan betul. Manakala setiap artikulator sama ada secara sendirian atau gabungan berfungsi menerbitkan berbagaibagai bunyi bahasa.

DEFINISI BAHASA
Banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendifinisikan bahasa.Sesetengah ahli bahasa mendifinisikan bahasa dari sudut fungsi bahasa itu sendiri. Bagi mereka bahasa adalah merupakan alat untuk berkounikasi dan perhubungan. Aliran psikologi mendefinisikan bahasa sebagai alat untuk menyatakan perasaan,emosi,pendaapat, fikiran dan sebagainya. Bagi Bloch dan Trager mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem lambang pertuturan yang arbitrari, digunakan oleh sesebuah masyarakat sebagai alat untuk berhubung dan berkerjasama. definisi menjelaskan bahasa adalah pertuturan. Kenyataan ini disokong oleh Fries yang menjelaskan bahawa 85 peratus daripada bahasa yang digunakan adalah pertuturan. Wilhelm Von Humboldt mendifinisikan bahasa sebagai satu sintesis bunyi yang dibentuk oleh lautform bentuk luaran dan fikiran yang dibentuk oleh idenform bentuk dalaman.Daripada sintesis inilah beragam ujaran yang tidak terjumlah dihasilkan. Ferdinand de Saussure mendifinisikan bahasa sebagai satu sistem isyarat yang mempunyai bahagian terpenting berupa gabungan daripada erti dengan bayangan bunyi dan kedua-duanya (erti dan bayangan bunyi) adalah bersifat psikologi. Dalam hal ini erti dan bunyi tidak terpisah tetapi tergabung dalam satu rantaian ucapan mengikut hukum-hukum bahasa. Bagi Charles F. Hockett sarjana bahasa abad ke 20 melihat bahasa dari sudut tingkah laku (behaviorisme), yakni bahasa adalah satu sistem tabiattabiat yang sangat rumit. Kenyataan ini disokong oleh John B. Carol mendifinisikan bahasa sebagai satu sistem berstruktur daripada bunyi-bunyi vokal dan urutan bunyibunyi yang dipakai sewenang-wenangnya atau digunakan untuk berkomunikasi bagi sekumpulan manusia. Definisi yang baru dan lazim digunakan pakai pada era ini, mendifinisikan bahasa dari sudut fungsi dan bentuknya. Menurut fungsinya, bahasa adalah satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi ucapan yang dipilih dan disusun secara sewenang-wenangnya untuk digunakana pakai oleh masyarakat berkomunikasi. Dari aspek bentuk pula, Chomsky mendifinisikan bahasa sebagai jumlah kalimat yang terbatas. Setiap kalimat mempunyai panjang yang terbatas dan terdiri daripada unsur-

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 5

unsur yang terbatas jumlahnya. Definsi ini memberikan makna bahawa, bahasa dari segi fungsi merujuk kepada satu alat untuk berkomunikasi. Manakala dari aspek bentuk merujuk kepada kalimat-kalimat yang diujarkan. Daripada definisi di atas menunjukkan bahawa bahasa mempunyai sistem. Di pertuturan terkandung bentuk-bentuk bahasa yang terdiri daripada kumpulan bunyi yang berupa perkataan,rangkai kata dan ayat. Tiap-tiap bentuk mempunyai sistemnya yang tersendiri. Bahasa Melayu misalnya mempunyai sistem atau peraturanperaturannya yang tersendiri dalam menghasilkan sesuatu bunyi,mempunyai hukumhukumnya yang membentuk perkataan,rangkai kata dan ayat-ayat. Maka tiap-tiap bahasa itu mempunyai set atau sistem tertentu yang menjadi asas kepada penggunapengguna untuk menuturkan atau menuliskan bahasa tersebut. Kesimpulannya pengertian bahasa dirumuskan dari beberpa aspek seperti dalam jadual di bawah

Aspek Bahasa Sistem Arbitrari

Penerangan Fonetik, fonemik dan tatabahasa Tiada hubungan yang mtlak di antara bunyi dan perkataan atau perkataan dengan makna dan rangkai kata dengan ayat. Bahasa lisan untuk menyatakan sesuatu; bahasa itu merupakan simbol-simbol tertentu. misalnya kata rumah menggambarkan hakikat sebuah rumah. jadi bahasa itu adalah lambang-lambang tertentu.

Bunyi Simbol

Alat Komunikasi

untuk manusia berhubung,melahirkan perasaan, fikiran,kehendak, peranan sosial dan mengemukan idea.

Huraikan satu definisi bahasa mengikut pandangan psikolinguistik

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 6

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Bagi tujuan mengetahui asal usul Bahasa Melayu kita perlu mengetahui asal-usul penutur aslinya terlebih dahulu, iaitu orang Melayu. Asal-usul bangsa Melayu sehingga kini masih kabur. Akan tetapi beberapa sarjana Eropah seperti Hendrik Kern (Belanda) dan Robert von Heine Geldern (Austria) telah melakukan penyelidikan secara kasar latar belakang dan pergerakan masyarakat Melayu kuno. Teori mereka menyatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada kelompok Austronesia, iaitu kelompok manusia yang berasal dari daerah Yunan di China yang kemudiannya berhijrah dalam bentuk beberapa gelombang pergerakan manusia dan akhirnya menduduki wilayah Asia Tenggara. Gelombang pertama dikenali sebagai Melayu-Proto dan berlaku kira-kira 2500 tahun sebelum Masehi Kira-kira dalam tahun 1500 tahun Sebelum Masehi, datang pula gelombang kedua yang dikenali sebagai Melayu-Deutro. Mereka mendiami daerah-daerah yang subur di pinggir pantai dan tanah lembah Asia Tenggara. Kehadiran mereka ini menyebabkan orangorang MelayuProto seperti orang-orang Jakun, Mahmeri, Jahut, Temuan, Biduanda dan beberapa kelompok kecil yang lain berpindah ke kawasan pedalaman. Justeru itu, Melayu-Deutro ini merupakan masyarakat Melayu yang ada pada masa kini. Bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia, manakala bahasabahasa Austronesia ini berasal daripada keluarga bahasa Austris. Selain daripada rumpun bahasa Austronesia, rumpun bahasa Austro-Asia dan rumpun bahasa Tibet Cina. Rumpun bahasa Austronesia ini pula terbahagi kepada empat kelompok yang lebih kecil : 1. Bahasa-bahasa Kepulauan Melayu atau Bahasa Nusantara. Contoh : bahasa Melayu, Aceh, Jawa, Sunda, Dayak, Tagalog, Solo, Roto, Sika dan lain-lain. 2. Bahasa-bahasa Polinesia Contoh : bahasa Hawaii, Tonga, Maori, Haiti 3. Bahasa-bahasa Melanesia

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 7

Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Fiji, Irian and Kepulaun Caledonia 4. Bahasa-bahasa Mikronesia Contoh : bahasa-bahasa di Kepulauan Marianna, Marshall, Carolina dan Gilbert.
Bahasa-Bahasa Austronesia

Bahasa-Bahasa Nusantara Bahasa-bahasa Polinesia

Bahasa-Bahasa Melanesia Bahasa-Bahasa Mikronesia

Bahasa Melayu tergolong dalam cabang Bahasa-bahasa Nusantara yang mempunyai bahasa yang paling banyak, iaitu kira-kira 200 hingga 300 bahasa. Bentuk Bahasa Melayu yang dituturkan di Kepulauan Melayu pada zaman dahulu dikenali sebagai Bahasa Melayu Kuno dan jauh berbeza dengan Bahasa Melayu yang moden. Bentuk Bahasa Melayu Kuno hanya dapat dilihat melalui kesan tinggalan sejarah seperti batu-batu bersurat. Batu-batu bersurat yang menggunakan Bahasa Melayu dipercayai ditulis bermula pada akhir abad ke-7. Sebanyak empat batu bersurat telah dijumpai yang mempunyai tarikh tersebut : 1. Batu Bersurat Kedukan Bukit (683 M) - Palembang 2. Batu Bersurat Talang Tuwo (684 M) Palembang 3. Batu Bersurat Kota Kapor (686 M) Pulau Bangka, Palembang 4. Batu Bersurat Karang Brahi (686 M) Palembang Berpandukan isinya, penulisan di batu bersurat tersebut dibuat atas arahan raja Srivijaya, sebuah kerajaan yang mempunyai empayar meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kra dan Sri Lanka. Oleh itu, ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa pentadbiran kerajaan Srivijaya, sekaligus meluaskan penyebaran Bahasa Melayu ke tanah jajahan takluknya . Walaupun bahasa pada batu bersurat itu masih berbahasa Sanskrit, akan tetapi masih terdapat pengaruh Bahasa Melayu Kuno di dalamnya. Istilah Melayu timbul buat pertama kali dalam tulisan Cina pada tahun 644 dan 645Masehi. Tulisan ini menyebut mengenai orang Mo -Lo-Yue yang mengirimkan utusan ke Negeri China untuk mempersembahkan hasil-hasil bumi keada Raja China. Letaknya kerajaan Mo-Lo-Yue ini tidak dapat dipastikan dengan tegas. Ada yang mencatatkan di Semenanjung Tanah Melayu dan di Jambi, Sumatera. Selain daripada

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 8

empat batu bersurat yang disebutkan tadi, terdapat juga bahan-bahan lain yang dihasilkan dalam zaman kerajaan Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masehi. Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayu oleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam Bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya Sebelum Inggeris bertapak di Semenanjung Tanah Melayu, Bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Ia digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan Bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, Bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawaipegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap Bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan Bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap Bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi tuan dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan Bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 9

Huraikan bagaimanakah perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia.

SISTEM BAHASA MELAYU membaca asas murid pemulihan khas


Sistem Bahasa Melayu dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu fonologi,tatabahasa, morfologi,sintaksis dan semantik. Pada peringkat awal membaca dan menulis BM tumpuan diberikan kepada kemahiran fonologi dan morfologi manakala peringkat membaca dan menulis sekolah rendah tumpuan diberikan kepada lima aspek berkenaan. Setiap aspek dalam sistem BM ini akan mewujudkan kaedah-kaedah pengajaran yang berlainan mengikut faktor keupayaan murid.

Aspek Sistem Fonologi

Penerangan (b) Konsep bunyi, fonem, huruf, dan suku kata (c) Penggolongan bunyi bahasa (i) Vokal (ii) Konsonan (iii) Diftong (d) Cara menghasilkan bunyi bahasa Sistem ejaan bahasa Melayu (i) Pola keselarasan vokal (ii) Pengejaan kata pinjaman kata berimbuhan kata majmuk klitik Tanda baca Bahagian tatabahasa (i) Morfologi (ii) Sintaksis Konsep morfem (i) Morfem bebas (ii) Morfem terikat awalan akhiran sisipan apitan Konsep perkataan (i) Kata akar (ii) Kata dasar Bentuk kata (i) Kata tunggal

Tatabahasa

Morfologi

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 10

Sintaksis

Semantik

(ii) Kata terbitan (iii) Kata majmuk (iv) Kata ganda Proses pembentukan kata (i) Pengimbuhan definisi jenis imbuhan imbuhan kata nama imbuhan kata kerja imbuhan kata adjektif jenis kata majmuk kata majmuk yang terdiri daripada rangkai kata bebas kata majmuk daripada istilah khusus dalam bidang ilmiah kata majmuk yang mendukung maksud kiasan, iaitu simpulan bahasa jenis penggandaan penggandaan penuh penggandaan separa penggandaan berentak Golongan kata ) Kata nama am khas ganti nama (ii) Kata kerja transitif tak transitif Kata adjektif Kata tugas Ayat (i) Definisi ayat (ii) Binaan ayat subjek dan predikat unsur-unsur dalam subjek dan predikat Pola-pola ayat dasar FN + FN FN + FK FN + FA FN + FS Frasa Ragam ayat Jenid ayat Bentuk ayat. Konsep dan makna

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 11

Perubahan makna Peluasan makna Contoh: saudara, anda, kapal Penyempitan makna Contoh: madrasah, pondok, khalwat, tuan, cik Peribahasa (i) Perumpamaan (ii) Pepatah (iii) Bidalan (iv) Kiasan (v) Kata hikmat (vi) Simpulan bahasa (vii) Perbilangan

Rumusan Bahasa dapat dikaji dalam tiga bentuk, iaitu dalam bentuk bahasa pertuturan
(spoken language), bahasa tulisan (written language) dan bahasa isyarat (sign language)

Banyak dasar yang boleh dijadikan asas untuk mendifinisikan bahasa mengikut
aliran pemikiran ahli falsafah iaitu aliran behaviorisme,psikologi dan kognitif. Perkembangan Bahasa Melayu di Malaysia melalui beberapa fasa iaitu sebelum merdeka dan selepas merdeka Sistem Bahasa Melayu boleh dikaji atau diajar melalui lima aspek utama iaitu fonologi,morfologi,tatabahasa,sintaksis dan semantik Pengajaran sistem Bahasa Melayu perlu mengambil kira tahap pencapaian bahasa kanak-kanak.

Rujukan
Abdullah Hassan, 1980. Linguistik Am Untuk Guru Bahasa, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Amat Johari Moin, 1996. Perancangan Bahasa: Aksara Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Raminah Hj Sabran,1988. Kajian Bahasa, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., Petaling Jaya,

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 12 Noriah Mohamed. 1998.Sosiolinguistik Bahasa Melayu di Malaysia, Penerbit USM, Pulau Pinang,

pengajaran literasi: membaca dan menulis bahasa melayu| 13

Anda mungkin juga menyukai