Anda di halaman 1dari 3

Mata Pelajaran & Kelas Tarikh Tema/Topik Masa Standard Kandungan

Dunia Sains dan Teknologi / 3 Al Farabi 28 Januari 2013. (8.45-9.15) Kemahiran Proses Sains 30 minit 1.1 Memahami kemahiran proses sains 1.1.6 Berkomunikasi

Standard Pembelajaran Di akhir pengajaran, murid dapat : Objektif Pembelajaran Menyatakan kemahiran proses sains yang dipelajari Membezakan jenis-jenis kemahiran proses sains (berkomunikasi)

Aktiviti P & P

Guru menunjukkan bahan-bahan kepada setiap kelas. Guru memberikan penerangan tentang kemahiran yang akan dipelajari iaitu kemahiran proses sains (berkomunikasi) Murid-murid melengkapkan peta minda yang dilukis oleh guru pada papan putih. Murid-murid menyalin peta minda yang telah lengkap dan betul. Murid melengkapkan latihan di dalam Buku Aktiviti.

EMK Bahan Bantu Belajar

Kemahiran berfikir, kreativiti Kertas mahjong, jadual kelas, skrip syarahan, video pidato

Penilaian P & P

Hasil kerja murid secara kumpulan

Refleksi

1. Anggaran awal bagi sesi pembelajaran ini, 70% dari murid akan mencapai objekti p&p. 2. Terdapat segelintir murid-murid yang akan keliru untuk mengelaskan jenis komunikasi samada jadual, penulisan dan lisan.

Perincian Aktiviti P & P

Soal jawab Menyenaraikan jenis-jenis komunikasi Melukis peta minda Melengkapkan latihan Soal jawab

Persediaan (Orientasi)

1. Guru menunjukkan beberapa bahan kepada murid-murid (jadual kelas, skrip syarahan dan video pidato) 2. Guru bersoal jawab dengan murid: - Apakah fungsi bahan-bahan tersebut?

Imaginasi (Pencetusan Idea)

1. Guru menjelaskan tajuk yang akan dipelajari. (Berkomunikasi) 2. Guru meminta murid membaca buku teks (m/s 8) dan memahaminya. 3. Guru meminta murid-murid menyenaraikan jenis-jenis komunikasi yang mereka tahu berdasarkan buku teks tadi.

Perkembangan (Penstrukturan Idea)

1. Guru mengarahkan murid-murid untuk melengkapkan peta minda yang telah dilukis pada papah putih.

2. Murid-murid menyalin peta minda yang telah lengkap tersebut.

Tindakan ( Aplikasi Idea)

1. Guru meminta murid-murid untuk melengkapkan latihan di dalam Buku Aktiviti (m/s 7)

Refleksi

1. Guru merumuskan isi pelajaran yang telah dipelajari bersama-sama murid.