P. 1
TEKS DOA

TEKS DOA

|Views: 16|Likes:
Dipublikasikan oleh Siti
teks doa majlis sekolah
teks doa majlis sekolah

More info:

Published by: Siti on Apr 22, 2013
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

12/10/2013

pdf

text

original

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudrat-Mu, yang

telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam MAJLIS PERASMIANM MINGGU PUSAT SUMBER TAHUN 2012 Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Allah Ya Tuhan kami, kau kurniakanlah kepada anak-anak kami dengan hati yang terang dan dada yang lapang. Kau kurniakanlah kepada mereka dengan cahaya kefahaman, kesihatan akal fikiran dan tubuh badan, kemudahan di dalam segala urusan dan kurniakanlah kepada mereka dengan kejayaan dan kecemerlangan di dunia mahupun di akhirat. Ya Allah, Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah Ya Allah Ya Tuhan kami, kau terbitkanlah rasa kebesaran, di dalam setiap hati murid-murid yang menerima hadiah kecemerlangan dan penghargaan pada hari ini, dengan rasa kesyukuran dan kehambaan kepada-Mu Ya Allah. Kami juga memohon daripada-Mu Ya Allah, agar majlis pada hari ini dapat menjadi dorongan dan galakkan kepada murid-murid lain, untuk mereka sama-sama berusaha dengan gigih dan tekun di dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan aspek pembinaan diri insan. Ya Allah, Ya Zal Jalali Wal Ikram, Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hamba-Mu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintah-Mu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->