Anda di halaman 1dari 22

Nama Ahli Kumpulan : FATIN IDAYU BINTI MOHAMAD IDRIS NORZAKIAH BINTI ASAHAR SITI SUMAIYAH BINTI KHALID

UMI KALSOM BINTI OTHMAN NORAINI BINTI ISMAIL E20102001276 E20102001295 E20102001292 E20102001255 E20102001268

APA

ITU TEORI KONSTRUKTIVISME???

Menurut Arends, R. I. (1997), pembelajaran secara konstruktivisme ini boleh didefinisikan sebagai satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.

Manakala

mengikut Sushkin, N. (1999) pula, beliau menyatakan bahawa teori konstruktivisme ini memerlukan penekanan diberikan kepada pelajar lebih daripada guru. Ini adalah kerana pelajarlah yang berinteraksi dengan bahan dan peristiwa serta memperolehi kefahaman tentang bahan dan peristiwa tersebut

manusia

belajar dengan membina/menyusun (construct) pengertian dan pengetahuannya sendiri apabila ia berinteraksi dengan persekitarannya, berdasarkan pengetahuan yang sedia ada padanya yang diperolehi daripada pembelajaran atau pengalaman yang lalu.

aktif

dalam pembelajarannya, iaitu

ia sentiasa menyusun semula pengertiannya memperluaskan pengetahuannya

akibat daripada pengalamannya yang baharu, yang diperolehi melalui interaksi dengan persekitarannya (dengan guru, kawan-kawan, ibu bapa, program TV, buku, dan alam sekitar).

Konstruktivisme

berpandangan bahawa manusia sendiri yang memberikan makna kepada pengalamannya hasil daripada interaksi dengan persekitarannya. Oleh itu, terdapat pelbagai cara manusia menstruktur dunia mereka hasil daripada pelbagai persepsi dan makna yang diberikan kepada setiap sesuatu pengalaman, kejadian atau konsep.

Mengambil

kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh pelajar. Menggalakkan pelajar bertanya dan berdialog dengan pelajar lain dan gurunya. Menggalakkan proses inkuiri pelajar melalui kajian dan eksperimen. Memberi peluang kepada pelajar untuk membina pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan pelajar dengan situasi dunia yang sebenar.

Dalam

pendekatan konstruktivisme, proses sesuatu pembelajaran dianggap amat penting. Hasil pembelajaran, walaupun masih penting, menjadi perkara kedua. Apa yang dipentingkan dalam pendekatan konstruktivisme ialah BAGAIMANA seseorang pelajar itu mendapatkan jawapannya; bukan APAKAH jawapannya. Penyelesaian atau jawapan yang betul bukan perkara yang utama.

Pembelajaran mengikut konstruktivisme ialah


Dalam proses membina pengetahuan itu,

proses membina sesuatu yang bermakna melalui pengalaman.

kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh pelajar diterima secara positif. Kesilapan boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami tentang cara-cara seseorang menyusun semula pengalamannya. Konsep 'benar dan betul' ditentukan sendiri oleh pelajar, bukan oleh orang lain.

Perspektif konstruktivisme mempunyai kecenderungan untuk menerima kebenaran, perspektif, dan realiti yang lebih dari satu.

Objektif:

Kebanyakan pendekatan konstruktivisme tidak menetapkan objektif pembelajaran bagi pengajaran; 0bjektif yang ditentukan oleh guru boleh menyekat perkembangan pembelajaran. Pelajar sendiri menentukan objektif pembelajarannya: kenapa ia ingin belajar, atau ingin membuat sesuatu.

Pelajar

diandaikan datang daripada berbagai latar belakang, kepercayaan dan kefahaman. Oleh itu, setiap pelajar mendapat makna yang berbeza-beza daripada pengalaman pembelajaran yang dilalui. Pelajar mungkin memberi fokus kepada aspek yang berlainan walaupun diberikan bahan yang sama.

Dengan

sebab itu, tiada jaminan hasil pembelajaran yang sama dicapai oleh setiap pelajar kerana tidak semua pelajar boleh dipengaruhi oleh pengajaran yang sama. Kesan atau pengaruh pengajaran juga tidak boleh dijangka kerana ia akan bergantung kepada tindakan pelajar ke atas pengalaman pembelajaran mereka sendiri.

Oleh

kerana pelajar pelbagai latar belakang mereka, konstruktivisme berpandangan bahawa bahan pengajaran kaedah pengajaran, dan kaedah penilaian perlulah dipelbagaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan pelajar.

Bahan

dan kaedah harus mempunyai pelbagai perspektif bagi membantu pelajar membina makna daripada bahan pengajaran tersebut. Makna tidak tersurat di dalam bahan pengajaran, tetapi dicipta oleh pelajar sendiri ketika berinteraksi dengan bahan pembelajaran tersebut, dengan guru atau dengan lain-lain pelajar.

yang harus diadakan dalam sesuatu suasana pembelajaran konstruktivisme iaitu:1. mengutamakan pelajar terlibat dalam menentukan keperluan pembelajaran mereka dan bagaimana keperluan tersebut dapat dicapai. 2. menyediakan suasana pembelajaran yang kompleks yang mengandungi pelbagai aktiviti untuk 3. memberikan ruang dan peluang untuk perbincangan dan tercetusnya celik akal daripada proses interaksi dalam kumpulan; dan dari pelbagai jenis bahan pembelajaran.

4. mengatur isi pelajaran dalam pelbagai mod persembahan (eg pelbagai media) bagi pelajar melihat dari berbagai perspektif bahan itu; 5. menggalakkan refleksi dan kesedaran mengenai proses pemikiran dan pembelajaran;

* guru menyampaikan pelajaran dalam pelbagai bentuk dan kaedah; guru menghormati pandangan atau idea pelajarnya, dan membantunya memperkembangkan ideanya itu ke tingkat pemikiran yang lebih tinggi supaya pelajar berupaya berfikiran sendiri. Guru menggalak pelajar sendiri membentuk soalan yang ia ingin mencari jawapannya; Guru menggalakkan pelajar mengguna berbagai data dan maklumat daripada berbagai sumber: misalnya daripada pemerhatian mereka, temu ramah, laporan, surat khabar, buku, internet;

pelajar

mengguna data atau maklumat itu untuk membuat analisis, tafsiran dan kesimpulannya sendiri; mencari jawapan atau menyelesaikan masalah sendiri. guru memberi soalan terbuka (contohnya: apakah maksud......? kenapakah ini berlaku? apakah kemungkinan akibat daripada....? bagaimanakah kita harus menyelesaikan masalah in? Guru dan pelajar bersama-sama menyelidik mencari jawapannya.

Guru memberi peluang untuk pelajarnya berbincang, berdialog antara satu sama lain, supaya mereka mendapat pandangan, perspektif atau idea yang berlainan daripada kawan-kawan mereka. Guru menggalakkan pelajar mengalami berbagai pengalaman dengan memberi latihan yang pelbagai; dengan memberi projek atau masalah yang pelbagai untuk pelajarnya mencari jalan mengatasinya: secara sendirian, secara berpasangan atau secara berpasukan.

Dalam

semua aktiviti guru menggalakkan pelajar mencapai aras pemikiran tinggi seperti aras analisis, sintesis, aplikasi dan penilaian; Dalam semua aktiviti di atas, guru memberi

masa yang cukup untuk pelajarnya


berfikir, membuat refleksi dan memberi pengertian.

Fasa

orientasi Fasa pencetusan idea Fasa penstrukturan semula idea Fasa aplikasi idea Fasa refleksi

Anda mungkin juga menyukai