Anda di halaman 1dari 2

http://eprints.ptar.uitm.edu.my/1292/1/HAMISAH_BT.JAIS_89_24.pdf....

jawa

Perkataan Gayung secara khususnya bermaksud amalan kerohanian yang terdapat dalam silat. Perkataan Pencak pula lebih lumrah digunakan di Indonesia khususnya dalam masyarakat Jawa. Dipercayai bahawa pencak adalah daripada perkataan Panca atau Manca dalam sebutan orang Melayu Minangkabau yang membawa makna pelajaran silat Langkah atau Sembilan. Silat adalah satu seni tempur yang di dalamnya terdapat teknik serang dan bela diri sama ada dengan senjata atau tanpa senjata. Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu di Semenanjung Tanah Melayu atau Silek dan Gayuang di Sumatera, Pencak dan Maempok di Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean, Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi , Basilat dan Kali di Mindanau.Silat dianggarkan menyebar di kepulauan Nusantara semenjak abad ke 7 Masihi lagi , namun begitu asal permulaannya belum dapat dipastikan. Meskipun demikian, silat pada masa ini telah diakui sebagai budaya suku Melayu dalam pengertian yang luas, iaitu para penduduk daerah pesisir pulau Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu, serta berbagai kelompok etnik lainnya yang menggunakan lingua franca bahasa Melayu di berbagai daerah di pulau-pulau Jawa, Bali, Kalimantan, Sulawesi, dan lainlainnya juga mengembangkan sebentuk silat tradisional mereka sendiri. Dalam Bahasa Minangkabau, silat itu sama dengan silat atau silek. Kebudayaan-kebudayaan itu kemudian berasimilasi dan beradaptasi dengan kebudayaan penduduk asli Melayu. Maka dapat disimpulkan bahawa sejarah silat itu lahir bersamaan dengan munculnya kebudayaan Melayu itu sendiri kerana ia tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Silat adalah salah satu unsur penting dalam kebudayaan Melayu. Sehinggakan, setiap daerah secara umumnya memiliki tokoh persilatan yang selalu dibangga-banggakan. Sebagai contohnya, suku Melayu terutama di Semenanjung Melaka atau Tanah Melayu amat percaya dengan legenda bahawa Hang Tuah dari abad ke-14 adalah pendekar silat yang terhebat. Hal seperti itu juga yang terjadi di Jawa, yang mengangkat Patih Gajah Mada sebagai tokoh silat dan politik hebat.

. Manakala Melayu Deutro pula merupakan kumpulan yang lebih cekap dalam pelayaran. Mereka telah merantau dan mendiami seluruh Nusantara (Abdullah, 1980). Bangsa Melayu Proto ini pada mulanya menuturkan satu bahasa yang sama tetapi lama kelamaan bahasa-bahasa yang dipertuturkan oleh mereka berpecah menjadi cabang-cabang bahasa yang berlainan. Ia seperti bahasa Jawa, Dayak, Minangkabau, Batak dan lain-lain. Perbezaan ini wujud natijah dari hubungan mereka yang telah terpisah oleh laut dan gunung-ganang.

Namun begitu, walaupun bahasa-bahasa ini mempunyai kelainan namun jika dikaji dari segi susur galurnya ia merupakan bahasa yang berasal dari satu induk (Abdullah, 1980).

Anda mungkin juga menyukai