Anda di halaman 1dari 24

TEKNIK PERTUKARAN BATON

Terdapat dua teknik utama yang digunakan semasa pertukaran baton iaitu:

Pergerakan ke atas (upsweep)


Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari bawah ke atas. Baton akan ditolak seberapa jauh yang boleh ke tangan penerima baton. Tapak tangan penerima baton menghadap ke bawah. Penerima baton akan memegang baton tersebut di antara ruang berbentuk V yang dibentuk ibu jari dan jari kelingkingnya.

Pergerakan ke bawah (downsweep)


Dalam teknik ini, pembawa baton akan menghantar baton kepada penerima baton dengan menghayunkannya dari atas ke bawah. Tapak tangan penerima baton menghadap ke atas. Apabila baton dihantar kepadanya, dia perlu memegang 1/3 daripada bahagian atas baton tersebut.

GAYA PERTUKARAN BATON


Semasa pertukaran baton, terdapat dua gaya utama yang digunakan iaitu: a) gaya selang seli cara pandang b) gaya selang seli tanpa pandang

a) Gaya selang seli cara pandang


Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4x400meter. Penerima baton akan menoleh ke belakang dan memerhatikan pemberian baton kepadanya.

b) Gaya selang seli tanpa pandang


Gaya ini biasanya diamalkan oleh pelari-pelari dalam acara lari berganti-ganti 4x100meter. Mengikut gaya ini, pelari pertama dan ketiga dikehendaki membawa baton dengan tangan kiri, pelari kedua dan keempat pula menerima dan membawa baton dengan tangan kanan. Semasa pertukaran baton berlaku, penerima baton tidak menoleh ke belakang. Pembawa baton akan memberi isyarat supaya penerima baton yang berada dihadapannya akan menghulurkan tangan ke belakang untuk menerima baton.

GAYA PERSEDIAAN DALAM PENERIMAAN BATON


Peserta yang sedang menunggu dalam zon pertukaran baton dan bersedia untuk menerima baton boleh menggunakan dua gaya persediaan yang biasa digunakan seperti berikut:

ZON PERTUKARAN BATON


Zon petukaran baton sepanjang 20 meter dengan adanya satu garisan pembahagi di tengah-tengahnya. Baton hendaklah diserahkan di dalam zon pertukaran baton. Kebiasaannya, penerima baton akan membuat satu tandaan (check mark) yang jaraknya lebih kurang 15-18 tapak kaki ke belakang garisan mula zon penukaran baton. Apabila pembawa baton berlari sampai ke tandaan yang dibuat itu, penerima baton akan terus berlari dan menunggu isyarat daripada pembawa baton untuk menerima baton dalam zon penukaran baton.

Cara memberi baton


- Kepantasan larian dikekalkan semasa memberi baton. - Beri isyarat kepada penerima. - Hulurkan baton dengan tangan yang lurus. - Perhatikan tangan penerima dan letakkan bahagian hujung baton ke dalam tangan penerima.

Cara menerima baton


Selalu berada dalam keadaan sedia. Menoleh untuk memandang pelari yang membawa baton. Sediakan tandaan. Berlepas dengan pantas sebaik sahaja pelari yang membawa baton sampai di tandaan itu. Jangan menoleh ke belakang semasa berlari (gaya tanpa pandang). Hulurkan tangan lurus ke belakang apabila mendengar isyarat daripada pelari yang membawa baton. Pegang baton dengan erat di bahagian pangkalnya.

Semasa dan selepas pertukaran baton


Sekiranya baton yang dibawa terjatuh semasa melakukan pertukaran, pembawa baton yang berkenaan dikehendaki mengutip baton yang terjatuh itu semula dan memberikannya kepada pelari yang menunggu. Pemberi baton perlulah berlari di tepi penerima baton semasa pertukaran baton untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri. Sebelum dan/atau selepas menyerahkan baton, pemberi baton hendaklah berada dalam zon atau lorong masing-masing sehingga balapan tidak berhalangan supaya tidak menghalang peserta-peserta lain.

PANDUAN MENGATUR PELARI-PELARI (4X100METER)

Pelari pertama

- Dapat memulakan larian dengan baik - Pantas berlari di bahagian selekoh dan mungkin kurang cekap semasa menerima baton.

Pelari kedua

- Pelari yang terpantas di bahagian lurus. - Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kirinya.
- Pantas berlari di bahagian selekoh. - Cekap menerima dan memberi baton dengan tangan kanannya. - Tidak semestinya pelari yang terpantas dalam pasukannya. - Pantas berlari di bahagian lurus. - Pelari yang mempunyai keazaman dan tenang.

Pelari ketiga

Pelari keempat

PERATURAN-PERATURAN
Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Jika terlepas, ia hendaklah diambil balik oleh atlit yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan jarak yang patut dihabiskannya dan tidak mengganggu atlit lain. Baton hendaklah diserah di dalam zon pertukaran baton. Kedudukan baton yang akan menjadi pemutus dan bukannya kedudukan tubuh. Pertukaran baton di luar zon pertukaran akan mengakibatkan pembatalan.

Peserta yang secara sengaja mengganggu peserta lain dengan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya akan mengakibatkan pasukannya dibatalkan. Bantuan dengan mendorong atau cara lain juga akan menyebabkan pembatalan.

Anda mungkin juga menyukai